Assalamualaikum... Hye!
here come, SPAP! hehe. akhirnya siap jugak. maaf kalau bosan ka apa ka. just write with the soul. :D. SELAMAT MEMBACA! still banyak lagi kekurangan CIA. harap semua suka. :D. peace.
**************
Seulpeohajima no no
no honjaga anya no no no
Eonjenanana naege
hangsang bichi dwae jun geudae
Nae soneul jabayo
ije jigeum dagawa gidae
Eonjena himi dwae
julge
TERGELENG-geleng kepala Emir mengikut rentak
muzik lagu korea yang rancak itu. Jarang ada lelaki yang minat lagu-lagu korea
sebegitu. Jika ada masa lapang, pasti headphone
akan melekat di telinganya. Sehinggakan orang di sekeliling, dia tak hiraukan. Malah,
isteri sendiri pun dia buat tak hairan. Dashyat sungguh penangan A Pink kepada
Emir.
“Tengoklah, ma. Macam tulah abang Emir
hari-hari. Kalau ditegur, merajuk pula dengan kita,” keluh Dayana, isteri Emir.
Hajah Citra menjengah kepala ke ruang
tamu. Senyuman terukir di bibir.
“Okeylah tu, Yana. Taklah seteruk dulu.
Mahunya dia usung ke hulur ke hilir radio buruk abah tu…” Hajah Citra tergelak
kecil teringatkan kerenah anak sulungnya itu. Pantang dengar lagu Korea. Laju
sahaja dia mengusung radio abahnya ke sana ke mari.
“Yana tak pernah tahu pula abang Emir
macam tu, ma. Ingatkan just minat
gitu-gitu aje.”
“Kalau tahu, Yana nak buat apa? Tak
terima lamaran Emir?”
“Tak adalah sampai macam tu. Mama, A
Pink tu seksilah. Yana sendiri pun tak sanggup nak tengok.”
“Dah Yana sanggup jadi isteri Emir,
Yana kenalah terima di’madu’kan,” Dayana mengangkat keningnya. Kemudian, dia
tergelak geli hati.
Memang betul pun dia sudah dimadukan.
Bukannya seorang, tapi enam orang. Gila kaya Emir nak menanggung sampai tujuh
orang ‘isteri’. Boleh botak rambut pacak dia tu. Entah apalah yang membuatkan
Emir menjadi peminat A Pink yang mempunyai enam orang ahli kumpulan itu yang
juga merupakan South Korean girl group yang
agak famous. Kadang-kadang cemburu
juga Dayana dibuatnya.
*****
“YANA, tolong abang betulkan aerial TV kejap,” suruh Emir tanpa
mengangkat wajahnya dari dada Iphonenya. Senyuman diulas melihat tarian A Pink.
Erk!
Dayana menjeling suaminya. Fail kerja
di tangan dihempas kuat ke meja. Tadi minta dia ambilkan handphone di bilik. Terpaksalah dia tinggalkan kerja yang melambak dan
berlari anak ke tingkat atas. Kini, diminta pula betulkan aerial! Takkan dia kena panjat bumbung, betulkan aerial? Huwaaa! Ya Allah, Kau
betulkanlah otak suamiku ini, pinta Dayana.
Air mata mula bertakung di tubir mata. Tiba-tiba
sensitif pula dia malam ini. Dipandang kertas-kertas yang berterabur di atas
meja. Semuanya perlu dihantar esok pagi. Dayana bersandar malas di kerusi kayu.
Matanya cuba memandang si suami yang sedang elok berbaring di sofa. Televisyen
terpasang bukannya dia tonton. Hanya dibiarkan sahaja. Siaran pula terganggu.
Buang karan saja.
“Tutup ajelah TV tu. Bukannya awak
tengok pun. Buat habis duit aje bayar eletrik,” tingkah Dayana. Tahulah
suaminya itu kaya, tapi janganlah membazir. Membazirkan amalan syaitan.
“Alah, pakai remote aje pun. Bukannya kena panjat atas bumbung tu. Itu pun nak
kena ajar ke?”
“Iya? Then, awaklah yang buat. Banyak lagi kerja yang saya kena buat ni.
Esok pagi dah kena submit. Awak
bukannya buat apa-apa pun,” Emir merenung isterinya dengan pandangan tajam.
Dayana tidak menghiraukan pandangan
itu. Dengan pantasnya dia mengemaskan fail dan kertas-kertas yang berterabur.
“Naik dulu,” Dayana melangkah ke
tingkat atas. Namun, dia tidak ke bilik tidur mereka. Tetapi ke bilik tidur
tetamu. Dikuncinya pintu bilik itu. Biarlah apa nak jadi pun. Biar Emir tahu
dia sedang berjauh hati.
*****
EMIR melepaskan keluhan berat. Kertas pelan
yang terhampar elok di atas meja dipandang sepi. Hatinya gelisah memikirkan
rajuk si isteri. Sudah dua hari Dayana tidak bertegur sapa dengannya. Nasib
baiklah segala keperluannya Dayana sediakan. Cuma, mulut sahaja berat untuk
berkata-kata.
Dia ada juga cuba mengajak Dayana
berbual. Namun, isterinya itu hanya membiarkan sahaja dia berceloteh sendiri. Semakin
berani pula Dayana menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Baru lima bulan
berkahwin, sudah dilanda badai. Bagaimanalah pasangan suami isteri yang mampu
bertahan sehingga ke tua itu? Seperti abah dan mamanya.
“Amboi, jauh menung, Mir?”
Ikhwan melabuhkan punggung di kerusi
berhadapan dengan Emir. Emir berdehem kecil.
“Jauh jugaklah, Wan,” balas Emir.
“Dah kenapa dengan kau ni? Ada problem dengan Yana ke?”
“Hmmm, iyalah tu. Dah masuk dua hari
dia tak bercakap dengan aku. Aku tanya sepatah, satu patah kayu pun dia tak
jawab. Dah macam orang bisu,” adu Emir.
“Kau ada buat apa-apa kat dia ke? Sesuatu
yang dia tak suka ke?” Emir mengeluh lagi.
“Itulah masalahnya. Kau tahukan aku
macam mana kalau dah dapat tengok A Pink? Lupa habis semua benda. Aku tak
sengaja suruh dia betulkan aerial
tv,” Terhambur tawa Ikhwan.
“Aerial
tv? Agak-agaklah, Mir nak suruh bini kau buat pun. Hati perempuan ni lain, beb.
Yang halal ada, tapi yang haram jugak yang dok belek,” tukas Ikhwan.
“Benda yang aku minat, Wan. Susahlah
nak berhenti. Even, Dayana okey aje
dulu. Sekarang ni aje angin semacam…”
“Dulu, bolehlah dia sabar. Kalau dah
hari-hari kau dok sibuk dengan A Pink kau tu, mana dia tak angin. Dia tu bini
kau, bukannya sampah boleh campak-campak,” Terkelu lidah Emir dihentam Ikhwan.
Baru kau tahu langit tu tinggi ke
rendah, Emir. Baik kau kahwin saja dengan A Pink tu. Tak adalah orang yang
makan hati. Grrr.
“Agak-agaklah, Wan. Bini aku, kau kata
sampah,” Ikhwan ketap bibir.
“Aku tak kata bini kau sampah. Layanan
kau tu kat Yana. Lima bulan lepas, bukan main beria kau nak kahwin dengan dia.
Bila dah dapat, kau buat macam ni pulak. Kau tak rasa ke Yana menyesal terima
kau,” tempelak Ikhwan selamba.
Emir terdiam. Ada benarnya juga
kata-kata Ikhwan itu. Apa yang perlu dia lakukan untuk mengambil hati Dayana
kembali? Buntu… buntu.
*****
DAYANA bersandar di kepala katil usai solat
isya’. Setelah siapkan makan malam untuk Emir, dia kembali ke bilik. Dia takut
jika berlama di bawah dia akan bertembung dengan Emir pula. Rajuknya masih bersisa.
Emir bukannya memujuk dia pun. Dua hari juga dia menunggu. Namun, hampa.
Lelaki itu ada memancingnya untuk
berbual. Tetapi, topik yang dibualkan langsung tidak menarik minatnya. Lebih
baik Dayana berdiam daripada dia melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati
kepada Emir. Kadang-kadang dia terfikir, benarkah Emir ikhlas mengahwininya?
Atau sekadar suka-suka?
“Argh, kusut!” bentak Dayana tanpa
sedar.
“Apa yang kusut?”
Emir muncul di sebalik pintu bilik. Dayana
memeluk bantal peluk erat. Matanya dilarikan ke arah lain. Tidak mahu
bertentang mata dengan si suami. Benci! Benci atau mengada-ngada?
“I
asked you, Dayana Zahra,” tegas Emir bersuara. Dirungkaikan tali lehernya.
Dayana menggigit bibir.
“Okay,
fine. Awak tak nak cakap dengan saya kan? We’ll see. Sampai bila awak nak macam ni dengan saya…”
Bengang pula Emir. Sudahlah tadi ada
seorang budak motor yang cari pasal dengannya. Habis kereta dia dirempuh. Nasib
baiklah, bukan dia yang dirempuh. Emir berlalu ke bilik air. Kuat juga dia
menutup pintu bilik air. Sehinggakan terhenjut bahu Dayana dek terkejut.
*****
“ASSALAMUALAIKUM,” Dayana memberi salam kepada si
pemanggil yang menelefonnya.
“Waalaikumsalam. Yana dan Emir ada di
rumah tak?”
“Ada, ma. Kenapa?”
Dayana mencedok bihun goreng ke dalam mangkuk
besar.
“Mama dan abah on the way pergi rumah kamu ni. Abah ni nak makan sarapan dengan kamu
berdua. Rindu dengan masakan kamu katanya. Boleh?”
“Eh, boleh sangat, ma. Datanglah,” Dayana
menjawab mesra.
“Iyalah. Tunggu tau. Nak sampai dah
ni,” Ceria sungguh suara Hajah Citra di hujung talian.
Dayana menggeleng perlahan. Sememangnya,
bapa mertuanya itu gemar akan masakannya. Kata Haji Malik, masakan Dayana
persis arwah ibunya, Nek Yong. Mungkin kerana Dayana merupakan cucu angkat
arwah Nek Yong agaknya. Arwah Nek Yong banyak mengajar Dayana ilmu masakannya.
Emir menuruni anak tangga perlahan. Hari
minggu begini, dia selesa berbaju T round
neck dan seluar pendek paras lutut. Laju kakinya melangkah ke pintu rumah. Selalunya,
uncle Ken sudah menghantar surat
khabar waktu begini. Dayana yang perasan akan kelibat suaminya itu hanya
memandang tanpa kata.
*****
SEDANG elok Emir membongkok mengambil surat
khabar di pintu pagar, matanya menangkap sebuah kereta yang amat diketahui
pemiliknya. Remote di poket dia
keluarkan dan pintu pagar automatik itu terbuka perlahan. Mimpi apalah abah dan
mamanya datang pepagi ni. Mentang-mentang hari cuti, laju saja abah tekan pedal
ke sini. Sudahlah hubungannya dengan Dayana masih dingin.
Dayana keluar menyambut ibu bapa
mertuanya. Dia mendapatkan Emir yang berdiri tegak di sisi BMW 5 seriesnya.
Senyuman diukirkan agar Haji Malik dan Hajah Citra tidak menghidu pergaduhan
mereka. Mahu tiga hari tiga malam, kedua-duanya berleter. Mengalahkan burung
belatuk.
“Mama call saya tadi. Sorry,
tak bagitahu,” Emir mendengus perlahan. Abah dan mama sudah di hadapan mata
pun. Nak kata apa lagi?
Saat itu, Dayana terperasan kereta Emir
tercalar. Bukan sikit, tapi hampir seluruh sisi pintu depan dan belakang di
sebelah pemandu, rosak teruk. Macam terkena sesuatu yang tajam dan benda itu menoreh
kulit kereta mahal Emir. Pandangan ditala pula pada tuan punya kereta. Elok
sahaja lelaki itu. Tiada kecederaan pun. Cedera otak kot. Hah?
“Amboi, untung kita, abang. Siap ada
orang escort lagi. Kalau macam ni,
tiap-tiap pagilah kita terjah rumah budak-budak ni,” seloroh Hajah Citra.
“Ha’ah. Hari-hari boleh makan masakan
Yana,” Dayana tersenyum. Suka benar Haji Malik akan masakannya itu.
“Saya masak, abang tak nak makanlah.
Mana aci,” cebik Hajah Citra. Haji Malik cepat-cepat memujuk isterinya dengan
mencuit pipi Hajah Citra.
“Masuklah, abah, mama. Tahun bila nak breakfast kalau dok buat adegan pujuk
memujuk kat sini,” celah Emir senada.
Haji Malik dan Hajah Citra gelak kecil.
Sensitif pula Emir pagi ni. Selalunya, dia yang menambah garam. Pantang tengok
mereka suami isteri bergaduh, pasti ada sahaja yang dia bahankan.
“Jomlah. Perut abah pun dah lapar
sangat ni. Bergurindam sakan dah, hah,” Mereka berempat beriringan masuk ke
dalam rumah.
Dayana pantas ke dapur dan mengeluarkan
pinggan yang sudah dia siapkan tadi. Ringan sahaja tulang Emir membantu
isterinya. Haji Malik dan Hajah Citra hanya sediakan perut mereka. Setelah
semuanya siap dan berada di meja makan, Haji Malik mengaminkan doa makan. Lebih
berkat.
“Yana, abah dengar Yana nak resign. Betul ke?”
Dayana mengangguk.
“Ha’ah. Dah hantar notis pun. Sebulan,”
jawab Dayana. Emir di sebelahnya kaget namun disembunyikan rasa terkejutnya.
“Eloklah Yana resign. At least, boleh
tumpukan perhatian pada rumah tangga. Emir pun lebih dari mampu nak tanggung
kamu. Kamu minta ferris wheel satu,
letak dekat belakang rumah pun boleh dapat,” Amboi, sakan Hajah Citra menambah
perasa.
“Awak bagi hint kat abang ke, Citra? Abang takut tinggilah nak pasang ferris wheel kat rumah kita,” Hajah
Citra mencubit lengan suaminya.
Depan anak-anak pun, menjadi perangai
terlebih gula dia tu. Umur dah senja pun, mengada lagi.
“Emir, kenapa diam aje? Kamu tak sihat
ke?” soal Hajah Citra pelik.
Emir hanya akan diam apabila dia kusyuk
melayan video A Pink dia saja. Ini, bayang A Pink pun tiada. Jangankan A Pink, Emir
pun dah hilang.
“Tak adalah. Penat sikit aje,” balas
Emir. Terbit rasa bersalah di hati Dayana. Tidak patut dia memberontak sakan
pada Emir. Tapi, Emir juga penyebabnya. Haish, kusut!
“Alang-alang dah sama-sama cuti ni, bermanjalah
sikit. Kalau kamu berdua nak tahu, abah dengan mama dulu pantang ada cuti,
mesti nak pergi melancong. Tak kisahlah kat mana pun. Masa cutilah nak
bermanja. Hari lain, masing-masing sibuk,” ujar Haji Malik ceria.
Jika diingatkan kisah lalu, hatinya
senang sekali. Dia rindukan setiap saat itu di mana dia dan Hajah Citra sering
sahaja berkepit ke sana sini. Kini? Kalau boleh, dua puluh empat jam nak
berkepit. Masing-masing pula sudah pencen. Setiap masa adalah masa mereka.
Jadi, setiap masa dihabiskan bersama.
“Sekarang pun still honeymoon, kan? Abah selalu bawa mama pergi mana?” tanya
Dayana, sekadar ingin tahu.
“Emmm, pantai. Sebab mama suka pantai. Dengar
bunyi ombak pun, mama dah menjerit macam budak-budak dapat coklat,” Dayana
tergelak kecil. Ceria sahaja pasangan itu apabila cerita lama diungkit.
“Yana bukan suka pantai jugak ke?”
“Suka. Tapi, Yana lebih suka duduk
rumah. Dulu, arwah Nek Yong dah selalu bawa Yana pergi pantai. It quite hard to be there since I might
remember the old time I’m with her,” kata Dayana dalam nada bersahaja.
Dia tidak mahu bersedih. Dia perlu
kuat. Sudah tiga tahun, nenek angkatnya meninggal dunia kerana penyakit kencing
manis. Namun, kehadiran arwah Nek Yong masih terasa di hatinya. Sampai
bila-bila pun dia tidak akan melupakan budi baik arwah Nek Yong yang sanggup
mengambilnya dari rumah anak yatim dan membelanya. Jasa itu takkan pernah
terbalas.
“Sebab tulah, kita kena hargai apa yang
ada di depan kita ni. Jangan sampai dah terlambat, baru nak hargai. Masa tu, nak
buat apa pun dah tak guna. Semua dah jadi memori,” hujah Hajah Citra.
Dayana terkesan akan kata-kata itu. Ya,
dia perlu menghargai segala yang berada di depannya. Salah satunya ialah
suaminya, Zakif Emir bin Haji Malik. Hajah Citra melemparkan senyuman penuh
makna kepada menantu kesayangannya itu. Dia terlebih dahulu mengenali Emir.
Jika wajah anak lelakinya itu keruh
semacam, pasti ada yang tidak kena. Dua puluh lapan tahun, Emir berada di bawah
pengawasannya. Dia sudah masak benar dengan kerenah Emir. Hajah Citra dan
suaminya sudah mengagak hal seperti ini akan berlaku sejak Emir terjebak dengan
para gadis dari Korea itu.
Usai bersarapan, Haji Malik dan Hajah
Citra meminta diri. Mereka ada perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan veteran di
mana mereka akan berkumpul untuk berkongsi cerita. Di situlah Haji Malik dan
Hajah Citra menghabiskan masa mereka setiap hujung minggu. Disamping dapat
mengeratkan silaturahim, mereka juga saling bertukar pandangan tentang didikan anak-anak.
*****
DAYANA mencari suaminya. Di ruang tamu,
tiada. Di luar, tiada. Di dapur, tiada. Pasti lelaki itu di bilik. Langkahnya
dibawa ke tingkat atas. Sunyi pula rumah ini. Selalunya bising dengan ipod si
Emir yang sibuk berkumandang lagu-lagu A Pink. Hari ni, tiada pula alunan suara
merdu mereka. Erk!
“Abang, where are you?” suara lembut Dayana memanggil suaminya. Dijengulkan
kepala ke ruang tamu kedua. Juga tiada kelibat Emir.
Akhirnya, langkah diatur ke bilik. Itu
adalah tempat terakhir pencariannya. Saat pintu bilik ditolak, matanya
menangkap susuk tubuh Emir sedang berbaring di katil.
“Abang, kenapa ni?” Laju kaki Dayana
menghampiri suaminya.
Wajah Emir pucat. Dayana menekap
belakang tangannya di dahi Emir. Ternyata suhu badan Emir di luar kebiasaan.
Panas! Emir merengek kecil. Perangai budak-budak dia sampai dah. Dayana berlalu
ke almari dan mengeluarkan tuala kecil sebelum ke bilik air. Tuala kecil itu
dibasahkan.
“Kita pergi klinik nak?” Emir
menggeleng perlahan. “Badan abang panas ni. Yana bawa pergi kliniklah,” pujuk
Dayana lagi.
“I’m
okay,” kata Emir lemah.
“Apa yang okeynya? Muka abang dah macam
tuttt,” Nauzubillah. Memang pucat sungguh wajah kacak itu. Bibir pun dah macam
tak berdarah. Like a ghost, maybe corpse?
Oops! Tak baik mengata suami Yana, getus hati kecil Dayana.
“Saya cakap okey, okeylah,” bentak Emir
geram. Dia menutup mukanya dengan selimut. Tidak suka diganggu ketika dia
sedang berehat.
“Okey, okey. Abang is fine. But, I’m not. Jomlah pergi klinik. Please,” Tidak jemu bibir Dayana
memujuk.
Risau dia melihat keadaan Emir. Pasti
suaminya itu mengalami kejutan kerana kemalangan semalam. Takkanlah Emir
baik-baik sahaja sedangkan kereta lelaki itu tercalar bukan main teruk lagi. Memanglah
luaran tidak tercedera. Kecederaan dalaman, manalah kita nampak.
“Don’t
force me, Dayana. Let me take a nap for a minutes,” Dayana mengeluh
perlahan. Emir masih marahkan diakah?
“Hmmm,” sebak juga Dayana.
Begini agaknya perasaan Emir ketika dia
mogok dengan suaminya itu kebelakangan ini. Redha sajalah. Anggap ini adalah karma.
Fair and square. Dayana membawa diri
ke dapur. Dia ingin menyediakan bubur untuk suaminya sebagai tanda dia sudah
memaafkan lelaki itu.
*****
SIANG sudah melabuhkan tirai, malam pula
berganti. Dayana termenung di sofa. Televisyen yang terpasang dibiarkan. Emir
mengunci dirinya di dalam bilik. Puas Dayana memujuk dan merayu agar lelaki itu
membuka pintu, namun langsung tidak diendahkan. Akhirnya, Dayana pasrah.
Mungkin ini balasan dia derhaka dengan
suaminya beberapa hari ini. Air mata yang jatuh ke pipi diseka. Sedih memanglah
sedih. Tapi, memang salahnya. Hal kecil, sengaja dibesarkan. Inilah padahnya.
Suami sendiri pun sudah malas melayan. Terkontang kanting dia di sini
sendirian. Nasib badan. Haruman Calvin Klien mengganggu lamunan Dayana.
Selamba sahaja Emir menuruni anak
tangga. Tubuh itu kelihatan segar. Sudah tidak lemah seperti tadi. Bukan main segak
lagi dengan kemeja berbelang putih dan biru juga jeans hitam. Dayana bangkit.
Suaminya hendak ke mana pula ni?
“Abang nak keluar ke?”
“Hmmm, awak tidurlah dulu. Saya balik
lambat,” kata Emir sambil menyarungkan kasutnya.
Dayana bungkam di pintu. Hendak
menangis, dia bukan pemain drama air mata. Hendak merayu, sudah dilakukan. Apa
lagi Emir mahu dia buat? Sudahnya, dia hanya diam sehinggalah bunyi deruan
enjin kereta Emir meninggalkan perkarangan rumah menyedarkannya ke dunia realiti.
*****
“ASSALAMUALAIKUM, boleh saya bercakap dengan Encik
Zakif?” Emir kerutkan dahinya. Siapa pula yang menelefon ketika dia sedang sibuk
ni?
“Waalaikumsalam. Cik, maafkan saya.
Nanti telefon balik ya,” Pantas talian dimatikan. Gajet itu dilemparkan di
sebalik timbunan kertas-kertas pelan.
Jam tangan dipandang sekilas. Sudah
tengah hari rupanya. Banyak lagi kerjanya ni. Belum tentu boleh siap dalam masa
tak kurang empat jam, office hour
akan menjelang. Haish, klien pun selamba sahaja mengubah pelan di saat-saat
akhir. Memang kelam kabutlah memandangkan esok pagi adalah date linenya. Mahu sahaja dia menolak kertas kerja itu ketika
diberitahu ada perubahan.
“Mir, sempat ke nak siapkan before five? Guard kat bawah tu bukannya stay
sini sampai malam. Office hour habis,
dia pun habis kerja jugak,” rungut Ikhwan.
Sekumpulan manusia yang sedang
bertungkus lumus di satu sudut bilik Emir juga bersetuju. Masih banyak yang
perlu diubah. Emir berfikir seketika. Hendak tak hendak, dia perlu membawa
staf-stafnya pulang ke rumahnya. Selesa sikit berbanding mereka berkumpul di
mana-mana restoran.
“Emmm, after office hour, kita pergi rumah sayalah,” Sorakan bergema di
segenap bilik.
Jarang sekali mereka dapat bertandang
ke rumah Emir. Ini peluang emas bagi mereka. Boleh juga berkenalan dengan
isteri lelaki itu. Sejak bos mereka berkahwin, belum pernah lagi mereka dibawa
ke rumahnya. Dayana pula jarang mengikut
Emir ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh syarikat milik Haji Malik yang kini
sudah diambil alih oleh abang sulung Emir, Zakir Anas. Emir pula memegang
jawatan COO merangkap ketua di bahagian pelan pembangunan.
*****
DAYANA mencelikkan matanya perlahan. Keadaan
disekelilingnya kelihatan asing. Dimanakah dia? Bukankah tadi, dia berada di
tempat kerja? Kenapa pula dia berada di sini pula?
“Alhamdulillah, puan dah sedar,” Dayana
memandang seorang wanita yang sedang tersenyum kepadanya.
“Sa… saya kat mana?”
“Puan jangan risau. Puan berada di
klinik saya,” Doktor Junaidah membantu Dayana bangun dari katil di biliknya.
“Klinik?” Doktor Junaidah mengangguk.
Dipimpin Dayana ke mejanya dan didudukkan Dayana ke kerusi.
“Kawan sepejabat puan yang menghantar
puan ke sini. Katanya, puan pengsan di tandas,” Dayana mengerutkan dahinya.
Dia cuba mengingati kembali apa yang
berlaku kepadanya. Ya, dia ke tandas kerana tekaknya terasa loya dan mahu
memuntahkan segala isi perutnya. Entah macam mana, dia boleh pengsan. Syukur sahaja
ada yang perasan.
“Kenapa dengan saya, doktor?” tanya
Dayana, inginkan kepastian. Doktor Junaidah senyum manis.
“Alhamdulillah, puan mengandung. Tiga
bulan,” Pernyataan itu mengejutkan Dayana. Mengandung?
“Be… betul ke, doktor?” Doktor Junaidah
mengangguk lagi. Dia sudah lali dengan respons yang diberi setiap ibu yang
datang ke kliniknya. Mereka bagaikan berada diawangan.
“Maafkan pihak kami ya, puan. Kami dah
cuba hubungi suami puan. Tapi, suami puan tidak dapat hadir,” Dayana senyum
nipis.
Mustahil Emir memberitahu, dia tidak
dapat hadir melainkan lelaki itu belum mengetahui keadaannya. Sah suaminya cuma
jawab dan memutuskan talian. Selalu sangat begitu. Dia sudah dimaklumkan
tentang kesibukan suaminya yang sedang mengejar date line. Itu pun diberitahu secara bertulis. Nota itu elok sahaja
ditampal di pintu bilik. Senget punya suami.
“Tak apa, doktor. Saya dah okey pun. Tapi,
macam mana dengan keadaan saya? Maksud saya, orang mengandung kan ada morning sickness,” Ini pengalaman
pertamanya. Sudah tentu, banyak benda yang ingin dia ketahui.
“Oh, itu puan jangan risau. Bukan semua
wanita mengandung yang mengalami morning
sickness. Kandungan puan sudah di penghujung trimester. Insha Allah, tak
ada apa-apa. Cuma, puan kena jaga pemakanan. Diet itu penting. Bulan depan,
puan bawa suami puan sekali untuk check
up,” jelas Doktor Junaidah.
Dayana senyum. Jika dia tidak
dimaklumkan oleh doktor pun, dia tahu dia mengandung. Sudah tiga bulan, dia
tidak bulan. Cuma, perkara itu tidak diberitahu kepada Emir. Tengah berperang
kan? Atau, mereka dingin kerana dia sedang mengandung? Macam ada kaitan saja.
“Terima kasih. Insha Allah, nanti saya
datang dengan suami saya. Saya minta diri dulu, doktor,” Doktor Junaidah senyum
lebar.
Dayana melangkah meninggalkan klinik
setelah mengambil vitamin yang diberikan oleh jururawat di kaunter. Untung
sahaja teman pejabatnya, Husna masih menunggunya. Tidak perlulah dia
susah-susah menahan teksi. Kakinya juga lemah untuk memandu, jadi dia meminta
Husna menghantarnya ke rumah.
*****
“THANK you, Husna. Lain kali aku belanja
makan eh,” Husna senyum.
“Tak ada hallah. Kau masuklah, rehat.
Muka kau pun pucat lagi tu. Tapi, rumah kau ada kenduri apa? Banyak kereta kat
laman tu,” Dayana melarikan pandangan ke halaman rumahnya.
“Kawan-kawan suami aku kot. Kau tak nak
masuk dulu ke?”
“Eh, tak payahlah, Yana. Kau pun tak
sihat. Lain kalilah aku singgah. Penat pula mak buyung nak melayan aku nanti,”
gurau Husna.
“Banyaklah kau. Pergilah balik. Dah nak
masuk maghrib ni. Kau tu anak dara lagi,” Husna sengih.
“Iyalah. Kau rehat tau. Ingat pesan
doktor. Jumpa kat office.
Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam,” Dayana menghantar
pemergian Husna sehingga hilang dari pandangannya.
Kakinya melangkah ke dalam rumah. Bukan
main riuh lagi rumahnya ketika ini. Tak jumpa penlah, kertas tak cukuplah. Ingatkan
balik rumah, bolehlah berehat. Semakin naiklah suhu badannya malam ini. Salam
diberi dan sudah tentu manusia-manusia di dalam rumah itu tidak mendengarnya.
Sibuk mengalahkan ayam bertelur.
Kelibat Emir dicarinya. Tiada pula di
kalangan kumpulan yang elok berteleku di ruang tamu. Saat itu, telinganya
mendengar perbualan di dapur. Suara garau itu milik suaminya. Suara bak buluh
perindu itu, siapa pula?
“Abang,” sapa Dayana lembut.
Emir yang sibuk mencari gelas di dalam
almari menoleh. Serentak itu, seorang perempuan yang sedang mengacau air di
dalam jug turut memandang Dayana. Dayana mengukir senyum. Tidak mahu dicop
sombong pula.
“Dari mana?” soalan pertama yang keluar
dari mulut Emir.
“Kerja luar. Kawan Yana hantar. Abang
cari apa? Yana tolong,” Emir memberikan ruang untuk isterinya.
“Wife
you?” tanya si pengacau air.
“Ha’ah, Dayana. Sayang, ni officemate abang, Elisa,” Elisa
menghulurkan salam dan disambut Dayana.
Dayana meletakkan gelas-gelas di atas talam
yang sudah dikeluarkan Emir tadi. Sempat lagi dia mencerna kata-kata suaminya. Sejak
bila Emir berabang-sayang dengannya? Bukan tengah berperang ke? Sudahlah Elisa
dikenalkan sebagai officemate,
bukannya staf. Mulalah pening loya dia meragam balik. Encik suami punya pasal.
“Abang, Yana naik atas dulu. Nak mandi.
Kejap lagi Yana turun,” Emir hanya mengangguk. Dayana mencebik. Ingatkan nak
teman naik atas. Hampeh.
Baru nak bermanja, ada pula yang
mengganggu. Nampaknya, dia kena masaklah malam ni. Takkanlah teman-teman
suaminya tidak lapar. Langkah Dayana dilajukan dek tekaknya sudah kembali loya.
Tiba sahaja di bilik air, dia memuntahkan segalanya. Kosong sudah perut yang
diisi ketika makan tengah hari tadi.
*****
EMIR menolak daun pintu bilik. Dayana masih
di tikar sejadah. Baru selesai solat maghrib agaknya. Derap kaki Emir
menyedarkan Dayana.
“Abang order makanan luar, boleh? Yana tak laratlah nak masak,” kata
Dayana sambil melipat telekungnya.
“I’ve
promise to them, you will cook for them tonight,” balas Emir sambil
menanggalkan baju kemejanya. Kini, dia hanya bersinglet. Badan orang pergi gym, agak-agaklah macam mana rupanya.
“Eh? Hmmm, okeylah,” Tapi, rasanya tak
boleh!
Bak pelari pecut kelas pertama, Dayana
berlari ke bilik air. Sekali lagi dia muntah. Emir tercengang. Kakinya bagai
tergam di sisi penyidai tuala. Beberapa saat kemudian, barulah dia melangkah ke
bilik air. Tanpa isyarat, tangannya mengusap belakang isterinya. Tiada angin
tiada ribut, tiba-tiba Dayana muntah. Dah kenapa?
“Okey tak ni?” soal Emir, risau.
“Okey… kot,” Apabila mulut dan
perbuatan tidak seiring, mulalah sakit kepalanya datang. Emir memeluk erat
Dayana yang hampir terjatuh. Dicempung tubuh itu dan dibaringkan di katil.
Dahi Dayana disentuhnya. Suhu okey.
Cuma, berpeluh sakan isterinya ini. Sakit apalah yang menyinggah? Nampak
gayanya, dia orderkan pizza sahajalah
untuk staf-stafnya malam ini.
“Pergi klinik, nak?” Dayana menggeleng.
Jemarinya erat menggenggam jemari Emir. Terasa tenang seketika.
“Dah pergi,” Kening Emir bertaut.
“Bila? Kenapa tak bagitahu?”
“Abang kan sibuk. Tadi ada nurse call abang. Abang tak dapat call ke?” Emir menepuk dahinya. Mulalah
mahu menyalahkan diri sendiri.
“Dapat. I’m too rushing to listen the explanation. Sorry. So, what’s the
problem? Food poisoning?”
Dayani senyum pahit. Masih juga tiada
panggilan mesra untuknya seperti selalu.
“Lebih kuranglah. Abang pergilah mandi,
solat. Lama pulak dia orang tunggu kat bawah…”
“Memang nak pergi pun, tapi tangan
awak…” Dayana sengih. Tangan Emir yang dipegangnya dilepaskan. Nak pegang pun
tak boleh. Huh!
*****
DAYANA menilik jam di dinding. Sudah pukul
dua petang, bayang Emir masih tidak muncul. Ini yang dia sebal. Perutnya sudah
berkeroncong. Habis semua lagu A Pink berdendang. Setelah penat mundar mandir,
dilabuhkan punggung ke sofa. Sinetron yang bermain di layar televisyen
dipandang sekilas.
Tika itu, senyuman dilirik. Encik suami
sudah pulang. Harap-harap, dapatlah apa yang dihajati. Buatnya Emir tidak
membeli makanan itu, tak ke naya. Penuh kesabaran, dia menanti Emir masuk ke
dalam rumah. Sebaik sahaja Emir melangkah masuk, Dayana terus menerpa.
“Assalamualaikum,” sapa Dayana terlebih
dahulu.
“Waalaikumsalam,” jawab Emir
teragak-agak. Dayana bersalam dengan suaminya dahulu sebelum ke agenda
seterusnya.
“Abang beli tak?” Emir menghulurkan plastik
yang berisi nasi berlauk yang dibeli di restoran mamak kegemarannya.
Melebar senyum Dayana melihat bungkusan
itu. Laju dia merangkul leher Emir yang sudah membulatkan matanya itu. Mana
tidaknya, kerenah isterinya sangat pelik hari ini. Ketika sedang bermesyuarat
tadi, dia menerima pesanan sms daripada Dayana yang memintanya membeli nasi
kandar. Kalau tak dibelinya, Dayana akan pulang ke rumah Haji Malik. Haru
sungguh!
“Pergilah makan. Sejuk pulak lauk tu,”
kata Emir yang masih dirangkul isterinya.
“Abang suapkanlah. Tak nak makan
sendiri,” Lagilah Emir pelik. Nak makan bersuap pula.
“Tangan ada kan? Makanlah sendiri. Dah,
lepaslah,” Dayana mencebik. Rangkulannya dilepaskan. Emir merungkaikan tali
lehernya. Mahu tercekik dipeluk erat begitu.
“Tak nak makanlah,” rajuk Dayana.
Emir mendengus. Aduh, perangai apa ni?
“Jangan banyak songeh boleh tak? Penat
kerja pun tak hilang lagi,” Emir bersuara dingin.
Dayana memeluk lengan Emir selamba.
Langsung tidak terkesan dengan amarah Emir. Janji makan tengah harinya hari ini
perlu disuapkan oleh Emir. Dia nekad. Baby’s
request, okay. Mana boleh tolak.
“Alah, please. Tolonglah suapkan. Cepatlah, Yana dah lapar ni,” rengek
Dayana.
Sabar sajalah Emir dengan kerenah
Dayana hari ini. Malas mahu mendengar rengekan si isteri, digagahkan juga
dirinya yang sudah kepenatan melayan kehendak Dayana. Siapa tak sayangkan
isteri? Bukan setakat sayang lagi dah, tapi tahap cinta melampau. Jika tidak, buat
apalah dia mengahwini Dayana.
Dayana menanti di meja makan. Nasi
kandar di hadapannya kelihatan sedap sekali. Mahu meleleh air liur dia ni
pandang lama-lama. Lambat pula Emir membasuh tangan. Emir duduk di sebelah
Dayana sambil mencapai sudu dan garfu di dalam bekas di atas meja makan. Dayana
merenung suaminya.
“Kenapa?” tanya Emir yang perasan akan
renungan itu.
“Tak mau pakai sudu. Abang guna
tangan,” Sudu dan garfu di tangan Emir, diletakkan kembali ke tempatnya.
“Tangan?” Dayana mengangguk laju.
Tanpa kata, diturutkan sahaja kemahuan
Dayana. Berselera sekali Dayana menjamu selera.
“Abang, malam ni Yana nak makan sate kajang,”
Emir terbatuk kecil. Sate kajang? Malam ni?
“Esoklah. Tempat tu bukannya dekat,
jauh. Sate kat hujung taman tu pun sedap jugak. Kalah sate kajang,” balas Emir
sambil menyuap nasi ke mulut isterinya.
“Tak nak,” rengek Dayana lagi dengan
mulut penuh.
“Okey, okey. Makan bagi habis dulu,
baru cakap,” Tercekik karang, siapa yang susah? Dia juga.
Tak faham sungguh dengan permintaan
Dayana yang semakin merepek. Jarang Dayana merengek macam kanak-kanak. Tambahan
pula, makanan yang diminta Dayana bukanlah kesukaannya. Tiba-tiba, minta sate
kajang. Pelik tahap tujuh petala ni. Lebih baik dia bertanya pada mamanya. Mana
tahu, mamanya tahu.
*****
LAGU A Pink, Bubibu rancak bermain di ipod.
Sengaja Dayana pasang lagu itu. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar
lagu-lagu A Pink. Emir yang addicted
itu pun sudah jarang melayan lagu-lagu. Diusap perutnya yang masih belum
menampakkan kebuncitannya. Pasti baby
yang ingin mendengarnya. Dayana bukannya minat sangat dengan lagu-lagu Korea
ni. Melekat juga perangai papa dia ni.
Sedang kusyuk Dayana melayan, Emir
menekan punat ‘stop’ di ipod.
“Abang, kenapa tutup?”
“Bisinglah,” Erk? Ternganga Dayana
dibuatnya. Diterkam Emir yang sedang enak berbaring di katil.
Emir yang terkejut, hampir sahaja
meloncat turun katil. Selamba sahaja Dayana memeluknya. Erat pula tu.
Macam-macam pe’el sungguhlah. Selepas ni, apa pulalah yang akan dilakukan
Dayana. Entah-entah, minta ferris wheel
letak dekat belakang rumah seperti yang dikatakan oleh Hajah Citra hari tu.
Memang hilanglah rambut terpacak dia ni. Ohoi!
“Abang marahkan Yana lagi ke?”
“Marah apanya?”
“Dah lama sangat Yana tak dengar abang
panggil Yana, sayang. Abang pun tak bahasakan diri abang tu, abang. Kan abang still marahkan Yana tu,” bicara Dayana.
Tangannya yang tidak boleh duduk diam itu, bermain dengan jari jemari Emir.
Emir berdehem.
“Tak marah dah. Cuma…”
“Yana sorry. Janji tak buat lagi. Masa tu hormon Yana tak betul. Maafkan
Yana, eh?” Dikerdip matanya berulang kali.
Emir memandang Dayana yang bersandar di
dadanya.
“Tengoklah macam mana,” Laju jemari
Dayana mencubit perut Emir. Tak makan saman sungguh.
“Yana serius ni, abang. Hah, terima
ksaih untuk sate malam ni. Esok, Yana nak makan… nasi goreng tom yam dekat
restoran area rumah mama tu,” ujar
Dayana dengan selamba badaknya. Riak muka Emir toksah ceghitalah. Dah macam tertelan biji betik.
“Esok? Abang ada kerjalah. Lusa baru
abang free,” Dayana bingkas duduk.
Dipandang si suami, tidak puas hati.
Dia nak makan esok juga, tak boleh hari lain. Tapi, gembira juga hatinya kerana
Emir kembali mesra dengannya. Kiranya, Emir sudah memaafkan dirinyalah, kan.
Leganya hati.
“Lusa? No no no,” Emir tergelak. Comel pula Dayana menari ala-ala A Pink.
“Serius, sayang. Abang memang ada
kerja. Yana pergi dengan mamalah. Esok abang call mama. Okey?”
Dia betul-betul ada kerja penting esok.
Klien dari Itali akan membuat lawatan ke site.
Dia sebagai ketua projek harus mengiringi klien penting itu. Zakir, abangnya
tidak dapat turut serta kerana terpaksa ke Singapura atas urusan kerja yang
lain. Nak tak nak, dia juga yang kena turun padang.
“Mama pun mamalah,” Orang nak suami,
bukan mama, bentak hati Dayana.
Sudahnya, dia menarik selimut dan menutup
lampu tidur di meja sisi. Emir angkat kening. Merajukkah isteri kesayangan dia
ni? Haish, mengundang bala sungguh. Baru sahaja mesra, dah dingin balik. Tanpa
mengendahkan rajuk si isteri, dipeluk tubuh ramping di sebelahnya itu. Dayana
hanya membiarkan sahaja. Malas menghalang, tahu dia akan gagal.
*****
NASI goreng tom yam di hadapannya, ditenung
kosong. Hajah Citra sudah pelik dengan sikap menantunya itu. Beria-ia sahaja
pagi tadi Emir memintanya agar menemani Dayana ke restoran itu. Sudahnya, menantunya
hanya diam dan tenung nasi yang dipesannya itu macam nak tembus pinggan ke
meja.
“Yana, kenapa tak makan lagi ni? Tak
tembus pun pinggan tu, awak tenung lama-lama,” tegur Hajah Citra.
“Tak ada seleralah, ma,” balas Dayana
senada. Disandarkan tubuh ke kerusi.
“Yana tak sihat? Jomlah, mama bawa
pergi klinik. Nak?”
“Yana okeylah, ma. Cuma, itulah. Yana
nak abang yang suapkan,” Hajah Citra ketawa kecil. Manja juga Dayana rupanya.
“Nak buat macam mana, Emir kan kerja. Kalau
Yana tak nak makan, kita baliklah. Mama masak, nak?”
Seperti anak kecil, Hajah Citra memujuk
menantunya itu. Bukannya dia tidak tahu, kenapa Dayana begitu. Lebih dari tahu.
Tapi, dia diamkan sahaja. Mungkin Emir masih belum mengetahui keadaan isterinya
itu. Haji Malik ada memberitahunya tentang kesibukan Emir kerana banyak projek
baru masuk. Tak menang tangan, kakitangan syarikat ingin menguruskannya.
Dayana senyum nipis. Dia memang
teringin sekali nak makan nasi goreng tom yam itu, tetapi seleranya mati jika
bukan Emir yang menyuapnya. Sogoklah segala jenis masakan pun, dia takkan makan
tanpa Emir. Semakin mengada-ngada pula perangainya kini. Bukan dia sengaja,
tapi memang keinginannya. Keinginan baby
kot.
“Lah, tak makan lagi?”
Hajah Citra menggeleng. Dayana
mendongak. Emir! Automatik senyuman Dayana melebar. Emir duduk di kerusi
bersebelahan dengan isterinya. Nasibnya baik kerana wakil dari Itali itu
sanggup menghabiskan kerja sebelum lunch.
Wakit itu pula yang teruja apabila Emir memaklumkan dia ingin pulang sebentar kerana
ingin makan tengah hari bersama isterinya. Sudahnya, bukan sebentar tapi sepanjang
hari boleh menghabiskan masa bersama Dayana.
“Dah siap kerja, Mir?” soal Hajah
Citra.
“Dah, ma. Mr Raven, klien Emir tu yang
bersungguh suruh Emir balik. Ingatkan mama dengan Yana dah balik tadi. Nasib
baik, tak adalah Emir kena tidur luar malam ni,” Dayana ketap bibir. Malu pula
dengan ibu mertuanya itu.
“Macam-macam. Kamu makanlah. Mama balik
dulu. Esok Yana datang rumah mama ya?”
“Okey, ma. Sebelum subuh, Yana sampai,”
Hajah Citra mengusap kepala Dayana yang berlapik selendang itu sebelum berlalu
ke keretanya.
Emir merenung isterinya.
“Abang dah kenapa, pandang Yana macam
tu?”
“Tak ada apalah. Meh sini, abang suap. Baby besar abang ni dah lapar ya,”
Dayana senyum. Baby kecil pun lapar
jugaklah, desis Dayana.
*****
“ABANG, tolong pasang lagu A Pink. Yana nak
lagu ‘U’,” Emir terpaku di sisi hi fi speaker, baru sahaja ingin menukar
lagu-lagu di dalam ipodnya.
“Tak payahlah. Kan sayang tak suka,”
Dayana mengerling suaminya.
“Sekarang dah suka, tolonglah
pasangkan. Please,” Akhirnya Emir lemah dengan pujukan manja Dayana. Haip!
“Okey, tapi dengan syarat. Sayang dengar
guna headphone eh,” Headphone yang berada di atas meja, diambil. Dihulurkan headphone
itu kepada Dayana.
“Lah, abang tak nak dengar sekali ke?”
Emir menggeleng pantas.
Entah kenapa, tiba-tiba dia mual
mendengar lagu-lagu yang pernah diminatinya dulu. Sekarang ini, segalanya
terbalik. Emir suka apa yang Dayana suka, begitu juga sebaliknya. Semuanya kerana
Dayana mengandung kot. Tapi, Dayana masih belum memberitahu Emir tentang itu.
“Abang nak turun bawah kejap. Sayang nak
apa-apa tak?”
Dayana berfikir sejenak.
“Emmm, Yana nak pillow talk!” Erk, pillow
talk?
Emir tidak jadi melangkah. Dia berhenti
di depan pintu bilik.
“Abang turun bawah ambil barang kejap,
nanti kita pillow talk ya,”
Harap-harap isterinya itu mengangguklah.
“Okey. Make it faster, abang,” Huh, lega.
Sepantas kilat, Emir menghilang ke
tingkat bawah. Dia mengambil kunci keretanya. Sebelum pulang tadi, dia sempat
membeli hadiah untuk isteri kesayangannya. Sengaja ingin mengejutkan Dayana. Pasti
isterinya itu teruja tatkala melihat hadiah yang dibelinya. Dia sememangnya
tahu, hadiah itu adalah kesukaan isterinya. Selain itu, dia juga menyediakan
sendiri hadiah yang paling istimewa untuk Dayana.
Sementara itu, Dayana turut menyediakan
kejutan untuk suaminya. Beberapa keeping gambar Polaroid, dia keluarkan dari
beg kertas. Penyepit kayu yang dibelinya turutkan dikeluarkan. Sepantas yang
boleh, dia gantungkan gambar-gambar Polaroid itu di tali yang telah dia
pasangkan pagi tadi. Penat juga dia menyiapkan sudut khas untuk kenangan mereka
itu.
*****
TOMBOL
pintu bilik dipulas, Emir menjengulkan
mukanya. Aik, kenapa bilik gelap? Dayana ke mana pula? Dia melangkah masuk ke
dalam bilik perlahan. Manalah tahu, Dayana sedang mengambil angin di balkoni. Tidak
mahu surprisenya terkantoi. Hadiah itu disorokkan di belakangnya.
“Surprise!”
jerit Dayana seiring dengan cahaya lampu terpasang di sudut kerja Emir.
Emir hampir terlompat dek terperanjat. Matanya
ditala ke dinding. Dayana sedang berdiri di sisi gantungan Polaroid sambil
mengulas senyuman yang menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Ingin
mengejutkan, kini dia yang dikejutkan.
“Abang, sinilah,” gamit Dayana.
Melihatkan Emir masih terkaku di
tempatnya berdiri, Dayana menghampiri suaminya dan menarik lelaki itu.
“Apa ni?”
“Kejutan untuk abang. Kebanyakan gambar
ni, Yana minta dekat mama. Our wedding ceremony,
our honeymoon and of course… our baby too,” Pandangan Emir terpaku pada
gambar ultra sound.
“I’m
expected that, sayang. Pandai kan surprisekan
abang. By the way, this is my present for
you,” Bertambah lebar senyuman Dayana. Terkejut juga.
Emir menghulurkan bungkusan yang
disorokkan di belakangnya kepada Dayana. Dibuka hadiah yang diberikan oleh
Emir.
“Winter
Sonata, Autumn In My Heart CD… oh my. Abang, thank you,” Dayana merangkul
leher Emir erat. Emir tersenyum senang.
Hadiah kedua pula dibukanya. Kali ini,
Dayana terdiam. Bagaikan tidak percaya. Inilah hadiah yang paling istimewa
baginya. Bersama air mata yang mengalir dia memeluk Emir. Dibalas pelukan
isterinya. Dia juga hampir menitiskan air mata. Terharu dengan kejutan dari
isterinya.
Replika rumah kayu yang direka sendiri
oleh Emir. Itu adalah rumah impian Dayana sejak kecil lagi. Dayana tidak dapat
menahan perasaannya. Terharu sangat dengan usaha suaminya itu. Bukan sesuatu
yang mudah untuk menyediakan replika itu. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi.
“Thank
you so much. I love you, abang,” Emir menyapu air mata isterinya.
“Thank
to you too for this Polaroid. I heart it, sayang. And, I love you too. Can’t
wait to meet our baby,” Dipeluk isterinya sekali lagi.
Mereka sama-sama menilik satu per satu
gambar. Setiap gambar membawa seribu satu kisah. Dan, gambar ultra sound itu menarik perhatian Emir. Matanya
bagai digam di situ. Jadi, Dayana merengek meragam bagai tu disebabkan
pembawaan budak rupanya. Patutlah manja semacam. Asyik nak berkepit saja.
Jauh di sudut hati Emir, harapnya
selepas Dayana bersalin dia kembali meminati A Pink. Uhuk! Sekarang ini pun,
dia memaksa dirinya agar tidak terus melupakan A Pink. Kenapa dia suka A Pink? Hanya
kerana satu alasan; pertama kali Zakif Emir bertemu dengan Dayana Zahra, lagu A
Pink berjudul Secret Garden menjadi lagu latar pertemuan mereka. Di situlah
Emir mula menyukai Dayana. Semuanya kerana anak saudara Emir yang memasang lagu
itu ketika matanya terpikat kepada Dayana. Itulah kesahnya.
‘You
don’t make a photograph just with a camera. You bring to the act of photography
all the pictures you have seen, the books you have read, the music you have
heard, the people you have loved.” – Ansel Adams
Secret
Garden by A Pink – English Translation
The tip of my nose tingles
Whenever I’m next to you
My eyes close and I get languid
Feels like I will fall asleep
Whenever I’m next to you
My eyes close and I get languid
Feels like I will fall asleep
Should I softly hug you?
Filled with the scent of jasmines
I hear my heart pounding
Maybe you and I have dreamed of this time
Filled with the scent of jasmines
I hear my heart pounding
Maybe you and I have dreamed of this time
I will open the secret door that I only I know and invite you
For you, who has opened my closed heart
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
For you, who has opened my closed heart
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
Should we walk as we hold hands?
Filled with the scent of jasmines
You come to my shy face
And your lips sweetly touch my cheek
Filled with the scent of jasmines
You come to my shy face
And your lips sweetly touch my cheek
I will open the secret door that I only I know and invite you
For you, who has opened my closed heart
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
For you, who has opened my closed heart
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
Sometimes, I get nervous
But I want to believe you like I am now
Be with me by my side forever in this place, my love
But I want to believe you like I am now
Be with me by my side forever in this place, my love
I will open the secret door that I only I know and invite you
For you, who has opened my closed heart
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
Only you know my garden
Whisper the secret confessions that only we know
Our stories that no one else will know
When the door opens, love will start in this place
This moment, with the dazzling day
~TAMAT~
OMG.... Best sangat2 akak, ♥♥♥♥♥♥
ReplyDeleteUat lagi ye cerpen mcm gini :)
terima kasih, balqiz. even banyak typo pun best jugak? hehe. :D. inshaAllah.
DeleteSweetnye! Amazing story dear writter. Really heart it. Hahahaa, superbb. :)
DeleteBest...bestt....nk lg....bole?
ReplyDeletetak menolak untuk SE. :D.
Deletememang best...tq.
ReplyDeletewow bagus juga ceritanya. ok bisa baca juga ya cerpen hasil karyaku di
ReplyDeletehttp://www.infopurwokerto.info/cerpenku-purwokerto-love-storie-3/
ok salam hangat dan terimakasih
sweetnyeeeee...realiti ade tak suami cam gituuu jeles laa ngn dayana...
ReplyDeletesweetnyeeeee...realiti ade tak suami cam gituuu jeles laa ngn dayana...
ReplyDeleteSgt menarikkk... Lain dari lain...
ReplyDelete