“ Hello,” Suara perempuan yang menyambut panggilan Arianna.
“ Airis ke ni?” tanya Arianna lembut.
“ Ya, saya,” jawab Airis.
“ Ni Arianna. Fariq ada kat situ?” tanya Arianna lagi.
“ Dia tak adalah. Dia tengah solat terawih. Dia tertinggal handphone
dalam kereta. Kenapa ya, Arianna?” tanya Airis kembali.
“ Oh, cuma nak suruh abang Fariq balik cepat. Zarra asyik menangis
aje ni,” beritahu Arianna terus.
“ Hmmm, nanti saya bagitahu dia ya. Dia tak habis solat lagi,”
balas Airis.
“ Okey. Terima kasih, ya. Assalamualaikum,” ucap Arianna.
“ Waalaikumsalam,” jawab Airis. Setelah talian dimatikan, Airis
meletak kembali telefon bimbit Fariq di dashboard.
Akhirnya Zarra berhenti menangis juga. Letih barangkali. Arianna
menilik jam di telefonnya. Sudah jauh malam, tapi bayang suaminya pun tak
nampak. Datuk Rasyid dan Datin Katrina turut memujuk Zarra selepas pulang dari
solat terawih. Tetapi hampa. Zarra masih juga menangis.
“ Anak mama ni dah pandai bermanja dengan papa ya,” Arianna
mengusap lembut kepala Zarra.
“ Nanti kalau papa dah tak ada dengan kita, anak mama ni jangan menangis
tau. Mama tak tahulah nak pujuk macam mana. Kesian anak mama ni,” Kali ini pipi
Zarra pula menjadi mangsa usapan Arianna.
Pintu terkuak dari luar. Fariq berjalan ke katil perlahan.
“ Dah tidur ke?” tanya Fariq separuh berbisik.
“ Dah. Dia tunggu abanglah…lambat sangat,” jawab Arianna. Dia
mengerutkan keningnya. Takkan Fariq tak dapat pesanan yang ditinggalkan kepada
Airis?
“ Sorry. Kesian anak papa tunggu papa ya,” Fariq mencium dahi
Zarra. Zarra bergerak kecil. Namun, tidurnya tidak terganggu.
“ Dia baru aje tidur ni. Lambat pulak abang balik,” Arianna
menongkat kepalanya dengan tangan kanan. Fariq menanggalkan pakaiannya. Dia
hanya bertuala dan memakai singlet sahaja.
“ Tadi singgah terawih dekat masjid. On the way nak balik, ada
kemalangan. Jalan jammed. Itu yang lambat sampai rumah,” beritahu Fariq.
“ Tadi saya ada call abang,” Arianna mencari wajah suaminya dalam
kesamaran.
“ Hah? Bila? Abang tak tahu pun,” Fariq duduk di birai katil. Melepaskan
kepenatan dahulu sebelum ke kamar mandi.
“ Pukul sepuluh rasanya saya call. Tapi Airis yang angkat.”
“ Awak call abang kenapa?”
“ Your beloved daughter buat perangai lagi. Lepas maghrib sampai
tadi, menangis tak berhenti. Papa and mama berbuka dekat surau. Solat terawih
sekali kat situ. Bagi susu, tak nak. Bila check suhu badan dia, okey aje,” adu
Arianna.
“ Airis tak cakap apa pun,” Fariq mengusap pipi Zarra. Semakin
melimpah ruah kasih sayangnya untuk Zarra.
“ Dia lupa kot,” Arianna menggigit bibir bawahnya. Dia agak
terkilan kerana Airis tidak memaklumkan perkara yang sangat penting baginya itu
kepada Fariq.
“ Abang,” panggil Arianna lembut.
“ Hmmm.”
“ Abang letak nama saya apa ya dalam contact abang?” soal Arianna.
Saja dia ingin tahu.
“ My wife. Kenapa?” Arianna membulatkan matanya. Dia tidak silap
dengarkan. Namun, dia cuba tenangkan diri yang sudah menggelabah itu.
“ My wife? Hmmm, agak-agaklah kan masa Airis angkat phone abang
tadi, dia tengok tak nama pemanggil?”
“ Entah. Yang tanya soalan pelik-pelik kenapa? Dah buang tabiat
ke?”
“ Hish, abang ni. Kalau dah Airis yang angkat phone abang tu, dah
tentu-tentulah dia tengok siapa pemanggil tu. Then, I’m no longer your cousin,
abang. Arianna ni wife abanglah kan?” Fariq kelihatan dungu. Ya Allah, suami
aku ni. Arianna mengetuk kepala Fariq. Agak kuat jugalah.
“ Auch! Sakitlah,” jerit Fariq separuh kuat. Arianna cepat-cepat
menekup mulut suaminya sambil matanya melihat Zarra.
“ Airis dah tahulah yang saya ni wife abang. Bukan sepupu abang.
Faham tak lagi? Ke still senget lagi?”
“ Hah? Boleh tak jangan berbelit-belit. Terus-terang aje,” Arianna
menampar dahinya. Apa ke bangangnya laki aku ni, getus Arianna geram. Dia cakap
berbelit-belit tadi? Iyalah kot. Sebab itu suaminya tak faham-faham lagi.
“ Abang, saya nak cakap yang Airis dah tahu kita ni husband and
wife…”
“ Kenapa pulak?” Fariq bertanya soalan dengan perasaan yang
bingung.
“ Agaknyalah tadi abang yang accident kot. Bukan sebab orang lain
yang accident. Saya cakap Airis, kekasih hati abang tu dah tahu yang kita suami
isteri sebab…dia yang angkat call saya tadi. Abang kan cakap abang letak number
saya as my wife. Orang gila pun mesti faham punyalah,” Fariq menampar dahinya
kuat.
Apa ke bengapnya aku malam ni. Aduh. Nak buat apa ni? Kenapa Airis tak cakap apa-apa pun tadi? Fariq
memandang Arianna dan kemudiannya melepaskan keluhan berat.
“ Kita nak buat apa ni? Dia tak cakap apa-apa pun dengan abang
tadi. Patutlah dia diam saja masa on the way nak balik tadi,” kata Fariq
bingung. Macam mana dia boleh terlupa pula. “ Yang dok tersengih macam kerang busuk
tu kenapa? Suka tengok abang macam ni?” Fariq bersuara tinggi sedikit apabila
melihat isterinya tersengih sendiri.
“ Abang nak marah-marah ni dah kenapa? Orang sengih aje pun. Bukan
kacau abang pun. Saya sengih sebab tak terfikir pulak yang abang akan letakkan ‘my
wife’…number phone saya tu,” Arianna ketawa kecil.
“ Bak sini phone awak?” minta Fariq.
“ Nak buat apa?” Arianna menyorokkan telefon bimbitnya.
“ Sinilah,” Fariq sudah merapati Arianna. Dia berjaya juga
merampas telefon bimbit milik isterinya itu. Dia membelek seketika gajet
berjenama Samsung S4 itu.
“ Dahlah seksi. Lepas tu syok pulak tayang badan dia kat sini,”
Arianna menegur Fariq yang hanya mengenakan tuala dan singlet itu.
“ Biarlah. Bukan orang lain yang tengok. Wife abang aje. Dah
tergoda ke?” balas Fariq. Matanya masih tertumpu di screen telefon.
“ Abang cari apa tu?” Arianna sudah bangkit mendekati suaminya.
Dia cuba merampas kembali gajetnya. Namun lain yang jadi dek
kerana pergelutan kecil itu. Tuala di pinggang Fariq terlondeh. Sepantas yang
boleh Arianna berpaling. Fariq galak ketawa. Pipi Arianna sudah memerah.
“ Dah lewat ni. Pergilah mandi. Bak sini phone saya tu,” gumam
Arianna. Arianna perasan Fariq selamba saja. Tuala yang melurut jatuh pun tidak
diambil. Dia memberanikan diri untuk memandang Fariq. Ceh, patut buat tak tahu.
Pakai seluar pendek rupanya.
“ Alright, dah jumpa.”
“ Apa yang dah jumpa?” Arianna menjengket sedikit. Ingin melihat
apa yang suaminya jumpa.
“ Kenapa set number abang, Encik Rayyan?” Fariq menarik hidung
Arianna. Terkapai-kapai Arianna menggagau tubuh Fariq yang agak berketul itu.
“ Siapa suruh jahat sangat dengan saya. Padan muka,” kata Arianna
setelah Fariq melepaskan hidungnya.
“ Abang tak penting ke untuk awak? Sebab tu awak…,” suara Fariq
sudah bertukar intonasi. Arianna memakukan pandangannya ke anak mata hazel
milik Fariq. Dia merangkul leher Fariq. Dia mengambil kesempatan itu menilik
wajah suaminya. Bersih tanpa jerawat. Tidak berminyak. Hidung mancung. Bulu
kening tidak tebal sangat dan tidak nipis. Bibir merah. Kumis dan janggut juga
sudah mula tumbuh di wajah suaminya.
“ Sebab pentinglah saya setkan, ‘Encik Rayyan’. Orang pertama yang
saya jumpa selepas saya bangun dari kemalangan tu, Encik Rayyan. Bukan suami.
Bukan Fariq. Tapi hanya seorang lelaki yang datang dengan pelbagai watak dalam
masa sehari. Macam yang abang kenalkan diri abang pada abang Daniel. Abang
cakap dengan Arianna sahaja abang gunakan nama Rayyan, kan,” Fariq terkaku. Dia
melawan pandangan Arianna yang bermata bundar itu.
“ Then, awak gunalah nama Risya dengan abang,” Fariq memberikan
cadangan. Arianna tersenyum nipis.
“ Nope. Sila kekalkan Arianna ya…”
“ Kenapa?”
“ Dalam nama Risya ada nama kekasih hati abang. Ris, Airis. Sya,
Qalisya. Faham?” Fariq tersenyum sungging.
“ Cemburu?” Arianna menggeleng.
“ Tak ada maknanya.”
“ Habis tu?”
“ Actually ada sebab lain,” Arianna menjongketkan keningnya. Fariq
mengambil kesempatan untuk mencium dahi Arianna.
“ Sebab apa, Arianna?”
“ Risya tu untuk kawan-kawan aje. Dan lagi satu, boyfriends saya
pun panggil saya, Risya.”
“ Erm… kalau macam tu abang nak Ariannalah.”
“ Haih, saya yang cemburu ke abang sebenarnya ni?”
“ Sayang, abang teringinlah…,” dia berjeda seketika.
“ Teringin? Teringin apa?” Arianna mengecilkan matanya.
“ Teringin nak…,”
Fariq sudah melepaskan bibirnya ke bibir Arianna. Geram pula
tengok bibir itu becok berbicara. Arianna terkedu. Namun, dia tidak pula
menolak. Jangan suaminya minta yang lebih-lebih sudah. Bulan Ramadhan ni.
Tangan Fariq sudah menjalar ke tempat lain. Arianna menolak tubuh Fariq.
“ Sila berpuasa ya,” kata Arianna sambil mengelap bibirnya.
“ Ceit, tak adanya termaktub kat mana-mana bulan puasa tak boleh
ehem-ehem,” usik Fariq. Gelora nafsunya naik apabila mencium bibir Arianna
tadi.
“ Memang tak ada kat mana-mana. Tapi termaktub dalam diri
Arianna,” Arianna melabuhkan punggungnya di birai katil. Ditariknya selimut
Zarra yang sudah hilang dari badan tuannya.
“ Alah, tak luak punlah. Kalau macam tu baik abang kahwin ajelah
dengan Airis,” Fariq mengambil tuala di lantai. Dia meletakkan telefon bimbit
Arianna di atas meja solek.
“ Pergilah. Kalau dia nak kat abang lagi,” tukas Arianna.
“ Eleh. Mesti nak punyalah. Dia kan kekasih hati abang,” Fariq
cuba bermain dengan api yang susah panas.
“ Hmmm, abang tu yang nak kahwin dengan dia sebenarnya, kan. Dia
kan chenta hati abang. Dari dulu sampai sekarang kukuh lagi nama Airis kat hati
abang tu,” Fariq memandang Arianna tajam. Arianna menelan air liurnya perlahan.
Takut dengan panahan mata sang suami.
Fuhhh, lega. Arianna menghembuskan nafas lega apabila Fariq keluar
dari bilik air. Nak mandi agaknya.
smbng lagiiiii
ReplyDelete