“ Dari mana abang Murad?” soal Fariq kepada Murad yang belum
membuka topi keledarnya.
“ Dari pekan, Fariq. Pergi beli susu untuk Syafa,” jelas Murad.
Arianna mengecilkan matanya memandang Fariq dengan didongakkan sedikit
kepalanya.
“ Simpang depan tu jalan masuk rumah abang Murad. Kat simpang
tulah awak accident dengan arwah Airis, kan. Ingat lagi tak?” Arianna
mengangguk. Tangan kanannya masih di lengan kiri Fariq.
“ Lah, Cik Arianna ke,” kata Murad. Dia tidak perasan perempuan di
sebelah Fariq itu adalah Arianna. Masa mereka berjumpa dulu, Arianna nampak
lemah sedikit. Sekarang ini dah ceria sikit wajah itu.
Arianna tersengih. “ Sayalah tu,” balas Arianna.
“ Ops, abang Murad. Bukan cik lagi dah. Tapi Puan Arianna,” celah
Fariq. Tangan kiri Arianna mencubit lengan sasa Fariq. Fariq menggelengkan
kepalanya.
“ Puan? Dah kahwin?” soal Murad seakan tidak percaya.
“ Nampak saya macam tak kahwin lagi ke, abang Murad?” soal Arianna
kembali sambil tersenyum.
“ Ha’ah. Tak nampak macam isteri orang,” jawab Murad.
“ Tak kahwin lagi macam ni?” mata Fariq dijatuhkan ke lengannya
yang dipegang Arianna. Arianna tersengih.
“ Kamu berdua? Ehem?” Murad masih tidak percaya. Jari telunjuk
kedua belah tangannya dicantumkan.
“ Yelah, abang Murad. Nak tengok surat kahwin ke?” gurau Fariq.
Murad tersengih.
“ Pandai Fariq berahsia noh. Seminggu sekali datang sini tapi tak
bagitahu pun dah kahwin,” kata Murad. Serentak itu Arianna melepaskan lengan
Fariq. Tak bagitahu? Tahulah aku ni cuma isteri express je, getus Arianna.
Geram pula dia.
“ Abang Murad, saya balik dululah. Dah nak gelap ni,” kata Arianna
senada. Dia berjauh hati dengan Fariq. Fariq diam. Arianna tidak meminta izin dia
pun untuk pulang.
“ Arianna, sebelum abang Murad lupa. Abang Murad nak serahkan
handphone dengan rantai ni. Eh, dengan cincin sekali,” Murad mengeluarkan
barang-barang itu daripada beg di pinggangnya dan diserahkan kepada Arianna.
Kebetulan dia ada terjumpa barang-barang itu ketika menebas semak di kawasan
ini.
“ Macam mana abang Murad tahu ni barang-barang saya?” soal Arianna
pelik.
“ Dekat belakang handphone tu ada nama Arianna. Rantai tu pulak
ada dua cincin dan salah satunya ada nama Arianna jugak. Tapi yang cincin satu
lagi tu abang Murad tak tahu,” jelas Murad. Arianna mengangguk.
“ Terima kasih, abang Murad. Cincin ni…,” Arianna menarik tangan
kanan Fariq. Dia menyarung cincin itu di jari manis Fariq. Muat.
“ Arwah bakal isteri awak yang belikan kot. Maafkan saya sebab
lambat pulangkan,” tutur Arianna perlahan. Fariq tersentak. Airis?
“ Awal lagi ni. Apa kata singgah rumah abang Murad dulu,” Murad
memandang suami isteri itu. Dia pula yang canggung berada di situ.
“ Tak bolehlah, abang Murad. Saya tak boleh drive malam. Trauma,”
kata Arianna lembut.
“ Lah, datang asing-asing ke? Rasanya Arianna tak tengok Syafa
lagi kan?” Arianna mengangguk. Fariq mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail
nombor telefon kenalannya. Dia berbual sebentar dengan kenalannya itu.
“ Balik dengan saya. Saya dah suruh orang ambil kereta awak,” kata
Fariq.
“ Tapi…,”
“ Jom singgah sekejap tengok Syafa,” potong Fariq. Ini arahan ke? Kena
ikut ke, getus Arianna.
“ Kita tunggu kawan Fariq ambil kereta Arianna dululah. Kat sini
banyak juga pencuri terhormat,” kata Murad.
“ Yelah. Lagipun kawan saya ada dekat-dekat sini aje,” balas
Fariq. Dia bersandar di keretanya. Arianna hanya diam membelek rantai yang
terdapat dua bentuk cincin itu.
“ Jemput masuk,” jemput Khalijah sambil tersenyum.
“ Jemput masuk ke teratak kecil kami, Arianna. Fariq dah biasa
datang sini,” Murad meletakkan topi keledarnya di tepi dinding.
“ Kecil abang Murad kata. Besar ni,” balas Arianna.
“ Pandailah kamu. Syafa ada kat dalam. Tidur,” kata Khalijah.
“ Dah lama ke tidur?” soal Fariq. Mereka bersila di ruang tamu.
Rumah Murad dan Khalijah sederhana sahaja. Sememangnya pasangan itu tidak suka
meletakkan sofa di ruang tamu. Semak.
“ Lama jugak. Kejap lagi bangunlah tu,” jawab Khalijah. Murad sudah
menghilang ke dapur.
“ Assalamualaikum,” salam diberi dari luar. Khalijah bangun ke
pintu.
“ Waalaikumsalam. Mak, Jirah, masuklah,” jemput Khalijah.
“ Kamu ada tetamu ke?” soal Mak Cik Dah.
“ Ni hah, Fariq dengan Arianna. Arianna ni yang accident sekali
dulu,” beritahu Khalijah. Mak Cik Dah dan Hazirah duduk bersila menyertai Fariq
dan Arianna. Khalijah meminta diri ke dapur.
“ Lah, kamu ke Arianna. Mak cik ingat siapa tadi,” kata Mak Cik
Dah.
“ Mak cik buat apa kat sini?” soal Arianna.
“ Mak cik ni mak Khalijah. Ni anak bongsu mak cik, Jirah. Adik
Khalijah,” jelas Mak Cik Dah. Arianna menghadiahkan senyuman kepada Hazirah
sedang sarat mengandung itu. Baginya Hazirah agak muda dari raut wajahnya.
“ Mak Cik Dah kenal Arianna ke?” soal Fariq. Sejak dia selalu
datang ke rumah Murad, dia turut rapat dengan ahli keluarga Murad dan Khalijah.
“ Apa tak kenalnya, mak cik selalu pergi rumah Arianna ni.
Mengurut kaki dia,” jawab Mak Cik Dah.
“ See. Awak selama ni ada je dekat dengan saya,” bisik Fariq.
Arianna tersengih.
“ Carilah sangat kan? Tak jumpa jugak,” perli Arianna. Fariq
mencebik.
“ Jirah bila due?” tanya Fariq.
“ Bulan depan, abang Fariq,” jawab Hazirah.
“ Hmmm, muda-muda dah nak ada anak, kan,” tutur Fariq.
“ Kahwin muda ke?” soal Arianna pula.
“ Kahwin mudalah, Ria oi. Dah malas nak mengaji. Bagi kahwin
senang,” tukas Mak Cik Dah. Hazirah tersenyum.
“ Jodoh sampai awal, kak,” kata Hazirah.
“ Best tak kahwin awal?” soal Arianna. Fariq menjeling Arianna.
“ Hah? Entahlah, kak. Tapi seronok jugaklah kahwin ni,” jawab
Hazirah malu-malu. Arianna tersenyum.
“ Ria dah tak rasa sakit-sakit ke kaki tu?” tanya Mak Cik Dah.
“ Sakit sikit-sikit tu biasalah,” jawab Arianna.
“ Punyalah susah mak cik nak mengurut kamu dulu. Nasib baik kaki
kamu tu tak teruk sangat,” ujar Mak Cik Dah.
“ Kenapa susah mak cik?” soal Fariq. Hah, sudah. Mula nak koreklah
tu, desis Arianna.
“ Arianna ni pantang bau minyak gamat. Baru aje mak cik buka
penutup minyak tu, dia kat dalam bilik dah menjerit busuk,” jelas Mak Cik Dah.
“ Hidung tak boleh terima, nak buat macam mana,” sampuk Arianna.
Fariq tersenyum mengusik.
“ Eh, dah bangun Syafa? Dah boleh cam papa dia datang nak main
dengan dia,” kata Mak Cik Dah ketika Khalijah mendukung Syafa ke ruang tamu.
Fariq mengambil Syafa dari dukungan Khalijah.
“ Hai, anak papa. Dah puas tidur?” Fariq menimbang-nimbang Syafa.
“ Nak pegang dia,” minta Arianna. Geram pula dia tengok Syafa.
Fariq menggeleng.
“ Kedekutlah awak ni,” cebik Arianna. Mak Cik Dah dan Hazirah
tersenyum melihat keletah mereka berdua.
“ Biarlah. Anak saya,” balas Fariq perlahan.
“ Ahah, saya ada tau masa baby ni lahir,” Arianna tidak mahu
kalah.
“ Alah, tak heran. Tiap-tiap minggu saya jumpa Syafa tau,” Fariq
juga tidak mahu mengalah. Dah biasa berperang mulut dengan Arianna.
“ Tssst, whatever. Eee, geram. Macam Zarra kecik-kecik dulu,”
Arianna mencubit pipi gebu Syafa.
“ Jemput minum. Apa yang dok bisik-bisik tu, Fariq, Arianna,”
Murad muncul dengan menatang sedulang minuman.
“ Tak adalah, abang Murad. Rajinnya abang Murad,” puji Arianna.
“ Dah biasa buat. Kesian kak Lijah. Mana nak jaga anak lagi, nak
urus rumah lagi,” balas Murad.
“ Arianna suruhlah Fariq tolong buat kerja rumah. Kita kena ajar
sikit laki ni,” pesan Khalijah. Arianna memandang Fariq disebelahnya sambil
tersenyum. Meminta agar Fariq membalas.
“ Kita orang tak tinggal sekali lagi, kak Lijah,” balas Fariq
jujur. Arianna hanya mengangguk. Mengiakan kata-kata suaminya. Tangannya sibuk
mengusik Syafa di riba Fariq.
“ Lah, kamu ni laki bini ke?” Mak Cik Dah memandang pasangan itu
bersilih ganti.
“ Ya la, mak. Jah pun baru tahu tadi. Itupun abang Murad beritahu,”
jawab Khalijah. Arianna terasa lagi. Sentap, weh. Macam tak ada suamilah pulak.
“ Hmmm, sama cantik sama padan. Muka pun nak sama aje mak cik
tengok kamu berdua ni. Orang kata jodoh panjang,” kata Mak Cik Dah.
“ Insya Allah. Doa-doakanlah,” ucap Fariq. Khalijah bangun
tiba-tiba dan meluru ke bilik air.
“ Mengandung lagi?” soal Mak Cik Dah. Murad mengangguk.
“ Alhamdulilllah. Rezeki kamu laki bini. Jah tu dah berapa kali
gugur sebelum dapat Syafa,” ujar Mak Cik Dah. Arianna masih kusyuk mengacau
Syafa di atas riba suaminya.
“ Insya Allah. Doa-doakanlah anak kami selamat lagi kali ni,”
balas Murad.
“ Tapi nanti setahun sajalah jarak Syafa dengan adik dia,” Mak Cik
Dah tersenyum simpul. Murad menggaru kepalanya yang tak gatal.
“ Dekat-dekatlah best, mak cik. Seronok aje tengok,” sampuk Fariq.
“ Dengar tu Arianna. Fariq dah bagi hint tu,” gurau Murad.
“ Hah? Mengandung sendirilah macam tu,” balas Arianna tanpa
perasaan.
“ Kak, kalau kita mengandung tapi suami yang morning sickness lagi
best,” kata Hazirah ceria.
“ Ha’ah. Macam tu baru adil,” setuju Arianna.
“ Itu kalau laki sayang sangat dekat bini dia. Sampai tak boleh
nak berenggang langsung,” tukas Mak Cik Dah.
“ Oh, abang Shah tak sayang Jirahlah macam tu. Sebab Jirah yang
morning sickness,” Arianna menyembunyikan senyumannya.
“ Sayang aih. Orang dulu-dululah selalu kata macam tu. Kalau tak
sayang tak adanya Jirah nak mengandung,” balas Mak Cik Dah.
“ Awak, jom balik. Baby Zarra dah merengeklah,” ajak Arianna
sebaik membaca mesej yang dihantar Puan Sri Harlina.
“ Dah setahun pun merengek lagi?” soal Fariq perlahan. Baru nak
bermain dengan Syafa lama sikit.
“ Ish, budah-budak memanglah. Lagipun saya…,” belum sempat Arianna
menghabiskan kata-katanya Fariq sudah memintas.
“ Jomlah,” ajak Fariq tegas. Sebal pula sebab tak boleh bermain
lama dengan Syafa.
Khalijah mengambil Syafa apabila Fariq menghulurkan bayi itu
kepadanya.
“ Kami balik dululah. Arianna ni tak sabar nak balik jumpa anak
dia,” kata Fariq. Arianna menjeling Fariq.
“ Eloklah tu. Zarra tu menyusu dengan isteri kamu ni. Memang
susahlah nak tinggal lama-lama,” balas Mak Cik Dah. Dia yang mengurut Arianna
apabila Puan Sri Harlina mencadangkan agar Arianna menjadi ibu susuan kepada
Zarra. Biar nanti aurat Zarra tidak terbatas dengan suami Arianna.
“ Insya Allah kalau ada masa saya datang lagi, ya,” Fariq
bersalaman dengan Murad. Arianna turut bersalaman dengan Khalijah, Mak Cik Dah
dan juga Hazirah.
nak lagiiiii.... Best
ReplyDelete