Assalamualaikum... Hye!
done for last episode, episode 10. i just don't know how the outcome. hope memberansangkan. haha. kidding. maybe, i don't put enough effort for this. semua boleh tinggalkan komen. tak surelah ending ni okey atau tak. tapi, untuk malam yang dah pagi ni, ni ja yang mampu. do critic me, readers. sometime, CIA feel my karya bukan terbaik. :(. tapi, tu semua pandangan anda. i love to surprising people and hope you tak marah CIA. jangan marah tau. hehe. keep surprising you is my hobby. apa pun, Pearl was my kesayangan enovel. the character in Pearl make my days. i just love them and hurt me to stop their story. huhuhu. :(. sobs sobs sobs. sedihnya! nak tisu please. bebel panjang panjang pun tak guna sebab anda semua akan terus pergi ke bawah. haha. SELAMAT MEMBACA! :D
**********************
EPISODE
10 (THE END)
Soffi
renung wanita di hadapannya itu. Riak wajah itu kelihatan tenang. Entah
mengapa, dia berasa selesa untuk berbincang dengan wanita itu seperti setahun
yang lalu. Dia agak kagum dengan Adelin. Pertama kali bersua dengan wanita itu,
hanya wajah ceria sahaja ditayangkan. Seperti tiada apa-apa masalah sedangkan
dia tahu fikiran Adelin pasti penuh dengan tanda tanya.
“Boleh
Soffi bagitahu saya apa yang Soffi nak cakapkan? Chiya’s waiting me,” Adelin bersuara apabila Soffi hanya berdiam dan
menilik wajahnya.
“Sorry, I just can’t stop adoring you. Whenever
the problem is getting harder… you still calm. Awak sanggup terima Chiya even tak tahu asal usul dia. Awak pernah
buka dokumen kelahiran Chiya?” Adelin geleng.
Tidak
pernah pula dia terfikir untuk menilik dokumen itu. Fail yang diserahkan oleh
Soffi dan Ren dulu juga tiada ditangannya. Fariz tinggalkan fail itu kepada
Mina memandangkan dokumen itu diperlukan jika Chiya jatuh sakit atau ada
apa-apa yang berlaku kepada anak itu.
“Kenapa
dengan dokumen tu? Tak pernah terlintas pulak nak tengok. Saya cuma tahu nama
sebenar Chiya aje. Yang lain, tak pulak saya tahu,” Soffi senyum nipis.
“Awak
tahu siapa ibu kandung Chiya?” Adelin geleng lagi. “Ian pernah buka dokumen
tu?” Soalan demi soalan Soffy menyoal, inginkan kepastian.
“I don’t think so. Dokumen tu kami terus
serahkan pada pengasuh Chiya. Tapi, rasanya dokumen tu dah balik ke tangan
Fariz. Kenapa?”
“You should ask him about Chiya. Maybe, he know
it,” kata Soffi, mula bermain tarik tali.
“Dia
takkan bagitahu saya, Soffi melainkan dia dah ready untuk saya tahu pasal sesuatu perkara tu. Just be frank to me. You may believe me,
Soffi,” Adelin menggunakan serangan psikologi.
Soffi
mengeluh kecil. Masalahnya, dia tidak mahu mengaibkan Fariz dan Mutia. Namun, hal
ini turut melibatkan Chiya. Lambat laun, pasti Adelin akan mengetahuinya juga.
Tidak sampai hati pula dia ingin terus berahsia. Melihatkan keadaan Adelin yang
sentiasa tenang itu, membuatkan dia berkobar-kobar untuk memberitahu Adelin
tentang Chiya.
“Okay, I’ll trust you. Awak kenal Mutia
kan?” Adelin angguk. “Dialah ibu kandung Chiya. Saya yang culik Chiya sebab
Mutia selalu memukul Chiya. Semuanya sebab nak membalas dendam kepada bapa
kandung Chiya. Dia tidak boleh terima kehadiran Chiya, memandangkan Chiya bukan
anak yang sah tarafnya. Mutia diperkosa dek perbuatan dia sendiri yang cuba
bermain dengan api…”
Adelin
mengangkat tangannya, meminta Soffi berhenti seketika.
“Mutia
buat apa?”
Soffi
berdehem. Adelin adalah kakitangan Eclipe’s Holding, pasti dia mengetahui
tentang Pearl. Serba salah pula dia ingin menjawab soalan itu. Namun, demi masa
depan Chiya, dia harus membongkarnya juga. Maafkan aku, Mutia, Ian.
“Mutia
dan Pearl adalah orang yang sama. Pearl bermaksud mutiara seperti nama dia juga,
sebab itulah Mutia guna nama Pearl untuk mengugut keluarga Tan Sri Lutfi. Dia
tak boleh terima kematian papa dia. Tapi, awak pun mesti tahu qada’ dan qadar
hidup kita ni kan. Kalau dah ajal, pasti akan mati jugak. Arwah papa dia
ditembak di depan mata dia sendiri, jadi dia cuba appoint sesiapa yang boleh dia salahkan untuk kepuasan diri sendiri,”
Soffi berhenti seketika.
Dia
menyerahkan sampul surat coklat kepada Adelin.
“Ini
bukti segala perbuatan jahat Pearl, lima tahun dulu. Ian pernah nak hapuskan
bukti-bukti ni sebab dia ingat Pearl takkan kembali ke sini lagi. Ian cuba
hilangkan jejak Pearl, tak mahu polis terus menyiasat pasal kes tu. Dia sendiri
yang menutup kes Pearl. Semuanya kerana dia tak nak keluarga dia tahu yang
Pearl tu Mutia, anak tunggal kawan baik Tan Sri Lutfi,” jelas Soffi lagi.
Adelin
membuka sampul surat itu. Beberapa keping gambar berjaya menarik minatnya. Fariz
dan Mutia kelihatan mesra di dalam gambar itu. Sekeping gambar yang terjatuh, mendebarkan
hati Adelin. Ditahan perasaannya agar tidak terus melatah. Soffi terdiam
seketika.
“Jadi,
Fariz adalah… ayah kandung Chiya?” Nak tak nak, Soffi menganggukkan kepalanya.
“No wonder, he starts to care about Chiya.
Tan sri dan puan sri tahu tak pasal ni?”
“Tak.
Tiada siapa yang tahu pasal ni selain saya, Ren, Mutia, Hadi, Ian dan awak. Ian
bukannya hantar Mutia ke LA sebab ingin menutup perbuatannya, tapi dia tak nak
Mutia terus melakukan kesalahan. Tan sri dan puan sri dah anggap Mutia macam
anak dia orang sendiri, apa agaknya akan
berlaku kalau kebenaran ni terbongkar…”
“Di
mana Mutia sekarang ni?”
Soffi
menggeleng. Sudah beberapa hari Mutia tidak pulang. Puas sudah dia menelefon
Mutia, namun talian tidak dapat disambungkan. Ren juga gagal menjejak Mutia.
“Sekarang
ni, semua bukti dah ada ditangan awak. Awak buatlah apa yang awak nak, Adelin. Saya
tak sanggup lagi nak simpan semua ni. Ian dah sedar kesalahan dia. Salah Mutia
jugak sebab mencabar kesabaran Ian masa tu. Tapi, boleh saya tahu apa hubungan
awak dan Ian? Saya tak rasa hanya teman tapi mesra,” Adelin angkat kening.
Disimpan kembali gambar-gambar ke dalam sampul.
Malu
pula untuk terus menatap gambar perlakukan tak senonoh suaminya itu. Dulu! Ugh!
“Dia
suami saya. Dah masuk dua tahun perkahwinan kami,” Soffi terpempan. Suami?!
“Errr…
awak okey ke? I mean, gambar-gambar
ni?”
“It’s okay. Known him for two years, more
than enough for me to understand him, Soffi. At least, I know he’s changed,”
Walaupun dia agak sukar untuk menerima perbuatan Fariz pada Pearl itu, dia cuba
untuk memahami tindakan suaminya pada ketika itu.
“I know it, Adelin. You’re understandable
women. Tapi, saya tak jamin Mutia akan berdiam. Hah, sebelum saya terlupa. Ren
bagitahu saya, Dr Raihani adalah orang upahan Mutia untuk menipu laporan
kesihatan Chiya. So, I think you should take
Chiya to the hospital once again. Mungkin, Chiya bukan dirogol,”
Mendengarkan itu, Adelin hembus nafas lega.
Betapa
gembiranya dia jika itulah kebenarannya. Tak sabar pula dia ingin bertemu
Chiya. Mutia… Mutia. Sanggup merancang untuk merosakkan anak sendiri.
“Thank you, Soffi for this evidence. I’ll
give this to Fariz. Petang ni, Fariz akan bertolak ke LA untuk selesaikan
kes Eclipe’s Holding yang berkait dengan pihak sana. I think he also should have this,” Soffi senyum.
Sebaik
mungkin, Adelin menjaga emosinya. Dia faham sangat akan perasaan Adelin itu.
Isteri mana yang sanggup menerima hakikat, anak yang disayanginya itu merupakan
anak suaminya bersama perempuan lain. Salah dia juga yang menyerahkan Chiya
pada Fariz dan Adelin tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tetapi, nasi sudah
menjadi bubur.
*****
“Mummy,
are you okay?” Suara lembut Chiya
menyedarkan Adelin dari lamunannya. Hilang terus imbauan pertemuannya dengan
Soffi tiga hari yang lepas.
“Mummy
okey, sayang. Chiya nak apa ni? Nak susu?” Chiya angguk.
Adelin
bangun dari sofa. Dia menghala ke dapur untuk membancuh susu untuk Chiya.
“Mummy,
I miss daddy so so much,” adu Chiya,
sayu. Mukanya kelihatan sedih. Betul-betul rindulah tu.
“Rindu
daddy? Nah, your milk. Jom, kita call daddy eh,” Mereka kembali ke ruang
tamu.
Telefon
bimbit di meja, diambil. Adelin membuat panggilan video. Tadi, Fariz ada
menghantar sms mengkhabarkan dia sudah tiba di Malaysia dan kini sedang
menyambung kerjanya di IPD. Beberapa minit mendail, tiada jawapan dari Fariz. Chiya
yang berbaring di riba Adelin, melarikan jemarinya ke permukaan telefon. Gambar
mereka bertiga diletakkan sebagai wallpaper.
“Emmm,
nanti mummy call daddy lagi ya. Kita
tengok video daddylah. Nak?” Laju Chiya mengangguk.
Tangan
Adelin bermain di dada telefon, rakaman video yang diambilnya ketika Fariz bermain
Chiya dibuka. Diberikan handphone itu
kepada Chiya. Setiap malam sebelum tidur, pasti Chiya akan menonton video itu
terlebih dahulu. Jika tidak, dia tak boleh tidur lena. Sekejap, sekejap…
mengigau.
“Daddy so handsome. Mummy, I love him. Chiya sayang daddy,” Dicium
permukaan Samsung Galaxy Note 3 itu.
Adelin
senyum. Rindu sangatlah tu jika begini gaya Chiya. Daddy ni pun satu, anak dia
dah rindu tahap gaban ni… boleh pula tidak menelefonnya. Mummy pun dah rindukan
daddy. Tsk. Dipandang Chiya diribanya, tidur sudah kanak-kanak itu. Botol susu
bersaiz besar itu dia alihkan. Chiya memeluk erat handphonenya.
Terbit
keluhan kecil dari mulut Adelin.
“She’s really your daughter, daddy.
Hmmm,” Perlahan-lahan, Adelin mengangkat tubuh Chiya untuk dibaringkan di
katil.
“Mama…
don’t beat me,” rengek Chiya
perlahan. Adelin menepuk-nepuk peha Chiya. Tapak tangan kanannya dilekapkan ke
dahi anak itu untuk menenangkan Chiya dari terus bermimpi buruk.
“Shhh,
mummy tak ada kat sini, sayang,” Adelin mengusap parut di dahi Chiya lembut.
Dia
sendiri masih terfikir, dahi itu terluka kerana apa. Tega sungguh Mutia
mencederakan darah dagingnya sendiri. Sanggup pula mengupah orang untuk merogol
Chiya. Untung sahaja, lelaki yang diupah oleh Mutia itu masih punya hati perut.
Laporan kesihatan Chiya semalam, betul-betul melegakan hatinya. Chiya disahkan
tidak dirogol. Cuma, dia mengalami trauma sedikit dek kejadian itu berlaku
secara tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah.
*****
Hadi
mundar mandir di ruangan menunggu wad kecemasan hospital di ibu negara itu. Jantungnya
bagai mahu terkeluar, membayangkan sahabat baiknya itu sedang bertarung nyawa
di dalam wad kecemasan itu. Telefon bimbit lelaki itu juga kerap berbunyi. Dia tidak
sampai hati dia mahu menjawab. Sudahnya, ditukar ke silent mode.
“Tuan
Hadi, semua dah selesai. Tuan Fariz macam mana?” Muncul Lukman di ruangan itu.
“Alhamdulillah,
selesai jugak. Dia masih di dalam. Dah tiga jam, tak ada pun sesiapa yang
keluar masuk. Carl mana?”
“Dia
pergi uruskan hal Mutia. Keluarga Tuan Fariz macam mana pulak? Takkan kita tak
boleh bagitahu dia orang? Ini dah tahap kecemasan, tuan. Kalau jadi apa-apa
pada Tuan Fariz, kita yang disalahkan nanti. Lagipun, kes kita dah selesai,” Hadi
mengeluh.
Bukan
dia tidak mahu menghubungi ahli keluarga Fariz, tetapi Fariz sendiri yang mahu
hal ini dirahsiakan. Mereka masih punya empat hari lagi jika mengikut perancangan
sebenar. Entah macam mana, tiba-tiba sahaja perjalanan mereka pulang ke IPD
dihalang. Segalanya yang berlaku pada malam ini, seperti mimpi. Mimpi di alam
realiti.
*****
~Beberapa
jam yang lalu~
“Tuan,
ada kereta yang menghalang di depan,” maklum Lukman yang menjadi pemandu pada
malam itu.
Fariz,
Hadi dan Carl mengintai ke luar. Benar, sebuah kerete jenis MPV sedang
melintang di tengah jalan. Masing-masing sudah bersiap dengan senjata mereka,
sebagai langkah berjaga. Ditambah dengan keadaan malam yang gelap dan jalan
pula sunyi. Mereka sendiri yang memilih untuk pulang ke IPD mengikut jalan lama,
tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya.
“Memang
tak boleh nak patah baliklah, tuan. Ada kereta yang block kat belakang,” beritahu Lukman lagi. Wajahnya sudah berkerut
seribu. Ya Allah, Kau lindungilah kami. Amin.
“Jomlah
keluar. Manalah tahu umpan mengena malam ni, kenyang kita,” Fariz berkata
tenang. Dia mengulas senyum.
Hadi
dan Carl yang memahami maksud itu turut tersenyum. Gelaran polis yang disandang
tidak pernah mengajar mereka untuk menjadi pengecut. Seorang polis yang
berjaya, pasti sanggup menempuh apa jua keadaan. Biarpun risikonya tinggi, hidup
mati mereka bukan ditentukan oleh ‘pemangsa’ di luar sana. Hanya Allah s.w.t.
yang berhak mengambil nyawa seseorang itu.
Penuh
keberanian mereka melangkah keluar dari kenderaan mereka yang juga berjenis MPV
itu. Empat orang lelaki bertubuh tegap yang serba hitam itu sudah siap menunggu
dengan senjata masing-masing. Raut wajah mereka bengis sekali. KL gangster pun
kalah beb.
“Di,
kalau apa-apa jadi kat aku… kau tolong sampaikan pesanan aku pada Adelin. Aku
sayang dia sangat-sangat. Sekalipun aku terkorban malam ni, jangan pernah kau
beritahu keluarga aku,” Hadi tergamam seketika. Apa maksud Fariz?
“Jangan
merepeklah, Fariz. We’re here. Aku
bagi amaran kat kau, jangan tinggalkan Adelin. Aku sendiri yang bunuh kau
nanti,” Carl beriak serius. Amarannya itu bukan sekadar amaran kosong.
“Apalah
korang ni, waktu-waktu macam ni pun dok merepek entah apa-apa,” sampuk Hadi.
“I mean it, Hadi, Carl. Tolong aku jaga
Chiya sekali,” Hadi dan Carl saling berpandangan. Tiada nada gurauan pada suara
itu.
Mulalah
hati mereka tidak sedap. Namun, mereka nekad. Terbang ke Los Angeles, berempat
dan pulangnya juga harus dalam bilangan yang sama.
“How was your daughter, ASP Fariz? Is she
okay?” Mata Fariz tajam memandang susuk tubuh yang berada tidak jauh
darinya itu.
“Don’t you dare to hurt her, Mutia. She’s
your daughter too,” Mutia gelak, penuh kepura-puraan.
“Aku
kisah apa? Dia bukan anak aku. Tak ingin aku mengaku dia anak akulah kalau
bapak dia tu adalah kau,” bentak Mutia.
“Huh,
tapi kau lahirkan dia jugak. Kenapa kau tak gugurkan aje kalau kau memang tak
suka dia?”
“Bodoh.
Kau ingat aku nak sangat ke simpan budak tu. Semuanya sebab kau. Aku simpan
semata-mata kerana kau. Kau nak tahu kenapa? Sebab aku boleh bunuh kau melalui
dia. Tapi, Soffi tak guna tu dah bawak lari anak haram kau tu. Kononnya, nak
berubah. Aku relalah tak ada kawan daripada ada pengkhianat macam dia,” Seperti
orang tak betul sahaja, Mutia menghamburkan kemarahannya.
Tudung
yang selama ini menutup rambutnya, sudah hilang! Mutia masih kekal sebagai
Pearl rupanya. Fariz kepal penumbuk. Namun, kesabaran dia masih menghalangnya
untuk terus menyerang Mutia. Setiap orang yang mengawasi mereka sudah siap
sedia untuk menarik picu, peluru juga menunggu untuk menerkam mangsanya.
Hadi,
Carl dan Lukman berganjak, langkah demi langkah ketika Fariz cuba berbalas kata
dengan Mutia.
“Aku
bukan hantar kau ke LA untuk kau rancang semua ni, Mutia. Bukan kau seorang
yang menderita, tapi aku jugak. Aku pernah cakap kat kau dulu, aku takkan
pernah lupakan apa yang dah aku buat pada kau. Sikit pun memori tu tak hilang. Aku
cuma nak kau sedar, Chiya langsung tak ada kaitan dalam hal ni. Dia masih
budak-budak, tak tahu apa-apa,” Tenang sungguh Fariz bersuara.
Dia
tidak mahu emosi Mutia terganggu dan melakukan perkara di luar kesedarannya. Penyiasatan
mereka dengan pihak Los Angeles membawa mereka kepada sepasang suami isteri, Mr
Juan dan Mrs Wenny yang merupakan doktor yang merawat Mutia selama Mutia berada
di sana.
Dek
terganggu oleh kisah silam yang buruk, emosi Mutia terganggu. Dia tidak boleh berfikir
secara rasional. Otaknya dikawal dengan pemikiran yang tidak waras. Minda Mutia
berinteraksi secara luar sedar di mana pasangan suami isteri itu mengesahkan, Mutia
mungkin mempunyai cara pemikiran penjenayah. Criminal mentality! Otak Mutia hanya memikirkan sesuatu perlakuan
jahat.
“Siapa
Chiya? She’s Chia, not Chi-ya. Kau
memang sengaja mencabar aku kan, Ian. Memang aku tak suka budak tu, tapi aku
tak sangka kau sanggup suruh Adelin tak guna tu jaga dia. Dasar perempuan
murahan,” Nafas Fariz turun naik, rahangnya juga bergerak-gerak.
Sebaik
lidahnya melafazkan akad, Adelin Annisa adalah isterinya yang sah. Detik itu,
dia juga sedar Adelin merupakan tanggungjawab terbesar untuk dia bimbing. Mungkin
dia tidak menunjukkan dengan perbuatan memandangkan mereka sering sahaja
berlainan pendapat. Namun, itu tidak bermaksud dia tidak menyayangi Adelin.
Biar dia seorang sahaja yang berkata buruk pada isterinya, bukan orang lain.
Orang
itu memang mencari nahas jika mulut mereka sesuka hati ingin mengutuk Adelin.
Memang silap besar jika dia yang mendengar kutukan itu, habis dia kerjakan.
“Sudahlah,
Mutia. Aku dah penat nak melayan sikap gila kau ni. Mutia yang aku kenal dulu,
dah hilang. Untuk membunuh kau sekarang ni pun, aku sanggup ambil risiko.
Jangan pernah kau kacau keluarga aku. Aku takkan benarkan kau sentuh dia orang walau
secalit pun. Sekalipun kau bunuh aku, kau takkan pernah rasa puas. Sebab, kau
terlalu ego, Mutia. Ego dengan diri kau sendiri,” Mutia gelak sinis.
Ditarik
pistol yang terselit di bootsnya. Ditala pistol ke arah Fariz, tangannya juga
bersedia untuk menarik picu. Seperti tadi, Fariz cuba tersenyum. Hadi dan Carl semakin
menjauh dari Fariz. Lukman pula bersiap sedia di sisi MPV. Hanya dua orang di antara empat orang bodyguard Mutia yang menggunakan pistol.
Dua orang lagi pula cuma memegang pisau lipat sahaja. Memudahkan sedikit kerja
mereka.
“Apa
maksud kau, aku ego… hah?”
“Arwah
papa kau meninggal dunia sebab sudah sampai masa dia, Mutia. Orang tembak arwah
uncle Fauzi dah pun terima hukuman dia. Kau kena belajar terima hakikat, Mutia.
Tak semua benda dalam dunia ni kekal. Kau tembaklah aku, Mutia. Kalau bukan ditakdirkan
aku mati malam ni, kau selamat dari hukuman berat. Tapi, kalau sebaliknya yang
berlaku, aku redha. Sekurang-kurangnya, kau berjaya bunuh perogol yang dah
merogol kau dulu,” Hilang senyum sinis di bibir Mutia.
Kemarahannya
semakin meluap-luap, mendengar omongan Fariz itu. Iya, dia memang berniat ingin
membunuh lelaki itu. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia masih sayangkan Fariz. Cinta
dalam diamnya tidak pernah berubah. Dia memang berdendam kerana Fariz bertindak
untuk memperkosanya walaupun dia berjanji akan mengalah. Namun, Fariz tetap
juga menyeksanya.
Tapi,
dia sendiri tidak faham. Kenapa masih ada rasa cinta untuk lelaki itu meskipun
lelaki itulah merosakkan hidupnya sebegini? Kenapa?
“Aku
benci kau, Fariz Ian!” jerit Mutia sepuas hati, melepaskan segala kemarahannya.
Serentak itu, kedengaran juga bunyi dua das tembakan dilepaskan.
Semua
di situ terpana dan tercengang. Mutia mengangkat wajahnya, mata yang terpejam
dibuka. Tubuh Fariz sudah terbaring di atas jalanraya. Pistol di pegangannya
dilemparkan, dia menerpa ke arah Fariz. Dipangku kepala lelaki itu. Air matanya
laju mengalir di pipi.
“Ian…
Ian… bangun!” teriak Mutia sambil tangannya menampar pipi Fariz. Namun, Fariz
masih kaku.
“Fariz!”
Hadi pula menghampiri Fariz yang sudah tidak sedarkan diri itu. Ditampar pipi
sahabatnya itu berulang kali. “Bangun, Fariz. Adelin dengan Chiya tengah tunggu
kau. Kau dah janji kan nak balik jumpa dia orang. Bangun,” Tanpa jemu Hadi cuba
menyedarkan Fariz.
“Bukan
aku… bukan aku yang tembak,” Kedua belah tangan Mutia menekup telinganya.
“Tidak! Aku tak bunuh dia… aku tak bunuh!” jerit Mutia seperti orang tidak
siuman.
Siren
polis mula kedengaran. Carl yang sedang duduk di badan dua orang pembantu Mutia
melepaskan nafas lega. Lukman juga berjaya menangkap dua orang lagi pembantu
Mutia itu. Digari tangan kedua-duanya ke pemegang pintu kereta. Sebaik sahaja
anggota polis menahan penjahat-penjahat itu, mereka terus melangkah mendekati
Hadi.
Lelaki
itu masih berusaha untuk menyedarkan Fariz.
“Fariz,
bangunlah. Tak payahlah nak tidur sangat,” Kepala Fariz diribanya sambil
tangannya tak berhenti-henti menampar pipi sahabat dunia akhirat dia tu.
“Tuan,
ambulans pun dah sampai tu. Elok kita hantar Tuan Fariz ke hospital dulu,” kata
Lukman. Dia sendiri terpaku melihat betapa bersungguh-sungguhnya Hadi cuba
mengejutkan Fariz.
Dia
sudah memeriksa nadi dan juga degupan jantung Fariz, lelaki itu masih bernafas.
Cuma, orang atasannya itu tidak sedarkan diri. Darah Fariz sudah mengalir di
atas jalanraya. Pakaian Hadi juga penuh berlumuran dengan darah. Mutia meraung
kuat tatkala seorang anggota polis perempuan cuba mendekatinya. Matanya tidak
lepas memandang sekujur tubuh Fariz.
*****
Deringan
telefon yang nyaring mengejutkan Adelin yang terlena di sisi Chiya. Dicapai
telefon bimbitnya di meja sisi katil.
“Hello,” jawab Adelin, masih mamai.
“Adelin,
mama ni,” Adelin bingkas duduk. Mama? Puan Sri Zana?
“Ya.
Ada apa, mama?” Baru kini dia berani memanggil wanita itu, mama memandangkan
Puan Sri Zana sendiri yang membahasakan panggilan itu kepadanya.
“Fariz
ada di rumah? Mama call dia, tak
berangkat. Risaulah mama…”
“Mama,
Fariz tak balik lagi. Adel ada jugak call
dia malam tadi, tapi itulah. Dia tak angkat. Adel rasa dia on duty kot, mama. Dah lewat ni, kenapa mama tak tidur lagi?”
Adelin
pandang jam di dinding. 5.15 pagi! Subuh semakin menjelang rupanya. Entah bila
dia terlena pun dia tak tahu. Penat melayan kerenah Chiya seharian agaknya.
“Mama
rasa tak sedap hatilah. Ni pun mama terjaga sebab mimpi buruk. Tak senang
duduklah mama macam ni. Fariz tak hubungi Adelin ke, mana tahu dia nak berbual
dengan Chiya…”
“Tak,
mama. Semalam lagi Chiya merengek rindukan Fariz. Emmm, macam nilah. Biar Adel call office Fariz. Mana tahu, dia orang
tahu di mana Fariz,” Putus Adelin.
“Iyalah.
Apa-apa nanti, bagitahu mama. Assalamualaikum,” Puan Sri Zana mematikan talian.
“Waalaikumsalam,”
Adelin termenung seketika. Apa yang berlaku sebenarnya? Tidak mahu fikiran
buruk mengganggunya, Adelin berlalu ke bilik air. Lebih baik dia menunaikan
solat sunat sebelum masuk waktu subuh, ada juga baiknya. Chiya masih lena, siap
senyum-senyum lagi dalam tidur. Mimpi jumpa daddy dialah tu.
*****
Tak dapat ku
sangkal, tak dapat berpaling
Dari kesucian cinta
dan takdir
Sepenuhnya aku
manusia
Yang lahir dengan
sebuah perasaan
Ku serahkan pada
sang pencipta
Kemana kakiku
melangkah
Sepenuhnya aku tak
sempurna
Yang penuh khilaf
dan kelemahan
Ku serahkan pada
sang pencipta
Ke mana kakiku
melangkah, ke mana kakiku melangkah
Direnung
bingkai-bingkai gambar Fariz yang tersusun di atas almari yang terletak di ruang
tamu. Fariz di majlis konvokesyen, Fariz di majlis pelancaran model perumahan
Eclipe’s Holding, Fariz yang menerima sijil pengiktirafan polis Malaysia… Fariz
yang dianugerahkan kenaikan pangkat, Assistant
Supritendent of Police (ASP).
Hampir
seminggu, Fariz menghilang tanpa khabar. Adelin sudah cuba menghubungi
rakan-rakan Fariz, namun semuanya tidak mengetahui kedudukan Fariz. Ke mana
Fariz menghilang sebenarnya? Dia juga sudah menemui Hadi, lelaki itu hanya berdiam.
Carl yang turut bersama dengan Fariz pada malam itu juga disoalnya. Namun,
jawapan yang sama sahaja dia dapat, tidak tahu.
“Mummy,
Chiya want daddy,” Adelin cuba
mengukir senyum. Dia mendukung Chiya dan melangkah ke jendela.
“Chiya
nampak tak tasik tu?” Chiya angguk. “Cantik kan. Daddy pesan, kalau Chiya
rindukan daddy… Chiya kena tengok tasik tu puas-puas. Sebab, daddy macam tasik
tu… sentiasa ada. Tak pernah hilang. Daddy pun sama, selalu ada untuk jaga
Chiya,” Hampir sahaja air mata Adelin menitis. Ah, rapuhnya hati.
“Really? Nanti mummy bawak Chiya turun
bawahlah. Chiya nak jumpa daddy,” pinta Chiya, polos. Oh, Chiya. Mummy sendiri
pun tak tahu di mana daddy Chiya.
“Tapi,
Chiya kena janji dengan mummy dulu,” Chiya pandang mummynya. Adelin
mengisyaratkan agar pipinya dicium dahulu.
“Sayang
mummy,” Dilekap bibir ke pipi mulus Adelin.
“Mummy
pun sayang Chiya jugak. Sekarang ni, jom kita makan. Anak mummy tak lapar ke?”
“Lapar.
Nak yogurt…”
“No yogurt, nasi. Okey?”
“Okey!”
jerit Chiya, kembali ceria. Adelin meletakkan Chiya di sofa. Dia berlalu ke
dapur.
Ting
tong! Ting tong!
Terhenti
pergerakan Adelin yang sibuk mencedok bubur nasi ke dalam mangkuk itu. Siapa
pula yang datang? Takut pula dia hendak membuka pintu. Sudah tentu bukan Mak
Jinah kerana wanita itu sudah kembali bekerja di banglo milik Tan Sri Lutfi
semula. Dipandang Chiya di sofa, kanak-kanak itu sibuk dengan Barneynya sambil mulut
berceloteh meniru iklan di televisyen.
Yogurt
di dalam peti ais diambil.
“Chiya,
eat yogurt first,” Disuakan bekas yogurt itu kepada Chiya. Bukan main
ceria lagi kerana mendapat yogurt
kesukaannya. Dicapai selendang di sofa dan menutup kepalanya.
Adelin
bergerak ke pintu. Perlahan-lahan tangannya membuka pintu itu.
“Adelin?”
Senyuman diukir kepada wanita di hadapannya itu. Mama rupanya. Lega sedikit
hatinya.
“Masuklah,
mama,” Puan Sri Zana pandang Adelin lama sebelum melangkah masuk. Dia terus
menghampiri Chiya. Tersengih Chiya menerima kehadiran neneknya.
Kini,
mata Adelin menangkap pula insan-insan lain yang turut berada di situ. Laju
jantungnya berdetak. Senyumannya mati. Tan Sri Lutfi dan Hadi merenung Adelin
seketika.
“Masuklah,”
Diberi ruang kepada mereka.
“Daddy!”
Chiya sudah menerpa Fariz yang dipapah Tan Sri Lutfi dan Hadi. Mereka
mendudukkan Fariz di sofa. Chiya mula terpinga-pinga. Kenapa badan daddynya
berbalut?
Adelin
melepaskan keluhan perlahan. Ditutup pintu rumah. Entah mengapa, dia tidak
punya perasaan ketika ini. Kepulangan Fariz memang dinanti. Tetapi, bukannya
kepulangan yang seperti ini. Jadi, ibu dan bapa mertuanya mengetahui keberadaan
Fariz selama ini. Hampir dua minggu, Fariz menghilang. Kini, dia muncul dalam
keadaan yang sangat lemah.
Badan
Adelin menggeletar sedikit dek kejutan yang sedang berlaku ini. Satu
kelemahannya adalah dia tidak boleh menerima kejutan yang berlaku secara
tiba-tiba tanpa amaran. Mulalah emosinya terganggu. Namun, dia cuba menahan
dirinya dari meletuskan kemarahannya.
“Daddy, what’s going on? Where are you all
this time?”
Semua
mata memandang Chiya di sisi Fariz. Sayu pula hati mereka melihat tangisan
Chiya itu. Pasti terkejut dengan keadaan Fariz sekarang ini.
“Hey, daddy’s here. Cium sikit,” kata
Fariz lemah. Tanpa tertangguh Chiya mengucup pipi daddy yang dirinduinya, lama.
Tetapi, dia mula menjauhkan diri dari Fariz. Fariz pandang Chiya pelik.
“Mummy,”
Chiya memberikan isyarat agar Adelin mendukungnya. Adelin senyum nipis. Hailah,
anak. Daddy awak dah balik pun, masih nak manja dengan mummy?
Tidak
mahu menghampakan Chiya, didukung juga kanak-kanak itu. Nampak sahaja tubuh itu
kelihatan tinggi dan boleh tahan tembam juga, tetapi ringan sahaja sebenarnya. Chiya
memeluk leher Adelin erat.
“Kenapa
dengan Chiya tu, Adelin? Selalunya membebel daddy dia tak balik-balik. Daddy dah
ada depan mata ni, tak nak pulak,” Adelin senyum lagi.
“Terkejut
kot. Kejap lagi okeylah ni,” Saat itu matanya bertaut dengan mata Fariz. Dilemparkan
senyuman yang tak berapa nak manis. Nasib baik ada tetamu. Kalau Fariz seorang
sahaja, memang dia dah terkam lelaki itu.
Biar
luka di dada kiri Fariz kembali berdarah. Baru padan muka! Semasa pergi hari
itu, baik-baik sahaja. Hari ini, habis berbalut badan itu. Seronok sangat
tayang body dia yang tough tu kat
orang. Hish! Geram pula hati kita ni.
“Riz,
aku balik dululah. Dah lama sangat aku keluar ni. Uncle, auntie, saya minta
diri dulu,” Hadi bersalam dengan Tan Sri Lutfi.
“Thanks, Di. Jangan lupa jenguk aku kat sini
lagi. Kau tak cerita lagi kat aku pasal malam tu,” Walaupun lemah, masih lagi
mahu berbicara.
“Haish,
kamu ni Fariz. Cuba bawak berehat sama. Tak payah nak fikir lagi pasal semua
tu. Perkara tu selesai. Jaga diri kamu tu,” bebel Puan Sri Zana. Hambik kau!
Fariz
cebik. Dia bukannya sakit sampai tak mampu hendak mendengar dan bercakap.
“Lain
kali aku singgah lagi. Balik dulu,” Adelin menghantar sahabat baik suaminya
sehingga ke pintu.
“Terima
kasih, abang Hadi. Tapi, lain kali jangan berahsia lagi tahu. Mulut ni dah
kebas kena menjawab soalan-soalan Chiya ni,” Hadi sengih. Tahulah salah dia.
“Sorrylah, Adelin. Fariz yang mintak
abang Hadi rahsiakan dari semua. Dia balik ni pun sebab terkantoi dengan uncle Lutfi.
Kalau tak, dah sembuh nanti baru dia nak balik,” Hadi menjelaskan perkara
sebenar. Puas jugalah dia memujuk Fariz pulang, namun lelaki itu masih
berkeras.
Alih-alih,
terkantoi dengan Tan Sri Lutfi yang mengugutnya. Jika dia tidak memberitahu di
mana keberadaan Fariz, ahli korporat itu akan melaporkan kepada orang
atasannya. Ish, tak mahulah dia digantung lesen kerjanya. Umpama lumpuh sebelah
badan jika dia hilang pekerjaan yang sememangnya adalah impiannya itu.
“Tak
apalah, abang Hadi. I heard about Mutia. Is
she who shot Fariz?” Hadi menggeleng.
“Orang
suruhan dia. Mutia takkan sanggup nak tembak Fariz, Adelin. Sesekali tu bawalah
Chiya pergi jumpa Mutia. Semakin hari, keadaan Mutia semakin teruk,” balas Hadi
sambil menyarungkan kasutnya.
“Insha
Allah. Drive safely,” Hadi senyum
sebelum berlalu meninggalkan apartment
Fariz. Jika Adelin bertemu dengan isterinya, pasti riuh kerana isterinya itu boleh
tahan ramah juga. Adelin juga boleh dikategorikan sebagai peramah orangnya.
“Chiya,
meh sini kat atuk,” panggil Tan Sri Lutfi. Chiya mengangkat wajahnya yang
tersembam di bahu Adelin. Kemudian, dia menggeleng.
“Manja
macam daddy dia kecil-kecil dulu. Asyik nak berkepit aje dengan mama,” ujar
Puan Sri Zana sambil mencuit lutut Fariz.
“Ha’ah.
Dengan papa ni tak nak langsung,” tambah Tan Sri Lutfi pula sambil tergelak. Lucu
apabila mengimbau cerita-cerita lama.
Fariz
terdiam. Memanglah sikap Chiya sedikit sebanyak mengikutnya, sudah Chiya itu
adalah anak kandungnya. Ke mana lagi tumpahnya kuah jika tak ke nasi. Harapnya,
Chiya tidak mewarisi perangai jahatnya dan Mutia. Anak perempuannya itu sangat
bijak dan cerdik. Sayang jika dibesarkan dalam keluarga yang penuh kebencian
dan kemarahan.
“Chiya
duduk sini eh. Mummy nak buat air kejap. Kejap aje,” Chiya mengeratkan lagi
pelukannya, tanda tidak mahu dilepaskan.
Adelin
pandang Fariz yang turut memandangnya itu.
“Mummy,
tolong ambilkan t-shirt daddy kat bilik,” suruh Fariz. Pasti Chiya takut
melihat balutan yang melilit bahagian bahu dan perutnya itu. Disebabkan itulah
Chiya tidak mahu dekat dengannya.
“Hah?
Oh, kejap,” Adelin berlalu ke bilik.
“Kenapa
tak beli rumah teres ke semi-D, Fariz? Tak sesuai lagi dah duduk di apartment
ni. Terbatas Chiya nak bermain. At least, boleh jugak dia bermain basikal ke.
Tak adalah terperap aje dalam rumah,” Tan Sri Lutfi melihat sekeliling ruang
tamu. Memang agak besar, tetapi orang bujang sesuailah tinggal di sini.
“Membazir
ajelah, papa. Adelin ada beli rumah lain. Boleh tahan besar jugak. Lagipun,
kami bertiga aje…”
“Sekarang
ni memanglah bertiga. Ke depan pun masih nak bertiga ke? Tak mahu ada anak
sendiri?” tukas Puan Sri Zana.
“Adelin?”
Terpinga-pinga Adelin dibuatnya. Tiba-tiba sahaja namanya disebut. Disuakan t-shirt kepada Fariz. Tan Sri Lutfi
bangkit dan menghampiri anak lelakinya itu.
Perlahan-lahan
t-shirt itu disarungkan ke badan
Fariz. Berkerut sakan lelaki itu dek menahan sakit yang teramat. Demi anak
tersayang, sakit pun dia tidak kisah. Saat ini, dia mahu Chiya berada dekat
dengannya. Hampir dua minggu, mereka tidak bersua. Rindu dia pada anaknya itu.
“Sayang,
come to daddy,” Adelin memalingkan
tubuhnya agar Chiya boleh melihat Fariz yang sudah dibaluti baju itu.
Tetapi,
Chiya masih begitu. Merajuklah tu. Fariz hampa.
“Chiya
sayang mummy tak?” Chiya mengangguk perlahan. “Daddy?” Diangguk lagi. “Daddy
pun dah rindu Chiyalah. Chiya kan rindu kat daddy sangat-sangat,” Barulah Chiya
mengangkat wajahnya.
Adelin
meletakkan Chiya di sebelah Fariz. Terukir senyuman Fariz yang sedang bersandar
di sofa itu.
“Chiya miss daddy. Hari-hari Chiya tengok
gambar dengan video daddy. Daddy pergi mana? Lama Chiya tunggu,” Petah Chiya
berbicara. Fariz usap kepala Chiya.
“Daddy sorry. Lain kali, daddy tak buat
lagi. Promise,” Fariz angkat sumpah.
Setelah
pasti Chiya ralit dengan daddynya, Adelin bergerak ke dapur. Jug air di dalam
almari dikeluarkan. Apa pula kata ibu bapa mertuanya nanti jika menantu mereka
ini tidak menghidangkan air. Ish, tidak mahulah dia digelar menantu sombong. Elok
sahaja Puan Sri Zana sudah boleh menerimanya, mahunya kena reject balik.
*****
Usai
sahaja Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana beredar, Adelin mengemaskan meja makan
yang berselerak dan mencuci pinggan mangkuk kotor di sinki. Fariz pula sibuk
melayan telatah Chiya di ruang tamu. Dari tadi lagi, mulut itu tidak berhenti
berbicara. Habis dia ceritakan segala aktiviti yang dilakukannya sepanjang
ketiadaan Fariz.
Dua
minggu Fariz tiada umpama bertahun lelaki itu menghilang. Fariz pandang Adelin
di sebalik meja island. Serius sahaja
wajah Adelin ketika ini. Pasti isterinya sedang menahan amarahnya. Sejak dia
pulang tadi, Adelin langsung tidak menyapanya. Jangankan menyapa, hendak
menghadiahkan senyuman pun susah.
“Chiya,
give this to mummy,” Chiya menyambut sejambak
bunga ros merah yang dihulurkan oleh daddynya.
“Daddy
love mummy eh,” usik Chiya. Fariz
angguk perlahan.
Sebelum
pulang tadi, dia meminta Hadi membelikan bunga ros merah yang dibalut kemas
itu. Disembunyikan bunga itu di dalam beg pakaiannya. Surprise kononnya. Entahkan si Adelin terima atau tidak. Dia sekadar
mencuba nasib.
Chiya
berlalu ke dapur.
“Mummy, daddy gives this to you. He said, he
love you,” Fariz menepuk dahinya. Menyesal dia mengangguk tadi. Ah,
malunya!
Adelin
mengelap dahulu tangannya yang basah sebelum mengambil jambangan bunga ros
merah itu. Chiya kembali ke ruang tamu. Dinaikkan ibu jarinya sambil tersengih.
Bergeliga juga otak si kecil ni.
“Daddy, is this roses for your sorry?”
“Ya,”
Adelin menghampiri suami dan anaknya di ruang tamu. Tidak suka berbual sesuatu
yang peribadi berjauhan.
Jambangan
bunga ros itu diletakkan di atas meja kopi. Dia duduk di sebelah Fariz. Berjarak
jugalah. Marah, kan.
“Saya
tak terima maaf awak,” kata Adelin tegas.
“Adelin,
bukan niat aku nak rahsiakan pasal keadaan aku. Aku cuma tak nak kau dengan
Chiya risau. Lagipun, aku dah okey sekarang ni kan,” Fariz cuba capai tangan
Adelin, namun pantas sahaja isterinya itu mengalihkan tangannya.
Chiya
yang berbaring di atas permaidani sambil menonton rancangan kartun kesukaannya
itu bingkas berdiri. Terkejut Fariz dan Adelin melihat anak mereka itu.
“No no no. Daddy… mummy,” Budak nilah. Siap
bercekak pinggang lagi. Marah sangatlah tu.
“Iya,
iya,” Chiya kembali berbaring. “Aw…. Let’s
talk about this later,” Adelin mengeluh kecil.
Tidak
bolehlah dia hendak berdaddy-mummy ketika ini. Tambahan pula, Chiya pasti mendengar
pergaduhan yang bakal tercetus ini. Disabarkan dirinya sehingga Chiya tidur.
Masa tu, bolehlah dihamburkan segala rasa yang ditahannya ini. Bukannya dia tak
kasihan akan keadaan Fariz. Cuma, kemarahan yang terbuku ini tidak mampu
disimpan lagi.
“Mummy,
daddy… hmmm…”
Adelin
pandang Fariz dengan kerutan di dahi. Sejak bila lelaki ini gagap. Muka pula
serius.
“Apa?”
“Let’s get married,” Terangkat kening
Adelin. Married? Bukan mereka dah
berkahwinkah? Hai, hilang ingatan ke apa suami aku ni? Dilekap tapak tangan ke
dahi Fariz, okey sahaja.
Fariz
menyambar tangan Adelin di dahinya.
“I mean, officially marriage which we have a
wedding ceremony. All this time, we just had akad nikah feast. Itu pun
kecil-kecil aje. I thought we should at
least have one ceremony to tell everyone that we’ve married,” Penuh perasaan
Fariz memujuk Adelin.
Tersedar
sahaja dari koma selepas empat hari kejadian itu, dia terus terfikir tentang
hubungannya dengan Adelin. Peluang kedua yang diberikan Allah untuknya harus
dihargai. Oleh itu, dia mahu hubungannya dengan Adelin berlangsung secara
terbuka, tidak perlu dirahsiakan lagi.
“Are you proposing me?”
“Ya.
The answer must be, yes,” Adelin tenung
mata Fariz, inginkan kepastian.
Adelin
senyum.
“I’m waiting for this… two years, daddy. I don’t
think I can reject you anymore,” Pantas Fariz memeluk isterinya itu.
“Argh!”
Adelin
kelam kabut.
“Daddy,
okey tak ni?” tanya Adelin, risau. Berkerut sungguh muka Fariz menahan sakit. Itulah
akibatnya kalau tak menyempat.
“Sikit
aje,” Dia kembali bersandar ke sofa. Adelin tergelak kecil.
“Dah
tahu diri tu sakit, gatal lagi. Duduk diam-diamlah. Jaga Chiya pun tak seteruk
jaga daddy, tahu?” Fariz jelling Adelin tetapi kemudian dia turut ketawa kecil.
Dicuit pipi isterinya.
“Mummy,
Chiya dah ngantuk,” Chiya naik ke riba Adelin sambil menenyeh kedua matanya.
“Nak
tidur dah? Okey, okey,” Ditepuk belakang Chiya lembut. Chiya menyandarkan
badannya ke badan Adelin. Manjanya si ciut miut ni.
“I think she miss her mama. Beberapa malam
ni, dia asyik mengigau pasal mama dia. Let’s
take her to Mutia, nak?”
Fariz
mengeluh.
“She’s destroyed her own daughter’s life. I don’t
want Chiya meet her. Even, once…”
Adelin
pandang Chiya, tidur sudah anak kesayangannya itu. Bolehlah dia berbicara macam
biasa dengan Fariz.
“Do you still love her?” tanya Adelin
tiba-tiba.
“No. I do love her before but now I know my
heart have changed. I only love you,” Adelin terkaku. Fariz love me? Oh… my… God! Did he? Nak pengsan boleh?
“Jangan
main-mainlah,” Fariz mengengsot, merapati Adelin. Tangannya memegang dadanya
seketika.
Untung
sahaja peluru yang dilepaskan oleh salah seorang pengikut Mutia itu tidak
mengenai betul-betul di jantungnya. Sipi saja lagi, dia pasti tidak dapat
diselamatkan lagi. Alhamdulillah. Dia masih bernafas dan dia ingin degupan
jantungnya ini hanya akan berdegup tatkala matanya memandang Adelin Annisa
sahaja.
“I really love you, Adelin Annisa. Long time
ago, you’ve stole my heart. Setiap kali daddy terluka, mummy orang yang akan
menjaga daddy. You always stayed by my
side to supporting me whenever I need a comfort. Daddy nak mummy terus support daddy whenever I need it. Two years,
more than enough for us, right?” Adelin angguk.
Tangan
kanan Adelin ditekap ke pipi kiri Fariz.
“Because of you, I don’t need any other
superman outside. I only need you to be my superman. Two years, I’m waiting for
this. Like you said, it’s more than enough for us. I just want you, daddy,”
Dihadiahkan sebuah ciuman di pipi suaminya.
“Sini?”
Fariz meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Adelin buat muka.
“Not this time, until I’m forgiving you. You cheated
me, anyway,” Padan muka!
“Oh,
tak berbaik lagi ke? Ingatkan dah keluar ayat power ni, bolehlah bermanja
sikit. Hampeh,” Tanpa sengaja, Adelin terrr… tampar dada Fariz.
Memang
taklah Fariz nak diam kan.
“Sorry sorry sorry,” Adelin usap bahu
Fariz cuba menghilangkan sedikit kesakitan suaminya itu.
“Agak-agaklah
nak tampar pun. Banyak lagi tempat lain. Berdarah balik luka kat dada daddy ni
macam mana?” bebel Fariz, tangannya ditekap ke dada.
“Sorry. Tak sengaja,” Muka bersalah
ditayangkan. Chiya yang berada dipangkuannya membataskan pergerakannya.
Tetapi,
bibirnya mengulas senyuman.
“Apa
senyum-senyum?” soal Fariz, tidak puas hati. Orang tengah sakit, dia boleh
senyum pula.
“Comellah
muka awak tahan sakit. Saya tumbuk sekali lagi, nak?” Adelin mengacah Fariz.
Mahu terkeluar suara besar lelaki itu. Ehek.
“Adelin, I’m hurt. So, please,” rayu
Fariz dengan mengecilkan matanya yang sepet itu.
“Alolo,
dah lama tak jumpa awak. Rindu. Considerlah
sikit,” Dicubit pipi suaminya lembut.
“Banyaklah
kau punya consider, aku yang sakit
tahu tak,” tukas Fariz. Tangannya masih di dada.
“Alah,
gurau aje. Oh, luka. Sembuhlah kau. Kesian suami aku ni,” Diusap dada Fariz
lembut. “Four years in cyber crime team, only
once I got involved in a big operation. We’ve lost our boss as in our dad. Awak
tahu apa yang terlintas di kepala saya waktu tu?” Fariz angkat bahu.
“Apa
agaknya perasaan family saya kalau
apa-apa yang berlaku pada saya masa tengah operasi. For example, get shot or injured. So, I make an extreme decision to
leave my lovely job. So that, they won’t worrying me anymore. Now, I know how
the feeling of worrying someone,” Adelin menggenggam jari jemari Fariz
erat. “Promise me, this is your last time
getting hurt. It hurt me too, daddy,” Fariz sapu air mata si isteri yang
mengalir.
“That’s why I love to get hurt,” Adelin
tenung Fariz pelik. Bukan main lagi suaminya itu mengadu kesakitan. Air matanya
termasuk balik. Ahah.
“You’re screaming like you never get hurt. And
you said that you love to get hurt?”
“Ya.
Because, I know that someone will
worrying me. That someone is you, my love wife. You have your own caring side,
sayang. I just can’t stop to make you worrying me,” Adelin tergamam. Kenapa
romantik sangat ni? Lemah dah ni. Uhuk!
“But, you got shot is too much. Nasib
baik sipi aje, bukannya betul-betul jantung,” Fariz gelak kecil. See, she start to worrying me.
“Ditembak
tanpa berbuat apa-apa. I’m just chatting
with Mutia at that time. Hadi, Carl and Lukman were the hero of the night. I’m
doing nothing,” Terkilan juga kerana dia tidak berpeluang membantu rakan-rakan
seperjuangannya ketika itu.
“Because of the chatting, they got those penjahat,
right?”
“But…”
“Dahlah.
Benda dah lepas, selesai dah pun. Apa yang penting, life must go on. Everytime,
you’re coming home after protecting our country, I’ll hug you. No matter what,”
Adelin sengih. Okey tak hint dia,
untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Isk.
“I want that hug. Now!”
Diangkat
kening berulang kali.
“Not this time, daddy. Your daughter too
soundly asleep. Her heart must at ease now…”
“Let her sleep. Put her on bed first,” Fariz
cuba berdiri sendiri. Namun, dia kembali terduduk. Kakinya masih belum kuat
tanpa sokongan.
“I put her on bed first. Wait here, I’ll help
you,” Pantas Adelin mendukung Chiya dan membawanya ke bilik.
Fariz
senyum sendiri. Hatinya berasa sangat tenang tika ini. Dia gembira berada di
samping Adelin dan Chiya. Tiada yang lebih penting daripada mensyukuri nikmat
Allah ini. Selama ini, dia tidak berani mengungkapkan perasaan sayangnya pada
Adelin kerana perasaan bersalahnya terhadap Mutia masih menggunung. Namun, segalanya
kini sudah menjadi sejarah. Mutia sudah menerima akibat di atas dendamnya.
“I won, Mutia. Our revenge game has ended. It’s
time to live our life just like we’re never meeting before. I owe you that precise
daughter. She’s mine forever,” bicara Fariz sambil matanya dibawa ke
jendela.
*****
“I love the handsome you, daddy,” Kening
Fariz terangkat. Kenapa?
“This is first time you said that you love
me, mummy. Besides the hugging, I want to hear this precise word too,”
Adelin senyum manis.
“You got me, my dear husband,” Fariz
menghadiahkan ciuman di bibir Adelin. Tangannya sempat menutup mata Chiya.
Uhuk! Budak kecik tak boleh tengok.
“Daddy, mummy, let’s go. Everyone is waiting
us…”
Fariz
memimpin tangan Chiya. Adelin pula melingkarkan tangannya ke lengan suaminya. Mereka
beriringan menuju ke ball room di mana majlis resepsi Fariz dan Adelin
berlangsung. Oh, yeah… they’re officially
married!
p/s : CIA tak letak apa-apa(tobecontinued@theend). so, decide... wanna continue some moment or just ended it. semuanya di tangan anda. :D. mood; sayang nak tamatkan lagi. huhu. apa-apa pun, inilah ending Pearl setakat ni. if ada yang tak puas lagi dengan Pearl, tell me. ngeee. CIA dah ready nak kena debush sebab dia orang tak ada anak. haha.
Alaaa...dh abis.....xpuas lagi....Swett moment diorang sikit sgt....nak lagi swettt2.... hehehe....lau ada baby lagi best kan....pape pun hepy ending.....thank u...muahh2.....:)
ReplyDeletehaha. dah habis. most welcome. muah2. inshaAllah meybe ada kot. hihi. :D
DeleteAkak buat la cerpen sambungan ni kasi Fariz sweet sweet skit dgn Adel. Eh eh eh ...bolehlahh *muka cute* A
ReplyDeleteInshaAllah. haha. cute sangat. :D
DeleteBuat special n3 ke bg lg swetttttt....;)....xpuas je rasa....plzzzzzzz...
ReplyDeleteSpecial n3 ples akak :) hehe..oh yah..who's that guy akak?? Handsome ��
ReplyDeletehehe. inshaAllah. on progress. :D. that's guy? xian lim, philiphine actor. handsome kan. haha
DeleteBstt sgt . Good luck sis
ReplyDeleteBstt sgt . Good luck sis
ReplyDelete