EPISODE
4
Pesanan
sms yang diterima, dibuka Adelin. Siapa pula yang menghantar sms malam-malam
macam ni? Jarang sekali, ada yang mencarinya malam-malam melainkan Yani. Itu
pun sekadar untuk memberitahu jadualnya keesokan hari. Kalau tak pun, baba dan
ibu. Tapi, kedua-duanya berada di hadapan matanya kini. Tika itu, Adelin
tergelak kecil.
Adelin,
buka pintu. I’m home – Fariz
Encik
Thohier dan Puan Aida yang sedang melepak di permaidani mendongak sedikit ke
sofa. Dah kenapa si Adelin ni tergelak? Kena sampuk ke? Meremang pula bulu
roma.
“Apa
pandang Adel macam tu? Fariz dah baliklah,” Adelin turun dari sofa dan melangkah
ke pintu.
Saat
pintu dibuka, Fariz sudah berdiri tercongok di depan pintu. Memang tak
perasanlah lelaki itu balik kerana keretanya diparkir di luar porch. Sejam selepas Fariz keluar pagi
tadi, ada staf lelaki itu menghantar keretanya. Dan, sehingga kini Adelin tidak
tahu bila masa Fariz mencuri kunci keretanya. Hmmm.
“Ibu
dengan baba mana?” bisik Fariz. Takut mertuanya dengar. Malas pula dia hendak
bersoal jawab kerana pulang lewat. Siap berganti baju lagi.
“Ada
tu, depan tv. Pergi berjimba dulu ke, tuan inspektor?”
“Tak
baik menuduh suami. Kau tengok aku macam baru lepas berseronok ke? Papa ajak
singgah rumah tadi,” Adelin terangguk sedikit.
Takkan
si Fariz bagi MC aku straight kat Tan
Sri Lutfi? Sewel ke apa, mamat ni. Tak pasal, lusa dia masuk kerja… kena perli.
Nak bertanya, takut dikatakan dia menuduh lagi, omel Adelin sendiri.
“Apa
yang dok tercegat depan pintu tu, anak-anak oi? Masuklah. Nak masuk rumah
sendiri pun, nak kena berjemput?” Tersentak Fariz dan Adelin yang masih berdiri
di depan pintu rumah. Kan dah kena perli.
Adelin
mendahului langkah Fariz. Dia tidak kembali ke sofa, sebaliknya terus ke dapur.
Isteri mithali, kan. Kenalah serve
suami. Ehek! Muntah hijau si Adelin tu nak sediakn air untuk Fariz kalau tiada
Encik Thohier dan Puan Aida. Fariz melabuhkan punggung di sofa berangkai tiga.
Encik
Thohier dan Puan Aida kusyuk melayan Kaho Na Pyar Hai. Walaupun sudah banyak
kali menonton cerita Hindustan itu, namun masih tidak jemu-jemu. Berulang kali
menonton pun, masih mempunyai perasaan yang sama. Bukan main romantik lagi
pasangan veteran itu. Puan Aida sakan bersandar di bahu kekar suaminya. Itu namanya,
cinta sampai ke akhir hayat. Amin.
“Nah,
milo susu,” Fariz menyambut huluran Adelin. Pelik dia melihat senyuman Adelin. Tak
ikhlas langsung!
“Dari
mana, Fariz?” soal Encik Thohier.
“Rumah
papa. Makan malam sekali tadi. Ada discussion
sikit,” beritahu Fariz jujur. Dah memang betul ada perbincangan tentang hal
syarikat. Walaupun hanya sleeping partner,
Tan Sri Lutfi masih memerlukan pendapat Fariz.
“Dia
orang sihat, Fariz?”
“Alhamdulillah,
sihat. Baba nak jumpa papa?”
Adelin
tergelak.
“Kalau
baba dapat jumpa papa awak, seminggu lepas tu… minta izin ibu nak buka
perniagaan sendiri,” Tangan Encik Thohier selamba menampar kaki anak
perempuannya yang terjuntai di sofa.
“Ibu
pun rasa benda yang sama. Baba kamu ni, Fariz… bukan boleh jumpa dengan orang business. Semangat nak berniaga datang
tiba-tiba. Tapi, sekejap ajelah. Lepas tu, bolayan,” Fariz turut tergelak.
“Kalau
macam tu, kena jumpa papa hari-harilah. Bab-bab business ni, papa memang addicted,”
Adelin mengangguk setuju. Selama dua tahun, dia bertugas di syarikat dan agak
rapat dengan Tan Sri Lutfi, jadi dia sudah faham kehendak lelaki separuh umur
itu.
“Adel
dok jenguk tak keluarga Fariz?”
Hampir
tersedak Adelin yang sedang minum hot
chocolate. Selamba saja tangan Fariz mengusap belakang Adelin.
“Kahwin
pun rahsia, nak jumpa apanya, ibu. Tan Sri Lutfi tu, hari-hari Adel kena pergi
jumpa dia. Sekali dia buka mulut, rahsia Fariz pun Adel boleh tahu,” ujar
Adelin bersungguh.
“Amboi,
rapat ya dengan tan sri. Buatnya dia nak buat menantu, macam mana?”
“Bukan
nak buat lagi dah, baba. Dah jadi menantu pun,” Serentak Encik Thohier dan Puan
Aida ketawa.
Fariz
mengerling Adelin di sebelahnya.
“Adelin
ni anak emas papa. Apa-apa pun yang Adelin buat, even salah… papa buat tak tahu aje. Sampaikan mama minta Fariz jadi
spy, takut papa pasang lagi satu,” Membulat
mata Adelin.
“Lah,
ye ke. Bukan calang-calang orang tu, Adel,” usik Encik Thohier.
“Eh,
baba ni. Anak tan sri pun okey apa. Taklah tua,” Dilemparkan sengihan pada
orang sebelah. Fariz mencebik.
“Oh,
patutlah you tak layan papa I. Kalau papa I muda, mesti dah terima kan,” Aik,
lain macam saja nada Inche Inspektor.
“Mana
ada. Hakikatnya, kita dah kahwin. Buat apalah nak layan orang lain. Lagipun, tan
sri treat saya macam anak. Kalau puan
sri nak cemburu, buang masa ajelah,” Adelin berkata senada.
Itulah
hakikat yang harus mereka terima. Sejauh mana mereka lari, hakikat itu takkan
pernah berubah. Mereka sudah berkahwin. Melainkan, mereka berpisah. Hakikat itulah
yang mereka sembunyikan dari pandangan mata semua orang. Kerana itulah, mereka
digelar seteru.
Hanya
kerana perlanggaran kecil yang berlaku di antara mereka di lobi Eclipe’s
Holding, mereka bergaduh. Sudahlah berpura-pura tak kenal, boleh pula dok
bertikam lidah di lobi. Sehinggakan Tan Sri Lutfi yang perlu leraikan. Sejak itulah,
mereka pantang bersua, pasti akan ada pertikaman lidah.
*****
Mutia
mematikan talian. Lega hatinya setelah dihubungi oleh sebuah syarikat yang akan
mengambilnya kerja. Senyuman manis terukir di bibir. Alhamdulillah. Rezeki dia
setelah pulang ke Malaysia. Dia diterima untuk bekerja di Eclipe’s Holding
sebagai peguam penasihat syarikat di mana, setiap transaksi yang berlaku di
dalam syarikat perlu dinilainya terlebih dahulu. Tidak kiralah transaksi apa
pun. Projek atau kewangan.
“Amboi,
lebarnya kau senyum,” Soffi menghulurkan mug berisi nescafe kepada Mutia.
“Mestilah.
Aku dapat kot kerja tu. Kau tahu kan impian aku? Biar aku tak diterima oleh company lain, asalkan Eclipe’s Holding
terima aku. Alhamdulillah, aku sudah dapat kepercayaan untuk jadi lawyer kat situ,” Soffi senyum nipis.
“Kau
betul-betul ke nak bekerja kat situ, Tia? Jangan disebabkan perkara dulu, kau
ada niat lain,” Mutia melawan pandangan Soffi.
“Bukanlah,
Soffi. Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Aku pun ada impian yang aku nak capai.
Kau jugak yang cakap kat aku dulu, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sekalipun
aku berdendam, hanya pada inspektor senget tu aje. Aku dah maafkan orang lain
kecuali dia,” Mutia berkata sambil matanya tajam memandang kaca televisyen.
“Aku
tak kisah kau nak berdendam dengan sesiapapun. Itu hak kau, Tia. Tapi, aku nak
kau ingat satu benda. Jangan pernah kau lupa sampai bila-bila, Tia. Kalau tak
ada inspektor senget tu, kau takkan ada kat sini tau, kat depan aku. Manusia tak
pernah lari dari buat kesilapan. Macam kau jugak,” tutur Soffi.
Dia
memang tidak menyokong tindakan Mutia untuk membalas dendam pada penyelamatnya.
Walaupun perit untuk menerima, namun itulah adatnya. Orang berbudi, kita
berbahasa. Benci mana pun kita pada seseorang itu, jauh di sudut hati telah
memaafkan. Begitulah nasihat Soffi kepada Mutia agar sahabat baiknya itu tidak
melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua.
“Kau
jangan risaulah, Soffi. Aku tahu apa yang aku buat. Dendam lama dah aku
padamkan. Tapi, untuk lepaskan inspektor tu, aku gagal. Dia perlu
bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan. Dan, aku akan tuntut, Soffi,”
Soffi mengeluh.
Kali
ini, Mutia sudah nekad. Sekuat mana pun Soffi menghalang, Mutia tetap akan
bertindak. Namun, Soffi tidak pasti bagaimana Mutia akan bersemuka dengan pihak
lawannya itu. Dia takut Mutia akan kecundang sebelum berjuang. Ada nyawa yang
masih bergantung harap dan kasih Mutia.
*****
Tan
Sri Lutfi mengumpulkan staf tertinggi di bilik mesyuarat. Para pekerja
tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba ada mesyuarat tergempar. Jarang majikan mereka
itu memanggil dalam keadaan tergesa-gesa. Penting sangatkah perjumpaan ini?
“Assalamualaikum.
Maafkan saya kerana mengganggu kerja kamu semua. Tapi, ada benda yang nak saya katakan.
Dan, ada seseorang yang akan saya kenalkan pada semua. Mutia, sini,” Para
pekerja mula bercakap sesama sendiri.
Adelin
hanya mendiamkan diri. Lebih baik dia menunggu penjelasan Tan Sri Lutfi.
“Saya
kenalkan, Mutia Imani. Dia akan bertugas sebagai peguam penasihat syarikat. Jadi,
saya harap semua akan memberi kerjasama. Dia akan mula bertugas esok. Mutia, silakan,”
Mutia melangkah perlahan mendekati Tan Sri Lutfi.
Kini,
semua mata memandangnya. Ah, segannya. Namun, dia menghadiahkan senyuman manis.
Semua yang berada di bilik mesyuarat terpegun. Mana tidaknya, gadis yang cantik
lagi cun akan bekerja bersama mereka. Pekerja-pekerja perempuan sudah mencebik
melihat keletah pekerja-pekerja lelaki sedang membetulkan penampilan
masing-masing. Pantang ada pekerja perempuan baru, mulalah nak menggatal.
Adelin
terpaku pada wajah itu. Dalam diam, dia turut memuji kecantikan dan penampilan
muslimah yang dibawa Mutia. Mutia manis bertudung. Timbul rasa cemburu. Pasti dia
bukan lagi ‘anak emas’ Tan Sri Lutfi. Selalunya, begitulah yang berlaku. Muncul
orang baru, orang lama tidak akan dipedulikan.
“Hai,
semua. Saya, Mutia Imani. Nak panggil apa pun, saya tak kisah. Saya harap
kalian akan memberi tunjuk ajar pada saya, budak yang baru bertatih. Terima
kasih,” Mutia berbicara lembut.
“Okeylah,
nanti bolehlah berkenalan ya. Adelin, come
here,” Tan Sri Lutfi memberikan isyarat agar Adelin ke depan. “Adelin, buat
sementara waktu… Mutia akan berkongsi pejabat dengan awak memandangkan bilik
Mutia still in progress. Mutia, ni orang
kanan saya, Adelin Annisa…”
Adelin
dan Mutia berjabat tangan dengan senyuman terukir di bibir masing-masing. Dua karakter
berbeza akan bergandingan. Agak-agaknya, hancur lumat tak Eclipe’s Holding?
“Selamat
datang ke Eclipe’s Holding, Mutia. Try to
comfort yourself in our families. Insha Allah, semuanya akan baik-baik. Staf-staf
kat sini pun ramah,” ujar Adelin ramah.
Sebagai
senior dan orang kepercayaan Tan Sri Lutfi, dia harus memberikan tanggapan yang
baik kepada pekerja baru. Tambahan pula, Mutia memegang salah satu jawatan
penting syarikat. Sudah pasti gadis itu berkelayakan tinggi. Tan Sri Lutfi
tidak akan mengambil pekerja sewenang-wenangnya.
“Terima
kasih. Insha Allah, we’ll be one family,”
Tanpa segan silu, Mutia memeluk Adelin. Seperti adik dan kakak. Jadi, takkan
adalah taufan Katrina yang akan berlaku. Eheh!
*****
Malam
itu, staf-staf Eclipe’s Holding berkumpul bersama. Sebaik sahaja Mutia
diperkenalkan, mereka sudah siap menempah restoran untuk meraikan orang baru ke
dalam syarikat. Dengan baik hatinya, Tan Sri Lutfi memberi cuti separuh hari
untuk membuat persiapan walaupun ahli korporat itu tidak akan menyertai keraian
itu.
“Dah
lama ke kak Adelin kerja kat Eclipe’s Holding?” soal Mutia.
“Tak
adalah lama sangat. Minggu lepas, cukup dua tahun akak kat sini. Tan sri dan
keluarga Eclipe’s Holding banyak berjasa pada akak. Sampailah tan sri memberi
kepercayaan pada akak untuk handle
projek besar,” jelas Adelin sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang.
Wakil
Tan Sri Lutfi! Puas sudah dia mengingatkan agar Fariz datang tepat pada
waktunya. Sudahnya, ke laut. Tak berdisiplin langsung!
“Kiranya
akak orang kuat tan srilah. Mesti akak banyak dapatkan projek untuk syarikat. Kalau
tak, takkan semua staf hormatkan akak,” Adelin senyum.
“Akak
biasa aje, Mutia. Susah jugak akak nak dapatkan position akak sekarang. Bukan senang nak mendapatkan kepercayaan
tan sri,” ujar Adelin. Mindanya mengimbas kembali susah senang dia di Eclipe’s
Holding.
Ditengking,
dimarah, diejek. Semua itu dia telan dan redha. Mungkin ada hikmah di
sebaliknya. Dan, berkat kesabaran itu… dia berada di mana dia sekarang.
“Cik
Adelin, Inspektor Fariz dah sampai,” maklum Arsyad.
Mata
Adelin ditala ke pintu gerbang restoran. Fariz hadir bersama seorang perempuan.
Mutia turut memandang ke situ. Pandangan gadis itu sukar untuk ditebak.
“Hai,
Adelin,” sapa Fariz. Sofea yang sedang erat memeluk pinggang Fariz senyum
sinis. Meluat pula Adelin melihat adegan itu.
“Baru
sekarang nampak muka, tuan inspektor. Pergi kerja ke, buat maksiat,” perli
Adelin selamba.
Fariz
sudah immune dengan sindiran
isterinya itu. Alah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sudah.
“Relakslah,
dear. Aku ni perwira negara, mestilah
kerja. Kebetulan, terjumpa Sofea. Alang-alang ada gathering, aku bawaklah dia,” Penjelasan Fariz meloyakan tekak dia.
Nak saja dia muntahkan segala isi perut di muka gedik Sofea tu.
“Whatever. Oh ya. Sebelum terlupa, saya nak
kenalkan staf baru syarikat, Mutia Imani. Mutia, ini Fariz atau Inspektor
Fariz. Dia ni, anak lelaki Tan Sri Lutfi…”
Fariz
dan Mutia saling berpandangan. Tangan kiri Fariz yang berada di bahu Sofea,
dijatuhkan. Fariz tergamam melihat mata yang sedang memandangnya itu. Mutia
tersenyum. Sofea mula merengek macam budak kecil. Pasti Fariz sudah terpikat
pada Mutia yang berwajah cantik itu. Adelin pula memikirkan yang sebaliknya. Pandangan
itu bukanlan sesuatu yang biasa.
“Hai…
Mutia,” Mutia menunduk sedikit.
Cepat-cepat
Fariz sedar.
“Hai,
Fariz. Staf kat sini panggil, Inspektor Fariz,” Senyuman penuh kepuraan-pura
dia ukirkan.
Tidak
mungkin dia melupakan raut wajah itu. Tidak untuk selama-lamanya. Gadis itu
pernah mengisi hatinya. Dan, kini Mutia kembali dalam perwatakan dan penampilan
yang baru. Fariz bagaikan mimpi. Mimpi yang sukar disedarkan. Untuk itu,
dirinya sendiri yang harus berusaha untuk sedar.
*****
Hadi
merenung Fariz yang sedang ralit melayan perasaan. Minuman yang tadinya sejuk,
mula cair. Jarang Fariz berkelakuan begini. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Kalau
tidak, tak adalah wajah kacak lelaki itu masam semacam. Macam dah tertelan biji
mangga saja lagaknya.
“Hoi,
Riz. Kau okey ke tak ni? Tadi beria kau ajak aku jumpa. Tak menyempat. Sekarang
ni, diam pulak,” Hadi meluku kepala Fariz yang sedang menunduk itu.
“Aku
tak okey, Di. Kalau aku cerita pun, kau takkan percaya. Aku sendiri still bingung,” Semakin pelik Hadi
dibuatnya.
“Straight to the point ajelah, Fariz. Tak
payah nak bersimpang siur sangat explanation
kau tu,” Fariz mengeluh kasar. Diraup rambut pacaknya ke belakang.
“She’s back, Hadi. Mutia Imani dah balik,”
Hadi terkaku. Sungguh, dia terkejut.
“Ap…
apa kau cakap? Tak mungkin, Riz. Dia dah janji takkan balik sini,” Tergagap
Hadi bersuara. Hakikat ini sukar dia terima.
“Macam
tulah reaction aku bila aku tengok
dia dengan mata aku sendiri, Di. Perjanjian ada dua jenis, Hadi. Untuk dituruti
atau diingkari. Dia ingkar janji tu,” Hadi menenangkan Fariz yang semakin kusut
itu.
“Macam
mana kau boleh jumpa dia?”
“Aku
jumpa masa gathering staf-staf Eclipe’s
Holding semalam. Bini aku yang kenalkan dia. Dan, dia bakal bekerja di syarikat
papa, Di,” jelas Fariz.
“Maksud
kau, Adelin yang kenalkan korang?” Fariz mengangguk. “Astaghfirullahalazim,
Fariz. Perkara ni bukan main-main lagi dah. Kau kena buat sesuatu. Sekarang ni
pun Adelin dah mula syak sesuatu…”
“Inilah
yang aku takutkan, Hadi. Aku pasti, Adelin takkan boleh terima. Even kami bukanlah suka sama suka. Tapi,
dia tetap isteri aku. Tak terbayang aku kalau satu hari nanti dia tahu pasal
perkara tu. Hancur semuanya. Papa dan mama pun takkan pandang aku,” Berat sungguh
nak menanggung dosa lampau dia.
“Kau
kena bertenang. Pasti ada jalan keluar. Buat masa ni, kau layan aje Adelin
macam biasa. Aku tahu, mesti Mutia pun akan berpura-pura tak kenal kau. Takkanlah
dia rosakkan nama dia sendiri,” kata Hadi, cuba menenangkan jiwa serabut Fariz.
“Entahlah,
Di. Aku cuma takut dua benda aje kat dunia ni. Hukuman Allah atas perbuatan aku
dulu. Satu lagi, kebenaran lampau. Aku tak sanggup kalau keluarga aku buang
aku, Hadi. Dosa yang aku buat bukannya ringan. Terlalu berat untuk dia orang
terima,” Ingin sahaja Fariz menjerit.
Namun,
mengingatkan sekarang ini mereka berada di restoran, hasrat itu dibatalkan. Sudahlah
serabut dengan kes-kes di pejabat. Ini pula, bala paling besar yang datang. Dia
takut Mutia akan meracun fikiran Adelin. Walaupun hubungan mereka masih
dirahsiakan, tidak semestinya semua itu akan terus menjadi rahsia. Ketika hubungan
dia dan Adelin semakin baik, muncul pula kenangan lalu yang menganggu. Fariz
sangat tertekan kini.
*****
Adelin
kusyuk menonton televisyen di tingkat atas sambil menikmati ais krim vanilla kegemarannya.
Sengaja dia memasang DVD cerita Korea bersiri Ghost lakonan So Ji Sub. Sejak kecil
lagi, Adelin sudah didedahkan dengan dunia keadilan. Pernah juga dia mengikut
Encik Thohier ke majlis-majlis rasmi yang diadakan oleh jabatan yang dipegang
babanya itu.
“Adelin,”
sapa Fariz yang baru tiba di anak tangga terakhir.
“Eh,
dah balik? Sinilah,” gamit Adelin supaya lelaki itu menyertainya.
Lambat-lambat
Fariz melangkah. Ceria sungguh Adelin ketika ini. Bukannya dia tidak tahu
Adelin memang addicted dengan dunia
polis. Kebanyakan DVD di rumah gadis itu adalah berkaitan dengan polis. Fariz
pula, walaupun dia seorang polis, jarang sekali dia menonton cerita-cerita
begitu. Dia lebih meminati cerita romance.
“Tak
ada cerita lain ke nak tengok?” tanya Fariz sambil duduk menyandar di sofa.
“Cerita
ni best kot. Macam-macam halangan
yang dia orang kena redah sebelum tangkap penjenayah sebenar. Elok dah jumpa
bukti, hilang pula. Lepas tu, hampir semua police
officer jabatan jenayah siber tu pengkhianat. Awak tak rasa thriller story ni mencabar ke?”
“Kalau
dah minat, orang cakap apa pun kau dah tak dengar,” Adelin sengih.
“Hah,
dari semalam lagi saya nak tanya awak. Malam yang saya kenalkan Mutia tu kan,
saya rasa macam semacam aje,” Fariz berdecit perlahan.
“Semacam
apa pulak kau ni?”
“Tak
adalah. Entahlah kalau ni… instinct as a
wife. Saya rasa macam awak dengan Mutia tu dah lama kenal. Do you think you’ve met her before. Maybe, social
friend?”
“Tak
payah nak merepeklah, Adelin. I haven’t
seen her anywhere before this. No need to make any conclusion. Kau tak
percaya laki kau ke?” Terangkat kening Adelin.
“Pernah
pulak saya percaya awak sebelum ni. Apa yang awak buat kat belakang saya,
manalah saya tahu. Berapa banyak mistress
awak pun saya tak tahu. At least, I know that
you’re my husband and we still in touch even I don’t know anything about your
life. Saya hanya kenal awak yang kat depan saya ni. Kita tak pernah bincang
atau ungkit kisah hidup masing-masing,” Terpegun Fariz mendengar ujaran Adelin.
“Kau
harap relationship kita ni boleh
pergi jauh. I mean, we need a romance
sometime,” Adelin tersedak. Nasib baik tak tersembur ais krim vanilla tu
kat muka kacak Fariz.
“Tak
ada benda lain eh dalam kepala awak tu? Asyik-asyik romance. Otak kotor,” Fariz ketawa kecil.
“Otak
kau tu yang kotor. Ada ke aku cakap yang romance
tu macam yang kau fikir?”
“Apa
yang saya fikir?”
Fariz
mengangkat kening sebelah kanannya. Aura menggoda dipamerkan untuk mengusik
Adelin. Gadis itu buat muka geli.
“Adelin,
kau tak ada ke lelaki yang kau sayang? Special
boyfriend?”
“Pernah
ada. Kenapa?” Seboleh mungkin Adelin menyembunyikan agar tidak cepat melatah. Tidak
mahu mengungkap kisah lama. Terlalu peribadi untuk dikongsikan.
“Tak
adalah kayu sangat kau ni kan. Ada jugak orang minat kau,” Adelin mencubit
pinggang Fariz kuat. Ada sahaja benda yang lelaki itu ingin mengusiknya.
“Ingat
awak seorang ada orang minat? Saya pun adalah. Tapi, nak buat macam mana. Saya ni
isteri mithali, kononnya. Tak bolehlah nak ada affair belakang suami. Berdosa besar,” balas Adelin sambil mengetuk
dahi Fariz dengan sudu ais krim.
“Oh,
kalau aku bagi chance… kau nak try la?”
“Boleh
jugak. Setidaknya, taklah bosan hidup saya yang keseorangan ni,” Fariz meluku
kepada Adelin sampai terjerit gadis itu.
Cepat-cepat
Fariz menekup mulut Adelin. Haru kalau Encik Thohier dan Puan Aida di bilik
bawah terdengar. Kalau fikir yang positif tak apa jugak. Buatnya fikiran negatif
yang keluar? Nauzubillah. Elok-elok dia orang tak ungkit pasal cucu, diungkit
pula nanti.
“Apa
awak ni? Sakitlah,” omel Adelin sambil mengusap kepalanya.
“Sorrylah. Aku main-main aje. Kau tu yang
jerit tak ingat dunia. Buatnya ibu dan baba dengar, haru kita. Mana tahu, esok
dia orang minta zuriat kita,” Sekali lagi Adelin mencubit pinggang Fariz.
Kali
ini Fariz pula yang menjerit. Sabar sajalah perangai tak cukup umur budak
berdua ni. Sekarang ini, bolehlah gaduh-gaduh manja. Suatu hari nanti apabila
kebenaran sudah terungkap, boleh berperang dunia entah ke berapa pula. Adelin pasti
tidak mampu untuk menerima perbuatan Fariz yang lalu. Mustahil untuk seorang isteri
setia seperti Adelin Annisa.
Di
mulut memanglah boleh menipu. Tapi, soal hati mana boleh main-main. Sekali hati
terpaut, susah untuk membuangnya. Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya? Jarang
ada isteri yang hanya menerima suaminya acuh tak acuh. Cuma, suami saja yang
tidak memahami hati isteri.
*****
“Alhamdulillah,
bang. Mutia dah balik. Lega hati Zana sebab dia sudi jumpa kita,” kata Puan Sri
Zana. Air teh dihidangkan kepada suaminya.
“Syukur.
Terkejut jugak abang masa dia datang pejabat minggu lepas. Awak bukan tak tahu
macam mana Mutia marahkan kita dulu. Entahkan marah lagi atau tidak,” balas Tan
Sri Lutfi.
“Insha
Allah, bang. Zana tengok Mutia semakin cantik. Siap bertudung lagi. Sejuk hati
Zana. Bukan macam staf seksi abang tu. Memang patut pun Fariz bermusuh dengan
dia,” Tan Sri Lutfi yang sedang meneguk air, tersedak.
“Ish,
awak ni Zana. Agak-agaklah nak mengata pun. Boleh jadi fitnah tahu. Adelin tu
bukannya seksi. Dia cuma tak pakai tudung aje. Pakaian dia tak ada jarang ke
terbelah sana sini,” Puan Sri Zana menjeling suaminya.
“Belalah
‘anak emas’ abang tu. Tak naklah bermenantukan dia. Keluarga kita menitip
beratkan soal aurat tahu tak, abang. Sedara saya takkan setuju perempuan macam
tu jadi menantu kita,” Sinis sekali kata-kata Puan Sri Zana.
“Tak
semestinya yang tak tutup aurat tu, tak baik. Dan, yang menutup aurat tu baik. Kita
tak boleh nak menilai seseorang sesuka hati, Zana. Bukan hak kita. Doa kita
yang boleh menyedarkan mereka…”
“Alah,
abang tu. Cuba kalau saya mengata perempuan lain, mesti abang tak bela sampai
macam ni. Bukannya saya tak tahu yang abang tu nak sangat Adelin jadi menantu
kita. Sebab Adelin pandai berniaga kan,” tebak Puan Sri Zana.
Tan
Sri Lutfi menghela nafas kasar. Inilah perempuan, selalu sangat ‘jump in
conclusion’.
“Awak
tahu tak yang Adelin tu kaum sejenis dengan awak. Awak mengata dia seumpama
awak memperlekehkan diri awak sendiri. Awak bercakap sebab awak tak tahu apa
yang berlaku kat luar sana tu. Biar abang beritahu awak satu kenyataan ni. Kalau
awak nak tahu, anak kesayangan awak tu, Fariz Ian selalu singgah pejabat. Awak tahu
kenapa kaki dia yang jarang-jarang jejak lantai office tiba-tiba datang office?”
Laju
Puan Sri Zana menggeleng. Manalah dia tahu. Setahunya, Fariz tak berminat
langsung dengan dunia perniagaan.
“Dia
datang cari Adelin, orang yang awak dok kutuk tu. Bukan Adelin yang cari dia,
tapi Fariz, anak awak. Orang-orang abang pulak report pada abang, Fariz selalu bawa Adelin keluar. Awak rasa
mereka tu musuh ke?”
Nyata
Puan Sri Zana sukar ingin mempercayai kenyataan itu. Tidak mungkin Fariz akan
menyukai Adelin sedangkan seringkali soal Adelin dibangkitkan, anak terunanya
itu pasti menarik muka meluat. Mustahil!
“Tak
mungkin, abang. Fariz sendiri mengaku, dia tak sukakan Adelin dari hari pertama
mereka bertembung lagi. Abang sendiri tahu kan, Fariz masih sayangkan Pearl. Tak
semudah tu Fariz boleh lupakan semua yang berlaku lima tahun lepas,” Air mata
Puan Sri Zana merembes ke pipi.
“Pearl
dah lama mati, Zana. Itu hakikat bukan khayalan. Tak mustahil Fariz nak cari
pengganti. Umur dia bukan muda lagi. Sepatutnya, dah tiga orang anak dia
sekarang ni. Adelin bukanlah seteruk yang awak sangka. Dia datang dari keluarga
baik-baik. Ayah dia bekas ketua polis,” Tan Sri Lutfi perlu menyedarkan
isterinya. Puan Sri Zana terdiam.
Padanya,
Adelin seorang gadis yang baik. Dia hanya kurang kesedaran tentang aurat
sahaja. Semoga gadis itu dikurniakan hidayah untuk berubah. Tan Sri Lutfi tahu
aurat seseorang wanita itu bukan boleh diambil mudah. Seurat rambut pun tidak
boleh diperlihatkan untuk tontonan bukan muhrim. Inikan pula satu kepala.
“Kalau
abang nak sangat bermenantu, orang itu adalah Mutia. Jasa keluarga dia terlalu
besar untuk kita balas. Dan, tak akan pernah terbalas. Sekurang-kurangnya,
dengan membela nasib anak yatim piatu seperti Mutia… dapat melegakan hati kita,”
Puan Sri Zana masih tidak mahu mengalah.
“Ikut
suka awaklah, Zana. Abang cuma nak ingatkan satu perkara aje. Yang nak kahwin
tu, Fariz. Bukannya kita. Tanggungjawab kita adalah memerhatikan saja,” ujar
Tan Sri Lutfi sebelum berlalu ke bilik bacaannya.
Puan
Sri Zana mengeluh. Dia sememangnya sudah jatuh sayang kepada Mutia. Gadis itu
lebih layak jika nak dibandingkan dengan Adelin. Budi baik keluarga Mutia
kepada mereka terlalu banyak. Tanpa arwah Fauzi, mereka tidak akan senang macam
hari ini. Mungkin, suaminya masih lagi melakukan kerja-kerja haram itu.
*****
Ramai
pula pengunjung di restoran mewah yang terletak di hujung bandar malam ini. Sengaja
Fariz dan Adelin memilih restoran itu untuk meraikan hari ulang tahun
perkahwinan Encik Thohier dan Puan Aida yang ke dua puluh lapan tahun. Fariz
punya kerjalah tu. Adelin pula dikerahkan untuk memujuk keduanya.
Fariz
terlebih dahulu menempah meja. Dia lebih senang memilih meja yang agak jauh
dari suasana sibuk itu. Mereka berempat beriringan ke meja yang ditempah Fariz.
Gazebo yang dihias ala-ala romantic night.
Dengan cahaya yang suram daripada lilin di sekeliling gazebo. Kelopak bunga ros
bertaburan. Kelas juga taste Fariz.
“Mesti
keluar banyak duit ni, Fariz,” teka Puan Aida. Rasa teruja masih memenuhi
hatinya.
Mana
tidaknya, belum pernahlah dia meraikan ulang tahun perkahwinan di tempat mahal
begini. Siap ada bunga ros dan lilin lagi. Untung sungguh Adelin mendapat romantik
seperti Fariz. Boleh pengsan kalau hari-hari ada kejutan sebegini. Encik Thohier
juga tidak berkata apa-apa. Dia sendiri terpesona.
“Tak
banyaklah, ibu. Semua ni special
untuk baba dan ibu. Sebagai ucapan terima kasih dari Fariz sebab memahami dan
menerima Fariz seadanya,” Fariz tersenyum lebar.
“So romantic. Kalau saya yang buat, confirm kena bebel,” Puan Aida
menjegilkan matanya. Adelin menayangkan sengih.
“Alolo.
Kalau Adel yang buat, baba dan ibu terima aje. Tak pasal kami kena bebel balik,”
celah Encik Thohier.
“Adelin
punya bebel boleh tahan jugak, ba. Boleh berdesing telinga ni,” sokong Fariz.
“Amboi,
perli ya. Dah lama tak kena tumbuk kot kan. Itu yang cari pasal. Saya membebel
ada sebab tahu,” Encik Thohier dan Puan Aida tergelak. Macam-macam perangai
anak dan menantu mereka ni. Ada sahaja benda yang nak dijadikan alat untuk bergaduh.
“Dah
lama rasanya. Teringin pulak,” Pantas sahaja Adelin mencubit paha Fariz. Peduli
apa dia dengan baba dan ibu.
“Sakitlah,”
aduh Fariz.
“Sakit?
Padan muka,” Entah macam mana, laju Fariz laju mencubit pipi Adelin selamba.
Dup
dap! Dup dap! Dup dap!
Adelin
cuba mengawal emosinya. Terlebih mesra pula mereka malam ini. Fariz ni pun. Agak-agaklah
nak bermesra bagai. Malulah aku. Baba dan ibu tengok pula tu, omel Adelin
sendiri. Fariz pula menyembunyikan debarannya dengan membantu Puan Aida mencobek
lobster. Ah, malunya! Entah apalah
sangkaan Adelin.
“Awak
pergi ambil sudu. Tak cukuplah,” suruh Adelin. Berdegup macam mana kuat pun jantung
mereka, highlight surprise untuk malam
ini harus diteruskan juga.
“Yalah,”
Fariz seperti mengerti maksud suruhan Adelin itu. Berdesup dia menghilang ke
dalam restoran.
Encik
Thohier dan Puan Aida kusyuk menyantap makanan yang dipesan oleh Fariz. Bukan main
banyak lagi hah.
“Cik,
kek saya dah ready?” soal Fariz di
kaunter.
“Dah.
Nak kami hantar sekarang ke?”
“Ya.
Ikut pintu belakang ya. Kat depan tu ramai orang,” Pekerja restoran itu
mengangguk. Dia mendapatkan kek yang sudah disediakan oleh pelanggan mereka
petang tadi.
Fariz
siap dengan camera. Saat-saat ini harus dirakam agar boleh dikenang. Pernah dia
membayangkan majlis seperti ini diadakan dengan isteri dan anak-anaknya. Tapi,
segalanya masih belum tertunai. Hubungannya dengan Adelin tidaklah terlalu
rapat untuk mereka mendapatkan anak.
Betapa
terharunya Encik Thohier dan Puan Aida ketika Fariz hadir bersama kek. Adelin
turut menyertai Fariz menyanyikan lagu hari lahir. Punyalah terharu, Puan Aida
menangis sakan. Lucu pula Adelin melihat ibunya. Sebelum ini, ada juga dia buat
surprise seperti ini… tidak pula
menangis. Tetapi, mungkin kali ini berbeza kerana menantu dia yang merancang
segalanya.
to be continued...
Fariz Ian
Adelin Annisa
p/s : yeay, siap sudah part 4. sorrylah CIA lambat. terlalu banyak godaan. hehe. godaan adik-adik plus segala movie and drama yang dibawa pulang. tak tidur malam nak habiskan semua. hehe. terima kasih tau sebab sudi nak tunggu. still panas lagi sebab baru siap. so, macam biasalah. no double check. segala kesilapan harap dimaafkan. :D. SELAMAT MEMBACA!
Kak pls sambung kak!
ReplyDeletebest...smbung lagi :)
ReplyDeleteBesttt...sambung lg
ReplyDeleteBest..xsbr nk hbskan semua part
ReplyDelete