Azaril
membuka lampu ruang tamu. Dia menghempaskan badannya ke sofa. Dia memandang
kosong sekitar ruang tamu dan dapur sebelum melepaskan keluhan berat. Sepatutnya
mereka sedang berehat bersama ketika ini. Trisha pasti akan meyediakan air
Nescafe panas untuknya.
“
Arggghhh!” jerit Azaril lantang.
Salahnya
juga. Siapa yang cadangkan semua ni? Sendiri yang cari pasal. Elok-elok ada
isteri…nak berpisah pula. Stress kerja pun bila tenung wajah isteri…hilang
tekanan kerja itu. Ini? Stress…nak pandang apa? Dinding? Nasib kaulah Azaril
Raffiqi Wilson!
Azaril
melangkah malas naik ke bilik di tingkat atas. Sebaik melangkah masuk ke bilik,
hidungnya terhidu wangian Trisha. Sentap lagi! Tekanan ini lebih berat dari
tekanan kerja. Azaril berlalu ke almari dan mengambil beberapa helai baju dan
seluar kerjanya. Dia kemudiannya masuk ke bilik sebelah. Bilik itu selalu
digunakannya jika terlalu stress dengan kerja. Lebih nyaman rasanya dibilik
itu.
“All I wanna do is find a way back into love. I can't make it through without a way back into love. Iphone 5 milik Azaril berdering lantang.
“ Hello, ma…”
“ Dah sampai Malaysia?”
soal Datin Seri Laila. Azaril menanggalkan jaket kulitnya dan dilemparkan ke
katil.
“ Dah sampai rumah pun,”
jawab Azaril malas.
“ Ibu bagitahu
mama…Fiqqi dan Trish tinggal asing-asing. Kenapa?” Dah agak dah. Soalan itu
pasti ditanya.
“ Yes. I’ve made my
mind. Cara ni aje boleh buat kita orang tahu…wether we love each other or not,”
balas Azaril sambil merenung bulan di jendela.
“ It’s up to you. Even,
sekarang pun mama rasa Fiqqi…feel missing right. Your another cup of tea…is not
with you…”
“ Maksud mama?”
“ Mama tak halang
keputusan Fiqqi tapi…Fiqqi tahu tak? Maybe ibu dan baba sokong decision Fiqqi
dan Trish but not me. Bukan mama dan ayah. Selama Fiqqi berkahwin dengan
Trish…kamu berdua get along very fast. And…we don’t ever expect that. That’s
mean…Fiqqi dan Trish memang boleh bersama. Both of you had fall in love…since Fiqqi
shake hand with the kadi lagi. Cuma…masing-masing selalu fikir yang kamu berdua
ni just kawan aje,” ujar Datin Seri Laila panjang. Azaril terdiam.
“ Tapi…”
“ Dengar apa yang mama
nak cakap,” potong Datin Seri Laila. “ Fiqqi pernah tanya apa perasaan Trish
pada Fiqqi?” soal Datin Seri Laila pula.
“ Tak. Tapi dia mengaku
yang dia sayangkan Fiqqi…concern about me,” balas Azaril jujur. Sememangnya
Trisha ada mengatakan itu ketika di Los Angeles.
“ Then…that’s the
answer. Seorang isteri pasti akan menyayangi suaminya. Tidak kiralah suka atau
tidak. Fiqqi pernah fikir apa perasaan Trish bila kamu berdua buat keputusan
nak berpisah macam ni? Even mama tak ada kat situ tapi mama tahu Trish tak
sanggup. Be matured, Azaril Raffiqi Wilson. You’re thirty already,” Azaril
mengeluh kecil. Sepatutnya dia perlu berbincang perkara ini dengan orang yang
lebih dulu makan garam. Bukannya membabi buta buat keputusan macam ini.
“ What should I do now,
mama?”
“ Nak buat apa lagi?
Tunggu ajelah. Ibu takkan benarkan Fiqqi bawa Trish balik pun kalau Fiqqi nak
ambil Trish. Buatlah apa yang Fiqqi suka. Asalkan dapat puaskan hati Fiqqi,” kata
Datin Seri Laila lalu memutuskan panggilan. Mungkin dia sangat marah
barangkali.
Iphone 5 tertiarap di
atas katil apabila tuan punya badan membalingnya dengan perasaan marah. Namun,
Azaril cepat-cepat beristighfar panjang. Dia kemudiannya berlalu ke bilik air
dan mengambil wudhuk. Dengan cara itu, dia akan berasa lebih tenang. Amalan
yang sering ditinggalkannya itu ternyata mampu memberinya ketenangan yang tidak
pernah dirasainya sebelum ini.
Azaril bertafakkur lama
di tikar sejadah. Mungkin mencari sedikit kekuatan dan mencari kewarasan akal
agar dia dapat berfikir dengan lebih rasional. Diraup wajahnya perlahan. Dia buntu
buat seketika. Azaril bangun dan menghampiri meja belajar yang sudah lama tidak
dijengahnya. Tangannya laju mengambil sebuah buku yang bertajuk ‘ Kujemput
Jodohku’ hasil nukilan Fadhlan Al-Ikhwani.
Buku itu dibelinya
setahun yang lalu. Pada mulanya, dia ingin menghadiahkan buku itu kepada kakaknya,
Farisha. Tetapi tidak kesampaian apabila Farisha sudah jumpa pengganti bekas
teman lelakinya. Azaril menyelak helaian demi helaian dan matanya terpaku pada
satu muka surat.
“ Ibnu Al-Jauzy
berkata…Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikamh itu
tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja
juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakan. Bagaimana kamu
yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?” baca Azaril perlahan.
Ya! Mungkin ada hikmah
di sebalik perpisahan sementara di antaranya dan Trisha. Cuma cepat atau lambat
sahaja hikmah itu muncul. Azaril meneruskan pembacaannya. Dek kerana terlalu
ralit membaca…dia terlupa akan dirinya yang belum makan sejak bersarapan dengan
Trisha tadi.
Mungkin kerana perubahan
masa. Waktu pagi di Los Angeles adalah malam di Malaysia. Azaril tersedar
apabila telefon bimbitnya berdering. Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus mengangkat
panggilan. Mata dan fikiran masih tertumpu pada pembacaannya.
“ Assalamualaikum…”
“ Waalaikumsalam,” jawab
Azaril pantas.
“ Buat apa?”
“ Baca buku…”
“ Hah? You baca buku?
Tak rehat ke?” Azaril menjegilkan matanya sambil melihat nama si pemanggil. My
sweetheart!
“ Tengah rehatlah ni.
Kenapa call?” Nada Azaril berubah menjadi dingin.
“ Saja. Miss you. And I
know…you don’t miss me,” kata Trisha dalam nada bersahaja. Dia perlu bijak
menangani suami yang macam Azaril. Egois!
“ Whatever…”
“ Ceh. You ingat…you
buat dingin dengan I, I kisah? I tak kisahlah! I kisah apa you tak suka ke apa
ke. Janji…I puas,” balas Trisha. Azaril mengerutkan dahinya.
“ Kalau setakat you
call…nak cari pasal dengan I, baik tak payah,” marah Azaril. Trisha tersentap. Kena
marah lagi! Pujuk diri sendirilah macam ni, desis Trisha.
“ Hmmm…just nak tanya
aje. You dah makan ke? Tadi you makan sandwich aje,” Trisha berkata lembut.
“ Belum,” balas Azaril
pendek.
“ Okay. Jangan lupa
makan tau. I tak naklah nanti I terjumpa you…kurus kering aje. Nanti orang
cakap…apalah Trisha ni tak pandai jaga suami…”
“ Nanti I makanlah…”
“ Makan, eh. Sebelum I
letak phone…I nak say something,” Trisha berjeda seketika. “ Mama call I…and
she gave me a lecture about us. And…I tahu mama pun call you. I just nak you
tahu, hidup kita berdua tak ada siapa yang boleh bantu. Melainkan kita sendiri.
Yakin dengan apa yang you buat untuk hubungan kita. I yakin dengan you, okay. You
pun kena yakin dengan diri you. Grow up. I know…you can,” ujar Trisha perlahan.
“ Sayang…”
“ Janji dengan I, you’ll
never leave me,” pinta Trisha lembut. Azaril terkedu.
“ I’m promise,” janji
Azaril tenang.
“ Thanks, baby boo. You
always be my baby boo, okay. Dahlah, esok you nak kerja kan. Jangan lupa makan.
Tidur awal,” pesan Trisha. Azaril tersenyum. Hatinya berasa sangat tenang kini.
Trisha memang pandai menenangkannya.
“ Thanks, sweetheart.
You always make me calm. You lupa pesan…iron baju dulu sebelum tidur. Baju yang
you ironkan dah habis I pakai,” balas Azaril dengan perasaan yang susah hendak
digambarkan.
“ Ye ke? Alolo. Kesiannya
hubby I. Hmmm…tak apalah. Dulu pun you buat semua tu sendiri. Boleh aje kan. Jangan
fikir sangat hal ni. Nanti terganggu pulak kerja you. Tak naklah nanti ada
patient yang saman you,” Sempat Trisha bergurau.
“ Iya. Even you tak
kerja…tidur awal jugak,” pesan Azaril pula.
“ Baiklah, suamiku yang
handsome. Esok you keluar pergi kerja pukul berapa?”
“ Emmm…dalam pukul sembilan
macam tulah. Kenapa?”
“ Just asking. Okaylah. Next
time…kita chit chat lagi, eh. I’ll always miss you. And…miss the tango too…”
“ Me too.
Assalamualaikum…”
“ Waalaikumsalam,” jawab
Trisha dan terus dimatikan panggilan telefon.
Azaril tersenyum nipis
sambil memandang wallpaper Iphonenya. Gambar Trisha yang diambil semasa sesi
fotogafi gambar perkahwinan mereka dulu. Wajah Trisha sangat ceria ketika itu
walaupun dipaksa kahwin.
“ Miss the tango? Or the
romantic me?” Azaril bermonolog sendiri.
word by ---> Chuck Palahniuk, Choke
"After you find out all the things that can go wrong, your life becomes less about and more about waiting."
No comments:
Post a Comment