“
Kenapa mama cakap awak gaduh dengan mak tok tadi? Abang tengok elok aje,” Fariq
membuka t-shirtnya. Selepas berbuka tadi, Fariq terus mengajak isterinya naik
ke bilik untuk berjemaah maghrib. Sebelum itu, Arianna membantu Puan Sri
Katrina mengemaskan meja makan dahulu.
“
Dulu saya dah pernah datang sini seminggu. Program anak angkat. Saya terpilih
jadi cucu angkat mak tok dengan tok wan. Terkejut jugak tadi masa abang belok
masuk sini,” terang Arianna. Fariq mengangguk-anggukkan kepalanya.
“
Oh, habis yang dok buat sesi perang mulut depan mama tu kenapa?”
“
Mak tok yang mulakan dulu. Saya ikut je.” Fariq membiarkan dirinya tidak
berbaju. Dia duduk bersila membelakangi isterinya di atas karpet tebal di dalam
bilik itu. Zarra dibiarkan dengan Datuk Rasyid dan Datin Katrina.
“
Kesian mama. Mengadu dekat abang tadi sampai nak nangis sebab ingat mak tok tak
suka menantu kesayangan dia. Siap puji Airis lagi,” cerita Fariq.
“
Lah, ye ke? Mak tok nak test power aje tu. Abang duduk depan saya dengan tak
pakai baju ni kenapa?” Fariq mengangkat keningnya. Dia meniarap di hadapan
isterinya.
“
Tolong urutkan badan abang. Lenguhlah.”
Arianna
mengurut badan Fariq yang terdedah itu perlahan. Tiba-tiba kepalanya terasa
pening. Namun, di diamkan sahaja. Mungkin sebab perubahan tempat.
“
Abang pernah datang dengan Airis ke?” tanya Arianna.
“
Ha’ah. Sebelum accident tulah. Sayang, tak sangkakan kita selama ni dekat aje.
Awak cucu angkat mak tok dengan tok wan. Kampung kita negeri yang sama. Masa
kita terpisah dulu pun, awak tak jauh mana pun dari abang,” Fariq tersenyum
mengingatkan beberapa kebetulan di antara mereka.
“
Agak-agak abang, kita ni memang berjodoh ke?”
“
Wallahualam. Abang pun tak tahu. Kita tengoklah tahun-tahun ke depan. Kalau
kita kekal sampai tua tu, memang jodoh kitalah,” Arianna menampar belakang
suaminya.
“
Nak juga abang hidup dengan saya sampai tua, eh.”
“
Yelah. Dah awak tu isteri abang. Mestilah kena hidup dengan abang. Abang tanya
something boleh?”
“
Tanya ajelah, abang oi. Tak kena bayar pun.”
“
Awak memang tak suka ke ada anak dengan abang? Yelah, setiap kali cakap pasal
anak mesti awak kaku.”
“
Hmmm, taklah. Saya tak pernah pun nak tolak kalau satu hari nanti saya
ditakdirkan melahirkan anak abang. Tapi, saya tak nak nanti kita terabaikan
Zarra. Bagi saya, Zarra anugerah terindah. Waktu saya hampir gila, tangisan dia
yang sedarkan saya,” luah Arianna. Fariq bingkas duduk.
“
Kenapa cakap macam tu? Zarra tu anugerah yang Allah hantar untuk melatih kita.
Insya Allah kalau Dia yakin kita layak untuk mempunyai anak, pasti kita akan
dikurniakan anak. Kita yang kena berusaha jadikan diri kita sebagai ibu bapa
yang sempurna,” hujah Fariq. Arianna mengangkat wajahnya. Dia memandang anak
mata Fariq. Cuba mencari sinar di situ.
“
Zarra jadi pelita saat saya dalam kegelapan, abang. Saya tak dapat terima arwah
abang Eiki tinggalkan saya. Saya menyalahkan takdir. Tapi, alhamdulillah. Saya
tersedar sebelum diri saya terus hanyut jauh,” Fariq memeluk Arianna. Cuba
menenangkan isterinya.
“
Insya Allah. Kita sama-sama jaga Zarra. Tak ada siapa yang boleh ambil Zarra
daripada kita ya.”
“
Terima kasih, abang,” ucap Arianna. Fariq mengusap belakang isterinya.
Sehari
sahaja lagi umat Islam akan meraikan sebulan mereka berpuasa. Riuh rendah rumah
Tok Hanafi dan Tok Piah. Semua anak-anaknya balik menyambut hari raya di
kampung tahun ini. Semakin meriah dengan kehadiran beberapa orang baru dalam
keluarga mereka.
Kaum
lelaki sibuk menghidupkan api untuk membakar lemang. Ada yang menyiapkan buluh.
Kaum hawa pula sedang membuat ketupat. Ketupat ya…bukan mengumpat. Kanak-kanak
kecil seronok berlari ke hulu ke hilir. Di marahi sekali, diam sekejap. Selepas
itu, riuh balik.
Datin
Katrina merupakan anak sulung dalam keluarga itu. Diikuti dengan Auntie
Fazlina, ibu kepada Natasya. Seterusnya, Uncle Khalil dan akhir sekali Ucu
Johan. Semuanya telah berkahwin. Datin Katrina dan Puan Fazlina hanya mempunyai
seorang anak sahaja.
Uncle
Khalil pula mempunyai tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki. Dua
anaknya sudah berkahwin. Uncle Khalil dah ada lima orang cucu pun. Ucu Johan
pula dikurniakan dua orang anak, sepasang lelaki dan perempuan. Kedua-duanya
masih bersekolah.
“
Tasya, elok-elok jalan tu. Tak pasal terberanak kamu kat sini nanti,” pesan Tok
Piah.
“
Holah, mak tok ni macam abang G ajelah. Ini tak boleh, itu tak boleh,” Natasya
melabuhkan punggungnya di pangkin yang sengaja diletakkan di halaman rumah.
“
Kena pesanlah. Kamu tu dah sarat. Tak bolehlah buat suka hati,” kata Auntie
Fazlina pula. Natasya mencebik.
Arianna
mendukung Zarra yang baru bangun tidur itu. Dia duduk di sebelah Natasya.
“
Eee, Zarra tak puasalah,” usik Natasya. Dia mencuit pipi tembam Zarra yang sedang
minum susu itu.
“
Zarra tak boleh puasalah, auntie Tasya,” Arianna membalas bagi pihak Zarra.
“
Bila nak bagi Zarra adik, Risya?” tanya Natasya sambil tersenyum.
“
Minta-mintalah kau orang yang terakhir tanya soalan tu. Tak larat aku nak
menjawab tahu tak. Macam kau tak tahu kita orang kahwin macam mana. Kenalah
serasi dulu. Nanti orang cakap, ‘ eh, dalam tak suka, boleh pula mengandung si
Arianna tu ya’,” Natasya menahan ketawa. Lucu.
“
Alah, entah-entah dah ada isi. Aku tengok kau tembam semacam aje ni.”
“
Ni tembam sebab abang sepupu kau tu asyik paksa aku makan. Beli makanan nak
berbuka gaya macam sepuluh orang nak makan,” balas Arianna menutup kegugupannya.
“
Awat yang mata anak hang sembap tu, Arianna?” tanya Auntie Fazlina tiba-tiba.
“
Baru lepas nangis, mak ngah. Bangun-bangun tidur tadi, tak ada orang dekat
buaian dia. Selalunya papa dia tunggu. Hari ni tak jumpa papa dia lagi. Itu yang
buat perangai sikit.”
“
Lah, papa dia pi mana?” Arianna mendudukkan Zarra.
“
Keluar. Lepas subuh tadi pergi cari buluh dengan tok wan. Balik saja, terus
keluar pergi beli barang-barang nak buat lemang, ketupat dengan rendang tu,”
jelas Arianna.
“
Patutlah. Habis tu kalau Fariq pi kerja macam mana?”
“
Awal pagi lagi dia bangun, mak ngah. Lepas abang Fariq pergi kerja, dia tidur
balik. Janji jumpa sekejap pun jadilah.”
“
Rapat jugak Zarra ni dengan Fariq,”Auntie Fazlina mengusik Zarra. Mengekek dia
ketawa.
“
Mula rapat masa awal puasa hari tulah. Tak berenggang langsung. Nasib baik bila
dah balik KL, kami duduk sekali. Kalau tak, haru jugaklah, mak ngah,” balas
Arianna sambil mengelap susu yang mengalir di bibir Zarra.
“
Kau dengan abang Fariq dah pindah rumah sendiri ke?” soal Natasya.
“
Taklah. Sekejap dekat rumah parent aku. Sekejap dekat rumah parent dia.
Bergilir-gilir,” jawab Arianna.
“
Lepas raya ni ajaklah abang Fariq duduk rumah sendiri. Baru best. Boleh
bermanja lebih-lebih.”
“
Banyaklah bermanja kau. Nak ke dia berpisah dengan mama and papa?” Arianna dan
Natasya ketawa serentak. Auntie Fazlina menggelengkan kepalanya.
Huwaaa!
Zarra menangis kembali. Arianna mendukung Zarra melihat ayam dan itik Tok
Hanafi. Tersedu sedan Zarra.
“
Itu apa, sayang. A….yam,” Arianna memetik jarinya. Zarra tersedu. Menangis
banyak sangat, macam itulah jadinya. Fariq pula entah ke mana. Kereta pun
hilang dengan tuannya sekali.
“
Awat ni, Risya?” tanya Tok Piah yang kebetulan lalu di hadapan Arianna.
“
Rindu papa dialah, mak tok. Abang pun tak reti-reti nak balik lagi. Pergi mana
tak tahu,” Zarra menggamit tangannya. Matanya melihat anak-anak ayam.
“
Sat lagi baliklah tu. Hah, tu. Panjang umur papa Zarra ya. Ni…Risya jangan
dukung Zarra lama-lama sangat,” Tok Piah mencuit hidung Zarra sebelum berlalu
ke tempat bakar lemang. Arianna tersenyum nipis mendengar pesanan Tok Piah itu.
Arianna
memandang Fariq yang baru keluar dari kereta BMWnya. Suaminya itu mengeluarkan
beg-beg plastic dan diletakkan di atas pangkin. Anak sulung Uncle Khalil dan
anak bongsu Ucu Johan turut membantu mengeluarkan barang-barang di bonet
kereta.
Tangan
Zarra dibuka tutup. Mata anak kecil itu sudah dapat menangkap kelibat papanya.
Arianna masih berdiri di situ. Dia ingin menduga Fariq sama ada suaminya itu masih ingat pada mereka atau tidak. Pagi tadi
pun Fariq hanya memberitahu dia hendak keluar sahaja. Arianna berpaling dari
memandang Fariq.
“
Hai, anak papa. Rindunya,” Arianna tersentak. Entah bila Fariq berada di
belakangnya.
“
Aaaaaa,” Zarra meminta untuk didukung Fariq. Fariq mengambil Zarra dari
dukungan isterinya.
“
Kenapa dengan mama, sayang?” Arianna masih membatu. Dia lebih senang meilhat
anak-anak ayam makan di tanah.
“
Sayang, are you okay?”
“
Okay,” jawab Arianna sepatah.
“
Macam tak okay aje. Tak sihat ke?” Fariq meletakkan tangannya di dahi Arianna.
“
Saya okaylah. Abang, saya tak tahulah nak jawab apa lagi,” Arianna berpusing
mengadap suaminya.
“
Jawab apa?”
“
Semua orang tanya pasal anak. I feel…a bit uncomfortablelah,” adu Arianna.
“
Pasal itu ke? Alah, coollah,” balas Fariq dengan nada seperti sedang berlagak
tenang. Dia pula agak berjauh hati dengan Arianna. Dia dapat rasakan Arianna
tidak sudi mempunyai anak dengannya. Mereka kahwin pun bukan atas dasar
sama-sama sayang.
“
Tapi, kan abang…,”
“
Apa lagi yang tak puas hati ni?” marah Fariq perlahan. Arianna terdiam.
“
Nothing. Come, sayang. Kita pergi mandi. Dah lambat ni,” Arianna membuka
tangannya untuk mengambil Zarra.
“
Eh, abang baru jumpa Zarra. Kejap lagi abang bagi mandilah,” Fariq melarikan
Zarra.
“
Hmmm,” Arianna berlalu meninggalkan Fariq dan Zarra. Ini yang nak merajuk ni.
Orang tak habis cakap lagi, dah marah-marah. Arianna naik ke bilik. Namun,
mukanya diceriakan. Takut ada yang perasan dia sedang bergaduh dengan Fariq.
“
Hello, mummy,” Arianna menjawab panggilan mummynya ceria.
“
Sayang buat apa? Macam riuh aje mummy dengar.”
“
Tak buat apa pun. Memang riuh pun, mummy. Tahun ni semua ada kat rumah mak tok
dengan tok wan. Jarang dapat berkumpul macam ni. Itu yang meriah sangat.”
“
Bestnya. Kat sini biasa-biasa aje. Tapi meriah jugak. Anak-anak pak wa semua
balik. Tengok cucu-cucu dia, rindu pulak mummy dengan Zarra.”
“
Alolo. Mummy ni janganlah touching. Nanti Ria pun tertouching jugak. First time
tak beraya dengan mummy and daddy,” Arianna merasa sebak pula. Sudahlah Fariq
tak memujuknya pun.
“
Cucu mummy mana?” tanya Puan Sri Harlina. Air mata sudah bertakung di tubir
matanya.
“
Ada dengan papa dia. Mummy, Ria rindu mummylah. Ria rindu nak makan serunding
ayam kampung mummy,” Arianna sudah teresak kecil. Dia menyapu air mata yang
sudah mengalir di pipi.
“
Mummy pun rindu Ria. Ria balik sini bila?”
“
Raya ketiga kot,” jawab Arianna. Pintu bilik dibuka dari luar. Fariq masuk ke
bilik sambil mendukung Zarra. Dia meletakkan Zarra di atas katil.
“
Yelah.”
“
Mummy, Zarra ada ni,” beritahu Arianna.
“
Kejap, mummy buat video call,” Puan Sri Harlina memutuskan talian. Beberapa
saat kemudian, Arianna menerima video call dari mummynya.
“
Sayang, tok mummy panggil tu,” Zarra menggawangkan tangannya. Dia mengekek.
Gembira Puan Sri Harlina dapat bersua muka dengan cucu kesayangannya. Tan Sri
Kasyfi turut mengambil kesempatan itu bersembang dengan Zarra.
Fariq
yang berasakan dirinya tidak diperlukan di situ, berlalu keluar. Arianna memandang
pintu yang tertutup itu. Perasaan bersalah mula menular kerana tidak
menghiraukan kehadiran suaminya.
Malam
itu, Fariq masuk agak lambat ke dalam bilik. Dia sengaja menyibukkan dirinya
bersembang dengan sepupu-sepupunya.
“
Abang,” panggil Arianna lembut.
“
Hmmm.”
“
Abang marahkan Rianna ke?” Arianna sudah nekad untuk membahasakan namanya
dengan Fariq. Fariq menggeleng. Dia berbaring dengan meletakkan tangan di bawah
kepalanya.
“
Rianna minta maaf tau kalau abang terasa hati dengan sikap Rianna,” Arianna
memeluk Fariq erat.
“
Hmmm.”
“
Abang ni tak romanticlah. Orang minta maaf bukannya nak cakap, ‘ abang
maafkan’,” Arianna bingkas duduk. Fariq memusingkan badannya membelakangkan
Arianna. Arianna menggigit bibirnya.
“
Rianna ada good news untuk abang. Nak dengar tak ni?” Arianna meletakkan
dagunya di lengan Fariq yang berbaring mengiring itu.
“
Abang,”
“
Cakap ajelah apa dia?” marah Fariq. Arianna buat muka tak puas hati. Tapi sekejap
sahaja.
Arianna
mendekatkan bibirnya dengan telinga Fariq. “ I’m pregnant,” bisik Arianna.
“
Hmmm,” Arianna menjatuhkan kepalanya di kepala Fariq. Nasib baiklah Zarra tidur
dalam buaian malam itu. Kalau tak mahunya dia marah apabila papa dan mamanya bergaduh.
Kacau saja Zarra nak tidur.
“
Abang tak suka ke Rianna mengandung? Orang dah mengandungkan anak dia, tak suka
pulak,” Arianna melepaskan keluhan berat. Boleh meroyan dia dapat suami yang
tak ada perasaan macam Fariq ni.
“
Abang!” Terperanjat Fariq dengan jeritan Arianna. Terkocoh-kocoh dia bangun.
“
Apa? Kenapa?” Arianna menjeling suaminya. Tidur rupanya. Buat penat saja dia
bercakap dengan patung hidup ni.
“
Tak ada apalah,” Arianna pula yang merajuk.
“
Sayang,” panggil Fariq. Arianna hanya menghadiahkan jelingan sahaja.
“
Okay, abang maafkan. Dahlah, jangan merajuk. Abang tertidur tadi. Penat sangat
hari ni. Esok kena bangun awal pulak,” pujuk Fariq. Kali ini dia pula yang
membawa Arianna ke dalam pelukannya.
“
Malas cakap dengan abang. Tak ada mood dah,” Arianna cuba merungkaikan pelukan
Fariq. Tapi buang tenaga dia sahaja. Arianna mengalihkan tangan Fariq yang
kejap memeluk perutnya.
“
Kenapa ni, sayang? Selalunya kalau abang tak peluk, awak merajuk. Sekarang, tak
nak pula,” Fariq mencium ubun-ubun isterinya.
“
Abang peluk kuat sangat. Kesian anak Rianna nanti,” balas Arianna bersahaja.
Fariq membulatkan matanya. Dia tak salah dengar, kan?
“
Sayang…”
“
I’m pregnant. About three week,” beritahu Arianna tanpa perasaan. Tadi
elok-elok dia bersemangat untuk memberitahu tentang kehamilannya, suaminya itu
pula tertidur.
“
Seriously? Cepatnya sayang…”
“
Awal puasa hari tu, Rianna baru habis period,” jelas Arianna. Fariq
terangguk-angguk faham.
“
Rezeki kita, kan sayang. Tak sangka kita beraya dengan orang baru,” Tangan
Fariq mengusap perut Arianna lembut.
“
Hmmm,”
“
Macam mana sayang tahu? I means, about your pregnancy?”
“
Malam yang Rianna urut abang tu, Rianna rasa pening sangat. Macam nak pitam.
Masa kita pergi pekan esok tu, Rianna pergi klinik. Time tu abang tengah busy
beli kuih raya. Sampai tak sedar wife abang ni hilang sekejap,” jelas Arianna.
“
Lah, kenapa tak bagitahu awal-awal. Tak adalah sayang kena marah petang tadi,”
Arianna mencebik.
“
Orang baru nak kasi tahu, abang dah marah. Kalau ikutkan hati Rianna ni, Rianna
tak nak bagitahu abang sampai dua bulan lagi ke,” Fariq mengeratkan lagi
pelukannya.
“
Thanks, sayang. Orang lain dah tahu?”
“
Tak. Abang orang first yang tahu. Tapi Rianna perasan mak tok asyik tengok
Rianna semacam aje. Lepas tu bila Rianna dukung Zarra lama-lama, mak tok suruh
mama ambil,” Arianna menjongketkan bahunya. Tangan Arianna bermain dengan
rambut Fariq.
“
Mak tok dah tahulah tu. Mak tok tu bekas bidan tau. Kalau bab-bab mengandung ni
memang mak tok expertlah,” kata Fariq.
“
Eyh? Patutlah. Abang,”
“
Hmmm…”
“
Abang sayang Rianna?” Arianna memeluk tangan Fariq yang memeluknya itu.
“
Tipulah kalau abang cakap tak sayang. Abang tak pernah terfikir…hubungan kita
akan sejauh ni. Cuma…abang nak awak tahu. Walaupun abang selalu keluar dengan
Airis…tapi abang masih tahu adab-adab sebagai seorang suami,” Arianna
mengalihkan badannya menghadap Fariq.
“
Abang tak payah risaulah. Kita yang buat keputusan tak nak Airis tahu hubungan
kita. So…kenalah berkorban sikit,” Arianna bermain-main dengan mata suaminya. Dia
paling suka…apabila suaminya itu serius. Terserlah mata Fariq yang tajam itu.
“
Sayang tak cemburu ke? Selalunya orang kata…kalau tak cemburu tu tandanya tak
sayang,” Arianna mengenyitkan mata kirinya.
“
Cemburu? Hmmm…sikitlah. Abang janji jangan lebih-lebih eh. Even kita
kahwin…without love, Rianna sayang abang tau,” Fariq mencium pipi Arianna.
“
Abang tahu…Risya Arianna memang sayangkan abang. Kalau tak…takkanlah junior
kita ni muncul, kan,” Fariq meletakkan telapak tangannya di perut Arianna.
Arianna mengembungkan pipinya.
Punyalah
dia menolak apabila Fariq ingin bersamanya. Akhirnya dia melayan juga kehendak
suaminya setelah berfikir panjang. Memang sudah rezeki mereka kerana Arianna
disahkan mengandung.
“
Iya…iya. Jomlah tidur. Rianna dah mengantuklah…”
“
Okay…okay,” Arianna tidur berbantalkan dada suaminya malam itu. Entah bila
mereka menjadi begitu rapat. Bagi mereka, Allah sudah memberikan mereka peluang
untuk bersama dan peluang itu perlu dihargai. Sejak itu, Fariq yakin ada hikmah
mengapa Allah mempertemukan dia dengan Arianna. Dan Arianna pasti Fariq adalah
lelaki yang layak berada di hatinya.
note : here goes...your STNK, dear. omy nak siapkan utk raya punya pulak...hehehe..with love from STNK to...STNK lovers!!! :D
bestnyaaaa... nak lagiiiiiiiiii
ReplyDeleteyeye ada baby... hahahaha, suka pulak
your feveret e-novel kan..hihihi
DeleteHaha..best jugak citer niey..tapi I tak puas hati betul asal I jadi mak Tok dlm citer niey..Nama I Sofea ok..and orang selalu panggil I piah..Rasa funny pulak jadi nenek dlm citer niey..
ReplyDeletehehe. terima kasih. :D. okeylah tu. nanti nak jadi nenek jugak kan. boleh bayangkan dah nanti jadi macam mana. haha. *lawaklah
Delete