Seorang lelaki diiringi dua orang pegawai
polis dibawa ke dalam sebuah bilik. Lelaki yang sedang menerima hukuman penjara
itu melangkah masuk ke bilik tetamu. Sebentar tadi, dia diberitahu bahawa ada tetamu
yang ingin bertemu dengannya. Dia sendiri tidak pasti siapa kerana sepanjang dia
berada di lokap, belum ada ahli keluarga yang melawatnya.
“Kenapa kau datang jumpa aku?”
tanya lelaki itu kasar. Seperti tidak menyukai tetamu yang duduk berhadapan
dengannya itu.
“Aku… aku rindukan kau,” Lelaki itu
senyum sinis. Lelaki jahat sepertinya juga ada yang rindu rupanya. Layakkah dia
menerima rindu itu? Sudah tentulah tidak.
“Buat apa rindu aku? Aku bukan
sesiapa untuk kau. Kau tak ingat ke apa yang aku dah buat kat kau dulu? Kau
masih nak jumpa aku,” Gadis di hadapannya itu menunduk.
“Aku mengaku, aku tak suka
perbuatan kau pada aku. Tapi, kau yang dah selamatkan aku. Kau yang jaga aku
selama aku sakit dulu. Walaupun, pada akhirnya… kau khianati kepercayaan aku
pada kau. Aku tak mampu nak lupakan kau, Shauqi,” Lelaki yang bernama Shauqi
itu ketawa kuat.
“Jangan jadi bodoh, Airis Qalisya!
Masa depan kau bukan dengan aku tapi… dengan Fariq kesayangan kau tu,” marah
Shauqi. Airis menunduk.
“Tapi, aku tak mampu. Aku tak layak
untuk dia, Shauqi. Dia seorang lelaki yang baik. Aku tak sanggup nak lukakan
hati dia,” kata Airis sendu. Shauqi merenung Airis tajam.
Perempuan di hadapannya itu banyak
mengajarnya erti cinta, rindu… sayang. Kerana perempuan itu jugalah dia sanggup
menyerah diri dan dihukum penjara seumur hidup. Betapa bodohnya dia. Sebelum
ini, perwatakan zalimnya yang membuat dia bahagia. Tapi kini, hanya perasaan
sayang yang wujud di dalam dirinya.
Segala rasa dengki, khianat… dan
sifat jahat yang lain sudah hilang. Airis mengajar dia bertaubat. Tunduk pada
Allah. Sentiasa sujud pada-Nya. Memang dia bersyukur kerana Airis banyak
menolongnya. Tapi, dia tak sanggup tengok Airis merana. Dia hendak gadis yang
pernah dia nodai kerana ingin melempiaskan kemarahannya itu temui
kebahagiaannya sendiri.
“Airis, aku tak layak untuk terima
rasa rindu kau. Kau sendiri tahu aku macam mana dulu. Kau berhak bahagia dengan
lelaki yang kau sayang, Fariq,” Airis menggeleng.
Dia memberanikan diri menatap wajah
tenang Shauqi yang dulunya bengis. Nafas dihela panjang.
“Kalaulah aku boleh sayangkan dia
balik, Shauqi. Masalahnya, aku dah tak ada rasa cinta lagi untuk Fariq. Dan,
aku yakin Fariq dah bertemu orang yang lebih layak untuk dia,” Air mata Airis
mulai mengalir laju. Shauqi tersentap. Tetapi, dia cepat bertenang. Dia tidak mahu
keprihatinannya disalah anggap.
“Kenapa cepat sangat kau mengalah,
Airis? Kau sendiri ajar aku, jangan cepat berserah. Kau masih ada masa depan
yang cerah, jangan sia-siakan semua tu. Kau jugak layak dapat yang terbaik. Aku
nak kau cari Arianna. Hanya dia yang boleh tolong kau,” Airis terpana.
“Kenapa mesti Arianna?”
“Sebab dia isteri Fariq! Hanya dia
dapat kembalikan Fariq pada kau. Aku tahu kau sembunyikan semua tu sebab takut
aku bertindak lebih jauh kan?” Airis mengangguk perlahan.
“Arianna tak salah, Shauqi. Dia
yang tolong aku bahagiakan Fariq. Aku takkan sesekali pisahkan mereka. Tapi, kau
nak aku minta tolong apa dengan Arianna?”
“Kau jangan risau. Aku dah tak buat
kerja jahat tu semua. Arianna tahu bukan aku yang bunuh abang dia. Dan, dia
jugak tahu di mana pembunuh sebenar. Kau cari Arianna. Kau cakap kat dia, aku
yang suruh kau minta tolong dengan dia. Dia pasti akan tolong kau,” jelas
Shauqi. Airis mengerutkan dahinya.
“Aku tak faham…”
Sungguh dia tidak memahami ujaran Shauqi.
Kenapa dia perlu meminta pertolongan daripada Arianna?
“Kau ingat lagi tak hari kau dan
Arianna kemalangan?”
“Ingat. Tapi kenapa?”
“Masa tu Arianna on the way nak jumpa pembunuh sebenar
abang dia. Tapi, belum sempat lagi… dia dah kemalangan. Pembunuh sebenar ada di
tempat kejadian. Dia merancang nak bunuh Arianna. Tapi, gagal. Sebab dia dah
tersalah culik kau. Lepas tahu dia tersilap, dia serahkan kau pada aku,” cerita
Shauqi.
“Jadi, Arianna dalam bahaya
sekarang?” soal Airis risau.
“Selagi Fariq ada di samping
Arianna, pembunuh tu takkan dapat hapuskan Arianna. Sebab itulah kau kena
pastikan Fariq sentiasa berada dekat dengan Arianna,” balas Shauqi.
“Arianna tahu tak, dia dalam
bahaya?” Shauqi mengangguk.
“Dia lebih dari tahu. Kau memang tahu
Fariq dan Arianna dah kahwin kan?”
Lambat-lambat Airis mengangguk. Sengaja
dia berpura-pura tidak mengetahuinya. Dia tidak mahu Fariq dan Arianna berasa
bersalah. Lagipun, dia sudah tiada rasa cinta pada Fariq. Yang ada, cuma
perasaan sayang seorang adik terhadap abangnya.
“Aku nampak Arianna kat kampung. Fariq
kata Arianna sepupu dia. Aku tahu dia nak rahsiakan perkahwinan dia sebab takut
aku kecewa…”
“Hari pernikahan dia orang beberapa
bulan lepas, aku culik Arianna sebaik dia sah jadi isteri Fariq. Aku ugut dia.
Fariq akan dalam bahaya kalau dia bersama Fariq. Semua tu aku buat untuk kau.
Tapi sayang… kau sembuh selepas Fariq dah jumpa Arianna kembali. Tapi, selepas
kau bagitahu aku… kau dah redha kalau Fariq berkahwin dengan orang lain, aku
jumpa Arianna. Aku dah jelaskan semuanya pada dia. Arianna baik. Dia sanggup
kembalikan Fariq pada kau,” Airis terkedu. Tapi kemudian dia mengulas senyuman.
“Sebab tu aku yakin Arianna mampu
bahagiakan Fariq, Shauqi. Jadi, Arianna tahu aku masih hidup sebelum aku balik
kampung?”
“Ya. Tapi, dia janji takkan
dedahkan hal sebenar sebelum waktunya. Dan, dia benarkan Fariq berjumpa dengan
kau. Arianna dengan daddy dia ada
datang jumpa aku dua hari lepas. Dia bagitahu aku, pembunuh tu rapat dengan
Fariq. Jadi, aku nak kau perhatikan Fariq…”
“Boleh aku tahu siapa pembunuh tu?”
“Sorry, Airis. Aku tak boleh bagitahu kau. Kalau kau nak tahu, pergi
jumpa Arianna. Dia akan tolong kau,” balas Shauqi sambil meletakkan tangannya
di atas tangan Airis di atas meja.
“Kenapa kau nak aku minta tolong
Arianna? Bukan Arianna yang minta tolong dengan aku?”
“Kau sayang aku kan? Takkan kau nak
aku yang tak bersalah ni, terus tinggal kat dalam lokap ni?” Airis menggeleng.
Dia tak nak berjauhan dengan Shauqi. Shauqi mengukir senyuman nipis. Sayang sangatkah
Airis padanya?
“Papa kau?”
“Dia takkan pernah tolong aku,
Airis. Dia dah buang aku. Nasib baik, uncle Kasyfi sanggup tolong aku. Dia yang
akan biaya kos peguam untuk kes aku. Kalau semuanya selesai, Insha Allah… aku
akan bebas,” ujar Shauqi sambil tersenyum.
Mata Airis terpaku pada senyuman
Shauqi. Lelaki yang menjaganya sehingga sembuh itu jarang sekali mengukir
senyuman. Airis sering sahaja tergoda dengan senyuman Shauqi yang menampakkan
wajah kacaknya. Jika Shauqi berubah bengis, dia akan rindukan senyuman lelaki
itu. Tapi… Alhamdulillah kerana lelaki itu sudah tinggalkan dunia bengisnya.
“Aku akan berpakat dengan Arianna
untuk tolong kau…”
“Tapi, kau kena jaga-jaga dengan
Fariq. Dia selalu pantau pergerakan Arianna. Tambah pula, Arianna dah
mengandung. Memang susah dia nak keluar kalau tak berteman…”
“Okey. Emmm… Shauqi, sebenarnya aku
nak jumpa kau hari ni sebab nak bincang hal lain,” Airis menggigit bibirnya.
“Hal apa?” Airis memandang tepat ke
wajah Shauqi. Dia menelan air liur perlahan. Dia terpaksa memberitahu berita penting
itu kepada Shauqi.
“A… aku mengandung. Empat bulan,” Shauqi
tergamam. Airis mengandung? Anaknya?
“Habis, kau nak buat apa sekarang?”
“Aku minta babah transfer aku ke London buat sementara
waktu. Tapi, selepas selesai kes kau…”
“No. Lebih baik kau pergi sekarang. Kes aku belum tentu selesai dalam
masa dua tiga bulan. Parent kau macam mana?”
“Kau jangan risau. Awal-awal lagi
aku dah bagitahu mereka,” Airis berkata tenang.
“Takkan senang-senang aje dia orang
nak terima anak tu. Kalau dia orang tanya, kau cakap aje macam yang aku suruh.
Ada orang rogol kau,” Shauqi mengeratkan pegangan tangannya.
“Dah. Ibu dan babah terima. Dia
orang tak salahkan aku. Mereka lindungi aku sebaiknya, Shauqi…”
Shauqi memandang wajah lesu Airis tulus.
Jika dia disahkan tidak bersalah, dia akan bertanggungjawab. Dia dah tak kisah
apa pandangan orang. Airis membalas pandangan Shauqi dengan senyuman. Dalam
diam, dia berharap… akan ada sinar bahagia untuk mereka.
Fariq mengimamkan solat isya’. Arianna
sebagai jemaah kusyuk melakukan ibadah wajib itu. Zarra dibiarkan bermain
sendiri di ruang khusus untuk anak kecil itu. Sesekali, mata itu memandang papa
dan mamanya. Adakalanya, Arianna ada mengajar anak itu bersolat. Cepat saja
Zarra mengikut. Mungkin, hari-hari melihat ibu bapanya bersolat menjadikan dia
terikut sama.
Setelah selesai bersolat, Fariq
mengaminkan doa. Dia mendoakan kebahagian mereka kekal. Semoga tiada halangan
yang akan memisahkannya dari isteri tersayangnya. Fariq benar-benar yakin,
sepenuh hatinya adalah untuk Arianna. Dia akan menjaga amanah itu sebaiknya.
Arianna menyalami tangan Fariq dan
lelaki itu menghadiahkan ciuman di dahinya. Dia tersenyum. Kadang kala, Fariq
dirasakan terlebih melindunginya. Mungkin, suaminya itu sudah terbiasa begitu.
Atau, mungkin firasat seorang suami yang sentiasa risaukan keselamatannya.
“Zarra, come here,” Fariq menggamit Zarra yang sedang bermain teddybear sambil mulut dok bercicit apa
entah. Dah macam burung saja bebelannya.
Berlari anak kecil itu ke riba
Fariq.
“Dah pandai anak mama ni. Zarra dah
solat?” Zarra menggeleng laju. Faham akan pertanyaan mamanya.
“Tengoklah siapa yang ajar. Papa kan,
sayang?”
“Perasan aje papa tu, kan?” Arianna
mengusap kepala Zarra lembut.
“Mana ada perasanlah. Papa cakap
betulkan?”
“Eeemmm… aaaa…”
Kelihatan sebaris gigi susunya tatkala
mulut dibuka.
“Alolo, gigi dah tumbuh penuh ni.
Bila nak boleh bercakap ni?”
“Lambat jugak dia nak bercakap kan,
abang?” Arianna berkata sambil melipat kain telekungnya.
“Nanti dah boleh cakap, tak
terlayan pulak kita. Sekarang ni pun, dok bercakap bahasa apa entah… tak
berhenti,” Fariq menggeletek perut Zarra. Tergelak kegelian bayi berusia hampir
dua tahun itu.
“Arwah abang Eiki dulu pun macam
nilah, mummy cerita. Dua tahun lebih
baru boleh bercakap. Lepas tu, setiap masa asyik bercakap. Tapi, pelatlah,”
Fariq tergelak. Menurun juga perangai ayah kandung Zarra pada anak dia ni.
“Kembar Zarra macam mana? Nabil ke
nama dia…”
“Daddy dah suruh orang cari kak Aisyah. Entah kat mana dia sembunyi
pun tak tahu. Teringin juga nak jumpa Nabil,” balas Arianna sambil menegakkan
badannya. Duduk terlalu lama buat dia sakit pinggang.
“Agak-agak wajah dia seiras dengan Zarra
tak?”
Arianna merenung Zarra lama.
“Rasanya tak kot. Tak boleh bayanglah
Zarra dalam versi lelaki. Macam pelik aje Rianna tengok. Kalau Zarra tomboy, seiras rasanya,” seloroh Arianna.
“Ada pulak tomboy. Ish, tak naklah. Zarra ‘gugurl’
ni pun dah comel. Tak payahlah nak tambah ‘kecomelan’ lagi ya,” Diusap kepala Zarra.
Fariq sendiri tak sanggup membayangkan
anak kecil itu kelihatan seperti lelaki. Boleh terbalik bilik ni hah. Elok-elok
perangai lembut, berubah menjadi kasar. Memang haru dia nak melayan.
“Lupa pulak abang. Lusa ni Airis ajak
sayang keluar. Dia cakap nak kenal-kenal dengan Rianna,” beritahu Fariq.
Airis ada membuka cerita mengenai Arianna
ketika mereka bertemu tengah hari tadi. Beria Airis meminta dia agar menghubungi
Arianna. Hendak menghalang, apa pula kata Airis nanti. Lagipun, bukannya Airis nak
buat apa-apa pada Arianna.
“Lusa? Takkan nak kenal-kenal aje?”
“Entahlah. Abang pun tak tahu. Abang
benarkan Rianna keluar, tapi make sure
sayang take care,” Arianna senyum.
“Iyalah. Apalah abang ni, risau tak
bertempat. You’re always keep your eye on
me. Please, don’t keep worrying me. I will take care of myself for you,” Fariq
mencubit pipi Arianna lembut.
Sejak Arianna mengandung, tahap kerisauannya
bertambah. Adakalanya, ingin sahaja dia sentiasa berada di samping Arianna. Walaupun,
isterinya itu tidak keseorangan di rumah… dia tetap risau. Pernah sekali kerisauannya
menjadi kenyataan apabila Arianna mengalami pendarahan ketika sedang menyediakan
sarapan. Mulai saat itu, dia kerap menelefon ke rumah dari tempat kerja.
Rasulullah
SAW bersabda :
‘Orang
mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya dan
orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya.’
(Riwayat al-Tirmizi)
Sabda
Rasulullah SAW :
‘Sebaik-baik
kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik
kepada isteriku.’
(Riwayat al-Tirmizi)
“Abang sayangkan Rianna sebab tu abang
risau. Sayang pergilah tidur dulu. Malam ni biar abang tidurkan Zarra. Sayang mesti
penat kan muntah seharian. Kejap lagi abang tolong urutkan kaki Rianna,” ujar Fariq
lembut.
Arianna senyum lebar. Untung dia mempunyai
lelaki seperti Fariq sebagai suami. Namun, jauh di sudut hatinya… dia turut berasa
risau. Andai satu hari dia ditakdirkan pergi, bagaimana dunianya tanpa Fariq? Kebenaran
pasti akan terbongkar. Pasti Fariq akan kembali membencinya seperti di awal pertemuan
mereka. Dia sayangkan Fariq sepenuh hati. Tidak mungkin dia mampu meninggalkan Fariq.
p/s : CIA rajin sikit hari ni, CIA post STNK aka RA. sorry sebab lama menunggu. hope semua tak keliru dengan come back. kalau yang dah baca bab dulu, mesti tahu siapa Shauqi. CIA tak pernah buat scene Shauqi cuma Arianna ada sebut pasal Shauqi. jangan keliru eh.
buat masa ni, yang ni dululah yang CIA boleh update. CIA tak sambung lagi untuk entry seterusnya untuk STNK. so, sabar eh. STNK dah sampai tahap complicated dia. so, CIA kena buat research and tengok balik bab-bab yang lama. takut ada yang CIA tertinggal. SELAMAT MEMBACA!
Alhamdulillah syukur dah lama dah nak sangat . Ok ok apa kte akk sambung hello mr la and pearl . TAK SABAR!
ReplyDeletehehe. tq dina. :D. haha. on my way nak edit HMLA. gonna meet you soon. :). inshaAllah.
DeleteSabar menunggu....bila la berakhir....
ReplyDeletethank you, mona ismail sebab sudi menunggu dengan sabar. hehe
DeleteCIA pun tak tau bila nak berakhir. huhu. :D
Tak sabar pla crita selanjutnya..☺
ReplyDeleteCepat lah update next entry sebelum bukak sk nie.... pleasee... hihihihu
ReplyDelete