Assalamualaikum... Hye!
Sorry lambat update. CIA baru siap tulis. Apa-apa kekurangan, harap maaf. Tak baca balik dah ni. Huhu. Entah apa yang jadi dengan episode 7 pun tak tau. Nasib baik siap jugak. So, CIA nak restkan otak before sambung episode 8. SELAMAT MEMBACA! :D (leave a comment)
******************
Episode
7
Hujung
kaki jeans hitam disinting hingga ke betis, selipar sudah lama ditanggalkan. Fariz
menoleh ke belakang, si isteri masih tegak berdiri. Lama dia tenung wajah
Adelin. Dah kenapa minah senget ni? Tadi bukan main beria lagi nak datang
pantai. Dah sampai ke pantai, jadi patung cendana pula. Tengah praktis jadi
patung lilin kot.
“Hello, cik adik manis. Where are you?” Ray Ban di tanggalkan.
“Dah
buta ke?” balas Adelin selamba. Dah terang-terang aku ni dok kat depan dia,
boleh pergi tanya lagi. Apada, bebel Adelin sendiri.
“Mana
tahu, kau dah sampai planet marikh ke. Tunggu apa lagi, jomlah,” Disangkut
semula Ray Ban di batang hidungnya.
Adelin
menanggalkan sandalnya. Sebelum itu, dia melipat sedikit kaki jeansnya ke paras
buku lali. Fariz menghulurkan tangannya dan disambut Adelin. Mereka berpegangan
tangan berjalan di pesisir pantai. Kononnya, pasangan bahagialah. Punyalah
payah si Fariz tu memujuk Adelin untuk pergi bercuti. Siap kena ugut lagi. Itu
pun hampir sahaja gagal. Strategi kena mantap, bos; kata Luqman pada Fariz
tempoh hari.
Itu
yang keluar idea gila pujuk isteri sendiri sampai sanggup jadi chauffeur Adelin selama seminggu. Puas
jugalah kena berleter dengan Adelin. Tetapi, demi memikat isteri ‘tersayang’,
apa sahaja yang perlu lakukan pun dia sanggup. Berbaloi juga akhirnya segala
penat lelah dia berulang alik dari IPD ke Eclipe’s Holding. Mahu putus nafas
kalau berlanjutan.
“Fariz…”
“Hmmm…”
“Dah
jumpa ke siapa yang hantar surat ugut tu? Dah lama tak dengar berita. Senyap
aje,” Adelin sekadar ingin tahu. Padahal, soalan itu hanya selingan sebelum ke
soalan seterusnya.
“Still in investigation. Why?”
“Just asking. My real question is, Pearl. You’ve
promise me to tell me about her,” Nah, itu dia punya soalan. Sudah lama
Fariz tidak mengungkit tentang Pearl. Jika Fariz terlupa, biarlah dia yang
ingatkan.
“What? Nothing to tell you about her. Dahlah, tak payah rosakkan mood sebut pasal dia. Buang masa,” balas
Fariz tanpa nada. Elok mood dia okey,
hancur pula nanti.
Sejak
pertemuannya dengan Mutia hari tu, tiada lagi pertemuan susulan. Fariz sudah
malas ingin mengambil tahu. Lantaklah, dia tidak mahu memikirkan tentang
perkara lampau lagi. Buat sakit hati sahaja. Lebih baik dia menumpukan apa yang
akan berlaku di masa hadapan. Dia pasti, tak! Sangat pasti. Adelin Annisa
adalah masa depannya. Disebabkan itulah, dia mengajak gadis itu melancong.
“Okay, I’ll let you go this time.
Kenapa datang sini? I mean, isn’t too far
from KL?”
“Mana
ada jauh, dekat aje. I’m driving, right?”
Fariz jongket kening. KL-Lumut. Kira okeylah dia tidak membawa Adelin ke
Langkawi. Tak payah tanya, memang dia tahu si isteri akan menolak. Adelin si
anti-Langkawi. Kenapa? Later, I’ll tell
you. Eheh!
Adelin
berdecit. Ada sahaja alasan dia. Kakinya menyepak air. Arh, sejuk! Pertama
kali, dia berjalan sambil berpegangan tangan dengan Fariz. Seronok juga
rupanya. Seperti dia sedang dilindungi. Bak kata Fariz pada Adelin, percutian
H&W SV; ‘Husband and Wife Short Vacation’.
Banyaklah dia punya vacation. Adelin
juga yang haru, kena menghadap Tan Sri Lutfi untuk meminta cuti. Nasib baik,
hanya tiga hari tiga malam sahaja. Itu pun dia berikan alasan untuk pulang ke
kampung.
“Tapi,
menarik jugaklah tempat ni. Tak pernah tahu pun resort ni wujud,” kata Adelin. Penat berjalan, mereka duduk
menghadap laut menikmati keindahan alam. Matahari pun sudah bertukar warna
menandakan senja bakal kunjung tiba.
“Memanglah
tak tahu. Dunia kau, Eclipe’s Holding aje. Bosan!”
“Hello, Mr Ian. Your papa was the hidden
criminal for making me like that, okay. Hish,” Geram pula hati kita.
“Alah,
kalau kau tolak, tak adanya papa nak paksa. Adelin, nak buat benda luar alam
tak?” Adelin angkat kening. Dikerling Fariz di sebelah. Apa ke benda pula benda
luar alam dia tu?
Fariz
mengeluarkan Iphonenya. Adelin senyum menyampah tatkala mendengar shutter sound. Luar alamlah sangat. Snap gambar saja pun, bukan sesuatu yang
pelik. Lelaki itu mengangkat handphonenya
tinggi. Selfie time, guys! Ahaks. ASP
Fariz hantu selfie.
“Sejak
bila awak suka benda-benda macam ni? Gelilah,” ejek Adelin sambil ketawa. Macam
kelakar pula.
“It’s life, my dear wife. Kiss my left cheek,
please,” Ini memang luar alam sungguh. Kiss
his cheek? Naaa, dekat planet mana Fariz belajar kissing depan public ni. Manalah
mereka pernah begitu sebelum ini. Sedangkan tidur satu bilik satu katil pun tak
pernah nak cium bagai.
Di
hadapan umum pula mahu dicium. Sewel! Susah juga dapat suami otak kadang-kadang
tak betul ni. Bab mengutuk suami, memang Adelin pandai bak sang kancil. Master
dah si Adelin ni pasal kutuk mengutuk ni.
“Gi…
la,” Lambat sangat menunggu Adelin kiss
pipi dia, Fariz dengan selambanya mendaratkan bibirnya ke pipi kanan gadis itu.
Clak! Snap done!
Dek
tindakan ‘mamat slumber’ itu, tak
pasal saja pipi Adelin bertukar warna. Merah dah kerana malu! Tapi, sekejap
saja. Selepas itu, habis semua malu hilang. Dua-dua gila camera, selfie! Bukan
main mesra lagi keduanya. Kalah pasangan mat saleh romantik yang melepak tidak
jauh dari mereka itu.
Agak-agaknya
kalau kenalan mereka ternampak aksi married
couple dia orang tu, jadi apa ya? Kenalan Fariz, mungkin sesuatu yang boleh
dikawal kerana Fariz memang sering dilihat bersama dengan perempuan. Adelin? Carl
yang kacak tahap tak cecah tanah tu pun, dia tolak. Inikan lelaki lain yang
mendekat.
Dia
bukan anti lelaki, tetapi jika dia masih belum berkahwin, mungkin dia akan cuba
terima Carl atau lelaki lain. Namun, sudah termaktub di dalam kamus hidup
Adelin Annisa, hanya Fariz Ian sahaja lelaki yang berada di hatinya sekarang
ini. Insha Allah, untuk hari seterusnya juga begitu. Sebabnya, Fariz adalah
suaminya.
*****
Puan
Sri Zana mencari kelibat Mutia. Senyuman terukir tatkala matanya menyapa susuk
tubuh ramping Mutia di kolam ikan mini di sayap kiri banglo Tan Sri Lutfi. Dulang
berisi minum petang diletakkan di atas meja berdekatan. Dia membawa langkah
mendekati Mutia.
“Mutia
ingat tak dulu Mutia suka main dengan Fariz kat sini?”
Mutia
menoleh.
“Apanya
tak ingat, auntie. Rumah Mutia dulu mana ada kolam ikan ni, arwah papalah jadi
mangsa bawa Mutia datang sini. Kalau tak, Mutia mogok tak nak makan,” Puan Sri
Zana gelak.
“Kenangan
dulu memang manis, Mutia. Kita saja yang tak pandai nak menghargainya. Macam
mana kerja kat Eclipe’s Holding? Okey?”
“Allhamdulillah,
semuanya baik. Staf-staf kat situ baik-baik belaka. Yang paling baik dengan
Mutia, kak Adelinlah. Kami kan berkongsi bilik,” Terdengar sahaja nama Adelin,
senyuman Puan Sri Zana mati.
“Uncle
tak sediakan bilik untuk Mutia ke? Tak apa, nanti auntie sound uncle. Bukannya seronok berkongsi ni. Tambah pula, berkongsi
dengan perempuan tu,” tukas Puan Sri Zana. Mutia senyum nipis.
“Eh,
tak apalah, auntie. Office Mutia in
progress. Insha Allah, minggu depan dah boleh pindah masuk. Kenapa auntie
tak suka kak Adelin? Dia baiklah,” Teringin pula Mutia mengetahui alasan Puan
Sri Zana.
“Entahlah,
Mutia. Sejak dia masuk Eclipe’s Holding, uncle asyik puji dia aje. Adelin
inilah, itulah. Geram betul auntie ni. Sekarang ni, Fariz pula yang sibuk dok keluar
dengan perempuan tu. Entah apa yang menarik pada dia pun auntie tak tahu.
Lainlah Mutia, bertudung. Aurat pun terjaga,” hujah Puan Sri Zana.
Mutia
sembunyikan perasaan gembiranya. Kini, terang-terangan mama si Fariz itu
menentang perhubungan Fariz dan Adelin. Tidaklah dia makan hati berulam jantung
jika hubungan itu berjaya. Sudah tentu Puan Sri Zana akan menentang
habis-habisan. Meloponglah Tan Sri Lutfi nanti jika Adelin tidak menjadi
menantunya.
Hasil
siasatannya sepanjang bekerja di situ, Mutia mendapati Tan Sri Lutfi banyak
bergantung pada Adelin. Setiap projek yang masuk akan diuruskan oleh Adelin
terlebih dahulu sebelum gadis itu memberi kepercayaan kepada ketua-ketua
bahagian yang lain. Walaupun Mutia juga adalah orang penting syarikat, Tan Sri
Lutfi jarang bercerita tentang hal-hal permasalahan syarikat secara peribadi.
“Mutia
biasa-biasa saja, auntie. Lagipun, Mutia dengan Fariz berkawan aje. Fariz dah
macam abang Mutia sendiri,” Uwek, nak termuntah Mutia mengaku Fariz sebagai
abang. Abang apa sanggup menghancurkan hidup dia. Itu bukan abang, tetapi binatang!
“Sudahlah.
Malas auntie nak bercerita pasal dia. Jomlah minum petang. Auntie ada buatkan
makanan kegemaran Mutia,” ajak Puan Sri Zana.
Mutia
hanya mengekori langkah wanita itu. Puan Sri Zana memang baik terhadapnya.
Sejak kecil lagi, wanita itu menatangnya bagai minyak yang penuh. Cuma dia
sahaja yang buta. Bukan, dia sengaja butakan mata untuk menampakkan kebaikan
itu. Selagi dendamnya tidak terbalas, mustahil dia akan berbuat pada keluarga
itu. Untuk meyakinkan dan menutup segala kesalahannya dulu, dia sanggup
berlakon baik. Hipokrit itu perlu.
*****
Adelin
menolak langsir perlahan. Cuaca yang redup di luar membuatkan bibirnya
tersenyum. Indahnya ciptaan Allah. Walaupun cuaca mendung dan ombak laut bergelora,
cahaya matahari masih cuba menaikkan sinarnya. Mungkin cahaya itu menerangi di
kawasan lain, tidak di resort ini. Bilik
hotel yang ditempah Fariz agak strategik kerana dari jendela, Adelin boleh
melihat kolam renang dan dekorasi resort
yang cantik.
Cahaya
lampu masih terpasang walaupun hari sudah pagi. Usai solat subuh berjemaah
tadi, Adelin tidak boleh melelapkan mata kembali. Fariz sahaja yang masih
berbungkus di dalam selimut. Ditambah dengan air cond yang terpasang, memang sedap tidur. Sejuk!
“Tengok
apa?” Oh ibu aku! Adelin mengusap dadanya. Dijeling Fariz yang sesedap sup
bunjut saja memeluknya. Sudahlah tak bagi salam. Main terjah saja. Huh! Sibuk
saja nak pinjam bahu orang letak dagu dia.
“Apa
plan hari ni? Takkan nak duduk dalam
bilik aje?” Fariz sengih senget.
“Apa
salahnya? Cepat sikit dapat anak,” Adelin mencubit lengan Fariz yang memeluk
pinggangnya. Banyaklah anak dia. Dari semalam lagi, asyik anak sahaja dalam
fikiran Fariz. Dah kemaruk sangat nak anak agaknya. Hush!
Perangai
pun masih seperti budak-budak, ada hati nak ada anak. Atau, seru dah sampai?
Maklumlah, lelaki itu sudah mencecah ke three-series.
Haruslah keinginan untuk mempunyai anak itu wujud. Adelin sendiri sudah berusia
dua puluh tujuh tahun. Bukannya muda lagi kedua-duanya.
“Poyo.
Bosanlah, Fariz. Tak ada tempat yang menarik ke kat sini? At least, snorkeling or riding horse around the beach. Tak ada?”
Rugilah
dia bercuti jika terperap sahaja di dalam bilik. Kalau nak ikutkan idea gila si
Fariz ni, memang sah tak boleh keluar bilik. Oops! Aktiviti luar alam yang
kedua. Rasanya, sebelum datang ke sini, Fariz sudah merancang kot. Segalanya berlaku
di luar jangkaan Adelin.
“Ada.
Aktiviti masuk kampung. Kau siap-siaplah, aku bawa kau pergi rumah mak ayah
angkat aku. Selepas sarapan, kita pergi,” kata Fariz sebelum ke bilik air.
Mak
ayah angkat? Menarik juga. Adelin menutup langsir kembali. Dia ke almari dan
mengeluarkan dress petty chiffon long
sleeve. Baju Fariz turut disediakan. Memandangkan ini adalah percutian ‘suami
isteri’, kenalah menjalankan tanggungjawabnya. Nanti dah balik KL, rumah dah
asing-asing. Gila nak tinggal sekali, memang Mak Jinah tu invisible kan. Silap hari bulan, Puan Sri Zana curah asid padanya.
Nauzubillah.
*****
Lukman
merenung wajah tampan di hadapannya itu. Mata biru, beb. Mana pernah lagi dalam
sejarah hidupnya sebagai inspektor polis menerima kunjungan daripada mat saleh.
Selalunya, urusan yang melibatkan polis antarabangsa, Fariz yang take over. Kali ni, dia pula yang
terpaksa mengambil alih. Takkanlah dia hendak kacau orang atasannya yang sedang
bercuti. Mahu kena pelangkung.
“I’m Lukman, Inspector Lukman. You may call me,
Luq,” Lukman menghulurkan salam. Si mata biru menyambut salamnya.
“Carl,
Carl Ezaide. So, you’re the one who
handle this case?” Lukman mengangguk, tetapi kemudian dia menggeleng. Carl kerut
dahi.
“No. I’m just replacing him for days, I think.
Everything that you want to discuss, you may trust me,” Carl senyum
bersahaja.
“Anyone else? Emmm, should we just drop the
honorific? Mungkin lebih selesa. Aku… kau?” Ternganga Lukman dibuatnya. Si
mata biru itu pandai berbicara dalam bahasa melayulah.
“Sure. Tak tahu pulak kau pandai
berbahasa melayu,” kata Lukman. Barulah selesa sikit.
“Yupp. Mixed malay-british. My family stayed
here. Aku aje yang merantau jauh,” jelas Carl, tidak mahu Lukman tersalah
anggap. Dah macam gay boy dah dia
tengok Lukman. Euwww!
“Oh, I see. Sebelum kita bincang pasal
kes ni, kena tunggu ASP Hadi dulu. Kejap lagi dia sampai,” maklum Lukman. Sudah
tentu dia tidak mampu menguruskan kes yang besar ini seorang diri.
“ASP
Hadi? Siapa?”
“Polis
marin. Dia memang selalu handle kes international ni. Lagipun, dia bestfriend ketua kami. So, dia serba tahulah pasal kes ni,”
Carl angguk kepala. Boleh pula begitu.
“Ketua
kau pergi mana?”
“Holiday. Awal lagi dia dah apply cuti, tak boleh nak cancel sebab… you know. It’s all about love,”
bicara Lukman selamba.
“Great. Dia mesti sibuk sampai lupakan
pasangan kan?” teka Carl.
“Uhuh, playboy too,” bisik Lukman. Carl
ketawa. Sudah tentu orangnya kacak jika mempunyai bad habit. Playboy, huh!
Berbual
punya berbual, akhirnya orang yang ditunggu tiba. Sebaik sahaja Hadi sampai,
mereka terus memulakan perbincangan. Segala perbualan mesra tadi bertukar
menjadi serius. Hadi dan Lukman menumpukan sepenuh perhatian pada penjelasan
Carl. Kes itu merupakan kes penting kerana melibatkan sebuah syarikat ternama.
Di
sebalik percutian Fariz adalah kerana kes tersebut. Mustahil untuk dia take over kes yang melibatkan Eclipe’s
Holding. Terpaksa dia meminta Hadi membantunya. Kebetulan, Hadi yang bertugas
di jabatan marin sedang menguruskan pelatih baru. Jadi, sahabatnya itu tidak
sibuk dengan kes lain.
*****
Fariz
memberhentikan keretanya di halaman sebuah rumah. Kelihatan seorang wanita
sedang menyapu sampah di bawah pokok rambutan tidak jauh dari keretanya. Mata
Adelin melilau ke sekitar rumah sambil menanggalkan tali pinggang keselamatan.
Rambut yang dibiarkan lepas, dia ikat tocang.
“Itulah
mak angkat aku. Jom,” Serentak mereka keluar dari perut kereta.
“Assalamualaikum. Mak!” laung Fariz kuat.
Sengaja
dia menjerit kuat. Biar seisi rumah batu yang direka moden itu keluar.
“Waalaikumsalam.
Hah, Fariz. Terkejut mak,” Fariz mendekati wanita separuh umur itu. Adelin
mengekori suaminya.
“Sihat,
mak?”
“Sihat.
Mimpi apa datang sini?” tanya Mak Lela kepada anak angkatnya itu.
“Mimpi
apanya. Rindu semualah, itu yang sampai juga rumah mak ni,” kata Fariz. Mak
Lela pandang Adelin pelik. Adelin senyum.
“Siapa
ni?”
“Adelin,
mak. Awak, nilah mak angkat saya, Mak Lela,” Adelin menghulurkan tangan untuk
bersalam. Mak Lela menyambut mesra. Teman wanita Fariz barangkali.
“Mama
kamu tak setuju ke dengan pilihan kamu ni? Itu yang bawak jumpa mak dengan
ayah?” Fariz ketawa.
“Ke
situ pulak mak ni. Kalau mak nak tahu, Adelin ni anak emas papa. Isu tak restu
tu, adalah sikit. Mama memang tak bagi green
light pun,” terang lagi nyata penjelasan Fariz. Dengan maknya ini, tak
boleh nak berahsia. Confirm, sekejap
lagi perkara sebenar terbongkar.
Mak
Lela dan ayah angkatnya, Sarjan Mejar Mahadi tidak mempunyai anak lelaki. Oleh
itu, Fariz sudah dianggap seperti anak sendiri. Lebih-lebih lagi, Fariz menjadi
seorang polis juga atas sokongan ayah angkatnya itu. Jawatan yang dipegangnya
kini juga berkat doa dan dorongan keluarganya di sini. Papa dan mamanya pernah membantah,
tetapi dia memang amat berminat di bidang kepolisan. Apa lagi yang boleh
dibuat? Setuju sahajalah.
“Tak
adalah, merepek aje Fariz ni,” Mak Lela menggeleng perlahan. Bab usik mengusik
ni, serahkan pada Farizlah. Tip top!
“Anak
dara berdua tu mana, mak? Tak nampak pun…”
“Ada
kat dalam tu, hah. Tiqa tengah masak, Dik Min pulak dok basuh baju,” beritahu
Mak Lela. “Eh, jom masuk. Kita sambung berbual kat dalam. Selesa sikit,” Penyapu
lidi yang dipegang, disandarkan pada pokok rambutan.
Mereka
beriringan masuk ke ruangan beranda rumah. Santai sikit. Mak Lela masuk ke
dapur, memaklumkan kehadiran Fariz dan Adelin kepada anak-anak daranya.
“Ayah
angkat awak ni polis jugak ke?” soal Adelin sambil matanya memandang bingkai
gambar yang tergantung di dinding. Jelas di matanya, seorang lelaki yang sebaya
dengan babanya itu sedang mengangkat tabik hormat.
“Hmmm,
Sarjan Mejar Mahadi. Sebab dialah, aku jadi polis ni. Pendorong utama merangkap
idola aku,” Bibir Adelin membentuk ‘o’.
Tapi,
dia macam pernah lihatlah SM Mahadi itu. Di mana ya?
“Iya
ke? Papa mama awak okey pulak. Kesian tan sri, tak ada pewaris nak bantu dia,”
Fariz menoleh ke kanannya.
“Kau
kan ada. Bukannya orang lain, menantu dia jugak. Hundred percent dia percayakan kau kot,” balas Fariz bersahaja.
“Ahah,
memang pun. Tapi, selagi tan sri tak tahu pasal kita… saya tetap orang luar. Kakak-kakak
awak tu lainlah, perempuan. Mestilah kena ikut suami dia orang. Awak tu anak
lelaki tunggal tan sri. Tahu tak?”
“Tak
readylah. Kita bincang lain kalilah,”
Adelin kerut hidung. Selalu begitu, setiap kali hal syarikat dibangkitkan.
Fariz berpura-pura sibuk dengan Iphonenya.
Dia
memang sengaja membawa Adelin jauh dari Eclipe’s Holding beberapa hari ni
sehingga penyiasatan itu berakhir. Namun, lelaki itu tidak tahu bahawa Adelin
adalah penyumbang utama kepada kes itu. Jika Fariz mengetahui tentang hal itu,
sudah tentu Adelin tidak akan berada di sini rasanya.
“Jemput
minum, Fariz, Adelin. Tak beritahu nak datang, mak jamu air ajelah. Nanti kita
makan tengah hari sama. Kejap lagi ayah baliklah tu,” Mak Lela meletakkan
dulang di atas meja kopi.
“Kami
dah sarapan dekat hotel tadi, mak. Kenyang lagi ni,” ujar Fariz dengan tapak
tangan ditekap pada perut.
“Kamu
stay di hotel mana?”
“Swiss
Garden Resort, mak. Dah lama tak singgah situ. Adelin pun tak pernah datang
sini lagi,” Mak Lela senyum nipis.
Fariz
mana pernah membawa teman wanitanya ke sini sebelum ini. Apabila ditanya, Fariz
hanya memberitahu dia masih belum bersedia. Jika ada yang dikeleknya, semuanya
atas urusan kerja. Selain Mutia dan Adelin, tiada perempuan lain yang berjaya menambat
hati Fariz setakat hari ini.
“Berdua?”
Nada Mak Lela sudah berubah.
Fariz
dan Adelin saling berpandangan. Sudahnya, Adelin memberi isyarat dia
membenarkan lelaki itu memberitahu Mak Lela tentang hubungan mereka. Buatnya
Mak Lela berfikir yang bukan-bukan, haru juga. Boleh timbul fitnah pula nanti.
Tidak mahulah dia dianggap perempuan tak bermaruah yang senang-senang sahaja
mengikut lelaki ke hotel.
“Ha’ah.
Mak, sebenarnya Fariz dan Adelin dah berkahwin. Dua tahun setengah dah kot kami
kahwin. Kan, Adelin?” Adelin mengangguk. Membulat mata Mak Lela. Dah kahwin?
Tidak jadi dia ingin mengenenkan Fariz dengan Tiqa. Tsk.
“Kenapa
tak bagitahu kami awal-awal, Fariz? Kenduri pun tak jemput. Sampai hati, anak
mak ni,” Fariz yang bersandar di sofa, menegakkan badan. Jenuh pula dia ingin
memujuk Mak Lela.
“Kami
akad nikah aje, mak. Papa dan mama pun tak tahu lagi pasal ni. Fariz minta
maaf. Fariz terpaksa rahsiakan hal ni…”
“Kenapa
kamu kahwin? Bukan mak nak fikir yang bukan-bukan. Tapi, mesti ada sebab kenapa
kamu rahsiakan pernikahan kamu ni,” Adelin menahan Fariz berbicara. Biar dia
pula yang menjelaskan kedudukan sebenar.
“Kami
rela kahwin, ma… mak. Tapi, yang pasti bukan atas alasan suka sama suka. Ada
salah faham sikit masa tu,” Mendalam sekali penjelasan Adelin. Tapi, gagap
jugalah. Masih janggal untuk memanggil Mak Lela dengan panggilan, mak.
Mak
Lela kembali bertenang. Bekas guru Matematik itu seakan memahami maksud sebenar
Adelin. Senyuman diukir tanda dia boleh menerima keadaan itu. Pada
penglihatannya, Adelin memang sesuai untuk Fariz. Mungkin ada hikmahnya di
sebalik setiap kejadian yang berlaku. Siapalah dia ingin menyoal lebih.
Cukuplah dia tahu, Fariz dan Adelin tidak melakukan hubungan terlarang.
“Sekarang
macam mana?”
Fariz
gelak kecil.
“Maybe, your title will be change, mak.
Grandmother?” Masam terus muka Adelin yang elok tersenyum itu.
Mak
Lela sengih.
“Merepek
aje kerjanya,” omel Adelin perlahan. Namun, Fariz masih boleh mendengar.
“Alhamdulillah.
Family planning after two years married. Quite
interesting,” usik Mak Lela. Adelin menahan senyum. Malu pula dia. Fariz ni
memang tak makan saman. Memanglah, dia makan nasi saja.
“Style kan, mak? Bukan sembarangan orang
boleh kahwin dengan anak mak yang handsome
ni. Untung isteri Fariz Ian,” Eheh, puji diri sendiri.
“Ya
Allah, terlebih minum air laut kot awak ni,” Payah dapat suami jenis masuk
bakul angkat sendiri ni. Perasan sahaja memanjang.
“Adelin
ni orang mana? Keluarga Adelin tahulah pasal ni?”
“Kedah.
Dia orang yang beria suruh kami kahwin, mak. Takut sangat Adelin tak kahwin
sampai ke tua,” Sempat lagi dia berseloroh.
“Kedah?
Fariz buat apa dekat Kedah masa tu? Kerja ke?” Pelik pula Mak Lela. Takkanlah
sampai kena bertugas di Kedah. Seingatnya, dua tahun lepas, Fariz hanya
menguruskan kes-kes di KL.
“Biasalah,
mak. Penjenayah ni bukannya kita boleh ramal tindakan dia orang. Saat-saat
akhir pun boleh tukar strategi. Mak ingat tak malam yang Fariz kena tembak tu?
Masa tulah, menantu mak yang baik hati ni datang jadi heroin Fariz. Kelam kabut
punya pasal, dia bawa Fariz balik rumah tok dia,” terang Fariz secara jujur.
“Mak
ingat lagi. Malam tu, ayah telefon dari pejabat beritahu pasal Fariz. Ayah
sampai aje kat sana, Fariz dah tak ada. Nasib baik, esok tu Fariz call. Kalau tak, ayah memang ingat nak
beritahu keluarga Fariz di KL dah,” cerita Mak Lela.
Waktu
itu, dia hanya mampu berdoa sahaja akan keselematan Fariz. Jika diikutkan
hatinya yang sangat risaukan keadaan Fariz, mahu sahaja dia menyertai SM Mahadi
ke Kedah malam itu. Namun, dihalang suaminya.
“Nasib
baik kena tembak dekat kaki aje. Kalau kat tempat lain, Adelin tinggal aje kat situ.
Tak adalah kena tuduh bagai,” Fariz mencubit pipi isterinya.
“Amboi,
bercakap… tak pandang kiri kanan kan. Ikut sedap mulut dia aje. Tak payah balik
KLlah kalau macam ni. Abang tinggal sayang dekat sini. Duduk dengan SM Mahadi
dengan bekas cikgu ni. Baru dia tahu,” Adelin kerling Fariz dengan muka tak
percaya.
Abang-sayang?
Uwek!
“Iyalah,
abang. Sayang sanggup tinggal kat sini lagi daripada kena ikut abang balik,”
Ingat dia seorang boleh kenakan kita. Lagipun, macamlah dia tidak biasa hidup
di dalam keluarga yang strict. Mak
Lela tergelak melihat telatah pasangan suami isteri itu.
Tadi,
tak ada pula dia mendengar mereka menggunakan kata ganti nama mesra. Awak-saya
sahaja. Haish, budak-budak sekarang ni. Macam-macam perangai. Tetapi, Fariz dan
Adelin memang sepadan. Padanya, sifat keduanya agak berbeza. Namun, itu tidak menjadi
masalah kerana mereka saling melengkapi. Dia percaya, Adelin mampu menjaga
Fariz dan memahami kerenah anak angkatnya itu.
*****
“Mut…
Tia, bila kau nak balik sini pulak?” tanya Soffi kepada Mutia.
“Insha
Allah, minggu depan. Aku dah tak boleh tahan rindu dah ni. Nak aje aku bawak Chia
balik sini,” kata Mutia sambil memasukkan barang-barang penting ke dalam beg
sederhana besar.
“Bawak
ajelah dia balik sini, Tia. Tak payah kau nak berulang alik ke LA lagi. Bukannya
dekat LA tu. Aku kan ada. Boleh tolong jaga dia,” Soffi membantu Mutia melipat
pakaian.
“Aku
takut Ian rampas dia dari aku, Soffi. I
miss her badly, Soffi. I can’t live
without her. Kalau Ian tahu anak dia ada kat sini, mesti dia paksa aku
temukan dia orang,” Mutia berkata dalam nada sebak.
“Tia, he can’t take Chia from you, okay? Kau
kenalkan Chia macam mana. Chia tu susah didekati. Lagipun, Ian sendiri yang
cakap yang dia tak nak ada kaitan dengan kau lagi kan. So, what’s the matter?”
“Entahlah.
Nantilah aku fikirkan. Aku tak sanggup lagi dah nak berjauhan dengan Chia. Dia
perlukan aku, Soffi,” Soffi mengusap belakang Mutia.
Sebut
sahaja tentang Chia, pasti Mutia akan sedih. Ibu mana yang sanggup berpisah
dengan anaknya. Empat tahun, Mutia menjaga Chia sendiri. Bukan satu jangka masa
yang singkat. Dia juga ada perasaan. Perasaan ingin disayangi secara sah. Chia
juga sudah tentu perlukan seorang yang bergelar ayah.
*****
SM
Mahadi memarkir kereta di garaj. BMW 5-series sedan hitam yang terparkir elok
di halaman rumahnya itu menarik perhatiannya. Kenal benar dengan pemilik kereta
mewah itu. Pantas dia melangkah ke beranda. Senyum sampai ke telinga, hah SM
kita. Seronok Fariz bertandang.
“Assalamualaikum,”
SM Mahadi memberi salam.
Serentak
ketiga-tiganya menjawab salam. Fariz bangun dan menghampiri ayah angkatnya itu.
Lama juga mereka tidak bertemu. Hampir setahun juga rasanya. Mereke berpelukan
seketika.
“Kenapa
tak bagitahu nak datang? Kalau tahu, ayah ajak kawan ayah sekali tadi,” Teruja
SM Mahadi menerima kehadiran Fariz.
Sejak
anak angkatnya naik pangkat, belum sampai lagi di ke sini. Baru dia bercadang
untuk Kuala Lumpur bersama rakannya yang ditemui tadi. Beberapa hari ini, dia
kerap memikirkan tentang Fariz. Banyak benda yang dia ingin bualkan. SM Mahadi
duduk di sebelah isterinya.
“Kawan
ayah yang mana?” soal Fariz. Dia kembali ke tempat duduknya.
“Kawan
ayah yang dulu bertugas dekat Lumut. Tapi, sekarang ni dah pencen. Dia dulu
bekas ketua ayah. Jawatan dia memang tinggilah, bekas ACP,” jawab SM Mahadi.
Matanya terpandang Adelin di sisi Fariz. Keningnya bertaut.
“Oh,
awalnya dia pencen…”
“Pencen
sebagai polis aje. Sekarang ni, dia terima jemputan ceramah area Perak dengan Kedah. Tapi, yang
peliknya… anak dia ada kat sini,” Gulp. Adelin sudah tidak senang duduk.
Senyuman
juga sudah hilang dari bibirnya. Nafas pun rasa macam tersekat sahaja. Rasanya,
wajah dia tiada warna dah ni. Aduh, kenapalah harus dia mengikut Fariz ke sini?
Sepatutnya, dia sudah boleh cam sahabat babanya itu ketika melihat gambar tadi.
Memang cari bala sungguh.
“Anak
dia? Kat mana, bang? Beruntung saya, abang kalau dapat berjumpa dengan anak Hir
tu. Like father like daughter.
Sama-sama polis,” Mak Lela beriak ceria dan teruja.
“Tu,
hah. Sebelah Fariz tu, dialah. Adelin, kan?” Pandangan SM Mahadi tepat pada
Adelin.
Fariz
memandang Adelin dengan kerutan seribu. Ayah merepek apa pula ni? Sejak bila
pula si Adelin ni, polis?
“Hah?
Abang ni jangan main-mainlah. Adelin ni isteri Fariz tahu. Dah dua tahun pun
dia orang kahwin,” Macam mak jemah pula Mak Lela ni.
“Isteri
Fariz? Tak ada pulak Thohier bagitahu anak dia dah kahwin,” balas SM Mahadi,
juga penuh kepelikan.
Fariz
tidak mampu berkata apa-apa. Dimamah sekali lagi kata-kata SM Mahadi tadi.
Mustahil dia silap dengar. Dan, tidak mungkin ayah angkatnya membuat cerita.
Memang nama bapa mertuanya yang disebut SM Mahadi tadi. Tiba-tiba dia berasa
badannya meluap. Jika bukan kerana mak dan ayah angkat di sini, sudah dihamburkan
kemarahan itu.
Fariz say hye untuk semua. haha
to be continued...
p/s : Goodnight. Selamat mimpikan ASP Fariz ya. :D. CIA pun nak berangan episode 8 dah. haha. wish me luck.
struggle to finish 'VAMPIRE HOUSEMATE'. dah macam student sains dah. tapi, best. thank to Yana. dapat jugak tambah ilmu. alhamdulillah. cuba masuk dunia vampire. :D. ngee. tragis.
Best sis mind sambung cpt heheh?
ReplyDeleteNk lg....xpuas...bp episode lg nk bis ni....xsabar ni...huhu
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteHensemnya..xsbr nk baca cerita lain sbb u pnya cerita mmg lain sgt dr novel2 y penah sy baca..
ReplyDelete