Trisha merenung langit
malam dari jendela hotel. Hampir lima belas minit dia berdiri ti tepi tingkap
bilik hotelnya. Mungkin sekarang di Malaysia, sudah pagi. Fikirannya masih
memikirkan kunjungannya ke rumah Lewis tadi. Entah apa yang merasuknya untuk ke
rumah keluarga jejaka kacukan British dan Chinese itu pun dia sendiri tidak
faham.
Dia dapat melihat di
setiap sudut rumah itu penuh dengan botol arak dan seangkatan dengannya. Nasib
baiklah mereka tidak minum minuman haram itu di hadapannya. Jika tidak, dia tak
akan teragak-agak untuk lari terus dari rumah itu. Erk? Macam kau tahu saja
jalan balik hotel kan, omel Trisha. Namun, itu juga adalah kenangan manis baginya.
Perkara itu menjadi pengalaman terbarunya.
Sebelum ini, Tan Sri
Amzan yang selalu membawa orang dari negara lain ke rumah mereka. Kali ini, dia
pula bertandang ke rumah orang putih. Sesuatu yang langsung tidak dijangkakan
oleh Trisha. Trisha dikira beruntung kerana dapat berkenalan dengan jejaka
idaman gadis-gadis di Malaysia itu.
“This isn't how I thought it was supposed to be. You were the one
who I imagined next to me” Ringtone Iphone 5 Trisha berbunyi. Trisha menghampiri katil dan
mengambil telefon bimbitnya. Dia melihat si pemanggil sebelum tersenyum
sendiri.
“ Assalamualaikum, my sweetheart. What are you
doing?” sapa si pemanggil dahulu.
“ Waalaikumsalam, my baby boo. Duduk tepi
tingkap…then pandang langit,” jawab Trisha sambil melabuhkan punggungnya di
birai katil. Dia bermain dengan hujung rambutnya yang panjang.
“ I’m very sure…sekarang you tengah duduk atas
katil sambil main rambut you kan?” Trisha tergelak kecil. Macam tahu-tahu saja.
“ Wow! I tak sangka you ni ahli nujum,” gurau Trisha
mendapat gelak ketawa si pemanggil.
“ Pandai you kenakan I kan. So…how’s your
vacation? Tak nak balik Malaysia dah ke? Tak rindu I?”
“ My vacation? It was just soooo…nice here.
But…I tak sempat nak explore lagi apa yang best kat sini. Maybe esok kot. I
balik Malaysia…emmm…minggu depan. Dear, of course I miss you,” Trisha bangun
dari duduknya dan berdiri di tepi jendela. Dari situ dia dapat melihat Santa
Monica Beach.
“ I pun kat sini…dah bosan tahap cipan you tahu
tak? I tak ada siapa nak ajak hang out. Kalau you ada…tak adalah bosan sangat
hidup I,” Trisha tergelak kecil.
“ Alah, you kan banyak scandal, Azaril sayang.
You just…pick one of them. Lagipun kawan-kawan baik you tu kan ada…”
“ You jangan. Kang ada jugak orang di sana yang
merana kalau I ajak dia orang. Kawan-kawan I sekarang ni suka lepak dengan wife
dia oranglah,” kata Azaril bersahaja.
“ Encik Azaril Raffiqi Wilson, I suruh you pick
only one…bukan dia orang, okay. I tak kisah pun. Oh, sekarang baru you tahu
kawan-kawan you tu pun ada wife ye,” balas Trisha.
“ Ye ke you tak kisah? Okay, I think…malam ni I
nak ajak Fionalah. Tak pun Denna,” Azaril cuba menduga Trisha.
“ Hmmm…Denna is better. If you ajak Fiona…nanti I
dapat photo you dengan dia shirtless…siap you,” Azaril ketawa kuat.
“ Tahu pun you cemburu eh? I know…you love me,
baby. So…I’ll change my mind. Malam ni I ada gathering with…mama’s familylah. Nak
sambut orang baru katanya,” Trisha mengerutkan dahinya.
“ Orang baru? Kak Isha pregnant ke? Or…family
mama nak dapat menantu?” teka Trisha.
“ Both of them,” jawab Azaril pantas.
“ Yeay…nanti baby Hezri ada kawan. Siapa yang
nak kahwin?”
“ Abang Mizal. Sebut pasal baby Hezri kan…tadi I
terjumpa dia kat mall…”
“ Kahwin jugak abang Mizal, kan. Seronoknya.
Emmm…dia buat apa kat mall? Dengan along ke?” Trisha terpandang sesuatu yang
tiba-tiba menariknya untuk terus melihat.
“ Dengan along and kak Cha. Along nak cari apa
entah…I tak ingatlah…”
“ You dah tua kot sebab tu tak ingat. Tak
pun…you makan semut banyak,” senda Trisha.
“ Tua tu…slow sikit eh. Umur I tak sampai empat
puluh tahun lagi okay,” tukas Azaril. Trisha kembali ke katil dan berbaring di
situ.
“ Lagi sepuluh tahun aje. Tak lama dah, pak cik
tua,” Azaril mengetap bibirnya kuat sehingga telinga Trisha dapat mendengarnya.
“ Tua…tua I pun, ada orang nak. You…kalau dah
tua, siapa aje yang nak,” Azaril cuba menambah garam yang sudah sedia masin.
Erk? Ada ke???
“ Eeee…siapalah yang malang tu, kan. Lelaki tua
pun dia nak. Alah, kalau I dah tua pun ada orang naklah…kecuali…” Trisha
berjeda seketika.
“ Kecuali?”
“ Kecuali orang tu tak nak I lah. Tapi kan…I ada
jumpa scandal kat sini. Handsome tau…public figure lagi tu,” Trisha pula yang
cuba menjolok sarang tebuan.
“ Trisha Dania! You jangan buat I terbang kat
you sekarang…” ugut Azaril dengan nada geram. Tahu pun takut, getus Trisha.
“ Taklah. I nak bagitahu you something ni. Hari
ni kan…I masak kat rumah mat saleh kat sini,” Macam takut-takut sahaja Trisha
memberitahu Azaril tentang aktivitinya pada hari ini.
“ Rumah mat saleh mana pulak ni, sweetheart?”
Hah, sudah. Nak marahlah tu, getus Trisha.
“ The one who always…appears on the TV. The ads
model…you know…that guy…emmm…Lewis Lee?”
“ What? Darling, please don’t mess me up,” Dah
agak dah cik abang nak marah. Adoi, cerita salah. Tak cerita kang…cakap aku
tipu dia pulak, desis Trisha.
“ Then…I letak phone dululah. After you’ve cool
down…we chit chat again, okay. Bye,” Trisha terus memutuskan talian.
Trisha mengeluh kecil. Matanya juga tiada
tanda-tanda dia ingin tidur lagi. Akhirnya dia membelek gambar-gambar yang
diambil ketika di rumah Lewis. Sesekali, Trisha ketawa kecil. Macam-macam
kerenah adik-adik Lewis itu menghiburkan hati Trisha hari ini. Masing-masing
ada karakter yang berlainan yang mampu membuatnya ceria.
Tanpa sengaja Trisha terbuka folder gambar
perkahwinannya. Haaa? Yes, world. Trisha sudah bergelar isteri kepada Azaril
Raffiqi sejak tiga bulan yang lepas. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga
keduanya. Walaupun tanpa cinta…mereka masih boleh hidup bersama sebagai kawan. Mereka
cuba menerima kehidupan masing-masing yang sudah semestinya sangat berbeza.
Trisha Dania seorang gadis yang ringkas. Hidupnya
selalu ceria dengan gelak ketawa yang sering menemaninya tidak kira suka atau
duka. Dia juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Tidak kiralah sesama
bangsa atau sebaliknya. Baginya…hidup di dunia cuma sekali dan dia harus
menghargai dan menikmati kehidupannya. Trisha
adalah seorang photographer bebas di syarikat Tan Sri Amzan. Namun, setiap
kerjanya dilakukan dengan penuh komited. Hidupnya juga semakin mencabar sejak
berkahwin dengan Azaril.
Azaril Raffiqi Wilson pula seorang jejaka
berusia 30 tahun. Dia seorang yang agak serius dalam melakukan kerjanya sebagai
doktor bedah. Namun, di luar waktu bekerja, dia seorang yang easy-going. Ramai
perempuan yang cuba mendekatinya kerana ketampanan yang dimilikinya. Berdarah
campuran Melayu, Cina dan Arab membuatkan dirinya sering di dekati oleh
perempuan-perempuan dari negara asing.
Sepanjang tiga bulan Trisha dan Azaril hidup
bersama, Trisha jarang mengambil tahu tentang nightlife suaminya. Kerjaya
Azaril sebagai doktor di HUKM memang sangat sibuk tetapi Azaril selalu sahaja
ada masa untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan sosialnya. Jika waktu
kerjanya malam…siang hari dia akan lepak dengan gadget dan keretanya.
Trisha pula sering menghabiskan masa dengan
dunia photographynya. Kadangkala dia akan keluar malam untuk melihat gelagat
manusia di KLCC atau jika ada masa di I-City. Jika dia lapang, masanya akan
dihabiskan untuk mencuba pelbagai jenis masakan baru. Dan…perut Azarillah yang
akan menjadi mangsa percubaannya. Sebelum berkahwin dulu…baba dan ibunya yang
menjadi mangsa. Yang paling teruk tentulah Danial. Trisha akan memaksa Danial
makan masakannya walaupun makanan itu hangus.
Iphone 5 Trisha berdering lagi. Trisha hanya
membiarkan sahaja. Apabila tiba deringan untuk kali ketiga, barulah dia
menjawab panggilan itu.
“ Sayang, I tak marah, okay,” Azaril terus
memujuk Trisha. Dia di hospital tak senang duduk. Sudahlah sejam lagi…dia perlu
melakukan pembedahan. Mahu hancur kerjayanya nanti.
“ Okay. You kan busy…call I kenapa?” soal Trisha
tanpa nada. Sengaja ingin Azaril terus memujuknya. Bosan pula apabila tidak
dapat mencari pasal dengan sang suami yang langsung tidak dicintainya. Emmm,
kejamnya!
“ I tak boleh buat kerjalah kalau you merajuk
macam ni,” Trisha tersengih kecil. Seronoknya dapat main-mainkan Azaril.
“ I’m okay. Tak merajuklah. I won’t mess you up,
okay?”
“ Hmmm…I’ve got to go. Wish me luck for my
operation today,” ujar Azaril. Dia mengemaskan fail-fail pesakitnya.
“ Good luck. Berapa jam?”
“ I don’t know. Maybe five or seven hours,”
jawab Azaril.
“ Okay. Eat something first. Malulah…doctor pengsan
dalam bilik bedah,” gurau Trisha. Azaril tersenyum. Akhirnya Trisha sudah boleh
bergurau dengannya.
“ Alright. See you…next week. Bye.
Assalamualaikum…”
“ Waalaikumsalam, my baby boo,” jawab Trisha.
Dia meletakkan Iphonenya di atas meja sisi
katil. Azaril sering mengingatkan agar tidak meletakkan telefon bimbitnya
berdekatan dengan tubuh badan ketika tidur. Cara itu akan membahayakan tubuh badan
manusia. Sejak itu, Trisha akan memastikan telefon bimbitnya akan berada
agak jauh dari tubuhnya apabila tidur.
note : inilah idea yang terpendam telah terburai...time tengah makan nasi goreng...cerpen and novel sebelum ni cheirumunayu buat " two girls with one guy "...so this time " one girl with two guys "..ENJOY!!!
best2... Rasanya suka lgi kat Doktor lah
ReplyDeletehihihihi
eyh??? hihihi...model tu pun ok jugak..:d
Delete