Gugup juga Airisy untuk
memasuki ball room yang dihias indah itu. Pandai pihak penganjur memilih pereka
yang teliti dalam menghias indah ball room yang tip top itu. Sejuk tangan
Airisy mengalahkan ketul ais yang membeku di dalam peti ais. Gadis tinggi
lampai yang diupah pada malam itu menunjukkan tempat duduk mereka bertiga.
Mereka dibawa ke meja
VVIP yang terletak berdekatan dengan pentas utama yang sederhana besar. Pentas
mini di bawah pentas utama menarik minat Airisy untuk melihat. Dia meneliti setiap
gubahan dan sentuhan pada pentas utama dan pentas-pentas mini di bawah pentas
utama.
“ Grand jugak dinner
malam ni. Rasanya ni first time Risy datang dinner yang grand tahap pergunungan
Alps tu,” bisik Airisy di telinga Azie. Azie tersenyum kecil.
“ Jangan buat raja
lawak pulak kat sini ye, Cik Airisy,” balas Azie perlahan. Airisy mencebik.
Disebabkan bosan kerana
menunggu majlis yang masih belum bermula, matanya meliar di sekitarnya. Manalah
tahu, ada juga hamba Allah yang dikenalinya. Malangnya, dia langsung tidak
kenal semua orang yang berada di dalam dewan ini. Semua orang sibuk dengan
cerita masing-masing.
Sempat juga dia melihat
cara para jemputan malam itu berpakaian. Masing-masing tidak melepaskan peluang
untuk melaram habis. Sakit mata pula dia melihat. Haris sibuk berbual dengan
rakan perniagaannya. Azie turut menyertai suaminya berbual. Bertambah bosanlah
Airisy.
Saat itu matanya
terpandang seorang lelaki yang segak bergaya yang sedang kusyuk membelek
telefeon bimbitnya. Lelaki itu turut berada satu meja dengannya. Kenapalah dia
tidak perasan akan kewujudan lelaki itu dari tadi? Boleh juga dia cuci mata.
Mengarutlah, getus Airisy.
“ Hoi, dah lapar sangat
ke? Tengok anak teruna orang macam nak telan aje,” tegur Azie di sebelah
Airisy. Airisy mengalihkan pandangannya.
“ Aduh, kak Azie ni.
potong betul. Baru nak feeling ada husband yang handsome macam tu. Kot-kotlah
dia sweet macam Karan Risy tu,” Azie menampar paha Airisy perlahan.
“ Jangan nak berangan
lebih okay. Tak nampak ke perempuan sebelah dia tu. Entah-entah wife dia ke,”
kata Azie. Airisy menghadiahkan senyuman kepada perempuan di sebelah lelaki
yang diushanya tadi apabila mata mereka bertembung. Nasib baik perempuan itu
membalas senyumannya.
“ Macam manalah Risy
boleh tak perasan perempuan tu, kak. Aduh, malunya. Mesti dia perasan Risy dok
usha lelaki handsome tu,” Airisy meneguk air kosong di dalam gelasnya perlahan.
Dia perlu menjaga imejnya.
“ Dah…duduk diam-diam.
Nanti tak pasal-pasal lelaki tu perasan Risy dok usha dia,” pesan Azie.
“ Huh. Tak nak.
Malu…malu. Tengok stage yang cantik tu lagi best,” Azie menggelengkan
kepalanya. Lucu pula tingkah serba tak kena Airisy malam ini. Selalunya main
redah saja anak dara ni bercakap itu ini.
Beberapa minit
kemudian, majlis dimulakan dengan bacaan doa agar majlis makan malam ini lebih
diberkati. Setelah itu pengacara majlis memberi beberapa patah kata sebelum
menjemput seorang penyanyi yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis.
“ Disebabkan malam ini
merupakan malam perasmian Rumah Anak-anak Yatim Al-Daniel, kita akan menjemput
seorang penyanyi yang akan menghiburkan kita dengan lagu-lagu ketuhanan. Tanpa
lengahkan masa saya mempersilakan Kher ke pentas.” Semua hadirin menepuk
tangan. Kher memulakan nyanyiannya. Tiada duka yang abadi menjadi pilihannya.
“ Akak, Risy takutlah,”
Airisy memegang tangan Azie di bawah meja.
“ Takut apanya?” soal
Azie pelik. Airisy mengeluh kecil.
“ Tak ada apalah. Just
a little lux,” Azie menampar paha Airisy. Main-main pulak budak ni, omel Azie.
Haris masih berbual rancak dengan rakan perniagaannya.
“ Saja nak gempak akak.
I can’t put off my eye from that guylah, akak. I don’t why. A stranger so
familiar,” ujar Airisy.
“ Maybe your heart dah
feel…dup dap dup dap tu. It’s call…love,” bisik Azie di telinga Airisy.
“ Nonsense. But, he
just…handsome whenever I look him. Cair gitu,” Mata Airisy sudah bersinar. Jantungnya
juga sudah memainkan irama. Hah, sudah.
“ Dah…dah. Stop it.
Cuba tengok anak-anak yatim dekat meja depan tu. Innocent sangat. Comel-comel
aje akak tengok,” Airisy mengangguk menyetujui pendapat Azie.
“ Ha’ah. Sparkling goes
around them. Risy boleh nampak betapa sucinya dia orang, kak,” kata Airisy.
Namun, mata nakal Airisy masih belum puas menatap jejaka di hadapannya. Entah
apa yang tertarik pun dia sendiri tidak pasti.
“ Terima kasih. Untuk
lagu seterusnya, saya ingin menjemput seseorang yang saya rasa orang penting
dalam majlis kita pada malam ini,” ucap Kher setelah menghabiskan mendendangkan
sebuah lagu. “ Dan orang itu adalah…Cik Airisy Danielle,” sambung Kher.
“ Hah??? It’s me?”
Airisy tercengang di tempat duduknya. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja namanya
diumumkan.
“ Cik Airiys…silakan,”
Seorang gadis tinggi lampai yang mengiringinya tadi berdiri di belakang Airisy.
Airisy berpaling ke belakang. Haris dan Azie saling berpandangan. Mereka sudah
tahu akan kejutan itu.
“ Saya?” Perempuan itu
mengangguk. Semua mata sudah tertumpu ke arah Airisy. Airisy cuba tersenyum
namun senyumannya tersangatlah plastik ketika itu. Akhirnya dia bangun dan
mengikut perempuan itu ke pentas mini. Kher turut turun ke pentas mini.
“ Sebenarnya…saya ingin
meminta jasa baik Cik Airisy untuk berduet dengan saya untuk lagu seterusnya.
Cik cuma nyanyi untuk beberapa baris sahaja. Jangan risau,” Bagaikan tahu akan
kegugupan Airisy ketika itu, Kher cuba menenangkan Airisy.
“ Sing? Kenapa saya
ya?” tanya Airisy selamba. Kher tergelak. Dia memberikan mikrofon kepada Airisy
dan Airisy mengambilnya. Dia menarik nafasnya dan dilepaskan perlahan. Entah
lagu apalah mamat ni nak aku nyanyi. Suara aku bukannya sedap pun, getus
Airisy. Terketar-ketar tangannya memegang mikrofon itu.
Muzik mula dimainkan.
Airisy tersentak. Matanya memandang Haris dan Azie yang turut memandangnya.
Mereka memberikan semangat kepada adik kesayangan mereka itu. Kher mendekati
meja anak-anak yatim dengan senyuman yang ikhlas.
Sejauh jauh mata memandang
Sedalam dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian
Bagaikan dirasuk,
Airisy memulakan nyanyiannya bersama Kher. Tanpa lirik dihadapannya. Seperti
dia pernah menyanyikan lagu itu sebelum ini.
Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk…melukis indahmu
Airisy memandang ke
hadapan setelah selesai menyanyikan tiga baris duet bersama Kher. Matanya
bertembung dengan jejaka yang diushanya dalam diam. Mungkin lelaki itu terkejut
dengan kemerduan suara Airisy walaupun hanya tiga baris sahaja bahagian Airisy.
Kher masih meneruskan nyanyiannya.
Melihat bintang alangkah jauhmu
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan…melihat gunung siapa menjagamu (Allah)
Mendengar tangis dalam deritamu (Allah)
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini…kan mengadu?
Bumi…akan sepi
Bangga…sementara
Adakah…tempat kembali?
Adakah…selain Allah?
Airisy berdiri kaku di
tempatnya. Menunggu Kher menghabiskan nyanyiannya. Insaf dia mendengar setiap bait yang membawa
maksud yang sangat mendalam.
“ Alhamdulillah. Sedap
suara Cik Airisy kita. Masih ada satu lagu yang Cik Airisy kita akan
nyanyikan,” Airisy tersentak. Dia mengerutkan dahinya memandang Kher.
“ Sorry?”
“ Actually…ada seorang
kanak-kanak dari kalangan anak-anak yatim yang hadir pada malam ini ingin
berduet dengan Cik Airisy. Dia tahu hanya Cik Airisy sahaja yang mampu
nyanyikan lagu ni bersama,” jelas Kher.
Hadirin yang hadir
sudah becok bergosip. Mereka langsung tidak mengenali Airisy. Tetapi gadis itu
amat ‘panas’ pada majlis makan malam ini. Tuan punya badan sendiri juga sudah
sesak nafas dengan kejutan ini. Inikan pula para jemputan. Hingar bingar ball
room itu.
Airisy menjeling Haris
dan Azie. Masing-masing hanya menjongketkan bahu sahaja. Pasti balik rumah
nanti habis dibelasahnya Airisy akan kedua manusia kesayangannya itu. Patutlah
beria sangat nak dia berdandan malam ini.
Go…go…chaiyokk,
Airisy!!! You can do it! Bismillah…. Sempat lagi Airisy menenangkan dirinya.
Here you go.
Airisy :
Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu kenyataan menyakitkan
Seorang kanak-kanak
berusia 10 tahun keluar dari sebalik tirai. Comel dengan tuxedo dan tongkat.
Airisy hanya mengikut rentak. Dia sering juga karaoke lagu ini. Dia hanya
memandang kanak-kanak itu sepi. Tetapi bagai ada daya yang menariknya untuk
terus menatap wajah kanak-kanak itu.
Aniq :
Mengapa semua menangis?
Padahal aku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan
Airisy :
Burung…sampaikan nada pilu
Angin…terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia di harinya
Berikan dia hidup
Aniq :
Tuhan…terserah pada-Mu
Aku ikut mahu-mu, Tuhan
Ku catat semua…ceritaku dalam harianku
Airisy berpaling ke
pentas. Saat itu matanya terpandang skrin LCD yang sedang menayangkan sebuah
keluarga yang sedang bahagia menyambut kelahiran seorang bayi kecil. Dia
menajamkan matanya memandang wajah-wajah dalam klip video yang disediakan khas
untuk lagu ini.
Ammar? Aniq? Terus Airisy
melarikan pandangan ke wajah kanak-kanak comel bertuxedo hitam itu.
Aniq :
Mengapa semua menangis?
Padahal aku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan
Airisy :
Burung…sampaikan nada pilu
Angin…terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia di harinya
Berikan dia hidup
Aniq :
Tuhan…terserah pada-Mu
Aku ikut mahu-mu, Tuhan
Ku catat semua…ceritaku dalam harianku
Airisy :
Tuhan…terserah pada-Mu
Aku ikut mahu-mu, Tuhan
Ku catat semua…ceritaku dalam harianku
Airisy menyapu air mata
di pipinya. Dia memberikan mikrofon kepada Kher. Macam drama pula apa yang
berlaku pada malam ini. Airisy tahu kanak-kanak itu adalah Aniq Kheryll. Anak saudaranya!
Masakan dia lupa akan tuxedo yang pernah abangnya, Ammar Daniel pakai ketika
mengadakan persembahan pada beberapa belas tahun lepas. Baru kali ini dia dapat
bersua muka dengan satu-satunya anak saudaranya itu sejak dia meninggalkan bumi
New York hampir tiga tahun lepas. Ketika itu Aniq baru berusia 7 tahun.
“ Ucu Ayisy,” panggil
Aniq. Airisy memeluk Aniq erat. Rindunya dia pada Aniq.
“ Baiklah, hadirin
sekalian. Tanpa membuang masa, saya ingin menjemput wakil Tan Sri Haji Qasyaf
Malik iaitu penaraju utama Rumah Anak-anak Yatim Al-Daniel. Beliau juga
merupakan pembekal utama barangan ganti kereta import yang selama ini berdiri
gah di Malaysia, El-Danielle Holdings. Dengan hormatnya, saya mempersilakan
anak perempuan Tan Sri Haji Qasyaf Malik, Cik Airisy Danielle untuk merasmikan
Rumah Anak-anak Yatim Al-Daniel,” umum pengacara majlis.
Semakin hingar ball
room apabila mengetahui status sebenar penghibur mereka pada majlis makan malam
yang glamor ini. Airisy menekan punat merah dan meletuplah belon besar yang
digantung di syiling. Banner Rumah Anak-anak Yatim Al-Daniel jatuh dari belon
besar itu.
Para hadirin bangun
berdiri sambil menepuk tangan. Akhirnya terbela juga nasib anak-anak yatim yang
dibawa pada malam ini. Haris dan Azie menyertai Airisy di sisi pentas. Aniq
turut gembira kerana dapat bersama ibu saudaranya untuk merasmikan rumah
anak-anak itu.
Dua bulan kemudian
“ Hai, selamat datang. Ada
apa yang boleh saya bantu?” sapa pekerja di kedai bunga Azie, Lily. Lily
tersenyum-senyum macam kerang busuk. Iyalah. Dah yang datang jejaka hot.
Handsome lagi. Siapa yang nak lepaskan peluang emas macam ni? Kalau tak dapat
jadi awek pun, setakat melayan pun okay.
“ Hai. Saya nak cari
damask rose. Ada?”
“ Oh…Encik tunggu
sekejap ye,” kata Lily. Dia ke belakang untuk mencari sesiapa yang boleh
membantunya. Pelanggan itu melihat-lihat di sekitar kedai bunga. Mungkin ingin
mencari bunga lain yang mampu menarik hatinya.
“ Kak Risy, tolong
Lily. Customer kat depan tu tanya apa nama bunga tu…aduh. Lily lupalah, kak.
Cuba akak pergi layan customer tu,” Airisy menggelengkan kepalanya. Memandangkan
Azie ada hal penting hari ini, dia diminta untuk menjaga kedai bunga itu. kalau
tak, jangan harap dia nak datang sini time hujan-hujan macam ni.
Airisy ke hadapan
kedai. Dia mencari kelibat pelanggan yang dimaksudkan oleh Lily sebentar tadi.
“ Maaf, encik. Boleh
saya tahu bunga apa yang encik cari?” soal Airisy kepada lelaki yang
membelakanginya itu.
“ Damask rose,” jawab
lelaki itu pendek. Eee, sombong, getus Airisy.
“ Encik nak berapa
kuntum? Nak campur dengan bunga lain? Baby’s Breath mungkin?” Airisy cuba
menawarkan bunga lain. Lelaki itu berpaling menghadap Airisy. Airisy terkagum
seketika dengan ciptaan Allah dihadapannya. Kacak!
“ Please give me
about…ten. Baby’s Breath? Hmmm…I prefer rose bud,” balas lelaki itu. Airisy
mengangguk faham.
“ Encik tunggu sekejap.
I make it…faster,” kata Airisy sambil tersenyum. Padahal nak tutup
keterujaannya itu. Gila tak teruja. Jejaka pujaannya bertandang ke kedai bunga.
Boleh cuci mata lagi. Mahu tiap-tiap hari dia datang menyemak di kedai bunga
kepunyaan Azie ini.
Airisy mendapatkan
damask rose dan rose bud. Kemudian dibawa ke kaunter untuk dibalut. Lelaki itu
berdiri di hadapan Airisy. Rayban di batang hidungnya tidak dibuka. Dia
memerhatikan cara Airisy membalut bunganya. Agak kreatif.
“ So…your mum must love
this flowers,” Airisy cuba berlagak ramah.
“ How’d you know this…for
my mum?” soal lelaki itu pelik. Setahunya, dia tidak memberitahu pada siapa dia
ingin memberikan bunga itu.
“ Jarang orang lelaki
kasi damask rose and rose bud pada special girlfriend dia orang. I guess.”
“ Sebab?”
“ Damask rose means
freshness. Maksudnya you nak orang yang terima bunga ni sentiasa sihat dan
ceria. Rose bud pulak…beauty or youth. Sesuai untuk wanita dalam 50-an. Am I
right, Encik Customer?” Airisy selesai membalut bunga-bunga itu.
“ You knows a lot
about…flowers, miss. Or…Cik Airisy,” Lelaki itu menarik kaca mata hitam yang
menyembunyikan mata hazelnya.
“ Oh…you. Kita duduk
semeja kan? Tak perasan pulak,” Airisy pura-pura tidak perasan akan lelaki itu.
“ Saya yang terkejut
sebab…menjadi customer anak pemilik El-Danielle Holdings,” balas lelaki itu.
“ That’s not my…hmmm.
You know…hmmm. My…”
“ Your proudness,”
potong lelaki kacak yang menjadi pujaan hati Airisy itu.
“ Lebih kuranglah. I
am…who I am. Just a simple girl,” kata Airisy. Lelaki itu mengukirkan senyuman.
Mendidih hati Airisy melihat lelaki itu senyum. Cover…cover.
“ Oh…that’s good.
Sometimes, it’s needless to say. Just take it easy,” ujar lelaki itu.
“ Betul tu. But, a
heavy purse makes a light heart and…a good name is better than riches,” Airisy
tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.
“ Hmmm, a good thought
then. A bird in the hand is worth two in the bush was the best one…I thought,”
balas lelaki itu kembali.
“ You’re right.
Bersyukur. This…your happiness today. Never put off till tomorrow what you can
do today. Your mum must be waiting for you,” tutur Airisy lembut.
“ Lembutnya cara awak
menghalau. Rome wasn’t built in a day then,” Airisy kepelikan dengan bicara
lelaki itu.
“ Rome wasn’t built in
a day? Maksud encik?” Lelaki itu mengeluarkan dompetnya dari poket. Dua not
lima puluh ringgit diletakkan di atas kaunter. Airisy hanya memandang sepi
not-not itu.
“ Nothing. Thank for…chew
the fat. Jangan malu nak tegur…kalau terjumpa lagi. Thanks again,” kata lelaki
itu sambil memakai kembali Raybannya.
“ Encik,” panggil
Airisy sebelum sempat lelaki itu melangkah keluar dari kedai itu.
“ Yes.”
“ Early to bed and
early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise. Get the red
rose…sometimes,” ujar Airisy. Lelaki itu tersenyum dan mengangkat tangan
kanannya.
“ Point noted,” Airisy
pula yang berbunga. Dia menghantar jejaka pujaannya meninggalkan kedai bunga.
‘How I wish to see you
again…mr. whatever.’
Airisy menutup kedai
bunga setelah jam menunjukkan tepat pukul enam petang. Lily juga sudah pulang
sebentar tadi. Sempat dia membungkus prim rose untuknya. Dia berjalan perlahan
sambil memegang payung meredah hujan gerimis di pinggir ibu kota. Sesiapa yang
dikenalinya habis ditegur.
Dia lebih senang
berjalan kaki sahaja jika ingin ke kedai bunga Azie. Hanya dua kilometer sahaja
kedai bunga dari rumah Tan Sri Khalid. Tambahan pula, Airisy sangat suka dengan
fresh nature seperti udara segar selepas hujan. Untung-untung boleh melihat
pelangi.
Lagipun di kawasan
perumahan elit milik Tan Sri Khalid jauh dari hiruk pikuk bandar. Pokok-pokok
hijau masih lagi wujud di kawasan itu.
“ Hai, uncle, auntie. Hujan-hujan
pun berjogging?” tegur Airisy kepada pasangan tua berbangsa Cina itu.
“ Aiya, hujan tak lebat
loh. Waktu ni ah kalau jogging…uncle banyak suka owww,” balas Uncle Lee.
“ Auntie pun suka.
Lebih segar udaranya. Sejuk sahaja,” tambah Auntie Chye.
“ Stay healthy, okay.
Love both you,” Uncle Lee dan Auntie Chye tersenyum manis. Senang dengan sikap
ramah Airisy.
“ Elok Airisy balik.
Nanti gelap…bahaya pulak,” pesan Uncle Lee.
“ Iyalah. Risy balik
dulu ye,” Airisy melambai pasangan tua itu. Alangkah seronoknya kalau dia ada
suami yang selalu temannya berjogging seperti itu. Airisy menggeleng. Dia
meneruskan perjalanannya.
Haji Zainal merenung
langit terbentang. Dia memang suka bersantai di gazebo yang sengaja di bina
untuk beristirehat. Hajah Zaharah menatang dulang berisi minuman dan sepinggan
kuih muih. Memang menjadi kebiasaan pasangan suami isteri itu berbual sambil
bersantap di gazebo itu.
Waktu beginilah mereka
meluangkan masa bersama. Jikalau anak-anak pulang, ada yang menyertai ibu bapa
mereka. Haji Zainal dan Hajah Zaharah dikurniakan tiga orang anak. Dua
perempuan dan seorang lelaki. Seorang anak perempuan mereka sudah mendirikan
rumah tangga. Kini tinggal anak teruna dan anak perempuan bongsu mereka sahaja
di rumah serba mewah itu.
Kedua suami isteri itu
merupakan pakar motivasi di salah sebuah universiti di Malaysia. Kadang-kadang,
mereka dipanggil untuk memberikan ceramah di kaca televisyen. Namun begitu,
tiada seorang pun anak-anak mereka yang mewarisi kerjaya Haji Zainal dan Hajah
Zaharah.
Yang sulung, Khirana
Aisyah sudah berkahwin dan merupakan seorang guru di Perak. Satu-satunya anak
teruna mereka, Adam Arsyil adalah seorang CEO di syarikat milik ayah kepada
Haji Zainal. Dan anak perempuan bongsu mereka, Kasih Izara masih seorang pelajar
tahun pertama di UIA.
“ Assalamualaikum,”
Adam memberi salam kepada ibu bapanya.
“ Waalaikumsalam,”
jawab Haji Zainal dan Hajah Zaharah serentak.
“ This is for you,
ummi,” Hajah Zaharah menyambut huluran anak terunanya.
“ Thank you. So sweet,”
ucap Hajah Zaharah. Adam tersenyum. Dia duduk bersila di sebelah Haji Zainal.
“ Untuk walid, tak
ada?” soal Haji Zainal.
“ Alamak! Adam lupalah,
walid. Tapi…Adam bagi ni,” Chupp!! Sebuah ciuman singgah di pipi Haji Zainal. Hubungan
mereka sekeluarga sangat rapat. Itulah yang menjadi kebanggaan keluarga itu
kerana memiliki ikatan kekeluargaan yang sangat kuat.
“ Terima kasih. Ciuman
anda sangat berharga, Tuan Adam Arsyil,” seloroh Haji Zainal. Hajah Zaharah
membelek jambangan bunga yang dihadiahkan Adam.
“ Harum bau ni, Adam.
Tapi, ummi sangat pasti…ia bukan dari bunga ni ya,” Adam mengerutkan dahinya.
“ Habis tu bau apa
pulak, ummi?” soal Adam.
“ Ha’ah, awak ni. Bau
apa pulak?” Haji Zainal juga pening dengan deria bau isterinya itu.
“ Bau ni
macam…something yang pure. Ummi dapat rasakan keikhlasan pada rose ni,” jawab
Hajah Zaharah.
“ I don’t get it,” kata
Adam. Dia masih tak faham.
“ Ummi boleh rasakan
aura bila bau this roses. Macam ada something yang buat ummi tertarik. Perasaan
yang suci. It full of love,” terang Hajah Zaharah.
“ Maksud ummi,
bunga-bunga ni ada sesuatu yang buat dia lebih shine. Tapi, bukan dari roses
fragrance tu sendiri. Is that what are you trying to say, ummi?”
“ Faham pun. Itulah
yang ummi nak cakap,” balas Hajah Zaharah.
“ Mungkin si pembalut
bunga tu cantik kot,” telah Haji Zainal. Adam terpempan. Si pembalut bunga?
“ Adam. Kenapa ni?”
Haji Zainal menampar bahu anaknya. Tiba-tiba sahaja terdiam.
“ Adam okay. Cuma Adam
terfikirkan si pembalut bunga ni,” Hajah Zaharah memandang anak lelakinya
dengan mata yang bersinar.
“ Cantik tak? Bolehlah
kot bawa dia jumpa walid dengan ummi,” usik Hajah Zaharah.
“ Apalah ummi ni. Ke
situ pulak perginya. Walid dengan ummi pun dah pernah jumpa perempuan ni,” kata
Adam.
“ Huh. Bilanya yang
Adam bawa dia jumpa kami?” tanya Haji Zainal selamba.
“ Aduh…dia anak
perempuan Tan Sri Haji Qasyaf Malik. Yang rasmikan rumah anak-anak yatim dua
bulan lepas dekat hotel tu. Ingat?”
“ Maksud Adam, orang
yang bungkuskan jambangan bunga kat tangan ummi ni…Airisy Danielle yang buat?”
Adam hanya mengangguk.
“ Subhanallah. Kecilnya
dunia. Ummi tengok cantik orangnya. Suara pun sedap aje ummi dengar. Mesti
mengaji pun lunak suara dia,” Sudah melangit pujian Hajah Zaharah kepada
Airisy.
“ Walid pun suka tengok
Airisy tu. Lembut aje. Kalau Adam dah jatuh hati kat dia, jangan lepaskan
peluang ni. Mana tahu dia dah ada yang punya. Adam cuba risik dulu,” Adam
menggaru keningnya yang tidak gatal.
“ Advance betul walid
dengan ummi ni. Adam terjumpa dia pun secara kebetulan. Lagipun, mulut dia
berbisa tau walid, ummi. Ada ke patut dia halau anak walid dengan ummi yang handsome
ni keluar dari kedai dia.”
“ Halau? Betul ke ni?
Entah-entah Adam yang fikir bukan-bukan,” kata Hajah Zaharah.
“ Tak adalah. Adam
gurau aje. We just tukar-tukar proverbs. Dia suruh Adam cepat-cepat balik bagi
bunga ni dekat ummi. Itu aje. Benda yang patut dibuat hari ini tak perlulah
tunggu sampai esok,” jelas Adam.
“ Ummi sukalah Airisy
ni. Dia macam pandai berkata-kata. Memang sesuailah orang bisnes macam dia,” kata
Hajah Zaharah. Haji Zainal menghirup minumannya.
“ Tapi dia tak suka
corporate life, ummi, walid. Dia ada cakap yang dia lebih senang jadi apa yang
dia ada. Just a simple person,” balas Adam.
“ Alhamdulillah. Macam
itulah calon isteri yang sesuai untuk Adam. Ummi suggestkan…Adam cuba
kenal-kenal dengan Airisy dulu. Mana tahu nanti boleh jatuh hati ke,” saran
Hajah Zaharah.
“ Masuk meminang
teruslah, Zah. Umur Adam ni pun dah masuk 28 tahun. Dah sesuai sangat dah untuk
kahwin,” sampuk Haji Zainal. Terbuntang mata Adam. Haji Zainal dan Hajah
Zaharah tersenyum bahagia.
smbng lagiiiiii
ReplyDeletenice cerpen...love it so much.
ReplyDeletenice cerpen...love it so much.
ReplyDelete