Assalamualaikum... Hye!
CIA post part by part untuk Pearl Special Entry eh. hehe. here goes PSE part 1. SELAMAT MEMBACA! :D. tak surelah okey ka tak? :)
***********************
SPECIAL ENTRY
“Daddy,
Chiya want milk, please,” minta Chiya sambil berdiri di sisi kaunter dapur
dengan muka innocent sangat. Bukannya
Adelin tidak menyediakan susu untuknya. Cuma, sengaja ingin mendera daddynya kerana sibuk seharian, tidak
melayan kerenahnnya.
“What?”
“Milk.
Don’t you hear that?” Chiya angkat keningnya, ala-ala Ziana Zain.
Fariz mencari kelibat isterinya. Tiada
pula di ruang tamu atau dapur. Pasti di bilik. Melihatkan muka cemberut Chiya,
dia pantas mencapai tin milo di almari bahagian atas. Botol susu besar Chiya
yang tersusun di rak khas untuk peralatan makan anak itu diambil. Nasib baiklah
dia pandai membancuh air juga. Tidaklah Chiya mentertawakannya.
“Daddy
buat apa?” tanya Adelin sambil menyanggul rambutnya. Mukanya juga masih basah
dengan air wudhuk.
“Susu,” jawab Fariz sepatah.
Chiya sengih. Adelin menggeleng kepala
perlahan sambil senyum pada Chiya. Kasihan Fariz dibuli anak sendiri malam ini.
Sebelum bersolat isya’ tadi, dia sudah pun menyediakan susu untuk Chiya. Kembung
perut budak ni nanti minum banyak sangat susu. Tetapi, Fariz bukannya membancuh
susu. Tetapi, milo?
“Susu?”
Fariz memberikan isyarat agar Adelin tidak
menyebut milo. Ingat dia buta ke? Bekas air kepunyaan Chiya masih di sinki. Itu
tandanya anaknya sudah minum susu dan ternyata bau mulut Chiya juga adalah
susu. Kurang asam punya anak. Balik-balik kerja sudah dibuli. Tak sempat pun
hendak menghilangkan penat bekerja seharian. Nasib baik, dia tidaklah penat
sangat kerana hari ini dia tidak ke mana-mana lokasi.
“Mummy,
dukung,” pinta Chiya masih menarik sengihannya.
“Ohoi, sudah gedek mahu didukung lagi?
Aduh, pengsan,” seloroh Adelin dalam loghat Indonesia. Gara-gara menonton cerita
Indonesia petang tadi, lidahnya pula tersasul.
Namun, diangkat juga tubuh Chiya.
“Milo? Daddy cheat me,” Kantoi! Mata Chiya sudah menangkap milo yang
dibancuh Fariz.
Fariz picit hidung penyet Chiya. Geram!
“Habiskan milo ni. Esok pulak minum
susu. Kembung perut nanti, daddy tak
nak tolong,” kata Fariz, sekadar mengusik.
Nak tak nak, Chiya ambil juga botol
susu gedabaknya itu.
“Daddy
pergilah mandi dulu. Busuk dah ni,” Adelin kerut hidung. Chiya bersorak kerana
dia ada geng untuk mengenakan daddynya.
“Nakal eh. Yelah, kita ni busuk.
Manalah ada orang nak dekat. Tapi, ada orang tu pernah cakap dulu. Setiap kali daddy balik kerja, nak hug daddy,” Fariz mengetuk meja.
“Alah, daddylah pulak hug,” Tanpa
lengah, Fariz mendepangkan tangannya dan memeluk Adelin dan Chiya serentak.
Chiya ketawa kegelian kerana Fariz menggeselkan
kumis nipisnya ke pipi anak itu. Kesibukan menguruskan kes terbarunya
membuatkan dia sering sahaja kelam kabut meninggalkan rumah dan terus ke IPD. Sebaik
sahaja doktor mengesahkan dia sudah boleh bekerja seperti biasa, tak menyempat
dia menghubungi Lukman untuk mengetahui kes selanjutnya. Workaholic juga si Fariz ni pun. Tidak reti hendak duduk diam, ada
sahaja perkara yang dia hendak lakukan.
*****
Adelin menepuk tubuh Chiya yang
berbaring di pangkuannya. Diselak rambut panjang Chiya yang menutup wajahnya.
Pertama kali dia melihat Chiya dipangkuan Soffi dulu, hatinya sudah memberikan
isyarat agar menerima sahaja tawaran Soffi dan Ren. Syukur Alhamdulillah, Chiya
kini sudah berada di sampingnya. Mungkin firasat seorang isterinya agaknya, seperti
ada magnet yang menarik untuk memujuk Fariz mengambil Chiya sebagai anak
angkat.
“Ehem, jauh menung. Dah balik kampung
ke?”
“Tak adalah. Tersesat lagi di sini,”
Adelin menalakan matanya pada Chiya yang sudah lena itu. Seperti biasalah habit Chiya itu, di mana dia berbaring
di situlah dia akan tidur.
Fariz melabuhkan punggung di sebelah Adelin.
Tangannya mengusap kepala Chiya lembut. Tiba-tiba, rindu pula ingin berborak
panjang dengan Chiya. Sejak dia kembali bekerja, susah sungguh untuk menghabiskan
masa dengan anak kesayangannya itu. Ketika dia keluar bekerja, Chiya masih
belum bangun. Selepas pulang pula, pasti Chiya sudah lena. Huh!
“Sorry
mummy for troubling you these days. I can’t stop doing my work…”
“Workaholic.
Tapi, janganlah sibuk sangat. Chiya asyik tanya pasal daddy aje. Alasan apa lagi yang mummy
nak bagi? Bukannya daddy tak tahu
perangai Chiya. She will keep asking
until she get what she want. Kes apa yang daddy sibukkan tu?”
Fariz menyandarkan badannya yang
keletihan ke sofa. Dipandang syiling kosong.
“Kes Sofea,” Adelin tenung Fariz tajam.
Sofea? Perempuan itu lagi.
Sudah dijemput ke majlis resepsi mereka
pun masih mahu mengganggu suaminya lagi? Melampau betul.
“Sofea? Kes apa pulak, kena tipu dengan
sugar daddy dia atau saja nak
menggatal dengan daddy?”
“Hey, janganlah cemburu, sayang. Kes keluarga
dialah. Bekas kekasih dia hantar surat ugut kat family dia. Itu yang dia cari daddy,
cuma nak mintak tolong aje. Mummy
jangan fikir bukan-bukan eh,” Adelin
cebik. Boleh percaya ke?
“Of
courselah mummy jealous, dah dia
sibuk-sibuk kacau suami mummy tu
kenapa? Macamlah daddy seorang aje
polis kat dunia ni,” bidas Adelin.
Fariz pandang isterinya sekilas.
Bibirnya mengulas senyuman. Bukan main serius lagi wajah Adelin ketika ini. Macamlah
si Sofea tu bawa lari suami dia.
“Polis yang dia kenal daddy seorang aje. Alah, small matter ajelah. Daddy dekat dengan dia dulu pun sebab
nak settlekan kes aje, bukannya ada
niat lain. Mummy cool aje,” Hai, hilang
sudah sikap sweet dia tu?
Selalunya, pantang Adelin merajuk…
pasti tidak senang duduk lelaki itu. Siap menempah suite lagi sebagai tanda meminta maaf. Uhuh!
“Malaslah cakap dengan daddy,” Adelin mengangkat tubuh Chiya
untuk dibawa ke bilik. Hilang sudah mood
mahu berbual dengan suaminya.
Padahal tadi dia sendiri yang menyoal
tentang kes Fariz. Alih-alih, dia yang makan hati. Haih, payah juga mempunyai
suami yang hotstuff ni. Semua
perempuan nak dekat. Benci!
“Dah, biar daddy angkat,” Fariz mengambil Chiya dari dukungan isterinya sebelum
berlalu ke bilik.
to be continued...
waaaa.... Suka nyaaaaaa
ReplyDeleteTq tq tq... ♥♥♥♥♥♥♥♥♥
heeee. :D. love love love.
DeleteHehehee....thank a lotttt.....suka sangatttttttt.....nk sambung lagi.....plzzzzzz jgn lambat2 tau.....muahhh2....:)
ReplyDeletehehe. suka baca lagi. :D. inshaAllah. i'm trying hard. muahhhhh2 balik. :D
DeleteMy lovely sis ... i love u so much ♥♥♥ best as usual
ReplyDelete.... bile nak sambung?*muka comel*
haha. love you too. kaka. maseh. sambung bila sofea dah tak kacau suami orang. hahaha. :p
Delete