Qisya
menolak pintu gelongsor. Nafas ditarik perlahan dan dihembus lembut. Bibirnya
mengulas senyuman lebar. Terasa tenang kerana dapat menghirup udara segar di
kampung. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tak sia-sia dia mengikut Syira pulang ke
kampungnya.
“Qisya!”
“Kat
atas ni,” laung Qisya. Dia menampakkan sedikit mukanya dari beranda agar Syira
tahu dia berada di beranda bilik.
“Mehlah turun. Kita pergi kebun atuk
aku,” ajak Syira.
“Okay. Kejap,” Qisya menutup kembali
pintu gelongsor dan terus berlalu ke tingkat bawah.
“Kebun
atuk kau dekat mana? Kita pergi berdua aje
ke?” soal Qisya kalut sambil menyarung seliparnya.
“Amboi,
kau. Tanya satu-satu boleh tak? Dekat hujung sana. Kalau kita pergi dengan kaki
sebelas kita ni, sepuluh minit. Kita pergi berdua aje. Nanti kat kebun tu ada saudara atuk aku. Jom,” jelas Syira.
Dia menarik tangan Qisya untuk mengikutnya.
“Bestnya kau. Ada kampung yang cantik ni.
Jealous aku,” Qisya menghayati
pemandangan indah di sekitar kampung Syira. Sawah menghijau dan kanak-kanak
gembira bermain layang-layang. Sungguh dia jatuh cinta dengan kampung Syira
yang terletak di utara Malaysia ini.
“Aku
pun rasa beruntung sangat tau. Masa cuti lepas habis SPM dulu, aku tinggal kat
sinilah. Memang best,” balas Syira.
“Kat
sini tak ada calon suami yang handsome-handsome
ke? Boleh aku tinggal kat sini terus,” Qisya memandang Syira serius.
“Hoih,
kau jangan main-main Qisya. Aku lesing kang baru kau tahu. Tak payah cari suami
kat sini pun kau boleh tinggal sinilah. Kau tinggal ajelah dengan atuk and nenek aku. Sanggup?”
“Aku
gurau ajelah. Jauh lagi ke?”
“Tak
jauh dah. Depan tu aje,” Jari Syira
menunjuk ke arah papan tanda yang tertulis ‘Vegetables
Village’. Kening Qisya terangkat.
“Besar
juga kebun atuk kau, Syira…”
“Tahu
pun kau. Tok wan aku ni pembekal sayur-sayuran untuk kedai-kedai runcit. Besides that, he’s personally sold those
vegetables… kat pasar. Kadang-kadang pekerja kat sini yang ambil meniaga
kat pasar tani atau pasar malam,” terang Syira. Dia bangga dengan semangat
atuknya membesarkan ladang sayuran yang dulunya hanya sekangkang kera dan kini
sudah mencapai lapan ekar.
“Weh,
serius aku suka. Dahlah rumah atuk kau keliling dengan sawah padi. Lepas tu,
ada pulak kebun sayur yang besar macam ni. Tenangnya jiwa,” Qisya menghirup
udara segar disekelilingnya.
“Aku
dah agak dah. Kau mesti suka semua ni. Otak writer
macam kau ni kena banyak terjebak dengan benda-benda nature ni semua. Baru idea yang keluar tu fresh,” Syira berkata bagai memahami kehidupan seorang penulis
bebas.
“Pandailah
kau berbahas…”
Qisya
tertarik melihat budak-budak sedang bermain layang-layang di batas sawah. Selain
itu, matanya dijamu dengan orang-orang yang berdiri tegak di tengah sawah. Ada
yang masih tegak berdiri. Ada juga yang sudah hampir menyembah bumi.
“Baru
balik ka, Insyirah?” tegur seorang mak cik.
“Ha’ah,
Mak Kiah. Sampai rumah tok wan, tengah hari tadi. Eh, lupa pulak. Ni kawan cheq, Qisya,” Syira memperkenalkan Qisya
kepada Mak Kiah.
Qisya
berbalas senyuman dengan Mak Kiah yang sedang sibuk membersihkan sawahnya itu.
“Orang
mana, Qisya?” tanya Mak Kiah ramah.
“Saya
orang Shah Alam, mak cik. Teringin sangat nak datang kampung Syira. Itu yang
sampai juga sini,” jawab Qisya sambil tersenyum.
“Hah,
eloklah tu. Boleh promote kampung ni.
Mana nak tau, kot ada mat-mat saleh
kat KL berminat nak mai tengok sawah padi kami ni,” Amboi, minah saleh macam
mana pula, Mak Kiah?
“Apalah
Mak Kiah ni. Kami ni mana dok berkawan dengan mat saleh tu semua. Kira
beruntung kalau depa tu nak pandang kami,” Qisya menyembunyikan tawanya. Terasa
lucu mendengar Syira bercakap dalam loghat utara.
“Mana
nak tau. Kot rezeki hang, Insyirah
oi. Mau terbeliak tok dengan tok wan hang tu dapat cucu menantu mat saleh,” gurau
Mak Kiah.
Mak
Kiah memang terkenal dengan sikapnya yang ramah di kampung ini. Tapi, ramah Mak
Kiah tidaklah sampai suka mengumpat orang. Syira memang agak rapat dengan Mak
Kiah memandangkan wanita tua itu adalah sahabat neneknya, Tok Bah.
“Ada-adalah
Mak Kiah ni. Kami nak pi tengok kebun tok wan sat. Abang Ed ada kat situ dak,
Mak Kiah?”
“Tak
silap Mak Kiah, ada. Dia pun baru sampai juga,” jawab Mak Kiah.
“Pi
dulu nah, Mak Kiah. Senang-senang nanti singgah rumah tok wan. Boleh sembang
panjang,” Syira meminta diri. Mak Kiah hanya mengangguk.
Qisya
dan Syira beriringan masuk ke dalam kebun sayuran milik tok wan Syira, Wan Syed.
Melebar senyuman Qisya. Bau baja mula menusuk ke rongga hidung. Qisya
mengeluarkan Iphonenya dari kocek seluar jeans. Sempat dia mengambil beberapa
keping gambar sebagai kenang-kenangan.
“Abang
Usop, abang Ed mana?”
“Ada
kat stor. Ambik baja katanya,” jawab Usop, salah seorang pekerja yang diupah
oleh Wan Syed.
“Amboi
kau, mak cik. Macam orang tak pernah jumpa kebun,” Qisya tersengih.
“Memang
pun. Cantiklah. Macam ladang strawberi kat Cameron Highlands. Angin pun
sepoi-sepoi bahasa. Ni semua tok wan kau punya ke?”
“Hmmm,
tapi ini baru kebun sayuq,” Syira menutup mulutnya. Ops! Terletus tawa Qisya. Qisya
terasa lucu mendengar sahabatnya itu berbicara loghat utara. Syira mencebik.
“Bila
sampai Syira?” sampuk suara gurau milik entah siapalah yang tiba-tiba datang
menyibuk.
“Hah,
abang Ed! Sampai tengah hari tadi,” Syira pantas memeluk lengan lelaki di
sebelahnya itu.
“Tak
bagitahu abang Ed pun Syira nak balik kampung,” kata Qarif, abang sepupu Syira.
“Hmmm,
mana nak tahu abang Ed pun nak balik. Kalau tahu, Syira bagitahu lama dah,” Qarif
mencebik.
“Dah
tak bagitahu macam mana nak tahu,” Syira menggaru kepalanya yang tak gatal. Apa
abang Ed merepek ni?
“Alah,
kalau tahu abang Ed nak balik jugak… tak payah susah-susah kita orang naik flight,” Muncung terus bibir yang tak
berapa nak seksi itu.
“Lain
kali deal dengan abang Ed. Tak apa,
nanti boleh balik KL sekali,” Terus melebar senyuman Syira mendengar cadangan
Qarif.
Qisya
buat muka bosan. Lebih baik bolayan diri sendiri. Ada juga faedahnya daripada
mendengar perbahasan kedua makhluk di depannya itu.
“Ni
siapa?”
“Aduh,
lupa lagi. Ni kawan Syira, Qisya. And,
Qisya. Nilah abang sepupu kesayangan aku, abang Ed or Syed Qarif Edzril,” Qisya
dan Qarif saling berpandangan. Masing-masing terkelu.
Syira
memandang keduanya silih berganti. Apa kena dengan budak dua ekor ni?
“Hello. Are you guys okay?” Qarif dan
Qisya tersentak.
“O…
okey,” jawab Qisya sambil terangguk perlahan. Huh, macam kenal aje mamat ni.
Tapi kat mana?
Siapa
minah ni? Macam pernah nampak, desis Qarif.
“Korang
ni dah kenapa? Tahulah abang Ed ni handsome
dan Qisya tersayang cheq ni lawa.
Tapi, yang dok tenung macam dunia ni korang yang punya, kenapa?”
“Hesy,
budak ni. Rahsia Allah. It just happened.
No forced,” Sengal punya jawapan
Qarif bagi. Itu namanya jawapan yang tak boleh terjawab. Hah, apa ke benda tu?
Qarif sendiri bingung.
“Pelik…
pelik. Atau, korang dah pernah jumpa sebelum ni?”
“Sejak
bila tukar profession kau ni? Drop that unanswered subject. Now, tell me.
Apa lagi yang tok wan kau ada selain kebun sayuq ni?” Sengaja Qisya menekankan
perkataan ‘sayuq’.
“Ni
yang aku nak bagitau ni. Hang dengaq ni. Pasang telinga luas-luas. Tok wan aku still ada kebun getah, kebun durian dan ladang
lembu,” Qisya hanya mengangguk.
Qarif
masih bingung sendiri. Namun, cepat-cepat dia membuang unanswered subject seperti yang dikatakan Qisya tadi. Takut gila
pula jika terus berfikir.
“Abang
Ed pergi sana dululah. Nanti nak balik, panggil. Abang Ed nak singgah rumah Wan
Syed kejap,” pesan Qarif. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan tok wan
saudaranya itu.
Syira
mengangguk sambil tersenyum. Qisya pula asyik memikirkan kekayaan Wan Syed.
Banyak juga hasilnya daripada semua kebun-kebun dan ladang milik Wan Syed. Tak
terkira hasilnya. Namun, Wan Syed bukanlah seorang yang tamak. Mungkin semua
itu boleh mengisi waktu lapangnya.
*****
Setelah
puas melawat ‘Vegetables Vilagge’,
Syira memanggil Qarif untuk pulang. Mereka bertiga beriringan berjalan pulang
ke rumah Wan Syed.
“Beb, bukan kau bawak baby Nikon kau tu ke? Kenapa tak guna?”
Qisya
yang sibuk membelek gambar yang diambil tadi sambil berjalan, mengangkat
wajahnya dan memandang Syira seketika.
“Bawak.
Tadi, kalut sangat kau panggil aku turun. Mana sempat nak capai apa-apa. Nasib
baik phone aku ni memang kat dalam
poket seluar,” Syira tersengih. Tangannya di lengan Qarif. Rapat sangat budak
berdua ni.
“Sorrylah. Kita kan seminggu kat sini.
Nanti aku bawaklah kau jenjalan kat sekitar kampung. Sekarang ni tengah musim
berangin. Apa kata kita main layang-layang?” cadang Syira tiba-tiba.
“Layang-layang?
Aku tengok kau main, bolehlah beb.
Nak main lari-lari tu, memang taklah,” balas Qisya perlahan.
Disebabkan
kemalangan empat bulan yang lalu, Qisya terpaksa menghentikan aktiviti-aktiviti
yang boleh membuatkan dia bergerak aktif. Kakinya masih belum sembuh
sepenuhnya.
“Ha’ah,
lupa pulak aku. Ala, tak apa. Kau teman aku dengan abang Ed main pun cukuplah…”
“Eh,
bila masa abang Ed cakap nak main?” Qarif yang sejak tadi membisu, bersuara
sambil mengangkat keningnya. Sengaja ingin mengusik sepupu kesayangannya itu.
“Hesy,
abang Ed ni. Sampai hati kan tak nak main dengan Syira. Okey, fine,” Syira berpura-pura merajuk. Dia
melepaskan lengan Qarif dan terus berjalan ke depan. Sempat dijelirkan lidahnya
kepada Qarif. Qarif hanya mampu menggeleng dengan keletah Syira. Macam
budak-budak!
Kini,
tinggallah Qarif dan Qisya di belakang. Tapi, berjarak jugalah mereka berjalan.
Qarif mengerling gadis di sebelahnya seketika. Qisya pula terasa kekok.
Sudahnya, dia belek saja Iphonenya itu.
“Err…
Qisya…”
“Yes…”
“Do we have met before?” Terlontar soalan
itu dari bibir Qarif.
“I don’t know, either. Tapi, saya rasa
macam kita pernah berjumpa. Entahlah,” balas Qisya, bersahaja.
“Déjà
vu? But, where? Just like, Dejavu di Kinabalu?” Qisya tergelak kecil. Dipandangnya
Qarif seketika. Wajah itu macam familiar
baginya.
“Seingat
saya, tak ada pulak saya donate my organ
before this. Although, donated by
someone also I don’t think I have. Jumpa dalam mimpi kot?”
“Mimpi?
Are you kidding me? It was so childish thought…”
“Childish thought? Or, the real one, Mr Syed Qarif Edzril? You look so familiar to me. Dan, pada pendapat
saya… mimpi pun boleh apa buat kita rasa macam ni,” Qarif menjongket bahu.
“Maybe, it is our destiny? Kita tak tahu
apa akan jadi… future,” Qisya
terkelu. Adakah maksud lelaki yang baru dikenalinya itu, jodoh? Jodoh?!
Merepek!
Walaupun
Syed Qarif Edzril itu dikategorikan sebagai kacak orangnya, dia masih belum
tertarik. Qisya kan anti lelaki kacak. Memang taklah, dia nak ada perasaan atau
teruja dapat bertemu lelaki yang tampan seperti Qarif itu. Bak kata Qisya, a handsome man always brought the problem.
And, I don’t like that. Qisya… Qisya.
*****
“Syira,
sorang saja? Mana Qisya?” tanya Tok Bah. Pelik kerana cucunya itu pulang
sendiri.
Tok
Bah meletakkan dulang yang berisi seteko air teh panas dan sepinggan goreng
pisang di pangkin kayu di bawah pokok kelapa. Memang menjadi rutin, dia dan Wan
Syed akan minum petang di situ jika hari tidak hujan.
“Ada
tu. Kat belakang, dengan abang Ed. Syira buat-buat merajuk dengan abang Ed. Itu
yang jalan dulu,” balas Syira sambil bersila elok di atas pangkin. Terliur
dibuatnya sebaik terpandang pisang goreng yang masih panas itu.
“Merajuk
pulak dah. Pasal apa pulak ni?” Tok Bah menuangkan air teh ke dalam cawan.
“Qarif
tak nak teman dia main layang-layang, Tok Bah,” sampuk Qarif yang baru tiba di
perkarangan rumah Wan Syed dan Tok Bah bersama Qisya.
“Lorh, sebab itu saja? Macam-macamlah
Syira ni. Mai, Qarif, Qisya. Pekena
pisang goreng. Panas lagi ni,” ajak Tok Bah. Syira mencebik.
“Bukan
main laju, kau jalan kan. Tahulah kuat pun,” Qisya menyenggol pinggang Syira. Dia
duduk di sebelah Syira. Qarif pula duduk bersila di sebelah Tok Bah.
“Tahu
tak apa. Aku memang kuat pun. Bukan macam kau. Lembik…”
“Amboi,
seenak pisang gorengkan mulut kau ni,” Qisya menyuapkan pisang goreng ke mulut
Syira.
“Aduh,
panaslah…” Syira mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain. Qisya buat muka biasa.
Ada aku heran?
“Wan
Syed mana, Tok Bah?”
“Ada
kat belakang. Kejap lagi, datanglah tu,” jawab Tok Bah sambil menghirup air teh
perlahan. Takut melecur pula lidah dek panas.
“Qarif
ingat nak bawak Wan Syed dan Tok Bah balik KL. Ayah Lan nak jumpa sebelum dia
pergi Mekah,” ujar Qarif.
“Lah,
Roslan tak boleh singgah sini kejap ka?”
“Tak
bolehlah tu. Seminggu ni memang ayah Lan sibuk. Nak hantar proposal syarikatlah, ada meeting
dengan lembaga pengarahlah. Sibuk sangat, Tok Bah. Itu yang ayah Lan hantar
Qarif balik sini, ambil Wan Syed dan Tok Bah,” Tok Bah mengangguk faham.
“Bilanya
Qarif nak balik sana?”
“Insha
Allah, minggu depan. Dua hari sebelum ayah Lan bertolak,” maklum Qarif.
“Nanti
Qarif tanya Wan Syed sendiri. Kalau Wan Syed okey, kami ikutlah,” balas Tok
Bah. Qarif mengangguk. Sejenak kemudian, dia tergeleng melihat gelagat dua
sahabat yang turut berada di pangkin itu.
Qisya
dan Syira pula sibuk bergaduh kecil. Memang tak sah kalau sehari tak bergaduh,
BFF dua orang tu. Nasib baik cuma bergaduh manja. Bergaduh betul-betul nanti,
boleh kena heart attack kedua-dua
keluarga mereka. Maklumlah sahabat dunia akhirat.
“Apa
yang hampa dua dok bergaduh ni?” tegur Wan Syed sambil melabuhkan punggungnya
di pangkin kayu itu. Qisya dan Syira menoleh serentak. Keduanya menarik
sengihan.
“Mana
ada gaduh, tok wan. Ni namanya dok bermanja-manja. Kan, Qisya sayang,” Qisya
tergeleng. Tiba-tiba, goose bumps
terus seluruh badannya.
“Eeuw, apa kes nak bermanja-manja dengan
kau pulak ni?” Syira tersengih sambil tangannya dilarikan lembut di bahu Qisya.
“Alolo,
sukalah tu,” usik Syira. Qisya bangun berdiri. Dia menjauhkan dirinya dari
Syira. Geli dibuatnya.
“Sudahlah
tu, Syira. Tak baiklah. Buatnya nanti Qisya terjatuh, macam mana? Dah satu hal
nak kena hantar pergi hospital. Ni Qisya, jangan dok buas sangat. Hang tu baru
sembuh,” Qisya tersenyum nipis, mendengar pesanan Wan Syed.
“Qisya
okeylah, Wan Syed. Boleh dah nak lari manja gitu,” balas Qisya perlahan.
“Lari
manja kau cakap, Qisya Aulia? Huihhh, lari manja kau tu… dah boleh round satu kampung ni tau,” Qisya buat
muka toya.
Tok
Bah dan Qarif hanya mendengar sahaja perbualan ketiganya. Malas nak menyampuk.
“Budak
berdua ni kalau bergaduh, tahun depan pun tak boleh nak habis. Baik makan
pisang goreng ni pun kenyang. Entah macam manalah nanti kalau dua-dua dah
kahwin. Agak-agak awaklah, Bahyah… kena tinggal satu rumah tak?” Tok Bah
ketawa. Lucu dengan bebelan Wan Syed yang bersahaja itu.
Qisya
dan Syira terdiam dek terdengar perkataan ‘kahwin’. Keduanya bagai sedang
membayangkan kehidupan mereka setelah berkahwin. Mesti dah jarang dapat jumpa.
“Syira
tak nak kahwinlah macam tu. Kalau kahwin pun, duduk satu rumah… macam best aje,” Semua mata memandang Syira.
“Eheh,
kau nak bermadu dengan aku ke, Ra? Aku tak nak,” seloroh Qisya.
“Alah,
kau ni… suami asing-asinglah. Rasanya tak pernah lagi orang buat macam tu. Kita
buat macam tu nak?”
“Hoi,
agak-agaklah nak bercakap pun. Abang Ed sebagai seorang calon suami kepada entah
sesiapa aje… sangat tidak bersetuju dengan cadangan Syira tu. Ada ke nak
beromantik bagai depan pasangan lain. Tu tak kira lagi bab aurat,” celah Qarif
selamba.
“Qisya
setuju dengan point itu,” Qarif mengangkat
ibu jarinya kepada Qisya. Qisya tersenyum lebar. Thumbs up!
Syira
meminta simpati dari tok dan tok wannya. Dia buat muka masam. Qisya memeluk
sahabatnya erat.
“Duduk
rumah asing-asing tapi… nak jadi couple
next house aku?”
“Nak!”
Tersentak Qisya dibuatnya. Mana taknya kalau si Syira itu menjerit di tepi
telinganya.
Wan
Syed, Tok Bah dan Qarif mengurut dada masing-masing serentak. Boleh bikin sakit
jantung kalau hari-hari macam ni.
*****
Hampir
lima hari, Qisya bercuti di kampung Syira. Lima hari itu sangat dimanfaatkan
Qisya. Syira dan Qarif membawa Qisya berjalan-jalan di sekitar kampung.
Kebetulan, ada jiran Wan Syed yang membuat kenduri. Dapatlah Qisya merasai
kenduri di kampung.
Memang
berbeza dengan kenduri di bandar. Di kampung lebih meriah dengan suasana orang
kampung bergotong royong. Walaupun hanya kenduri arwah, masih meriah macam
kenduri kahwin. Qisya seronok melihat suasana begitu. Sempat dia mengabadikan corak-corak
hidup di kampung dalam foto-foto yang diambilnya. Dia sangat berharap, dia akan
menjejakkan kaki ke kampung itu lagi.
“Dah
siap?” soal Qarif kepada Qisya yang sedang meletakkan beg-beg ke dalam bonet
BMW 520i miliknya.
“Dah.
Beg Wan Syed dengan Tok Bah pun dah masukkan,” jawab Qisya. Setelah pasti tiada
lagi barang-barang yang belum dimasukkan, Qarif menutup bonet keretanya.
“Qarif,
kamu dah pesan dengan wan kamu suruh dia tengokkan rumah dengan kebun Wan
Syed?” tanya Wan Syed. Dia memang gelisah setiap kali ingin meninggalkan rumah dan
kebun-kebunnya.
Qarif
tersenyum memandang tok wan saudaranya itu.
“Dah,
Wan Syed. Wan siap tulis lagi dekat buku kesayangan dia tu,” balas Qarif.
“Tak
apalah kalau macam tu. Jomlah, semua dah siap. Wan Syed nak duduk belakang ya. Somebody, please sit in front,” Ceh,
mentang-mentang bekas guru. Speakinglah
dia. Tapi, bekas guru matematik saja pun.
Tok
Bah menyembunyikan senyumannya. Selalu sangat dah dia mendengar suaminya itu
bercakap bahasa Inggeris. Kadang-kadang tu, Tok Bah buat-buat faham sajalah. Malas
nak ambil tahu. Syira pula dok tersengih nakal memandang Qisya. Dia memberikan
isyarat agar Qisya sahaja yang duduk depan.
Disebabkan
semua sudah masuk ke sit belakang, terpaksalah dia duduk di sebelah Qarif. Nasiblah
hubungan mereka, bolehlah dikatakan okey walaupun sering berselisih pendapat. Qarif
memulakan pemanduan dengan bacaan Basmallah dan doa perjalanan jauh.
*****
Qarif
memandang ke tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang. Ketiga-tiganya
sudah lena. Dia menoleh pula ke kirinya. Qisya kelihatan sedang menghayati hutan
kelapa sawit dan juga pokok getah di sepanjang perjalanan.
“Kenapa
tak tidur? Kalau penat, tidurlah,” Qisya terlepas keluhan. Tak sengaja.
“It’s okay. Mata tak mengantuk,” jawab
Qisya. Dia membetulkan duduknya agar lebih selesa.
Sebenarnya
dia fobia kerana kemalangannya dulu. Disebabkan dia tertidur sekejap, terus
koma dek kemalangan itu. Tidur yang disangka seketika itu, rupanya panjang.
Sedar-sedar sahaja, dia sudah berada di hospital.
“Syira
cakap Qisya trauma. Maaf kalau abang Edzril menyibuk,” Qarif mengetahui pasal
kemalangan yang menimpa Qisya pun secara tidak sengaja apabila Syira terlepas
cakap.
“Tak
ada apalah. Cuma trauma sikit aje. Lagipun, ni first time Qisya berjalan jauh selepas accident. Jadi, takut sikitlah,” balas Qisya jujur.
“Tak
jumpa psychiatrist ke?”
“Ada.
Treatment biasa aje. Selepas balik
nilah, Qisya ada appointment dengan psychiatric tu,” Qarif terangguk.
Sangkanya Qisya akan sensitif jika perihal doktor sakit jiwa dibangkitkan.
“Are you okay with all the treatment? I mean,
about people who will say something negative to you?”
Qarif
pernah melaluinya suatu ketika dulu. Jadi, dia sangat tahu macam mana sakitnya
digelar orang sakit jiwa walaupun dia bukanlah gila. Cuma, perubatan biasa bagi
pesakit yang ada trauma atau tekanan perasaan.
“Gila?
Tak semua yang dapat treatment dari psychiatric tu gila. Treatment ni pun untuk kebaikan Qisya.
Tak payah nak fikir pasal orang lain. Bukan dia orang yang sakit,” ujar Qisya.
Qarif tergelak.
“We have the same point. Tapi, jauh lagi
ni. Boleh ke tak tidur?” tanya Qarif. Sekadar ingin tahu.
“Qisya
okeylah. Abang Edzril pun tak tidur jugak kan. Just make me as your driving partner. Tak adalah bosan kan?”
Qisya tersenyum.
“Baiklah,
Cik Qisya Aulia. Selamat bertugas,” ucap Qarif dalam nada bersahaja. Qisya
tergelak kecil.
Entah
macam mana, Qisya selesa dengan sikap Qarif yang pada pendapatnya lelaki itu seorang
yang memahami. Selain itu, Qarif boleh juga dilabelkan sebagai abang yang baik
dan seorang pelindung. Teringat lagi, ketika mula-mula dia memanggil Qarif,
abang Edzril.
Secara
tidak sengaja, ada pacat yang terlekat di jari kaki Qisya ketika dia sedang
menemani Syira dan Qarif bermain layang-layang di sawah. Dia cuba memanggil
Syira, namun gadis itu sibuk menaikkan layang-layangnya. Disebabkan Qarif yang
berada berdekatannya, terus dia menjerit memanggil lelaki itu.
“Abang
Edzril!” Qarif tersentak. Qisya memanggil diakah? Edzril tu nama dia kan?
“Qisya
panggil saya ke?” Qarif bersuara kuat sedikit.
“Qisya
panggil abang Edzrillah. Tolong Qisya!”
Qarif
pantas mendekati Qisya dibatas sawah. Dia merenung Qisya pelik. Belum pernah
lagi orang memanggilnya, abang Edzril. Sepupunya yang lain menggelarnya, abang
Ed. Sama seperti Syira. Di pejabat pula, staf-stafnya pula memanggil, Tuan
Qarif. Pertama kali ada yang membahasakannya sebegitu, dia rasa bertuah. Erk?
“Tolong
apa?”
“Ni
hah, pacat gatal. Sibuk nak hisap darah orang,” bebel Qisya. Matanya ditunakkan
pada kaki kanannya. Sedap sahaja pacat itu landing
di jarinya.
“Lah,
pacat aje pun. Bukannya lintah ke belut ke,” Qarif bertinggung. Tangannya
mencapai daun apa entah yang tumbuh segar di situ. Ditariknya pacat itu dari
jari kaki Qisya.
“Pacat
pun sejenis vampire apa. Kerja nak
ambil darah orang,” Qarif tergelak. Boleh pula gadis itu merapu.
“Hoi,
korang buat apa ni?” sergah Syira tiba-tiba.
“Takkanlah
nak berasmaradana tengah bendang pulak, Syarifah Insyirah oi. Ada pacat nak
mengorat Qisya ni hah,” Qarif menarik pacat itu dan ditayangkan kepada Syira.
Menjerit kegelian gadis itu. Dia menjauh sedikit.
Qisya
memandang jari kakinya yang sudah dipenuhi darah itu. Dia tengok, tak adalah
besar mana pun pacat itu. Tapi, banyak juga darahnya keluar.
“Amboi,
banyaknya darah. Buat derma di hospital pun bagus. Ini tak, derma kat pacat,”
usik Qarif. Dia masih bertinggung sambil mencuci darah di jari kaki Qisya
dengan daun.
“Nah,
daun kapal terbang. Tok Bah selalu letak kat kaki Syira bila kena gigit dengan
pacat dulu,” Syira memberikan daun kapal terbang yang dipetiknya di kawasan
berdekatan.
“Eee,
abang Edzril buat apa tu?” Qisya pelik tengok Qarif mengunyah daun kapal
terbang itu. Kemudian, dengan selambanya dia meletakkan daun yang hampir lumat
itu ke jari kaki Qisya.
“Nak
berhentikan darah, ini aje ubatnya…”
“Tapi,
air liur…” Qarif tersengih.
“Halal
ajelah. Bukan mati pun. Dah, jom balik,” Qarif bingkas berdiri. Dia berjalan di
depan. Sempat dia mengisyaratkan kepada Syira agar memapah Qisya.
p/s : TDP part 2. actually, setakat ni ja yang CIA tulis. seterusnya, seperti biasa. lack of the idea. ada masa nanti CIA tamatkan TDP. sorry sangat-sangat. harap-harap ending dia part 3 lah. lama sangat dah cerpen ni. huhu. SELAMAT MEMBACA!
Untuk PEARL, Insha Allah nanti CIA sambung. adik-adik CIA semua ada kat rumah. so, tak boleh nak concentrate even ada idea. CIA tulis pun berterabur. paling lewat pun CIA post episode 4, maybe esok. paling awal, malam nilah. sorry tau. depa kerja nak kacau ja CIA nak menulis. huhu.
Best untuk pearl tu dina tunggu okay kalau boleh cpt heheh syg akak!
ReplyDeleteKami boleh tnggu sis.. sis relax2 dlu, Hehehehe
ReplyDeleteKalau blh part Ending tu sis uat pnjng2 sikit.. Tambah2 kalau mreka dah ada Baby kan.. Lagi sweet ♥ Muehehehehe.. Best cita ni ♥