Arianna gembira apabila ternampak Zarra berbaring disebelahnya
ketika hendak bangun bersahur.
“ Senyum juga akhirnya,” kata Fariq yang ketika itu baru masuk ke
dalam bilik.
“ Hmmm, abang kata ada kejutan. Apanya?” tanya Arianna apabila
teringatkan kata-kata Fariq di stesyen bas semalam.
“ Nantilah. Jom, turun sahur. Mama dengan papa dah makan tu,”
Arianna membetulkan rambutnya. Diikat kemas rambut panjangnya.
Sebelum ke meja makan, Arianna ke bilik air dulu untuk membasuh
muka. Tak elok makan tanpa basuh muka. Entah ada air liur basi ke. Tahi mata
ke. Boleh dapat malu nanti.
“ Duduk, Arianna,” suruh Datin Katrina.
“ Sorry, ma. Tak tolong masak. Rianna tak sedar.”
“ Ish, tak apalah. Riq tolong mama masak tadi. Tak ada hallah,”
balas Datin Katrina.
“ Minum susu ni,” Fariq meletakkan segelas susu di hadapan Arianna
sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Arianna.
Arianna mengeluh kecil. “ Susu lagi. Kalau tak minum, tak boleh
ke?” Arianna menolak sedikit gelas itu.
Datuk Rasyid dan Datin Katrina hanya memandang. Bagi mereka,
terserlah sifat manja Arianna. Nampak comel sahaja Arianna menolak gelas itu.
Tersenyum mereka berdua.
“ Eh, budak ni. Abang ada tambah horlicks. Bukan susu aje,” balas
Fariq. Geram pula dengan kedegilan isterinya itu.
“ Hmmm,” Arianna mengalah. Dia minum sedikit air itu sebelum
menyuap nasi ke mulutnya. Namun, dia hanya makan sedikit sahaja. Puas Fariq
memujuknya untuk menambah nasi. Tapi, Arianna menolak keras.
Datuk Rasyid dan Datin Katrina menemani Zarra bermain di beranda.
Mereka sengaja ingin membiarkan anak menantu mereka berdua di dalam bilik. Asyik
bergaduh saja. Entah bila nak berbaik pun tak tahu. Masing-masing pula suka
sangat mencari pasal. Kalau bukan Fariq yang mulakan, Arianna yang mulakan
dahulu pergaduhan.
“ Abang berbuka kat luar,” beritahu Fariq. Arianna menjeling
suaminya yang hanya bertuala itu.
“ Dengan Airislah tu,” teka Arianna bersahaja. Dia melipat
baju-baju yang sudah dibasuh.
“ Hmmm,” balas Fariq takut-takut. Arianna menghampiri Fariq yang
sedang berdiri di meja solek.
“ Sini. Saya tolong,” Arianna mengambil sikat dari tangan Fariq. Dia
mendudukkan Fariq di birai katil. Ingin berdiri, suaminya itu agak tinggi
darinya. Kena berjengket barulah sampai untuk capai rambut suaminya itu.
“ Tak marah ke?” soal Fariq cuba menutup getaran hatinya. Nasib
baik ini bulan puasa. Kalau tidak, diterkamnya Arianna. Haruman Arianna yang
wangi itu menusuk hidungnya.
“ Tak boleh nak marahlah. Abang tak minta izin pun nak berbuka
dengan Airis. Tapi abang maklumkan. So, saya marah macam mana sekalipun, abang
tetap jumpa dengan Airis jugak, kan.
Lagipun, saya ni just sepupu abang je,” jawab Arianna panjang. Sempat lagi dia
menyindir gelaran sepupu yang diberitahu Fariq kepada Airis.
“ Betul jugak,” Arianna buat muka. Kita isteri dialah. Bukan
sepupu ke, mak tiri ke, getus Arianna.
“ Hrgghhh. Abang nak pakai baju mana ni?” tanya Arianna dengan
nada geram. Fariq bangkit dari duduknya. Dia menilik rambutnya di cermin meja
solek. Kemas juga hasil tangan isterinya itu.
“ Kemeja kosong warna peach. Tapi…tak iron lagi,” Arianna membuka
pintu almari dan dia keluarkan baju kemeja berwarna peach yang dimaksudkan
Fariq.
Kemudian dia menggosok baju itu. Fariq pula menyarungkan seluar
slack kelabu dan turut memakai singlet putih. Takut berpeluh pula kalau pakai
kemeja terus. Selepas siap menggosok, Arianna sendiri yang memakaikan kemeja
itu di badan tegap suaminya.
“ Berbuka dekat hotel ke, bang?” tanya Arianna sambil membutangkan
baju Fariq. Fariq hanya membiarkan sahaja. Terasa diri dimanjakan pula.
“ Hmmm,” jawab Fariq serba salah.
“ Siap. Lepas berbuka jangan tak balik sini terus pulak ya,” pesan
Arianna.
“ Merepek.”
“ Manalah tahu tersilap masuk rumah sebelah ke,” Arianna tersenyum
sedikit. Fariq mencubit pipi gebu Arianna lembut.
“ Nak sangat ke macam tu, Puan Arianna? Abang boleh aje buat. Kalau
abang lambat balik tu, abang pergi terawih terus,” Fariq menyarungkan stoking
dikakinya.
“ Yelah. Tapi jangan balik lambat sangat. Bukannya abang tak tahu
Zarra tu. Nak abang aje yang tidurkan dia,” pesan Arianna sekali lagi.
“ Pesanan diterima,” balas Fariq. Mereka beriringan keluar dari
bilik.
“ Haih, anak mama smart semacam aje ni nak pergi mana?” tegur
Datin Katrina. Fariq menyarung kasut kulit Crocodilenya.
“ Dating, ma,” Datin Katrina memandang Arianna dari atas ke bawah.
“ Yang mama tengok Rianna ni kenapa? Dia nak dating dengan kekasih
hati dialah,” Arianna memimpin Zarra mendekati Fariq di tangga batu itu.
“ Dengan Airis ke, Riq?” soal Datuk Rasyid pula. Sebut sahaja
kekasih hati, semua dah tahu itu adalah Airis. Tak adanya orang nak sebut nama
Arianna. Arianna termangu sendiri. Nasib badan.
“ Ha’ah. Hari ni Riq berbuka dekat Cinta Sayang,” beritahu Fariq.
Dia ingin mendukung Zarra. Tapi Arianna pantas menghalang.
“ Lah, ingatkan dating dengan Arianna,” Fariq tersengih. Zarra
menggamit Fariq untuk didukung.
“ Aaaa… yayaa,” Arianna mendukung Zarra yang sibuk memanggil
papanya itu. Itulah kejutan yang dikatakan oleh Fariq. Zarra juga sudah pandai
memanggilnya. Tapi agak pelat sedikit. Dengar pun sipi-sipi sahaja.
“ Tak bolehlah, sayang. Papa nak keluar,” pujuk Arianna. Fariq
mencium dahi Zarra. Arianna menjeling juga ke rumah Tok Majid. Takut
kalau-kalau Airis ternampak.
“ Papa pergi dulu ya, sayang,” Fariq mencium pula pipi tembam
Zarra.
“ Abang ni. Pergi cepat. Kang tak pasal-pasal Zarra nak ikut,” Fariq
mengangguk. Dia menekan alarm kereta. Dia menghidupkan enjin keretanya dan
berlalu keluar dari perkarangan rumah. Dia singgah di rumah Tok Majid untuk
mengambil Airis.
Datuk Rasyid dan Datin Katrina saling berpandangan. Arianna duduk
bersila menyertai papa dan mama mertuanya.
“ Rianna okey ke?” soal Datin Katrina risau.
“ Hah? Okey aje, ma. Kenapa?” Zarra meloncat-loncat di riba
Arianna.
“ Tak kisah ke Fariq keluar dengan Airis?” soal Datuk Rasyid pula.
Kebimbangan jelas di wajah lelaki tua itu.
“ Tak kisah pun, papa. Asalkan dia ingat nak balik rumah sendiri.
Kalau tiba-tiba tak balik tu yang Rianna kisah,” kata Arianna dalam intonasi
bergurau. Datuk Rasyid ketawa. Begitu juga Datin Katrina.
“ Kami minta maaf sebab terpaksa rahsiakan hubungan Fariq dan
Rianna. Ibu bapa Airis yang minta begitu. Mereka takut Airis tak dapat terima
yang Fariq dah berkahwin,” ujar Datuk Rasyid.
“ Rianna okey aje, papa, mama. Jangan risau, eh. Lagipun, Airis
dah tak ingat Arianna. Dia cuma tahu yang Rianna ni sepupu abang Fariq aje,” balas
Arianna.
Sebenarnya dia risau juga. Buatnya Airis nak ambil Fariq kembali.
Memang haru jadinya. Isteri mana yang suka kalau suami sendiri keluar dengan
perempuan lain. Tapi Arianna tahu, Airis lebih berhak memiliki Fariq. Dia sedar
hubungannya dengan Fariq bukan atas dasar cinta.
Malam itu Zarra menangis tak berhenti-henti. Kali ini Arianna pula
yang memujuk. Papa dan mama mertuanya pula ke surau. Berbuka puasa dan solat
terawih sekali. Arianna mendukung Zarra di beranda. Ditepuk-tepuk belakang
Zarra agar berhenti menangis. Tapi hanya sekejap sahaja Zarra diam.
Arianna menepuk lembut perut Zarra. Mana tahu anak kecil itu
kembung perut. Perut Zarra tak pula masuk angin. Arianna masuk ke dalam. Dia
ingin menghubungi Puan Sri Harlina.
“ Assalamualaikum, mummy.”
“ Waalaikumsalam. Kenapa Zarra menangis tu?”
“ Entahlah, mummy. Dari tadi lagi…”
“ Perut masuk angin tak? Cuba urut kaki dia dengan minyak Yuyee.”
“ Dah. Tapi dok nangis jugak,” balas Arianna perlahan.
Kerisauannya semakin bertambah.
“ Mana papa dia?” soal Puan Sri Harlina.
“ Fariq keluar. Tak balik lagi. Mama dengan papa pergi
terawih,” jawab Arianna.
“ Mummy rasa Ria kena call Rayyan. Maybe dia nangis sebab rindukan
papa dia,” teka Puan Sri Harlina.
“ Ria takut nak call. Nanti tak sabar-sabar pulak nak balik,”
Arianna menggoncangkan sedikit badannya. Biar Zarra terasa mengantuk.
“ Call aje. Nanti makin melarat Zarra menangis.”
“ Yelah. Ria letak dulu ya, mummy?”
“ Hmmm. Kalau tak berhenti nangis jugak, Ria call mummy,” pesan
Puan Sri Harlina.
“ Okey. Bye, mummy. Kirim salam dekat daddy,” pesan Arianna
sebelum memutuskan talian. Kemudian dia mendail pula nombor telefon Fariq.
smbng lagiii... harap x ada konflik yg berat
ReplyDeletekonflik eh??just wait and see...tapi sya pun xsuka konflik..:)
Delete