Assalamualaikum... Hye!
malam ni CIA post first part untuk episode 9 eh. esok pagi CIA buat entry untuk full version. can't make it for tonight. sorry tau. pressure sikit. tadi broadband buat suspens. huhu. sorry sangat sangat. by the way, SELAMAT MEMBACA! :D
EPISODE
9
Gelak
tawa Chiya kedengaran ceria dek diusik Fariz. Sesekali Fariz turut sama ketawa.
Adelin yang sibuk mengupas epal di sofa berdekatan hanya memandang. Jarang dia
berpeluang melihat suaminya itu bermain dengan Chiya. Sempat dirakam memori
indah itu, sebagai kenangan di kemudian hari. Chiya juga sudah kembali pulih. Cuma,
belum sepenuhnya.
Detik
cemas beberapa hari yang lepas tidak akan pernah dilupakan Adelin. Hampir
sahaja dia tumbang tatkala dimaklumkan keadaan Chiya kritikal. Denyutan nadi
Chiya tiba-tiba lemah. Chiya juga mengalami sawan buat beberapa ketika. Berbagai
bayangan menerpa di minda. Tidak dapat dia membayangkan bagaimana budak sekecil
Chiya mampu menempuhi keadaan seperti itu.
“Auch!
Ai… shi,” Adelin capai kotak tisu. Dilap darah yang mengalir di jari telunjuk
kanannya. Itulah akibatnya jika banyak mengelamun.
“Mummy,
blood. Banyaknya darah mummy,” Becok
mulut Chiya menegur Adelin.
Adelin
membuat isyarat diam kepada Chiya. Fariz hanya buat tak tahu. Haih, bini
terhiris tangan sendiri, dia boleh buat buta.
“Daddy,
mummy bleedinglah,” Digoyang tangan
daddynya. Fariz angkat kening, kemudian mengangguk.
“It’s okay, sayang. Mummy so okay,” Chiya menekup telinganya. Adelin yang perasan
keadaan itu, berdebar. “Daddy, Chiya…” Fariz pandang Chiya di hadapannya.
Chiya
kelihatan ketakutan.
“Wash your finger, mummy,” arah Fariz tegas.
Tangannya menarik Chiya ke dalam pelukan. Adelin menurut, dia berlalu ke bilik
air yang berada di dalam bilik itu.
“Daddy,
that blood… I saw… his finger.
Daddy,” Chiya dongak kepala.
“Where, Chiya?”
“Home. Di… dia tolak Chiya. Auntie Na
pukul dia. His finger bleeding… a lot,”
Chiya seakan mengingati detik si keparat itu merogolnya.
“Lagi?”
“I don’t know. I felt hurt. He touched me,
daddy,” Cerita Chiya lagi. Fariz tepuk belakang Chiya lembut. Kanak-kanak
itu agak petah menggunakan bahasa Inggeris.
Sejak
bayi lagi, orang disekelilingnya menggunakan ‘English language’ sebagai bahasa pengantaraan. Mutia sendiri jarang
menggunakan bahasa melayu ketika bercakap dengan Chiya. Oleh itu, lidah Chiya
lebih kepada bahasa asing.
“It’s okay. Later, I’ll teach him. Okay?”
Chiya angguk.
“It’s worth getting hurt, huh,” celah
Adelin sambil membalut jarinya dengan plaster yang memang tersedia di dalam beg
tangannya. “Chiya ingat tak macam mana muka dia?” soal Adelin, sekadar mencuba
nasib.
Chiya
geleng.
“Auntie Na knows, mummy,” ujar Chiya.
Tangannya bermain dengan jari jemari daddynya. Rindu! Itulah perasaan anak
kecil itu saat ini. Lama dia menanti daddynya itu.
Hanya
Adelin sahaja yang kerap menghubunginya melalui Mina. Namun, melalui Adelinlah,
Chiya mengetahui tentang Fariz. Adelin siap mengupdate gambar-gambar Fariz lagi, tidak mahu Chiya melupakan
daddynya. Jika berada di hadapan Chiya, mereka tidak dibenarkan menggunakan
kata ganti nama lain selain daddy dan mummy. Pernah sekali tu, Adelin
berawak-saya dengan Fariz, Chiya tarik muka. Selepas itu, Chiya turut
berawak-saya dengan mereka.
“Tell your daddy, Chiya. Your Auntie Na was
his friend,” Fariz kerling isterinya. Perli dialah tu.
“Later, I’ll find her. Okay? Mummy, daddy
thought your holiday have ended,” Giliran Fariz pula mengenakan mummy
Chiya.
“Jangan
lupa ya, daddy. Mummy ni anak emas tan sri. So,
it’s doesn’t matter. I’m still on leave,” Chiya pandang daddy dan mummynya
silih berganti. Kemudian, dia senyum comel.
Ketukan
pintu menghentikan perbalahan mereka. Muncul Dr Raihani, doktor yang merawat
Chiya.
“Hai,
Chiya,” sapa Dr Raihani. Fariz bangun. Dia memberi ruang kepada doktor
perempuan muda itu memeriksa anaknya.
“Hai,
doktor,” jawab Chiya ceria. “Doktor, bila Chiya boleh keluar? Chiya nak ikut
daddy,” Dr Raihani senyum. Dia melayan celoteh Chiya seketika sebelum membuat
pemeriksaan.
“Ikut
daddy aje?” desis Adelin perlahan. Fariz menoleh ke belakang, Adelin buat muka.
Perlahan kaki Fariz berganjak mendekati isterinya.
“I need your explanation soon, mummy. You
really think I can take care of her, alone?” bisik Fariz di telinga Adelin.
“Move to my apartment as soon as posibble,”
sambung Fariz.
“Tengoklah
macam mana…” Adelin gigit bibir. Buatnya Puan Sri Zana buat lawatan ke kondo si
Fariz tu, matilah dia. Uish!
“Errr…
boleh awak berdua ikut saya?” Serba salah Dr Raihani ingin memanggil ibu bapa
Chiya yang kelihatan sedang berbual itu.
“Boleh,”
jawab Fariz dan Adelin serentak. Chiya ditinggalkan bersama jururawat. Pesanan
Dr Raihani sendiri; jangan membiarkan Chiya bersendirian.
*****
Dr
Raihani memberikan fail rona biru kepada Fariz.
“Ini
adalah report kesihatan Chiya. Insha
Allah, lusa Chiya sudah boleh discharge,”
maklum Dr Raihani.
“Rawatan
susulan macam mana, doktor?” tanya Adelin, ingin tahu.
“Seminggu
sekali, Chiya perlu berjumpa dengan psychiatrist.
Buat masa ni Chiya seakan keliru. Trauma yang dia alami berkemungkinan hanya
seketika. Selalunya, kanak-kanak di usia begini tidak akan mengingati apa yang
berlaku apabila mereka dah meningkat dewasa,” terang Dr Raihani, serius.
“Maksud
doktor, Chiya akan melupakan apa yang berlaku?”
“Insha
Allah, melainkan memori dia kuat dan mampu mengingati kejadian buruk yang
menimpa dia tu. Encik dan puan perlulah mainkan peranan. At least, spend most of the time with her…”
Serentak
pasangan itu mengangguk, faham. Adelin tidak punya masalah untuk menghabiskan
masa dengan Chiya. Adelin ayat Tan Sri Lutfi sikit, pasti lelaki separuh umur
itu memberi pelepasan cuti. Daddy Chiyalah pula, selalu sangat sibuk. Sekarang
ini pula, kes Eclipe’s Holding yang masih belum selesai.
*****
Encik
Thohier dan Puan Aida peluk Chiya erat. Berat hati mereka untuk melepaskan
Chiya mengikut Fariz dan Adelin pulang ke KL. Inilah satu-satunya cucu mereka
buat masa ini. Ingin menghalang, Chiya sendiri yang mahu mengikut anak dan
menantu mereka itu. Tambahan pula, Chiya sudah terbiasa berada di samping Fariz
dan Adelin seminggu ini.
“Nanti
kita video call eh, sayang. Hari-hari
Chiya kena cium mak tok,” kata Puan Aida, sebak.
“Okey.
Chiya promise,” Diangkat jari
kelingking kanannya. Puan Aida pantas menyaut jari kelingkingnya ke jari comel
itu.
“Wan
nak jugak,” Chiya menaikkan pula jari kirinya.
Fariz
menutup bonet kereta. Pemandu mereka sudah lama menunggu di sisi kereta.
“Baba,
nanti inform Fariz pasal siasatan tu
eh. Pasal Mina sekali,” pinta Fariz.
“Insha
Allah. Pasal Mina tu, baba dah mintak tolong kawan baba. Fariz settle dulu hal papa Fariz, jangan pressure sangat,” Encik Thohier menepuk
bahu Fariz, memberi semangat.
“Adel
mana ni?”
“Sini,”
Semua mata tertala pada Adelin yang sedang menyarung sandalnya. Mereka
memandang Adelin pelik. “Apa? Tak okey ke?” Adelin melayangkan sampul coklat
yang dipegangnya untuk menyedarkan mata-mata yang tenungnya.
“Eh,
okey sangat. Meh sini, ibu nak peluk sikit,” Puan Aida peluk anak perempuannya
erat. “Good job. Ibu happy sangat. Banyakkan solat dua
rakaat, ya,” Adelin angguk.
Encik
Thohier pula memeluk anak kesayangannya itu. Senang hatinya melihat perubahan
Adelin. Perubahan yang sudah lama dinantinya. Baru hari ini, dia dapat
melihatnya. Adelin mula mengenakan tudung. Kemas sekali lilitan selendang di
kepalanya.
“Daddy
tak nak peluk ke, semua orang dah peluk ni,” seloroh Adelin. Fariz tarik muka.
Tak kuasa dia ingin memeluk isterinya itu. Uhuk!
“Daddy
malulah, mummy,” sampuk Chiya. Fariz kerutkan hidung kepada Chiya sebelum
mengangkat anaknya itu ke dalam dukungan.
“Daddy
peluk mummy depan semua nanti, mummy yang malu,” balas Fariz bersahaja.
Adelin
cebik. Macamlah lelaki itu tidak pernah memeluknya depan public. Siap kiss lagi.
Ugh! Takkan dah hilang segala belang dia tu?
“Hah,
tak nak gerak lagi ke? Tertinggal flight
nanti, susah pulak,” kata Encik Thohier.
“Kami
balik dululah. Baba dan ibu turunlah KL lagi,” Fariz menyalami ibu dan bapa
mertuanya. Sempat mereka mengusik Chiya di dukungan Fariz.
“Ibu,
bulan depan datang KL. Jadi babysitter
Chiya,” Puan Aida angkat kening.
“Kenapa
pulak dah?”
“Memang
Eclipe’s tu Adel punya pun, kan. Suka suki aje cuti. Ibu tolonglah…”
“Insha
Allah. Ibu dan baba sampai sana nanti, jangan kamu berdua sibuk pulak. Ibu
pelangkung dua-dua,” Adelin hanya mampu sengih. Fariz berpura-pura mengusik
Chiya.
Bulan
hadapan, Adelin memang akan sibuk. Sibuk menguruskan hal Eclipe’s Holding. Kontrak
bersama Tan Sri Lutfi yang ditandatanganinya dua tahun lalu sudah
berpenghujung. Sepatutnya, tempoh kontrak sudah tamat. Dek cuti panjangnya, Tan
Sri Lutfi menambah tempoh agar Adelin menyelesaikan dahulu segala kerjanya di
syarikat itu.
to be continued...
Bestttt...xsabar nk tggu ending.....:)
ReplyDeleteKak nak eps 9 part 2 hehe
ReplyDelete