Adam berbaring
memandang syiling. Kemudian, dia berkalih ke pasu bunga yang mengandungi damask
rose yang sudah layu dan kering itu sejenak. Lagi tiga hari…dia akan bertemu
Airisy untuk mengetahui keputusan gadis itu. Dia bingung. Bagaimana kalau dia
tidak berjaya mencari Airisy? Adam melepaskan keluhan berat. Susah untuk dia bersetuju
dengan permainan Airisy pada awalnya. Tetapi, demi menjaga hati Airisy…dia turutkan
jua permainan yang sangat merepek ini.
Tok! Tok! Tok!
“ Pintu tak kunci!”
laung Adam. Dia bangun ke meja kerjanya. Dia tidak mahu ahli keluarganya tahu
akan kekusutan yang melanda dirinya.
“ Walid ingatkan Adam
dah tidur,” kata Haji Zainal. Dia duduk di sofa yang berhadapan dengan katil
Adam.
“ Belum, walid. Ada
something yang walid nak cakap kat Adam ke?” soal Adam. Dia memusingkan kerusi
menghadap Haji Zainal.
“ Walid sebenarmya tak
nak paksa Adam dalam hal kahwin ni. Tapi…walid dan ummi nak Adam kahwin dulu
sebelum Zara. Kami tak kisah pun Zara nak kahwin awal. Itulah yang walid dan
ummi fikirkan…biarlah Adam lepas dulu,” ujar Haji Zainal.
“ Adam okay aje, walid.
Memang betul pun cara walid dan ummi supaya Adam kahwin dulu. Insya Allah…Adam
akan cuba tunaikan. Minggu depan Adam bawa calon isteri Adam berjumpa dengan
walid dan ummi ya,” balas Adam separuh yakin. Dia cuba menyedapkan hatinya.
Mungkin dia berjaya mencari jejak Airisy nanti. Siapa tahu? Allah lebih
mengetahui segala-galanya.
“ Yelah. Adam tahu apa
yang terbaik untuk diri Adam. Pilih isteri ni bukan macam kita pilih baju kat
kedai. Isteri ni untuk jadi pendamping sepanjang hayat kita. Dialah yang akan menjadi
tanggunjawab kita…mewarnai hidup kita…menjaga kita. Jangan terburu-buru. Walid
tak nak Adam perjudikan kebahagiaan Adam demi Zara. Itu tak adil untuk Adam.
Ingat pesan walid ni,” Panjang Haji Zainal menasihati anak lelakinya.
“ Insya Allah, walid.
Adam akan cuba buat yang terbaik. Adam janji takkan kecewakan walid dan ummi,” janji
Adam.
“ Dah lewat malam ni,
tidurlah. Esok bangun lambat pulak,” kata Haji Zainal sebelum berlalu keluar.
Adam bangun dari
kerusinya dan kembali berbaring di katilnya. Dia ingin menghubungi Airisy
tetapi dia tidak mempunyai nombor telefon gadis itu. Setelah penat berfikir,
Adam tertidur begitu sahaja.
“ Abang buat apa kat
sini?” Airisy duduk di sebelah Haris di kerusi batu di halaman rumah.
“ Kenapa tak tidur lagi
ni?” soal Haris kembali tanpa menjawab soalan Airisy. Dia sengaja duduk di luar
untuk mengambil angin.
“ Sebenarnya…Risy nak
tanya pendapat abang pasal…Adam,” Haris menoleh ke kanannya.
“ Adam? Pendapat
tentang apa?” Haris sememangnya mengenali Adam kerana mereka merupakan rakan
kongsi dalam beberapa buah projek. Jadi, seringkali juga mereka bertemu.
“ He propose me last
four days. So…Risy ajak dia main satu game ni. Risy tak pasti sama ada dia
betul-betul nak Risy jadi isteri dia atau tak,” Airisy melentokkan kepalanya di
bahu Haris.
“ Wah, abang macam dah
terbau…nasi minyak dah ni. Pada pandangan abanglah…sepanjang abang kenal Adam
ni. Dia seorang serius dalam kerja dia. He’s a caring person. Bertanggungjawab…orangnya
baik. Satu lagi yang abang perasan…dia jarang keluar dengan perempuan,” puji
Haris.
“ Kenyanglah dia…dapat
makan puji abang. First time Risy tengok dia…masa kat dinner tu, I’m fallen in
love with him. Hati Risy tertarik nak kenal dengan dia. Abang tahu? Risy tak
sangka sangat dia datang kedai…beli bunga hari tu. Seriously, Risy happy
sangat…bila dapat keep in touch dengan Adam,” Airisy meluahkan perasaannya
kepada Haris.
“ Actually, papa ada
ceritakan pasal ni pada abang. Papa and mama okay aje kalau Risy nak terima
lamaran Adam. Mungkin dia lelaki terbaik untuk Risy. Risy kena yakin dengan
hati Risy. Kalau masih ragu-ragu lagi, minta petunjuk Allah. Dia lebih tahu apa
yang terbaik untuk Risy. Sebelum tu, minta restu dari daddy and mummy Risy
dulu. Restu dia orang penting tau,” balas Haris panjang.
“ Terima kasih, abang. Risy
berserah pada takdir sama ada Adam berjaya cari Risy atau tak…next three days.
Abang doakan untuk Risy ya,” Haris memeluk bahu Airisy.
“ Abang selalu doakan
untuk satu-satunya adik abang ni. Even Adam tak berjaya jumpa Risy, you have to
face him. Tak semestinya permainan ni penentu hidup Risy. Risy kena tamatkan
apa yang Risy rasa…cinta Risy pada Adam,” Airisy mengangguk kecil.
Jika Haris tidak
berpesan pun, dia masih akan mencari Adam walaupun mereka tidak berjaya
bertemu…tiga hari kemudian. Dia sudah nekad untuk membantu Izara.
Adam termangu di dalam
keretanya. Dia buntu…dari mana dia ingin mulakan pencariannya. Dia hanya pernah
berjumpa dengan Airisy di kedai bunga dan di syarikatnya. Dan, di rumah Airisy
sendiri. Rumah? Adam mengetuk kepalanya perlahan. Kenapalah dia tak terfikir
akan kediaman Airisy.
Manakala, Airisy pula
mundar mandir di dalam biliknya. Sekejap dia baring…sekejap dia duduk. Hatinya
tidak keruan menunggu Adam. Mungkinkah Adam dapat menemuinya hari ini. Ah, kau
yang cari pasal cadangkan game bodoh ni apasal, marah Airisy sendiri. Airisy
terkaku apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Jantungnya semakin
berdebar-debar.
“ Masuk…”
“ Bakal suami Risy kat
bawah. Turunlah,” Terjengul Azie di muka pintu bilik Airisy.
“ Bakal suami?” Azie
mengangguk perlahan.
“ Adam ada kat bawah.
Tengah berborak dengan papa. Pergilah layan dia kat bawah,” balas Azie. Dia
masuk ke dalam bilik Airisy dan duduk di sebelah gadis itu di birai katil.
“ Dia berjaya cari
Risy, kak,” Airisy menahan sebak.
“ Sayang…itu bermaksud
dia bersungguh nak kahwin dengan Risy. Handsome…suami Airisy. Termakbul dah
impian Airisy Danielle nak dapat suami handsome segak bergaya,” Airisy memeluk
Azie.
“ Thanks, akak. Tanpa
sokongan dari akak, abang, papa and mama…Risy…nothing. Akak nak tahu tak? Ni
rahsia tau. Setiap kali Adam datang sini kan…Risy mesti rasa macam tak nak kasi
dia balik je. Risy nak selalu ada dengan Adam. Normal tak kak apa yang Risy
rasa ni?” Azie mengusap pipi Airisy lembut.
“ Normal, sayang. So…cepat-cepatlah
kahwin. Hari-hari boleh jumpa. Jangan nanti Risy bosan sudah,” kata Azie.
“ Insya Allah, Risy tak
bosan. Akak, seganlah pulak Risy nak turun. Tak turun tak boleh ke?”
“ Kalau nak Adam…turun
sekarang. Tapi, jangan lupa pakai tudung ye. Tak halal lagi,” gurau Azie.
“ Risy tahulah. Akak
pergilah rehat. Kesian baby…letih.”
“ Iyalah. Akak keluar
dulu…”
Airisy mengambil tudung
bawalnya dan dipakai seringkas yang boleh. Sempat dia menilik dirinya di
hadapan cermin. Sebelum itu, dia menarik nafas dan menghembuskan
sekuat-kuatnya. Barulah dia dapat bertenang.
“ Dah turun pun puteri
kita. Papa naik atas…nak solat dulu. Kamu berdua berbuallah,” Tan Sri Khalid
sengaja memberikan ruang kepada Adam dan Airisy.
Airisy hanya mendiamkan
diri sahaja. Lidahnya kelu ingin berkata-kata. Adam pula menunggu bicara dari
Airisy. Aduh… kalau diam macam ni…tahun depan pun belum tentu jadi lagi majlis
perkahwinan mereka ni.
“ Errr…so…you did it,” Airisy
memulakan bicara apabila dia melihat tiada tanda-tanda…Adam akan memulakan
bicara.
“ Hmmm…last minute
punya fikir. I thought…awak mesti ada kat rumah hari minggu macam ni,” balas
Adam. Dia terasa kekok.
“ Ahah…hari-hari…saya
kat rumah sebenarnya. Saya kan…jobless. Remember?” Adam menjegilkan matanya.
Buat penat sahaja otaknya memikirkan di mana dia ingin mencari Airisy.
“ So…awak lupa apa yang
saya cakap hari tu, eh?”
“ Seriously…tak
terlintas pun awak akan ada kat rumah. Lagipun…dah dua kali saya jumpa awak kat
kedai bunga,” ujar Adam.
“ Buat penat aje saya
mention pasal nak jadi mem…nak goyang kaki…tak suka kerja. Tapi…tak apa.
Disebabkan awak dapat cari saya…saya tunaikan janji saya untuk berikan jawapan
saya,” Adam sudah tidak senang duduk. Macam-macam kemungkinan yang difikirnya.
“ Jadi…awak terima atau
tak?”
“ Saya terima,” jawab
Airisy pendek.
“ Terima kasih, Airisy.
Then…lusa ni saya boleh bawa awak jumpa walid and ummilah. Awak okay ke?”
“ Lusa? Okay aje,” Airisy
malu sebenarnya setelah memberitahu persetujuannya untuk berkahwin dengan Adam.
“ Emmm…I think
better…saya balik dululah. Kita jumpa lusa ni.”
“ Kejap. Saya panggil
papa and mama,” Airisy berlalu ke tingkat atas untuk maklumkan kepada Tan Sri
Khalid dan Puan Sri Nisa bahawa Adam sudah mahu pulang.
Kedua-dua keluarga
telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan Adam dan Airisy dahulu.
Seminggu kemudian barulah majlis pernikahan Izara dan bakal suaminya diadakan.
Kedua pasangan sudah bertekad untuk tidak bertunang. Kenduri kahwin akan
diadakan serentak dua hari selepas majlis pernikahan Izara.
“ Daddy and mummy awak
balik Malaysia bila?” soal Adam. Ketika itu, mereka berada di butik pengantin
untuk mengukur baju akad nikah dan majlis perkahwinan nanti.
“ Dua hari sebelum akad
nikah,” jawab Airisy sambil tangannya menyelak majalah perkahwinan.
“ Kalau saya tanya
ni…awak jangan marah ya. Saya cuma nak tahu aje…”
“ Hmmm? Tanya apa?”
“ Kenapa awak balik
sini? Tinggalkan keluarga awak kat sana?” tanya Adam serius. Dia perlu tahu
memandangkan mereka akan berkahwin nanti.
“ Macam yang pernah
saya cerita kat awak dulu. Saya balik sini sebab abang Ammar. Dia bencikan
saya. Lagipun…dah lama saya nak balik sini. Kat sana…setiap saat saya dikawal. Daddy
hired bodyguard…untuk ikut ke mana saja saya pergi. Saya tak suka. Disebabkan itu…saya
selalu memberontak. Selalu bergaduh dengan daddy and mummy,” jelas Airisy
tenang.
“ Habis tu…kat sini
daddy awak tak pulak hantar bodyguard?”
“ Papa dah warning
daddy. Kalau daddy still kongkong hidup saya kat sini, daddy and mummy takkan
dibenarkan jumpa saya sampai bila-bila,” jawab Airisy.
“ Tapi…dia orang kan
ibu bapa kandung awak. Dia orang ada hak ke atas awak. Tak baik pisahkan anak
dari ibu bapa sendiri,” Adam berasa agak marah. Airisy terkejut dengan teguran
Adam.
“ Kalau betul daddy and
mummy sayangkan saya dan anggap saya…as their daughter, dia orang takkan
tinggalkan saya di kampung dengan atuk and nenek. Tapi…bila saya dah habis
sekolah, daddy paksa saya ikut dia orang ke New York. Macam-macam yang saya
fikir masa tu. Even…masa kat sana pun…dia orang lebih suka manjakan abang
Ammar,” Adam tersentak. Dia tidak menyangka hidup Airisy sebegitu.
“ Tapi…saya beruntung
sebab dapat parent macam papa and mama. Ada abang macam abang Haris. Mereka
lebih sayangkan saya kalau dibandingkan dengan ibu bapa kandung saya sendiri,”
sambung Airisy lagi.
“ Then…nanti parent
awak datang sini, awak macam mana?”
“ Maksud awak?”
“ Iyalah. Awakkan dah
lama tinggalkan New York. Mestilah rasa janggal…kekok,” balas Adam.
“ Alah… buat tak tahu
je. Saya dah biasa macam tu. Dah…drop the subject. Saya nak baju ni,” Airisy
menunjukkan baju pengantin muslimah kepada Adam.
“ Okay. Nak? Beli?”
“ Of courselah. Awak
kan…banyak duit,” Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Hmmm…okay,” Airisy menghempuk
majalah pengantin di bahu Adam.
“ Sakitlah. Apa awak
ni?” Adam menggosok bahunya.
“ Janganlah main okay
aje. Cubalah bagi pendapat sikit. Boringlah awak ni,” Airisy bangun dan
mengambil sehelai kertas di atas meja.
“ Ni…baju akad nikah
and wedding ceremony kita. Saya nak awak punya…pendapat,” Airisy menyerahkan
helaian kertas itu kepada Adam. Adam meneliti lukisan di hadapan matanya.
“ Nice. Awak punya
dress…tak sarat sangat. Baju saya pun…hmmm…menarik,” Airisy tersenyum dengan
bangganya. Bakal suami puji weh.
“ Suka tak?”
“ Suka. Ingatkan
betul-betul nak ambil baju tadi,” jawab Adam.
“ Saja je nak test
awak. Sekali…awak terus setuju je,” kata Airisy.
“ Sorrylah. Mana saya
nak tahu awak dah ada design sendiri,” balas Adam. Dia jatuh hati dengan rekaan
Airisy. Gadis itu mengutamakan keringkasan dalam setiap perkara yang
dilakukannya. Dan…sikap itu amat disukai Adam.
Selesai sudah majlis
perkahwinan kedua pasangan pengantin. Sangat meriah dengan kehadiran sanak
saudara dan sahabat keempat-empat mempelai. Segala penat lelah yang dicurahkan
untuk majlis gilang gemilang itu berbaloi.
Sehari selepas majlis
itu, sanak saudara Hajah Zaharah bersepakat meneruskan tradisi keluarga mereka
setiap kali selesai majlis kenduri. Mereka berpakat untuk mengadakan jamuan
dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Kaum perempuan ditugaskan untuk menganyam
ketupat. Dan, kaum lelaki pula memasak rendang.
“ Nak bancuh air apa
ni, kak?” tanya Airisy kepada Khirana, kakak sulung Adam.
“ Kak Ana pun tak tahu.
Mak long dengan mak lang tak minum air kopi. Mak de and mak su pulak tak minum
air teh,” maklum Khirana.
“ Risy bancuh…both of
themlah, kak. Senang,” kata Airisy. Tangannya sudah sedia dengan dua bekas air.
“ Emmm…boleh jugak tu.
Risy bancuhlah dulu. Kak Ana nak naik solat zohor kejap.”
Airisy menatang dulang
yang berisi jug air dan cawan ke tempat kaum perempuan menganyam ketupat.
Serentak itu, Adam masuk ke dalam rumah. Mata mereka bertembung seketika.
Airisy meletakkan dulang di lantai dan bersimpuh di situ. Dia menuangkan air ke
dalam cawan.
“ Dari mana, Adam?”
tanya Mak Long Halijah. Adam bersila di sebelah Mak Long Halijah. Dia mengambil
daun ketupat. Gaya macam nak menganyam saja.
“ Adam pergi rumah kawan
ummi kat hujung tu. Ummi suruh hantar lauk apa entah,” jawab Adam.
“ Rendang kot. Ni…Airisy.
Pandai anyam ketupat? Mama kamu kata kamu dulu tinggal kat kampung. Mesti
pandai bab-bab buat ketupat ni,” Airisy memandang Mak Long Halijah bersahaja.
“ Anyam ketupat? Airisy
tak pandailah, mak long. Selalu Airisy buat…tak jadi,” jawab Airisy jujur.
Neneknya sampai jemu mengajarnya anyam ketupat. Sudahnya, Airisy malas nak
ambil tahu. Yang dia tahu…makan ketupat.
“ Lepas ni kena
belajarlah. Cik abang kamu ni…hantu ketupat. Setiap kali raya…makanan nilah
yang dicarinya,” celah Mak Lang Su. Airisy tersenyum nipis. Buat sendirilah cik
abang oi, getus Airisy.
Sejak Adam menjadi
suami Airisy yang sah, Airisy berubah menjadi pemalu. Ingin bertentang mata
dengan Adam pun dia tak sanggup. Dalam bilik tidur mereka pun Adam dan Airisy
terasa kekok. Kedua-duanya bagaikan orang asing. Cuma, di hadapan ahli keluarga
sahaja mereka berlagak mesra.
“ Kamu cuti lama ke
Adam?” soal Mak Su Syirah pula.
“ Hmmm…lama jugak.
Walid ambil alih dulu semua tugas Adam,” balas Adam sambil tangannya sibuk
menganyam ketupat.
“ Dah tu…tak reti-reti
nak bawa Airisy pergi honeymoon? Sementara Adam ada masa ni. Nanti dah start
kerja balik…dah tak boleh honeymoon lagi dah,” ibu-ibu saudara Adam lain sudah
tersenyum-senyum.
“ Dalam perancanganlah,
mak su. Esok..lusa kita orang pergilah. Tak gitu, sayang?” Adam memandang
Airisy.
“ Hmmm? Ha’ah,” sokong
Airisy dalam keadaan terpinga-pinga.
“ Eloklah tu. Zara
dengan laki dia pun dah selamat berhoneymoon haaa,” sampuk Mak De Latifah.
“ Dia orang laju sikit,
mak de. Ustaz dengan bakal ustazahlah katakan,” Airisy menjegilkan matanya. Tak
senonoh punya suami, getus Airisy.
“ Pandailah kamu, Adam.
Kamu berdua nak honeymoon kat mana? Zara dengan Naufal…dah pergi Paris,” Semua
mata tertumpu pada Adam. Menanti jawapan dari anak saudara mereka.
smbng lagiiiii ♥
ReplyDeleteBest. Sambung2
ReplyDeleteBest..
ReplyDelete