Assalamualaikum... Hye!
Pagi! CIA post episode 10 part 1 dulu eh. tak boleh nak concentratelah. inshaAllah, paling lewat untuk entry penuh, lewat malam ni. sorry sangat-sangat. otak jammed tengah jalan. bercelaru dah. mentang-mentang dah last kan. haha. tapi, enjoylah part 1 dulu ya since CIA dah janji nak buat entry Pearl pagi ni. untuk entry penuh maybe ada perubahan di part 1 ni, bila otak dah kembali berfungsi dengan betul. haha. apa pun, tinggalkan komen eh. kot-kot CIA boleh ubah sikit ke. sorry tau. SELAMAT MEMBACA! :D.
******************************
EPISODE
10 (LAST) - Part 1
Soffi
renung wanita di hadapannya itu. Riak wajah itu kelihatan tenang. Entah
mengapa, dia berasa selesa untuk berbincang dengan wanita itu seperti setahun
yang lalu. Dia agak kagum dengan Adelin. Pertama kali bersua dengan wanita itu,
hanya wajah ceria sahaja ditayangkan. Seperti tiada apa-apa masalah sedangkan
dia tahu fikiran Adelin pasti penuh dengan tanda tanya.
“Boleh
Soffi bagitahu saya apa yang Soffi nak cakapkan? Chiya’s waiting me,” Adelin bersuara apabila Soffi hanya berdiam dan
menilik wajahnya.
“Sorry, I just can’t stop adoring you. Whenever
the problem is getting harder… you still calm. Awak sanggup terima Chiya even tak tahu asal usul dia. Awak pernah
buka dokumen kelahiran Chiya?” Adelin geleng.
Tidak
pernah pula dia terfikir untuk menilik dokumen itu. Fail yang diserahkan oleh
Soffi dan Ren dulu juga tiada ditangannya. Fariz tinggalkan fail itu kepada
Mina memandangkan dokumen itu diperlukan jika Chiya jatuh sakit atau ada
apa-apa yang berlaku kepada anak itu.
“Kenapa
dengan dokumen tu? Tak pernah terlintas pulak nak tengok. Saya cuma tahu nama
sebenar Chiya aje. Yang lain, tak pulak saya tahu,” Soffi senyum nipis.
“Awak
tahu siapa ibu kandung Chiya?” Adelin geleng lagi. “Ian pernah buka dokumen
tu?” Soalan demi soalan Soffy menyoal, inginkan kepastian.
“I don’t think so. Dokumen tu kami terus
serahkan pada pengasuh Chiya. Tapi, rasanya dokumen tu dah balik ke tangan
Fariz. Kenapa?”
“You should ask him about Chiya. Maybe, he know
it,” kata Soffi, mula bermain tarik tali.
“Dia
takkan bagitahu saya, Soffi melainkan dia dah ready untuk saya tahu pasal sesuatu perkara tu. Just be frank to me. You may believe me,
Soffi,” Adelin menggunakan serangan psikologi.
Soffi
mengeluh kecil. Masalahnya, dia tidak mahu mengaibkan Fariz dan Mutia. Namun, hal
ini turut melibatkan Chiya. Lambat laun, pasti Adelin akan mengetahuinya juga.
Tidak sampai hati pula dia ingin terus berahsia. Melihatkan keadaan Adelin yang
sentiasa tenang itu, membuatkan dia berkobar-kobar untuk memberitahu Adelin
tentang Chiya.
“Okay, I’ll trust you. Awak kenal Mutia
kan?” Adelin angguk. “Dialah ibu kandung Chiya. Saya yang culik Chiya sebab
Mutia selalu memukul Chiya. Semuanya sebab nak membalas dendam kepada bapa
kandung Chiya. Dia tidak boleh terima kehadiran Chiya, memandangkan Chiya bukan
anak yang sah tarafnya. Mutia diperkosa dek perbuatan dia sendiri yang cuba
bermain dengan api…”
Adelin
mengangkat tangannya, meminta Soffi berhenti seketika.
“Mutia
buat apa?”
Soffi
berdehem. Adelin adalah kakitangan Eclipe’s Holding, pasti dia mengetahui
tentang Pearl. Serba salah pula dia ingin menjawab soalan itu. Namun, demi masa
depan Chiya, dia harus membongkarnya juga. Maafkan aku, Mutia, Ian.
“Mutia
dan Pearl adalah orang yang sama. Pearl bermaksud mutiara seperti nama dia juga,
sebab itulah Mutia guna nama Pearl untuk mengugut keluarga Tan Sri Lutfi. Dia
tak boleh terima kematian papa dia. Tapi, awak pun mesti tahu qada’ dan qadar
hidup kita ni kan. Kalau dah ajal, pasti akan mati jugak. Arwah papa dia
ditembak di depan mata dia sendiri, jadi dia cuba appoint sesiapa yang boleh dia salahkan untuk kepuasan diri sendiri,”
Soffi berhenti seketika.
Dia
menyerahkan sampul surat coklat kepada Adelin.
“Ini
bukti segala perbuatan jahat Pearl, lima tahun dulu. Ian pernah nak hapuskan
bukti-bukti ni sebab dia ingat Pearl takkan kembali ke sini lagi. Ian cuba
hilangkan jejak Pearl, tak mahu polis terus menyiasat pasal kes tu. Dia sendiri
yang menutup kes Pearl. Semuanya kerana dia tak nak keluarga dia tahu yang
Pearl tu Mutia, anak tunggal kawan baik Tan Sri Lutfi,” jelas Soffi lagi.
Adelin
membuka sampul surat itu. Beberapa keping gambar berjaya menarik minatnya. Fariz
dan Mutia kelihatan mesra di dalam gambar itu. Sekeping gambar yang terjatuh, mendebarkan
hati Adelin. Ditahan perasaannya agar tidak terus melatah. Soffi terdiam
seketika.
“Jadi,
Fariz adalah… ayah kandung Chiya?” Nak tak nak, Soffi menganggukkan kepalanya.
“No wonder, he starts to care about Chiya.
Tan sri dan puan sri tahu tak pasal ni?”
“Tak.
Tiada siapa yang tahu pasal ni selain saya, Ren, Mutia, Hadi, Ian dan awak. Ian
bukannya hantar Mutia ke LA sebab ingin menutup perbuatannya, tapi dia tak nak
Mutia terus melakukan kesalahan. Tan sri dan puan sri dah anggap Mutia macam
anak dia orang sendiri, apa agaknya akan
berlaku kalau kebenaran ni terbongkar…”
“Di
mana Mutia sekarang ni?”
Soffi
menggeleng. Sudah beberapa hari Mutia tidak pulang. Puas sudah dia menelefon
Mutia, namun talian tidak dapat disambungkan. Ren juga gagal menjejak Mutia.
“Sekarang
ni, semua bukti dah ada ditangan awak. Awak buatlah apa yang awak nak, Adelin. Saya
tak sanggup lagi nak simpan semua ni. Ian dah sedar kesalahan dia. Salah Mutia
jugak sebab mencabar kesabaran Ian masa tu. Tapi, boleh saya tahu apa hubungan
awak dan Ian? Saya tak rasa hanya teman tapi mesra,” Adelin angkat kening.
Disimpan kembali gambar-gambar ke dalam sampul.
Malu
pula untuk terus menatap gambar perlakukan tak senonoh suaminya itu. Dulu! Ugh!
“Dia
suami saya. Dah masuk dua tahun perkahwinan kami,” Soffi terpempan. Suami?!
“Errr…
awak okey ke? I mean, gambar-gambar
ni?”
“It’s okay. Known him for two years, more
than enough for me to understand him, Soffi. At least, I know he’s changed,”
Walaupun dia agak sukar untuk menerima perbuatan Fariz pada Pearl itu, dia cuba
untuk memahami tindakan suaminya pada ketika itu.
“I know it, Adelin. You’re understandable
women. Tapi, saya tak jamin Mutia akan berdiam. Hah, sebelum saya terlupa. Ren
bagitahu saya, Dr Raihani adalah orang upahan Mutia untuk menipu laporan
kesihatan Chiya. So, I think you should take
Chiya to the hospital once again. Mungkin, Chiya bukan dirogol,”
Mendengarkan itu, Adelin hembus nafas lega.
Betapa
gembiranya dia jika itulah kebenarannya. Tak sabar pula dia ingin bertemu
Chiya. Mutia… Mutia. Sanggup merancang untuk merosakkan anak sendiri.
“Thank you, Soffi for this evidence. I’ll
give this to Fariz. Petang ni, Fariz akan bertolak ke LA untuk selesaikan
kes Eclipe’s Holding yang berkait dengan pihak sana. I think he also should have this,” Soffi senyum.
Sebaik
mungkin, Adelin menjaga emosinya. Dia faham sangat akan perasaan Adelin itu.
Isteri mana yang sanggup menerima hakikat, anak yang disayanginya itu merupakan
anak suaminya bersama perempuan lain. Salah dia juga yang menyerahkan Chiya
pada Fariz dan Adelin tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tetapi, nasi sudah
menjadi bubur.
*****
“Mummy,
are you okay?” Suara lembut Chiya
menyedarkan Adelin dari lamunannya. Hilang terus imbauan pertemuannya dengan
Soffi tiga hari yang lepas.
“Mummy
okey, sayang. Chiya nak apa ni? Nak susu?” Chiya angguk.
Adelin
bangun dari sofa. Dia menghala ke dapur untuk membancuh susu untuk Chiya.
“Mummy,
I miss daddy so so much,” adu Chiya,
sayu. Mukanya kelihatan sedih. Betul-betul rindulah tu.
“Rindu
daddy? Nah, your milk. Jom, kita call daddy eh,” Mereka kembali ke ruang
tamu.
Telefon
bimbit di meja, diambil. Adelin membuat panggilan video. Tadi, Fariz ada
menghantar sms mengkhabarkan dia sudah tiba di Malaysia dan kini sedang
menyambung kerjanya di IPD. Beberapa minit mendail, tiada jawapan dari Fariz. Chiya
yang berbaring di riba Adelin, melarikan jemarinya ke permukaan telefon. Gambar
mereka bertiga diletakkan sebagai wallpaper.
“Emmm,
nanti mummy call daddy lagi ya. Kita
tengok video daddylah. Nak?” Laju Chiya mengangguk.
Tangan
Adelin bermain di dada telefon, rakaman video yang diambilnya ketika Fariz bermain
Chiya dibuka. Diberikan handphone itu
kepada Chiya. Setiap malam sebelum tidur, pasti Chiya akan menonton video itu
terlebih dahulu. Jika tidak, dia tak boleh tidur lena. Sekejap, sekejap…
mengigau.
“Daddy so handsome. Mummy, I love him. Chiya sayang daddy,” Dicium
permukaan Samsung Galaxy Note 3 itu.
Adelin
senyum. Rindu sangatlah tu jika begini gaya Chiya. Daddy ni pun satu, anak dia
dah rindu tahap gaban ni… boleh pula tidak menelefonnya. Mummy pun dah rindukan
daddy. Tsk. Dipandang Chiya diribanya, tidur sudah kanak-kanak itu. Botol susu
bersaiz besar itu dia alihkan. Chiya memeluk erat handphonenya.
Terbit
keluhan kecil dari mulut Adelin.
“She’s really your daughter, daddy.
Hmmm,” Perlahan-lahan, Adelin mengangkat tubuh Chiya untuk dibaringkan di
katil.
“Mama…
don’t beat me,” rengek Chiya
perlahan. Adelin menepuk-nepuk peha Chiya. Tapak tangan kanannya dilekapkan ke
dahi anak itu untuk menenangkan Chiya dari terus bermimpi buruk.
“Shhh,
mummy tak ada kat sini, sayang,” Adelin mengusap parut di dahi Chiya lembut.
Dia
sendiri masih terfikir, dahi itu terluka kerana apa. Tega sungguh Mutia
mencederakan darah dagingnya sendiri. Sanggup pula mengupah orang untuk merogol
Chiya. Untung sahaja, lelaki yang diupah oleh Mutia itu masih punya hati perut.
Laporan kesihatan Chiya semalam, betul-betul melegakan hatinya. Chiya disahkan
tidak dirogol. Cuma, dia mengalami trauma sedikit dek kejadian itu berlaku
secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah.
*****
Hadi
mundar mandir di ruangan menunggu wad kecemasan hospital di ibu negara itu. Jantungnya
bagai mahu terkeluar, membayangkan sahabat baiknya itu sedang bertarung nyawa
di dalam wad kecemasan itu. Telefon bimbit lelaki itu juga kerap berbunyi. Dia tidak
sampai hati dia mahu menjawab. Sudahnya, ditukar ke silent mode.
“Tuan
Hadi, semua dah selesai. Tuan Fariz macam mana?” Muncul Lukman di ruangan itu.
“Alhamdulillah,
selesai jugak. Dia masih di dalam. Dah tiga jam, tak ada pun sesiapa yang
keluar masuk. Carl mana?”
“Dia
pergi uruskan hal Mutia. Keluarga Tuan Fariz macam mana pulak? Takkan kita tak
boleh bagitahu dia orang? Ini dah tahap kecemasan, tuan. Kalau jadi apa-apa
pada Tuan Fariz, kita yang disalahkan nanti. Lagipun, kes kita dah selesai,” Hadi
mengeluh.
Bukan
dia tidak mahu menghubungi ahli keluarga Fariz, tetapi Fariz sendiri yang mahu
hal ini dirahsiakan. Mereka masih punya empat hari lagi jika mengikut perancangan
sebenar. Entah macam mana, tiba-tiba sahaja perjalanan mereka pulang ke IPD
dihalang. Segalanya yang berlaku pada malam ini, seperti mimpi. Mimpi di alam
realiti.
*****
~Beberapa
jam yang lalu~
“Tuan,
ada kereta yang menghalang di depan,” maklum Lukman yang menjadi pemandu pada
malam itu.
Fariz,
Hadi dan Carl mengintai ke luar. Benar, sebuah kerete jenis MPV sedang
melintang di tengah jalan. Masing-masing sudah bersiap dengan senjata mereka,
sebagai langkah berjaga. Ditambah dengan keadaan malam yang gelap dan jalan
pula sunyi. Mereka sendiri yang memilih untuk pulang ke IPD mengikut jalan lama,
tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya.
“Memang
tak boleh nak patah baliklah, tuan. Ada kereta yang block kat belakang,” beritahu Lukman lagi. Wajahnya sudah berkerut
seribu. Ya Allah, Kau lindungilah kami. Amin.
“Jomlah
keluar. Manalah tahu umpan mengena malam ni, kenyang kita,” Fariz berkata
tenang. Dia mengulas senyum.
Hadi
dan Carl yang memahami maksud itu turut tersenyum. Gelaran polis yang disandang
tidak pernah mengajar mereka untuk menjadi pengecut. Seorang polis yang
berjaya, pasti sanggup menempuh apa jua keadaan. Biarpun risikonya tinggi, hidup
mati mereka bukan ditentukan oleh ‘pemangsa’ di luar sana. Hanya Allah s.w.t.
yang berhak mengambil nyawa seseorang itu.
Penuh
keberanian mereka melangkah keluar dari kenderaan mereka yang juga berjenis MPV
itu. Empat orang lelaki bertubuh tegap yang serba hitam itu sudah siap menunggu
dengan senjata masing-masing. Raut wajah mereka bengis sekali. KL gangster pun
kalah beb.
“Di,
kalau apa-apa jadi kat aku… kau tolong sampaikan pesanan aku pada Adelin. Aku
sayang dia sangat-sangat. Sekalipun aku terkorban malam ni, jangan pernah kau
beritahu keluarga aku,” Hadi tergamam seketika. Apa maksud Fariz?
“Jangan
merepeklah, Fariz. We’re here. Aku
bagi amaran kat kau, jangan tinggalkan Adelin. Aku sendiri yang bunuh kau
nanti,” Carl beriak serius. Amarannya itu bukan sekadar amaran kosong.
“Apalah
korang ni, waktu-waktu macam ni pun dok merepek entah apa-apa,” sampuk Hadi.
“I mean it, Hadi, Carl. Tolong aku jaga
Chiya sekali,” Hadi dan Carl saling berpandangan. Tiada nada gurauan pada suara
itu.
Mulalah
hati mereka tidak sedap. Namun, mereka nekad. Terbang ke Los Angeles, berempat
dan pulangnya juga harus dalam bilangan yang sama.
“How was your daughter, ASP Fariz? Is she
okay?” Mata Fariz tajam memandang susuk tubuh yang berada tidak jauh darinya
itu.
“Don’t you dare to hurt her, Mutia. She’s
your daughter too,” Mutia gelak, penuh kepura-puraan.
“Aku
kisah apa? Dia bukan anak aku. Tak ingin aku mengaku dia anak akulah kalau
bapak dia tu adalah kau,” bentak Mutia.
“Huh,
tapi kau lahirkan dia jugak. Kenapa kau tak gugurkan aje kalau kau memang tak
suka dia?”
“Bodoh.
Kau ingat aku nak sangat ke simpan budak tu. Semuanya sebab kau. Aku simpan
semata-mata kerana kau. Kau nak tahu kenapa? Sebab aku boleh bunuh kau melalui
dia. Tapi, Soffi tak guna tu dah bawak lari anak haram kau tu. Kononnya, nak
berubah. Aku relalah tak ada kawan daripada ada pengkhianat macam dia,” Seperti
orang tak betul sahaja, Mutia menghamburkan kemarahannya.
Tudung
yang selama ini menutup rambutnya, sudah hilang! Mutia masih kekal sebagai
Pearl rupanya. Fariz kepal penumbuk. Namun, kesabaran dia masih menghalangnya
untuk terus menyerang Mutia. Setiap orang yang mengawasi mereka sudah siap
sedia untuk menarik picu, peluru juga menunggu untuk menerkam mangsanya.
Hadi,
Carl dan Lukman berganjak, langkah demi langkah ketika Fariz cuba berbalas kata
dengan Mutia.
“Aku
bukan hantar kau ke LA untuk kau rancang semua ni, Mutia. Bukan kau seorang
yang menderita, tapi aku jugak. Aku pernah cakap kat kau dulu, aku takkan
pernah lupakan apa yang dah aku buat pada kau. Sikit pun memori tu tak hilang. Aku
cuma nak kau sedar, Chiya langsung tak ada kaitan dalam hal ni. Dia masih
budak-budak, tak tahu apa-apa,” Tenang sungguh Fariz bersuara.
Dia
tidak mahu emosi Mutia terganggu dan melakukan perkara di luar kesedarannya. Penyiasatan
mereka dengan pihak Los Angeles membawa mereka kepada sepasang suami isteri, Mr
Juan dan Mrs Wenny yang merupakan doktor yang merawat Mutia selama Mutia berada
di sana.
Dek
terganggu oleh kisah silam yang buruk, emosi Mutia terganggu. Dia tidak boleh berfikir
secara rasional. Otaknya dikawal dengan pemikiran yang tidak waras. Minda Mutia
berinteraksi secara luar sedar di mana pasangan suami isteri itu mengesahkan, Mutia
mungkin mempunyai cara pemikiran penjenayah. Criminal mentality! Otak Mutia hanya memikirkan sesuatu perlakuan
jahat.
“Siapa
Chiya? She’s Chia, not Chi-ya. Kau
memang sengaja mencabar aku kan, Ian. Memang aku tak suka budak tu, tapi aku
tak sangka kau sanggup suruh Adelin tak guna tu jaga dia. Dasar perempuan
murahan,” Nafas Fariz turun naik, rahangnya juga bergerak-gerak.
Sebaik
lidahnya melafazkan akad, Adelin Annisa adalah isterinya yang sah. Detik itu,
dia juga sedar Adelin merupakan tanggungjawab terbesar untuk dia bimbing. Mungkin
dia tidak menunjukkan dengan perbuatan memandangkan mereka sering sahaja
berlainan pendapat. Namun, itu tidak bermaksud dia tidak menyayangi Adelin.
Biar dia seorang sahaja yang berkata buruk pada isterinya, bukan orang lain.
Orang
itu memang mencari nahas jika mulut mereka sesuka hati ingin mengutuk Adelin.
Memang silap besar jika dia yang mendengar kutukan itu, habis dia kerjakan.
“Sudahlah,
Mutia. Aku dah penat nak melayan sikap gila kau ni. Mutia yang aku kenal dulu,
dah hilang. Untuk membunuh kau sekarang ni pun, aku sanggup ambil risiko.
Jangan pernah kau kacau keluarga aku. Aku takkan benarkan kau sentuh dia orang walau
secalit pun. Sekalipun kau bunuh aku, kau takkan pernah rasa puas. Sebab, kau
terlalu ego, Mutia. Ego dengan diri kau sendiri,” Mutia gelak sinis.
Ditarik
pistol yang terselit di bootsnya. Ditala pistol ke arah Fariz, tangannya juga
bersedia untuk menarik picu. Seperti tadi, Fariz cuba tersenyum. Hadi dan Carl semakin
menjauh dari Fariz. Lukman pula bersiap sedia di sisi MPV. Hanya dua orang di antara empat orang bodyguard Mutia yang menggunakan pistol.
Dua orang lagi pula cuma memegang pisau lipat sahaja. Memudahkan sedikit kerja
mereka.
“Apa
maksud kau, aku ego… hah?”
“Arwah
papa kau meninggal dunia sebab sudah sampai masa dia, Mutia. Orang tembak arwah
uncle Fauzi dah pun terima hukuman dia. Kau kena belajar terima hakikat, Mutia.
Tak semua benda dalam dunia ni kekal. Kau tembaklah aku, Mutia. Kalau bukan ditakdirkan
aku mati malam ni, kau selamat dari hukuman berat. Tapi, kalau sebaliknya yang
berlaku, aku redha. Sekurang-kurangnya, kau berjaya bunuh perogol yang dah
merogol kau dulu,” Hilang senyum sinis di bibir Mutia.
Kemarahannya
semakin meluap-luap, mendengar omongan Fariz itu. Iya, dia memang berniat ingin
membunuh lelaki itu. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia masih sayangkan Fariz. Cinta
dalam diamnya tidak pernah berubah. Dia memang berdendam kerana Fariz bertindak
untuk memperkosanya walaupun dia berjanji akan mengalah. Namun, Fariz tetap
juga menyeksanya.
Tapi,
dia sendiri tidak faham. Kenapa masih ada rasa cinta untuk lelaki itu meskipun
lelaki itulah merosakkan hidupnya sebegini? Kenapa?
“Aku
benci kau, Fariz Ian!” jerit Mutia sepuas hati, melepaskan segala kemarahannya.
Serentak itu, kedengaran juga bunyi dua das tembakan.
Semua
di situ terpana dan tercengang. Mutia mengangkat wajahnya, mata yang terpejam
dibuka. Tubuh Fariz sudah terbaring di atas jalanraya. Pistol di pegangannya dilemparkan,
dia menerpa ke arah Fariz. Dipangku kepala lelaki itu. Air matanya laju
mengalir di pipi.
“Ian…
Ian… bangun!” teriak Mutia sambil tangannya menampar pipi Fariz. Namun, Fariz
masih kaku.
“Fariz!”
Hadi pula menghampiri Fariz yang sudah tidak sedarkan diri itu. Ditampar pipi
sahabatnya itu berulang kali. “Bangun, Fariz. Adelin dengan Chiya tengah tunggu
kau. Kau dah janji kan nak balik jumpa dia orang. Bangun,” Tanpa jemu Hadi cuba
menyedarkan Fariz.
“Bukan
aku… bukan aku yang tembak,” Kedua belah tangan Mutia menekup telinganya.
“Tidak! Aku tak bunuh dia… aku tak bunuh!” jerit Mutia seperti orang tidak
siuman.
Siren
polis mula kedengaran. Carl yang sedang duduk di badan dua orang pembantu Mutia
melepaskan nafas lega. Lukman juga berjaya menangkap dua orang lagi pembantu
Mutia itu. Digari tangan kedua-duanya ke pemegang pintu kereta. Sebaik sahaja
anggota polis menahan penjahat-penjahat itu, mereka terus melangkah mendekati
Hadi.
Lelaki
itu masih berusaha untuk menyedarkan Fariz.
“Fariz,
bangunlah. Tak payah nak tidur sangat,” Kepala Fariz diribanya sambil tangannya
tak berhenti-henti menampar pipi sahabat dunia akhirat dia tu.
“Tuan,
ambulans pun dah sampai tu. Elok kita hantar Tuan Fariz ke hospital dulu,” kata
Lukman.
Dia
sudah memeriksa nadi dan juga degupan jantung Fariz, lelaki itu masih bernafas.
Cuma, orang atasannya itu tidak sedarkan diri. Darah Fariz sudah mengalir di
atas jalanraya. Pakaian Hadi juga penuh berlumuran dengan darah. Mutia meraung
kuat tatkala seorang anggota polis perempuan cuba mendekatinya. Matanya tidak
lepas memandang sekujur tubuh Fariz.
to be continued...
p/s : segala kekurangan, harap maaf. broadband dah dibayar. hehe. so, CIA akan teruskan update cerpen and enovel yang lain. InshaAllah. sorry sebab tak boleh post entry penuh lagi eh. miane!
waa... hope akak blh uat last episod bagi panjng2 sikit, bagi mreka ada anak ke? hehehehe.. serius best ♥
ReplyDeletehope so. hehe. inshaAllah kalau ada rezeki depa. :D
DeleteI luv u so much kak nak peluk sikit muahhhh . Sumpah best ! Cpt eps akhir hehe
ReplyDeletelove you too, dina. hug! muah. haha. inshaAllah. tak sabar dah nak tamatkan ni. :D
DeleteAla ciputnya....harap hepy ending....bgla Chiya ada adik....baru best....:)
ReplyDeletehehe. ciputlah, nak bagi suspens. :). doa banyak2 happy ending. :D
DeleteBest.
ReplyDelete