Arianna hanya diam sahaja sepanjang perjalanan pulang. Dia bermain
dengan rantai yang diberikan Murad tadi.
“ Zarra menyusu dengan awak ke? Kenapa?” tanya Fariq ingin tahu.
“ Hmmm? Mama yang suruh. Dia nak Zarra jadi anak susuan saya,”
jawab Arianna malas. Fariq memandang isterinya sekilas. Dia perasan isterinya
itu asyik bermain dengan rantai yang berloketkan dua bentuk cincin.
“ Then, she’s my daughterlah, kan?”
“ Yelah kot. Tapi, kan. Perangai dia nak macam awak sikitlah,”
balas Arianna dengan senyuman nakal.
“ Kenapa pulak? Dekat mana yang nak sama tu?” tanya Fariq pelik.
Dia mengetuk stereng perlahan.
“ Kat mana? Suka memeningkan kepala orang,” Fariq merampas rantai
di tangan Arianna kasar.
“ Bila masa pulak saya peningkan kepala awak?” Arianna sudah
memandang Fariq geram.
“ Bak sinilah. Tengah drive pun nak main-main lagi. Kang tak pasal
aje dua-dua orang masuk hospital,” Tangan Arianna laju sahaja merampas kembali
rantainya.
“ Yang awak dok main-main dengan rantai tu kenapa?” Fariq
menumpukan kembali kepada pemanduannya.
“ Bekas kekasih saya bagi. So…?” Fariq menjegilkan matanya kepada
Arianna. Ya Allah dia ni, gumam Arianna.
“ Eh, awak. Ada kereta kat depan tu,” Kelam kabut Fariq memandang
ke depan. Fuh, semangat… Arianna hanya mengenakannya.
“ Padan muka. Agak-agaklah nak lepas geram pun. Tahulah yang awak
tu cemburu. Tapi jangan sampai nak bunuh saya,” Arianna menggelengkan kepalanya
sambil tersenyum mengusik.
“ Bekas kekasih awak yang mana satu?” tanya Fariq selamba.
“ Haih. Macam tahu-tahu pulak saya ni banyak kekasih, kan. Tapi,
kekasih saya yang bagi rantai ni dah tualah. Tak payahlah awak nak cemburu,” usik
Arianna. Seronok pula dia mengenakan suaminya itu.
“ Siapa yang cemburu. Perasan,” sangkal Fariq.
“ Oh, yeah. Okey. Saya nak minta izin awaklah kalau macam tu.
Boleh tak kalau saya nak dating dengan kekasih tua saya tu malam ni?” duga
Arianna.
“ Silakan. Nak dating hari-hari pun tak apa…”
“ Betul ni? Thank you so much. Nanti saya kenalkan awak dengan
kekasih tua saya tu ya,” Arianna menahan dirinya dari ketawa. Fariq mendengus.
“ Tak adalah. Ni daddy yang bagi. Satu cincin…saya dan satu lagi
cincin untuk suami saya. Daddy yang design…two years ago,” jelas Arianna.
“ Means that, nama suami awak ada tertulis dekat cincin tulah,
kan?”
“ Tak ada lagi. Hish, mana saya ada suami lagi masa tu. Daddy
cakap nanti dah ada suami baru pergi ukir dekat kedai,” terang Arianna. Fariq
mengangguk-anggukan kepalanya.
Arianna melemparkan pandangannya ke tasik. Petang itu dia membawa
Zarra berjalan-jalan di tasik berdekatan dengan kawasan perumahannya. Hampir
sebulan juga dia tidak berjumpa dengan Fariq sejak pulang dari rumah Murad.
Arianna hanya menitipkan sms sahaja untuk keluar rumah. Puan Sri
Harlina berpesan agar Arianna meminta izin Fariq dahulu untuk keluar ke mana-mana.
Dan setiap kali smsnya hanya berbalas, K. Terasa juga dengan sikap Fariq
terhadapnya. Dia cemburukan arwah Airis kerana suaminya itu terlalu sayangkan
arwah bakal isterinya itu walaupun sudah hampir lapan bulan arwah Airis
meninggalkannya.
“ Ehem,” Arianna tersentak. Dia terganggu dengan deheman seorang
lelaki. Dia berpusing ke kanan. Fariq!
“ Buat apa datang sini?” soal Arianna hambar. Dia mengusik Zarra
di dalam stroller.
“ Jenguk isteri sendiri takkan tak boleh,” tempelak Fariq. Dia
tersenyum sinis.
“ Awak ada isteri ke?” Arianna tidak memandang Fariq. Sebaliknya
bermain dengan Zarra. Fariq melabuhkan punggungnya di sebelah Arianna.
“ Habis tu awak siapa? Isteri siapa? Tak tahu pulak kalau saya
akad nikah lapan bulan lepas dengan hantu,” tutur Fariq keras.
“ Yelah kot,” Arianna berdiri. Dia menolak stroller. Dia sakit
hati dengan layanan Fariq.
“ Awak, tunggulah,” Fariq menyaingi langkah Arianna.
“ Awak ni kenapa? Awak kena ingat yang awak tu isteri saya,” marah
Fariq. Arianna berhenti.
“ Awak pernah anggap saya ni isteri awak ke, Encik Rayyan? Saya
rasa macam saya ni tak ada suami,” tukas Arianna. Dia cuba faham situasi Fariq
yang kehilangan bakal isteri. Tapi sampai bila?
“ Awak nak saya buat apa, Arianna? Kita kahwin bukan sebab cinta.
Saya masih tak boleh lupakan arwah Airis,” Arianna merenung Fariq tajam.
“ Tak boleh lupa? Kenapa dulu awak still nak kahwin dengan saya,
Encik Rayyan? Pernah tak awak fikir perasaan saya? Saya rimas bila semua orang
asyik tanya pasal suami saya. Saya dah penat nak menjawab semua tulah,” luah
Arianna. Ditahan air matanya dari jatuh. Fariq terdiam.
“ Saya cemburu dengan arwah Airis. Walaupun dia dah tak ada, awak
still sayang dia. Selalu ada untuk hadiahkan al-Fatihah. Selalu bacakan surah
Yassin untuk dia. Maafkan saya kalau saya buat awak terkilan atau terasa hati.
Awak hak saya dan saya dah jadi hak awak. Saya tak nak awak terpaksa tanggung
dosa saya kalau saya terlepas laku,” Arianna boleh sahaja bersabar tetapi…dia
penat menjadi isteri kepada seorang suami yang langsung tidak mengambil berat
tentangnya.
“ Kalau awak rasa awak masih perlukan saya, awak tahu apa yang
patut awak buat. Tapi saya betul-betul maksudkan apa yang saya kata. Saya
perlukan awak walaupun hati saya sakit sebab awak. Saya balik dulu,” sambungnya
lagi sebelum berlalu meninggalkan Fariq yang kaku berdiri itu.
Kali ini mereka berpisah lagi. Entah untuk berapa lama pun
masing-masing tidak tahu. Arianna berharap Fariq akan menerimanya sebagai
isteri yang selalu berada di sisi suaminya.
Petang keesokannya, Fariq menghubungi Arianna. Pelik juga Arianna
apabila suaminya tiba-tiba menelefonnya. Sebelum ini jangan haraplah nak
hubunginya.
“ Assalamualaikum,” Fariq memberi salam.
“ Waalaikumsalam. Kenapa?” Arianna menjawab malas.
“ Mama ajak awak balik kampung arwah atuk dekat Kedah,” beritahu
Fariq terus. Dia juga malas berbual lebih. Itu pun puas Datin Katrina memujuk
agar menghubungi isterinya.
“ Kedah? Bila?” tanya Arianna.
“ Ha’ah. Lusa. Seminggu dekat sana,” jelas Fariq.
“ Perlu ke saya ikut?” tanya Arianna senada. Masih berjauh hati
sebenarnya.
“ Ikut suka. Mama yang suruh saya ajak. Awak tak nak pergi pun tak
apa. Okeylah, kalau nak ikut sms saya,” Fariq mengeluh kecil.
“ Kejap. Nak sambut awal puasa kat sana ke?” soal Arianna.
“ Hmmm. Okaylah…saya ada kerja ni. Bye,” Fariq memutuskan talian.
Arianna tersentap. Payah sungguh dapat suami yang ego macam ni.
Malam itu ketika makan malam Arianna meminta izin daripada kedua
ibu bapanya untuk mengikut keluarga mertuanya balik kampung mereka.
“ Seminggu?” Arianna mengangguk. Tan Sri Kasyfi berfikir sejenak.
“ Kalau Ria nak ikut, mummy okey aje. Tapi nanti sunyilah rumah
ni. Lagi tiga hari nak puasa dah,” tutur Puan Sri Harlina dengan nada yang agak
sedih.
“ Daddy rasa Ria patut ikut Rayyan. Ria bukan lagi tanggungjawab
daddy dan mummy. Nanti apa pulak kata mertua kamu,” Tan Sri Kasyfi menoleh ke
arah buaian cucunya.
“ Tapi daddy rasa Ria kena bawa Zarra sekalilah. Dia mana boleh
berpisah dengan kamu lama-lama,” sambungnya.
“ Makin sunyilah rumah kita ni, bang,” keluh Puan Sri Harlina.
Berat hati pula nak biarkan Arianna dan Zarra ikut keluarga Fariq.
“ Ish, awak ni. Sepatutnya sekarang ni Ria dah kena tinggal dengan
Rayyan pun. Dia dah jadi isteri orang,” pujuk Tan Sri Kasyfi.
“ So, Ria boleh ikut Rayyanlah ni? Dengan Zarra sekali?” Arianna
inginkan kepastian. Takut nanti hati ibu bapanya terguris pula.
“ Sebelum tu Ria…minta izin Rayyan dulu nak bawa Zarra. Mummy
takut dia tak suka kalau Ria bawa Zarra sekali,” Puan Sri Harlina menggenggam
tangan Arianna. Arianna mengangguk.
Selesai sahaja makan malam, Arianna pantas naik ke bilik untuk
menghubungi suaminya. Dicapai telefon bimbit di atas meja di sisi katilnya.
“ Hello, awak…”
“ Ada apa?” soal Fariq hambar. Arianna mengembungkan pipinya.
Macam tak suka sahaja aku call ni, getus Arianna.
“ Mummy and daddy benarkan saya ikut awak balik kampung,” jelas
Arianna laju.
“ So?” Sabar sajalah dengan tingkah suaminya itu.
“ Tapi saya kena bawa Zarra sekali. Itu pun kalau awak izinkan,”
tiada nada mesra dia menjawab.
“ Ikut suka,” balas Fariq pendek. Arianna menumbuk tilam empuknya
kuat. Geram dengan sikap sang suami.
“ Okey. Nanti datang rumah ambil saya dengan Zarralah,” suruh
Arianna.
“ Hmmm,” Arianna mengepal penumbuknya.
“ Okeylah. Jumpa nanti. Bye,” tutttt. Panggilan sudah diputuskan.
Arianna menumbuk bantalnya sekuat hati. Melepaskan geram di hati.
Macam menyesal pula mengahwini lelaki yang langsung tak ada perasaan itu.
Tercabar juga Arianna dengan ego suaminya yang meninggi itu.
“ Arianna duduk depan ya,” pinta Datin Katrina.
“ Hah? Okey,” Arianna menjeling Fariq yang sedang berbual dengan
daddynya. Datuk Rasyid turut menyertai perbualan itu.
“ Jaga Zarra elok-elok. Semakin buas budak ni sekarang ni,” pesan
Puan Sri Harlina. Dia mendukung Zarra yang tidak reti duduk diam itu.
“ Yelah, mummyku,” balas Arianna.
“ Untunglah awak, Lina. Ada jugak cucu nak bermain. Saya ni
teringin sangat nak ada cucu,” kata Datin Katrina.
“ Eh, Rina ni. Cucu saya ni cucu awak juga. Arianna kan dah kahwin
dengan anak awak. Kalau nak sangat cucu, suruh aje dia orang ni buat anak
cepat-cepat,” sempat Puan Sri Harlina berseloroh. Arianna membulatkan matanya.
Ini sudah melebih.
“ Itulah. Mama ingat mama nak cucu lelakilah, Rianna,” Arianna
tersengih. Puan Sri Harlina mencuit bahu anaknya.
“ Insya Allah, ma. Kalau ada rezeki tu adalah,” Jawapan cliché’
yang mampu Arianna diberikan. Nak ada anak macam mana kalau hubungannya dengan
Fariq pun semakin dingin.
“ Dia orang ni tak nak bertolak lagi ke? Nanti lambat pulak sampai
kampung,” omel Datin Katrina.
“ Orang lelaki ni kalau dah bersembang memang dah tak ingat dunia.
Tambah pula kalau topic pasal bisnes dia orang tu,” ujar Puan Sri Harlina.
“ Setuju tu,” Datin Katrina menggelengkan kepalanya.
Tit! Tit! Arianna membuka peti masuk menandakan ada mesej yang
masuk. Arianna menjegilkan matanya seketika. Dia menapak ke arah Tan Sri
Kasyfi. Arianna menarik lengan daddynya dan membisikkan sesuatu di telinga
lelaki tua itu.
“ Seriously?” suara Tan Sri Kasyfi agak kuat dek kerana terkejut.
Arianna menampar lembut bahu daddynya. Dia juga terkejut dengan suara kuat Tan
Sri Kasyfi.
“ Apa yang seriusnya, Kasyfi?” soal Datuk Rasyid ingin tahu. Fariq
hanya mendiamkan diri. Malas ingin masuk campur. Arianna sudah berlalu
menghampiri mummy dan mama mertuanya.
“ Orang yang menyebabkan kematian anak lelaki saya dikenakan
hukuman penjara seumur hidup,” jelas Tan Sri Kasyfi.
“ Hukuman dunia apalah sangat. Itu belum kira hukuman di akhirat
lagi,” kata Datuk Rasyid. Tan Sri Kasyfi mengangguk tanda bersetuju dengan
kata-kata besannya itu.
“ Rayyan kenal Shauqi, anak Tan Sri Ahmad?” soal Tan Sri Kasyfi
kepada menantunya.
“ Kenal biasa-biasa aje. Dulu selalu jugak jumpa pasal projek,”
jawab Fariq. Arianna dah menceritakan perihal Shauqi kepadanya dulu.
“ Nasib baik Rayyan dulu yang kahwin dengan Arianna. Tak nak saya
menantu macam Shauqi tu,” kata Tan Sri Kasyfi selamba. Datuk Rasyid dan Fariq
ketawa serentak.
“ Datuk oi, pukul berapa nak bertolak ni?” laung Datin Katrina.
Ketiga-tiganya menghampiri kaum hawa di kereta milik Fariq.
“ Hadoi, nasib suara baik punya,” Datuk Rasyid memegang bahu
isterinya.
“ Ish, abang ni. Rina takut lambat pulak kita sampai,” balas Datin
Katrina.
“ Iyalah. Barang-barang dah masukkan semua, Arianna?” Arianna
mengangguk laju.
“ Eloklah bertolak sekarang. Nanti sampai sana tak adalah penat
sangat,” kata Tan Sri Kasyfi sambil menilik jam tangannya. Sudah pukul 10.30
pagi.
“ Nanti kami balik sini, kita sembang lagi. Tapi kita date berdua
dahlah,” gurau Datuk Rasyid.
“ Insya Allah. Lepak dekat kedai kopi mana-mana,” Arianna tergelak
kecil. Tan Sri Kasyfi menarik hidung mancung Arianna.
“ Sejak bila daddy…,”
“ Daddy apa?” Semakin ketat Tan Sri Kasyfi menarik hidung Arianna.
“ Sakitlah, daddy. Tak ada apa-apalah,” Arianna menjauhkan dirinya
dari Tan Sri Kasyfi. Bahaya betul!
“ Ya Allah. Dua beranak ni kalau tak mengusik memang tak sah.
Macam budak-budak. Dah ada cucu pun perangai gaya budak umur sepuluh tahun.
Awak tu dah lima puluh lebih dah,” bebel Puan Sri Harlina. Yang lain tersengih
mendengar bebelan Puan Sri Harlina.
“ Alolo, bucuk Ria dah merajuk. Mummy, how could you say like
that,” Arianna memeluk erat leher Tan Sri Kasyfi. Tan Sri Kasyfi sengaja
memasamkan mukanya.
“ Kasyfi dah merajuk tu, Lina,” Datin Katrina menyenggol badan besannya.
“ Ala, merajuk tak lama pun,” balas Puan Sri Harlina sambil
tersenyum.
Arianna membisikkan sesuatu di telinga Tan Sri Kasyfi. Serta merta
riak wajah Tan Sri Kasyfi berubah. Namun, cepat-cepat disembunyikan dengan
senyuman manis. Tidak mahu yang lain perasan akan perubahannya. Arianna
mengambil Zarra yang sedang berceloteh seorang diri.
Tinggallah Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina berdua di halaman
rumah. Mereka menghantar anak, menantu dan besannya dengan pandangan sahaja.
Puan Sri Harlina yang perasan akan riak wajah suaminya mengerutkan dahinya.
No comments:
Post a Comment