Saturday 26 April 2014

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 10

Assalamualaikum... Hye!

Sorry lambat update. here, our BCP!


Opah Yam menukar siaran ke satu siaran. Tiada pula rancangan yang berjaya menarik minatnya. Nur Dini pula dari tadi hanya mengelek novel. Kusyuk juga cucu menantunya itu ‘menelaah’ novel yang sudah lama dibeli, namun baru kini berkesempatan untuk membacanya.

Ditenung Nur Dini seketika. Seperti ada sesuatu yang berlegar di mindanya. Nur Dini mengangkat wajahnya. Dia terpandang mata Opah Yam seakan merenungnya seperti renungan itu ingin menembus ke belakang kepalanya.

“Opah? Kenapa tengok Dini macam tu?”

“Hah? Tak ada apa-apalah,” Opah Yam tersedar dek jari jemari Nur Dini menyapa lengannya.

“Iya ke? Opah ada nak cakap apa-apa dengan Dini ke? Cakap aje, opah. Nur Dini sedia menjawab,” Nur Dini mengukirkan senyuman sambil meletakkan novel di meja sisi sofa.

Perhatian penuh diberikan pada Opah Yam di sebelah kirinya. Sementara Amar masih belum pulang dari surau, boleh juga dia berbual panjang dengan opah kesayangan lelaki itu. Mungkin lebih privasi perbualan mereka.

“Emmm, banyak benda yang opah nak cakap, Dini. Malam ni pun belum tentu habis,” Opah Yam berjeda. Nur Dini mula tidak senang duduk.

Soal apakah yang dirunsingkan Opah Yam? Tidak sukakah dia akan perkahwinannya dan Amar, cucu kesayangannya?

“Opah memang sangat bersetuju bila Amar membuat keputusan untuk berkahwin dengan Dini. Sekurang-kurangnya, kamu berdua terhindar dari dosa. Cuma, opah tak yakin pada Amar. Dini juga. Kamu berdua masih mentah lagi di dalam alam rumah tangga. Bukan mudah untuk mengekalkan perkahwinan yang wujud tanpa cinta. Zaman sudah berubah, Dini. Minda orang-orang muda sekarang tidak seperti orang dulu-dulu. Lagi pula, kamu masih muda.

Menurut cerita Amar, kamu berdua seteru. Pantang berjumpa, pasti akan ada salah faham yang berlaku. Tambah pula, kamu baru sahaja menetap kembali di Malaysia. Terlalu banyak hal yang memerlukan perhatian. Dini sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri?”

Nur Dini tersentak. Soalan terakhir Opah Yam menjerut lehernya. Sudah bersediakah dia? Makan minum sendiri pun mama yang uruskan. Dia juga masih di dalam proses belajar untuk menguruskan rumah tangga. Secara jujurnya, dia sendiri tiada jawapan untuk itu.

“Dini?”

Opah Yam menanti jawapan dari cucu menantunya penuh sabar. Tanpa pengetahuan mereka, Amar mendengar perbualan serius itu di sebalik pintu yang tertutup. Langkahnya mati di anak tangga ketika telinganya menangkap bicara opah kesayangannya. Kini, dia turut menanti jawapan dari Nur Dini.

“Buat masa sekarang, Dini memang tak ada jawapan sebetulnya untuk soalan opah. Macam yang opah cakap, Dini dan Amar masih muda dan mentah. Tapi, hakikatnya, ramai juga yang mendirikan rumah tangga di usia muda. Kalau ikutkan sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri, it’s hurt me…”

Opah Yam menggenggam jari jemari Nur Dini. Gadis itu kelihatan sebak. Sudah pasti, Nur Dini masih berasa keberatan untuk meninggalkan keluarganya. Gadis itu masih memerlukan perhatian dan belaian daripada kedua ibu bapanya. Kini, dia perlu memberikan sepenuh perhatian kepada rumah tangganya pula.

Amar terkedu mendengar ayat terakhir Nur Dini. Persoalan demi persoalan mula menjengah ke minda. Salahkah dia mengahwini Nur Dini dikala mereka masih mentah? Di usia dua puluh dua tahun, mereka masuk ke alam rumah tangga tanpa wujudnya perasaan yang memainkan peranan.

Walaupun masing-masing telah menghadiri kursus perkahwinan, belum tentu ia akan menjamin apa-apa. Mereka perlu juga mengadakan latihan secara praktikal. Kedua-duanya harus memainkan peranan dalam menjayakan hubungan halal ini. Komitmen suami isteri juga sangat penting.

*****

Nur Dini pelik dengan telatah Amar yang hanya mendiamkan diri sejak pulang dari surau. Dia ingin menegur, tetapi pantas sahaja otaknya menghantar signal agar tidak mengganggu lelaki itu.

“Amar, awak nak minum apa-apa tak?”

“Tak ada soalan lain ke kau nak tanya?” Nur Dini di birai katil, terkejut dengan soalan dingin Amar. Serta merta matanya memandang Amar yang membelakanginya. Lelaki itu kusyuk bermain game di laptop.

“Buat masa ni, soalan tu yang sesuai. So, the answer is… ?”

Amar membuat muka. Nasib baik Nur Dini di belakangnya. Jadi, tidaklah gadis itu nampak mimik wajahnya yang kebosanan.

Whatever it is, I’ll just drink it,” Nur Dini membawa langkah ke dapur.

Sempat juga dia membebel kepada Amar. Sebenarnya, dia hanya sekadar bertanya. Namun, ringan pula kakinya melangkah ke dapur. Amar mengekeh ketawa. Dia tahu, Nur Dini hanya mencari alasan untuk berbicara dengannya. Tetapi, dia yang cuba mematikan hasrat gadis itu untuk berbual.

*****

“Dini, tutup pintu ni. Kalau ada orang datang, jangan buka pintu. Duduk aje dalam rumah. Ada apa-apa yang suspicious tu, terus call Amar,” pesan Opah Yam bersungguh.

“Iya, opah,” Jika Opah Yam tidak mengingatkan pun, dia tahu.

Amar membunyikan hon. Hampir sepuluh minit dia menunggu Opah Yam di dalam kereta. Naik bosan sudah. Petang itu, Opah Yam dan Amar perlu menghadiri jemputan masjid yang mengadakan majlis ilmu. Pada asalnya, Nur Dini ingin mengikut mereka juga. Namun, mengenangkan dirinya yang uzur, niat itu dibatalkan.

“Kalut sungguh budak ni. Bukannya nak lari masjid tu,” leter Opah Yam sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Nur Dini menghantar pemergian mereka sehingga kereta Amar hilang dari pandangan.

Dipandang ke kanan dan kiri. Suasana di rumah jiran-jiran masih riuh dengan suara kanak-kanak bermain. Tidaklah dia takut sangat. Sedang dia menutup pintu, guruh berdentum. Namun, tidaklah terlalu kuat. Nur Dini sudah menggelabah. Cepat-cepat dia membawa diri ke dalam rumah. Tadi, elok sahaja cuaca cerah.

Di dapur, Nur Dini mengemaskan pinggan mangkuk dan juga periuk belanga. Sempat dia membancuh milo panas untuk dirinya. Boleh juga minum ketika membaca novel yang masih tergendala bacaannya. Setelah siap mengemaskan dapur, langkah dibawa ke bilik. Berada di dalam bilik lebih selamat kerana bilik itu menghala ke rumah Achik Kiah.

*****

Kilat sabung menyabung di langit. Cahaya yang hadir, mampu menakutkan Nur Dini. Selepas solat maghrib tadi, Nur Dini mula menyiapkan supper untuk Amar dan Opah. Tentunya, mereka pulang selepas isya’ nanti, perut mereka akan kelaparan.

Hidangan yang simple sahaja disediakan. Murtabak seafood, kegemaran nenek dan cucu itu. Dia hanya perlukan roti Gardenia dan juga seafood sahaja. Tidak terlalu berat dengan hanya menggunakan udang dan sotong yang masih berbaki.

Selesai sahaja memasak dan mengemas, dia kembali ke bilik. Takut juga, berlama di dapur. Cahaya kilat dari cermin dapur sudah mengecutkan perutnya. Tidak betah dia di situ. Niat hati ingin meneruskan bacaan novelnya, namun dimatikan niat itu apabila hujan lebat mula membasahi bumi.

“Apa aku nak buat ni? Call Amar? No, no! Hmmm, mama, I’m scared,” Sepantas kilat sabung menyabung, dia meluru ke katil.

Ditarik selimut tebal yang terlipat elok. Diselimut tubuh kecilnya. Bukan kerana sejuk, tetapi ketakutan. Walaupun rumah desa Opah Yam dilengkapi dengan syiling, bunyi hujan jatuh masih kedengaran kuat. Nur Dini mula memerhati sekeliling.

Dengan guruh yang berdentum selepas kilat menjengah, Nur Dini mencengkam kuat selimut di badannya. Wangian Amar yang melekat pada gebar itu membuatkan Nur Dini lebih selesa walaupun dia keseorangan. Secara tiba-tiba, dia teringat pesanan papanya.

“Nur Dini, dah hafal doa yang papa bagi semalam?”

“Dah, pa…”

Good girl. Kalau adik takut waktu hujan lebat, adik baca doa tu. InshaaAllah, it will reduce your frightening,” Pesan Datuk Mubin ketika mereka masih menetap di luar negara.

Nur Dini menadah kedua tangannya.

‘Ya Allah, curahkanlah hujan di sekitar kami tapi jangan melanda kami, curahkanlah hujan di atas bukit-bukit, di dataran tinggi, pergunungan, lembah dan di hutan belukar.’

‘Ya Allah, janganlah Engkau bunuh kami dengan kemurkaanMu, janganlah Engkau musnahkan kami dengan azabMu dan selamatkanlah kami sebelum itu.’

Diaminkan doa yang dibaca penuh kusyuk itu. Lega sedikit hatinya. Namun, buat seketika Nur Dini hilang arah. Tiba-tiba, elektrik terpadam! Nur Dini tenggelam di dalam kegelapan. Dek ketakutan yang teramat, bibirnya terkumat kamit membaca ayat Kursi dan juga berzikir.

Mengingatkan solat isya’ masih belum tertunai, dia cuba menahan diri daripada tertidur. Risau pula isya’nya terlepas begitu sahaja. Lebih baik dia menunggu kepulangan Amar dan juga Opah Yam.

*****

“Amar pergi buka suis kat dapur. Opah nak pergi tengok Dini,” Tanpa lengah, Amar berlalu ke dapur dengan diterangi cahaya telefon bimbitnya.

Disebabkan Opah Yam terlalu risaukan Nur Dini yang keseorangan di rumah, mereka pulang lebih awal. Sepatutnya, selepas sahaja majlis ilmu, jamuan makan diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar sekolah yang berjaya khatam Al-Quran. Namun, keselamatan Nur Dini lebih penting. Ingin menjamu selera juga terbantut.

Opah Yam menolak daun pintu bilik. Sebaik cahaya lampu menerangi bilik itu, dia melihat Nur Dini tidur dalam keadaan bersandar di kepala katil. Selimut tebal digenggam erat. Perlahan Opah Yam menapak ke katil. Pasti Nur Dini ketakutan sehingga tertidur. Kasihan pula mengenangkan gadis itu ditinggalkan ketika hujan lebat.

“Opah,” Amar menyangkutkan tuala bersih di bahu opahnya. Tadi, mereka terkena hujan sedikit.

“Lena sungguh Dini tidur. Mesti dia takut duduk sorang, Amar. Bekas air mata pun ada lagi di pipi dia ni,” Diusap pipi cucu menantunya itu penuh kasih.

Amar berdiri tegak di sisi katil. Benar kata opahnya, Nur Dini menangis. Mungkin takut ditinggalkan seorang diri.

“Opah pergilah tukar baju dulu. Biar Amar kejutkan Dini,” Opah Yam mengangguk sebelum meninggalkan pasangan pengantin baru itu.

Direnung Nur Dini yang sedang tidur penuh perasaan. Keluhan perlahan dilepaskan. Gadis itu bergerak sedikit. Amar berganjak sedikit. Kelopak mata Nur Dini bergerak-gerak, tanda dia sudah terjaga.

“Dini?”

Nur Dini mencelikkan matanya. Kemudian, terpejam kembali. Pedih pula matanya tika ini.

“Dah lama ke balik?” soal Nur Dini tanpa membuka matanya. Diurut pelipisnya perlahan. Inilah padahnya jika tidur selepas menangis. Pasti mukanya sudah sembab.

“Baru aje. Dah solat isya’ ke belum?”

“Belum…”

“Pergilah solat dulu. Lepas tu, boleh sambung tidur balik,” kata Amar sebelum berlalu ke ruang tamu.

Nur Dini mengikat rambut lurusnya sebelum melangkah ke bilik air. Nasib baiklah ada Opah Yam di dapur. Tidak perlulah dia meminta Amar untuk menemaninya. Buatnya tiba-tiba guruh berdentum macam tadi, tak ke haru. Dasar anak manja sungguh Nur Dini Datuk Mubin ni.

“Dini dah makan ke?”

“Belum lagi. Dini tunggu opah dengan Amar balik. Boleh makan sama…”

“Iyalah. Dini pergi naik solat dulu. Lepas tu, panggil Amar. Kita makan sekali,” ujar Opah Yam sambil memanaskan lauk siang tadi.

Murtabak seafood buatan Nur Dini juga dipanaskan oleh Opah Yam. Amar bukannya suka makan makanan yang sudah sejuk. Tak sedap katanya. Nur Dini membawa diri ke bilik. Cepat dia solat isya’, cepatlah mereka makan malam. Jam pun sudah menginjak ke angka sepuluh.

*****

Sedar tak sedar, sudah seminggu Amar dan Nur Dini di kampung. Lagi seminggu pula, kelas untuk semester akan bermula. Tugasan baru bakal ditempuhi Nur Dini. Menjadi pelajar dan isteri dalam masa yang sama. Memikirkan Amar yang bersikap selamba, dia bingung sendiri.

Tidakkah lelaki itu risau? Sudah pasti papa mama akan meminta mereka ke kolej bersama. Apa pula tanggapan rakan-rakan mereka? Bukannya mereka tidak peka akan pertelingkahan yang sering berlaku setiap kali Amar dan Nur Dini bersua muka.

“Ehem,” Amar berdehem kecil.

Nur Dini tersedar dari lamunannya. Kakinya masih galak menghayun buaian di taman mini Opah Yam.

“Kenapa?”

I’m the one who supposedly asking you. Jauh kau menung…”

“Jauh jugaklah. Lagi seminggu kelas kita nak mula. How’s our life?”

Amar menapak ke meja batu di tengah taman. Dilabuhkan punggung di situ. Nampaknya bukan dia seorang yang memikirkan tentang itu. Dia sendiri buntu. Jika perkahwinan mereka terbongkar, pasti dia akan diketawakan. Budak nakal kolej berkahwin dengan transfer student.

Act like always. Kau fikir apa?”

Do we need to live under the same roof? I mean, we live together?”

“Kenapa? Kau nak tinggal asing ke? Macamlah papa mama kau bagi,” Nur Dini buat muka.

Ingatkan bolehlah ‘serious talk’. Rupanya, ada juga bunga-bunga orang nak bergaduh.

“Tak adalah. Saya tanya aje. Lagipun, awak nak ke tinggal kat rumah saya terus? Mesti awak nak balik rumah awak jugak kan? One more thing, a bit uncomfortable for me to stay in your house. Seriously talk, Amar,” ujar Nur Dini.

Sejujurnya, dia langsung tidak selesa berada di samping ahli keluarga Amar selain Opah Yam. Layanan mereka terhadapnya hambar. Nur Dini ingin Amar tahu dari mulutnya sendiri tentang itu. Lebih baik dia berterus terang awal-awal daripada timbul masalah di kemudian hari.

The conclusion is, we live separately. Are you okay with that?”

Nur Dini tersengih. Nak saja dia melompat ketika ini. Tapi, dibatalkan niat itu. Terguris pula hati Amar nanti.

For our sake, I’m really okay with that. We just need to inform our parents. Then, settle,” Amar terangguk setuju.


Nur Dini memandang Amar dengan pandangan curiga. Sepanjang mereka bersama, tidak pula Nur Dini melihat Amar sibuk dengan telefon bimbitnya. Mana pergi hidung belang dia tu? Takkan tak ada steady girlfriend kot?

“Yang kau tengok aku macam tu dah kenapa?” soal Amar.

“Saja tengok. Tak boleh ke?”

“Huh, lain macam aje kau tengok aku. Dah jatuh hati dengan aku, eh?”
Nur Dini membaling bunga ros merah jambu di tangannya ke arah Amar dan disambut lelaki itu.

“Jangan nak perasan sangatlah,” Amar tergelak kecil. Sengaja dia mengenyitkan matanya.

“Manalah tahu. Diam-diam, kau suka aku ke…”

Uhuh, sad to inform you. Awak dah terkena penyakit perasan. Hati-hati ya. Takut merebak pulak,” tukas Nur Dini dengan nada seperti doktor yang sedang merawat pesakitnya.

“Alah, kau nak suka aku pun aku tak kisah. Daripada kau menggatal dengan lelaki lain, baik kau layan aku yang perasan ni,” Nur Dini tergelak.

Geli hati dia melihat gengster kolej as known as kasanova itu mencabut kelopak bunga ros satu persatu.

p/s : hope you guys suka. :D. SELAMAT MEMBACA!

3 comments:

  1. Wslm.. nak n3 enovel lain sma sis.. gila lma tnggu, Hehehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D. Insha Allah. lama sangat kan? mianhae. hari lain akak post. :)

      Delete
  2. Akak... bukan Dini cuti ke? Nape solat Isya' pula? Hehehe... part ending MZ suka.. haahhaha AMMAR!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete