Assalamualaikum... Hye!
selamat pagi, semua. pearl episode 9 in da house. full version punya. so, for the last episode will be on tomorrow morning. :D. InshaAllah. CIA nak rest otak sat nah. nanti sambung untuk last episode punya. SELAMAT MEMBACA! :D (janganlupacommenttau). :)
*****************
EPISODE
9
Gelak
tawa Chiya kedengaran ceria dek diusik Fariz. Sesekali Fariz turut sama ketawa.
Adelin yang sibuk mengupas epal di sofa berdekatan hanya memandang. Jarang dia
berpeluang melihat suaminya itu bermain dengan Chiya. Sempat dirakam memori
indah itu, sebagai kenangan di kemudian hari. Chiya juga sudah kembali pulih. Cuma,
belum sepenuhnya.
Detik
cemas beberapa hari yang lepas tidak akan pernah dilupakan Adelin. Hampir
sahaja dia tumbang tatkala dimaklumkan keadaan Chiya kritikal. Denyutan nadi
Chiya tiba-tiba lemah. Chiya juga mengalami sawan buat beberapa ketika. Berbagai
bayangan menerpa di minda. Tidak dapat dia membayangkan bagaimana budak sekecil
Chiya mampu menempuhi keadaan seperti itu.
“Auch!
Ai… shi,” Adelin capai kotak tisu. Dilap darah yang mengalir di jari telunjuk
kanannya. Itulah akibatnya jika banyak mengelamun.
“Mummy,
blood. Banyaknya darah mummy,” Becok
mulut Chiya menegur Adelin.
Adelin
membuat isyarat diam kepada Chiya. Fariz hanya buat tak tahu. Haih, bini
terhiris tangan sendiri, dia boleh buat buta.
“Daddy,
mummy bleedinglah,” Digoyang tangan
daddynya. Fariz angkat kening, kemudian mengangguk.
“It’s okay, sayang. Mummy so okay,” Chiya menekup telinganya. Adelin yang perasan
keadaan itu, berdebar. “Daddy, Chiya…” Fariz pandang Chiya di hadapannya.
Chiya
kelihatan ketakutan.
“Wash your finger, mummy,” arah Fariz tegas.
Tangannya menarik Chiya ke dalam pelukan. Adelin menurut, dia berlalu ke bilik
air yang berada di dalam bilik itu.
“Daddy,
that blood… I saw… his finger.
Daddy,” Chiya dongak kepala.
“Where, Chiya?”
“Home. Di… dia tolak Chiya. Auntie Na
pukul dia. His finger bleeding… a lot,”
Chiya seakan mengingati detik si keparat itu merogolnya.
“Lagi?”
“I don’t know. I felt hurt. He touched me,
daddy,” Cerita Chiya lagi. Fariz tepuk belakang Chiya lembut. Kanak-kanak
itu agak petah menggunakan bahasa Inggeris.
Sejak
bayi lagi, orang disekelilingnya menggunakan ‘English language’ sebagai bahasa pengantaraan. Mutia sendiri jarang
menggunakan bahasa melayu ketika bercakap dengan Chiya. Oleh itu, lidah Chiya
lebih kepada bahasa asing.
“It’s okay. Later, I’ll teach him. Okay?”
Chiya angguk.
“It’s worth getting hurt, huh,” celah
Adelin sambil membalut jarinya dengan plaster yang memang tersedia di dalam beg
tangannya. “Chiya ingat tak macam mana muka dia?” soal Adelin, sekadar mencuba
nasib.
Chiya
geleng.
“Auntie Na knows, mummy,” ujar Chiya.
Tangannya bermain dengan jari jemari daddynya. Rindu! Itulah perasaan anak
kecil itu saat ini. Lama dia menanti daddynya itu.
Hanya
Adelin sahaja yang kerap menghubunginya melalui Mina. Namun, melalui Adelinlah,
Chiya mengetahui tentang Fariz. Adelin siap mengupdate gambar-gambar Fariz lagi, tidak mahu Chiya melupakan
daddynya. Jika berada di hadapan Chiya, mereka tidak dibenarkan menggunakan
kata ganti nama lain selain daddy dan mummy. Pernah sekali tu, Adelin
berawak-saya dengan Fariz, Chiya tarik muka. Selepas itu, Chiya turut
berawak-saya dengan mereka.
“Tell your daddy, Chiya. Your Auntie Na was
his friend,” Fariz kerling isterinya. Perli dialah tu.
“Later, I’ll find her. Okay? Mummy, daddy
thought your holiday have ended,” Giliran Fariz pula mengenakan mummy
Chiya.
“Jangan
lupa ya, daddy. Mummy ni anak emas tan sri. So,
it’s doesn’t matter. I’m still on leave,” Chiya pandang daddy dan mummynya
silih berganti. Kemudian, dia senyum comel.
Ketukan
pintu menghentikan perbalahan mereka. Muncul Dr Raihani, doktor yang merawat
Chiya.
“Hai,
Chiya,” sapa Dr Raihani. Fariz bangun. Dia memberi ruang kepada doktor
perempuan muda itu memeriksa anaknya.
“Hai,
doktor,” jawab Chiya ceria. “Doktor, bila Chiya boleh keluar? Chiya nak ikut
daddy,” Dr Raihani senyum. Dia melayan celoteh Chiya seketika sebelum membuat
pemeriksaan.
“Ikut
daddy aje?” desis Adelin perlahan. Fariz menoleh ke belakang, Adelin buat muka.
Perlahan kaki Fariz berganjak mendekati isterinya.
“I need your explanation soon, mummy. You
really think I can take care of her, alone?” bisik Fariz di telinga Adelin.
“Move to my apartment as soon as posibble,”
sambung Fariz.
“Tengoklah
macam mana…” Adelin gigit bibir. Buatnya Puan Sri Zana buat lawatan ke kondo si
Fariz tu, matilah dia. Uish!
“Errr…
boleh awak berdua ikut saya?” Serba salah Dr Raihani ingin memanggil ibu bapa
Chiya yang kelihatan sedang berbual itu.
“Boleh,”
jawab Fariz dan Adelin serentak. Chiya ditinggalkan bersama jururawat. Pesanan
Dr Raihani sendiri; jangan membiarkan Chiya bersendirian.
*****
Dr
Raihani memberikan fail rona biru kepada Fariz.
“Ini
adalah report kesihatan Chiya. Insha
Allah, lusa Chiya sudah boleh discharge,”
maklum Dr Raihani.
“Rawatan
susulan macam mana, doktor?” tanya Adelin, ingin tahu.
“Seminggu
sekali, Chiya perlu berjumpa dengan psychiatrist.
Buat masa ni Chiya seakan keliru. Trauma yang dia alami berkemungkinan hanya
seketika. Selalunya, kanak-kanak di usia begini tidak akan mengingati apa yang
berlaku apabila mereka dah meningkat dewasa,” terang Dr Raihani, serius.
“Maksud
doktor, Chiya akan melupakan apa yang berlaku?”
“Insha
Allah, melainkan memori dia kuat dan mampu mengingati kejadian buruk yang
menimpa dia tu. Encik dan puan perlulah mainkan peranan. At least, spend most of the time with her…”
Serentak
pasangan itu mengangguk, faham. Adelin tidak punya masalah untuk menghabiskan
masa dengan Chiya. Adelin ayat Tan Sri Lutfi sikit, pasti lelaki separuh umur
itu memberi pelepasan cuti. Daddy Chiyalah pula, selalu sangat sibuk. Sekarang
ini pula, kes Eclipe’s Holding yang masih belum selesai.
*****
Encik
Thohier dan Puan Aida peluk Chiya erat. Berat hati mereka untuk melepaskan
Chiya mengikut Fariz dan Adelin pulang ke KL. Inilah satu-satunya cucu mereka
buat masa ini. Ingin menghalang, Chiya sendiri yang mahu mengikut anak dan
menantu mereka itu. Tambahan pula, Chiya sudah terbiasa berada di samping Fariz
dan Adelin seminggu ini.
“Nanti
kita video call eh, sayang. Hari-hari
Chiya kena cium mak tok,” kata Puan Aida, sebak.
“Okey.
Chiya promise,” Diangkat jari
kelingking kanannya. Puan Aida pantas menyaut jari kelingkingnya ke jari comel
itu.
“Wan
nak jugak,” Chiya menaikkan pula jari kirinya.
Fariz
menutup bonet kereta. Pemandu mereka sudah lama menunggu di sisi kereta.
“Baba,
nanti inform Fariz pasal siasatan tu
eh. Pasal Mina sekali,” pinta Fariz.
“Insha
Allah. Pasal Mina tu, baba dah mintak tolong kawan baba. Fariz settle dulu hal papa Fariz, jangan pressure sangat,” Encik Thohier menepuk
bahu Fariz, memberi semangat.
“Adel
mana ni?”
“Sini,”
Semua mata tertala pada Adelin yang sedang menyarung sandalnya. Mereka
memandang Adelin pelik. “Apa? Tak okey ke?” Adelin melayangkan sampul coklat
yang dipegangnya untuk menyedarkan mata-mata yang tenungnya.
“Eh,
okey sangat. Meh sini, ibu nak peluk sikit,” Puan Aida peluk anak perempuannya
erat. “Good job. Ibu happy sangat. Banyakkan solat dua
rakaat, ya,” Adelin angguk.
Encik
Thohier pula memeluk anak kesayangannya itu. Senang hatinya melihat perubahan
Adelin. Perubahan yang sudah lama dinantinya. Baru hari ini, dia dapat
melihatnya. Adelin mula mengenakan tudung. Kemas sekali lilitan selendang di
kepalanya.
“Daddy
tak nak peluk ke, semua orang dah peluk ni,” seloroh Adelin. Fariz tarik muka.
Tak kuasa dia ingin memeluk isterinya itu. Uhuk!
“Daddy
malulah, mummy,” sampuk Chiya. Fariz kerutkan hidung kepada Chiya sebelum
mengangkat anaknya itu ke dalam dukungan.
“Daddy
peluk mummy depan semua nanti, mummy yang malu,” balas Fariz bersahaja.
Adelin
cebik. Macamlah lelaki itu tidak pernah memeluknya depan public. Siap kiss lagi.
Ugh! Takkan dah hilang segala belang dia tu?
“Hah,
tak nak gerak lagi ke? Tertinggal flight
nanti, susah pulak,” kata Encik Thohier.
“Kami
balik dululah. Baba dan ibu turunlah KL lagi,” Fariz menyalami ibu dan bapa
mertuanya. Sempat mereka mengusik Chiya di dukungan Fariz.
“Ibu,
bulan depan datang KL. Jadi babysitter
Chiya,” Puan Aida angkat kening.
“Kenapa
pulak dah?”
“Memang
Eclipe’s tu Adel punya pun, kan. Suka suki aje cuti. Ibu tolonglah…”
“Insha
Allah. Ibu dan baba sampai sana nanti, jangan kamu berdua sibuk pulak. Ibu
pelangkung dua-dua,” Adelin hanya mampu sengih. Fariz berpura-pura mengusik
Chiya.
Bulan
hadapan, Adelin memang akan sibuk. Sibuk menguruskan hal Eclipe’s Holding. Kontrak
bersama Tan Sri Lutfi yang ditandatanganinya dua tahun lalu sudah
berpenghujung. Sepatutnya, tempoh kontrak sudah tamat. Dek cuti panjangnya, Tan
Sri Lutfi menambah tempoh agar Adelin menyelesaikan dahulu segala kerjanya di
syarikat itu.
*****
Fariz
menepuk dada Chiya, menidurkan anaknya itu. Diteliti wajah comel itu sepuasnya.
Sekali pandang, agak mirip Mutia. Berkali-kali pandang, seakan miripnya pula. Mata
Chiya yang agak sepet dan bibir Chiya yang comel itu. Parut yang terlindung
dengan anak rambut Chiya, dia pandang. Ketika Chiya diambil dulu lagi, parut
itu sudah ada. Pasti ini angkara Mutia!
“Sampai
bila nak tilik muka Chiya tu? Come
outside. Wanna have a chat with you,” tegur Adelin di muka pintu bilik.
“Five minutes…”
Adelin
berlalu ke ruang tamu, lalu bersila di sofa. Dicapai telefon bimbit di meja
kopi. Tangannya berlari di permukaan Samsung Galaxy Note 3nya. Sesekali dahinya
berkerut, kemudian senyum pula. Digeleng pula kepalanya. Sewel dah si Adelin
ni. Gara-gara Chiya, dia bercita-cita ingin menjadi supermummy kini. Eheh.
“Susah
jugak nak jaga budak eh,” ngomel Adelin sendiri.
Dia
tekun membaca isi kandungan website
penjagaan kanak-kanak. Sebelum ini, manalah dia pernah menjaga budak-budak. Puan
Aida pula tidak memberitahunya bagaimana mahu melayan kerenah Chiya yang agak demand itu. Bukan main cerewet lagi bab-bab
makanan ni. Itu belum lagi masuk bab mandi. Uish, barangan mandi Chiya harus
khas untuk dia sahaja. Tidak boleh campur.
“Kalau
susah, tak payah jaga,” Melambung handphone
Adelin, terjatuh pula di atas kepalanya. Digosok kepala yang bakal berbenjol
itu, terkena Note 3 yang gedabak tu okey. Aiyo, ini orang ah, suka bikin gua
terkejut meh!
Fariz
gelak besar. Tapi, pantas dia menekup mulut. Terjaga pula Chiya yang tengah
lena itu nanti. Dibawa tangannya ke kepala Adelin. Diusap perlahan. Kusyuk
sangat melayari internet sampai tidak sedar akan kehadirian Fariz di
belalakangnya.
“Lima
minit dah ke?”
“Sepuluh
minit dah pun. Kau kusyuk layan apa? Youtube?”
Adelin kasi jelling tajam. Geram!
Fariz
duduk di sebelah Adelin, dihadapkan wajah ke arah isterinya itu. Fokus!
“Nolah. Tengah search pemakanan budak-budak.
Saya manalah pernah jaga budak-budak ni. Selalu tengok iklan kat tv,
budak-budak ni demand kemain. Chiya pun
sama, demand,” Fariz kerut hidung. Benar
juga kata-kata Adelin itu.
Ketika
dia mandikan Chiya tadi, mulut kanak-kanak itu berceloteh sakan. Siap menyuruh
Fariz membelikan keperluan mandi yang baru untuknya lagi. Chiya… Chiya. Nasib baik,
anak. Hmmm.
“Take your time to understanding her. Now, I want
to hear your explanation. You owe me the truth,” Ditenung wajah Adelin.
“What do you want know?”
“Everything,” Adelin membetulkan duduk. Dia
bersila menghadap suaminya.
“Okay, listen here. Saya beritahu sekali
aje tau. Tak ada ulangan lagi dah,” Fariz angguk. Ditongkat tangan ke sofa. Selesa
sikit. “Papa awak yang upah saya untuk jadi penyiasat Eclipe’s. Jadi, saya
ambil keputusan untuk berhenti jadi polis ajelah. Alang-alang saya dah balik
Malaysia, baik tinggal kat sini terus. Satu hal pulak nak ulang alik KL-LA kan,”
Adelin ambil nafas sebentar.
“Saya
sign contract dengan tan sri untuk
tempoh dua tahun. Dalam masa dua tahun tu, saya perlu bekerja macam biasa. Awak
pun tahu kan macam mana layanan staf-staf kat situ masa awal-awal saya bekerja
di Eclipe’s. Sampai mama awak bencikan saya, takut saya goda tan sri…”
Bermacam
gosip yang timbul kerana Tan Sri Lutfi selalu melebihkan Adelin. Mana tidaknya,
hampir setiap hari jugalah Tan Sri Lutfi bertandang ke bilik pejabat Adelin.
Namun, Adelin pekakkan telinga sahaja ketika staf-staf itu mengejek,
mencacinya. Mereka bukannya tahu urusannya dengan Tan Sri Lutfi. Adelin sekadar
melakukan tugasnya sebagai penyiasat upahan untuk menyiasat penyelewengan yang
berlaku di dalam Eclipe’s Holding sahaja. Tiada niat lain.
“Selepas
dah habis agreement dengan papa, apa plan seterusnya? Back to your career as police officer?”
Adelin
geleng laju.
“Tak
pernah terlintas pun nak back to
kerja lama. Dah malas fikir. Cukup-cukuplah. Maybe, buat business
sendiri ke. Full time housewife does make
sense too,” Diangkat bahu sambil senyum.
Fariz
senyum nakal.
“I like the last one. Housewife, huh. It’s
suit you, mummy,” Kening diangkat berulang kali. Adelin tolak muka Fariz
lembut. Mual pula tengok muka kacak itu. Uhuk!
“Banyaklah
awak punya sesuai. Saya manalah boleh cuti lama-lama. Rasa macam ada something yang tak kena tau. Even, dulu dekat LA, saya langsung tak
ada masa nak bersenang lenang. I’m used
to that life anyway. Tapi, tak nak buat kerja lama lagi. Bosan,” ujar
Adelin.
“Oh.
But, believe me. Housewife is the busiest
job ever. Chiya will make you busy. Me too,” Muka gatal Fariz buat Adelin
rasa macam nak hempuk sahaja dengan sofa.
“I’ll think about it. Hah, baru teringat.
Kali ni awak lari, siap awak. You have to
answer me no matter what. It’s about Pearl,” Fariz mengubah posisinya. Dia bersandar
di sofa, mata pandang syiling.
“One question, only,” kata Fariz senada.
Nampak sangat dia tidak suka soal Pearl dibangkitkan.
“Dulu,
tan sri cakap Pearl pergi luar negara. Kenapa saya dengar yang Pearl tu dah
mati,” Adelin tampar bahu Fariz kuat. “Mind
to explain, my dear husband?” Kali ini, dia akan pastikan Fariz menjawab
juga soalannya tentang Pearl.
Fariz
berdehem.
“Haih,
I’m only explaining for once, okay.
Mati dalam erti lain, watak Pearl tu dah hilang. Means that, Pearl is just gelaran. Understand?”
“Oh,
maksudnya orang yang bergelar Pearl tu… sekarang nilah… dah jadi orang lain. Dan
orang lain tu… is she here?”
Satu
persatu Adelin membuat andaiannya.
“Soalan
kedua dah tu. Aku takkan jawab,” Adelin tarik muka masam. Dia peluk tubuh
sambil mata memandang ke meja kopi.
“Is she known about Chiya? Maybe, she wants
to punish you on something. Who knows,” Fariz ketap bibirnya.
Semakin
lama dia membiarkan Adelin berandaian sendiri, semakin mengarut pula isterinya
itu. Takkanlah Mutia tahu pasal Chiya. Mutia sendiri mempunyai anak dan tidak
mungkin dia akan menyakiti seorang kanak-kanak yang sebaya dengan anaknya. Tett, wait at a minute. Fariz bingkas
berdiri. Terkejut Adelin dek pergerakan pantas Fariz itu.
“Aku
keluar kejap. Take care of Chiya and you
too. Whoever is coming, just ignore them. Nobody knows about this apartment
other than my family. Get it?” Walaupun pelik, Adelin tetap mengangguk.
Fariz
pantas ke bilik, mendapatkan kunci kereta dan rumah. Dia perlu berjumpa dengan
Hadi sekarang ini. Jika Mutia mengetahui tentang Chiya, mustahil dia tidak
perasan bahawa Chiya adalah anaknya. Ugh!
The problem is getting more complicated. Adelin kaku di tempatnya. Tidak pula
dia bertanya, ke mana lelaki itu pergi.
*****
“Jadi,
kau rasa Mutia yang merancang semua ni?” Fariz angguk sambil menyisip coffee latte.
“Siapa
lagi kalau bukan dia, Di? Baru-baru ni, ada orang follow aku. Aku tak rasa Chiya dirogol tu secara kebetulan, lepas
tu Mina hilang tu satu pasal pula. Kalau Mutia punya kerja, aku tak boleh nak
diamlah. Chiya tu anak dia jugak. Takkanlah seorang ibu tak sayangkan anak dia,
Di,” Hadi mengeluh kecil.
Ada
betulnya juga kata-kata Fariz itu.
“Eh,
kalau Mutia yang hantar jantan keparat tu untuk rogol Chiya, memang sadis
cerita ni, Riz. Chiya tu anak dia kot, bukannya anak orang lain. Atau dia
sangka tu anak angkat kau tak? Kau tahulah Mutia aka Pearl tu, sanggup buat apa
aje demi capai kehendak dia,” ujar Hadi dengan nada serius.
“Sadis
sangat, Di. Aku tahu dia sayang Chiya. Tapi, yang penting sekarang ni, aku nak
kau tolong aku cari Ren dan Soffi sebab dia orang yang serahkan Chiya pada aku
dulu. Masalahnya, aku tak tahu apa-apa pasal dia orang,” Jari telunjuk mengetuk
meja. Buntu!
“Emmm,
kau bagitahu aku yang dia orang tu kawan Mutia, kan. Maybe, Mutia know about them. Kau cubalah risik. Tak pun, kau buat housewarming ke? Jemput dia datang, mana
tahu dia bawak kawan dia tu. Hah, papa dan mama kau. Dia orang kan baik dengan
Mutia,” Hadi buat muka pandai. Tsk.
Fariz
berfikir sejenak. Dia menimbang kesemua cadangan Hadi.
“Housewarming? Ish, tak pasal pulak
Adelin terlibat sekali. Tak boleh. Emmm, papa mama aku maybe boleh. Mama aku pernah suruh aku keluar dengan Mutia. Maksudnya,
mama memang suka Mutia. Kenduri kesyukuran?”
Hadi
gelak. Lucu pula dia mendengar Fariz seakan melindungi isteri yang selalu
dikutuknya itu. Kenduri kesyukuran tu atas alasan apa pula? Fariz ni pun satu. Haish,
hilang sudah dia punya brilliant idea
yang dulunya power sehingga boleh
memerangkap para gadis untuk dijadikan umpan bagi menangkap suspek kes-kes dia
tu.
“Sayang
jugak kau dengan Adelin kan. Masalahnya, Adelin tersayang kau tu dah terlibat
sama. Penyiasatan dia di Eclipe’s Holding selama dua tahun ni dah sampai ke peringkat
akhir, kau tahu tak? Dia siasat sikit aje lagi, memang hancurlah hidup kau,”
Fariz pandang Hadi penuh tanda tanya.
Pasal
apa pula ni? Aduh!
“Apesal?”
“Kau
mesti dah tahu kan pasal dia jadi spy
dalam company papa kau?” Fariz
mengangguk. “Setiap transaksi, tak kiralah wang atau kerjasama antara Eclipe’s
Holding dengan klien yang berlaku secara haram… semuanya sudah berada dalam
genggaman Adelin. Tunggu masa aje dia nak selesaikan semua tu dengan polis.
Cuma, dia tak tahu dalang sebenar aje lagi,” jelas Hadi akan penyiasatannya
selama seminggu ini.
“Kau
tahu ke siapa dalang dia?”
“Mutia
Imani also known as Pearl,” Fariz
terkaku. Perempuan tu lagi? Bodoh!
Dilepaskan
keluhan berat.
“Tak
fahamlah aku dengan perempuan ni. Aku ingat dia dah berubah. Rupanya masih sama
macam dulu. Tak guna. Aku ada suruh kau cari jantan tak guna yang rogol Chiya
tu, dah jumpa?”
“Aku
serahkan pada Carl dan Lukman. Sekarang ni, dia orang ada di Kedah. Insha
Allah, esok kita dah boleh trace
siapa punya kerja. Tapi, aku tak boleh bayanglah kalau Mutia yang hantar jantan
tu…”
Fariz
diam. Dia sendiri pernah terfikir tentang itu. Tadi, Adelin juga membuat
andaian sebegitu. Nampaknya, dia perlu juga bertanyakan kes Eclipe’s Holding
pada Adelin. Setidak-tidaknya, dia boleh bertindak lebih pantas. Memandangkan kes
itu tidak boleh diuruskan olehnya, ada baiknya Adelin sahaja yang menjadi ‘tawanan’nya.
*****
Mutia
menyerahkan sampul surat berwarna coklat yang berisi wang kepada seorang
wanita. Wanita itu senyum sinis tatkala Mutia menyerahkan wang upahan
kepadanya.
“You
pasti ke yang dia orang takkan hantar budak tu jumpa dengan doktor lain?” tanya
Mutia dengan air muka yang serius.
“Yes, I am. Kalau perlu pun, dia orang cuma
akan bawa budak tu jumpa psychiatrist
aje. Lagipun, memang sure punya bapak
dia tu percaya. Anak dia alami trauma, mesti budak tu ada bagitahu bayangan kejadian
tu,” balas wanita itu.
“I
percayakan you, Dr Raihani. Selepas ni, you tak payah datang KL lagi dah. I tak
nak ada sesiapa yang tahu pasal kerjasama kita ni. Balik nanti, you lepaskan
perempuan tu. Sebelum tu, you pastikan yang dia takkan buka mulut,” Dr Raihani
angguk.
“I’m promise. I’ll make her like… orang
gila. So, I’ll go first. Bye, Pearl,”
Mutia sengih sinis sekali. Pearl, huh! You’ll
get to know later what Pearl is for.
Hilang
sahaja Dr Raihani dari pandangan matanya, dia mengeluarkan telefon bimbitnya
dan mendail nombor seseorang.
“Kill her,” kata Mutia tegas. Riak
wajahnya juga serius. Kemudiannya, dia senyum sinis. Puas dengan permainannya
itu.
Seorang
lagi mangsa bakal terkorban. Namun, tiada langsung terselit perasaan bersalah di
atas perbuatannya itu. Apa yang penting, dia dapat puaskan hatinya dengan
menghancurkan hidup lelaki yang pernah merosakkan hidupnya dulu. Dia akan
pastikan lelaki itu terima balasan yang setimpal di atas perbuatan itu.
*****
“I
want this, that… and that too,” Terkebil-kebil Adelin melihat Fariz mengambil
barang-barang yang ditunjuk Chiya.
“Chiya
make daddy so loving,” kata Adelin sambil ketawa kecil. Dia menolak troli
perlahan. Chiya di dalam troli bukan main sakan lagi mulut dia cotcetcotcet
minta itu ini.
Daddynya
yang menjadi mangsa untuk mendapatkan barang-barang itu. Sabar sahajalah dengan
kerenah budak kecil ni. Hendak menolak kehendak Chiya, Fariz gagal. Sudahnya,
diturutkan sahaja. Kini, dia turut mengakui kata-kata Adelin; susah juga
menjaga budak-budak ni.
“Semua
dah ada?” Chiya melihat ke dalam troli. Satu per satu barang dia teliti. Ya
Allah, cerewetnya budak seorang ni.
“Okey,”
Chiya membentukkan ibu jari dan jari telunjuknya, ‘O’. Itu tandanya, kesemua
barang keperluannya sudah cukup.
“Huh,
lega. Jom pergi food department pulak.
Mummy nak masak apa malam ni?” Ceh, gaya keluarga bahagialah tu.
“Mummy
nak masak sup ayam. One more, fried
salmon for daddy,” Melebar senyuman Fariz.
Mananya
tidak gembira, si isteri akan memasak makanan kegemarannya, ikan salmon goreng.
“Chiya
nak salad,” sampuk Chiya dengan tangan kanannya diangkat.
“Okey.
Jom,” Fariz pula yang menolak troli. Mereka bergerak ke bahagian makanan dan
juga barangan basah.
Tanpa
mereka sedari, ada mata yang memandang gerak geri mereka. Tan Sri Lutfi dan
Puan Sri Zana saling berpandangan. Mulut mereka bagaikan terkunci rapat. Puan
Sri Zana cuba menahan kemarahannya. Namun, dia agak terkejut dengan penampilan
Adelin yang sudah bertudung.
“Jom
kita pergi serang dia orang, bang. Saya dah tak boleh nak sabar ni. Sebelum
meletus kat sini, baik kita bawak dia orang balik rumah. Selesaikan aje di
rumah,” Putus Puan Sri Zana.
Tan
Sri Lutfi yang masih tergamam itu, tersentak. Dia bukanlah terkejut dek melihat
pasangan itu. Sebaliknya, kanak-kanak perempuan yang bersama mereka itu. Hatinya
seakan mahu memeluk kanak-kanak itu. Tanpa sedar, kakinya sudah pun berjalan
menghampiri Fariz dan Adelin.
“Fariz,”
sergah Puan Sri Zana.
Fariz
dan Adelin berpaling serentak. Gulp! Masing-masing terpaku pada dua manusia di
hadapan mereka kini.
“Mama,
papa,” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Fariz. Adelin pula kaku di tempatnya
berdiri. Chiya sahaja yang masih kusyuk membelek kotak susu.
“Daddy, mummy, I want this milk,” Serentak
itu, Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana memandang Chiya di dalam troli, sedang
memegang kotak susu.
“Papa,
mama, I’ll explain,” kata Fariz
dengan suara yang agak tenang. Dia harus bijak menangani masalah ini.
*****
Puan
Sri Zana pandang Adelin tajam. Seperti hendak menelan si Adelin itu. Mereka
memilih untuk berbincang di ruang rehat yang terletak di halaman banglo Tan Sri
Lutfi, lebih tenang sedikit. Masing-masing hanya diam. Cuma, bibir Chiya sahaja
sibuk bercakap dengan teddybearnya.
Gara-gara
Fariz dan Adelin malas melayan bicaranya, teddybearnya
itu menjadi mangsa.
“Chiya,
pergi main kat sana dulu. Daddy want to
talk with atuk and nenek,” bisik Fariz kepada Chiya yang berada di
ribaannya.
“O…
key. Mummy?”
“Later, I’ll join you, sweetheart,”
Dicuit dagu Chiya.
Dengan
malasnya, Chiya bergerak ke kawasan berumput yang luas itu. Dia duduk lunjur
kaki sambil mulutnya berceloteh.
“Explain, Fariz,” Puan Sri Zana berkata dengan
nada dingin.
“Fariz
minta maaf, papa, mama. Fariz bukan sengaja nak rahsiakan dari papa dan mama. Cuma,
Fariz takut nak ceritakan hal sebenar. Fariz takut mama tak boleh terima…”
Tan
Sri Lutfi menahan isterinya dari mencelah. Lebih baik mereka membiarkan anak
lelaki mereka itu bercerita sehingga habis.
“Kami…
dah berkahwin. Dah masuk tahun kedua pun,” Nyata papa dan mamanya tergamam
dengan kenyataan itu.
“Apa
Fariz cakap ni? Benda kahwin ni bukannya boleh dibuat main. Adelin?”
“Errr…
maaf, tan sri. Kami terpaksa rahsiakan hal perkahwinan kami sebab kami sendiri
tak boleh terima keadaan ni. Kami dah berkahwin sebelum saya bekerja di Eclipe’s
Holding lagi. Hari pertama saya terserempak dengan Fariz di lobi office, baru saya tahu yang Fariz anak
tan sri,” Adelin menjelaskan sejujur mungkin.
“So, you guys just acting like both of you is
an enemy? I trust you, Adelin. Why did you don’t tell me about this matter?”
Adelin tunduk.
“Papa,
Fariz yang tak nak Adelin bocorkan pasal perkahwinan kami. Fariz tak ready lagi masa tu. Banyak kali Fariz
cuba nak jelaskan pada papa dan mama, tapi Fariz takut. Masa tu, mama dah mula
bencikan Adelin. Perkara akan jadi lebih rumit kalau mama tahu Adelin ni isteri
Fariz kan? Sebab Adelin tak menepati syarat menantu pilihan mama. Betul tak
,mama?”
“Ya.
Adelin terlalu seksi bagi mama. Ahli keluarga kita yang lain pun takkan boleh
terima Adelin,” Tan Sri Lutfi mengerling isterinya.
“Abang
yang mintak dia berpakaian macam tu. Tapi, Adelin tak biasa. Hari yang awak
nampak Adelin berpakaian seksi tu, semuanya atas urusan kerja. Abang nak Adelin
pancing partner abang yang cuba nak
lingkupkan syarikat kita…”
“Mama,
Fariz ada dengan Adelin masa tu. Kebetulan Fariz ada conference di tempat yang sama, tapi Fariz tak tahu pulak Adelin ada
tujuan lain ke situ,” Fariz pandang Adelin sekilas. Adelin sengih nipis. Isk!
“Jadi,
selama ni mama cuma bersangka buruk tanpa usul periksa? Abang, kenapa abang tak
pernah bagitahu saya, jelaskan perkara sebenar. Abang biar aje saya mengutuk
Adelin,” Tan Sri Lutfi garu kepala. Aduh, salah dia juga ke?
“Kan
abang ada back up Adelin setiap kali
awak bercakap buruk pasal dia. Awak aje yang suka-suka mengata orang. Kalau
awak nak tahu, Adelin ni spy Eclipe’s
Holding. Minggu ni, minggu terakhir dia menjadi kakitangan syarikat kita,”
Lagilah Puan Sri Zana terkejut.
Adelin
senyum nipis sambil matanya sesekali menoleh ke kanannya. Risau pula Chiya
bermain seorang diri.
“Jadi,
sekarang semua dah jelas kan? Papa ni hah, banyak sangat berahsia. Sampaikan
dengan Fariz pun papa nak berahsia bagai. Kalau tahu, tak adalah mama tuduh
isteri Fariz ni macam-macam,” Puan Sri Zana buat muka. Tahulah dia yang bersalah,
menuduh Adelin melulu.
“Apa
rancangan awak selepas ni, Adelin? Kembali bertugas di LA ke?”
“Emmm,
tak kot. Anak tan sri ni tak sign
mana-mana dokumen, jadi di sinilah saya. Suri rumah sepenuh masa, mungkin,” Sempat
lagi Adelin bergurau.
“Keluarga
Adelin tahu pasal perkahwinan kamu berdua ni?”
“Dia
orang yang nak kami nikah, mama. Fariz injured
time on duty dua tahun lepas,
Adelinlah yang tolong Fariz. Tapi, tak sangka orang kampung salah sangka. Sebab
tak mahu orang kampung mengata, kami kahwinlah,” Adelin mengangguk, membenarkan
penjelasan Fariz itu.
“Benda
dah berlaku, tak guna kita nak mempersoalkan lagi. Sekurang-kurangnya, kami
tahu kamu berdua bukan bersama tanpa nikah. Tapi, Chiya tu siapa? Papa tak rasa
Chiya baru setahun lebih,” Kini, semua mata tertumpu pada Chiya yang sibuk bermain
dengan teddybearnya itu.
Fariz
berfikir seketika. Dia masih tidak boleh mengaku bahawa Chiya adalah anak
kandungnya. Mahunya kena makan penampar sulung si Adelin tu. Papa dan mama pun
belum tentu boleh terima.
“Chiya
anak angkat kami. Tapi, baru sekarang kami bawak dia ke sini. Sebelum ni, Chiya
tinggal dengan pengasuh yang Fariz upah, di Kedah…”
“Mummy!”
jerit Chiya sambil berlari laju ke arah Adelin. Kelam kabut dia naik ke riba Adelin
dan dia memeluk mummynya itu erat.
Tiba-tiba
sahaja, Chiya kelihatan ketakutan. Seperti ada sesuatu yang menakutkannya.
Fariz bangun dari kerusinya. Dia melilaukan pandangan ke setiap sudut halaman
itu. Hanya Pak Kassim dan Wak Suman yang merupakan tukang kebun di banglo itu
sahaja kelihatan sedang memotong rumput.
“Chiya, what’s wrong. Tell daddy,” Chiya
menunjukkan jari ke arah Wak Suman.
“Handkerchief. He’s wearing that,” beritahu
Chiya dalam tangis. Disembam mukanya ke dada Adelin.
Mata
Fariz merenung Wak Suman, cuba mencari sesuatu yang pelik. Sapu tangan? Sehelai
sapu tangan yang diikat di belakang kepala dan menutup mulut serta hidung Wak
Suman, dipandang. Maksudnya, perogol itu memakai sapu tangan untuk menutup
wajahnya. Bijak sungguh!
“Papa,
mama, kami balik dululah. Chiya perlukan rehat,” Adelin bingkas berdiri. Tangisan
Chiya membuatnya lemah.
“Iyalah.
Nanti ada masa, balik sini. At least,
kenalkan Adelin dan Chiya pada saudara mara kita. Bulan depan kak Zia dan kak
Mya balik Malaysia, kamu pun balik jugaklah,” ujar Puan Sri Zana. Fariz senyum
dan memeluk mama kesayangannya itu. Cepat juga hati Puan Sri Zana lembut.
Tan
Sri Lutfi usap kepala Chiya. Ah, kenapa hatinya berasa dekat dengan kanak-kanak
ini? Ingin sahaja dia memeluk cium Chiya, namun pasti Chiya tidak menyukainya
memandangkan ini adalah kali pertama mereka bertemu. Cepat-cepat Tan Sri Lutfi
menyedapkan hatinya. Bukannya Chiya tidak akan jejak lagi kakinya ke sini.
“Apa-apa
hal, hubungi papa. Adelin, nanti ada police
officer dari LA akan bertemu dengan awak. Tak silap saya nama dia Carl
Ezaide,” maklum Tan Sri Lutfi.
“Saya
dah jumpa dia, tan sri. Semua maklumat dan juga bukti, saya dah serahkan pada
dia. Tan sri jangan risau,” balas Adelin.
Di
fikirannya sudah mengarang beberapa ayat untuk menjawab persoalan dari Fariz
nanti. Reaksi Fariz juga berubah saat dia memberitahu tentang maklumat-maklumat
dan juga bukti penyelewengan yang berlaku di Eclipe’s Holding kepada Tan Sri
Lutfi.
“Alhamudulillah.
Baliklah, Chiya dah tertidur tu,” Tan Sri Lutfi dan Puan Sri Zana menghantar anak
menantu mereka sehingga ke kereta Fariz.
*****
Adelin
menyendukkan nasi ke pinggan Fariz sebelum menyediakan makanan untuk Chiya. Manja
sungguh Chiya malam ini. Sedari pulang dari rumah Tan Sri Lutfi, dia asyik
berkepit dengan Adelin. Tidak mahu berenggang langsung sehinggakan Fariz juga
terpaksa membantu Adelin memasak makan malam mereka.
Sekarang
ini pula, dia merengek ingin Adelin menyuapnya makan. Selamba sahaja dia duduk
di riba mummynya itu.
“Chiya
demam ke?” soal Fariz sambil tapak tangannya ditekap ke dahi Chiya. Tak panas
pun.
“Ni
namanya budak nakal nak bermanja dengan mummy. Macam tahu aje esok mummy nak
tinggalkan dia sekejap,” kata Adelin sambil menyuap bubur nasi yang telah
disiram sup ayam. Berselera sekali Chiya menjamah bubur nasinya.
“Esok
mummy balik awal sikit. Daddy pulak ada kerja lepas tu,” balas Fariz. Tangannya
mencedok sup ayam ke dalam pinggannya.
“Jumpa
Hadilah tu. Hah, pasal dokumen tu, daddy tanya Carllah. Mummy dah stop investigate siapa dalangnya. Susah pulak
nak tinggalkan Chiya nanti,” Fariz angkat bahu.
Chiya
sengih tatkala Fariz menyuap nasi ke mulut Adelin. Adoi, romantiklah pula Fariz
malam ni. Mahu meletup dada si Adelin itu. Sweetlah
sangat. Kiranya, mereka sudah boleh dikategorikan sebagai keluarga bahagialah
kan. Kih kih kih. Macam kelakar pula.
“Bukanlah.
Daddy pergi kerja bukannya sehari, tapi seminggu. Chiya duduk rumah dengan
mummy eh. Daddy tak boleh teman Chiya dengan mummy, daddy ada work nak buat. Boleh tak?”
“Emmm?
Daddy work lamanya,” protes Chiya. Dia
menolak suapan Adelin. Kan, dah merajuk budak ni. Haish, daddy ni.
“Daddy
work untuk Chiya jugak. Nanti boleh
daddy beli teddybear banyak-banyak,
biar penuh bilik Chiya. Minni mouse,
pooh, Garfield… nak tak?” Laju Chiya mengangguk. Baguslah mummy ni, dah
pandai mengasuh budak-budak.
“Good girl,” Chiya gelak. Seronok dipuji
begitu.
Adelin
pula yang berat hati untuk membiarkan Fariz bekerja. Dia sendiri sangat
memahami tugas Fariz. Jika sudah seminggu lamanya, tentunya itu adalah kes yang
berbahaya. Beberapa hari ini, lelaki itu kerap tidur lewat. Kadang-kadang, selepas
subuh baru tidur. Itupun sekejap sahaja apabila Chiya mengganggu tidurnya. Dek tidak
mahu menghampakan kanak-kanak itu, dia gagahkan juga dirinya melayan kerenah
Chiya.
*****
Jam
di dinding, Fariz tilik entah untuk yang ke berapa puluh kali. Adelin masih
belum pulang. Chiya di sebelahnya, dipandang. Dikemaskan rambut yang terjuntai
ke dahi. Sejam lagi, Lukman mengambilnya. Mereka akan bertolak ke Los Angeles untuk
menyelesaikan kes di sana. Tiga hari kemudian, barulah mereka akan pulang ke
Malaysia dan menguruskan pula kes Eclipe’s Holding.
Pintu
rumah yang terbuka membuatkan Chiya berlari menjemput mummynya. Adelin memberikan
senyuman manis untuk anak itu.
“Mummy late,” kata Chiya dengan mimic muka
comel.
“Sorry, honey. Mummy bought lunch box for us.
Daddy dah nak pergi ke?” balas Adelin sebelum menyoal Fariz pula. Dia
meletakkan bungkusan makanan yang ditapaunya sebelum pulang tadi.
“Ada
masa lagi. Pergi mana? Papa told you has
left the office two hours ago,” Adelin menghempas punggung ke sofa. Ah,
penatnya. Chiya memanjat naik ke riba Adelin.
Fail
rona biru disuakan kepada Fariz.
“Apa
ni?”
“Siasatan
mummy sendiri. Tak ada kaitan dengan Eclipe’s Holding. Mummy jumpa masa kemaskini
data syarikat tadi. I don’t’ want to do
anything about this matter. Daddy buatlah keputusan. Dah seminggu Mutia tak
masuk office. Yani bagitahu, dia
hantar surat perletakan jawatan. I think
you know better than me the reason is, right?”
Fariz
pandang Adelin pelik. Apakah?
“Apa
yang mummy tahu?”
Adelin
memberi isyarat mata. Fariz terkedu. Jadi, Adelin sudah mengetahui tentang asal
usul Chiya. Lega sedikit kerana dia tidak perlu berahsia lagi.
“Tak
marah daddy ke?” Soalan cepumas dia lontarkan.
“The past is past. You tell me the story
later, when you’re coming home. Jomlah makan dulu. Awal lagi ni,” Nada
Adelin kedengaran selamba. Seperti isterinya itu tidak berasa apa-apa.
Apa
pun, Fariz harus menumpukan sepenuh perhatian kepada operasinya dulu. Selepas
itu, barulah dia akan menceritakan segala-galanya tentang Pearl kepada Adelin. Dia
sudah cukup bersyukur isterinya itu masih melayan Chiya sebaiknya. Chiya juga selesa
bermanja dengan Adelin. Setidaknya, dia tidak perlu risaukan kedua-duanya sepeninggalannya
nanti.
to be continued...
i luv u kak really so muchh nak eps 10 ...
ReplyDeletelove you too, flower Dno. haha. eps 10 on the way. :D
DeleteXsabar nk tggu last episode....hope happy ending ... Adelin n fariz+ chiya bersama...keluarga bahagia....;)
ReplyDeletehehe. happy ending? macam tak ja. :(.
Deletebest ...
ReplyDeletethank you, baby mio. :D
DeletePerbaiki penggunaan bahasa inggeris serta gunakan ayat yang betul.
ReplyDelete