Assalamualaikum... Hye!
fresh dari ladang. weird love. tapi, kalau baca tak taulah kat mana peliknya. huhu. CIA pun tak tau. main tulis ja. hampa carilah kat mana pelik dia tu. dah siap baru perasan, tak sepadan langsung dengan tajuk. malas dah nak ubah. baca jalah ya. SELAMAT MEMBACA! (note : Pearl Episode 8 akan diupdate esok malam, inshaAllah). :D.
***************
Suasana tenang di sebuah hospital di
ibu negara bertukar cemas apabila mereka menerima laporan mengenai kemalangan
ngeri yang berlaku tidak jauh dari penempatan para pesakit di situ. Beberapa
buah ambulans dan juga beberapa orang petugas hospital mula bergerak ke tempat
kejadian.
Para jururawat juga tidak menang tangan
untuk menyediakan kelengkapan untuk menghadapi mangsa-mangsa yang dibawa ke
hospital itu nanti. Harapan masing-masing agar tiada kehilangan jiwa yang
berlaku. Perkara itulah yang kerap ditakuti mereka kerana setiap kejadian itu
pasti akan memberi kesan yang besar terhadap petugas-petugas di hospital.
“Nurse,
boleh saya tahu di mana wad Encik Kamil?”
“Tunggu sekejap ya, cik,” Jururawat di
kaunter mula menaip sesuatu di keyboard
komputer. “Encik Kamil bin Hassan?”
“Ya. Ada?”
“Wad Encik Kamil di hujung sana, di
sebelah kanan.”
Jururawat muda itu menunjukkan ke arah wad
orang yang dicari oleh seorang perempuan yang sedang berdiri di hadapan
kaunter.
“Terima kasih, nurse,” ucap perempuan itu sambil memberikan senyuman sebelum
berlalu ke wad yang dimaksudkan.
Jururawat itu membalas senyuman manis
milik si bertubuh langsing itu. Gaya pelawat itu kelihatan loaded. Pasti dia dari keluarga orang berada. Pesakit yang dicari itu
sendiri merupakan seorang yang berpengaruh besar.
*****
“Assalamualaikum,” Denisa menjengul ke
pintu yang terbuka sedikit.
“Waalaikumsalam. Masuk, Denisa,” Jemput
seorang wanita separuh umur yang sedang duduk di kerusi yang terletak di
sebelah katil pesakit.
Denisa membawa langkah ke katil.
Disalami pesakit lelaki dan juga wanita separuh umur itu.
“Dari mana, Denisa?”
“Office,
auntie. Abi asked me to visit uncle,”
jawab Denisa lembut. “Uncle macam
mana? Sihat?”
“Macam nilah, Denis. Dah tua-tua ni
sakit, biasalah,” Uncle Kamil menjawab dalam nada biasa.
“Tahu pun dah tua. Bukan kamu tak tahu,
Denisa. Uncle kamu ni, selagi tak sakit… tak adanya nak rehat. Ingat badan dia
tu muda lagi agaknya,” Denisa mengoles senyuman nipis.
Abinya juga begitu. Puas juga umminya
berleter. Namun, dipekakkan sahaja telinga.
“Supposedly,
uncle dah boleh biar abang Ajier take
over business uncle tu. Bukannya abang Ajier tak ada pengalaman. Dah banyak
projek uncle yang abang Ajier handle.
Kebanyakannya, berjaya,” Auntie Nani mengangguk setuju dengan pendapat anak
saudara suaminya itu.
“Uncle bukannya tak percayakan abang
Ajier kamu tu, Denis. Cuma, uncle tak puas lagi dalam dunia perniagaan ni.
Lagipun, uncle tak ada kerja lain nak buat kalau uncle serahkan semua pada
dia,” balas Uncle Kamil.
“Pandailah uncle cari alasan. Sabar
ajelah, auntie ya,” Auntie Nani dan Uncle Kamil tergelak kecil. Lucu melihat
telatah Denisa. Selain itu, pastinya Denisa memahami perasaan Auntie Nani
memandangkan suami Denisa sendiri sentiasa sibuk.
“Apa yang bising kat luar tu?” sampuk
Auntie Nani. Matanya ditala ke cermin kaca lutsinar. Denisa yang duduk di birai
katil juga memerhati di sebalik cermin itu. Keadaan agak kelam kabut.
“Tadi masa Denis nak datang hospital,
ada accident kat simpang depan tu, auntie.
Macam teruk aje. Kelam kabut semua orang kat lobi,” beritahu Denisa yang sedia
maklum tentang kejadian itu.
“Ya Allah. Baru semalam auntie dengar
pasal kemalangan ngeri dekat kawasan taman kita. Teruk jugak. Tiga orang
meninggal dunia,” Ketiga-tiga mereka beristighfar panjang.
Semakin kerap pula kemalangan yang
berlaku di seluruh Malaysia. Setiap kali berita TV bersiaran, pasti mereka akan
melaporkan tentang kemalangan di sekitar Malaysia. Tidak mengira usia yang
menjadi mangsa. Ajal maut itukan di tangan Allah. Dia akan mengambil nyawa
sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Dan, yang pasti ajal maut sudah ditentukan
Allah sejak azali lagi. Cuma, cepat atau lambat sahaja.
*****
Setelah hampir dua jam Denisa berada di
hospital, dia meminta diri untuk pulang. Badannya juga sudah belengas dek sedari
pagi tadi lagi dia di dalam persalinan yang sama. Waktu Maghrib juga sudah
menjengah. Ingin menemani ibu dan bapa saudaranya sehingga ke malam, dia penat
pula.
Suasana riuh di ruang lobi hospital
menarik perhatian Denisa. Ada esak tangis yang kedengaran di sekitar lobi. Fikir
Denisa, mungkin mereka adalah ahli keluarga mangsa kemalangan tadi. Riak
kesedihan ahli keluarga mangsa mencuri perhatian Denisa untuk terus berada di
situ. Matanya menangkap satu persatu wajah yang penuh dengan linangan air mata.
“Cik, cik okey?” sapa seorang
jururawat.
Denisa tersedar. “Saya okey. Nurse, boleh saya bertanya sesuatu?”
“Boleh, cik,” Jururawat itu menanti
soalan daripada pelawat hospital. Sempat hatinya memuji kecantikan wanita yang
berdiri di hadapannya itu.
“Maaf kalau saya menyibuk. Ramai ke
yang terlibat dalam kemalangan ni?”
“Tiga buah kereta. Setakat ni, kami
dimaklumkan… tiga orang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kami masih
menunggu mangsa-mangsa yang masih terperangkap untuk dibawa ke sini,” maklum
jururawat itu.
“Ini semua ahli keluarga mangsa?”
“Tak semua. Hanya keluarga mangsa yang
sudah dikenal pasti sahaja yang kami dapat hubungi.”
Denisa mengerutkan dahinya seketika.
Kemudian, dia tersenyum nipis. Bukan jawapan jururawat itu yang mengganggunya
tetapi…
“Terima kasih atas maklumat tersebut, nurse. But, you can’t simply give information to the outsiders just like you
told her just now. Pastikan dulu pada siapa awak memberi maklumat itu,”
Jururawat itu nyata terkejut dengan kehadiran seseorang yang dikenalinya.
“Err… err… maafkan saya, doc. I
thought she was the one of their families,” Denisa menyembunyikan
senyumannya.
Dia yakin, jururawat itu sudah kecut
perut. Mana tidaknya, doktor lelaki yang tiba-tiba muncul itu bereaksi garang.
Tiada langsung riak mesra ditayangkan.
“I’m
the one of the blood donor. Don’t
worry, doc,” Kasihan pula Denisa melihat wajah jururawat wanita yang sudah
seperti tauhu busuk itu.
“Blood
donor?”
“Yes.”
Sebaik selesai menunaikan solat Asar di
surau hospital tadi, dia terdengar mereka memerlukan jenis darah yang serupa
dengannya. Tanpa berfikir panjang, pantas sahaja dia menghulurkan bantuan. Denisa
yang sering terlibat dengan aktiviti charity
itu mudah sahaja memberikan khidmatnya.
“Dr. Dre, ICU needs you!” laung seorang jururawat lelaki di kaunter.
“Thank
you,” Dengan pantasnya doktor itu melangkah ke lif berdekatan.
Denisa dan jururawat wanita itu saling
berpandangan sebelum masing-masing mengangkat bahu. Pelik juga perangai seorang
doktor ya? Dingin!
*****
Cermin mata yang tersangkut di batang
hidung ditanggalkan. Jari jemari laju mengurut pelipis. Penatnya sudah tak
terkira lagi. Tidak guna dia mengadu domba jika kerjaya yang dilakukan adalah
pilihannya sendiri. Tiada paksaan untuk dia berkhidmat kepada masyarakat.
Biarpun penat, dia harus bertahan demi kariernya.
“Penat ke?”
Adrean menjeling sebatang tubuh di
pintu bilik kerjanya. Dia mula berasa tidak selesa kerana diganggu.
“Dah nampak, tanya buat apa?” balasnya
tanpa nada.
“Tanya pun salah ya, Dr? Hot nescafe for you,” Mug nescafe panas
diletakkan di atas meja kerja lelaki itu.
“Kenapa tak minta izin dulu tadi?”
“Izin? Untuk apa?”
Adrean mendengus. Hangat pula hatinya
dengan perangai si isteri.
“Rania, please. Don’t act like you
are dumb,” tukas Adrean geram.
Denisa menarik nafas panjang dan
dilepaskan lembut. Dumb? Ngok ngek
punya suami. Sudahlah pura-pura tak kenal dia tadi di hospital. Kini, dia pula
disembur. Berani sungguh Adrean mengeluarkan ‘disapproval verb’ itu kepadanya. Sekeh kepala baru tahu.
“Banyak benda yang Nia buat hari ni.
Jadi, yang mana satu yang Dr. Dre tak puas hati? Please, be frank,” Setenang mungkin Denisa bertutur.
Jika Adrean berangin, dia perlulah di
dalam keadaan bertenang. Buatnya dibalas dalam nada yang sama, sudah tentu
tunggang terbalik bilik kerja ini dibelasah mereka. Bukan niat dia untuk berkurang
ajar. Cuma, dia perlukan penjelasan lanjut. Dia bukanlah sehebat doktor itu
untuk menelah maksud yang sebenar.
“Blood
donor,” kata Adrean senada.
Sikapnya di hospital dan di rumah
sangatlah berbeza. Layanannya kepada pesakit sangat mesra. Senyuman senantiasa
di bibir. Tapi, cool cum super hot di rumah. Itu yang
membuatkan Denisa terpikat. Lelaki idaman dia kan ala-ala cool but romantic. Adreanlah calon paling ideal baginya. Cuma,
sejak peristiwa enam bulan lepas, Adrean adakalanya akan bersikap dingin.
Tidaklah dingin mana, tapi mampu membuatkan Denisa serba salah.
“Oh, pasal tu. Nia tak sempat nak text bagitahu abang. Nia tak nafikan
keizinan abang penting. Tapi, waktu tu nyawa pesakit lebih penting untuk Nia
selamatkan. Nia minta maaf eh,” Sungguh, dia terlupa.
Kehadirannya di hospital untuk melawat
Uncle Kamil sudah dimaklumkan tengah hari tadi. Cuma, dia terlupa pula ingin
memberitahu Adrean tentang perkara kecemasan itu. Tidak sangka dia akan
terserempak dengan suaminya itu. Gatal pula mulutnya itu mengaku dia adalah blood donor. Sengaja mencari pasal.
“Lain kali jangan buat lagi. Nak buat
baik pun, fikirlah diri tu sama. Macam manalah doktor yang handle ni boleh benarkan. Nia tu baru baik, tahu tak?”
Denisa tidak mempedulikan leteran
Adrean. Dihampiri suami terchentanya
itu. Slumber badak dia melabuhkan
punggung di atas riba Adrean. Dirangkul leher Adrean sehingga lelaki itu hampir
tercium dahinya.
“Oh, suamiku sayang. Tahulah awak tu
sayangkan Nia sangat-sangat. Die hard lover,
kononnya. Tapi, janganlah lupa. Dah enam bulan pun Nia miscarriage. In charge doctor
said, I’m fine and she’s approved me. So, don’t worry,” Ditekap tapak
tangan di kedua belah pipi Adrean.
“Six months already? Time flies really
fast. Miss him so much,” keluh Adrean. Denisa turut merasakan hal yang sama.
“Me too. Esok pergi kubur nak?”
Adrean merenung ke anak mata isterinya.
“Nia okey ke?”
“Insha Allah. I’m not visiting him even once since the incident. I’m very sure, I can,”
Adrean usap kepala Denisa lembut.
Denisa Ranianya semakin kuat kini.
Doanya saban waktu terkabul juga. Peristiwa yang berlaku kepada isterinya
beberapa bulan yang lalu tidak akan pernah dia lupakan. Denisa hampir menjadi
gila dek kehilangan bayi mereka yang pada ketika itu hanya menunggu masa sahaja
untuk melihat dunia.
Namun, ketentuan Allah tiada siapa yang
mampu menghalang. Tanpa sedar, air mata mengalir di pipi Denisa. Entah kenapa,
setiap kali arwah bayi yang belum sempat mengenalnya itu diungkit, dia sebak. Sekuat
mana pun dia, tetap juga gagal ditahan. Air mata hangatnya tetap juga mahu
mengalir.
“Shhh,
it’s okay. I’m here. Let it go,” Denisa merangkul leher suaminya erat.
Habis basah t-shirt Adrean di bahagian bahu. Diusap belakang Denisa lembut. Adrean
sendiri pernah lemah tatkala mengingatkan anak mereka yang telah pergi itu. Hampir
sembilan bulan, mereka menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka. Namun,
malang tidak berbau. Denisa terlibat dengan kemalangan.
*****
~Enam bulan yang lalu~
Denisa memeluk suaminya yang sedang
bersarapan itu dari belakang. Sempat dihadiahkan ciuman di pipi kanan Adrean.
“Mak buyung nak buat apa hari ni?” soal
Adrean sambil menyuapkan sandwich ke
mulut.
“Emmm, Nia nak pergi shopping barang sikit. Abang boleh teman
tak?”
“Of
course. Bahayalah Nia keluar seorang, dah sarat ni. Sampai bila nak peluk
abang ni? Tak bosan ke hari-hari peluk,” Denisa kerut hidung. Digeselkan hidung
mancungnya ke pipi Adrean.
“No.
Peluk suami dapat pahala apa. I’m collecting
the worth thing, okay. Nanti anak dah keluar, susah dah nak peluk peluk
bucuk Nia ni. Semuanya kena kongsi dengan baby,”
ujar Denisa manja.
“Iya, iya. Tapi, sekarang ni waktu
bersarapan. Nia breakfast dulu, kejap
lagi peluklah puas-puas. Okey?”
“Sound
good. Suapkan, please,”
Dilabuhkan punggung di kerusi sebelah Adrean.
Adrean mengambil sepotong cheese cake ke pinggannya. Selera Denisa
sejak preggie ni lain macam sikit, hari-hari
nak bersarapan kek. Tak kiralah kek apa pun, asalkan makanan itu bernama kek. Confirm, habis dia bedal. Nasib baik,
diet yang disediakan oleh Dr Dre kesayangannya itu diikut.
“Nak pergi shopping apa je?” Disuapkan kek ke mulut si isteri.
“Nia terlupa nak beli kain alas untuk baby. Hari tu, keluar dengan mama memang
teringat nak beli pun. Tapi, balik rumah check
barang semua, tertinggal kain alas tu,” jawab Denisa.
“Kita keluar petang sikitlah. Abang ada
kerja nak buat,” Denisa hanya mengangguk.
Jika pasal kerja, Denisa memang tidak
boleh menghalang. Faham sangat dengan kerja Adrean sebagai doktor itu. Sebelum
berkahwin, Adrean hanya akan bermalam dan menghabiskan masanya di hospital
sahaja. Kini, segala fail yang perlu diteliti, dia akan membawa pulang ke
rumah. Tidak betah untuk membiarkan Denisa seorang diri di rumah. Tambahan
pula, isterinya itu sedang mengandungkan anak pertama mereka.
*****
Adrean berlari anak masuk ke seven eleven. Isteri punya pasal, minta slurpy pula. Ditinggalkan Denisa di
dalam kereta mengenangkan isterinya itu sudah tidak larat untuk berjalan. Sesekali
dia memandang ke kereta. Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati. Namun,
cepat-cepat dia membuang perasaan tidak enak itu.
Dia ke kaunter bayaran, dompet dikeluarkan
untuk membayar. Sedang mengambil kembali baki wangnya, dia tersentak sedikit.
Hampir sahaja luruh jantungnya.
Bum!
Bunyi dentuman yang kuat itu membawa
pandangan Adrean ke luar. Membulat mata lelaki itu. Seluruh badannya bergetar
hebat. Terasa lemah lututnya kini. Dia mencari wajah ayu Denisa. Namun, gagal
ditemui. Cashier di hadapan Adrean
menggoyangkan badan tegap lelaki itu untuk menyedarkannya.
“Encik…”
*****
Datin Mona berteleku di sofa di ruang
menunggu. Datuk Bazli pula mundar mandir sambil matanya sesekali dihala ke pintu
wad kecemasan. Sebaik menerima panggilan dari pihak hospital, keduanya bergegas
ke hospital. Beberapa minit kemudian, sepasang suami isteri menghampiri mereka.
“Mona,” sapa Dr Raudhah. Dia duduk di
sisi besannya itu.
Datin Mona memeluk Dr Raudhah dengan
tangisan yang ditahan sejak tadi. Dr Raudhah mengusap belakang besannya,
menenangkan hati ibu yang sedang risau itu.
“Dah berapa lama Denis kat dalam?” soal
Dr Afdlin kepada Datuk Bazli, bapa Denisa.
“Tiga jam. Dre pun ada kat dalam. Kita
doakan yang terbaik ajelah,” Dr Afdlin menepuk bahu besannya itu.
Pasti mereka sangat risaukan keadaan
anak tunggal mereka itu. Selesai sahaja shif bertugas, Dr Afdlin dan Dr Raudhah
terus ke wad kecemasan. Berita kemalangan Denisa memang mengejutkan seluruh
ahli keluarga mereka. Namun, lega sedikit hati mereka tatkala mendapat tahu Adrean
berada di tempat kejadian. Sekurang-kurangnya, Denisa tidak keseorangan
bertarung nyawa.
“Insha Allah, Denis tak apa-apa. Macam
mana boleh accident?”
“Menurut Dre tadi, tiba-tiba ada lori
hilang kawalan merempuh deret kereta yang parking
di situ. Denisa antara empat orang yang tercedera,” jawab Datuk Bazli, sama
seperti penjelasan Adrean.
“Benda dah nak jadi. Dre kat dalam tu,
okey ke?” sampuk Dr Raudhah. Risau pula keadaan anak lelakinya itu.
“Dia yang minta nak teman Denis kat
dalam. Doktor tak pasti keselamatan bayi dalam kandungan Denis boleh
diselamatkan atau tidak. Teruk jugak Denis cedera,” balas Datin Mona yang sudah
tenang sedikit.
“Insha Allah, kita doakan yang
baik-baik sahaja,” kata Dr Afdlin. Masing-masing menanti penuh sabar. Harapan
mereka, Denisa dan bayinya selamat.
Tiga jam kemudian, Adrean keluar dari
wad kecemasan. Keruh sekali wajah kacak itu. Dihampiri ibu bapanya dan ibu bapa
mertuanya.
“Dre, Denis macam mana?” Datin Mona
menerpa menantunya. Adrean pandang ummi dengan mata berkaca.
Dr Raudhah yang perasan, pantas memeluk
anak lelakinya erat. Adrean sendu di bahu mamanya. Tiada kata-kata yang mampu
diluahkan. Sudahnya, mereka mendapatkan doktor yang bertanggungjawab, Dr Husna
yang sedang berjalan ke arah mereka. Semoga berita baik yang dikhabarkan doktor
muda itu.
“Alhamdulillah, Denisa selamat. Tapi,
maafkan kami. Kami gagal selamatkan bayi dalam kandungan Denisa. Bayi lemas
dalam perut. Buat masa ni, Denisa masih belum sedar,” terang Dr Husna terus. “Dr
Raudhah, Dr Dre yang sambut anak dia tadi,” sambung Dr Husna lagi.
Serentak itu, mata mereka tepat
memandang Adrean yang masih memeluk erat mamanya. Dr Afdlin mengusap belakang
Adrean, memberi sedikit semangat. Adrean yang kuat itu tampak lemah sekali.
Kehadiran anak yang dinanti, hilang begitu sahaja. Namun, lebih merisaukan
mereka adalah Denisa yang masih belum sedarkan diri. Bagaimana pula penerimaan
bakal ibu itu?
*****
~Kini~
Alunan surah Yassin kedengaran. Adrean dan
Denisa duduk di sisi pusara arwah bayi mereka. Sesekali bacaan ayat al-Quran
itu tersekat dek menahan tangis. Usai bacaan, Denisa meletakkan tangan di tanah
yang membukit itu. Kecil sahaja pusara itu, sebesar lengan.
“Mummy minta maaf, sayang,” ucap Denisa
sebak. Perasaan itu sukar ditebak.
Adrean membetulkan cermin mata
hitamnya. Matanya juga sudah berair, namun pantas diseka. Dia tidak boleh lemah
di hadapan Denisa. Dia perlu kuat demi isterinya itu.
“Baby,
daddy dengan mummy balik dulu. Nanti kami datang melawat baby lagi ya,” kata Adrean tenang.
Setelah puas berteleku di sisi pusara
itu, mereka beredar meninggalkan kawasan perkuburan. Ketika menuju ke kereta,
mereka terserempak dengan sepasang suami isteri. Raungan si isteri mengejutkan
mereka. Denisa yang memegang lengan Adrean, memberi isyarat agar mereka
mendekati pasangan itu.
“Kenapa ni, encik?” Adrean menyoal si
suami.
“Emosi isteri saya terganggu sikit. Dia
tak boleh terima hakikat tentang kematian anak kami,” Adrean dan Denisa
bungkam.
Dipandang wanita yang terduduk di tanah
itu. Wajah itu penuh dengan air mata. Wanita itu turut memegang baju bayi
sambil dicium-cium baju itu. Denisa menunduk. Diusap bahu wanita itu. Dari gaya
wanita itu, Denisa mengagak mereka adalah sebaya. Dalam lingkungan dua puluh
enam tahun.
“Dia tunggu awak di syurga. Pasti ada
hikmah kenapa Allah ambil dia dari awak. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Sedekahkah
al-Fatihah untuk dia,” bicara Denisa lembut.
Mata berkaca milik wanita itu merrenung
Denisa sayu. Entah mengapa, dia dapat merasakan mereka mempunyai rasa yang
sama. Denisa membantu wanita itu berdiri. Si suami hanya melihat adegan itu.
Akhirnya, ada juga orang berjaya memujuk isterinya itu.
“Awak siapa?”
“Saya, Denisa. Ini suami saya, Adrean.
Kami datang melawat arwah bayi kami,” Nyata pasangan itu tergamam.
“Samalah dengan kami. Saya, Najmi dan
isteri saya, Aleen…”
“Dah lama ke anak awak berdua
meninggal?” soal Aleen, ingin tahu.
“Enam bulan. Jantung gagal berfungsi
selepas isteri saya kemalangan. Meninggal dunia dalam perut,” jawab Adrean bagi
pihak Denisa. Sudah tentu isterinya itu tidak sanggup untuk menjawab.
“Jadi, awak berdua tak sempat nak jumpa
dia?”
Denisa cuba senyum.
“Saya aje yang tak dapat tatap dia,
koma. Tapi, ummi saya sempat ambil gambar dia. At least, boleh juga saya tengok rupa dia,” Denisa menjawab, ceria.
Najmi dan Aleen saling berpandangan.
Denisa kelihatan tenang sekali. Aleen berasa berbangga kerana ditemukan dengan
pasangan ini.
“Bayi kami baru aje pergi, minggu
lepas. Doktor sahkan dia menghidap penyakit paru-paru berair. Semalam, genap
usia dia tujuh bulan,” jelas Najmi.
“Mungkin mati adalah jalan terbaik
untuk bayi Najmi dan Aleen. Tentunya, dia sudah tak terseksa. Tak perlu lagi
nak menahan sakit,” Najmi mengangguk setuju dengan kata-kata Adrean.
“Insha Allah, mungkin ada pengganti
lain?”
Adrean memandang Denisa sambil
tersenyum. Pengganti lain?
“Amin…”
Pertemuan singkat itu berlarutan
panjang. Di waktu kelapangan, kedua pasangan itu akan bertemu. Sekadar
berkongsi cerita. Najmi turut bertugas di hospital yang sama dengan Adrean
sebagai doktor di bahagian x-ray. Tidak pernah pula mereka terserempak sebelum
ini walaupun berada di bawah satu bumbung. Itulah takdir.
*****
~Dua tahun setengah lalu~ (Pertemuan
Adrean dan Denisa)
Terkocoh-kocoh Denisa ke lobi hospital.
Panggilan telefon yang diterimanya tadi memanggilnya untuk menjejakkan kaki ke
hospital ini. Laju kakinya melangkah ke kaunter. Matanya meliar mencari
jururawat. Namun, tiada pula. Beberapa minit menunggu, barulah muncul seorang
jururawat wanita.
“Sorry,
nurse. Saya nak cari pesakit yang bernama Raihan binti Halim. Ada?”
Jururawat itu memeriksa senarai nama
pesakit yang mendaftar di hospital itu.
“Ada, cik. Dia baru masuk dewan bersalin.
Cik boleh tunggu di wad kecemasan, hujung sana,” beritahu jururawat itu, ramah.
“Terima kasih, nurse,” ucap Denisa sebelum berjalan laju ke tempat yang
diberitahu.
Sebaik tiba di hadapan wad kecemasan
itu, dia mencari kelibat sesiapa yang mungkin dia kenal. Namun, gagal.
Sudahnya, dilabuhkan punggung di kerusi yang tersedia. Jam tangan Chanel di
pergelangan tangannya, dipandang sejenak. Sudah lewat petang rupanya.
Seorang wanita muncul di ruang itu
bersama dua buah beg. Denisa melakar senyuman. Wanita itu membalas senyum itu
sambil duduk berdekatan dengan Denisa.
“Tunggu siapa?”
“Kawan saya. Dia ada kat dalam,” balas
Denisa, dengan senyuman di bibir.
“Oh, dah lama ke?” soal wanita itu
lagi.
“Saya pun tak pasti, auntie. Saya baru
sampai selepas dapat call tadi. Suami
dia outstation, itu yang terpaksa
temankan dia sekejap. Auntie pulak tunggu siapa?”
“Anak auntie. Dah dua jam dia masuk. Suami
dia pun tak ada di sini. Memang lama lagilah nak kena tunggu. Bersalin bukannya
mudah,” Denisa tergelak kecil. Kelakar pula nada wanita itu.
“Insha Allah, semuanya okey,” kata
Denisa. Tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg.
“Mak long,” panggil suara garau
seseorang. Wanita itu mendongak sedikit. Tersenyum dia melihat susuk tegap itu.
“Hah, Dre dah habis shif ke?”
“Baru aje habis. Abang Zen tak sampai
lagi ke?” soal jejaka itu kembali. Dia duduk di sebelah mak longnya.
“Belum. Flight delay katanya. Dua jam lagi baru sampai agaknya. Dre tak
boleh ke masuk dalam? Dre kan doktor kat sini jugak. Mak long risaulah…”
Denisa yang terdengar permintaan wanita
itu, menelan air liur kasar. Selamba sahaja dia menyuruh lelaki itu masuk.
Lainlah, lelaki itu adalah suaminya. Memanglah doktor, tapi perempuan pun ada
malunya. Kalau dialah, awal-awal lagi dia tempah doktor private. Yang penting, perempuan! Nauzubillah, lelaki yang
menyambut anaknya nanti. Uish!
“Siapa waris Puan Raihan?” Denisa
tersentak. Diangkat tangannya. “Suami dia mana?” soal jururawat yang berwajah
garang itu.
“Kerja luar. Ada apa ya?”
“Boleh awak teman dia kat dalam?”
Pantas Denisa berdiri. Beg tangannya
sudah jatuh ke lantai. Teman An kat dalam? No
way!
“Errr… perlu ke?”
Jururawat itu tenung Denisa macam nak
ditelan sahaja gadis rupawan itu. Perkara serius, dibuat main pula.
“Iya. Pesakit perlukan sokongan. Awak
sila ikut saya,” Denisa sudah kelam kabut. Wajahnya juga sudah tidak berdarah.
Mahu sahaja dia pecut tinggalkan ruang itu. Agak-agak, sedap tak tidur atas
lantai jubin ni?
Tanpa sempat Denisa menjawab, jururawat
itu terus sahaja menarik tangannya. Apa lagi yang dia mampu buat? Digagahkan juga
kakinya melangkah. Beg tangannya juga dibiarkan di lantai itu. Lantaklah! Bukan
ada orang yang nak ambil pun kan? Iya ke?
Wanita dan lelaki muda itu hanya
memandang sahaja perlakuan Denisa yang dirasakan pelik. Gadis itu seperti
takut-takut sahaja untuk menjejakkan kaki ke dalam dewan bersalin. Wanita itu
mengambil beg tangan Denisa yang terjatuh dan diletakkan di sisinya. Buat baik,
dibalas baik. Insha Allah.
*****
Dengan langkah longlai, Denisa keluar
dari dewan bersalin. Jika yang perasan wajahnya ketika ini, pasti menyangka dia
adalah mayat hidup. Tekaknya juga sudah meloya. Aci tak, dia hamburkan sahaja
di sini? Tanpa sedar, dia sudah terduduk di kerusi. Kepala disandarkan ke
dinding.
“Anak, okey ke?” tanya wanita itu,
prihatin.
“Nak…” Denisa menekup mulutnya. Tetapi,
kemudiannya dia elok kembali. Namun, dia tahu sekejap lagi pasti akan terkeluar
juga segala isi perutnya itu.
“Dre, bawa cik ni pergi tandas. Dia nak
muntah ni,” gesa wanita itu. Bukan main membulat lagi mata lelaki itu. Merepek
sungguhlah mak long dia ni. Takkanlah dia nak masuk ke dalam tandas perempuan?
Hish!
“Mak longlah yang bawak,” Wanita itu mencubit
lengan anak saudaranya.
“Tolonglah. Mak long bukannya larat nak
pimpin dia. Cepat,” Sudahnya diturutkan juga perintah mak longnya itu. Dia
mendekati Denisa. “Nak, ikut abang ni ya. Dia bawa pergi tandas,” Dibantu anak saudaranya
memapah Denisa.
Dek lambat sangat Denisa melangkah,
lelaki itu mencempung terus tubuh ramping Denisa. Nasib baik Denisa seperti
orang mamai. Kalau dia sedar, mahu dipelangkung lelaki yang selamba
mendukungnya itu.
“Adrean?”
“Ma, mak long ada kat sana. Dia ni nak
muntah,” jawab Adrean tergesa-gesa. Laju kakinya meninggalkan mamanya dan
memasuki tandas wanita.
Tiba sahaja di sinki, Denisa terus
memuntahkan isi perutnya. Adrean melepaskan lelah di sisi Denisa. Untung sahaja
tiada manusia yang bergelar wanita di dalam tandas itu selain gadis yang
dibantunya itu. Teruk jugalah Denisa muntah. Hampir sahaja tubuhnya menyembam
ke lantai. Namun, tangan kekar Adrean sempat menahan.
*****
Dr Raudhah menghampiri kakaknya, Dr Rahimah
di ruang menunggu. Kakaknya itu kelihatan resah sedikit. Mungkin risaukan
keadaan anak perempuannya yang masih di dalam dewan bersalin.
“Kak, siapa yang Dre dukung tu?” soal
Dr Raudhah terus.
“Dia teman kawan dia kat dalam tu. Ada nurse minta dia masuk dalam, bagi
sokongan. Keluar aje tadi, terus lembik. Akak rasa dia trauma kot. Tak pun,
takut darah,” jelas Dr Rahimah.
“Patutlah lembik semacam aje Adah
tengok perempuan tu. Nak pulak Dre tolong ya,” Dr Rahimah tergelak. Faham sangat
akan kelemahan Adrean; tak suka perempuan.
“Akak yang paksa dia. Akak manalah
larat nak bawak pergi tandas. Semput ni hah, semakin menjadi-jadi…”
“Yuna tak bersalin lagi ke? Rasanya dah
lama dia kat dalam tu,” Dr Raudhah memandang ke pintu wad kecemasan itu.
“Entahlah. Akak suruh Dre masuk tengok,
dia tak nak,” Tergelak Dr Raudhah.
“Apalah akak ni. Dah namanya dewan
bersalin. Takkanlah dia nak masuk sesuka hati. Dia tu doktor bedah, mana mahu
tengok orang bersalin,” kata Dr Raudhah dengan ketawa masih bersisa. Dr Rahimah
mencebik.
*****
Adrean masih setia di sisi Denisa.
Berat pula kakinya ingin meninggalkan gadis itu. Sebagai seorang yang
bertanggungjawab, dia menunggu sehingga gadis yang tidak dikenalinya kembali
normal. Boleh pula dia berdua sahaja dengan gadis itu sedangkan dia sangat
memahami dirinya yang agak fobia dengan perempuan selain ahli keluarganya.
Pesakit yang diurusnya juga kebanyakan
adalah lelaki. Oops! Dia bukan gay! Cuma, berjaga-jaga. Dulu, hampir sahaja
dirinya terjerat dengan tipu helah seorang wanita ketika menuntut di Ireland. Sehingga
sekarang, dia masih belum boleh membiasakan diri berurusan dengan sesiapa yang
berjantina perempuan.
“Errr… awak dah okey ke?” tanya Adrean,
gugup. Denisa masih menghadap sinki. Dipejamkan seketika matanya.
“Okey sikit. Emmm, terima kasih,” ucap
Denisa. Tidak sanggup dia memandang lelaki itu. Malu!
“Boleh berjalan dah?” Sekadar inginkan
kepastian. Tidak mahu dileter oleh Dr Rahimah dek meninggalkan gadis ini di
tandas.
“Dah. Awak boleh pergi dah. Terima
kasih sekali lagi,” Tanpa menunggu lama, Adrean beredar.
Denisa mengeluh kecil. Selesa sedikit.
Setelah memastikan lelaki yang membantunya betul-betul keluar, dia menanggalkan
tudungnya. Dibiarkan rambutnya lepas buat seketika. Huh, barulah boleh bernafas
sikit. Jururawat garang itu punya pasal, dia begini. Bukannya nak consider sikit, main angkut saja.
Setidaknya, dengarlah penjelasan dia dulu.
Dia bukanlah takut darah, cuma dia
lemah melihat wanita bersalin. Fobia! Ketika mengikut abinya ke site, ada seorang wanita yang merupakan
isteri kepada pekerja di situ ditemui meninggal dunia sewaktu melahirkan
bayinya. Sejak itulah, dia agak lemah berhadapan dengan wanita yang melahirkan
anak.
*****
“Anak dah okey ke?” soal Dr Rahimah
sebaik ternampak kelibat Denisa.
“Denisa. Saya okey,” Dari tadi lagi,
wanita itu asyik panggilnya anak. Selesa sedikit jika wanita itu memanggil
namanya.
“Alhamdulillah. Kawan Denisa macam
mana? Dah bersalin?”
“Alhamdulillah, sudah. Doktor tengah mandikan
baby rasanya. Anak auntie?”
“Entahlah. Tak ada pula jururawat yang
keluar, nak tanya pun. Denisa ada nampak anak auntie tak tadi?”
“Maaflah, auntie. Saya kat dalam tu,
dah tak pandang sesiapa. Gelap aje semuanya,” kata Denisa selamba.
Dr Rahimah ketawa. Dr Raudhah dan Adrean
yang turut berada di situ hanya mendengar perbualan kedua-duanya. Malas nak
menyampuk. Denisa duduk di kerusi, serentak itu matanya terpandang lelaki yang
membantunya tadi. Berdasarkan pakaian lelaki itu; kemeja putih disinting
lengannya dan slack hitam, dia pasti memang lelaki itulah orangnya. Saat itu,
mata mereka bertaut. Denisa terpaku pada wajah kacak itu. Arh, bertimpa pula
malunya dek dicempung tadi.
“Denis!” Pandangan Denisa dilarikan
dari wajah kacak itu dan kini matanya memandang lelaki yang memanggilnya itu.
“Cepatnya sampai. Naik bullet train ke hapa?” Selamba sahaja
bibir itu berkata.
“Banyaklah bullet train kau. Bini aku mana?”
“Ada kat dalam lagi. Kejap lagi ada nurse panggillah tu,” Iskandar
melabuhkan punggung di sebelah Denisa. “Kenapa tak balik esok aje?”
Iskandar mengerling Denisa pelik.
“Dah aku nak balik hari ni. Apasal? Salah?”
“Tak pasal aje aku kena teman An kat
dalam. Kau punya pasallah ni,” Iskandar gelak.
“Alah, kawan kau jugak. Tapi, aku dapat
anak apa?” tanya Iskandar dengan mata yang bersinar. Siapa tak suka jika sudah
bergelar bapa, kan?
“Lelaki. Congratulations, my super hot prince charming,” Hilang terus
rajuknya tadi, dipeluk abang susuannya itu mesra. Gilalah dia nak peluk bagai
jika Iskandar bukan sesiapa padanya kan. Iskandar adalah anak kepada bekas
pengasuhnya, Puan Dahlia.
Disebabkan ummi Denisa tidak boleh
menyusukannya ketika itu, Puan Dahlialah yang mengambil alih tugas itu. Bergilir-gilir
Puan Dahlia menyusukan Iskandar dan Denisa yang sebaya itu. Cuma, Iskandar dilahirkan
awal empat bulan. Kiranya, Iskandar lebih tua dari Denisalah.
*****
Beberapa hari selepas peristiwa di
hospital itu, Denisa kembali lagi ke hospital itu. Kali ini, bukan sebagai
pelawat atau yang seangkatan dengannya. Dia ke kaunter, wajah jururawat di
hadapannya dipandang. Tag nama dibaca, Fatihah. Jururawat itu agak pelik dengan
gadis di depannya itu. Dah kenapa senyum-senyum ala gedik gitu? Ahaks. Kena sejibik
si Denisa tu.
“Errr, nurse. Sebenarnya, saya nak cari… Dr Dre. Ada tak?” Penuh pengharapan
Denisa menanti jawapan Fatihah.
“Dr Dre? Cik ni siapa?” Aduh, tanya
pula?
“Emmm, tunang dia. Boleh saya jumpa dia
tak? Saya nak kasi surprise kat dia. Tapi, itulah. Saya tak tahu dia kat mana.
Tolong saya ya, nurse,” Drama sungguh si Denisa ni.
Dia hairan apa. Bukannya si Fatihah ni
kenal dia pun. Dan, si Dr Dre tu pun semestinya tidak menjangkakan kehadirannya
di sini. Tunang pun tunanglah. Eheh!
“Tunang? Emmm, sekejap ya cik,” Fatihah
melangkah ke arah meja di belakang kaunter. Dia berbisik dengan rakan
sejawatnya. “Cik, Dr Dre di tingkat empat. Tapi, dia tengah buat rondaan. Cik
tunggu dekat lobilah,” ujar Fatihah lemah lembut.
Denisa senyum. Maksudnya, ada seseorang
yang bernama Dr Dre di sini. Tak sia-sia dia memerah otaknya mengingati nama
yang disebut wanita di ruang menunggu wad kecemasan hari tu. Dia sekadar
mencuba nasib. Pelik sungguh hatinya ini. Tiba-tiba sahaja memikirkan kerja
gila ini. Saban malam, lenanya terganggu dengan bayangan lelaki yang
mencempungnya itu.
“Saya nak tanya sikit boleh?” Fatihah
angkat kening. “Dr Dre tu mesra alam tak? I
mean, sombong tak dengan semua staf?”
Fatihah senyum nipis. Dia sendiri
pernah meminati doktor kacak itu. Tetapi, dalam mimpi sajalah dia ingin menegur
doktor itu.
“Nak kata sombong, tak sangatlah. Cuma,
Dr Dre jarang bergaul dengan staf perempuan. Dengan pesakit wanita pun dia
jarang-jarang handle. Itu yang saya
terkejut Dr Dre ada tunang. Kami kat sini ingat, Dr Dre… errr… gay,” Membulat mata Denisa.
What
again? Gay? Oh,
no! Tak boleh, tak boleh. Tetapi, mindanya juga bagikan mengakui kebenaran
itu.
“Oh, ye ke? Tak kot. Saya kan tunang
dia,” Fatihah sengih. Betul juga, kan?
“Amboi, berbual sakan nampak. Tak kerja
ke, Cik Fatihah?” usik seorang doktor lelaki yang tiba-tiba muncul.
“Eh, Dr Syafiq, Dr Dre. Tak adalah. Ni
hah, kami berbual dengan tunang Dr Dre,” Serentak itu Adrean yang sedang
menyemak fail pesakitnya mengangkat wajah. Siapa pula ‘tunang’nya itu?
Denisa kaku. Alamak, kantoi! Haish,
macam mana ni? Relaks, Denisa Rania. Dia tak makan orang pun, desis Denisa.
“Errr, hai,” sapa Denisa, teragak-agak.
Disengih pada Adrean yang merenungnya pelik itu. Segak pula gay ni dalam scrub dia. Handsomenya
bakal menantu abi ummi ni!
“Come
with me,” Tanpa isyarat, ditarik lengan Denisa agar mengikutnya.
Dr Syafiq dan Fatihah terpinga. Drastik
sungguh tindakan si Adrean itu. Tak sempat Dr Syafiq ingin menyoal tentang
gadis cantik itu. Tidak pernah pula dia tahu Adrean sudah bertunang.
*****
Adrean merenung gadis yang sedang sibuk
meneliti biliknya itu. Rasanya, ini baru pertemuan kedua mereka. Kenapa dia
berasa selesa bersama gadis itu? Dia perempuan pertama yang berjaya masuk ke
biliknya ini. Buat pertama kali, bilik ini menerima kehadiran kaum perempuan.
Mamanya juga belum pernah sampai ke sini.
“So,
what is your explanantion? I don’t know since when I’ve fiancée. What do you
want?”
“Sorrylah.
Kalau saya tak mengaku saya ni tunang awak, dia orang tak nak bagitahu saya
pasal awak. Anyway, nice room,” Sempat lagi dia memuji
kekemasan bilik itu.
“Apa yang awak nak tahu pasal saya? Just asking me, not them,” Adrean
bersuara dingin.
Pantang sungguh ada orang menyibuk
tentang dia. Terutama sekali, perempuan!
“If
I know who you are, Dr Dre,” tukas Denisa bersahaja.
“Uhuh,
that’s the matter. Awak tak kenal saya dan sebaliknya. Apa awak nak?”
Bengang pula dengan Denisa.
“Saya, Denisa Rania. Pengarah Operasi Denis
Resort. Single but already taken by Dr
Dre,” Menegak badan tegap Adrean. Apa? Taken
by Dr Dre? Aku? Sewel dah minah ni. Tidak dihentikan, mahunya semakin jauh
minah ni melalut.
“Stop.
What do you mean, Denisa Rania? Taken by… who? Gila,” Denisa hanya bersikap
biasa.
Dia sudah pun menjangka keadaan ini. Segala
perisai menghadapi lelaki itu telah pun dia sediakan.
“What?
Saya cuma kenalkan diri saya. So,
sekarang ni awak dah tahu siapa saya kan. Maaflah saya ganggu awak. Tapi, sejak
awak cempung saya hari tu… saya rasa something
wrong somewherelah. Somewhere tu,
hati saya. Itu sebabnya saya datang sini, cari awak,” Nah, engkau. Sekali, si
Denisa ni berterus terang.
Mahu terkeluar biji mata Adrean
mendengar setiap butiran yang terbit dari mulut gadis itu. Gila sungguhlah
perempuan ni. Mana dia belajar, perigi cari timba ni? Setahunya, timba yang
kena pergi menyeru perigi.
“Okeylah, Cik Rania. Awak dah silap
orang ni. Banyak lagi lelaki kat luar tu yang boleh awak buat jadi tunang awak.
Tapi, bukan saya. Faham?”
Denisa berdecit. Aku dah berterus pun,
dia masih bengong lagi? Haa, kan dah kena bengong.
“Emmm, kan. Kenapa tak awak jadi suami
saya aje? Lagi afdal kan,” Dum! Adrean rasa macam nak baling saja Denisa ikut
tingkap bilik dia ni. Biarlah dia dipenjara sekalipun. Asalkan perempuan itu
berhenti mengganggunya.
“Bahasa apa lagi yang awak boleh faham?
Pergilah balik. Tak malu ke awak datang sini?”
Denisa menggeleng. Malu buat apa?
Bukannya mereka buat perkara tidak senonoh. Pintu bilik siap terbuka luas lagi.
Tak cukup pintu, dinding pun berkaca. Sah-sahlah orang luar boleh nampak.
“Okey, saya balik. Tapi, nanti saya
datang lagi sampai awak tak boleh hidup tanpa gangguan saya. Tak kisahlah awak
nak cakap apa pun. Assalamualaikum,” Denisa bingkas bangun. Dia beredar
meninggalkan Adrean yang sudah terpinga.
“Waalaikumsalam,” Tak suka, tak suka
juga. Salam kena jawab woi. Bertambah juga pahalanya. Pening kepala dia memikirkan
kata-kata terakhir Denisa.
Dek malas merunsingkan kepalanya, dia
mengambil fail-fail pesakitnya dan bergerak ke wad lelaki di tingkat tiga.
Mungkin, fikirannya tenang sedikit.
*****
Janji harus dikotakan. Kini, hospital
tempat Adrean bekerja sudah menjadi rumah keduanya. Selesai sahaja kerjanya di
Denis Resort, dia akan bertandang ke hospital. Boleh dikatakan, semua staf di
hospital itu mengenalinya. Dia bukan sahaja mengacau si Adrean, malah menjadi
pekerja charity di situ.
“Kak Cha, ni nak buat macam mana?”
tanya suara comel milik Kyra, si kecil yang menghidap penyakit leukemia tahap
kedua.
Denisa melihat buku latihan Bahasa Melayu
Kyra. Walaupun baru berusia empat tahun, kanak-kanak itu bijak dalam pelajaran.
Seawal usia tiga tahun, ibu bapa Kyra menghantar anak mereka ke tadika atau
lebih tepat pusat asuhan.
“Kyra baca ni, lepas tu suaikan dengan
gambar. L.O.R.I, lori. Tarikkan perkataan lori dekat gambar lori. Faham tak
lagi?” Kyra mengangguk laju. “Good girl,”
Diusap kepala Kyra perlahan.
Dibawa langkah ke katil hujung wad.
Seorang kanak-kanak perempuan sedang mewarna buku lukisan. Sufi yang berusia
enam tahun itu pula menghidap penyakit jantung. Ini sudah kali ke sepuluh dia
dimasukkan ke wad. Denisa ralit melihat kanak-kanak itu. Tersentuh hatinya dengan
semangat berjuang kanak-kanak di sini.
“Besar nanti Sufi nak jadi apa?” soal
Denisa.
“Cita-cita Sufi ke, Kak Cha?” Denisa
senyum. “Sufi nak jadi macam papa, doktor. Nanti Sufi boleh jaga diri Sufi
dengan kawan-kawan. Tapi, Kak Cha. Sempat ke Sufi nak jadi doktor?”
Mata Denisa mula berkaca.
“Insha Allah. Sufi berdoalah. Ya Allah,
Kau sihatkanlah tubuh badan Sufi agar dia boleh menjadi orang berguna kelak.
Kau limpahkan jua rahmat ke atas dirinya. Amin,” Sufi turut mengaminkan doa Kak
Chanya itu.
“Amin…”
“Kak Cha balik dulu. Nanti Kak Cha
datang lagi ya?” Seperti Kyra, diusap juga kepala Sufi. Semoga Allah memberkati
kanak-kanak ini. Amin.
Sebaik sahaja dia menutup pintu wad
itu, air matanya laju sahaja menuruni ke pipi. Allahuakbar. Betapa kuatnya semangat
kanak-kanak di wad itu. Tidak dapat dia membayangkan jika satu hari nanti, Kyra
dan Sufi serta kanak-kanak yang lain pergi meninggalkannya. Kuatkah dia,
seorang insan yang semakin menyayangi mereka?
Adrean yang perasan akan Denisa, bersembunyi
di sebalik pasu bunga di sisi kaunter. Hatinya mula tersentuh dengan kebaikan
gadis itu. Betullah apa yang dikatakan oleh Denisa hari tu, dia tidak boleh
tanpa gangguan gadis itu. Haish, melalut apa dia ni. Sejak bila dia suka? Parah
sungguh apabila hati dan fikiran tidak seiring.
*****
~Kini~
Cuitan di bahu Denisa, menyedarkan dia
akan dari imbauan kisah lama. Adrean yang berdiri dengan tangan kiri menutup
hidung itu dipandang penuh tanda tanya. Buat tabiat ke suami dia ni?
“Kenapa dengan abang ni? Nia dah
mandilah,” Soalan Denisa tidak dijawab sebaliknya Adrean menghulurkan mangkuk
yang berisi pulut durian kepada isterinya.
“Yours,”
Denisa senyum lebar.
“Thank
you, abang. Temanlah Nia makan. Tak seronok makan seorang,” Sepantasnya
Adrean menggeleng.
“Abang tunggu kat atas. Make sure sebelum tidur, gosok gigi
dulu. Listerine sekali,” pesan Adrean
sebelum menghilang ke tingkat atas.
Denisa ketawa kecil. Macam-macam hal.
Dipandang Dr Raudhah di ruang tamu. Wanita itu sedang sibuk melayan
cucu-cucunya, anak-anak abang dan kakak Adrean. Bukan main meriah lagi banglo
Dr Afdlin malam ini. Abang dan kakak Adrean sengaja meninggalkan anak-anak
mereka di sini kerana mereka mempunyai rancangan lain. Bulan madu yang ke
sepuluh kata mereka.
Usai menghabiskan makanannya, Denisa
mendaki anak tangga naik ke tingkat atas. Sempat dia bermain dengan anak-anak
saudara Adrean tadi. Dek berasa kurang selesa, dia naik ke bilik. Entah kenapa,
kebelakangan ini badannya lenguh-lenguh. Selera makannya juga meningkat. Petang
tadi, dia meminta suaminya membelikan pulut durian. Puas jugalah nak pujuk
suami tersayang dia itu. Adrean bukannya suka bau durian. Busuk katanya.
“Abang, lusa Nia ada conference dekat Bangi. Abang teman Nia
eh,” Denisa menyapu losyen ke tangan sambil mata memandang Adrean bersandar di
kepala katil, sedang melayan movie di
Ipad.
“Lusa? Insha Allah. Abi tak join ke?”
“Tak. Denis Resort punya conference. So, abi memang tak ambil bahagian,” Dipanjat katil. Selambanya dia
memeluk Adrean. Erat pula tu. “Cerita apa ni?” Matanya turut ke skrin Ipad.
“White House Down,” Terangkat kening
Denisa. Aishi, Channing Tatum. My hero!
“Abang, ni hero Nialah,” Adrean pandang
kepala Denisa di dadanya.
“Hero Nia? Abang siapa ya?” Denisa
sengih jahat. Nasib baik Encik Suami tak nampak. Mahunya kena terajang dia
dengan sengihan ala penjahat itu.
“Abang? You’re my super hot hubby plus die hard lover,” Punyalah dia kejar
si Adrean ni dulu, takkanlah senang-senang nak letak tepi kan. Channing Tatum,
Lewis Tan si abang Nivea tu pun tak boleh lawan tau. Dr Dre yang super kacak ini kepunyaan dia, okey!
“Mulut manis eh. Terlebih manis durian
ke?”
“Bolehlah. Nia ada benda nak bagitahu
abang ni. Sehari dua ni kan, Nia rasa lainlah. Nia sendiri pun tak tahu. Tapi,
ada satu benda ni yang Nia pasti,” Denisa duduk bersila menghadap Adrean.
Adrean menutup Ipadnya.
“Apa yang lain dan apa yang pasti?”
“My
stomach feels something. Either I have any diseases or I’m pregnant. So?”
Diangkat kening berkali-kali.
“Oh,
either or? I hope the second one,
sayang. Esok ikut abang pergi hospital. We
need an examination,” Putus Adrean.
Denisa senyum nakal. Matanya dipaku
pada wajah Adrean. Susah juga ingin memenangi hati suaminya itu. Selepas
sebulan lawatan tak rasminya ke hospital itu barulah Adrean memberikan kata
putus. Peliknya cinta apabila Adrean mengaku dia menyukai Denisa sejak
peristiwa ‘cempung’ itu lagi. Hanya lelaki itu sahaja menidakkan rasa hatinya.
“Abang,
what make you accept me as you wife?”
Adrean mendepangkan tangannya. Ingin si
isteri mendakapnya. Denisa menurut. Ah, seronoknya dipeluk begini. Selamat
rasanya berada di dalam dakapan suami tercinta.
“You’re
so cute with that pale face. I can’t take off my eyes from watching you.
Kiranya, abang curi-curi pandang Nialah masa Nia tengah pening nak muntah lepas
keluar dewan bersalin dulu. Pertama kali abang sentuh perempuan bukan muhrim
macam tu sekali,” Kusyuk Denisa mendengar penjelasan Adrean.
“I
thought you’re gay before. Fatihah told me, abang jarang tegur staf
perempuan. Then, banyak habiskan masa
dengan staf dan patient lelaki aje,” Adrean gelak.
“Tak adalah sampai gay. Abang serik nak berteman dengan perempuan. Semuanya sebab ada
seorang perempuan ni, minah salehlah. Dia masukkan ubat tidur dalam air abang, sengaja
nak kenakan abang. Abang tak minum air tu, tapi kawan abang yang terminum air
abang tu. Seminggu selepas tu, abang terkejut dengar berita kawan abang tu
bunuh diri…”
“Bunuh diri? Serious?” sampuk Denisa, terkejut.
“Kawan abang tu boleh dikatakan
alimlah. So, dia tak boleh terima diri dia tidur dengan perempuan. Sebab dah
tak tahan, dia terjun laut. Itulah kisahnya abang tak suka perempuan dulu.
Abang fobia. Setiap kali abang dekat dengan perempuan, abang mula fikir bukan-bukan,”
sambung Adrean lagi.
“Oh,
that’s why abang tried to push me away, right? Tapi, terima jugak. Untung
Nia kan. Nasib baik plan B tak jadi nak buat,” Adrean menolak tubuh isterinya
lembut.
“Plan B?” Denisa angguk.
“Just
same like your story line. Tapi, bukan ubat tidur. Pejabat agama,” Terjegil
mata Adrean saat itu. “How I want you to
be mine badly, abang. I want you to be my hubby no matter what, at that time.
You already touched my body, you saw my bad side and even you curi-curi watched me,” Adrean sengih nakal.
“Patutlah tak reti nak behave isteri abang ni. Panggillah
pejabat agama pun, abang sudi,” Bahaha. Adrean buat lawak sarkas.
“Apalah abang ni. Tak mainlah kahwin
free ni. Nia ada harga tahu,” seloroh Denisa bersahaja.
Adrean sepit hidung isterinya.
Kemudian, mereka ketawa serentak. Denisa kembali memeluk suaminya. Hailah,
encik suami. Apalah awak pakai sampai saya terpikat? Pelik sungguh cinta
mereka. Hendak tapi menolak. Bukan cinta pandang pertama, tetapi rasa itu hadir
tanpa pintaan keduanya.
~TAMAT~
wau ♥♥♥♥♥
ReplyDeleteuat lagi cerpen sis ;)
:D. inshaAllah, balqiz. banyak lagi dalam simpanan ni. hehe
Deletetahniah writer... karya awak semakin lama semakin best.. serius saya kate.
ReplyDeleteterima kasih, yas. :D. sebab sudi baca karya kat blog ni.
Deletebest2..banyakkan lgi cerpen dlam blog awk..sye suke bace..saye lgi suke bace cerpen xyh nk tnggu2 episod novel..nnti dh ade kt kdai trus bli je novel..huhuhu
ReplyDeleteterima kasih, najihah. :D. inshaAllah. hehe. samalah kita. :)
Deletekarya akak sume bez2... (Y)
ReplyDeleteTerima kasih, bunga lili. :D
DeleteSaya tak tahulah apa yang awak pakai tapi cerpen awak memang best gila. Bagilah petua sikit macam mana nak jadi cerpenis yang baik macam awak.
ReplyDeletehaha. petua? idea tiba-tiba ni. tulis ja apa yang ada dalam otak. saya baik eh. hihi. cerpen saya biasa2 ja. datang dari hati. hik2. cliche. tapi, tulah petua dia. cuba bayangkan diri sendiri dalam situation tu. :D
Deletebest ... sangat
ReplyDeleteBest....sgt2...
ReplyDeleteBestt nya alololoh... prgi cri tmba ahaha
ReplyDeletegood
ReplyDeleteBest...........
ReplyDelete