Sabda
Rasulullah SAW :
“Nikah
itu adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku bukanlah ia
dari golonganku.”
(Riwayat Ibn Majah)
Selendang
putih berlace dililit kemas di kepala
Balqis. Penuh berhati-hati mak andam mengenakan jarum. Berdarah pula kepala
pengantin nanti jika tidak berhati-hati. Balqis memandang dirinya di cermin. Penantiannya
sudah tiba ke penghujung. Sebentar lagi dia akan bergelar isteri. Harapannya
agar suaminya dapat menerima dirinya seikhlasnya.
Hari bahagia kini tiba
Pelaminan jadi saksi
Kau dan aku telah bersanding
Dalam ikatan yang suci…
Selaksa cinta tumbuh bergelora
Anugerah Pencipta…
Berpadu asa dalam janji
Alam pun ikut berseri
“Pengantin
dah siap? Pengantin lelaki dah sampai. Jomlah turun,” Terjengul Tiyah di pintu
bilik Balqis.
Balqis
menalakan pandangannya ke arah Ai Ling yang cantik dalam persalinan baju
kurung. Gadis itu tersenyum. Memberi semangat dalam diam. Ai Ling menghampiri
sahabat baiknya dan membantu bakal isteri itu bangun. Cantik sekali Balqis
mengenakan busana kurung moden berona putih. Perinciannya tidak terlalu sarat.
“Kuatkan
hati. Terima dia seadanya. Doa kau dah dimakbulkan. Jodoh yang kau tunggu, dah
datang. Walaupun agak lambat, jadikanlah ini yang pertama dan terakhir,”
Terharu Balqis mendengar bicara lembut Ai Ling. Dipeluk gadis itu.
“Terima
kasih, Ai Ling…”
Dengan
lafaz basmallah, Balqis yang diiringi Ai Ling melangkah ke ruang tamu di
tingkat bawah di mana majlis akad nikah akan diadakan. Serentak itu, jantung
Balqis berdegup laju seiring langkahnya. Saat itulah matanya terpandang seorang
lelaki yang duduk elok di tempat duduk pengantin lelaki. Berhadapan tok kadi.
Qalief!
Balqis
umpama sudah tidak bersama jiwanya. Umpama roh terpisah dari jasadnya.
Fikirannya kosong sekosongnya. Apa semua ni? Baru minggu lepas, dia menemani
Qalief membeli barangan hantarannya. Kenapa Qalief yang berada di situ?
Persoalan demi persoalan mula menerjah ke minda.
Hati terus
berucap rasa
Syukur
yang tiada terkira
Bertasbih
memuji kuasa ilahi
Sang
pemilik cinta
Sujud syukur atas karunia
Sujud syukur atas karunia
Penantian
inipun berujuung sudah, oooh
Demi
pemilik jiwaku ini
Ku jaga
sepenuh cinta hingga akhir nanti
*****
“Tahniah,
Lif, Qis. Kami doakan perkahwinan korang kekal hingga akhir hayat,” Balqis
senyum nipis.
Dia
langsung tidak punya mood. Dia
memerlukan penjelasan. Qalief di sisinya juga kelihatan bingung. Pada siapa dia
ingin bersoal jawab? Sudah pasti, walid dan ammi. Umi juga.
“Thank you, guys. Terawal pulak dari
korang,” kata-kata Qalief kedengaran hambar.
“Qis, are you okay?”
Ai
Ling menyentuh bahu Balqis yang mendiamkan diri.
“O…
okey. Penat. Nak naik bilik,” Tanpa menunggu balasan, laju sahaja Balqis
melangkah.
Sanak
saudara yang berselisih dengannya juga tidak dilayan. Sekarang ini, dia
perlukan ketenangan. Sampai sahaja di bilik, dia melangkah ke balkoni. Hilang
sedikit gundah di hati tatkala tasik dan kehijauan singgah di matanya. Untung
sahaja Tuan Wahid membeli rumah yang menghadap tasik dan pokok-pokok yang
menghijau.
“Balqis?”
Tanpa
melihat pun, Balqis sudah kenal dengan pemilik suara itu.
“Balkoni,”
jawab Balqis sepatah dan tidak bersemangat.
Mahkota
yang terletak di kepala sudah ditanggalkan awal-awal lagi sejenak majlis
pembatalan air sembahyang berakhir.
“So, any confession?”
Qalief
dipandang Balqis pelik. Patutnya dia yang menyoal. Bukannya lelaki itu.
“I don’t have any confession or whatever.
And, I also need an explanation,” Qalief mengeluh.
Nasi
sudah menjadi bubur. Sekarang ini, mereka sudah sah sebagai suami isteri. Sama
ada suka atau tidak, mereka harus terima. Hanya satu saja jalannya. Mereka
perlu meminta penjelasan dari keluarga masing-masing. Patutlah, bukan main
susah nak tahu pasal pasangan masing-masing. Ada rahsia yang disembunyikan di
sebaliknya rupanya.
“Daddy! Mummy!”
Afinna
meluru memeluk kaki Qalief. Qalief menunduk dan mendukung puteri kesayangannya.
Balqis bingung satu saat. Mummy?
Maksudnya Afinna tahu rancangan keluarga mereka. Tahap sengallah jika budak
sekecil Afinna mampu menipu mereka berdua.
“Tell me the truth. D want to know,”
Afinna menggaru kepalanya.
“Errr… I don’t know, D. Nanny give me… big
teddy bear,” Tangan Afinna dibuka luas menandakan teddy bear itu sangat
besar.
“Bribe? Nice. I nak jumpa walid…”
“Tunggu,
Balqis,” Balqis tidak jadi melangkah. “Malam nantilah. Ramai saudara kita kat
bawah,” Langkah di bawa ke katil. Balqis melabuhkan punggungnya di birai katil.
Afinna
keliru dengan situasi yang berlaku dihadapannya. Dia meminta agar Qalief
menurunkannya. Dia berlari mendapatkan Balqis di katil.
“Nanny
cakap, Fin boleh panggil auntie, mummy.
Mummy?” Balqis merenung wajah mulus
Afinna.
Hatinya
yang panas ditipu, mulai sejuk. Diangkat tubuh kecil itu dan dibawa ke riba.
“Welcome to my life, teddy bear mummy,”
Dipeluk erat Afinna diriba.
Qalief
hanya mampu memandang adegan ibu dan anak itu. Balqiskah jodohnya? Gadis yang
memeluk Afinna di dalam mimpinya beberapa hari ni, Balqiskah? Tika itu, mata
Qalief dan Balqis dan bertembung. Masing-masing sarat dengan tanda tanya. Balqis
melarikan anak matanya dari terus menatap anak mata coklat milik Qalief.
*****
Afinna
sudah terlelap di katil. Teddy bear
kesayangannya dipeluk erat. Sebaik sahaja selesai mandi dan berpakaian, terus
dia terdampar di katil bersaiz King itu. Penat kerana bermain dengan
sepupu-sepupunya petang tadi. Balqis bersandar di pintu gelongsor. Tak
habis-habis mengelamun di balkoni.
“Solat
sama?” Ditoleh ke belakang. Qalief sudah siap dengan sejadah di tangan. Balqis
hanya menggeleng. Dan, Qalief faham akan sebabnya.
Tanpa
lengah, Qalief mula bersolat isya’. Penuh kusyuk dia mendirikan solat. Balqis
berfikir seketika. Sepanjang perkenalannya dengan Qalief, hari pertama
pertemuan mereka sahaja dia melihat Qalief memakai rantai silver yang
memberinya pandangan negatif terhadap lelaki itu. Hari-hari yang berikutny,
tidak pula dia nampak rantai itu.
Hilang
mana dah rantai tu? Ah, kisah apa aku, omel Balqis sendiri. Ketukan di pintu
bilik mengganggu ketenangan Balqis. Dengan langkah yang malas, dia membuka daun
pintu.
“Keluarga
pak ngah dah sampai. Issa dengan Qalief turunlah jumpa dia orang. Biar Kak Gee
yang tengokkan Fin,” maklum Puan Fatiah.
“Ramai
ke yang datang, ammi?”
“Pak
ngah, mak ngah dengan keluarga abang Mi aje. Yang lain datang kenduri nanti,” Balqis
mengangguk.
“Kejap
lagi Issa dengan Qalief turun. Qalief tengah solat…”
“Yalah.
Ammi turun dulu,” Sempat diusap kepala Balqis sebelum melangkah ke tingkat bawah.
Balqis
menutup pintu bilik. Keluarga pak ngah? Abang Mi? Mampus aku. Sudahlah dia
orang tu mulut becok tak ingat dunia. Mahu aku kena hentam malam ni. Qalief
melipat sejadah dan diletakkan di atas almari di sudut solat. Balqis yang masih
di pintu dipandangnya pelik.
“Kenapa?”
“Ammi
panggil turun. Family pak ngah baru
sampai. Jomlah,” jawab Balqis sambil melangkah ke almari.
Sehelai
tudung printed yang sudah siap diseterika dikeluarkan. Nasiblah selepas mandi
tadi, dia terus mengenakan jubah cotton rona biru tua. Tidak perlulah dia
menukar bajunya.
“Fin?”
Kerja
Qalief malam ni, menyoal sahaja. Nak tergelak pun ada Balqis yang sedang
memakai tudung itu.
“Kak
Gee ada. Nanti dia naik,” jelas Balqis.
Qalief
menutup pintu gelongsor yang terbuka. Takut sangat anak dia kena culik. Balqis
merenung Qalief yang sudah bersedia di muka pintu. Biar benar Qalief ni?
“Tak
payah buat muka senget macam tu. Bukannya I tak pakai baju,” Balqis sengih
nipis. Tahu pula dia apa yang aku fikir, desis Balqis.
Kalau
tahu Qalief nak pakai baju T dengan kain pelekat, baik dia pakai baju tidur
terus. Ahaks. Balqis mengekori langkah Qalief yang terlebih dahulu berjalan di
hadapannya. Bibirnya mula mengulas senyuman. Dia punya senyuman hari ni lain
macam sikit. Tak boleh nak ikhlas walaupun melebar dia senyum.
*****
“Turun
pun pengantin. Ingat dah berdengkur,” tegur Shuhaimi, sepupu Balqis iaitu anak
kedua Pak Ngah Syid. Pak Ngah Syid adalah abang kepada Puan Fatiah.
“Abang
Milah kacau kami berdengkur,” Shuhaimi ingat Balqis tak boleh balas? Silap
besar.
Qalief
bersalam dengan Pak Ngah Syid dan juga Shuhaimi. Disebabkan segala perabot di
ruang tamu masih belum dikemaskan, mereka hanya duduk bersila di atas
permaidani. Bak kata Pak Ngah Syid tadi, sekali sekala datang bandar duduk cara
kampung. Balqis pula bersapa dengan Mak Ngah Bi dan juga isteri Shuhaimi, Dianah.
“Maaflah,
Issa, Qalief. Tak sempat nak datang pagi tadi. Pak ngah ada hal. Abang Mi pulak
baru balik outstation,” Pak Ngah Syid
tidak mahu anak saudaranya menyangka mereka tidak sudi hadir.
“Tak
apalah, pak ngah. At least datang
jugak malam ni kan. Majlis nanti jangan tak datang pulak,” Sememangnya Balqis
agak rapat dengan keluarga Pak Ngah Syid sejak kecil lagi.
“Insha
Allah. Qalief cuti lama ke? Jarang bos dapat cuti lama,” Pak Ngah Syid beralih
pula pada Qalief yang bersila di sebelah Shuhaimi. Masakan dia tidak kenal akan
jejaka itu.
Mereka
pernah berurusan. Pak Ngah Syid cukup kenal dengan Tengku Muazzam yang komited
dengan kerjanya itu. Kini, Qalief pula menyambung sikap itu.
“Lama
pun tak lama jugaklah, pak ngah. Seminggu aje. Tak boleh nak cuti lama,” balas
Qalief.
“Issa,
nanti bawak Qalief datang rumah. Bukannya jauh pun,” kata Mak Ngah Bi.
“Insha
Allah, mak ngah. Abang Mi, tak bawak Fisya dengan Naufal ke?”
“Tak.
Abang Mi tinggal budak-budak tu kat rumah mak kak Dianah,” Dianah tersengih
sedikit.
“Abang
Mi kamu ni, Issa takut sangat anak-anak dia kacau kak Dianah ni…”
“Kenapa
pulak dah?”
Shuhami
buat muka malu-malu. Qalief yang ternampak riak itu tersenyum. Lelaki ni, kalau
sudah berumah tangga, dua perkara sahaja yang dia risaukan. Isteri dan
anak-anak. Jika risaukan anak, pasti dibawa ke mari. Pasti si isteri yang
menjadi isu.
“Kak
Dianah mengandung lagi,” beritahu Mak Ngah Bi.
“Oh,
tahniah. Abang Mi dok tersipu tu dah kenapa? Macamlah first time kak Dianah pregnant,”
Dianah tergelak kecil.
“Tu
namanya mengada-ngada. Kesian budak-budak tu nak ikut tadi. Kak Dianah pujuk
pun, tak jalan,” Shuhaimi buat muka comel. Tak comel sangat pun.
“Biasalah
tu. Orang sayang bini,” sampuk Tuan Wahid yang terjengul di muka pintu. Baru
balik dari surau. “Lama dah sampai, Ngah?”
“Baru
aje. Tak panas punggung lagi,” Tuan Wahid dan Pak Ngah Syid berpelukan
seketika. Sudah lama tidak bersua mukalah katakan.
Dan,
selepas itu mulalah hal perniagaan mengambil alih perbualan mereka. Memang
masuk otak semuanya. Kaum perempuan pula lebih berminat berbual tentang
hantaran dan juga persiapan majlis kenduri nanti. Lagi dua hari, majlis di
sebelah pihak Balqis akan diadakan di dewan Pusat Asuhan Karissa. Keesokan
malamnya pula di sebelah pihak Qalief yang akan berlangsung di dewan hotel.
*****
Qalief
melepaskan penat di sofa biliknya. Syukur kerana majlis di kedua belah pihak
mempelai sudah selesai. Tidak sangka penat juga rupanya orang kahwin ni. Semua
benda kena ambil tahu. Bila sudah selesai dengan jayanya, barulah boleh
bernafas lega. Dapat lelapkan mata sebentar pun dah cukup.
“Qalief,
pergilah mandi dulu nak rehat pun,” Mata Qalief yang tertutup, terbuka perlahan.
“Fin
mana?”
Balqis
tergelak. “Ada kat bilik dia. Dah tidur,” beritahu Balqis.
“You
gelak kenapa?”
“Dari
hari first you jadi suami I, you
asyik tanya soalan aje. You tak rasa kelakar ke? Dan, I akan jawab soalan you
macam I kena interview,” Balqis duduk
di birai katil.
“Then? Dah you tak tanya, I tanyalah.
Orang selalu kata, tak bertanya sesat jalan. I tak nak tersesat,” Bijak punya
alasan.
“Okey,
I terima. You pergilah mandi dulu. Actually,
ada something yang I nak bincang
dengan you,” Qalief bangkit dari sofa dan mengambil tuala di penyidai kayu.
“I
pun ada benda nak bincang,” kata Qalief sebelum berlalu ke bilik air.
Balqis
meliarkan pandangan di sekitar bilik. Mewah dan simple. Bilik inilah yang akan didudukinya mulai hari ini. Mengingatkan
esok dia perlu menghantar Tuan Wahid dan Puan Fatiah pulang ke Abu Dhabi, sedih
pula. Umi Sainah sudah pulang ke kampung selepas maghrib tadi. Hampir dua bulan
juga, ibu angkatnya itu berada di sini membantu menguruskan perkahwinannya.
Sebaik
sahaja keluarga Pak Ngah Syid pulang pada malam itu, Tuan Wahid minta Qalief
dan Balqis ke bilik bacaan. Di situlah kebenaran di sebalik kisah perkahwinan
mereka terungkai. Rupa-rupanya, segalanya sudah dirancang sejak awal lagi. Qalief
dan Balqis hanya mampu terdiam dan menerima segala yang berlaku dengan redha.
*****
Malam
pernikahan Qalief dan Balqis
Tuan
Wahid menghela nafas perlahan. Dipandang pasangan suami isteri yang baru
bernikah itu. Sudah dimaklumkan kepada Puan Fatiah dan Umi Sainah tentang perjumpaan
ini. Dan, dia meminta agar dia sahaja yang menjelaskan segala-galanya kepada
pasangan itu. Tuan Wahid tidak mahu ada banyak campur tangan.
“Qalief,
Issa, terlebih dulu walid nak minta maaf sebab merahsiakan semua ni dari
pengetahuan kamu berdua. Walid minta maaf bagi pihak ammi, umi, Tengku Muazzam
dan juga Ku Ainur. Sebenarnya, sudah lama kami merancang semua ni. Issa ingat
tak hari pertama Issa bertemu dengan Qalief?”
“Ingat,
walid. Di restoran,” jawab Balqis. Dia mana boleh lupa kerana pertemuan itu
bukanlah yang terakhir.
“Ya.
Issa terserempak dengan kak Gee kan. Kak Gee salah faham. Dia ingat Qalief
adalah teman lelaki Issa. Jadi, dia hubungi umi dan umi beritahu walid dan
ammi. Masa tulah walid dapat tahu Qalief ni anak Tengku Muazzam. Kebetulan kak
Gee kenal dengan Qalief, jadi tak susah untuk walid cari siapa Qalief. Mungkin
jodoh sudah tertulis untuk kamu berdua. Jadi, memudahkan lagi rancangan kami,”
Tuan Wahid berjeda.
Nafas
Qalief sudah tidak teratur. Balqis perasan tatkala matanya menangkap dada
suaminya itu berombak laju. Seperti sedang menahan amarah. Riak Qalief juga
serius.
“Rancangan
bermula apabila Issa bertemu dengan Afinna. Afinna banyak bercerita pasal Issa
pada Tengku Muazzam dan juga Ku Ainur. Esoknya selepas malam penyatuan hati di
Karissa, Tengku Muazzam jumpa walid. Tengku Muazzam suarakan hasrat untuk
melamar Issa. Walid memang terkejut sebab kami memikirkan hal yang sama. Kalau
Tengku Muazzam tak datang jumpa walid pun, walid dan ammi sendiri akan bersua
dengan keluarga Qalief. Masa tulah, kami mula menyediakan persiapan
perkahwinan. Tanpa persetujuan daripada kamu berdua. Tapi, kami tahu, kamu akan
bersetuju,” jelas Tuan Wahid lagi, panjang.
“Jadi,
pertemuan kami sebelum majlis akad nikah, dirancang?”
Tuan
Wahid menggeleng.
“Tak,
Qalief. Setiap pertemuan kamu berdua, kami langsung tak tahu. Mungkin sudah
jodoh kamu, Qalief, Issa. Sejauh mana pun kamu lari, tetap akan bersatu jugak.
Mustahil, kamu berdua tak ada perasaan langsung selepas pertemuan demi
pertemuan,” Qalief dan Balqis terdiam.
Sebenarnya,
tidak pernah terlintas langsung tentang perkara itu. Qalief hanya menganggap
Balqis sebagai teman. Balqis pula hanya menyenangi lelaki itu atas dasar dia
adalah ayah kepada Afinna, kanak-kanak yang berjaya mencuri tumpuannya. Selain
dari itu, tak timbul soal suka ke cinta.
*****
Qalief
dan Balqis sama-sama diam. Tidak tahu bagaimana nak memulakan perbincangan. Seorang
membelek telefon bimbit, yang seorang lagi pula membelek kuku. Sampai ke lusa,
tak selesai masalah. Itulah padahnya apabila semuanya berlaku secara tiba-tiba.
Memang tak terjangkau dek fikiran mereka.
“I
mulakan. You suka I?” Straight to the
point, Qalief menyoal. Telefon bimbit diletakkan di atas sisi sofa.
Balqis
yang duduk bersila di atas karpet mendongak sedikit. Qalief di atas sofa
merenungnya. Gulp! Jawapan apa nak bagi ni?
“I…
I sendiri tak tahu. You?”
Sudah,
soalan berbalas soalan.
“I
terus terang eh. So, please. No heart
feeling. Seriously speaking, I
langsung tak expect semua ni. I kagum
dengan you yang bijak menjaga kanak-kanak, pandai menyanyi… dan yang paling
penting, you dah curi hati anak I. She
love you very much. Bagi I, you terlalu sempurna untuk I. Ramai lagi lelaki
di luar sana yang layak untuk you, Balqis. Banyak yang you tak tahu tentang I,
kisah hidup I. You sanggup hidup dengan I yang tak dapat nak sayangkan you
seperti mana yang you nak?”
Balqis
terkedu. Dia menunduk. Tidak berani untuk melawan panahan mata Qalief yang
tajam itu.
“Maksudnya,
you ada orang lain yang you sayangkan. Ibu kandung Fin?”
Qalief
mengangguk perlahan.
“Takkan
ada yang boleh gantikan dia dalam hidup I, Balqis. Termasuk you,” Pedihnya hati
Balqis saat itu. Namun, dia harus bertolak ansur dalam hal ini.
“Terima
kasih, Qalief sebab sudi berterus terang dengan I. I tak paksa you terima I. Jadi,
terserahlah pada you. I tak kisah apa pun keputusan you,” No, Qalief… I kisah, detik hati Balqis. Ya, dia kisah. Pasti Afinna
juga akan berpisah dengannya.
“Cepatnya
you mengalah, Balqis,” Balqis senyum nipis. Diberanikan diri untuk melawan
pandangan Qalief.
“I
tak mengalah, tapi I bagi you peluang untuk membuat keputusan. Kalau you
benarkan I untuk memberikan kata putus, you mungkin menyesal,” Terangkat kening
Qalief.
“Maksud
you?”
“You
ingat I nak tinggalkan you dan Fin macam tu aje? Tak mungkin, Tengku Qalief. I
seorang perempuan yang berpegang pada janji. Sebaik sahaja you lafaz akad, tanggungjawab
I dah bermula. Tanggungjawab I pada you, Fin, dan keluarga you,” Qalief terpaku
pada wajah bersih isterinya. Balqis teringat akan hadis yang pernah dia tulis
dalam buku notanya.
Sabda Rasulullah SAW :
“Kalaulah aku boleh
memerintahkan seseorang supaya sujud kepada seseorang, sudah pasti aku
perintahkan seorang isteri supaya sujud kepada suaminya.”
(Riwayat
al-Tarmizi)
“Jadi,
you terima suami yang sayangkan perempuan lain? You sanggup nak teruskan semua
ni?”
“You
nak I goda you ke, buat you jatuh hati pada I? Sorry, not for now until you accept me. I nak you ceritakan pasal
Fin. Macam mana Fin boleh wujud dalam hidup you. As your wife, tak salahkan I nak tahu,” Buat pertama kalinya Qalief
tergelak senang hati.
“Tak
perlu goda I untuk dapatkan apa yang you nak. The past is past. I ada perjanjian yang perlu I tunaikan. Untuk
itu, I tak menyesal berkahwin dengan you. Alhamdulillah, akhirnya langsai jugak
hutang I dengan arwah ibu kandung Fin,” Balqis merenung Qalief pelik.
Perjanjian
apa pula?
“You
hutang apa dengan ibu kandung Fin?”
“Duduk
sebelah I, Balqis,” Qalief menepuk sofa sebelahnya. Nak tak nak, Balqis
menurut. Buat kali pertamanya, mereka berkedudukan rapat sebegini. Sehinggakan
dia boleh mendengar nafas Qalief.
“I
kenal Lanna, tujuh tahun yang lalu. Masa tu kami study sama-sama kat London. I
jatuh hati dengan dia dan kami couple.
Habis aje study, I balik Malaysia. Berat
hati I nak tinggalkan dia seorang kat sana. Tapi, I terpaksa. Tak mungkin I terus
menetap di sana sedangkan ayah dan ibu menanti kepulangan I,” Tekun Balqis
mendengar cerita Qalief.
Kepulangan
Qalief ke Malaysia menjarakkan lagi hubungannya dengan Lanna. Kesibukan menguruskan
Gemini Holding membatas masa untuk mereka berkasih. Sehinggalah Lanna membuat
keputusan untuk berhijrah ke Malaysia. Pada mulanya, agak payah Lanna yang
merupakan anak jati London untuk membiasakan diri di negara ini. Hanya
kata-kata semangat dari Qalief menguatkan dia untuk terus berada di bumi
Malaysia.
Setahun
di sini, Lanna mengejutkan Qalief apabila gadis itu ingin memeluk agama Islam. Qalief
menerima baik keputusan itu memandangkan Lanna bersungguh-sungguh untuk berubah
ke arah yang lebih baik. Ku Ainur dengan baik hatinya mengajar adab-adab melayu
dan juga ilmu agama. Adakalanya, mereka sama-sama ke masjid untuk mengaji.
Lanna semakin seronok untuk mendalami Islam.
Seiring
dengan itu, Qalief semakin sibuk dengan kerja-kerjanya sehingga Lanna terabai. Puas
Tengku Muazzam dan Ku Ainur memujuk Qalief dan Lanna untuk bernikah. Tapi,
kedua-duanya masih belum bersedia. Sehinggalah satu hari, sejarah hitam berlaku
dalam kehidupan Qalief dan seluruh ahli keluarga Tengku Muazzam.
“Lanna
dirogol oleh sepupu I sendiri. Bodohnya I masa tu, I langsung tak pandang
Lanna. I salahkan dia sebab melayan sangat sepupu I tu. I tak fikir langsung
perasaan dia. Sakitnya hati I bila pak long suruh Lanna kahwin dengan anak dia.
Nak tak nak, Lanna kena jugak berkahwin dengan sepupu I tu. Sejak tu, I dah tak
berhubung dengan Lanna. Hancur hati I,” Balqis mengusap lengan Qalief. Pasti hati
suaminya terlalu sakit sehingga dia tidak mencari pengganti Lanna sebelum
mereka berkahwin.
“You
memang tahu Lanna kena rogol atau you ingat dia orang ada hubungan di belakang
you?”
“I
ingat dia orang ada hubungan sebab Lanna ada puji sepupu I depan I. I tak tahu
pun Lanna kena rogol sampailah sepupu I beritahu kebenarannya. I nak buat apa
lagi dah, dia orang dah kahwin pun. Tapi, I tak pernah lupakan Lanna. Tak semudah
tu I nak lupakan dia. Hidup sepupu I tak panjang. Dia meninggal dunia lepas dua
bulan kahwin, kemalangan. Nasib baik pak long masih boleh terima Lanna. Mungkin
dia dah tahu apa yang jadi…”
“Jadi,
Fin… anak Lanna dengan sepupu you?”
“Ya.
Anak yang sah. Lanna meninggal dunia dua hari selepas lahirkan Fin. Tak lama
lepas tu, pak long pula meninggal dan dia minta I jaga cucu dia. Sejak tulah, I
jaga Fin. It was nice when she called me,
D,” Qalief melepaskan nafas lega.
Memandangkan
arwah pak long Qalief, Tengku Mustaza adalah duda beranak satu, tiada siapa
lagi yang boleh dia harapkan selain keluarga adiknya iaitu Tengku Muazzam. Qalieflah
yang dipertanggungjawabkan untuk membesarkan Tengku Afinna Lee, anak kepada
Tengku Irfan dan Alanna Lee.
“Such a long story. Sweet too. You masih sudi membesarkan anak bekas kekasih you dan
bagi dia kasih sayang,” komen Balqis.
Sudah
lama rasanya tak mendengar bedtime story.
Mengenangkan Qalief masih sudi menjaga Afinna, dia kagum. Walaupun dikhianati oleh
sepupu sendiri, Qalief masih menyayangi Afinna seperti anaknya sendiri.
“Walau
apapun, Fin tu keturunan Tengku Maliki, atuk I. Sepanjang I jaga Fin, banyak benda
yang I belajar,” kata Qalief sambil menguap.
Sudahlah
penat seharian melayan tetamu. Malam ini boleh pula dia bercerita panjang. Macam
dah tak ada hari esok.
“Atau
you bayangkan arwah Lanna dekat Fin? Mesti ada iras-iras. Kan?”
“Tak
ada maknanya. Lanna special untuk I,
tak ada yang boleh ganti sebab Lanna adalah Lanna. Lanna adalah ibu Fin. Dan…”
Qalief
memegang dagu Balqis. Didongakkan sedikit wajah itu. Kini, mata sudah
bertentang mata. Balqis kaget.
“Balqis
adalah Balqis. You memang tak boleh gantikan arwah Lanna sebab you lain. You
tak mungkin sama dengan arwah. You juga special
untuk I, Nur Balqis Karissa,” Balqis tergamam.
Dia
mencari ketulusan di sebalik renungan anak mata coklat Qalief.
“Lets create our own love story, my wife. I
want to grow old with you, Fin, and Insha Allah, our kids. Can you give me the
chance?”
Balqis
menelan air liur kasar. Romantik semacam dah si Qalief ni. Tak nampak ke aku
dah gabra ni, getus Balqis. Harap-harap, selamatlah dia malam ni.
“Yes. Thank you, abang for accepting me,”
Qalief tergelak.
“Thank you. I’ll try to love you,”
Dipeluk Balqis erat.
Boleh
kena heart attack Balqis kalau
hari-hari macam ni. Tindakan Qalief diluar jangkaannya. Mulanya tadi, dia ingat
mereka tidak akan hidup bersama. Qalief akan melepaskan dia. Terfikir juga dia
ingin menjadi perigi mencari timba. Nasib baik, timba pandai nak cari perigi.
*****
Setahun
enam bulan kemudian
Qalief
membuka matanya yang memberat. Tak cukup tidur punya pasal. Lepas subuh tadi,
terus tidur balik. Jari jemari kecil yang memaut lengannya erat dipandang. Lena
sungguh Afinna tidur. Qalief bergerak perlahan agar tidur Afinna tidak
terganggu. Dia meregangkan sedikit ototnya. Suara anak kecil di sebelah Afinna
menarik perhatiannya.
“Anak
D tak tidur ke?” Diusik bayi lelaki berusia enam bulan itu.
Qalief
menggeselkan hidung di pipi gebu Tengku Muhammad Alfian. Mengekek bayi itu
ketawa. Dicium pula hidung Alfian. Suka benar Alfian diusik daddynya.
“Abang
dah bangun? Eh, baby pun dah terjaga,”
Balqis meletakkan botol susu Alfian di atas meja sisi.
“Baru
aje bangun, nampak baby main sorang. Sayang
pergi mana?”
“Jemur
baju kat bawah. Tadi, bukan main lagi Fin nak tolong. Baru aje jemur sehelai
baju, terus masuk. Tak tahan panas,” Qalief tergelak kecil.
“Fin
ni puteri albino. Tak boleh kena panaslah, sayang,” Jahat betul Qalief mengata
kanak-kanak yang sedang tidur lena itu.
“Orang
normal, panggil albino pulak. Fin dengar nanti, bergustilah abang dengan dia. Jadi
tak, nak balik rumah ibu?”
“Jadilah.
Abang nak mandi kejap. Lepas lunch,
kita gerak,” Tubuh kecil Alfian diangkat. Diagah bayi itu.
Balqis
tersenyum lebar tanpa sedar. Rahsia hatinya yang tidak pernah dia beritahu
Qalief, jantungnya akan berdegup laju setiap kali melihat lelaki itu. Lelaki
yang juga merupakan suaminya. Sehinggalah sekarang, hampir dua tahun perkenalan
mereka… jantungnya masih mengalirkan rasa yang sama.
Biarlah
ia menjadi rahsia. Dia sudah terbiasa. Berjuta-juta kali jatuh hati pada Qalief
juga dia sanggup. Qalief yang telah menghentikan penantiannya. Saat itu, mereka
bertentang mata. Dan, Qalief turut merasakan hal yang sama. Rahsia tetap akan
menjadi rahsia. Hanya mereka dan Allah sahaja mengetahui rahsia hati mereka.
Jodoh
Qalief ditentukan untuk seorang perempuan yang masih belum wujud ketika dia
dilahirkan. Manakala, jodoh Balqis untuk seorang lelaki yang pada ketika itu
sedang belajar membaca. Indah sungguh aturan Allah s.w.t. Itulah jodoh, sejauh
mana pun kita pergi, jika telah tertulis itu adalah jodoh kita, pasti akan
bertemu juga. Tidak semestinya, duduk bersebelah adalah jodoh dan duduk
berjauhan adalah jodoh. Semuanya rahsia Allah s.w.t. Subhanallah.
“I love you more and more. Never end,”
ucap Qalief tulus. Balqis tersenyum dan menghadiahkan ciuman di pipi suaminya.
Firman Allah SWT dalam surah
al-Rum ayat 21 :
“Dan di antara tanda-tanda Ia
yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesunguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.”
p/s : alhamdulillah. siap!. sory kalau tak best. CIA dah tak double check. kalau ada yang salah tolong betulkan eh. SELAMAT MEMBACA!
lagu pengiring : Ujung Penantian - Suby & Ina
♥ sweetnya D
ReplyDeleteso sweet~
ReplyDeleteBestnyer...sweet sngt..
ReplyDeleteBagus ceritanya
ReplyDelete