Sehari suntuk Fariq tidak bercakap dengan Arianna. Dia lebih
senang melayan lembu-lembunya di bendang. Semakin rancaklah apabila ditemani
oleh Airis. Arianna hanya mencebik sahaja dari pintu dapur.
“ Kenapa dengan Fariq tu, Rianna? Mama tengok macam angin satu
badan aje,” Datin Katrina juga pelik dengan sikap Fariq yang berubah moody
secara tiba-tiba itu.
“ Entahlah, ma. Merajuk kot,” balas Arianna sambil memotong sayur.
“ Merajuk? Kenapa pulak dah?”
“ Rianna usik dia semalam pasal dia dengan Airis. Terus dia tarik
muka dengan Rianna,” jelas Arianna.
“ Rianna usik apa?”
“ Rianna cuma cakap mesti dia nak kahwin dengan Airis. Sebab Airis
kan cinta hati dia dulu,” terang Arianna jujur. Tiada apa yang ingin
dirahsiakan. Takkan merajuk sebab Arianna tolak keinginan Fariq untuk bersama
kot. Mustahil.
“ Patutlah cemberut aje muka tu. Rianna jangan risaulah. Rajuk dia
tu tak lama punyalah. Lagipun mama rasa dia dah lama redhakan hubungan dia
dengan Airis,” Datin Katrina menenangkan hati Arianna yang serba salah itu.
“ Mama,” panggil Fariq.
“ Ya,”
“ Ni, ibu bagi tadi,” Datin Katrina mengambil bekas yang
dihulurkan Fariq. Fariq mencuci kaki dan tangannya dulu sebelum masuk ke dalam
rumah.
“ Buat susah aje bagi. Cepat betul dia orang masak,” Datin Katrina
membelek bekas itu.
“ Ma!” jerit Arianna tiba-tiba. Kalut Datin Katrina menghampiri
menantunya itu. Fariq hanya buat tidak tahu.
“ Ya Allah. Tahulah lapar pun. Tapi jangan sampai terpotong jari
ni, hah,” bebel Datin Katrina. Dia membawa Arianna ke sinki. Dia membasuh darah
di jari Arianna. Arianna hanya menahan pedih. Sesungguhnya dia takut dengan
darah.
“ Riq, tolong ambil plaster kat atas cabinet tu,” arah Datin
Katrina. Fariq hanya menurut. Arianna kegelian apabila ibu mertuanya meniup
lembut jarinya yang terluka. Takut-takut saja dia memandang jarinya itu. Dan
terus dipejamkan matanya sebaik ternampak darah lagi.
“ Nah,” Fariq memberikan plaster kepada mamanya.
“ Sikit aje ni. Nanti baiklah tu,” Datin Katrina menunjukkan
isyarat agar Fariq yang menampalkan plaster di jari telunjuk Arianna.
Arianna membuka matanya. Dia menjeling orang yang berada di
hadapannya itu. Tadi bukan main merajuk. Sekarang ni selamba saja pegang tangan
anak dara orang. Erk? Arianna menarik tangannya dari pegangan Fariq. Kali ni
dia pula yang nak merajuk.
“ Baru mama perasan. Rianna takut darah ya,” teka Datin Katrina
sambil tersenyum. Arianna hanya mengangguk.
“ Dulu Rianna pernah teman kawan Rianna bersalin. Ngeri,” Arianna
melarikan tubuhnya dari Fariq.
“ Ma, kejap lagi Arianna tolong mama. Riq nak pinjam menantu mama
sekejap,” Fariq menarik Arianna naik ke bilik mereka. Datin Katrina
terpinga-pinga dengan tindakan pantas anak lelakinya itu.
“ Yang abang tarik saya masuk bilik ni kenapa?” Arianna
menghempaskan punggungnya di birai katil. Dia membelek jarinya yang ditampal
plaster oleh Fariq tadi.
“ Airis tak tahu pasal kita,” maklum Fariq tanpa berselindung.
“ Tak tahu?” Fariq mengangguk laju.
“ Abang! Patutlah dia tak tahu. Saya tak guna number yang abang
ambil hari tu,” Arianna tersenyum ceria. Macam mana dia boleh lupa. Mungkin
terlalu menggelabah agaknya.
“ Habis awak guna number mana? Berapa banyak handphone yang awak
ada, sayang?”
“ Number lama sayalah, abang. Semalam number yang saya selalu guna
tu tengah charge,” jelas Arianna.
“ Yelah. Tapi abang penatlah nak berlakon…macam kita tak ada
apa-apa di depan Airis,” adu Fariq. Sengaja suaranya dimanjakan sedikit.
Arianna bangun dan bergerak merapati Fariq di kerusi meja solek. Arianna
menunduk sedikit.
“ Abang sanggup ke nak bagitahu Airis pasal kita? Jangan buat
pasal ya,” Fariq mengerutkan hidungnya sambil menggeleng.
“ Dahlah. Nak tolong mama dekat dapur. Tadi sahur pun saya tak
tolong,” kata Arianna. Sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi Fariq.
Sekelip mata sahaja masa berlalu. Hampir sebulan umat Islam di
seluruh dunia berpuasa. Tinggal tiga hari sahaja lagi untuk berhari raya. Hari
yang paling ditunggu-tunggukan. Mana nak buat kuih. Nak bakar lemang. Ketupat
lagi. Saban tahun pasti sambutan hari raya di Malaysia sangat meriah.
“ Mak tok dengan tok wan abang okay tak?” soal Arianna kepada
Fariq yang sedang berbaring itu. Zarra sudah terlena di dalam baby cot.
“ Okay aje. Tak pernah lagi abang dapat berita dia orang makan
orang,” gurau Fariq. Arianna menampar dada Fariq yang berbalut baju T itu.
“ Orang serius, dia main-main pulak. Yelah, saya kan tak pernah
jumpa dia orang. Saya pun tak tahu dia orang suka saya ke tak,” Arianna
memusingkan badannya menghadap Fariq. Kerisauan jelas di wajah Arianna. Esok
pagi mereka akan bertolak ke Pulau Pinang.
“ Jangan risaulah. Insya Allah dia orang okay,” Fariq ketawa
kecil. Takut sangat.
“ Erm, yelah,” Arianna merapatkan dirinya dengan Fariq. Dia selesa
tidur sambil memeluk Fariq. Sejak mereka pulang dari kampung, hubungan mereka
juga semakin mesra.
Tahun ini Arianna akan menyambut hari raya di rumah keluarga Fariq.
Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina yang menyarankan anak perempuan mereka agar
berhari raya dengan keluarga suami dulu. Mereka pula akan pulang ke kampung Tan
Sri Kasyfi di Melaka.
“ Mak!” jerit Datin Katrina. Matanya melilau mencari kelibat emaknya.
“ Mak kat belakang ni. Masuklah. Pintu depan tak kunci tu,” kuat
juga suara Tok Piah.
“ Jom masuk, Rianna. Beg-beg tu biar papa dengan Riq yang angkat,”
Arianna mengekori ibu mertuanya.
Zarra sudah terkulai dibahunya. Mengantuk sangat. Sepanjang perjalanan
pulang ke kampung ini tadi, becok mulut mencicit. Entah apa yang diceritakan
pun tak tahu. Nak dekat sampai rumah baru anak kecil itu terlena.
Mereka sampai di rumah Tok Hanafi pada jam lima petang. Jalan
sesak menghalang mereka untuk tiba lebih awal. Namun, itu langsung tidak
melemahkan semangat mereka untuk menyambut hari raya di rumah Tok Hanafi dan
Tok Piah yang berhadapan dengan sawah padi yang menghijau.
“
Abang, tolong pasangkan buaian Zarra. Tak larat nak dukung dah ni,” suruh
Arianna lembut. Lenguh badan dia menampung badan tembam Zarra. Dalam masa lima
minit, Fariq dah siap memasangkan buaian elektrik yang dibelinya untuk Zarra.
“
Mama mana?” soal Fariq.
“
Kat belakang kot.” Arianna meletakkan Zarra di dalam buaian.
“
Tok wan tak ada kat rumah. Pergi bazaar,” beritahu Fariq. Dia menghempaskan
punggungnya di sofa. Sakit pinggang kerana memandu terlalu lama.
“
Jauh ke bazaar tu?” tanya Arianna sambil menangguk buaian Zarra.
“
Tak jauh sangat pun. Tadi kita lalu kat area bazaar tu. Awak tak perasan kot,”
Fariq meregangkan sedikit ototnya.
“
Abang tengokkan Zarra, eh. Saya nak pergi dekat mama.”
“
Hmmm.”
“
Mana menantu kamu, Rina? Tak nampak batang hidung pun.”
“
Kat sini,” Arianna menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tok Piah. Dia menghadiahkan
senyuman manis.
“
Cantik lagi Airis. Betul tak, Rina?” Datin Katrina sudah menarik muka. Arianna
hanya tersenyum. Alamak. Janganlah mak tok ni jadi macam Elly Suriati dalam
drama slot akasia kat tv3 tu. Doa Arianna di dalam hati.
“
Ish, mak ni. Yang jadi menantu saya ni, Arianna. Cucu kesayangan mak tu yang
nak sangat kahwin dengan Rianna ni. Tak menyempat nak kahwin pun,” Datin
Katrina cuba membela menantunya.
“
Itulah. Sekarang ni Airis yang kita ingat dah meninggal tu rupanya hidup lagi.
Menyesal pun dah tak guna. Suruh saja si Fariq tu kahwin dengan Airis. Lelaki kan
boleh kahwin empat.” Arianna terkaku di situ. Dia dah dapat agak yang Tok Piah
tidak menyukainya sebagai isteri cucunya.
“
Dah jodoh Fariq dengan Arianna, mak.
Kita buat apa pun, kalau dah jodoh nak ke mana,” Tok Piah menjeling Arianna.
“
Kamu makan tak ulam-ulam ni, Arianna?” Soalan yang sama pernah diutarakan
kepada Airis dulu.
“
Rianna tak makan, mak tok,” jawab Arianna jujur.
“
Itulah beza kamu dengan si Airis tu. Kamu tu budak bandar, mana nak makan
pucuk-pucuk kampung ni,” bebel Tok Piah.
“
Rianna pun orang kampunglah, mak tok. Daddy asal orang Penang jugak, Sungai
Bakap. Tapi sekarang ni keluarga daddy dah pindah Melaka. Mummy Rianna pulak
orang Kedah. Dekat saja dari sini,” balas Arianna. Biar Tok Piah tahu cucu
menantu dia ni bukan seperti yang dimaksudkannya.
“
Orang kampung apa kalau tak makan ulam-ulam ni,” Tok Piah masih mahu bertekak dengan
Arianna.
“
Kadang-kadang makan juga tapi selalunya Rianna makan pucuk ubi dengan ulam raja
aje. Yang lain Rianna tak berapa suka,” Arianna membalas lembut. Datin Katrina
tersenyum bangga kerana menantunya itu pandai melawan emaknya secara halus. Bukan
tak tahu Tok Piah terkenal dengan perangainya yang agak keras kepala.
“
Aku cakap sikit, kamu melawan. Agaknya cucu aku tu kamu yang dok control dia,”
tuduh Tok Piah. Arianna menyabarkan hatinya. Dia bukanlah seorang yang cepat
melenting tak tentu pasal.
“
Eh, tak adalah, mak tok. Tak cium bau syurga…Rianna nanti. Cucu mak tok tu
takkan biarkan diri dia kena control,” sangkal Arianna.
“
Mak, Rina masuk dululah. Nak mandi,” Datin Katrina cuba mengelat. Malas
sebenarnya dia melayan kerenah emaknya yang suka sangat cuba menegakkan benang
yang basah. Datin Katrina menghilang ke dalam rumah. Arianna duduk di pangkin.
Tok Piah mengoyak kulit buah kelapa yang keras itu sekuatnya.
“
Nak Risya tolong tak?” tanya Arianna.
“
Tak payah. Nanti tak pasal-pasal terpecah buah kelapa mak tok ni.”
“
Alah. Macam tak biasa.”
“
Amacam lakonan mak tok. Okay tak?” Arianna tersengih.
“
Okay sangat, mak tok. Kalah pelakon tv,” seloroh Arianna.
“
Pandailah hang. Senyap-senyap hang kahwin dengan cucu mak tok noh. Nasib baik
tak sakit jantung mak tok tengok Risya kat pintu tadi,” ujar Tok Piah.
“
Risya pun tak tahu yang abang Fariq tu cucu mak tok. Risya perasan pun masa
kereta dah masuk halaman rumah ni. Kalau Risya tahu yang abang Fariq tu cucu
mak tok, dah lama Risya ajak dia datang sini tau,” Tok Piah tersenyum.
Dia
seronok sangat dapat berjumpa dengan Arianna. Maklumlah hampir tiga tahun
mereka tak berjumpa. Arianna mengenali Tok Piah ketika menyertai program anak
angkat di universitinya. Dia memang rapat dengan Tok Piah dan Tok Hanafi.
“
Yelah tu. Mesti mama kamu mengadu dekat Fariq yang mak tok tak suka dekat
Risya.”
“
Alah. Hal kecik aje tu mak tok.”
“
Risya tak ada isi lagi ke?”
“
Isi? Isi apa mak tok?” Arianna menggaru keningnya.
“
Mengandunglah.”
“
Oh, belum lagi mak tok. Amboi, mak tok ni. Ingat senang ke nak mengandung ni,”
Tok Piah meletakkan buah kelapa yang sudah siap dikoyak kulitnya di pangkin.
Dia kemudiannya mencapai makanan ikan dan diberikan kepada ikan-ikan di kolam
mini berdekatan.
“
Ilmu mana hang belajaq ni. Mak tok ni cepat aje. Baru sebulan kahwin, dah
mengandung. Anak dah empat pun,” Arianna tersengih. Menampakkan sebaris giginya
putih itu.
“
Mak tok,” panggil Fariq di pintu. Dia memandang Arianna sekilas.
“
Hah, ada apa? Mak tok tak culik bini hang aih,” gurau Tok Piah.
“
Mana nak tau kot-kot mak tok tolak masuk bendang tu ka,” Fariq duduk di sebelah
Arianna.
“
Yang abang datang sini kenapa?” bisik Arianna. Fariq hanya menjuihkan bibirnya.
“
Badan bini hang tu kering ja kalau mak tok nak tolak.”
“
Risya tolak mak tok dululah,” Tok Piah mencekakkan pinggangnya.
“
Berani ka? Tu minyak gamat banyak kat dalam rumah. Mak tok buka penutup sikit
ja, hang sendiri yang terjun bendang tu,” Arianna membulatkan matanya.
“
Itu dah jadi kes berat.”
“
Tau pun hang. Mama hang mana, Riq?”
“
Ada kat depan. Jaga cucu,” beritahu Fariq. Dia sebenarnya pelik dengan mak tok
dan isterinya. Kalau ikut kata mamanya, Tok Piah dengan Arianna dok perang
mulut.
“
Cucu? Risya kata tadi tak mengandung lagi. Mai mana ada cucu pulak dah?”
“
Anak segera, mak tok,” balas Fariq.
“
Anak arwah abang Risyalah, mak tok,” sambung Arianna.
“
Oh, anak sedara Risyalah ni. Mesti muka macam hang Risya oi,” Tok Piah
menghampiri pasangan suami isteri itu.
“
Semua kata macam tu, mak tok,” balas Arianna.
“
Eloklah tu. Jaga anak orang. Lepas tu anak sendirilah pulak. Mak tok tau hampa
dua dok merancang, siap. Mak tok robek jantung hampa dengan parang ni,” Tok
Piah mengangkat parang yang digunak untuk mengoyak buah kelapa tadi.
“
Kejamnya. Lepas raya confirm mak tok dapat cicit lagi punyalah.”
“
Apa, bang?” Arianna sudah menunjukkan tangan ketamnya.
“
Betullah. Tasya kan dah nak dekat
bersalin,” Arianna menurunkan kembali tangannya.
“
Risya tak mau mengandung ka? Jaga badan?”
“
Eh, tak adalah, mak tok. Er…,” Arianna menunjukkan muka simpati. Fariq buat
muka.
“
Insya Allah. Kalau ada rezeki kami nak dapat anak, Riq bagitahu mak tok, ya,”
Fariq bangun dan memeluk bahu Tok Piah.
smbng lagiii ♥
ReplyDelete