EPISODE
5
Bingkai
gambar yang semakin berubah ronanya ditenung dengan sepenuh hati. Titisan air
mata mula membasahi pipi gebunya. Setiap kali gambar itu ditatap, pasti memori
lama menggamit. Entah mengapa, biarpun sudah bertahun lamanya hal itu berlaku…
dia masih belum dapat menerimanya. Setelah puas dia mengimbau kenangan lalu,
bingkai gambar itu dimasukkan kembali ke dalam kotak dan disorok di dalam
almari.
Mutia
menyapu air matanya. Sungguh pun perit, dia harus kuat dan berani menghadapi
kenyataan. Dia bukan seorang perempuan yang lemah, hanya mampu menangis dan
meratap. Namun, tindakannya kerap melakukan yang sebaliknya walaupun hati
menegah. Kini, biarlah dia bersabar dahulu sebelum bertindak. Dia tidak mahu
segala perancangannya gagal. Dan dia tidak mahu gagal lagi. Cukuplah dulu, dia
mengalah.
“Ian, why’d you do this to me? I do love you
before. But, it end up… I hate you,” rintih Mutia perlahan.
“No. You still love him, Mutia,” Mutia
berpaling ke pintu bilik. Soffi sedang bersandar di sisi pintu sambil memeluk
tubuh.
“What do you mean? I know myself better than
anyone. Please, don’t judge me roughly, Soffi…”
“Don’t lie. Kadang-kadang, kita sendiri
tak kenal siapa diri kita yang sebenarnya. Tindakan kau bukan menunjukkan kau
benci dia. You can still facing him… like
nothing was happen,” Soffi mendekati Mutia di birai katil.
“It was just my acting, Soffi. I have to make
it real. Aku tak nak plan aku
gagal macam dulu. Sudah-sudahlah aku mengalah,” Mutia masih mahu menegakkan
pendiriannya.
Soffi
gelak sinis.
“Kau
masih tak belajar dari kesilapan rupanya. Bertahun kau di sana, kau masih tak
berubah, degil. Lepaskan Ian, Mutia. He
has his life. Let go of him. Benda senang, jangan kau susahkan,” Soffi
tidak mahu sahabat baiknya itu melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.
“Kau
tak rasa apa yang aku lalui. Lima tahun, Soffi aku cuba bangkit sendiri. I tried my best to let go all the past. But,
I can’t!”
“Look, Mutia. Ian dah banyak berubah. Dia
dah tak macam dulu,” Mutia senyum sinis. Berubah?
“Tak
mungkin. Aku tak buta lagi untuk menilai. Depan mata aku, dia menggatal dengan
perempuan lain. Perempuan yang bukan muhrim dia. Bukti apa lagi yang kau nak
tunjukkan dia dah berubah?”
“He is a policeman, Mutia. Kau ingat dia
sengaja nak menggedik dengan perempuan-perempuan tu sesuka hati? He must have a reason. Hah! Mut, kau
kenal Adelin Annisa?”
Mutia
mendongak sedikit. Matanya merenung Soffi di sebelah.
“Dia
orang kanan Tan Sri Lutfi. Kenapa?”
“Dia
bukan setakat orang kanan Tan Sri Lutfi aje. Kawan aku bagitahu, dia dengan Ian
macam ada sesuatu. Ian selalu singgah office
sebab nak jumpa Adelin. Pernah sekali aku terserempak dengan dia orang. Bukan
main mesra lagi aku tengok,” beritahu Soffi.
Bukan
niat dia untuk memburukkan sesiapa. Cuma, dia ingin Mutia sedar bahawa Fariz
Ian bukanlah orang yang sama seperti lima tahun lepas. Jika Mutia masih
berkeras, dia sebagai sahabat harus cuba sebaiknya untuk menghalang sebelum
perkara menjadi lebih rumit. Dia tidak mahu kehilangan Mutia buat kali kedua.
“Seriously? Aku perasanlah jugak masa dinner dengan budak-budak office hari tu. Dia orang siap boleh
bergurau lagi. Tapi, Adelin bukan taste
Ianlah,” Soffi tergelak.
“Cemburulah
tu. Relakslah, beb. Mungkin Adelin rapat dengan tan sri. Sebab tu Ian pun boleh
rapat dengan Adelin. Perkara biasalah. Kau sendiri yang cakap, Adelin bukan taste Ian,” Mutia menjeling Soffi. Macam
nak bagi penumbuk saja.
Soffi
senyum hambar. Doanya agar Mutia lebih berfikiran matang dan mampu menilai
secara dewasa. Dendam bukan sesuatu yang baik. Penyakit itu mampu membunuh!
*****
Lima
tahun lalu
‘Let
me have half of your properties. Then, I’ll shut my mouth plus I’ll stop
disturbing your family. So, please cutoff all the media and your stupid
bodyguards. Police too. I’ve too considering you and your family this time. Do
consider my situation if you’re really a human being.’ – Pearl
Fariz
mengepal penumbuknya. Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana mengetap bibir, geram.
Mereka masih gagal mengecam identiti sebenar Pearl. Perkara itu membuatkan
kesabaran mereka tercabar. Pearl seolah-olah tidak mahu identitinya terbongkar dengan
semua tipu helah yang telah dia lakukan kepada keluarga Tan Sri Lutfi.
“She said we’re not human. Darn it,” Kemarahan
Fariz semakin meluap.
Puas
dia memikirkan tentang masalah yang melanda keluarganya. Senarai ahli-ahli
perniagaan yang pernah berurusan dengan Eclipe’s Holding sudah dia selidik.
Namun, semuanya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes mereka. Siapa lagi
yang tercicir?
“Sabar,
Fariz. Kita kena relaks. Papa rasa Pearl sangat dekat dengan keluarga kita. Dia
tahu rahsia papa, rahsia syarikat. Semalaman papa berfikir dan pertimbangkan
setiap orang yang berurusan dengan papa. Hanya seorang aje yang berdendam
dengan papa,” Tan Sri Lutfi bangun dari sofa dan menuju ke jendela.
Langsir
diselak sedikit. Kelihatan dua orang pengawal sedang mengawasi pagar dengan
memegang senapang di tangan mereka. Keluhan berat dilepaskan. Berat hatinya
untuk menyatakan siapa yang sedang berada di fikirannya ketika. Tetapi, dia
pasti Fariz tidak akan berdiam sahaja. Lebih baik Fariz dengar dari mulut dia
sendiri.
“Siapa?”
Puan
Sri Zana turut menanti jawapan dari suaminya.
“Mutia
Imani, anak tunggal Fauzi. Dia memang berdendam dengan papa atas apa yang
berlaku pada papa dia,” Fariz terpempan. Mutia Imani?
“Maksud
papa, Mutia dan Pearl adalah orang yang sama?”
“Iya,
hanya dia aje yang mampu buat semua ni,” Puan Sri Zana menunduk.
Sakit
hatinya apabila memikirkan dia pernah membela Mutia sejak arwah Fauzi meninggal
dunia. Namun, disebabkan Mutia berdendam dengan keluarga mereka, gadis itu
nekad untuk tidak terus tinggal bersama mereka. Sejak itulah, mereka terputus
hubungan dengan Mutia. Tiba-tiba, sekarang ini gadis itu muncul semula
mengganggu ketenangan keluarga mereka.
“She witnessed her father’s death, so it quite
hard to her since she only had Fauzi as her family. But, it was not our fault,”
Tan Sri Lutfi melarikan pandangan ke arah isterinya.
“Of course it was not our fault, Zana.
But, it was my fault. I was the one who brought Fauzi with me that night…”
“Papa…
mama, tak guna nak salahkan sesiapa. Fariz pun ada sama dekat situ. Uncle kena
tembak sebab uncle nak selamatkan Mutia. Lagipun, dah ajal uncle. Mutia aje
yang tak boleh terima hakikat sebenar. Masih nak salahkan kita,” bidas Fariz
senada.
“Sudahlah
tu. Mama nak naik atas, solat isya’. Nanti kita makan malam sama,” Dibawa
langkah ke tingkat atas.
Tan
Sri Lutfi dan Fariz diam. Masing-masing sibuk memikirkan jalan keluar. Perlukah
mereka menurut arahan Pearl?
*****
Pearl
merenung telefon bimbitnya tajam. Panggilan yang ditunggu masih tidak kunjung
tiba. Setahunya, Tan Sri Lutfi sudah menerima surat yang dihantar Opie tadi.
Sepatutnya, segala rancangannya akan berjaya untuk mengambil kembali haknya
yang telah dirampas oleh Tan Sri Lutfi.
“Opie,
lepas ni kau hantar surat tamil pulak. Aku hantar bahasa melayu, tak faham.
English pun tak faham. Bengong punya orang tua,” Pearl melempiaskan kemarahan
kepada telefon bimbitnya.
Habis
berkecai telefon berjenama itu.
“Weh,
agak-agaklah. Benda tu beli pakai duit kot, bukannya daun. Kita baru aje hantar
surat tu. Dah nama pun orang kaya, mestilah nak discuss dengan lawyer dia
dulu. Chill, beb. Let’s make it cool,”
balas Opie tanpa memandang Pearl.
Game di skrin computer
lebih menarik perhatiannya.
“Cool? Aku dah penatlah, Opie. Kau ingat aku
patung, tak ada perasaan?”
“Kau
jugak yang cari pasal,” gumam Opie perlahan.
“Apa?”
“Nothing. Tak esok, lusalah kau dengar good news tu. Harta kau sendiri pun dah
banyak, gatal lagi nak separuh harta orang tua tu buat apa? Tamak,” tukas Opie.
Kadang-kadang,
geram juga dengan sikap panas baran Pearl yang tiada sempadan itu. Adakalanya, mood Pearl baik. Siap boleh bergurau
senda lagi. Sebaliknya, kalau ada benda yang dia tidak berpuas hati, habis semua
barang dalam rumah ni dia campak. Opie sendiri tidak faham kehendak Pearl.
Boleh masuk hospital gila kalau perkara ini berterusan.
“It’s not because I’m… tamak, okay. Aku cuma nak ajar dia orang. Kalau
bukan sebab tan sri tu, papa aku masih depan mata aku tahu sekarang ni,” Opie
menggeleng perlahan.
“Bukan
papa kau meninggal sebab nak selamatkan kau ke?”
Pearl
mendengus.
“No. Segalanya berpunca daripada tan sri
tak guna tu. Kalau dia tak bawa papa ikut dia pergi pelabuhan tu, aku pun takkan
terjebak sekali…”
“Ikut
suka kaulah, Pearl. Kau buatlah apa yang kau rasa betul. Aku dah malas nak buka
mulut. Berbuih mulut aku nasihatkan kau pun, kau takkan dengar,” Pearl
menjeling Opie.
*****
Tajam
anak mata Fariz merenung Mutia yang sedang enak menjamu selera di hadapannya. Gadis
itu tampak polos. Tidak pernah dia menjangka gadis yang merupakan sahabatnya
itu adalah orang yang sama yang ingin menghancurkan keluarganya. Adakah Mutia
sengaja berhubungan rapat dengannya?
“Mutia,
can I ask you something?”
“Sejak
bila kau kena minta izin nak tanya aku?”
Mutia
masih kusyuk dengan makanannya. Sudahlah tidak sempat bersarapan pagi tadi dek
terlambat untuk ke pejabat. Untung sahaja Fariz mengajaknya keluar makan tengah
hari.
“Emmm,
kau tahukan pasal kes keluarga aku?” Fariz ingin menduga Mutia untuk memastikan
kebenaran kata-kata papanya.
“Ha’ah.
Kau yang bagitahu aku kan? So, how?
Dah settle?”
“Belum.
Pearl hantar surat ugutan lain. Kau rasa perlu ke kami ikut arahan dia?”
“Dia
ugut apa pulak kali ni?”
Fariz
tidak terus menjawab. Jus oren disedut perlahan. Berdebar jantung dia untuk
berbicara lebih. Tetapi, demi merungkai kebenaran… dia perlu teruskan.
“She wants half of papa’s properties. Aku
tak rasa dia berhak untuk minta semua tu. Harta papa adalah hasil tungkus lumus
papa sendiri. Company papa kau pun
papa aku yang handle. Segala
keuntungan, papa aku masukkan dalam akaun kau. So, aku tak faham kenapa Pearl nak harta papa aku. Siapa dia?”
Mutia
menelan air liur kasar. Rambutnya yang perang diselak ke belakang perlahan.
“Kau
dah tahu ke identiti Pearl tu?” Fariz mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Matanya tetap pada Mutia. “Papa kau tahu tak yang kau rapat dengan aku? Dia
orang kan ingat aku berdendam sebab hal dulu tu,” Mutia membalas pandangan
Fariz. Dia tidak boleh gentar.
“Tak.
Tapi, aku nak kau jujur dengan aku. Betul ke kau dah tak berdendam dengan family aku?”
“No, Fariz. Let bygone be bygone. Past is
past. What is the most important is the future,” balas Mutia yakin.
‘Tidak
Fariz. Aku masih berdendam. Sejauh mana pun kau melangkah, aku takkan biarkan
kau berjaya. Kau memang berjaya jadi apa yang kau inginkan. Tapi, aku akan
pastikan kau akan jadi seorang polis yang dibenci rakyat. Aku takkan berdiam
selagi aku tak puas. The past is the
reason for the future. I’ve never forget the past since I want that happen in
the future, once,’ sambung Mutia di dalam hati.
Renungan
Fariz semakin tajam, renungan seorang polis yang sedang menyiasat penjenayah. ‘Past is more important to you, Mutia. Kau
takkan semudah tu kembali bersahabat dengan aku tanpa ada apa-apa agenda. Pearl,
aku tunggu kau. Sekarang, aku akan layan Mutia sebaiknya sebelum aku bersemuka
dengan Pearl. At that time, you’ll see
who I am, you will regret it…’
“Makanlah
cepat. Lambat pulak kau balik pejabat,” kata Fariz sambil membelek telefon
bimbitnya. Mutia kembali menjamu selera.
*****
“Fariz,
bangunlah. Dah lewat ni,” Adelin menggoyangkan bahu Fariz yang terdedah. Hampir
lima minit juga dia berteleku di sebelah Fariz yang sedang lena itu.
Usai
solat subuh berjemaah dengan Encik Thohier tadi, lelaki itu tidur kembali.
Semalam lewat juga Fariz tidur dek menyiapkan laporan kesnya.
“Emmm,
dah pukul berapa?” tanya Fariz malas. Matanya masih tertutup rapat.
“Tujuh
pagi,” jawab Adelin. Dia berlalu ke almari.
Baju
kemeja berbelang biru muda dan putih juga seluar slack hitam milik Fariz
dikeluarkan. Hari ini, Tan Sri Lutfi mengadakan mesyuarat bersama ahli lembaga
pengarah dan juga rakan kongsi Eclipe’s Holding. Memandangkan Fariz merupakan
salah seorang pemegang syer, dia juga perlu hadirkan diri ke mesyuarat itu.
“Meeting pukul berapa?”
“Am I your secretary, Mr Ian? Pukul
sembilan tepat,” Fariz mendengus perlahan. Malas pula bangun awal pagi begini.
Cuaca pula mendung, memang nyenyaklah tidur.
“Jawab
jugak. Papa ni pun, hari nilah sibuk nak meeting
bagai. Buat meeting tu tengah hari ke
petang ke, tak boleh ke?” bebel Fariz.
“Tak
payah nak membebel pagi-pagi ni. Pergilah mandi. Saya off day pun okey aje bangun pagi. Awak tu yang mengada lebih,” Adelin
pula yang membebel.
“Kau
pun bebel sama,” bidas Fariz senada. Dia bangun mendapatkan tuala sebelum ke
bilik air.
Adelin
yang sedang menyeterika baju Fariz menggigit bibir. Igauan Fariz tadi mengganggu
mindanya. Mutia? Mutia Imanikah? Apa kaitan pula dengan Pearl? Haru sungguhlah
Fariz ni. Takkan baru jumpa Mutia sekali, dah angau. Boleh pula, pada masa yang
sama Pearl pun terbabit. Bahaya sungguh playboy
seorang ni. Dalam lena pun boleh menyebut nama Mutia dan Pearl.
*****
Usai
mesyuarat, Fariz mengajak Adelin keluar dengannya. Pelik juga Tan Sri Lutfi
dengan kerenah anak terunanya itu. Asyik berkepit sahaja dengan Adelin. Sempat
dia perasan Adelin melepaskan geram pada Fariz kerana mengganggu kerjanya.
Orang lain sibuk bermesyuarat, dia sibuk mengacau anak dara orang. Apa nak
jadilah dengan anak lelaki dia yang seorang ni.
“Ajak
Adelin aje? Papa tak ajak?” tegur Tan Sri Lutfi.
Adelin
yang sibuk mengemas fail, mendongak. Fariz di kerusi enak saja bermain game di telefon bimbitnya. Adelin
menendang kaki Fariz. Muka tak puas hati dia tayangkan pada Adelin. Sakit
kakinya ditendang dengan heel empat
inci Adelin.
“Eh,
pa. Sorry, tak perasan. Kenapa?”
“Tengoklah
anak saya ni, Adelin. Kalau tak sibuk dengan kerja, perempuan… handphone pun boleh jadi. Nak marah, dah
besar panjang. Kalau ikut umur, dah boleh ada dua tiga orang anak,” leter Tan
Sri Lutfi.
“Terkena
sindrom kanak-kanak kot, tan sri…”
“Ewah…
ewah, sedapnya mulut bercakap. Memang nak ajak papa join lunch pun. Bosan pulak makan berdua dengan minah senget ni,” Mulut
puaka dia dah datang.
Tan
Sri Lutfi tergeleng. Pantang berjumpa, ada saja benda nak bergaduh. Hendak
memetik Adelin sebagai menantu, pasti isterinya tidak bersetuju. Puan Sri Zana
bukannya suka perempuan yang tidak bertudung. Tambahan pula, yang terdedah sana
sini. Penampilan Adelin tak adalah seksi, sopan saja di matanya. Cuma, gadis
itu tidak bertudung sahaja.
“Papa
tak mengganggu ke? Kotlah nak berdating,”
duga Tan Sri Lutfi.
Fariz
dan Adelin hanya diam tanpa menjawab. Tak pasal saja, Puan Sri Zana mengamuk.
Taufan Katrina, tsunami semua muncul nanti.
“Ehem,”
Ketiga-tiganya menoleh ke pintu bilik mesyuarat serentak. Mutia melemparkan
senyuman manis kepada mereka.
“Hah,
ada apa, Mutia?” soal Tan Sri Lutfi sambil tersenyum.
“Maaf
mengganggu. Kebetulan hari ni cuti, saya ingat nak ajak tan sri keluar makan
tengah hari sekali. Itu pun kalau tan sri sudi,” Mutia bersuara lembut.
“Apa
pulak tak sudinya, uncle memang nak ajak Mutia makan sekali. Tak sangka pulak
hari ni peluang tu datang. Apa kata kita pergi makan sekali? Fariz dengan
Adelin, okey? Mana tahu, nak spend time
berdua,” Adelin memandang Fariz yang masih duduk bersandar di kerusi.
“Emmm,
lain kali ajelah, pa. Lepas lunch,
Fariz kena masuk office. Adelin, aku
hantar kau balik,” balas Fariz tanpa nada.
Mutia
menunduk. Tidak berani ingin memandang Fariz. Terkilan juga kerana lelaki itu
menolak secara terang-terangan. Lebih menyakitkan hati, Fariz pentingkan
Adelin. Siap berhantar lagi. Tapi, kenapa dia nak sakit hati? Cemburukah dia?
Melalut dah kau ni Mutia, desis Mutia.
“Iyalah.
Mutia, kita makan dekat rumah uncle ajelah ya. Auntie mesti suka,” cadang Tan
Sri Lutfi.
“Bo…
boleh. Jomlah…”
“Fariz,
pastikan hantar anak dara orang ni balik. Jangan melencong tempat lain pulak. Adelin,
saya pergi dulu,” Fariz dan Adelin mengangguk serentak.
Setelah
kelibat Tan Sri Lutfi dan Mutia hilang, Fariz melepaskan keluhan.
“Kesian
Mutia. Awak ni tak pandai jaga hati orang langsung,” tukas Adelin, tak puas
hati.
“Okeylah
tu. Aku jujur, bukan hipokrit macam kau,” Adelin mengetap bibir. Ada sahaja
modal lelaki itu nak mengenakan dia.
“Apa-apalah.
Tak tahu pulak awak kena masuk office
hari ni. Jujur apa ke bendanya. Atau, ‘office’
lain?”
Kepala
Adelin menjadi sasaran Fariz. Diluku tanpa perasaan. Nasib baik perlahan.
“Memang
office lain pun. Bilik kaulah. Aku
nak balik tidur. Kita lunch kat rumah
ajelah. Tak ada mood aku nak makan
luar. Dah siap kemas, jom,” Fariz bangun dari duduknya.
“Dah
siap. Awak nak makan apa?”
“Aku
rasa macam nak makan… kau,” Cubitan berbisa Adelin melekat di perut Fariz. “Sakitlah.
Gurau ajelah. Aku rasa nak makan asam pedas ikan pari. Uish, sedapnya,” Fariz
memeluk bahu Adelin selamba. Adelin hanya membiarkan saja. Bukan orang lain
yang memeluk, suaminya juga.
Mereka
beriringan ke tempat parkir. Untung tiada staf syarikat yang bekerja hari ini.
Boleh timbul berita sensasi. ‘Fariz dan Adelin datang mesyuarat bersama.’ Mahu
sebulan cerita panas itu bertapa di Eclipe’s Holding. Bagaimanalah agaknya
penerimaan semua orang jika hal perkahwinan mereka terbongkar? Tunggang terbalik
Eclipe’s Holding rasanya. Eheh.
Mutia
yang terdengar perbualan itu, tercengang. Mereka tinggal bersama? Sangkaannya
meleset sama sekali. Adelin juga merupakan citarasa Fariz. Siap berpelukan
lagi. Sahlah Fariz dan Adelin mempunyai hubungan istimewa. Sebal pula hati
Mutia memikirkan keintiman pasangan itu.
*****
Tengah
hari itu, Adelin membantu Puan Aida memasak. Sudah lama dia tidak masuk ke
dapur. Asyik makan di luar saja. Alang-alang ibunya ada di sini, boleh dia
menambah ilmu masakannya. Bukannya dia tidak pandai memasak, cuma kesibukannya
membuatkan dia jarang masuk ke dapur.
“Fariz
memang suka makan asam pedas ikan pari ke, Adel?”
“Ha’ah,
bu. Pernah sekali tu, dia sanggup pergi restoran asam pedas dekat Melaka. Semata-mata
nak lepas gian, lama tak makan asam pedas,” Puan Aida mengerutkan dahinya.
“Adel
tak pernah masak asam pedas untuk dia ke?” Adelin menggeleng.
Fariz
sendiri tak pernah tahu dia pandai memasak. Setiap kali Fariz menyuarakan
hasrat ingin merasai masakan Adelin, macam-macam alasan dia bagi. Sibuklah, tak
pandai masaklah. Lagipun, sepanjang dua tahun perkahwinan mereka… mana pernah
mereka tinggal sebumbung.
“Wanginya
bau,” Fariz melangkah ke meja makan di dapur. Sampai ke bilik, bau asam pedas
menusuk ke hidung. Dek tak tahan, dia turun ke dapur.
“Adel
yang masak ni. Special untuk Fariz,”
Hampir-hampir Adelin terpotong jari dek terperanjat.
“Pandai
ibu pusing cerita eh. Ibu yang suruh Adel masak…”
“Oh,
pandai masak rupanya. Ibu sound sikit
Adelin ni. Kesian menantu ibu ni, asyik kena makan luar aje,” adu Fariz.
Adelin
menjegilkan matanya. Ada juga orang makan penyapu ni karang.
“Ya
Allah, Adelin Annisa. Bukan setakat tak pernah masak asam pedas, tapi tak
pernah masak langsung?”
“Mana
ada, ibu. Adel masak, tapi orang tu yang sibuk sangat. Mana sempat nak makan
air tangan anak ibu yang cantik ni,” Ingat kau seorang boleh mengadu. Aku pun
bolehlah, omel Adelin.
“Seriously? Bila?”
Puan
Aida sengih. Dia memberi isyarat mata kepada Encik Thohier yang sedang mencabut
rumput panjang di belakang rumah Adelin. Encik Thohier hanya tersenyum.
“Dekat
kondo awaklah. Penat saya buat sarapan, awak keluar macam tu aje,” Fariz
melongo. Ada ke? Bila? Sengal punya Fariz.
“Iya
ke? Tak perasanlah. Selalu saya suruh masak, awak bagi alasan. Mana tahu awak
sudi masakkan untuk saya,” Eleh, ayat tak boleh belah.
Geli
pula Adelin mendengar Fariz berawak-saya. Macam nak terkeluar isi perut ni.
“Sarapan
aje?”
Adelin
mengalihkan pandang pada Puan Aida.
“Lunch pun sama. Tapi, Adelin tolong Mak
Jinah aje,” kata Adelin sambil tersengih.
“Mak
Jinah? Siapa tu?”
Fariz
dan Adelin saling berpandangan. Kantoi!
“Pembantu
rumah kami dekat kondo, ibu. Kami kan sibuk, mana sempat nak kemas rumah, masak
semua tu,” jawab Fariz. Lega rasanya.
“Oh,
habis tu rumah ni macam mana pulak? Tak ada pembantu?” Adelin menggaru kepala.
Banyak pula soalan ibu hari ni.
Walaupun
Encik Thohier dan Puan Aida seakan dapat menghidu hubungan tidak normal mereka,
seboleh mungkin mereka cuba menyembunyikan hal yang sebenar.
“Ada,
ibu. Adel bagi cuti sebab baba dengan ibu kan ada. Lagipun, kami jarang balik
sini. Kan Adel bagitahu tempat kerja kami tak sama. Kalau Adel penat nak balik
kondo, Adel tinggal sinilah,” Harap-harap terkesanlah alasannya ini.
“Kalau
macam tu, tak apalah. Tak adalah kami risau…”
Adelin
senyum nipis. Fariz pula menyertai Encik Thohier. Lagi panjang perbualan mereka,
lagi banyak benda terbongkar pula nanti. Jawapan apa nak bagi?
to be continued...
kira pnjng lagi lah ye cita ni? Sis bila nk smbng enovel yg lain pula?
ReplyDeleteemmm, tak sure lagi. heee. kalau ikut nak buat sampai episode 10 ja. rajin lebihlah. :D. akak dah update STNK. :)
DeleteSis sambung cpt sis
ReplyDelete:D. Insha Allah.
DeleteSambung lg
ReplyDeleteKena cpt2 baca ni..masih kabur lg jln citernya..tapi sgt best..
ReplyDelete