“ Zarra Adya. Meh sini mama suap nasi. Sedap ni,” Arianna memanggil
Zarra yang sedang sibuk bermain dengan mainannya itu. Namun, panggilannya hanya
dibiarkan oleh anak kecil itu.
“ Sayang, tak nak makan ke? Dah lewat ni. Meh sini dekat mama,”
panggilnya lagi. Zarra masih mengeras di situ.
“ Kenapa ni?” Fariq bersila di sebelah isterinya di beranda.
“ Zarralah. Saya panggil makan tak nak. Elok saya pergi dekat, dia
lari pulak,” jelas Arianna. Jarang Zarra buat perangai sebegini.
“ Sini. Abang suapkan,” Fariq mengambil bekas yang berisi nasi
lenyek. Memang sesuai untuk kanak-kanak berusia setahun lebih yang baru nak
tumbuh gigi.
“ Zarra, sini. Papa suap nasi ye,” Zarra mengangkat wajahnya. Dia
tersengih dan merangkak menghampiri Fariq. Tersentap Arianna dibuatnya. Dia
bingkas bangun meninggalkan Fariq dan Zarra.
“ Sayang, makan banyak-banyak tau. Biar cepat besar,” Zarra
membuka mulutnya. Seronok dia disuap Fariq.
“ Merajuk lagi ke?” Fariq mendekati Arianna di jendela bilik. Dia
tahu Arianna terasa hati dengan perangai Zarra.
“ Siapa yang merajuk?” Arianna mengeluh kecil.
“ Biasalah tu. Budak-budak memang macam tu. Maybe masa awak
panggil, dia tak dengar kot,” pujuk Fariq. Arianna menyapu air mata ditubir
matanya kasar.
“ Alah, chilllah. Cengenglah awak ni,” Fariq memeluk bahu Arianna
selamba.
“ Sebelum ni saya suap dia, okey aje. Kenapa hari ni tak nak
pulak?” Sesungguhnya hati Arianna tersentuh.
“ Dia cuma nak bermanja dengan abang aje. Entah-entah dia nak awak
rehat. Dia faham awak letih jaga dia siang malam,” Arianna menggeleng.
“ Tak apalah. Abang ajelah yang jaga dia. Saya malas nak ambil
tahu,” Arianna mengalihkan tangan Fariq yang memeluk bahunya dan berlalu
keluar. Fariq hanya memandang susuk tubuh isterinya itu melangkah keluar dari
bilik.
Malam itu Zarra asyik menangis sahaja. Pening kepala Fariq ingin
memujuk anak kecil itu. Diberi mainan, Zarra menolak. Diberi susu, Zarra juga
tak mahu. Datuk Rasyid dan Datin Katrina yang ingin memujuk, bertambah kuat dia
menangis. Sudahnya Fariq membawa Zarra kepada Arianna.
“ Kenapa bawa datang sini? Abang pujuklah sendiri,” Arianna
mengeraskan hatinya.
“ Kesian Zarra ni. Dari tadi lagi asyik menangis. Awak ni dah
macam budak-budak. Merajuk tak kena tempat. Zarra ni budak lagi. Manalah dia
tahu dia dah buat awak terasa hati,” marah Fariq.
Arianna tersenyum sinis. “ As her mom, tak salah saya nak terasa
hati. Penat tahu tak, saya ajak dia makan. Sudahnya, sia-sia. Abang ajelah yang
pujuk dia sendiri. Saya penat,” Arianna menarik selimut sehingga menutupi
kepala.
“ Okey. Jangan harap nanti abang nak bagi awak sentuh Zarra. Biar
abang seorang saja yang jaga. Awak tak payah ambil tahu kalau dia sakit. Faham!”
tengking Fariq. Dia berlalu keluar dari bilik.
Arianna menangis kecil. Sememangnya hati Arianna agak sensitif.
Dia sebenarnya kusut memikirkan arwah Airis. Dia takut kalau Airis masih lagi
hidup. Arianna pasti akan kehilangan Fariq. Dia tak sanggup berjauhan dengan
Fariq. Dan dia tahu hanya Zarra yang
akan menghubungkan mereka.
Dia juga takut kalau Zarra terlalu rapat dengan Fariq. Macam mana
kalau Zarra tak dapat lepaskan Fariq. Dia bingung. Walaupun perkara yang dia
bingungkan adalah mustahil. Namun kemungkinan Airis masih hidup agak tinggi.
Hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa. Pertama kali
berpuasa sebagai isteri membuatkan Arianna sebak. Dia tahu Fariq benar-benar
marahkannya kerana tidak mengendahkan Zarra. Itu kerana setelah Arianna selesai
bersahur, baru Fariq menunjukkan mukanya di dapur.
Semalam Fariq dan Zarra tidur di bilik tetamu. Sepanjang hari itu,
Fariq langsung tidak bercakap dengan Arianna. Arianna ada juga menyiapkan makan
minum untuk Zarra, namun dibiarkan. Fariq yang menyediakan sendiri susu dan
nasi untuk Zarra dengan bantuan Datin Katrina.
Hari pertama berpuasa, Arianna sudah mencalitkan satu dosa. Dia
sudah membuatkan Fariq terasa hati dengan sikapya semalam. Arianna duduk di
pondok. Dia membuang pandang ke bendang yang gelap itu. Selepas berbuka tadi,
Fariq terus melarikan Zarra daripada Arianna. Sebelum ke surau untuk solat
terawaih, Fariq sempat menitipkan pesan kepada mamanya agar Arianna jauh dari
Zarra.
“ Hello. Assalamualaikum, mummy,” sapa Arianna.
“ Waalaikumsalam. Rindunya mummy dengan Ria. Dengan Zarra. Semua
sihat?” Arianna menahan sebak.
“ Ria pun rindukan mummy jugak. Kami kat sini sihat aje. Mummy
dengan daddy sihat?” Arianna pula bertanya khabar.
“ Sihat. Mummy rasa macam ada yang tak kena aje ni. Cuba cerita
dekat mummy,” Terlepas juga tangisan Arianna. Dia menceritakan dari A sampai Z.
“ Ria tak tahu nak buat macam mana, mummy,” kata Arianna setelah
menceritakan semuanya kepada Puan Sri Harlina.
“ Padanlah muka Ria. Siapa suruh merajuk macam tu sekali. Mummy
pun tak tahu nak cakap apa. Dah elok-elok berbaik, Ria yang cari pasal. Kesian
cucu mummy,” Arianna semakin sebak. Ingatkan Puan Sri Harlina akan
menenangkannya. Rupanya sama sahaja. Menambahkan lagi kepiluannya.
“ Ria minta maaf aje dengan Fariq. Tak elok buat Fariq macam tu.
Zarra tu tanggungjawab Ria. Tak baik buat anak yatim macam tu. Ria tahukan,
Zarra tu budak-budak lagi. Ria tu yang tak matang,” bebel Puan Sri Harlina.
Arianna mengetap bibirnya. Dia memutuskan talian.
Puan Sri Harlina menghubungi Arianna kembali. Arianna membiarkan.
Dikuatkan hatinya. Dia masuk ke dalam rumah. Emak mertuanya juga tidak menegurnya
apabila berselisih di dapur. Kaki Arianna laju naik ke bilik. Dihumban tubuhnya
ke tilam. Beberapa kali juga Puan Sri Harlina menelefon namun Arianna hanya
membiarkan sahaja tidak dijawab.
p/s : bab 12 agak pendek sedikit...enjoy bab ni dulu ya..nantikan surprise utk bab seterusnya....:P
No comments:
Post a Comment