“
Arianna naik kereta Fariq, ye,” kata Datuk Rasyid usai majlis itu selesai.
Fariq dan ibu bapanya datang berasingan ke majlis itu.
“
Of courselah Arianna kena balik dengan Riq, pa. Takkan nak suruh dia naik teksi
pulak,” sampuk Fariq. Sengaja ingin mengusik papanya.
“
Hati-hati bawa kereta tu. Dah lewat ni. Mama tak nampak kereta kamu kat
belakang, siap kamu,” pesan Datin Katrina kepada Fariq. Arianna menahan ketawa
apabila ibu mertuanya itu berpesan kepada Fariq.
“
Yelah. Fariq follow belakang. Kalau Fariq tak ada kat belakang tu maknanya...,”
Fariq berjeda sebentar. Datin Katrina sudah memikirkan yang bukan-bukan.
“
Ada kat depan la,” sambung Arianna sambil tersenyum.
“
Macam tahu-tahu aje nak cakap yang tu,” kata Fariq. Dia ketawa perlahan.
Seronok mengenakan mamanya.
“
Bertuah punya anak. Ambik ni,” Datin Katrina mencubit lengan sasa anak
lelakinya itu. Fariq mengaduh kesakitan akibat dicubit Datin Katrina.
“
Dah. Jom. Lewat dah ni. Dua belas lebih dah,” ajak Datuk Rasyid. Mereka
beriringan menuju ke kereta yang terletak di tempat letak kereta dewan
konvensyen. Sengaja tidak diparking di tempat parking bawah tanah.
“
Jemput masuk Arianna. Inipun rumah kamu juga,” jemput Datin Katrina sebaik
mereka tiba di banglo tiga tingkat itu.
Rumah
yang dibina mengikut citarasa Datuk Rasyid dan Datin Katrina. Arianna terkagum
dengan aturan banglo itu. Walaupun agak kelam kerana sudah jauh malam, banglo
itu nampak sangat cantik. Sebaik melangkah masuk ke dalam banglo itu, sekali
lagi Arianna menunjukkan riak terkejut dengan dekorasinya yang tersusun.
“
Cantiknya,” puji Arianna tanpa sedar.
“
Isteriku, better you tutup mulut. Nanti nyamuk masuk pulak,” usik Fariq.
Arianna terkejut kerana ditegur begitu.
“
Awak ni,” geram Arianna diusik begitu. Dia mencubit lengan Fariq. Terjatuh beg
Arianna yang dipegangnya. Sengatan lebih berbisa daripada mamanya.
“
Apa yang jatuh tu?” jerit Datin Katrina yang sudah berada ditangga untuk naik
ke biliknya.
“
Tak ada apa, ma,” jerit Fariq kembali.
Arianna
menunduk mengambil begnya yang jatuh. Kebetulan dia ada membawa baju lebih
kerana takut pulang lewat. Boleh menginap di hotel itu. Puan Sri Harlina sudah
berpesan agar tidak pulang terus rumah memandangkan Zarra berada dirumah. Takut
ada 'benda' yang mengikut Arianna pulang.
“
Awak ni ganas macam mama la. Awak lagi kuat rasanya,” kata Fariq sambil
menggosok tempat yang dicubit.
“
Padan muka. Tapi rumah awak cantiklah. Nice,” balas Arianna. Fariq menarik
tangan Arianna dan mengambil beg ditangan Arianna lalu menaiki anak tangga.
“
Nak pergi mana ni?” soal Arianna selamba. Tersenyum Fariq.
“
Naik bilik kitalah, sayang. Nak pergi mana lagi,” jawab Fariq lembut.
Mereka
sampai dibilik Fariq yang berada di tingkat dua. Ditingkat dua menempatkan tiga
buah bilik. Dihujung sebelah kanan adalah bilik Fariq dan satu bilik lagi
hujung sebelah sana adalah bilik tetamu. Bilik yang ditengah di antara bilik
Fariq dan bilik tetamu adalah bilik sepupu Fariq iaitu anak saudara Datin
Katrina.
Fariq
menarik Arianna masuk ke biliknya. Biliknya agak besar. Sebaik pintu dibuka,
Arianna memerhati sekitar bilik itu. Lagak seperti pelawat yang sedang menilik
kekemasan bilik. Disitu, dia dapat melihat beranda kecil disebelah kiri ruang
itu. Beberapa kaki dari beranda itu terdapat sebuah meja kerja dan susunan
buku-buku. Tiga langkah dari meja, terdapat sebuah katil bersaiz king dan
dihadapan katil itu terdapat ruang tamu kecil iaitu ruang menonton televisyen.
Disebelah kanan pula bilik air dan almari baju.
“
Dah puas tengok ke, Puan Arianna?” tanya Fariq yang sedang membuka butang
bajunya. Arianna berjalan dan duduk di birai katil.
“
Hmmm, puas sangat. Saya perasan bilik sebelah awak ni macam ada orang aje,”
kata Arianna tanpa memandang ke arah Fariq. Fariq mencapai tualanya dari
penyidai ditepi bilik air.
“
Nanti saya kenalkan,” balas Fariq lalu menapak ke bilik air.
Arianna
membuka pin-pin ditudungnya sebelum dia menarik lembut tudung itu. Rambutnya
yang separas pinggang itu dilepaskan dari ikatannya. Beralun rambutnya kerana
bekas ikatan rambut. Dibiarkan. Arianna membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan
tuala serta baju bersih yang dibawa.
Dia
menuju ke arah meja solek yang terletak di tengah almari baju. Almari itu
bergabung dengan meja solek. Arianna mengeluarkan pencuci mekap dari beg kecil
yang direka khas untuk alatan mekapnya lalu mencuci mekap yang ditempek dimukanya.
Dia jarang bermekap kerana mukanya agak sensitif dengan alat mekap.
Pintu
bilik air dikuak. Fariq keluar dengan hanya bertuala. Arianna tidak berasa
janggal kerana sering melihat Daniel hanya bertuala. Lagipun Fariq adalah
suaminya. Arianna mengambil tuala dan baju bersihnya
lalu masuk ke dalam bilik air.
Fariq berlalu ke almari pakaiannya. Tanpa berlengah dia menunaikan
solat isya'. Sebaik selesai menunaikan perkara wajib itu, Fariq menunggu
Arianna selesai mandi. Dia memikir sebentar. Lamanya minah ni mandi, desis
Fariq. Fariq keluar dari biliknya. Pergi minum air agaknya.
Arianna keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang
basah. Tidak selesa kalau tidak dibasahkan rambutnya. Dia mencari-cari kelibat
Fariq namun tidak jumpa. Dia mencapai sikat dan menyikat rambutnya
lambat-lambat. Dia duduk dibirai katil sambil menunggu Fariq.
Pada pandangannya, Fariq adalah seorang yang kemas dan amat
mementingkan kebersihan. Tidak betah duduk disitu, Arianna berlalu ke beranda.
Dia menolak pintu gelongsor . Sejuk. Arianna menyandarkan badannya di tepi
pintu gelongsor itu. Cantik pemandangan malam disitu.
“ Ingatkan saya ke?” Fariq muncul dibelakang Arianna. Arianna
memandang sekilas lalu kembali menghayati keindahan malam itu.
“ Nak ingat awak buat apa?” Arianna tersengih. Wajahnya cantik
walaupun tanpa secalit mekap pun. Lebih asli.
“ Yelah. Saya nak bagitahu awak something. Tapi janji dengan saya,
awak kena cool aje,” Fariq melepaskan keluhan berat. Dia memandang Arianna.
Arianna turut memandang Fariq. Dari nada Fariq berbicara seperti mahu
memberitahu hal yang serius.
“ Bagitahu apa? Macam serius je? Awak kahwin lain eh?” teka Arianna dalam nada yang bergurau. Fariq mengangguk. Tidak membantah akan tekaan
Arianna. Mata Arianna membulat.
“ Dia yang duduk kat bilik sebelah ke?” teka Arianna lagi. Dia
agak tenang ketika ini.
“ Hmmm, papa dan mama yang nak saya kahwin dengan dia sebab...,”
Fariq mengiakan. 'Laki aku kahwin lain? Biar benar'. Dia ingat Fariq hanya
main-main dengannya.
“ Sebab?” sampuk Arianna. Fariq menarik Arianna untuk masuk ke
dalam. Dia mendudukkan Arianna di atas sofa.
“ Sebab mak ngah saya nak maruah anak dia terbela. Natasya dirogol
and now she's pregnant. I'm the only one yang mak ngah percaya,” jelas
Fariq. Matanya sengaja dikecilkan. Dia
cuba melihat reaksi Arianna.
“ Since when?” soal Arianna. Dia berlagak selamba.
“ Empat bulan yang lepas,” jawab Fariq. Dia bangun dari sofa dan
menuju ke beranda. Ditutupnya pintu gelongsor itu.
“ Awak baru balik dari bilik dia?” tanya Arianna. Dari tadi dia
asyik bertanya soalan sahaja. Riaknya juga tidak berubah. Tenang sahaja.
“ Ha'ah. Sebelum tidur selalunya saya akan menjenguk dia dulu,”
jawab Fariq. Dia sudah menyandarkan badannya di kepala katil. Letih.
Arianna bangun dari duduknya lantas mendekati Fariq. Dia naik ke
katil dan menarik tangan Fariq. Fariq yang sudah keletihan itu memandang
Arianna.
“ Means dia tak tidur lagi, kan? Jom teman saya jumpa dia kejap,”
ajak Arianna. Membulat mata Fariq tatkala mendengar permintaan Arianna. Nak
mengamuk kat Natasya ke apa?
“ Awak nak buat apa? Esok-esok ajelah jumpa dia. Saya dah mengantuk
ni,” Fariq sudah berbaring.
“ Awak! Jomlah. Kejap aje,” pujuk Arianna sambil menarik lengan
sasa Fariq. Fariq bangun lalu duduk.
“ Cakap dulu awak nak jumpa dia buat apa? Nak serang dia ke apa?”
tanya Fariq.
“ Apalah awak ni. Nak pergi tengok madu aje. Tak buat apa-apa.
Janji,” jawab Arianna. Fariq turun dari katil. Arianna turut berbuat demikian.
Sampai dipintu bilik, Arianna memegang lengan sasa Fariq. Dah macam nak
berlawan dengan pencuri gayanya.
“ Siapa lagi cantik?” terpacul soalan itu dari mulut Arianna.
Fariq tersenyum. Cemburu ke? Mustahil.
“ Sama-sama cantik,” jawab Fariq. Arianna mencebik. Fariq memulas
tombol pintu. Mereka sekarang sudah berada dihadapan bilik Natasya, isteri
kedua Fariq. Belum sempat membuka pintu bilik Natasya, muncul Datuk Rasyid dari
tingkat bawah.
“ Kamu berdua buat apa tu?” tanya Datuk Rasyid pelik. Dia juga
gembira kerana dia melihat Fariq dan Arianna kelihatan rapat walaupun baru
sahaja berjumpa.
“ Menantu papa ni nak jumpa madu dia. Tak menyempat,” beritahu
Fariq jujur. Arianna tersengih.
“ Owh. Dah tahulah ni. Yelah. Rasanya Tasya tak tidur lagi tu,”
ujar Datuk Rasyid lalu menaiki anak tangga untuk naik ke tingkat tiga.
Fariq memulas tombol pintu bilik Natasya. Memang benar kata Datuk
Rasyid. Natasya masih belum tidur.
“ Tasya, ada orang nak jumpa,” kata Fariq. Nadanya berubah. Tidak
mesra seperti dia bercakap dengan Arianna.
“ Siapa, bang?” tanya Natasya. Arianna muncul dari belakang Fariq.
Alangkah terperanjat apabila dia mendapati madunya itu adalah kawan lamanya.
“ Tasya.”
“ Risya.”
Serentak mereka bersuara. Natasya sudah tersenyum gembira kerana
dapat berjumpa dengan Arianna. Arianna meluru ke katil Natasya lalu mereka
berpelukan. Fariq terpinga-pinga.
“ Abang, where do you found my best friend?” tanya Natasya sambil
meleraikan pelukan mereka. Fariq menuju ke arah mereka lalu melabuhkan
punggungnya dibirai katil.
“ Dinner tadi. She's my wife,” jelas Fariq.
“ So, you're the lucky one, huh,” kata Natasya kepada Arianna.
“ Agaknya,” balas Arianna. Dia memandang Fariq sekilas. Ada
sesuatu yang tak kena sedang berlaku. Tapi apa?
“ Lucky la. And abang Fariq pun lucky juga dapat Arianna. Kalau
abang nak tahu, dulu boleh dikatakan setiap hari mak cik ni dapat bunga and
surat cinta. Tapi Arianna ni jahat sangat. Asyik bagi tong sampah makan,”
cerita Natasya.
“ Cerita lamalah, Tasya. Dah basi,” kata Arianna. Means that
Arianna...same age with Tasya, twenty-five, desis Fariq di dalam hati. Tapi
Arianna nampak matang,
“ Yelah tu. Kau pergi mana? Aku contact tak dapat. Aku pergi rumah
kau, kosong aje rumah tu,” Natasya mula bertanyakan hal kehilangan Arianna.
“ My parent dah tak nak duduk rumah tu lagi. So, kita orang
pindah. Tapi tak jauh sangat dari situ,” jelas Arianna perlahan.
“ Why? How your brother, Zecky? Kau dengan dia kan tak boleh
berpisah. Kat mana ada kau, kat situlah ada dia. Eh, mesti dia dah ada anak kan
sekarang ni?” soal Natasya. Kali terakhir mereka bertemu adalah ketika majlis
perkahwinan arwah abang Arianna, Zecky Asyraf. Dia mahu mengetahui bagaimana
kehidupan sahabatnya itu setelah sekian lama tidak berjumpa.
“ Zecky meninggal masa accidents setahun yang lepas, Tasya. Dia
dah tinggalkan aku. A'ah, dia ada anak, Zarra Adya. Muka pun lebih kurang arwah
abang Eiki jugak,” tenang Arianna ketika menuturkannya. Dia sudah redha dengan
pemergian satu-satunya abang kandungnya itu.
Natasya mencapai tangan Arianna. “ I'm sorry. Siapa pun tak
bagitahu aku. So, aku tak tahu langsung pasal ni,” kata Natasya lembut.
“ Aku tak kisahlah. Janji sekarang aku dah jumpa kau, honey,” ujar
Arianna sambil tersenyum.
“ Honey kau tu sayang ke madu?” gurau Natasya.
“ Both of them, dear,” jawab Arianna. Natasya melirik matanya ke
arah Fariq.
“ Risya, baik kau bawa laki kau balik bilik. Dah tertidur pun
hah,” kata Natasya. Arianna memandang Fariq yang sudah berdengkur halus itu.
“ Laki kau juga, Tasya,” balas Arianna. “ Biar aje la dia tidur
sini,” sambungnya.
“
No…no... Aku dengan abang Fariq hanya husband and wife on the paper. Aku dah
cukup beruntung dia nak ambil aku as isteri kedua dia. Aku tak harap yang
lebih,” jelas Natasya kaku. Sememangnya Natasya hanya menganggap Fariq sebagai
abangnya sahaja. Tidak lebih dari itu. Gilalah kalau Fariq tidur dalam bilik
Natasya.
“ Why? Bukan pak cik ni ciri-ciri lelaki idaman kau ke?” soal
Arianna.
“ Aku just anggap abang Fariq macam abang aku sendiri aje. Tak
lebih dari tu. Kau jangan risaulah. Aku takkan jatuh hati dekat suami kau
punyalah,” jelas Natasya.
“ Takkan kau tak ada hati langsung dekat Ray...Fariq?” tanya
Arianna lagi. Mustahil.
“ Nope. Even aku tak kahwin pun dengan abang Fariq, aku tetap akan
lahirkan baby ni. Budak ni still anak aku walaupun aku tak tahu siapa bapa dia.
Manalah tahu satu hari nanti aku dapat jumpa dengan bapa dia. Macam yang dalam
tv tu. Jodoh ni tak boleh kita duga, Risya. Macam kau dengan abang Fariq. Kau
orang tak kenal kan. Tapi jadi husband and wife,” hujah Natasya. Dia bersyukur
sangat kerana terlindung daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
“ Aku doakan yang terbaik untuk kau. Makin lama, makin kuat pulak
bunyi pak cik ni berdengkur. Aku masuk tidur dululah. Kau pun dah letih,”
Arianna meminta diri.
“ Yelah. Esok jumpa lagi. Kejutlah cik abang kau ni,” kata
Natasya.
“ Kejap. Berapa umur abang sepupu kau ni?” soal Arianna. Natasya
tersenyum.
“ Dua puluh lapan tahun,” beritahu Natasya. Tua tiga tahun dari
mereka. Tak adalah tua sangat.
Arianna mengangguk. Dia menepuk lengan sasa Fariq dengan kedua
tangan. Fariq terjaga dari tidurnya. Sakit dek ditampar laju oleh Arianna
berulang kali.
“ Kenapa?” tanya Fariq dengan suara serak. Dia bangun sambil
menyapu matanya. Gaya macam kanak-kanak baru bangun tidur.
“ Balik bilik,” balas Arianna lalu memapah Fariq yang sudah
terhuyung hayang itu. Dah macam orang mabuk.
“ Goodnight. Sleep tight,” ucap Natasya ketika dipintu bilik.
“ You too,” balas Arianna.
Arianna memulas tombol pintu. Fariq yang separuh sedar itu
dipapahnya lalu dihumban ke katil. Fariq bergerak ke sebelah kanan katil.
Arianna tidak terus naik ke katil. Dia mencapai pencuci mukanya lalu menapak ke
bilik air.
No comments:
Post a Comment