Sunday 27 April 2014

e-novel : Pearl Episode 2 Part 2


Fariz memberhentikan BMW M3 sport putih miliknya di kotak parking taman rekreasi berdekatan dengan sebuah kawasan perumahan. Dia keluar dari keretanya dan terus masuk ke dalam sebuah van.

“Macam mana?”

“Dia tengah berbual dengan anak dia, tuan,” jawab Lukman.

“Dia dengan siapa lagi?”

“Dengan anak dia aje, tuan. Dah dua jam mereka kat sini,” beritahu Lukman sambil menghulurkan telescope kepada Fariz.

“Sebelum ni, dia dari mana?” soal Fariz lagi. Telescope ditangan dibawa ke mata. Terlayar dimatanya akan kemesraan anak beranak itu. Masih awal pagi, suspek sudah membawa anaknya bermain.

“Masa kami nampak tadi, dia baru keluar dari sebuah pusat hiburan. Selepas tu, dia terus masuk kawasan perumahan depan tu. Dan, dia bawa anak dia datang sini,” jelas Lukman. Dua orang lagi anggota polis hanya terus memerhatikan gerak geri suspek.

Korang terus intip dia. Aku nak balik office dulu. Ada apa-apa nanti, terus inform aku,” arah Fariz tegas.

“Baik, tuan,” jawab ketiga-tiga anggota polis itu.

Fariz keluar dari van dan terus ke keretanya. Dia perlu berjumpa dengan ketuanya dulu untuk meminta waran tangkap. Selagi tiada waran tangkap, mereka tidak boleh menangkap suspek.

*****

“Assalamualaikum,” Adelin menoleh ke pintu. Siapa yang datang pagi-pagi ni?

Adelin menapak ke pintu. Dia membuka pintu dan terjengul Mak Jinah di hadapan pintu. Adelin tersenyum. Mak Jinah rupanya.

“Waalaikumsalam. Masuklah,” Mak Jinah melangkah masuk dan meletakkan beberapa beg plastic di meja island.

“Ian mana?”

“Entahlah. Awal pagi lagi dah keluar. Saya tak pasti pulak ke mana,” jawab Adelin sopan. Mak Jinah tersentak. Dia merenung Adelin. “Kenapa, Mak Jinah? Saya ada terlupa nak pakai apa-apa ke?”

“Eh, tak… tak. Saja Mak Jinah tengok. Tak pernah pulak jumpa kamu kat sini sebelum ni,” Oh, patutlah.

Sebenarnya Mak Jinah terkejut kerana Adelin menegurnya sopan. Bukan seperti perempuan-perempuan yang selalu keluar masuk apartment ni. Cuma seorang dua sahaja yang berjenis. Yang lain, huh! Jangan haraplah. Segalanya boleh dinilai melalui pakaian dan juga perangai.

“Dipaksa datang sini. Kalau tak, tak adanya Mak Jinah nak tengok saya kat sini pepagi macam ni,” Mak Jinah tersenyum.

“Tak pernah lagilah Mak Jinah dengar perempuan yang keluar masuk sini, dipaksa,” balas Mak Jinah. Adelin membulatkan matanya.

“Oh, selalu orang datang sukarela ya?”

“Ha’ah. Apa nama kamu?”

“Adelin Annisa. Ikut suka Mak Jinahlah nak panggil apa,” jawab Adelin ramah. Wanita separuh umur yang sedang berdiri di dapur itu kelihatan seperti ibunya sahaja.

“Sedap nama, Adelin Annisa. Mak Jinah panggil… emmm… Ann. Boleh?”

“Boleh sangat. Ann tak kisah,” Mereka sama-sama ketawa. “Mak Jinah nak masak ke?” tanya Adelin. Dia turut ke dapur.

“Jarang Mak Jinah masak. Kalau Ian ada kat rumah aje Mak Jinah masak. Tapi… semalam masa hantar Mak Jinah balik, dia pesan suruh masak. Sebab Ann ada kat rumah,” jelas Mak Jinah. Tangannya sibuk mengeluarkan barang-barang masakan yang dibeli di pasar tani tadi.

“Oh, gitu. Biar Ann tolonglah. Mak Jinah dah sarapan?”

“Sudah. Kat rumah tadi. Ann pulak dah sarapan?” tanya Mak Jinah kembali.

“Dah jugak. Tadi subuh terjaga dah tak boleh tidur. Ingat nak siapkan sarapan untuk Fariz. Tapi, dia keluar macam tu aje,” Sempat lagi Adelin mengadu. Teruja kerana dapat berbual dengan wanita yang hampir sebaya dengan ibunya kot.

“Dia memang macam tu, Ann. Selalu sangat keluar tergesa-gesa. Tengah stand bylah tu. Mak Jinah dengar dia tengah handle kes yang ahli korporat kena bunuh tu,” Adelin hanya mengangguk.

“Patutlah semalam dia kata tengah stand by. Sibuk jugak eh, kerja polis ni…”

“Memang sibuk, Ann. Kadang-kadang tu sampai baju pun tak bertukar. Makan pun tak terjaga. Dua tiga malam tak tidur tu pun satu bab,” Mak ai, sibuknya.

Adelin tak pernah tahu pula sampai macam tu sekali. Dah macam cerita Korea yang selalu dia tonton tu. Poseidon… Ghost. Hah, ambik! Terkeluar dah senarai cerita Korea yang dia minat. Sanggup tengok sampai tak tidur tu.

“Habis tu, sempat pulak dia dok menggatal ya. Tak sibuk pulak waktu tu,” Terletus ketawa Mak Jinah.

“Itu time tak ada kes, Ann. Bila waktu kerja, Ian memang serius. Nak tengok dia gelak ketawa pun susah. Tambah pulak, sekarang ni Ian dah naik pangkat. Memang selalu sibuklah…”

“Naik pangkat? ASP ke, Mak Jinah?”

“Rasanyalah,” Mak Jinah mengeluarkan ayam dan udang dari peti ais dan diletakkan di sinki.

“Dah lama Mak Jinah kerja kat sini?” tanya Adelin ingin tahu.

“Lama jugaklah. Tan Sri Lutfi yang upah Mak Jinah suruh tengok-tengokkan Ian sejak dia pindah masuk sini. Rasanya dah lapan tahun,” jawab Mak Jinah.

“Jadi, Mak Jinah tahulah ya pasal Pearl tu?” Tak habis lagi dengan Pearl dia tu. Mak Jinah mengangguk.

“Tahu sangat, Ann. Tapi, Mak Jinah tak bolehlah cerita lebih-lebih. Takut Ian marah,” balas Mak Jinah. Dah agak dah mamat tu mesti berkomplot dengan semua orang.

Adelin mengambil pisau dan redai untuk memotong sayur kangkung. Dah lama rasanya tak makan sayur kangkung. Sejak datang ke Kuala Lumpur tiga tahun lepas, dia dah jarang makan makanan kampung. Jika tekaknya terasa rindu masakan ibunya sahaja, dia singgah ke restoran makanan Melayu. Jika tidak, restoran western sajalah semedang.

“Mak Jinah, Ann nak tanya something boleh?”

“Apa dia, Ann?”

“Kenapa bilik yang hujung tu berkunci?” Mak Jinah yang sedang membasuh ayam itu, terhenti kerjanya. Tangannya sedikit menggeletar.

Errr… Bilik stor. Barang-barang bukti kes yang Ian handle, semua ada kat dalam tu. Kunci bilik tu pun Ian seorang aje yang pegang,” Adelin perasan pembantu rumah Fariz itu gugup. Macam ada sesuatu yang Mak Jinah sembunyikan. Tapi, apa?

Adelin tidak bertanya lagi. Dia hanya membantu Mak Jinah menyiapkan makan tengah hari sahaja. Dia tidak mahu Mak Jinah dimarahi Fariz pula kerana membuka cerita.

*****

Tengah hari itu, Fariz balik makan tengah hari. Adelin hanya diam sahaja di meja makan. Hanya perbualan Fariz dan Mak Jinah yang kedengaran. Otaknya kian serabut kerana hatinya mendesak untuk mengetahui mengenai Pearl dengan lebih lanjut. Seperti ada sesuatu yang Fariz cuba sembunyikan dari pengetahuannya.

“Ann, kenapa diam aje? Tadi bukan main banyak mulut lagi dengan Mak Jinah,” Adelin tersentak. Fariz memandang Adelin yang kelihatan bingung itu.

“Hah, tak adalah. Masakan Mak Jinah ni sedap sangat. Sampai terkunci terus mulut Ann,” Spontan bibir itu menuturkan alasan.

“Berbual apa aje dengan Mak Jinah, Adelin?” tanya Fariz pula.

“Bual kosong aje. Lepas makan, keluar balik ke?” Adelin cuba menukar topik.

Hmmm, kau duduk aje dengan Mak Jinah. Malam ni Mak Jinah teman kau. Aku tak balik,” maklum Fariz. Adelin menggigit bibirnya. Nasi yang masih berbaki di pinggan dikuis-kuis.

“Esok saya nak balik kampung. Tadi, dah call Yani,” beritahu Adelin senada. Fariz menghentikan suapannya. Mak Jinah memandang pelik keduanya.

“Tahu pun nak balik kampung. Ingatkan dah lupa ibu dengan baba kau kat kampung tu,” Adelin mengetap bibir. Dijelingnya lelaki di sebelah.

“Maafkan, Mak Jinah. Betul ke kamu berdua hanya kawan?” Fariz dan Adelin mematikan pandang pada Mak Jinah serentak. Hah, sudah!

“Kenapa Mak Jinah tanya?”

“Saja aje…”

“Kawan aje. Teman tapi mesra,” Adelin bersuara.

“Patutlah. Selalunya kalau teman-teman wanita Ian datang, bilik utama yang berselerak. Tapi, tadi Mak Jinah tengok… ada tuala dengan telekung dekat bilik tetamu,” Fariz menelan air liur kasar.

“Iya ke? Hmmm, melampau ya tuan punya apartment ni. Hesy,” Mak Jinah tersenyum kepada Fariz. Fariz dan mengerling Adelin. Kecil besar saja dia tengok minah sebelah dia ni.

“Kampung Ann kat mana?” soal Mak Jinah tiba-tiba.

“Kedah, Mak Jinah,” jawab Adelin.

“Oh, jauh tu. Nun di utara,” Adelin hanya mengulas senyuman.

Dia akan pastikan, Fariz akan menceritakan segalanya kepadanya. Jika perlu, akan diugut lelaki itu. Jangan main-main dengan Adelin Annisa.

*****

Setelah selasai makan, Mak Jinah membawa pinggan-pinggan kotor ke sinki. Adelin sudah menghilang ke bilik. Nak solat zohor katanya. Fariz membantu Mak Jinah mengangkat pinggan.

“Ian, tadi Ann tanya pasal bilik berkunci tu,” beritahu Mak Jinah jujur. Fariz sudah mengagak Adelin pasti akan bertanya.

“Mak Jinah jawab apa?”

“Mak Jinah cakap, tu bilik bahan bukti semua kes Ian…”

“Pandai, Mak Jinah. Ini yang Ian sayang Mak Jinah lebih ni. Jangan bagitahu Adelin langsung pasal bilik tu tau. Boleh runtuh kondo ni kalau dia tahu,” ujar Fariz sambil memeluk Mak Jinah yang sudah dianggap seperti ibunya itu.

Adelin tidak jadi melangkah apabila terdengar perbualan Fariz dan Mak Jinah. Dia kemudiannya terus berlalu kembali ke bilik. Tadi, selepas mengambil air sembahyang di bilik air luar, dia terdengar Mak Jinah sebut pasal bilik berkunci itu. Terus kakinya tidak jadi melangkah.

*****

Kuala Ketil, Kedah – 8.00 p.m.

Adelin memandu Gen 2nya memasuki kawasan pedalaman kampung dengan berhati-hati. Jalan kecil untuk sampai ke rumah tok wannya agak teruk. Perlu melepasi kawasan berbukit-bukit dahulu sebelum sampai ke rumah itu. Sudahlah hari sudah gelap, memang perlahanlah Adelin memandu.

“Fariz tahu tak Adel balik kampung ni?” tanya Puan Aida, ibu kepada Adelin.

“Tahu, bu. Awal lagi dah bagitahu,” jawab Adelin.

“Elok jugaklah kamu bagitahu. Tak adalah si Fariz tu risau,” celah baba Adelin, Encik Thohier.

“Risau apanya, baba. Dia bukan ambil tahu pasal Adel pun,” Adelin berkata selamba.

“Ish, kamu ni. Fariz tu tetap suami kamu. Nak ke mana pun, masih kena minta izin dia. Bukannya kami tak tahu, kamu berdua tinggal asing-asing,” tembak Puan Aida. Adelin tersengih.

“Tapi, satu aje yang dia tak tahu. Dia tak tahu pasal ibu dengan baba dah tahu Adel kerja apa dan tinggal kat mana,” Encik Thohier.ketawa kecil.

“Ni mesti pasal baju-baju yang ibu suruh dia bawa balik sana,” Adelin mengangguk laju. Dia memberhentikan kereta setelah tiba di rumah tok wannya.

Ahhhh, seronoknya,” jerit Adelin perlahan. Encik Thohier dan Puan Aida hanya tersenyum melihat anak perempuan mereka itu. Bukannya Adelin tak mahu pulang ke kampung, tetapi kedua orang tuanya yang tak benarkan. Tidak mahu anak perempuan mereka itu memandu jauh seorang diri.

*****

“Lama ka hang cuti, Adel?”

“Tiga hari ja, tok. Tok wan pi mana ni?” tanya Adelin kembali.

“Mana lagi. Suraulah. Dok pi mengajaq kat surau depan sana nu,” beritahu Tok Jah.

“Amboi, sakan aih tok wan kita la ni. Tok tak pi mengajaq sekali?”

“Tok hang pi mengajaq ka, habis gelong semua jemaah. Pengajaq dok tersengguk kat depan,” Adelin ketawa.

“Ayah pi surau jalan kaki ka, mak?” soal Puan Aida pula. Sampai saja tadi, Encik Thohier terus ke surau.  Jalan kaki sahaja. Elok jugalah kalau ayahnya bawa motor. Boleh balik sekali.

Dak aih. Naik motor dialah…”

“Ni, mak. Tadi dok kat rumah, dok kalut nak makan ikan keli yang tok wan bela,” Tok Jah ketawa kuat. Dah kenapa dengan Tok Jah ni?

“Esok suruh tok wan tangkap. Besaq-besaq ikan keli tok wan hang tu,” kata Tok Jah.

Eee, tak sabaqnya nak makan,” Hampir terloncat gadis itu.

“Haih, dah ada isi ka? Macam orang dok mengidam ja,” teka Tok Jah. Puan Aida memberi isyarat agar Adelin menjawab. Adelin pula buat isyarat pada ibunya.

“Tak ada rezeki lagilah, tok. Tahun depanlah kot,” jawab Adelin, acuh tak acuh.

“Boleh set noh, nak ada anak bila? Orang muda lani lagu tulah. Tok dulu, kahwin sebulan dah mengandung,” Adelin dan Puan Aida saling berpandangan.

“Bukanlah tok. Kami ni sama-sama sibuk. Nak jumpa sehari pun susah,” Sepatutnya, nak jumpa sebulan pun susah, Puan Adelin oi.

“Macam-macamlah hampa ni. Ni, tolong tok hidang lauk. Sat lagi, tok wan dengan baba hang balik nak makan,” Laju sahaja kaki Adelin dihala ke dapur. Puan Aida hanya menggeleng.

*****

Pelabuhan Klang, Selangor – 9.00 p.m.

Lukman dan beberapa anggota polis lain membetulkan baju kalis peluru di badan sebelum menyarung sehelai T-shirt lain. Fariz pula memastikan pistolnya berfungsi. Malam ini mereka akan bertindak untuk menangkap dalang di sebalik kes penyeludupan kanak-kanak yang semakin berleluasa itu.

“Kami dah sedia, tuan!” Lukman bersuara lantang. Fariz memandang anggota-anggotanya yang sudah bersiap sedia itu. Kini, mereka hanya menunggu arahan darinya sahaja.

“Kita tunggu pasukan marin bagi green light dulu,” Lukman hanya mengangguk.

“Kalau kita dapat tangkap ‘ikan besar’ malam ni, lena tidur kita lepas ni,” kata Saiful dalam nada bergurau.

“Jangan nak beranganlah, Epol oi. Banyak lagi kes kita kena handle,” Saiful melepaskan keluhan.

Korang ni, cuba ceriakan suasana sikit. Spoillah,” Lukman dan yang lain-lain ketawa sakan.

Fariz menjauhkan diri sedikit dari orang-orang bawahannya. Telefon bimbitnya mengeluarkan bunyi beep tadi. Pesanan mesej dibuka.

‘Saya dah sampai kg petang tadi. Lpa nak bagitahu. Skrg kat rmh tok wan. Tc…’ – Adelin

‘Tak sms pun tak apa. Bkn pernah bagitahu pun sblm ni. u too. tc…’ – Fariz

Tiada lagi balasan dari Adelin. Fariz terus meng‘off’kan telefon bimbitnya. Sekejap lagi, ada event penting yang perlu diberi tumpuan. Dia tidak mahu gagal dalam operasi malam ini.

Walkie talkie di tangan berbunyi. Arahan dari pihak laut sudah diberi. Fariz membuat isyarat agar anggota-anggotanya bersiap sedia. Mereka berpecah ke tempat yang seperti diplankan awal tadi. Fariz mengetuai satu kumpulan dan Lukman pula mengetuai kumpulan yang lain.

Ketika itu, sebuah van sedang menghampiri pelabuhan. Namun, bot yang dijadualkan tiba di situ masih belum kelihatan. Fariz yang sedang bersembunyi di sebalik semak cuba mengamati beberapa wajah yang baru keluar dari perut van. Tiba-tiba, satu gambaran ingatan lamanya terlayar di fikiran.

Jari telunjuk yang bersiap sedia untuk menekan trigger, semakin mengendur pegangannya. Dia menggelengkan kepala, cuba menghilangkan ingatan yang mengganggunya.

“Tuan, bot dah sampai…”

Fariz tersedar. Cepat-cepat dia kembali menumpukan perhatian. Tangan kirinya diangkat. Dan, dua minit kemudian diturunkan. Itu tandanya, mereka perlu bertindak. Dengan langkah yang perlahan, pasukan Fariz bergerak mendekati belakang van. Langkah diatur dengan penuh berhati-hati. Tidak mahu penjenayah menghidu gerakan mereka.

Pasukan Lukman juga sudah bergerak ke sebuah kenderaan lain yang tidak jauh dari van dan bot itu. Kedengaran beberapa suara sedang bercakap-cakap. Fariz menjengulkan kepala sedikit.

“Budak-budak ni perlu dibawa kat tempat bos, sebelum cerah. Aku nak korang berhati-hati. Jangan sampai polis tahu kerja kita. Faham!” Mungkin ketua mereka yang memberi arahan. Polis dah tahu pun!

“Tapi, Jay…”

“Apa lagi? Takkan kerja senang macam ni tak boleh nak ikut?” Lelaki bengis yang dipanggil Jay itu mengetuk kepala seorang lelaki yang sedang tunduk di hadapannya.

Fariz mengangguk kepada Lukman yang tidak jauh dari situ. Dia menggerakkan jari telunjuknya.

“Angkat tangan! Polis!” jerit Fariz.

Terus kelam kabut orang-orang Jay. Lintang pukang mereka berlari, cuba menyelamatkan diri. Jay mengangkat tangannya. Dia tak sempat untuk melarikan diri memandangkan Fariz sudah mengacukan pistol kepadanya. Orang-orang Fariz menahan konco-konco Jay dengan pantas.

Pasukan marin yang bersembunyi di sebalik bot-bot juga keluar. Mereka menahan beberapa orang yang juga cuba melarikan diri. Daripada hasil serbuan, hampir dua puluh orang tertangkap malam itu termasuk ketua mereka, Jay. Orang-orang Fariz memang sedia mengekori Jay. Alhamdulillah, intipan mereka selama beberapa minggu membuahkan hasil.

“Ian!”

“Hadi,” Mereka berpelukan seketika.

“Tak payah nak buat jejak kasih sangatlah. Dah settle ke?”

“Dahlah kot. Dia orang seludup apa?”

“Orang. Jomlah pergi tengok,” Fariz dan Hadi beriringan menuju ke bot. Fariz membulatkan matanya. Dia memandang Jay tajam. Lelaki yang bertatu di lengan itu hanya tersenyum sinis.

“Aku sure mesti Jay ikut arahan dari orang lain. Tadi aku dengar dia suruh orang-orang dia hantar kat tempat bos dia orang,” maklum Fariz.

“Sanggup dia orang seludup budak-budak tak cukup umur ni. Apalah salah budak-budak ni? Aku tak faham sungguh,” kata Hadi, geram.

“Macam-macam yang dia orang boleh buat, Hadi. Tolong buat kerja haram dia orang ke. Orang-orang kau ke yang nak bawak balik budak-budak ni?” Hadi mengangguk.

“Kena tunggu van sampai dulu. Sebelum hantar balik kat tempat asal, kena siasat jugak budak-budak ni semua. Manalah tahu dia orang tahu pasal ketua teratas kumpulan,” Hadi membelek seorang budak perempuan. Wajah comot itu menimbulkan perasaan belas.

Fariz mengeluh kecil. Dia menunduk sedikit memandang seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis. Daripada susuk tubuhnya yang bersalut pakaian berjenama, Fariz mengagak budak lelaki itu anak orang kaya.

“Adik dah selamat. Jangan nangis. Syuhhh,” Fariz cuba memujuk. Budak lelaki dalam lingkungan tujuh tahun itu tersedu.

“Bukan adik tapi anak,” Fariz menjeling Hadi.

“Kau ni spoillah. Aku muda lagi,” Hadi buat muka.

“Mudalah sangat. Aku dengan kau sebaya kan? Dah tiga puluh tahun pun. Bukan dua puluh tahun. Aku punya anak dah nak masuk dua. Kau apa ada?”

Ceh, banggalah sangat. Buang masa aku layan kau. Aku balik ibu pejabat dulu. Nak bawa sengal-sengal tu semua balik. Kang ada pulak yang buat hal,” Fariz bangun berdiri.

“Iyalah. Apa-apa hal, roger,” Fariz mengangguk.

Belum sempat Fariz melangkah, kakinya dipegang. Fariz menunduk ke kakinya. Budak lelaki yang dipujuknya tadi memeluk kakinya. Dia mencangkung sambil tersenyum.

“Adik, abang kena balik dulu. Adik ikut abang ni balik ya,” pujuk Fariz lembut. Budak lelaki itu menggeleng laju. Wajahnya sudah basah dihujani air mata.

“Didie tak… nak du… duk kat… kat sini. Bu… busuk,” kata kanak-kanak itu sambil tersedu.

Budak perempuan di sebelahnya menjeling. Busuk sikit saja pun. Manja! Detik hati kanak-kanak perempuan itu.

“Oh, Didie ya nama adik. Tak apa, adik ikut abang Hadi. Kat sana bersih. Kat tempat abang, busuk jugak…”

“Kau pergilah dulu, Ian. Aku pujuk dia,” Hadi menepuk belakang Fariz. Lagi dilayan kanak-kanak itu, tak mahu lepas pula nanti.

“Adik ikut abang Hadi. Esok, abang datang jenguk adik ya,” Akhirnya kanak-kanak itu mengangguk perlahan.

Fariz memberi isyarat kepada Hadi agar menjaga Didie. Hadi mengangkat keningnya namun kemudian mengangguk. Berkaca mata Didie menghantar Fariz yang sudah berlalu ke kereta polis yang baru tiba di pengkalan.

*****

Kuala Ketil, Kedah – 10.00 p.m.

Adelin tergolek ke kiri ke kanan. Nak tidur, masih awal lagi. Ingin melayari internet, tak ada rangkaian internet pula. Alihnya, dia membelek gambar-gambar yang diambil ketika bercuti bersama ibu dan babanya di Bali beberapa bulan yang lepas.

Pintu bilik Adelin diketuk perlahan. Adelin bingkas bangun dan membuka pintu bilik. Hmmm, tok rupanya.

“Tak tidoq lagi ka?” Adelin menggeleng perlahan. Tok Jah melabuhkan punggung di katil.

Awat tok?” Dia turut duduk di birai katil.

“Ni hah. Rantai yang tok beli kat Mekah hari tu,” Tok Jah meletakkan rantai emas putih di tapak tangan Adelin.

“Apa ni, tok?”

Ambiklah. Tok dengan tok wan bagi. Masa hang kahwin dulu, tak ada apa kami nak bagi,” Adelin terharu. Tidak menyangka tok wan dan toknya rasa bersalah kerana tidak memberi apa-apa ketika perkahwinannya dulu.

“Adel tak kisahlah, tok. Restu tok dengan tok wan pun dah cukup. Lagipun, apa pulak kata sepupu-sepupu Adel nanti,” Tok Jah senyum.

Dak aih. Hang cucu sulung tok. Depa nak kata apa. Sebelum depa muncul, hang dulu yang tok dengan tok wan dok kelek ke hulu ke hilir,” Adelin memeluk tubuh tua di sebelahnya.

“Terima kasih, tok,” ucap Adelin. Tok Jah mengusap kepala cucu sulungnya lembut.

Adelin merupakan anak sulung kepada pasangan Encik Thohier dan Puan Aida. Pasangan itu juga memiliki seorang anak lelaki iaitu adik kepada Adelin yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan.


To be continued…



Inspektor Fariz

p/s : SELAMAT MEMBACA! harap okeylah. just try and error. entahlah dah jadi apa. jangan lari tajuk sudah. hehe. macam biasa trademark CIA, kahwin! tak suka buat cerita pasal org tak kahwin lagi. hehe. sory tau kalau tak memuaskan. i'm just trying my best. :D. cer komen sikit.

6 comments:

  1. Bila masa pulak faris dengan adelin tu kawin,,.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. the old time. episode 3 detail sikit pasal fariz dan adelin. :D

      Delete
  2. hahaha... best la, nak lagi sis? bagi mlm ni ka? Hahahahaha... sama mcm sya sis, sya pun ska jugak cita waktu kahwin ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. maseh. :D. haha. nanti akak update ya. kan. sweet sikit after kahwin. hehe.

      Delete