“ Awalnya
mama bangun,” tegur Arianna. Datin Katrina sedang mengacau air milo di dalam
jug.
“ Kenalah bangun awal, Rianna. Buat sarapan. Mak Biah cuti
seminggu,” balas Datin Katrina.
“ Owh, meh sini Rianna tolong. Nak buat apa lagi ni, mama?”
Arianna memandang ibu mertuanya.
“ Rianna tolong letakkan cawan-cawan kat rak tu atas dulang. Lepas
tu bawa ke meja makan,” suruh Datin Katrina. Arianna menurut.
“ Morning. Tasya tak turun lagi?” Fariq menegur Arianna.
“ Morning. Entah. Tak nampak pun,” jawab Arianna. Dia kembali ke
dapur. Fariq berlari naik ke atas. Cari Natasya barangkali.
“ Fariq dah turun?” soal Datin Katrina.
“ Dah, ma. Tapi naik balik kot. Dia cari Tasya tadi,” jawab
Arianna.
“ Ibu Tasya suruh baliklah tu,” kata Datin Katrina.
“ Tasya tak tinggal kat sini ke, mama?” soal Arianna.
“ Sebab tinggal kat sinilah, ibu dia panggil balik. Dah lama Tasya
tak balik rumah ibu dia. Merajuk sebab kena paksa kahwin dengan Fariq,” jelas
Datin Katrina teragak-agak.
“ Tasya memang macam tu, ma. Kuat merajuk,” Datin Katrina
memandang Arianna dengan pandangan yang terkejut.
“ Rianna kenal Tasya?” soal Datin Katrina.
“ Bestfriend Rianna masa kat kolej dulu,” jawab Arianna. Datin
Katrina tersentak kecil.
“ Patutlah. Mesti tak sangka kan bestfriend sendiri…jadi madu,”
kata Datin Katrina sambil tersenyum. Mereka beriringan ke ruang makan.
“ Memang tak sangka pun, ma,” balas Arianna sambil tersenyum.
Fariq dan Natasya turun beriringan ke ruang makan. Mereka saling
bergelak ketawa. Entah apa yang dibualkan pun tak tahu. Arianna duduk disebelah
Datin Katrina. Datuk Rasyid pula sibuk membelek surat khabar.
“ Tasya sihat hari ni?” tanya Datin Katrina prihatin.
“ Sihat, ma. Cuma pagi tadi ajelah. Muntah-muntah sikit,” jawab
Natasya jujur.
“ Baru lagi kandungan kamu tu. Ibu tak bising dah ke?” Datin
Katrina menyuakan cawan kepada Fariq.
“ Ibu busy dengan persatuan dia tu. Sekejap aje kalau dia nak
bising pun,” Natasya mencedok mee goreng ke pinggan Fariq.
Arianna sedang menganalisis keadaan yang sebenar. Sejak dia tahu
Natasya adalah madunya, dia berasa sangsi. Ada sesuatu yang dirasakan tidak
kena. Mustahil Natasya menjadi mangsa rogol. Sahabatnya itu tak mungkin
membiarkan dirinya dirogol.
Lagi satu, dia masih ingat kata-kata suaminya semalam. ‘Hmmm,
nasib saya tak kahwin lain. Kalau tak, bermadulah awak’. Ini yang buat dia musykil.
“ Alah, petang nanti sampailah tu. Mana boleh tinggal anak
kesayangan dia ni,” kata Datuk Rasyid sambil melipat surat khabar.
“ Itulah. Kenal sangat dengan angah tu. Kalau bab anak-anak ni
mana boleh main-main,” setuju Datin Katrina.
Tiba-tiba Arianna tersedak. Semua mata memandangnya. Serentak itu
telefon bimbit Arianna berbunyi.
“ Maaf,” Arianna bangun. Dia menjawab panggilan jauh sedikit dari
mereka.
“ Fariq dah bagitahu dengan Arianna? Papa tak mahu dia lari lagi.
Tak elok tipu dia lama-lama,” kata Datuk Rasyid.
“ Biarlah, pa. Dia yang lari dulu kenapa. Kalau dia lari sebelum
kami kahwin mungkin Riq boleh maafkan. Tapi, dia lari lepas kita orang akad
nikah,” balas Fariq. Dia sebenarnya berpura-pura baik dengan Arianna.
Fariq juga tidak berkahwin pun dengan Natasya. Sejak Natasya tahu
nama penuh Arianna, dia tahu itu adalah kawan baiknya dulu. Kebetulan Fariq
meminta pertolongan Natasya untuk mengenakan Arianna. Dia turut memberitahu
rancangan itu kepada Datuk Rasyid dan Datin Katrina.
“ Tak baik tau berdendam lama-lama. Maybe dia ada sebab kenapa dia
lari. Cuba Riq tanya dulu apa yang terjadi,” pujuk Datin Katrina pula. Dia
tidak sanggup untuk menipu Arianna.
“ Entah abang ni. Tak nak Tasya jadi wife palsu abang lama-lama.
Kesian suami Tasya tau,” kata Natasya.
“ Okay-okay. Nanti Riq cuba tanya Arianna,” Fariq mengalah.
“ Awak, saya nak balik rumah saya boleh?” soal Arianna. Petang itu
dia menemani Fariq mencuci keretanya.
“ Buat apa nak balik? Nak lari lagi?” soal Fariq kembali.
Tangannya mencapai batang paip dan memancutkan air ke keretanya yang dipenuhi
buih-buih sabun.
“ Nak lari buat apa? Saya tak biasa duduk rumah orang. Lagipun
sekarang ni saya tengah mengurut dengan seorang mak cik ni. Tak eloklah kalau
dia datang rumah saya tak ada,” jelas Arianna.
“ Mengurut?” Fariq memandang Arianna sekilas.
“ Awak dah lupa ke? Kaki saya kan cedera teruk dulu. So, kenalah
urut. Kalau tak, sekarang pun tak boleh berjalan lagi,” terang Arianna. Dia
mula tak senang dengan sikap Fariq yang tiba-tiba dingin itu.
“ Balik esok ajelah. Tak larat nak hantar hari ni,” balas Fariq
senada.
“ Awak masih fikir saya lari lepas kita kahwin?” soal Arianna.
Sebenarnya dia terdengar perbualan di meja makan pagi tadi ketika dia berlalu
menjawab panggilan.
“ If you don’t mind, you can tell me. Kenapa lari?” Fariq duduk di
kerusi batu di halaman rumah banglo milik Datuk Rasyid itu. Berhadapan dengan
Arianna.
“ Ingat saya jahat macam awak ke nak lari bagai. Tak terlintas pun
nak lari. Kalau saya nak lari baik saya lari sebelum kita kahwin lagi. Tak
adalah nanti jadi janda berhias,” tukas Arianna.
“ Kalau bukan lari kenapa tukar hospital lain?” soal Fariq.
Matanya memandang si isteri dengan pandangan yang tajam. Arianna tersenyum
sedikit.
“ Entah. Bila saya sedar dah ada kat hospital lain. Mana nak
tahu,” jawab Arianna jujur.
“ Mama risau sangat bila tiba-tiba awak hilang. Macam-macam dia
fikir. Mama and papa salahkan diri mereka sebab tak minta number phone and
alamat family awak. Kalau tak mesti kita dah jumpa awal lagi,” ujar Fariq.
“ Ye ke? Hmmm, sorry. Saya pun tak tahu macam mana nak cari awak,”
Arianna mengeluh perlahan.
“ Apa-apalah. Tapi jangan harap sekarang awak nak lari lagi,”
Fariq merampas telefon bimbit Arianna dan mendail nombor telefonnya. Arianna
memandang Fariq geram. Suka hati saja ambil telefon orang, getus Arianna.
“ And one more thing. Ada something ke yang awak nak bagitahu
saya. Manalah tahu ada buat salah ke,” Arianna merenung Fariq.
“ Bagitahu apa pulak ni? Terus terang ajelah. Mana ada benda saya
nak bagitahu awak,” balas Fariq selamba. Bagai tiada benda yang dirahsiakan
dari Arianna.
“ Are you sure, encik suami?” Arianna merampas kembali telefon
bimbitnya dari tangan Fariq.
“ What?” Fariq berdiri. Dia ingin melangkah dari situ. Takut
Arianna sedar akan pembohongannya.
“ Ish, nak pergi mana. Duduklah sini,” Arianna menarik lengan
Fariq.
“ Panas. Nak naik mandi,” balas Fariq dengan muka tak bersalah.
“ Tak kira. Duduk sini jugak. Atau saya lari betul-betul. Dan
saya, Nur Risya Arianna berjanji akan lari jauh-jauh. Padan muka awak,” kata
Arianna tegas. Fariq mengalah. Dia duduk kembali di kerusi batu itu.
“ Hmmm, cakap cepat. Saya bagi awak lima minit,” Fariq
menyandarkan tubuhnya di dinding kerusi batu itu.
“ Tiga minit pun cukup. Eh, tak. Lima saat,” balas Arianna. Fariq
mengerutkan dahinya.
“ Cakap ajelah,” tegas Fariq.
“ Tak baik menipu. Pandai-pandai je cakap Tasya tu wife awak kan?
Macamlah saya tak tahu awak sengaja nak kenakan saya. Eee, awak ni jahat
sangat,” Arianna mendekati Fariq. Dia mengepit kepala Fariq dengan tangan
kanannya.
“ Ya Allah. Mama, tolong Riq,” jerit Fariq.
“ Manjalah awak ni. Geram tau saya dengan awak ni. Kalau boleh
makan, dah lama saya kunyah-kunyah,” Arianna melepaskan geramnya terhadap
Fariq. Semakin ketat dia mengepit kepala Fariq.
“ Saya tak buat apa punlah. Lepaslah. Lemas tahu tak,” marah
Fariq. Namun, Arianna hanya memekakkan telinganya. Nanti dia minta ampunlah.
“ Tak buat apa awak cakap? Yang awak menipu saya tu apa. Ada hati
nak kenakan orang. Eee, kecik besar kecik besar je saya tengok awak ni tau.
Nasib baik awak tu husband saya. Kalau tak dah lama saya debik-debik,” bebel
Arianna. Dia melepaskan kepala Fariq. Fariq menarik nafasnya dan dihembus kuat.
“ Tipu apa pulak ni?” Fariq masih tak mahu mengaku.
Arianna menampar kuat bahu Fariq. “ Fikir sendiri. And, sayang
juga ya awak dekat saya? Terima kasihlah sebab tak madukan saya,” bisik Arianna
perlahan. Dia berjalan selamba naik ke bilik. Fariq terkedu. Dia tahu?
Sejak hari itu, sudah seminggu Fariq dan Arianna tidak berjumpa.
Sengaja Arianna melarikan dirinya dari berjumpa dengan Fariq. Ingin mengajar
suaminya itu. Siapa suruh menipu Arianna.
Sememangnya Arianna pelik. Kalau Fariq sudah berkahwin dengan
Natasya, pasti staf-stafnya juga tahu. Tapi ketika di majlis makan malam itu,
mereka langsung tidak menyebut tentang Natasya. Menambahkan lagi telahan
Arianna apabila terdengar perbualan Fariq, Natasya, Datuk Rasyid dan juga Datin
Katrina ketika mereka bersarapan hari pertama dia berada di rumah keluarga
Fariq.
“ Mummy, Ria nak keluar sekejap,” kata Arianna. Dia sudah siap
mengenakan baby T pink dengan cardigan hitam dan seluar jeans berwarna krim.
Dia turut melilit selindang bercorak abstrak. Simple sahaja. Tergantung kamera
dslr di lehernya dan juga beg sandang.
“ Ria nak pergi mana ni?” soal Puan Sri Harlina.
“ Nak pergi ambil angin. Dah lama tak guna my baby nilah,” Arianna
mengangkat sedikit kameranya di leher.
“ Yelah. Tapi, jangan balik lambat sangat,” pesan Puan Sri
Harlina.
“ Baik, mem,” balas Arianna. Dia menyalami Puan Sri Harlina. Dia
mencapai kunci Myvi putihnya.
‘ Kereta siapa ni?’ desis Arianna. Dia memberhentikan keretanya di
tepi jalan berhadapan dengan BMW 7 series berwarna putih.
‘ Fariq?’ Arianna terkejut dengan kehadiran Fariq di sisi kereta
mewah itu. Lambat-lambat dia keluar dari perut keretanya.
“ Buat apa kat sini?” tanya Fariq tegas apabila ternampak Arianna
mendekatinya. Fariq masih dibaluti pakaian pejabatnya. Baju kemeja berwarna
biru tua disinting hingga ke lengan dan slack hitam. Tali leher sudah di buka.
“ Saja datang sini. Nak cari something,” jawab Arianna. Tangannya
memetik dslrnya. Beberapa keping gambar diambil.
“ Cari apa?” soal Fariq lagi. Dia bersandar di sisi BMWnya.
“ Kenangan. Awak pulak buat apa kat sini?” soal Arianna pula.
Fariq berdehem.
“ Cari kenangan,” Arianna mengerutkan dahinya.
“ Ehem, kenangan dengan arwah bakal isteri awak ke?” Fariq
mendengus.
“ Ikut suka sayalah,” Arianna mengangkat bahunya. Mereka diam
seketika. Arianna berdiri kaku. Ada air mata ditubir matanya.
Kawasan itu memberikan impak kepada Fariq dan juga Arianna kerana
disitulah Arianna dan arwah Airis kemalangan. Arianna menyapu sedikit matanya.
Masih terbayang di layar matanya malam tragedi itu. Betapa cemasnya dia apabila
terhidu petrol di atas jalan.
Apa yang Arianna tahu, dia harus cepat keluar dari keretanya.
Ketika itulah dia ternampak seorang gadis yang sedang mengerang kesakitan.
Tanpa menghiraukan kesakitannya ketika itu, dia cuba mendekati gadis itu. Nasib
baik Murad turut membantunya menarik gadis itu jauh dari keretanya.
Fariq pula cuba membayangkan keadaan ketika kemalangan itu
berlaku. Tak tercapai dek akalnya apabila memikirkan kemalangan itu meragut
nyawa insan yang sangat disayanginya.
Sedang ralit melayan perasaan masing-masing, telefon bimbit
Arianna berbunyi. “ Hello,” sapa Arianna.
“ Waalaikumsalam,” mungkin pemanggil memberi salam.
“ Kejap lagi Ria balik. Ria ada kat taman,” bohong Arianna.
“ Okay. Daddy jangan risaulah. Ria kan dah janji tak pergi tempat
tu...”
“ Yelah. Bye,” Arianna mengakhiri perbualannya dengan Tan Sri
Kasyfi.
Arianna melepaskan keluhan. Sesaat kemudian Fariq pula yang mengeluh.
“ Kenapa tipu daddy?” soal Fariq.
“ Tipu untuk kebaikkan. Kalau daddy tahu saya datang sini, dia tak
bagi saya keluar rumah dah. Tahu tak,” jawab Arianna.
“ Dahlah keluar tak minta izin saya,” Fariq menjeling isterinya.
Arianna menjongketkan bahunya.
“ Awak tahu tak? Kat sinilah. Kat tempat yang sama. Abang Eiki
tinggalkan saya. Tinggalkan kak Aisyah. Tinggalkan mummy and daddy. Dan tinggalkan Zarra juga,” beritahu Arianna sayu.
Fariq tersentak.
“ Kereta dia terbakar. Mayat arwah abang Eiki hampir rentung.
Hanya sebab tamakkan kuasa, kawan baik sendiri sanggup membunuh,” luah Arianna
lagi.
“ Kuasa? Kawan baik?” Fariq keliru seketika.
“ A’ah. Kawan baik arwah sendiri dengki sebab arwah dinaikkan pangkat.
Entah kenapa dia nekad nak bunuh arwah. Dan awak tahu? Dia juga sanggup fitnah
saya. Dia tipu semua orang yang saya cuba goda dia. Ada ke patut dia ajak saya
kahwin dengan dia. Ish, tak naklah,” jelas Arianna geram. Sempat lagi dia
mengadu domba kepada suaminya.
“ Kenapa tak kahwin aje. Tak adalah awak kena kahwin dengan saya,
kan,” balas Fariq dengan reaksi bersahaja.
“ Aaaa… Tak rela saya nak kahwin dengan penjahat tu. Kesian Zarra
tau sebab dia lahir tanpa ayah. Hanya menumpang kasih abang Daniel. Ibu dia
pulak langsung tak jenguk anak sendiri sebab terlalu percayakan lelaki tak guna
tu,” Arianna melempiaskan amarahnya.
“ Takkan langsung tak jenguk?” soal Fariq.
Arianna menggeleng. “ Tak pernah. Setitis susu ibu pun Zarra tak
pernah rasa. Saya pun tak faham kenapa seorang ibu sanggup tinggalkan anak
sendiri. Kenapa dia lahirkan Zarra kalau dia sendiri tak nak jaga,” balas
Arianna.
“ Mungkin dia ada sebab tertentu. Mustahil seorang ibu tak
sayangkan anak dia. Awak tak tanya kakak ipar awak?” Arianna mengangguk.
“ Kak Aisyah cakap dia tak mahu zuriat dengan arwah abang Eiki.
Dia lebih rela tak ada anak,” jelas Arianna sayu.
“ Siapa lelaki tak guna
tu?” soal Fariq ingin tahu.
Arianna tersenyum sinis. “ Lelaki yang sama yang hantar saya ke
hospital lain. Dia nak jauhkan saya dari awak. Shauqi Khalil,” beritahu
Arianna.
“ Shauqi Khalil? Anak Tan Sri Ahmad? Mega Holding?” Arianna
mengangguk laju.
“ Dia tak suka sebab saya berkahwin dengan awak,” kata Arianna.
“ Sebab?” tanya Fariq.
“ Dia ingat saya nak kikis harta awak. Memang dasar lelaki buta,”
jawab Arianna dengan perasaan marah.
“ Dia tak tahu awak anak Tan Sri Kasyfi? Usahawan yang ketiga
terkaya kat Malaysia ni. Lebih kaya dari Tan Sri Ahmad,” Fariq memandang
Arianna yang sedang menunduk itu.
“ Entahlah. Tan Sri Kasyfi kaya ke?” Arianna membalas pandangan
Fariq. Dia tersenyum sedikit.
“ Gila tak kaya lagi. Boleh dikatakan seluruh negara tahu
kewujudan Areiki Holdings. Company yang selalu dapat projek besar dari oversea,”
ujar Fariq.
“ Disebabkan Areiki Holdingslah, saya berdiri kat sini. Tak sempurna
Areiki Holdings tanpa insan bernama Zecky Asyraf,” kata Arianna.
“ Kenapa?” tanya Fariq.
“ Areiki. Stand for Arianna and Zecky. Ar dari nama saya dan Eiki
dari nama Zecky. Pewaris Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina. Dan sekarang saya
pewaris tunggal Areiki Holdings,” jawab Arianna perlahan.
“ Sepatutnya awak suka sebab awak mewarisi harta kekayaan Tan Sri
Kasyfi,” kata Fariq senada.
Arianna menampar bahu Fariq kuat. “ Auch. Apesal yang ganas sangat
ni? Kesian suami awak yang handsome ni,” Arianna mencebik.
“ Penat aje saya bercerita kat awak tahu tak. Dahlah, saya nak
balik,” marah Arianna.
“ Lah, marahlah pulak. Betul apa yang saya cakap,” balas Fariq.
Belum sempat Arianna ingin membalas, sebuah motorsikal menghampiri
mereka. Automatic tangan Arianna memaut lengan Fariq. Takut juga kalau-kalau
orang jahat. Pembonceng motorsikal itu berhentikan motornya di sebelah BMW
Fariq.
No comments:
Post a Comment