“ Riq!” jerit Puan Sri Katrina kuat. Fariq yang sedang menyediakan
susu untuk Zarra terkocoh-kocoh ke ruang tamu dek terdengar suara nyaring
mamanya.
“ Ada apa, ma? Sampai hujung kampung boleh dengar suara mama,” kata
Fariq sambil melepaskan lelahnya. Dia melabuhkan punggungnya di sofa.
“ Cuba Riq tengok berita kat TV tu. Itu kan Airis?” Mata Fariq
terpaku pada kaca televisyen. Dia menenyeh matanya berulang kali.
“ Berita tergempar!!! Kami mendapat maklumat dari wartawan kami
bahawa seorang gadis yang disangka telah meninggal dunia sebenarnya masih hidup
dan telah disahkan oleh pihak polis. Setelah membuat penyiasatan lanjut
terhadap gadis itu, pihak polis akhirnya telah memanggil kedua orang gadis
tersebut untuk sesi pengecaman,” Tenang sekali pembaca berita itu menyampaikan
berita yang agak mengejutkan itu.
Dan…gadis itu adalah Airis Qalisya yang disangka sudah meninggal
dunia akibat kemalangan beberapa bulan yang lepas. Encik Halim dan Puan Sarimah
sendiri sudah meredhakan pemergian anak perempuan mereka. Namun, Allah Maha
Besar…rupa-rupanya anak mereka masih hidup.
“ Subhanallah,” ucap Tan Sri Rasyid dan Puan Sri Katrina serentak.
Fariq terdiam. Dia cuba mencerna berita yang baru diterimanya.
Hari yang ditakuti oleh Arianna muncul juga. Baru dua hari lepas
dia bertekak dengan Fariq soal ini. Airis muncul di hari kedua umat Islam
berpuasa. Hatinya semakin tidak tenteram. Dia dan Fariq juga masih belum
bertegur sapa. Fariq pula semakin menjauhkan Zarra dari Arianna.
“ Bila Airis balik sini, bang?” tanya Datin Katrina. Tan Sri
Rasyid baru sahaja dihubungi oleh Encik Halim dan memberitahu akan kepulangan
mereka ke kampung.
“ Hari ni jugak. Tadi Halim call abang. Dia cakap Airis nak sangat
balik jumpa Tok Majid. Dia pun tak sabar nak jumpa Fariq bila Halim bagitahu
kita ada kat kampung,” Fariq tersentak.
“ Apa Riq nak cakap dengan dia, papa, mama?” Fariq menepuk
belakang Zarra perlahan.
“ Buat macam biasa aje. Jangan risau. Tapi buat sementara ni Riq
jangan bagitahu Airis dulu pasal Arianna,” Datin Katrina tidak mahu masalah
timbul apabila Airis mengetahui lelaki kesayangannya telah berkahwin dengan
perempuan lain. Arianna yang mendengar perbualan mereka di sebalik pintu bilik
tersentak. Jarak bilik dari ruang tamu pula sememangnya tidak jauh.
“ Papa pun rasa macam tu jugak. Nanti Airis marahkan Fariq pula,”
setuju Datuk Rasyid.
“ Apa kata malam ni kita berbuka dekat rumah Tok Majid. Tak pun
ajak dia orang berbuka dekat sini aje,” cadang Datin Katrina.
“ Mana-mana pun abang tak kisah. Tapi kena maklumkan dekat Tok
Majid dululah,” Datin Katrina mengangguk. Fariq pula diam memikirkan sesuatu.
Arianna duduk di atas katil. Dia berteleku di situ. Dia memandang
kosong ke arah telefon bimbitnya. Pada siapa dia ingin mengadu nasib. Semua
orang seakan memulaukannya. Zarra pula sudah tidak merengek mahukannya.
Akhirnya air mata yang menemaninya.
Petang itu, Arianna hanya sendiri di rumah. Yang lain sudah ke
rumah Tok Majid. Mereka langsung tidak mengajak Arianna untuk turut serta. Arianna
hanya melihat ketibaan keluarga Airis dari jauh. Juadah untuk berbuka juga dia
tidak sediakan. Dia hanya berbuka dengan kurma dan air milo panas sahaja. Tidak
berselera.
Sudahnya dia menghabiskan masa di tikar sembahyang. Dia hanya
mampu mengadu kepada Allah sahaja. Tanpa sedar, Arianna terlena sehingga tidak
sedar pagi sudah menjelang. Terpisat-pisat dia bangun. Tidak sahur dia pagi
itu. Keluar sahaja dari bilik, dia tersentap. Tiada seorang pun di rumah itu.
“ Hello,” Arianna menjawab lemah.
“ Assalamualaikum,” Puan Sri Harlina memberi salam.
“ Waalaikumsalam,” jawab Arianna lemah. Sesungguhnya dia tidak
larat. Tengah hari itu dia merasakan badannya lemah sangat.
“ Ria okey?” tanya Puan Sri Harlina.
“ Okey je,” bohong Arianna.
“ No. Maksud mummy, Airis dah balik, kan. Ria okey ke?” Arianna
mengeluh. Fariq dan Arianna sudah menjelaskan hal yang sebenar kepada Tan Sri
Kasyfi dan Puan Sri Harlina akan sebab mereka berkahwin. Nasib baik ibu bapa
Arianna tidak marah.
“ Okey aje, mummy,” jawab Arianna pendek.
“ Kenapa ni, sayang? Ria tak okey, kan. Jangan tipu mummy. Mummy
tahu Ria mesti sedih,” Puan Sri Harlina cuba memberi sokongan kepada anak perempuannya.
“ Buat apa Ria nak sedih? Ria tak diperlukan pun. Apa yang Ria
buat, Ria rasa dah tak penting,” tutur Arianna sayu.
“ Apa yang Ria cakap ni? Takkan masih berjauh hati pasal hari tu
lagi. Cuba matang sikit Ria. Kalau Ria betul-betul sayangkan suami Ria, cuba
rebut hati dia. Bukannya sakitkan lagi hati dia,” marah Puan Sri Harlina.
“ Tak apalah, mummy. Maybe bukan jodoh Ria dengan Fariq. Mummy,
Ria nak solat zohor ni. Nanti kita berbual lagi, eh,” balas Arianna. Dia terus
matikan talian sebelum sempat Puan Sri Harlina membalas.
Usai solat zohor, Arianna terdengar suara riuh di dapur. Dia juga
terdengar suara Zarra ketawa sakan. Dia melipat telekung dan disangkut di
kerusi sebelum berbaring di katil. Perutnya memulas. Mungkin gastriknya sudah
datang. Kepalanya juga panas.
Arianna membuka matanya perlahan. Dia terasa asing seketika. Di
mana ni? Peningnya kepala aku, desis Arianna. Dia cuba untuk bangkit namun
perutnya terasa sangat sakit.
“ Dah sedar?” Fariq menghampiri Arianna. Risau juga Fariq apabila
terlihat Arianna tak sedarkan diri ketika masuk bilik untuk mengambil
pakaiannya. Dia berasa semakin bersalah apabila doctor memberitahu Arianna
kekurangan air dalam badan. Dia juga tidak makan dua hari berturut-turut.
“ Kenapa saya kat sini?” soal Arianna lemah.
“ Tanya diri sendiri kenapa ada kat sini,” Fariq bersuara dingin.
“ Dia dah sedar ke?” Arianna memandang wajah perempuan di sebelah
Fariq yang sedang mendukung Zarra.
“ Baru sedar,” jawab Fariq pendek.
“ Oh. Hai, saya Airis. Awak ni sepupu Fariq, kan?” Airis
menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam. Arianna menyambut salam Airis
tanpa senyuman di bibir.
Arianna cuba bangkit sendiri. “ Nak pergi mana?” soal Fariq keras.
“ Abang ni. Tanyalah baik-baik. Terkejut Zarra,” kata Airis.
Arianna beristighfar di dalam hati. Dia sedih apabila melihat Zarra di dalam
dukungan Airis.
“ Orang macam ni mana boleh cakap elok-elok. Dah elok hidup, nak
mati pulak.”
“ Abang!” jerit Airis. Zarra merengek kecil.
“ Meh sini abang dukung,” Fariq cuba mengambil Zarra. Namun Airis
menepis.
“ Tak apa, biar Sya dukung,” Fariq menurunkan tangannya kembali.
Arianna menangis di dalam hati. Dia cuba menyabarkan dirinya.
Mungkin salahnya juga kerana membiarkan Zarra. Namun, hatinya meronta ingin
mengambil Zarra kembali. Kalau boleh dia ingin lari dari mereka semua. Dia
tidak mahu lagi mempunyai kaitan dengan keluarga Fariq.
Arianna mencabut wayar di tangan kirinya. “ Hey, awak buat apa
ni?” jerkah Fariq. Dia terkejut dengan tindakan Arianna. Tanpa menghiraukan
Fariq dan Airis, dia turun dari katil.
“ Awak nak pergi mana ni?” tanya Airis dengan nada kerisauan.
“ No. Need. To. Know,” Arianna bersuara tegas. Tiru ayat dalam
cerita Detective Conan kononnya. Dia berjalan keluar dari bilik dengan tenaga
yang masih bersisa.
“ Abang, tahan Arianna cepat. Entah dia nak pergi mana tu,” suruh
Airis. Fariq berlari mendapatkan Arianna.
“ Awak nak pergi mana? Duduk diam-diam aje kat sini tak boleh ke?
Dah kuat sangat nak lari?” herdik Fariq.
“ Tak payah ambil tahu. Saya nak pergi mana pun, ikut suka saya,”
balas Arianna perlahan. Dia terus berjalan.
“ Hey, kau tu tanggungjawab aku. Nanti tak pasal-pasal daddy
dengan mummy kau marahkan aku. Kau memang sengaja, kan,” Kemarahan Fariq
semakin meluap. Dalam tidak sedar, dia sudah bercakap kasar dengan isterinya.
“ Dia orang takkan salahkan awak,” tukas Arianna. Dia berhenti di
hadapan pintu masuk hospital.
“ Kau jangan buat hal kat sini. Kalau Airis tahu hubungan kita,
hancur semuanya kau tahu tak,” Arianna berpaling memandang Fariq.
“ She’s back. Just like what I said before. Better you…just let me
go. Buat apa simpan perempuan yang suka buat hal ni lagi. Dah tak payah nak
perah otak macam mana nak kelentong bakal isteri awak tu kalau kita berpisah,”
Fariq terkedu. Dia langsung tidak berniat untuk menceraikan Arianna.
“ Semua orang salahkan saya hanya sebab saya merajuk. Disebabkan
hal kecil macam tu, saya dipinggirkan. Mummy pun langsung tak bela anak
perempuan dia ni. Zarra dah tak mahu pandang wajah saya langsung. Bagi awak,
mungkin saya tak patut terasa dengan sikap Zarra. Tapi, saya jaga dia dah
setahun lebih. Itu hal yang berat untuk saya terima,” luah Arianna. Teresak dia
di situ. Fariq kaget.
“ Saya rasa lebih baik saya balik KL dulu. Nanti awak bawalah
Zarra balik,” Arianna berlalu meninggalkan Fariq.
Entah ke mana dia ingin tuju. Duit pun dia tidak ada. Akhirnya dia
berjalan tanpa arah tujuan. Dia hanya mengikut ke mana kakinya melangkah.
“ Mana Arianna?” soal Airis sambil mengusap kepala Zarra lembut.
“ Entah,” jawab Fariq sambil lewa.
“ Abang, tak baiklah buat sepupu abang macam tu. Dia keluar pun
sehelai sepinggang. Kalau ada orang yang kacau dia macam mana,” Fariq memandang
Airis sebelum melepaskan keluhan kecil. Dia bukan sepupu abang, Sya…tapi…isteri
abang, desis Fariq.
“ Sya takkan faham,” Airis mengerutkan dahinya. Dia masuk kembali
ke dalam hospital itu. Dia harus menjelaskan bil hospital dan mengambil ubat
Arianna. Airis mengekori Fariq.
“ Sya rasa macam pernah tengok Arianna sebelum ni. Tapi Sya tak
ingat kat mana.”
“ Mungkin terserempak aje kot. Dia baru aje balik Malaysia,” tipu
Fariq. Memanglah pernah jumpa. Dah Arianna yang tolong Airis semasa kemalangan
itu.
“ Erm, yelah kot. Dah abang tak nak cari Arianna, kita balik
ajelah. Kesian Zarra. Mengantuk dah ni”
“ Jomlah.”
Airis menawarkan diri untuk menjaga Zarra buat sementara waktu.
Dia sudah mula suka dengan anak kecil itu. Fariq memberitahu Airis bahawa Zarra
adalah anak angkatnya. Jadi, Airis dengan senang hati ingin membantu lelaki itu
menjaga Zarra. Airis masih lagi merahsiakan kejadian sebenar di mana dia berada
sepanjang beberapa bulan ini.
Datuk Rasyid mengarahkan Fariq untuk mencari Arianna. Walaupun
Fariq marah dengan sikap Arianna yang dirasakan kebudak-budakkan itu, dia sedar
akan tanggungjawabnya terhadap Arianna.
Fariq memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia ternampak
Arianna yang sedang bersendirian di perhentian bas berdekatan dengan hospital.
Kemudian dihampirinya Arianna yang sedang menunduk ke bawah.
“ Jom, balik. Papa dengan mama dah risau kat rumah,” Fariq berdiri
di hadapan Arianna.
Tanpa segan silu Arianna bangkit dari duduknya dan merangkul tubuh
Fariq. Dia berasa sangat takut bersendirian begitu. Teresak dia di dada bidang
Fariq. Fariq tersentak dek kerana pelukan selamba isterinya.
“ Sssshhh, dahlah. Kita balik. Awak tu tak sihat lagi,” pujuk
Fariq. Dia mengusap kepala Arianna lembut.
“ Awak…Okey, abang minta maaf. Abang janji tak buat lagi. Abang
cuma nak awak rasional sikit. Zarra masih perlukan mama dia,” Fariq mengeratkan
pelukannya.
“ Tapi…nanti dia akan ada mama baru kan,” rintih Arianna.
“ Hey, siapa cakap? Tak ada siapa yang nak pisahkan Zarra dengan
awak,” Arianna melepaskan pautannya di pinggang Fariq. Dia menyapu air mata di
pipinya.
“ Airis dah balik,” sendu Arianna. Dia menunduk. Tidak berani
memandang Fariq.
“ Zarra tu anak awak. Cuma awak aje yang berhak jaga dia. Abang
ada kejutan untuk awak. Jom, balik,” Fariq menarik tangan Arianna lembut.
Arianna hanya membontoti suaminya.
Datin Katrina mundar mandir di beranda. Dia risaukan menantunya.
Dia rasa sangat bersalah kerana tidak bertegur sapa dengan Arianna. Dia terlalu
marahkan Arianna kerana membiarkan Zarra menangis. Tanpa dipujuk anak kecil
itu.
“ Yang awak dok ke hulu ke hilir dah kenapa?” Pening kepala Datuk
Rasyid dibuantnya.
“ Rina risaulah, bang. Buatnya Riq tak jumpa Arianna macam mana?
Apa kita nak jawab pada Lina dan Kasyfi?” Datuk Rasyid menghampiri isterinya.
“ Insya Allah. Fariq mesti jumpa punya. Selalunya instinct seorang
suami ni betul. Even, kita tengok dia macam tak endahkan Arianna. Abang tahu
dia sayangkan Arianna,” balas Datuk Rasyid.
“ Tapi sekarang ni berbeza, bang. Airis yang kita sangka dah
meninggal, dah kembali. Abang tahu, kan? Fariq memang sayang dan cintakan
Airis. Hati dia bukan senang nak berubah,” kata Datin Katrina.
“ Abang pun lelaki, Rina. Abang tahu Riq ada simpan perasaan pada
Arianna. Siapa yang tak sayangkan isteri. Walau terpaksa macam mana sekalipun
perkahwinan tu, suami takkan biarkan isteri dia macam tu saja. Lagipun, anak
awak tu yang nak sangat kahwin dengan Arianna dulu,” ujar Datuk Rasyid.
“ Entahlah, abang. Nanti kalau Arianna balik tengok Zarra tak ada
kat sini, makin merajuk dia dengan kita. Sepanjang dia jadi menantu kita, ini
kali pertama dia merajuk sampai macam ni sekali,” Datin Katrina duduk di kerusi
rotan. Penat pula kerana asyik mundar mandir tadi.
“ Tu, hah. Dah balik pun anak awak,” Datuk Rasyid menunjuk ke arah
kereta Fariq yang baru memasuki perkarangan rumah.
Fariq membukakan pintu untuk Arianna. Dia memimpin isterinya naik
ke rumah. Datin Katrina memeluk Arianna sebaik mereka tiba di beranda. Arianna
hanya diam. Kepalanya terasa sangat pening. Perutnya juga sudah minta diisi.
“ Dahlah tu, mamanya. Menantu awak dah balik tu. Riq, bawa Arianna
masuk. Mesti dah penat,” Datin Katrina melepaskan pelukannya.
Fariq membaringkan Arianna di atas katil. Bibir Arianna yang
kering itu menimbulkan perasaan
bersalahnya terhadap isterinya itu.
“ Awak rehat sekejap. Abang ambilkan bubur,” Fariq berlalu ke
dapur. Arianna memandang di sekeliling bilik. Dia mencapai bantal Zarra.
Diciumnya bantal kecil itu. Rindunya pada Zarra sudah tak tertahan.
“ Nak pergi mana tu?” tanya Fariq apabila terlihat Arianna cuba
turun dari katil.
“ Saya nak Zarra,” jawab Arianna lemah. Fariq meletakkan dulang di
atas meja di sisi katil.
“ Awak makan dulu. Nanti abang bawa Zarra masuk bilik ya,” Fariq
menyandarkan Arianna di kepala katil. Dia kemudiannya mengambil mangkuk berisi
bubur nasi.
“ Makan sikit,” Fariq mendekatkan sudu ke bibir Arianna. Licin
bubur dimakan Arianna. Fariq senang kerana Arianna menghabiskan makanannya.
Dihulurkan gelas berisi susu kepada Arianna.
“ Saya tak minum susu,” Arianna menolak gelas yang disua Fariq.
“ Mulai sekarang awak kena minum. Badan awak lemah lagi. Cuba
minum sikit,” Arianna menggeleng.
“ Please, sikit aje. Sedap tau. Abang sendiri yang buat,” pujuk
Fariq tanpa jemu. Akhirnya Arianna minum juga susu itu. Tapi cuma separuh
sahaja.
“ Macam tulah isteri abang,” Fariq mengusap kepala Arianna lembut.
Baru dia tahu bahawa Arianna seorang yang manja dan sensitif. Tidak boleh marah
sikit, keluarlah butiran permata itu.
“ Saya nak jumpa Zarra,” Arianna memegang tangan Fariq yang duduk
di birai katil.
“ Awak rehat dulu. Esok awak jumpa dia. Baby Zarra dah tidur kat
bilik mama,” tipu Fariq. Arianna mengangguk lemah. Fariq memegang dahi Arianna
untuk merasa suhu badan isterinya itu. Sudah tidak panas. Diusapnya ubun-ubun
Arianna.
Beberapa minit kemudian, Arianna sudah terlena. Fariq perlu ke
rumah Tok Majid untuk mengambil Zarra. Takut Arianna mengamuk kalau tak nampak
batang hidung Zarra esok pagi. Semakin bertambah dinginlah hubungan mereka.
No comments:
Post a Comment