Bak kata filem
Hindustan, Mohabbatien. Some love stories…live forever. Jadi, bagaimanakah pada
kisah cinta yang separuh lagi? Kucar kacirkah kisah cinta mereka? Atau mereka
hanya merasai percintaan buat sebentar cuma? Sudah kurangkah lelaki yang
romantik atau perempuan yang tidak tahu menghargai?
Namun, masih wujud
insan yang mementingkan percintaan dunia akhirat. Airisy Danielle, seorang
gadis yang memiliki perwatakan tenang, open-minded dan nature lover. Tetapi,
masih mencari cintanya.
“ Akak, bungkuskan
Risy…blue prim rose and pink rose,” pemilik kedai bunga itu tersenyum dan terus
mendapatkan pesanan dari pelanggan tetapnya.
“ Hari ni tak
nak…daisy?” Airisy tersenyum nipis. Matanya meliar melihat bunga-bungaan segar
yang lain. Gaya dah macam vampire yang tengah memburu mangsanya.
“ No daisy for today,
kak. Bos Risy tak sukalah pulak bunga tu hari ni,” keluh Airisy.
“ Biasalah tu, Risy.
Bos Risy tu mengada-ngada sebenarnya. Lain kali…Risy beli aje bunga kemboja.
Letak dekat sekeliling bilik dia tu. Baru ketahuan,” kata Azie, pemilik kedai
bunga itu.
“ Amboi…ganas kak Azie
ni. Lepas tu, Risy terpaksa kerja kat sinilah pulak kan,” Airisy menghampiri
kaunter kedai setelah puas melihat pelbagai jenis bunga-bungaan.
“ Disebabkan bos Risy
tukar jenis bunga untuk office dia hari ni, akak tak nak bagi diskaun. So, Risy
claim harga mahal sikitlah dari bos kesayangan Risy tu,” Azie menjongketkan
keningnya. Airisy mengecilkan matanya.
“ That’s good. Tapikan,
kak. Sejak bila pulak Risy kena bayar harga bunga yang Risy ambil dekat kedai
akak ni. Lagipun…bos Risy tu kan…your husband, akak,” Uhuh! Azie tersengih
macam kerang busuk di situ.
“ Eheh, terlupa pulak
akak ye. Biasalah…umur pun dah meningkat,” Airisy ketawa perlahan. Ada saja
modal Azie untuk membuatnya ketawa awal pagi macam ini.
“ So, this money…for my
lovely prim rose ya. And, bos ada perempuan lain eh. Sebab tu tetiba dia nak
order pink rose ni,” Terbeliak mata Azie dibuatnya. Airisy menayangkan sebaris
giginya putih itu. Memang cari nahas!
“ Entahlah, Risy. Akak
pun tak tahu,” Airisy menepuk tangan Azie perlahan.
“ Cinta tak pernah
menipu, kak. Tapi, manusia yang selalu menipu dalam cinta. Selagi akak yakin
dengan bos, pegang janji dia masa dia pegang tangan tok kadi untuk jadikan akak
yang sah untuk dia. You can do it!!!” Sempat lagi Airisy memberikan sokongan
kepada Azie yang sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.
“ Insya Allah. Akak
pegang kata-kata Risy. Risy pun doakanlah kebahagiaan kami,” Azie memegang
tangan Airisy erat.
“ Amin. Dah lewat ni.
Nanti mengamuk pulak…pink rose dia tak sampai-sampai lagi,” kata Airisy. Azie
mengangguk.
“ Pergilah. Kirim salam
sayang akak dekat bos Risy tu,” pesan Azie.
“ Baik, kakakku sayang.
Opppsss, lupa pulak. Risy nak minta tolong akak temankan Risy malam lusa boleh?
Ada dinner apa entah. Risy kekoklah nak pergi sorang. Nanti Risy minta izin
dengan bos. Boleh, kak?” Airisy memandang Azie dengan penuh pengharapan.
“ Iyalah, adikku yang
comel. Kalau bos awak tu izinkan, akak temankan ya,” balas Azie. Dia tidak
perlu memberikan alasan. Baginya, menemani Airisy ke makan malam rasmi adalah
satu tugasnya untuknya.
Sejak pertama kali Azie
masuk ke dalam hidup Airisy lagi. Dia nekad untuk membantu gadis itu walaupun
dia dalam kesusahan pun ketika itu. Azie tidak akan membiarkan Airisy sendirian
di bumi Malaysia ini. Dia benua mana sekali pun. Itu janjinya pada kedua ibu
bapa Airisy.
“ Morning, bos,” sapa
Airisy. Dia memasukkan pink rose ke dalam pasu yang berkaca putih dan
mengemaskan susunannya. Kemudian, dia meletakkan pasu itu di atas meja bosnya.
“ Morning. Baru best
dapat pink rose. Segar mata memandang…segar juga hidung yang menghidu,” balas
bos Airisy.
“ Ceh, tak payah nak
segar bagai. Kak Azie kirim salam sayang dekat bos,” Airisy dengan selambanya
duduk di sofa empuk di bilik bosnya. Tangannya sibuk menaip sesuatu di telefon
bimbitnya.
“ Sayang juga kak Azie
kesayangan Risy tu dekat abang ni,” kata bos Airisy. Dia bersandar di
kerusinya.
“ Siapa aje yang tak
sayang suami? Cuba cakap dekat Risy. Abang jangan main-mainkan kak Azie tau.
Risy hentak abang dengan pasu pink rose tu kalau abang ada niat nak curang
pun,” Airisy memandang bosnya dengan pandangan ala singa kelaparan.
“ Ini Harislah. Haris
tidak akan berpaling apabila sudah jatuh cinta,” madah Haris. Airisy menjeling
Haris. Meluat pula mendengar madah yang tak berapa nak romantik itu.
“ Whatever. Hmmm…Risy
nak minta izin abang. Risy nak bawa kak Azie pergi dinner rasmi tu nanti boleh?
Kekoklah nak pergi sorang. Risy tak kenal sesiapa pun. Abang nak ikut sekali
pun boleh. Lagi best,” tutur Airisy tenang. Haris merenung Airisy seketika dan
kemudiannya tersenyum.
“ Boleh aje, sayang oi.
Awak nakkan kapal terbang gergasi pun, abang akan dapatkan. Anything…for you,”
Airisy berpura-pura terkejut.
“ Thank a lot, abang,”
Haris mengangguk. Dia bangun dari kerusinya dan menghadap bangunan pencakar
langit di belakangnya melalui tingkap kaca pejabatnya dengan tangan dimasukkan
ke dalam poket seluar. Tampak segak Haris yang sememangnya kacak itu.
“ Nanti kita jemput kak
Azie…after office hour. Kita pergi cari baju yang sesuai. You can’t simply wear
baju kurung…when the dinner must be the grand one,” Airisy bangun menghampiri
Haris di jendela.
“ I’m proud
what…wearing baju kurung pergi dinner,” tukas Airisy. Haris menjeling ke
sebelahnya.
“ Dinner kali ni lain
tau. Airisy salah seorang dari VIP penting masa dinner tu nanti. Abang tak nak
orang pandang rendah dengan penampilan Airisy. You must make people tak
berkelip tengok you,” balas Haris.
“ Wow. Kalau macam tu,
Risy kena tempah baju dekat Riezman Ruzainilah. Tak pun, Hatta Dolmat. Nak
jugaklah merasa pakai Jimmy Choo,” Membulat mata Haris dibuatnya. Namun, hanya
sebentar. Dia mengusap kepalanya Airisy yang dilitupi dengan selendang bercorak
abstrak itu.
“ Kalau macam tu, kena
tunggu Risy kahwin dululah. Baru abang siapkan yang grand-grand untuk Risy.
Risy minta pereka Itali pun abang sanggup terbangkan ke sini,” Airisy menampar
bahu Haris kuat. Mengaduh sakit Haris di situ.
“ Jauhnya menyimpang.
Lambat lagilah. Tapi, kalau abang nak sponsor pun apa salahnya,” Haris ketawa
kuat. Airisy hanya tersenyum. Mindanya mula memikirkan kedua ibu bapanya.
Rasanya sudah dia tidak berhubung dengan mereka.
“ Tak jadi kerjalah
layan Risy ni. Pergi kacau orang lain pulak. Mak Cik Dewi dah rindu nak sakat
Risy tu. Pergilah main dengan dia,” Airisy mengetap bibirnya geramnya. Mak Cik
Dewi adalah tukang cuci di bangunan ini. Selalu juga Airisy berbual dengan
perempuan yang sudah menjangkau usia 40-an itu.
“ Yelah…yelah. Orang
tak kacau dia dah. Jangan lupa call kak Azie pulak. Nanti risau pulak buah hati
abang tu,” Airisy berlalu ke sofa untuk mengambil beg sandangnya.
“ Iyalah,” Haris duduk
kembali di kerusinya sambil mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Airisy
berhenti seketika di pintu.
“ Abang,” Haris
memandang Airisy di pintu biliknya. “ Kalaulah abang tak kahwin lagi dengan kak
Azie, abang terima Risy tak jadi wife abang?” Tercengang Haris soalan yang baru
keluar dari mulut gadis berusia 25 tahun itu.. Matanya tak berkelip memandang
Airisy.
“ Apa Risy merepek ni?”
marah Haris dengan nada yang ditahannya.
“ You’re very caring
person that I’ve never met before. But, don’t worry. Airisy tidak dilahirkan
untuk jadi perampas hak milik orang,” Airisy tersenyum hambar. Haris masih
ragu-ragu dengan bicara Airisy.
“ Can you make me
understand what are you trying to say, Airisy Danielle,” tegas Haris. Aura
kepimpinannya terserlah.
“ I love you, abang,”
Airisy menunduk seketika. Haris bangun dari kerusinya.
“ Airisy,” Airisy
mengangkat wajahnya.
“ I love you as my
guardian, Encik Haris Asyraf. You always show me the cool you. Just for me…your
little buddy. I want a guy who resembles you…to guide me…to comfort me,” Haris
mengeluh perlahan.
Tanpa mereka sedari,
Azie sedang berselindung di sebalik pintu bilik yang tertutup itu. Dia tidak
dapat menahan tangisnya. Betapa Airisy sangat memerlukan insan yang mampu
menenangkan ketika dia bersusah hati. Yang mampu memberikan perlindungan
untuknya di kala dia kesusahan.
“ I’m always open my
heart for you, my little buddy. Anytime…you just come and hug me, darling,”
kata Haris telus. Dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya. Airisy menyapu
air mata di tubir matanya.
“ Thank you, my big
brother. You’re the best guardian that I have…besides my families,” balas
Airisy sambil tersenyum.
“ I know. Lain kali
jangan buat macam ni lagi. Dah…pergi cari your soul balik,” Airisy tersengih
manja.
Baru usik sikit dah
takut, getus Airisy. Dia sangat peka dengan batasnya dengan Haris. Mereka
saudara susuan. Mana boleh kahwin. Lagipun, Airisy sudah menganggap Haris
seperti abang kandungnya sendiri.
Airisy menghampiri
Haris di meja. Dia menunduk sedikit. Haris mengerutkan dahinya.
“ Kak Azie ada kat
depan pintu tu,” bisik Airisy kepada Haris.
“ Eh…kenapa pulak dia
nak datang sini? Abang tak call lagi pun,” Pelik! Airisy mengetuk kepala Haris
yang tiba-tiba blur itu.
“ Dia saja nak dengar
Risy confess dekat abanglah tu. Tak adalah. Risy tertinggal sweater kat kedai.
So, kak Azie SMS kat Risy nak datang sini,” jelas Airisy perlahan. Haris
mengusap dadanya yang sudah berdebar.
“ Patutlah Risy confess
benda entah apa-apa aje. Kenapa tak masuk lagi wife kesayangan abang tu? Takkan
dah kaku dekat belakang pintu tu kot,” Haris mengambil fail di hujung mejanya. Masih
ada kerja yang perlu diselesaikannya.
“ Relaxlah. Kejap lagi
masuklah tu. Risy keluar dululah. Tiba-tiba terasa nak makan nasi lemak kat
bawah tu pulak.”
Airisy berjalan perlahan menuju ke pintu.
Sengaja ingin membiarkan Azie membuka dahulu pintu bilik Haris. Seperti
jangkaannya, Azie muncul dengan senyuman manis ketika membuka pintu bilik itu.
Airisy membalas senyuman yang baginya ikhlas itu.
“ Masuk, kak. Risy nak
turun bawah. Selamat berdating ya, abang dan kakak kesayanganku,” Airisy
menutup pintu bilik Haris dan terus menuju ke lif untuk ke tingkat bawah.
“ Assalamualaikum,
abang,” sapa Azie lembut. Haris mengangkat wajahnya.
“ Waalaikumsalam. Awak
tutup kedai ke?” Azie menggeleng. Dia duduk di kerusi yang disediakan.
Berhadapan dengan suaminya. Bukan selalu dia dapat bertandang di pejabat
suaminya itu.
“ Ada Lily yang tolong
tengokkan. Lagipun, saya tak senang hati pulak kalau tak hantar sweater
kesayangan Risy tu. Tak senang duduk dibuatnya kalau tak ada sweater tu dengan
dia,” balas Azie panjang. Haris kembali menatap fail ditangannya.
“ So, you dengar apa
yang Risy cakap tadi? Pasal…she love me,” Azie mengangguk.
“ Bilalah Mr. Right dia
tu nak muncul agaknya? Kalau tak, asyik aje dok mengadap cerita Mohabbatien tu.
Dah macam orang sasau. Nak-nak pulak kalau sampai scene Karan-Kiran dia tu,” Haris
tergelak.
“ Awak ni. Tak baik tau.
Dah itu minat dia, nak buat macam mana. Abang suruh dia buat kerja kat dalam
office ni, dia tak nak. Rimas katanya.”
“ Your little buddy
kan. Macam abang dululah. Puas papa pujuk baru nak take over company ni. Kalau
tak, papa lagilah yang duduk dekat kerusi empuk abang tu.” Kan dah kena sebijik
dengan isteri sendiri. Nasib baik orang tersayang. Kalau tak, dah lama
disumbatnya cili padi ke dalam mulut puaka yang mengutuknya itu.
“ Alah, itu time protes
abang. Sekarang ni abang dah ada Nur Azisya Farhani. Dan…mungkin nanti muncul
junior-junior abang. Tak bolehlah nak main-main lagi,” Azie tersenyum bangga.
Pandai suaminya berkata-kata.
“ Hmmm…apa-apalah
abang. Petang nanti abang pick me up or…saya balik sendiri?” soal Azie. Dia
membelek pink rose di dalam pasu. Pandai Airisy menyusun kedudukan bunga-bunga
itu.
“ Abang ambil. Kita
shopping untuk dinner Airisy nanti. Abang nak Risy jadi puteri malam tu nanti.
Awak tolong abang ya,” Haris meletakkan tangannya di atas tangan Azie.
“ Itu abang jangan
risau. Manalah tahu kot-kot tersangkut si Airisy tu dengan anak orang ternama
yang datang dinner tu nanti. Baru ada class, abang,” seloroh Azie.
“ Pandailah isteri
abang ni,” Mereka sama-sama ketawa. Tidak sabar rasanya untuk ke majlis makan
malam itu.
Seperti yang dijanjikan
oleh Haris, Airisy dibawa ke butik yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Hanya
orang yang ternama selalu bertandang ke butik itu untuk menempah dress atau
baju perkahwinan. Memandangkan mereka cuma ada sedikit masa sahaja sebelum majlis
makan malam itu, Airisy hanya membeli baju yang sudah siap dijahit.
Airisy lebih senang
memilih gaun labuh yang menutup aurat. Perinciannya juga tidak berat. Biarlah
simple tetapi menarik. Setelah selesai memilih pakaian yang sesuai, mereka
turut mengambil peluang ini untuk membeli belah barangan lain. Setelah puas,
mereka bertiga pulang ke rumah.
“ Hari ni pun nak ikut
abang pergi office, Risy?” soal Puan Sri Nisa. Airisy mengunyah bihun di dalam
mulutnya perlahan.
“ Tak tahu lagi, ma.
Kenapa?”
“ Mama ingat nak ajak
Risy pergi spa. Dah lama mama tak jumpa kawan mama. Mama nak pergi seorang,
macam tak best pulak,” jelas Puan Sri Nisa. Dia menuangkan air ke dalam cawan
dan diberikan kepada Airisy.
“ Erm…boleh jugak tu,
ma. Risy pun rasa macam nak diurut aje ni,” setuju Airisy. Penganggur
sepertinya mana hendak kisah kalau keluar seharian. Barulah enjoy macam itu
baginya.
“ Morning, ma,”
serentak Haris dan Azie menyapa Puan Sri Nisa.
“ Morning,
sayang-sayang mama,” jawab Puan Sri Nisa. Haris dan Azie mengambil tempat duduk
mereka di meja makan. Airisy masih kusyuk dengan bihun gorengnya.
“ Tak nak ikut abang
pergi office ke?” soal Haris sambil menyuakan pinggannya untuk diisi bihun
goreng kepada isterinya. Azie mula menjalankan peranannya sebagai isteri di
meja makan.
“ Tak. Risy ikut mama
pergi spa,” jawab Airisy malas.
“ Biarlah hari ni Risy
ikut mama pulak. Naik bosan dia mengikut kamu pergi office tu. Lagipun, papa
tak ada kat rumah hari ni. Lepas balik dari jogging nanti, terus papa nak pergi
jumpa kawan-kawan lama dia dekat kelab golf yang biasa papa pergi tu,” ujar
Puan Sri Nisa.
“ Ris okay aje kalau
Risy nak ikut mama. Nanti mama tahan ajelah telinga dengar dia berangan dekat
spa tu,” kata Haris sebelum menyuapkan bihun ke mulutnya. Airisy hanya
memekakkan telinganya.
“ Ha’ah, ma. Habis
semua orang dekat dalam spa tu dikacaunya nanti,” tambah Azie.
“ Ala…orang kacau aje
pun. Bukannya buat benda tak elok. Kan, ma,” Airisy melentokkan kepalanya
dibahu Puan Sri Nisa seketika.
“ Iya, sayang. Mama tak
pernah halang apa yang anak-anak mama nak buat. Janji tak menyusahkan hidup
orang lain sudah,” balas Puan Sri Nisa sambil mengusap kepala Airisy.
Haris dan Azie
mencebik. Faham sangat sikap manja Airisy jika bersama dengan Tan Sri Khalid
dan Puan Sri Nisa. Tetapi Airisy lebih manja dengan Tan Sri Khalid kerana Tan
Sri Khalid sangat sukakan anak perempuan.
Akhirnya malam yang
ditakuti Airisy tiba jua. Puan Sri Nisa menghampiri Airisy di kerusi batu di
luar rumah. Airisy sangat cantik dengan dress muslimah bercorak simple. Airisy
memilih sea green dan light pink sebagai warna temanya malam itu. Selendang
dililit kemas di kepalanya. Dia tampak anggun sekali.
“ Mummy beritahu
mama…dia orang akan umumkan perasmian rumah anak-anak yatim tu di akhir majlis.
So, you just be prepare. Tak ada orang yang kenal Airisy. Abang dengan kak Azie
ada. Jangan risau ya,” Puan Sri Nisa cuba menenangkan Airisy yang sudah tidak
keruan itu.
“ Insya Allah, ma. Risy
harap sangat nanti Risy tak pengsan masa perasmian tu. Risy bukannya biasa
sangat dengan dunia korporat tu semua. Kenapa mummy and daddy tak balik aje
sini rasmikan apa yang patut? Risy juga yang jadi mangsanya. Tak pun, biar
abang ajelah yang buat,” Airisy memandang Puan Sri Nisa.
“ Apalah anak dara mama
ni. Cool okay. Risy dah pernah berhadapan dengan lebih beribu orang pun masa
dekat Brooklyn Museum Art, New York tahun lepas. Boleh je,” Airisy mengeluh
perlahan. Lambat pula Haris dan Azie bersiap. Mengalahkan menteri.
“ Itu depan entah siapa
aje. Tapi malam ni, Risy kena berdepan dengan corporate life yang Risy tak
suka. Risy tak suka expose dekat depan kawan-kawan mummy and daddy. Mama tahu
kan,” Puan Sri Nisa memeluk bahu Airisy.
“ Hey, my girl. Mummy
and daddy nak Risy tahu dunia korporat bukanlah satu beban untuk Risy. Mereka
nak satu-satunya anak perempuan kebanggaan mereka ni bangga dengan pencapaian
mereka. They need you to support them. Your brother can’t take over all the
business. So, you’re the best choice they have. If your brother is here, then
you don’t need to face all of this. Mama yakin dengan Airisy Danielle yang ada
dekat sebelah mama ni. I’m proud of you…”
“ We proud of you,”
potong Haris. Azie tersenyum penuh makna disebelah suaminya. Airisy terharu
dengan sokongan yang diberikan kepadanya oleh keluarga ini.
“ I will do it. For
mummy and daddy…for abang Ammar too. And…yang penting untuk insan-insan
kesayangan Risy dekat sini,” Airisy memeluk Puan Sri Nisa erat. Dia cuba
mencari kekuatan.
p/s : maaf kalau ada ayat BI yang berterabur...tengah belajar nak speaking...tapi xsure betul atau tak.
No comments:
Post a Comment