“ Zara nak kahwin,”
Airisy terdiam seketika. Dia pula yang memerlukan bantuan oxygen sekarang.
Mengalahkan Izara itu adalah anaknya.
“ Kahwin? Bagus tu.
Zara nak buat benda baik kan. Kenapa takut nak cakap kat walid and ummi? Akak
yakin dia orang akan sokong Zara,” tutur Airisy tenang. Dia perlu bijak dalam
memberikan pendapat.
“ Tak, kak. Zara pernah
dengar walid cakap dekat ummi. Kalau boleh biarlah Zara habis belajar and ada
kerja tetap dulu if nak kahwinkan Zara. Tapi, Zara dah jumpa someone yang
mampu…jaga Zara. Dia cuma tunggu kata putus dari Zara aje,” cerita Izara.
“ Zara dah buat
istikharah? Dah minta petunjuk Allah?” Izara mengangguk laju. Airisy membawa
Izara ke dalam pelukannya seketika.
“ Dah hampir sebulan
Zara buat semua tu, kak. Dan…inilah keputusannya…terima dia,” balas Izara dalam
sendu.
“ Boleh akak tahu…siapa
yang berjaya curi hati Zara ni?” tanya Airisy sambil tersenyum mengusik. Izara
ketawa kecil.
“ Dia seorang ustaz di
universiti Zara. Baru aje sebenarnya dia bertugas kat situ. Nama dia…Ahmad
Naufal,” Berseri wajah Izara saat menyebut nama lelaki yang telah berjaya
membuka pintu hatinya.
“ Macam nilah. Apa kata
kalau akak cuba bincang dengan abang Zara dulu. Akak pun tak berani nak terus
bagitahu ummi. Lagipun, akak baru lagi kenal keluarga Zara. Itu saja jalan yang
akak nampak sekarang ni. Mungkin Adam boleh tolong Zara,” cadang Airisy. Lebih
baik dia beritahu hal Izara kepada Adam dahulu. Dia tidak mahu masuk campur
sangat kerana dia bukanlah sesiapa di dalam keluarga Haji Zainal.
“ Terima kasih, kak
Airisy. Tak terbalas budi baik akak pada Zara,” ucap Izara sambil menggenggam
erat tangan Airisy.
“ Lepas Zara dah
selamat jadi isteri Ahmad Naufal, baru ucap terima kasih okay. Sekarang, masih
tak ada hasil lagi. Nak jadi isteri orang ni…kena berani. Tak boleh takut-takut
macam ni tau,” Izara tertunduk malu.
“ Insya Allah, kak.”
“ Dah…jom masuk. Kita
isi perut pulak. Zara jangan risau sangat pasal hal ni. Nanti terabai pulak
study Zara,” Lembut sahaja Airisy berpesan kepada Izara.
“ Adam,” tegur Airisy.
Adam yang sedang kusyuk membelek telefon bimbitnya berpaling ke belakang
berhadapan dengan Airisy.
“ Yupp,” Airisy menghampiri
Adam yang sedang bersandar di pokok berdekatan dengan halaman rumah.
“ Lama lagi ke kat
sini?” soal Airisy selamba.
“ Hai…macam menghalau
aje,” kata Adam tanpa memandang Airisy.
“ Taklah. Just asking.
Sebab…kalau lama lagi kat sini, kita bincang kat sini ajelah. Kalau tak, esok
pun boleh,” Nah, itu sebenarnya niat Airisy.
“ Huh. Bincang pasal
apa pulak ni?” soal Adam ingin tahu. Lama lagilah tu. Baik beritahu sekarang
je, fikir Airisy.
“ Tapi awak kena janji
dulu. Janji…jangan marah, jangan melenting, jangan mengamuk ke apa ke.”
“ Banyaknya jangan.
Okay. Kenapa?” Semakin membuak rasa ingin tahu Adam.
“ Ini penting tau. Tak
boleh tangguh-tangguhkan lagi. Hmmm…Zara nak….kahwin,” Airisy menunggu reaksi
dari Adam.
“ Kahwin? Awak jangan
main-main, Airisy. Ini dah tahap serius,” Adam sudah mula sejuk satu badan.
Iyalah! Adik dia nak kahwin. Sebelum dia pula tu.
“ Seriuslah ni. Nampak
muka saya main-main ke. Baru sekejap tadi dia beritahu saya. Dia nak terus
bagitahu walid and ummi…tapi dia takut. Sebab dia kan still belajar lagi,” balas
Airisy.
“ Haru betullah budak
ni. Awak kenal ke siapa lelaki yang nak berkahwin dengan Zara tu?”
“ Saya tak kenal. Tapi
dia cakap….lelaki tu ustaz dekat universiti dia. Ahmad Naufal katanya,” jawab
Airisy jujur.
“ Saya tak faham kenapa
dia bagitahu awak dulu. Kenapa tak bagitahu saya terus? Hal nikah kahwin ni
bukan boleh main-main. Bukannya untuk sehari dua,” bebel Adam. Airisy rasa
kelakar melihat Adam membebel sebegitu.
“ Relax okay. Awak tu
lelaki. Mana nak faham kalau dia bagitahu awak. Mestilah dia segan. Lagipun,
she’s still young. Sometimes, benda macam ni susah kita nak explain.”
“ So…saya nak buat apa
sekarang ni? Nak nasihat lebih-lebih pun tak guna. Saya sendiri pun tak lepas
lagi,” Adam sendiri sudah putus idea.
“ Awak cubalah discuss
perkara ni dengan walid and ummi dulu. Maybe, dia orang ada cara nak tolong
Zara. Marry in haste, repent at leisure…you know. Tak pun awak siasat dulu
siapa Ahmad Naufal tu before…bagitahu walid and ummi,” Airisy memberikan
cadangan yang dirasakan berguna untuk membantu Izara.
“ I’m trying. Umur baru
masuk 20, dah nak kahwin. Haish…budak-budak zaman sekarang,” keluh Adam.
“ Semua perempuan macam
tulah. Itu dipanggil…hormone,” tukas Airisy.
“ Awak pun mesti macam
tu jugak. Sebab tu awak tahu,” serkap Adam sambil tersenyum nipis.
“ Of courselah.
Malaslah cakap dengan awak. Layan Aniq lagi bagus. Jangan lupa bagitahu dekat
walid and ummi, eh. Kesian Zara nanti. Tertunggu-tunggu pulak dia.”
“ Eh..eh. Dia yang cari
kita tadi,” omel Adam sendiri. Airisy berlalu masuk ke dalam rumah. Lagi lama
dia di luar bersama Adam, semakin parah hatinya. Biarlah ahli keluarga Izara
sendiri yang menyelesaikan masalah itu. Dia tidak berhak untuk masuk campur
lebih jauh lagi.
“ Adam!” panggil Lisa,
setiausaha Adam kuat sementelah dia memanggil bosnya itu dari tadi tiada
jawapan.
“ Ada apa, Lisa?” tanya
Adam senada.
“ Lagi setengah jam you
ada meeting dengan pihak yang terlibat dalam projek ‘Jerejak Jaya’. Encik
Salleh akan bentangkan usul dan bajet untuk projek tu,” beritahu Lisa.
Adam menyandarkan
tubuhnya di kerusi. Terasa penat pula sejak dua tiga hari ini. Banyak projek
yang baru masuk. Dan dia yang dipertanggungjawabkan untuk memantau perkembangan
projek-projek itu. Mana nak uruskan hal perkahwinan Izara lagi. Runsing apabila
memikirkannya. Dan…yang paling merunsingkan…syarat yang diberikan oleh Haji
Zainal dan Hajah Zaharah.
“ I nak Najeeha pun
terlibat dalam meeting tu. She have to learn more about everything in our
company,” tegas Adam. Najeeha adalah sepupu Adam, anak kepada adik Haji Zainal.
“ Baiklah. I akan
maklumkan kepada Najeeha. Anything else?”
“ No. You may go,” Adam
mengurut keningnya perlahan. Dia kemudiannya meneliti laporan untuk mesyuarat
sebentar lagi.
Setengah jam kemudian,
Adam dan Najeeha beriringan masuk ke bilik mesyuarat yang sederhana besar itu.
Semua pihak yang terlibat sudah bersiap sedia di meja masing-masing. Mereka
perlu serius dalam mesyuarat pada kali ini kerana perjumpaan yang akan datang mungkin
lima atau enam bulan kemudian.
“ Memandangkan semua
dah sampai, kita mulakan perbincangan kita tentang projek ‘Jerejak Jaya’. Jadi,
silakan Salleh. Bentangkan usul dan bajet untuk projek kita kali ini,” Khairil
memulakan perbincangan. Salleh bangun dari kerusinya dan bergerak ke hadapan.
Salleh mula menerangkan
usul dan kemudiannya bajet untuk projek ‘Jerejak Jaya’. Sempat lagi matanya
melihat beberapa orang yang dirasakan tidak serius dalam perbincangan ini. Namun,
dia masih meneruskan perbentangannya. Dia turut melakarkan beberapa idea di
papan putih supaya ahli-ahli mesyuarat nampak dengan jelas apa yang
dibentangnya.
“ Selesai perbentangan
saya untuk hari ini. Tapi, maafkan saya. Saya terperasan akan beberapa orang
yang macam tidak berminat dengan perbincangan kita pada hari ini. Apa kata
kalau saya jemput salah seorang darinya untuk membentangkan kembali usul dan
bajet projek ni,” Ahli-ahli mesyuarat memandang sesama sendiri.
“ Take it easy,
Salleh,” tegas sekali Adam bersuara.
“ Maafkan saya, Encik
Adam. Projek ‘Jerejak Jaya’ amat penting untuk kita. Projek ni bernilai
berbillion untuk kita uruskan. Sepatutnya semua harus serius,” bantah Salleh.
“ Ikut suka awaklah. So…siapa
mangsa awak?” Salleh tersenyum sinis memandang seorang gadis yang memakai baju
kurung moden bercorak berwarna biru laut. Sejak dari awal perbincangan lagi,
dia melihat gadis itu hanya menconteng sesuatu di atas kertas. Dia langsung
tidak memandang ke hadapan ketika Salleh memberikan penerangan.
Salleh berjalan ke arah
gadis itu. Semua mata tertumpu di situ.
“ You…terangkan balik
apa yang saya bentangkan tadi,” arah Salleh kepada gadis itu. Gadis itu
mengangkat wajahnya dengan muka yang selamba. Adam terkaku. Airisy!
“ Macam budak sekolah
aje,” bentak Airisy perlahan. Dia bangun dari kerusi dan menjeling Salleh di
sebelahnya.
“ Budak sekolah tak
budak sekolah. Pergi,” tengking Salleh. Tapi tidaklah terlalu kuat. Airisy
bergerak ke hadapan bilik mesyuarat dengan langkah bersahaja.
Airisy mula memberikan
penerangan mengenai projek ‘Jerejak Jaya’. Dia hanya summarykan dari apa
dibentangkan oleh Salleh. Walaupun pendek tetapi padat dengan maklumat-maklumat
penting.
“ Puas hati, Encik
Salleh? Ke nak saya ulang lagi sekali?” perli Airisy selamba. Seisi bilik
mesyuarat itu gelak sakan. Adam pula hanya tersenyum nipis.
“ Maafkan saya. Tadi
saya tengok awak ralit sangat tunduk and tangan awak sibuk dok melakar sesuatu
kat kertas. So, I thought…you doesn’t give full attention to my presentation,” Salleh
sedar akan kesilapannya dalam menilai kredibiliti Airisy melaksanakan kerjanya.
“ Encik Salleh ni
banyak sangat prasangka buruk pada orang. Sikap macam ni tak elok untuk bidang
ni. Encik Salleh perlu ubah kalau nak pergi lebih jauh,” Kan dah kena bebel
dengan Airisy Danielle.
“ Sorry again, cik…”
“ Airisy,” beritahu
Airisy.
Dia kembali ke tempat
duduknya. Fuhh, lega. Tak sia-sia dia membaca butiran di dalam fail yang
diberikan. Sememangnya dia kusyuk melukis ketika Salleh membentangkan usul dan
bajet tadi. Apabila Salleh mendekatinya tadi, cepat-cepat dia sembunyikan
lukisan itu.
“ Rasanya sampai sini
sahaja meeting kita. Marilah kita bersama-sama berusaha menjayakan projek kita
kali ini,” Bersemangat sekali Khairil berkata. Airisy mengemaskan
barang-barangnya. Selesai tugasnya untuk hari ini.
“ Airisy,” panggil
Adam. Airisy menghentikan langkahnya.
“ Ada apa, Encik Adam?”
tanya Airisy sopan. Dia perlu menghormati Adam kerana lelaki itu adalah pihak
atasan dalam syarikat ini.
“ Jom teman saya
makan,” Airisy mengerutkan dahinya.
“ Makan? Waktu lunch
kan lambat lagi,” balas Airisy sambil menilik jam tangannya. Baru pukul sepuluh
setengah pagi.
“ Alah, makan before
lunch. Jomlah,” pujuk Adam. Airisy memandang Najeeha di belakang Adam.
“ Ajaklah awek cantik
kat belakang awak tu,” Adam berpaling ke belakangnya.
“ Ini sepupu saya,
Najeeha. Anak pak usu saya, adik walid,” Najeeha menghulurkan tangan untuk
bersalaman dengan Airisy. Airisy menyambutnya dengan senang hati.
“ Jeeha keluar dululah.
Awak temanlah abang Adam ni, Airisy. Kang satu hari pulak berangin kat pejabat
ni. Haru kami dibuatnya nanti,” kata Najeeha dalam nada bergurau sebelum keluar
dari bilik mesyuarat.
“ Selalu ke awak
berangin?” Airisy tersenyum mengusik. Matanya memandang Adam sambil membuat
muka comel.
“ Taklah. Jomlah kita
pergi makan. Dekat aje restoran tu. Jalan kaki pun dah sampai,” Adam membuat
muka kesian. Alahai, ini yang buat Airisy lemah segala sendi ni.
“ Aduh…macam
budak-budaklah awak ni. Jomlah,” Akhirnya Airisy mengalah dengan ajakan Adam.
Adam tersenyum dengan gembiranya kerana berjaya memujuk Airisy untuk
menemaninya makan. Disebabkan dia terlewat bangun pagi tadi, dia tidak sempat
bersarapan.
Adam dan Airisy
berjalan kaki sahaja ke restoran yang dimaksudkan oleh Adam. Mereka mengambil
tempat yang paling hujung sekali. Inginkan privasi kata Adam. Airisy hanya
mengikut sahaja kerenah Adam.
“ So, kenapa awak ada
kat sini?” soal Adam setelah memesan makanan dan minuman.
Airisy membetulkan
tudungnya. “ Terpaksa, okay. Abang Haris kena temankan kak Azie. Kalau tak, tak
ada maknanya saya nak datang sini. Nak cari gaduh dengan si Salleh tu pulak,” jawab
Airisy panjang.
“ Salleh tu memang
macam tu. Dia komited dengan kerja yang dia buat,” balas Adam.
“ Komitedlah sangat kan.
Komited apanya kalau benda paling penting dalam projek pun dia boleh lupa,” Airisy
bermain dengan telefon bimbitnya.
“ Benda penting?
Apanya?” tanya Adam ingin tahu. Sudah lama dia berkecimpung dalam dunia
korporat, apa lagi hal yang penting dalam menjalankan projek.
“ Jadual projek. Jangka
masa projek pun penting selain bajet. Kalau tak, macam mana kita nak tahu tempoh
untuk syarikat keluarkan belanja. Nak bayar gaji pekerja semua tu,” ujar
Airisy.
“ Betul jugak. Saya pun
tak perasan. Kenapa tak cakap tadi?”
“ Tak nak masuk campur. Bukan kerja saya ya,
Encik Adam,” Adam mengetuk meja dengan jarinya.
“ Apa kata awak datang
kerja dengan saya. Jadi secretary saya,” cadang Adam tanpa berfikir panjang.
“ Secretary? Secretary
awak macam mana? Tak payah nak mengada-ngada. Saya tak nak kerja dengan
awaklah,” Airisy menolak mentah-mentah cadangan Adam itu. Syarikat milik daddy
dan papanya pun dia tak ambil peduli. Inikan nak bekerja dalam syarikat Adam.
Tidak sama sekali!
“ Cadangan aje.
Lagipun, awak bukannya buat apa pun sekarang ni. Dari awak kebosanan, lebih
baik kerja dengan saya,” kata Adam. Airisy merampas Rayban dari tangan Adam.
“ Ish, saya nak jadi
mem besar aje. Tak naklah fikir kerja ni semua. Bosan,” Terbeliak mata Adam
apabila mendengar perkataan bosan.
“ Duduk goyang kaki…tak
buat apa-apa…tak bosan pulak,” tukas Adam tidak berpuas hati.
“ Janji tak kacau
orang. Malaslah nak kerja ni. Dengarlah perancangan saya ni, awak,” Airisy
mengetuk tangan Adam dengan Rayban milik Adam.
“ Apanya?”
“ Saya nak tunggu orang
masuk meminang…kahwin…then…jaga anak. Macam tu baru best. Sesak otaklah fikir
pasal kerja. Awal rambut saya beruban nanti,” Adam tergelak besar.
“ Kelakarlah awak ni. Orang
lain punyalah berlumba-lumba nak kerja. Tapi, awak…nak jadi mem,” Adam masih
dengan gelaknya.
“ So…what? Saya sukakan
kebebasan. Tak sukalah terikat dengan something yang boleh buat saya…bosan.
Sebab tu saya lebih suka tolong kak Azie kat kedai bunga…tolong abang Haris kat
office…”
“ Maksudnya awak tak
suka stick pada sesuatu kerjalah ya?”
“ Pandai Encik Adam
kita ni. Hmmm…macam mana dengan hal Zara? Walid and ummi bagi tak…Zara kahwin?”
Adam tidak terus jawab
soalan Airisy apabila pelayan restoran menghantar pesanan mereka. Adam memesan
jus oren dan chicken slice bread with cheese. Manakala, Airisy memesan jus epal
dan garlid bread with mushroom soup.
“ Walid and ummi
benarkan. Tapi, bersyarat…”
“ Syarat? Zara kena
habiskan study dulu ke?” teka Airisy. Dia mengacau minumannya.
“ No.”
“ Then?”
“ Ummi suruh Zara
tunggu…saya kahwin dulu,” Airisy melepaskan ketawanya. Adam memandang Airisy
tajam. Boleh pula Airisy gelak waktu dia tengah serius ni.
“ Sorry. Kesiannya
awak. Dah jumpa calon ke? Nak saya tolong?” Pedih ulu hati Airisy saat
menawarkan untuk menolong Adam mencari calon isteri.
“ Awak nak tolong saya?
Ini yang best ni. Awak janji eh…tolong saya,” balas Adam sebelum menyuap roti
ke mulutnya. Airisy menelan air liur kasar. Makan hati berulam jantung macam
ni.
“ Okay,” kata Airisy tanpa nada. Tiba-tiba
hilang terus moodnya ingin bersantai di rumah Adam petang itu.
“ Bukan ke petang ni
awak kena jumpa ummi?” tanya Adam. Dia teringat akan perbualan Hajah Zaharah
semalam yang menjemput Airisy ke rumah mereka.
“ Hmmm,” jawab Airisy
malas. Dia hanya menunduk sambil makan makanannya.
“ Kenapa ni? Sakit?”
Pelik juga Adam apabila Airisy tiba-tiba diam. Masam saja muka yang comel tu.
“ Taklah. Tengah
menghayati rezeki depan mata ni,” bohong Airisy. Adam menegakkan badannya
apabila signal otaknya terfikirkan sesuatu di luar jangkaannya.
“ Airisy Danielle binti
Tan Sri Haji Qasyaf Malik,” Airisy mengangkat wajahnya memandang Adam dengan
seribu persoalan. Dah kenapa mamat ni panggil nama penuh aku? Getus Airisy.
“ Awak ni dah kenapa?
Buang tabiat?” Adam berdehem. Cuba mencari nafas yang betul.
“ Kita…kahwin,” Airisy
merenung ke dalam mata Adam. Mencari kejujuran dan kesungguhan dalam pancaidera
itu.
“ Saya tahu…benda ni
mendadak. Saya dah tak boleh nak fikir macam mana lagi…saya nak cari calon yang
sesuai. Saya kesiankan Zara yang menunggu jawapan dari saya. Tadi awak
cakap…awak akan tolong saya kan. Saya nak…awak kahwin dengan saya,” ujar Adam
cuba meyakinkan Airisy.
“ Jangan mengarutlah,
Adam. Kita bukannya kenal sangat pun. Awak sendiri yang pernah cakap nikah kahwin
ni bukan benda main-main,” Airisy sengaja jual mahal. Padahal dalam hati sudah
meloncat sampai ke langit.
“ Ya, saya tahu. Awak
kan dah janji…nak tolong saya. So…please. Walid and ummi mesti takkan tolak
punyalah. Dah terang-terang dia orang suka awak. Bolehlah,” pujuk Adam.
Walaupun dia tahu masih
ramai lagi perempuan yang boleh dijadikan isteri. Tapi…dia takut Haji Zainal
dan Hajah Zaharah pula tidak menyukai perempuan itu. Lebih baik dia ambil jalan
selamat dengan melamar Airisy sahaja berkahwin dengannya.
“ Macam nilah, Encik
Adam Arsyil bin Haji Zainal. Give me…a week. Then, I’ll tell you my decision.
Call?”
“ Okay, call,” setuju
Adam tanpa berfikir panjang. Airisy menyedut minumannya dengan satu nafas.
“ Why not…kita main
satu game?” Airisy terfikir akan permainan yang pernah dia lakukan bersama
Ammar dulu.
“ Game? What?”
“ After a week…awak
cari saya. Tapi…cari sendiri tau. Saya takkan bagitahu kat mana saya berada.
Awak kena teka. Kalau awak jumpa saya hari tu, awak akan tahu jawapan saya…”
“ Kalau saya tak
berjaya jumpa awak?” tanya Adam.
“ Maksudnya…jodoh kita
tak adalah tu. Okay?”
“ Okay…setuju. Saya
balik office dulu. Kita jumpa seminggu kemudian,” Adam berlalu ke kaunter
bayaran dan terus meninggalkan restoran itu. Airisy hanya menghantar pemergian
Adam dengan pandangan. Dia tahu Adam tidak suka akan permainannya.
“ Maafkan saya, Adam. Jika
ada jodoh kita…awak akan berjaya jumpa saya,” Airisy bermonolog sendiri. Dia
sebenarnya tidak yakin untuk menerima lamaran Adam yang agak drastik itu.
smbng lagiiiii
ReplyDelete