Keesokannya, selesai
sahaja kerja di pejabat, Adam terus memecut kereta ke kedai bunga untuk berjumpa
dengan Airisy. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, Airisy sudah tercongok di
hadapan kedai. Macam tahu-tahu sahaja Adam nak datang lagi.
“ Damask rose again,
sir?” tegur Airisy. Memang dia sengaja berdiri di luar kedai. Berpura-pura
melihat bunga-bunga di luar.
“ Hmmm…boleh jugak.
Tapi, kali ni saya nak add up baby’s breath pulak,” jawab Adam.
“ Sure. I’ll make it
you. Errr..untuk your mum jugak ke?” Airisy tersengih.
“ Nope. For today…it
should be for my room,” jawab Adam senada.
“ Oh…okay. Tunggu
sekejap ya,” Airisy melakukan kerjanya dengan penuh komited. Jantungnya
berdebar-debar. Kalau lagi lama dia berhadapan dengan Adam, boleh terloncat
keluar jantungnya itu.
“ Cik Airisy tutup
kedai pukul berapa ya?” soal Adam. Airisy mengangkat wajahnya.
“ Enam petang. Kenapa
ya, encik?” soal Airisy kembali. Dia kembali menumpukan pada balutan bunganya.
“ I want borrow your
precise time…if you do care about your life,” Bertambah pelik Airisy dibuatnya.
“ About my life? Tak
faham,” kata Airisy.
“ Macam ni. My mum teringin sangat nak berjumpa dengan
Cik Airisy. No…pembalut bunga semalam. Dia suka dengan sentuhan those roses.
So, she want to meet you,” Hah, ambil kau. Kesian ummi jadi mangsa. Sorry ummi,
getus Adam. Tapi memang Hajah Zaharah ingin sangat bertemu dengan Airisy.
“ Your mum wanna meet
me? Are you serious? Saya tak ada masukkan ubat pengasih ya,” Sempat lagi
Airisy berseloroh. Adam hanya bersahaja. Ubat pengasih pula yang difikirnya,
getus Adam.
“ I’m serious. So, if
you don’t care, I’ll wait until you close the shop. And, we can go to my house
after that,” Mahu terjerit Airisy ketika itu. Dia mencubit pahanya. Mungkin itu
hanya mimpi atau…ilusi. Sakit! Jadi, ini bukan mimpi.
“ Erm, here your
flowers. You give me another…thirty minute. And, why not you…pergi minum coffee
di kafe sebelah dulu. Nanti, saya pergi dekat awak…after tutup kedai,” ujar
Airisy sambil melihat jam tangannya.
“ Okay. Saya pergi kafe
dulu. Ni…for this flowers,” Adam menghulurkan dua not lima puluh kepada Airisy
dan berlalu ke kafe sebelah.
Airisy menghubungi Puan
Sri Nisa dan Haris terlebih dahulu tentang pemergiannya ke rumah Adam. Puas
juga Airisy memujuk keduanya untuk membenarkannya mengikut jejaka pujaannya itu
ke rumahnya. Nasib baik akhirnya keduanya mengalah.
Seperti biasa, tepat
pukul enam Airisy menutup kedai bunga itu. Nasibnya baik kerana hanya beberapa
pelanggan sahaja yang berkunjung. Jika tidak, jenuh juga dia ingin melayan.
Tambahan pula, Lily tidak dapat datang hari ini kerana tidak sihat. Hanya dia seorang
sahaja menguruskan kedai bunga itu memandangkan Azie masih sibuk dengan hal
lain.
“ Banyaknya minum.
Hantu caffien ke awak ni?” Airisy duduk di hadapan Adam. Adam tersenyum nipis.
Matanya baru perasan akan empat cawan di atas meja. Kalau Hajah Zaharah tahu
dia minum coffee melebihi secawan, mahu kena bebel empat hari empat malam.
“ Taklah. Hujan macam
ni buat saya dahaga. So, I keep order the coffee,” balas Adam. Airisy memandang
sekeliling.
“ Kak Anis,” panggil
Airisy.
“ Yes, darling,” sahut
Anis dari kaunter.
“ Esok Risy tak buka
kedai tau. Nak pergi…dating,” maklum Airisy. Anis cepat-cepat menghampiri meja
Adam dan Airisy.
“ Dating? Ehem,
selalunya susah betul Risy nak pergi dating. Sampai kena ugut baru nak pergi,”
Airisy tersengih. Malu pula dengan lelaki di hadapannya itu.
“ Alah, dating dengan
Aniq aje. Saja nak bawa dia pergi shopping. Dah lama tak jumpa dia,” balas
Airisy. Anis memberikan senyuman kepada Adam. Saja nak menggatal.
“ Aniq? Kak Anis ingatkan dia dah balik New
York. Abang Risy balik sini ke?” soal Anis.
“ Mama Risy pergi ambil
dialah ni dekat airport. Baru sampai dari kampung. Atuk dengan nenek Risy pun
datang sekali. Abang Ammar mana balik Malaysia lagi, kak Anis. Kenapa? Kak Anis
nak Risy offer kak Anis...jadi mama Aniq ke?” Anis menampar bahu Airisy.
“ Mulut dia ni kan.
Tapi…kalau abang kesayangan Risy tu nak kahwin dengan kak Anis, apa salahnya,”
balas Anis sambil tersenyum penuh makna.
“ Gatallah, kak Anis
ni. Bila abang Ammar ada kat depan mata, reti pun nak control ayu bagai.
Tersipu-sipu aje Risy tengok. Tapi…kat belakang. Hancur,” Sekali lagi bahu
Airisy terpaksa tahan perit terkena tamparan dari Anis.
“ Nasib baik ada cik
abang handsome kat depan ni. Kalau tak, kak Anis dah masukkan dalam blend
coffee tu. Biar hancur,” Adam hanya melihat telatah kedua perempuan yang baru
dikenalinya itu. Macam-macam hal.
“ Tak takutlah. Awak
dah bayar ke belum semua ni?” soal Airisy kepada Adam. Adam hanya mengangguk.
Eh, tak nak cakap pulak dah, getus Airisy.
“ Risy, nak pergi jumpa
bakal mertua ke? Pakai baju kurung cantik-cantik ni,” Airisy tersedak sendiri.
“ Huish, cakap tu tapis
sikit ye cik kak. Orang pakai baju kurung sebab…tadi pergi pejabat agamalah,” tukas
Airisy.
“ Pergi pejabat agama
buat apa? Risy nak kahwin dah ke?” soal Anis ingin tahu. Adam sabar sahaja
menunggu kedua perempuan itu menghabiskan perbualan mereka. Dia membelek
email-email dari kliennya. Tidaklah terbuang masanya di situ.
“ Hal kahwin pun iya
jugak. Tapi, Risy pergi jumpa dengan ustazah dekat sana. Nenek Risy yang nak
sangat jumpa ustazah tu,” jelas Airisy. Dia dan Anis agak rapat sejak dia kerap
bertandang ke kafe itu tahun lepas.
“ Hal kahwin pulak?”
“ Daddy and mummy dah
turunkan perintah untuk….cari calon ibu…untuk…Aniq. Kak Anis pun boleh jadi
salah seorang calon juga kalau nak,” usik Airisy.
“ Boleh jugak,”
Malu-malu Anis berkata.
“ Tengoklah dulu. Kita
orang gerak dululah. Dah lewat ni. Sembang dengan akak, tahun depan pun tak
habis lagi. Awak, jomlah,” Adam mendongak memandang Airisy yang sudah berdiri
itu. Memang terserlah keayuan gadis itu dengan baju kurung kain kapas bercorak
simple berwarna coklat. Sesuai dengan kulit putih Airisy.
“ Yelah. Nanti kak Azie
balik, tak adalah Risy nak menempel dekat situ lagi kan. Encik, drive elok-elok
ya,” Sempat Anis berpesan kepada Adam.
“ Yang awak tak bangun
lagi ni kenapa? Dah mabuk coffee ke apa? Tak nak ikut kang baru tahu,” Terus
Adam bangun.
“ Jomlah. Ingat nak
sambung berborak lagi,” perli Adam. Airisy mengetap bibirnya.
“ Habis dah,” Airisy
mengekori Adam ke keretanya. Mak ai, kayanya mamat ni. Anak orang kaya ke? BMW
5-series sedan putih di hadapan Airisy membuatkan gadis itu terkaku.
“ Masuk,” arah Adam.
Airisy hanya menurut. Dia mengambil tempat di sebelah pemandu. Pertama kali dia
ikut seorang lelaki ke rumahnya. Naik kereta idaman dia pula tu.
“ Errr, jauh ke rumah
awak tu? Sempat tak sampai sebelum maghrib? Sebab saya tak solat asar lagi,” Airisy
memandang Adam di sebelahnya sekilas. Sekarang pun dah pukul enam lima belas
minit.
“ Lah, ingatkan dah
solat. Asyik sangat berborak tadi,” tebak Adam.
“ Isy, biasalah tu.
Sempat tak?”
“ Sempat,” jawab Adam
sepatah. Airisy terpandang tasbih berwarna hitam yang tersangkut di cermin
pandang belakang. Macam ustaz pun ada mamat ni, getus Airisy. Tambah satu point
sebab…bakal imam yang baik.
Telefon bimbit Airisy berdering.
Pucat sekejap.
“ Assalamualaikum,”
Airisy memberi salam terlebih dahulu.
“ Waalaikumsalam. You
dekat mana ni? Tadi I pergi kedai, you dah tutup,” marah si pemanggil.
“ Call orang. Lepas tu
nak marah-marah. I’m not your wife, Encik Daffi. You nak apa?” marah Airisy
kembali. Tapi cuma perlahan sahaja. Tak sopan pula nak marah dengan suara yang
kuat.
“ I just risau kalau
ada apa-apa jadi dekat you, sayang. If anything happen to you…I’m dying,” kata
Daffi, peminat Airisy.
“ Dying aje pun. Bukan
mati pun kan. Apa kata Encik Daffi berhenti hubungi saya. Kalau Encik Daffi nak
saya report polis pun boleh jugak,” ugut Airisy. Meluat pula dia melayan Daffi
yang dirasakan terlalu obsess dengan perempuan.
“ Okay…okay. You take
care, okay. Bye,” Airisy mengembungkan pipinya sambil menekan sesuatu di dada
telefonnya.
“ Boyfriend?” teka
Adam.
“ Hah? Ha’ah,
boyfriend. But, not special boyfriend,” jawab Airisy. Tiba-tiba moodnya
berubah. Tetapi, cepat-cepat dikawalnya agar orang di sebelahnya tidak
terganggu.
“ Okaylah tu. Ada juga
orang yang minat dari tak ada langsung,” kata Adam.
“ Agaklah. Tapi, saya
tak sukalah kalau dah selalu sangat ganggu saya. Rimas. Lagipun, saya tak suka
cara dia yang suka paksa orang. Padahal, kita orang bukan husband and wife
pun,” luah Airisy.
“ Itu maknanya, dia
terlalu sayangkan awak. Dia takut awak hilang,” balas Adam. Airisy memandang
lelaki di sebelahnya yang kacak itu.
“ Entahlah. Tukar
topic. Boring,” Airisy mencapai buku di dashboard kereta Adam. Buku doa mini
untuk lelaki. Senang dibawa ke mana-mana. Tambah satu point lagi.
“ Doa untuk lelaki dan
perempuan tak sama ya?”
“ Uhuh. Sama aje. Cuma
mungkin ada sesetengah doa special untuk kaum lelaki dan untuk kaum wanita,”
Airisy mengangguk faham. Dia melihat senarai doa-doa yang terdapat di dalam
buku kecil itu.
“ Actually…saya tak
tahu…nama awak,” kata Airisy sambil meneliti setiap doa-doa di buku kecil itu.
Adam berpaling ke kiri sekilas.
“ Ye ke? Bagi awak, apa
nama yang sesuai untuk saya? Yang ada dalam kepala awak sekarang ni?”
“ Adam Arsyil,” Adam
terdiam. Airisy mengangkat wajahnya dari buku kecil itu dan memandang Adam
dengan kerutan di dahi.
“ Nama lain?”
“ Hisy. Nama itu aje
dalam kepala saya ni. Tak ada nama lain. Cepatlah bagitahu nama awak apa?”
“ That’s my name,”
beritahu Adam.
“ What? Adam Arsyil? Is
that your real name?” Adam mengangguk. Membulat mata Airisy. Betul? Dia hanya
melontarkan nama yang terlintas di kepalanya sahaja.
“ I must be…crazy. Tak
adalah. Gurau aje. Dekat tasbih tu ada tag nama awak. Tapi, saya ternampak Arsyil aje. Adam tu saya tambah sendiri,” sambung
Airisy.
“ Call me Adam. Or abang
Adam pun okay…”
“ Adam is better,”
Lepas kahwin baru boleh panggil abang. Jauh kau berangan, Airisy.
“ It’s up to you. Kita
dah sampai. My mum is on the way. So, awak pergi solat dulu. Then, nanti my mum
balik…baru boleh jumpa,” Adam memberhentikan keretanya di garaj. Airisy
menanggalkan tali pinggang keledar. Dia turun dari kereta dengan perasaan yang
kagum.
Dia suka dengan
dekorasi rumah Adam. Hijau sahaja persekitarannya. Tidak serabut. Banyak
kawasan lapang. Adam mengambil beg bimbitnya di tempat duduk belakang.
“ Come,” Airisy
mengikut di belakang Adam.
“ Abang!” Muncul
seorang gadis memeluk Adam. Airisy hanya tersenyum.
“ Bila sampai?” soal
Adam.
“ Pukul tiga tadi,”
jawab gadis itu sambil melepaskan pelukan.
“ Oh…before that. Ni,
abang kenalkan Airisy. Dia kawan abang and…tetamu ummi hari ni,” Airisy
bersalaman dengan gadis itu.
“ Hai, saya Kasih
Izara. Adik abang Adam,” Izara memperkenalkan dirinya sendiri.
“ Oh. Nak panggil apa
ya? Kasih? Izara?”
“ Ikut suka akaklah…”
“ Then, I call
you…Zara. It suit you,” Izara tersenyum.
“ Pandai awak pilih.
Kita orang memang panggil dia Zara pun. Okaylah, abang dah penat. Nak naik mandi.
Zara tunjukkan bilik kat kak Airisy. Dia nak solat.”
“ Patik menurut
perintah. Jom, akak. Zara bawa pergi bilik Zaralah. You can use my telekung,” ramah
Izara melayan Airisy walaupun baru sahaja bertemu. Adam terus naik ke biliknya
untuk membersihkan diri. Dia sendiri belum solat Asar.
“ Zara tinggal dekat
hostel ke?” soal Airisy sambil melipat kembali telekung Izara.
“ Ha’ah. Baru adventure
sikit. Itu baru ada student life,” jawab Izara.
“ Bagus tu. Boleh
berdikari. Tak adalah nanti kekok bila jauh dengan family,” kata Airisy.
“ Tapi dua minggu
sekali, Zara balik rumahlah. Tak tahanlah kalau lama-lama tak balik,” balas
Izara.
“ Ada maid ke kat rumah
ni?” soal Airisy ingin tahu.
“ Ada. Dua orang. Kenapa
akak?”
“ Saja nak tahu. Sebab
rumah ni nampak loaded but nice. Luas and tak terlalu banyak perabot. Barulah tak
memeningkan kepala.”
“ Ini semua idea ummi.
Ummi tak suka letak something yang nampak serabut. Biar banyak space tak apa.
Senang sikit nak buat kenduri apa-apa. Lagipun, saudara ummi ramai jugak,”
cerita Izara.
“ Ye ke? So, tak balik
raya kat kampunglah?” tanya Airisy ingin tahu.
“ Kita orang dah lama
tak balik kampung sejak arwah atuk dengan nenek meninggal. Tapi kita orang
still ada grandparent sebelah walid lagi. Dia orang tinggal dalam rumah ni
jugak. Sekarang, dia orang tengah buat umrah. Minggu depan baru balik,” jelas
Izara panjang.
“ Janji dapat berkumpul
ramai-ramai. Itu pun dah seronok.”
“ Ha’ah. Akak, Zara nak
tanya something ni. Akak jangan marah tau,” Izara membetulkan duduknya.
“ Tanyalah…”
“ Akaklah yang malam
dinner tu kan. Yang nyanyi lagu duet dengan Kher and budak kecil tu,” Airisy
terkedu. Segan pula ingin mengaku.
“ Zara rasa?”
“ Zara tahu akak ni
Airisy Danielle. Anak orang kaya tu,” Airisy menampar lembut paha Izara.
“ Alah, tak naklah
sebut lagi pasal tu. Akak tak suka kena label macam tu,” Airisy pura-pura
merajuk.
“ Okay. Sorry…sorry.
Zara janji tak sebut lagi. Jom turun bawah. Rasanya walid and ummi dah balik. Mesti
nanti kita kena berjemaah maghrib dekat bawah,” Izara memeluk Airisy mesra.
Alangkah seronoknya kalau Airisy menjadi kakak iparnya.
“ Jomlah. Segan pula
tak bertegur dengan tuan rumah,” balas Airisy.
“ Ala, relaxlah akak.
Walid dengan ummi okay aje. Jom.”
Mereka beriringan ke
tingkat bawah. Izara membawa Airisy ke dapur.
“ Abang buat apa dekat
dapur ni?” tanya Izara sebaik ternampak Adam di dapur. Airisy makin tak keruan
tengok Adam berpakaian santai begitu. Hanya baju T dan kain pelikat. Selalunya,
dia hanya melihat Adam berpakaian formal.
“ Hauslah,” jawab Adam perlahan.
Nasib baik dia tak tersedak disergah begitu.
“ Elle?” tegur salah
seorang daripada orang gaji keluarga Adam. Mata Airisy terpaku pada orang yang
menegurnya itu.
“ Elle?” Aku ke tu? Getus
Airisy sendiri.
“ Ya Allah. Elle tak
ingat mak cik lagi?” Airisy mampu tersenyum juga setelah meneliti wajah mak cik
itu betul-betul.
“ Mak Cik Haida?” Baru
dia teringat akan perempuan separuh umur itu. Mak Cik Haida merupakan bekas
orang gajinya yang dibawa oleh Puan Sri Hajah Imani, mummy Airisy ke rumah
mereka di New York.
“ Kenal pun. Tak
sangkanya dapat jumpa Elle kat sini. Bila balik Malaysia?” Mak Cik Haida
memeluk Airisy erat. Airisy membalas pelukan itu.
“ Ha’ah. Dah nak dekat tiga tahun pun Elle balik sini,” jawab Airisy. Mak Cik Haida masih belum puas
membelek Airisy.
“ Baru lagilah ya.
Macam mimpi pulak dapat berjumpa dengan Elle. Dulu…bukan main susah lagi nak
jumpa kamu. Kiri kanan…bodyguard,” Airisy tersenyum pahit. Memang kehidupannya
dulu terkongkong. Ke mana sahaja dia pergi pasti ada pengawal yang akan
mengikutnya.
“ Bukan Elle lagi dah,
mak cik. Panggil Risy. Tak pun Airisy. Tak selesalah orang kat sini panggil
Elle. Macam budak nakal,” Mak Cik Haida melepaskan tawanya.
“ Iyalah. Mak cik nak
sambung buat kerja dulu,” Airisy hanya mengangguk. Dia kemudiannya berpaling ke
kanan. Adam dan Izara sedang bersandar di peti ais sambil merenungnya.
“ Tak payah nak tengok
sampai macam tu sangatlah. Macam tak biasa aje dengan jejak kasih ni semua,” tutur
Airisy. Kalau Izara yang pandang dia lama-lama, dia tidak kisah. Ini, sekali
dengan abang Izara. Boleh mati tak cukup tak nafas dia kat sini.
“ Cutelah orang panggil
akak, Elle. Macam manja but sweet,” Airisy melepaskan keluhan berat.
“ Cutelah sangat. Itu
zaman muda remaja dulu, bolehlah. Sekarang ni usia dah meningkat. Dah tak cute
dah,” tukas Airisy.
“ Eleh, coverlah tu.
Jangan malu-malu, kak. Bukan ada siapa pun. Alah, abang ni belakang kira. Kan,
bang,” Izara menyenggol perut Adam dengan sikunya. Senak Adam dibuatnya.
“ Tak malu pun. Tapi,
segan. Tak sama kan,” Pandai Airisy memutar belitkan ayat.
“ Assalamualaikum,”
Serentak seisi dapur menjawab salam yang diberi. Airisy bersalaman dengan
pemberi salam.
“ Ummi, nilah Airisy
aka si pembalut bunga ummi,” ujar Adam sambil membasuh mug yang digunakannya
tadi.
“ Oh, tak sia-sia ummi
berdebar nak jumpa si pembalut bunga ummi ni. Cantik orangnya,” Hajah Zaharah
menggenggam tangan Airisy.
“ Biasa aje, auntie,”
Airisy menunduk sedikit. Segan pula dipuji begitu.
“ Ummi…bukan auntie. Kita
jemaah maghrib dulu. Lepas tu, kita makan sama-sama. Boleh berborak sekali,” cadang
Hajah Zaharah. Airisy mula selesa berada dalam keluarga Haji Zainal.
Mereka berjemaah
maghrib dan sempat juga Haji Zainal memberi sedikit tazkirah. Kemudiannya,
mereka makan malam bersama-sama sambil berborak sakan. Macam-macam cerita yang
dikongsikan. Airisy langsung tidak kekok bersama keluarga itu. Tambahan pula,
dia memang sudah mula menyukai keluarga yang baginya sangat bahagia itu.
smbng lagi... ^_^
ReplyDelete