Assalamualaikum... Hye!
BCP datang lagi. hehe. kali ni CIA letakkan sekali dia orang punya character. okey tak? atau, tak sesuai. huhu. sebab dua orang ni masuk dengan watak Amar dan Nur Dini. :D. SELAMAT MEMBACA! :D. malam ni lambat sikit entry ya. family gathering. minggu ni sampailah minggu depan, CIA fully book. cuti sekolah kan so semua sedara balik. memang kalut nak terkejar sana sini. CIA cuba post entry eh.
*****************
Mata yang silau dek terkena cahaya lampu,
ditenyeh. Dalam mamai, dia mencari seseorang. Masih lena.
“Amar, bangunlah. Dah subuh ni,” Bahu Amar
digoncang perlahan.
Nur Dini bergerak ke penyidai, diambil tualanya
yang tersidai dan diletak ke bahu. Tangannya pula sibuk mengemaskan rambut yang
sudah seperti dilanggar todak itu. Sekali lagi mata terarah pada susuk tubuh
yang tidur meniarap itu. Aduh, mamat ni. Susah yang amat nak bangun pagi. Jirus
air satu baldi, baru dia ketahuan.
“Amar, awak tak bangun dalam masa sesaat… saya
peluk awak,” Berani mati dia memprovokasi si suami muda itu.
“Silakan…” Kedengaran suara garau Amar di
sebalik selimut tebal.
Nur Dini berdecit. Pepagi nak menggatal. Ngek!
“Selepas saya habis mandi, awak tak
bangun-bangun jugak… alternatif seterusnya saya lancarkan ya,” ugut Nur Dini
sebelum menghilangkan diri ke dalam bilir air yang besar dan luas itu.
Percaya atau tidak, kini dia sudah berada di kamar
milik Amar di rumah banglo yang sebesar alam ni. Nak tak nak, Nur Dini perlu juga
mengikut arahan Amar yang mahukan dia membiasakan diri di kalangan ahli
keluarga encik suami. Ketika makan malam bersama semalam, terkelu jugalah lidah
Nur Dini.
Mana tidaknya, mereka makan tanpa bersuara.
Hanya bunyi kipas plus tingtung sudu
berlaga dengan pinggan. Sungguh menduga kesabaran si banyak mulut aka Nur Dini
tu. Pertama kali, dia hidup bersama sebuah keluarga yang seolah-olah mengikut protokol.
Segala-galanya perlu mengikut aturan. Sepatah Tan Sri Riduan bersuara, sepatah
jugalah jawapannya. Haih, senak ulu hati.
Amar bingkas duduk. Dipandang pintu bilik air
yang sudah tertutup rapat itu. Terbit sebuah keluhan berat. Nur Dini langsung
tidak merungut segala ketidakpuasan hatinya ketika berada di banglo tiga
tingkat ini. Malah, puan isteri hanya berlagak seperti biasa. Seperti berada di
rumah ahli keluarganya sahaja.
Opah Yam pula, minggu depan barulah dia akan
pulang ke sini. Jika tidak, tak adalah Nur Dini berasa janggal. Mati kutu juga
si Amar ni pun. Dia sendiri kelihatan kaku dengan ahli keluarganya, inikan Nur
Dini yang baru sahaja ingin membiasakan dirinya. Senang-senang, mereka tinggal
sajalah di rumah sendiri. Barulah ada thrill,
plus romantik gitu. Amar menyekeh
kepalanya sendiri, bukan main melalut lagi angan-angannya pagi ni. Semput!
*****
Nur Dini melangkah ke dapur. Puan Sri Syifa
sedang membuka pintu peti ais dan mengambil kotak susu sebelum dituangkan ke
dalam gelas putih tinggi.
“Morning,
mummy,” sapa Nur Dini ceria. Puan Sri Syifa pandang Nur Dini sekilas. Muka
beku ditayangkan. Nur Dini senyum nipis. “Mummy,
boleh Dini tanya sesuatu?” Dilabuhkan punggung di kerusi island table. Mata merenung wajah Puan Sri Syifa yang masih
kelihatan muda itu.
“Tanyalah cepat…”
Dingin sekali suara itu.
“Petang ni mummy
ada kerja tak? Dini ingat nak ajak mummy
teman Dini pergi shopping. Mummy
tahulah anak mummy tu, bukannya suka
pergi mall. Boleh eh, mummy,” Selembut mungkin Nur Dini
bersuara.
Hati ibu mertuanya yang dingin itu harus dilenturkan
dengan kelembutan. Barulah dia akan mula bersikap mesra.
“Dah tak ada orang lain nak ajak? Buat apa aku
nak ikut kau,” Nur Dini menayang sengih, comel.
“Bukannya tak boleh ajak orang lain, tapi benda
yang Dini nak beli ni mummy aje yang
tahu. Mummy kan dah lama kahwin
dengan daddy. So,mesti mummy tahukan
bab-bab ni,” Puan Sri Syifa pandang Nur Dini tajam.
“Kau tak payah nak tunjuk baik. Untuk
pengetahuan kau, dah lama aku tak tidur dengan daddy Amar tu. Tahu?” Nur Dini gigit bibir. Alamak, tersasullah
pula.
Puan Sri Syifa meletakkan gelas ke sinki dan
terus berlalu naik ke bilik. Namun, jauh di sudut hatinya dia mula berasa
senang dengan approach menantunya
itu. Kayla, anak perempuan sulungnya juga tidak sedaring itu untuk menegurnya baik-baik. Yang si Kayla tahu, bercakap
macam dia ni bukannya mak kandung dia.
“Amacam, sakit hati tak?” Nur Dini menoleh ke
belakang. Amar berlalu ke peti sejuk, dikeluarkan minuman coklat sejuk. Kotak
coco crunch di rak makanan juga diambil. Dua mangkuk sederhana dan sudu turut dikeluarkan
dari almari.
“Tak sakit pun. Mummy tu comel bila dia marah-marah macam tu. Telinga pun merah,
macam awak. Like mother, like son, huh,”
Pergerakan Amar terhenti.
She
said what? Like mother, like son? Oh no!
“Merepeklah kau ni. Nah, ni aje yang boleh
dibuat breakfast. Kalau tak ada opah,
memang sarapan sendirian berhad. Masing-masing. Get used to that, Nur Dini,” Wah, Amar sediakan sarapan untuk Nur
Dinilah. Super best ni. Super lovely hubby, huh, Amar?
“Alah, betul apa. Cuma, awak jarang bercakap
dengan mummy… sebab tu benda kecil
macam ni awak tak tahu. Kan, kan, kan?”
Selamba tangan Amar naik ke kepala Nur Dini.
“Teasing
me one more time, you’ll deadly in my hand, Nur Dini. Today will be our
honeymoon. Truly mean it,” Gulp, Nur Dini sengih sambil menggeleng.
Gilalah, Amar ni.
“That is
your mummy perangai too. Eyes killer,”
usik Nur Dini lagi. Tak makan saman sungguh si kenit ni.
“Nur Dini,” sebut Amar tegas.
“Okey, okey. I’m zipping my mouth, Sir Amar,” Jari dilarikan ke bibir menandakan
dia sudah mengunci mulutnya.
“Makan,” kata Amar sepatah, tegas.
Tanpa suara, mereka menjamah sarapan pagi
mereka pada pagi itu. Sesekali bersarapan berdua begini, timbul juga aura suami
isteri itu. Tetapi, itulah. Dua-dua pun sama degil. Sudahnya, ke bulan
kedua-duanya. Dengan dunia masing-masing. Seorang pandang coco crunch yang
sudah selamat dibasahi susu coklat, seorang lagi pula sibuk bersarapan sambil
membalas mesej-mesej teman sekutu.
*****
Keyra dan Pija tenung wajah Nur Dini yang
sedang menjamu selera itu. Memandangkan para lecturer ada mesyuarat, kelas
mereka di hari pertama kuliah untuk semester dibatalkan. Apa lagi, haruslah
mereka mengambil peluang ini untuk berborak di café. Sebulan jugalah mereka
tidak bertanya khabar masing-masing.
“Weh, aku nak makan kot. Yang pandang aku macam
tu dah kenapa?” Keluar sudah ayat selamba dari bibir itu.
Selalunya, pe’el ayu yang ditunjukkan kepada
sahabat-sahabatnya itu. Kini, keakraban mereka mula mengubah dirinya agar lebih
mesra. Barulah selesa mereka berbual dan bersenda.
“Tak, apesal kami tengok muka lain macam, hah. Shining like a diamond. Kan, Keyra?”
Keyra angguk laju.
“Lorh, Bukan selama ni aku memang shining ke?”
Keyra dan Pija gelak kecil. Adoilah, perangai
si Nur Dini ni boleh tahan gila-gila juga rupanya. Tak adalah control ayu gitu.
“Perasanlah kau. Ni hah, alang-alang kelas
semua cancel… jom kita pergi mall nak. Boleh juga cuci-cuci mata,”
Pija pandang si pemberi pendapat, Keyra.
“Ohoi, suami terchenta kau tu nak letak mana?
Itu hah, dah sampai pun. Pantang berpisah sikit. Tapi, Amar and the geng pun
adalah. Wah, trending ni,” Sempat
lagi mulut becok Pija berkata.
Nur Dini dan Keyra serentak berpaling pintu
masuk café. Ceh, control handsome
nampak mamat-mamat tak cukup umur ni. Penuh bergayanya mereka melangkah.
“Hadoi, macam tak ada tempat lain nak lepak
aje,” desis Nur Dini perlahan. Dia kembali menjamu selera. Woh, sudah lama dia
mengidam mee soto café ni. Sodap bak hang, hingga menjilat sudu kot. Eheh.
Keyra dan Pija tampar tangan Nur Dini.
“Hye,
sweetheart,” tegur Azman. Mula nak menggeletis dengan puan isteri kepunyaan
dialah tu. Ditarik kerusi di meja belakang dan menyertai kaum-kaum perempuan
itu.
Amar pula sudah tercongok di sebelah Nur Dini.
Daniel dan Kaer terus membelok ke kaunter.
“Sweetheartlah
sangat,” perli Pija sambil menjeling pasangan ala-ala sweet gitu. Menyampah! “Dini, nampak gayanya kita shopping dualah macam ni,” Nur Dini
sengih. Diletakkan sudu dan garfu, dicapai pula air milo aisnya.
“Great,
no more mommy talker,” Keyra membulatkan matanya. Kantoi! Azman
berpura-pura membelek beg sandang Amar.
“Oih, koyaklah beg aku, ngok,” Amar menarik beg
sandangnya yang tersangkut di bahu kirinya dan dipindahkan ke bahu kanan. Beg
mahal beb. Limited edition. Hampeh!
“Ala, mommy
talker pun best hapa. At least, korang ada mommy kat kolej ni,” Pija pandang Nur
Dini dengan pandangan mengejek.
“Ish, gelilah. Tak payah nak mommy sangatlah. Let’s drop the subject, guys,” Sesungguhnya Pija mula meremang bulu
roma. Huwaa, Keyra dah nak jadi mak, dia bila pula?
“Dini, kalau boleh kau selalulah bawak mom-to-be ni jumpa adik-adik kau. Mana
tau terkenan anak mat saleh,” Keyra mencubit lengan Azman kuat. Mengaduh lelaki
itu menahan pedih.
“Weh, nak anak mat saleh sangat, baik kau pergi
tambah cawangan kahwin dengan minah saleh. Baru cun,” sampuk Amar selamba. Nur
Dini di sebelah sudah menarik muka meluat. Sebijik perangai lanunlah, encik
suami ni. Huh!
Keyra kasi jelingan maut pada Amar yang sudah
tersengih itu.
“Eh, hello.
Daripada dia tambah cawangan dengan minah saleh, setuju lagi aku dengan minah
arab. At least, atas bawah kiri kanan
tutup,” ujaran Keyra membuatkan semua di situ ketawa di hengat dunia.
“Amboi, green
light nampak. Boleh, boleh…”
“No way,
man. I’ll punish you with my buku lima, okay?”
Azman tarik muka bersalah. Huih, bahaya kalau cik kak sorang ni dah keluar buku
lima dia. Mahu tidur luar dia malam ni.
“Okey, okey. Repent,” Takut bini juga si Azman ni pun.
“So,
korang nak pergi shopping apa?” soal
Amar. Dia ingin menyoal Nur Dini secara peribadi, timbul tanda tanya pula di
setiap dahi sahabat-sahabatnya itu.
Pija sudah menarik senyuman manis. Bab membeli
belah ni kasi dialah, memang kalau boleh dia nak angkut sekali mall tu balik
rumah. Shopaholic!
“As
usual, women thing,” jawab Nur Dini selamba.
“Women
thing?” Amar angkat kening. Specific
please, Nur Dini also known as
puan isteri. Nur Dini toleh ke kiri. Wajah tanda tanya Amar dipandang sekilas.
Hadoi, mana boleh tenung lama-lama. Memang kena
lukulah dia dengan mommies di hadapan
dia ni.
“Azman
know it, better you ask him,” Amar toleh ke kirinya pula. Azman yang
menopang dagu di meja pandangnya dengan senyuman.
“Their
needy, Amar. Kau kena ada women
lesson dengan aku ni. Mana tahu, habis diploma kita… terus kahwin ke,”
seloroh Azman, sekadar bergurau senda.
“Choy,” Hanya itu sahaja yang terbit dari bibir
Amar. Dah selamat akad nikah dah pun. Sebelum diploma habis, engkau. Hebat
sungguh!
“Amar, mana pergi kau punya rambut pacak tu?”
tanya Pija sambil mata ralit tenung rambut depan Amar yang disikat ala-ala kpop
star gitu.
Nur Dini turut menghalakan pandangan pada
rambut Amar. Ha’ahlah, rambut dia yang pacak-pacak tu dah tiada. Semalam, elok
lagi terpacak. Ini dah macam sarang tebuan saja. Kenapalah dia tak perasan pagi
tadi?
Amar usap rambutnya.
“Tukar angin. No market disorder,” Hah? Apa disorder?
Merapu merepek juga si Amar ni pun.
“Apa?”
“Man, jaga saham. Semester akhir, tak boleh
main-main dah,” Ceh, sedar diri pula. Nur Dini cebik. Sebab semester akhir ke, sebab
dia tu dah berstatus suami? Hot issue
ni. Boleh jadi topik perbincangan malam ni. Ahah.
*****
“Dini, buatkan milo susu, please,” pinta Amar kepada Nur Dini yang baru sahaja keluar dari
bilik air. Rambutnya yang masih basah dilap dengan tuala kecil.
“Kejap,” Nur Dini mencapai sikat dan disikat
rambut panjangnya itu. Dibiarkan lepas kerana masih lagi basah. Selendang yang
tersidai di penyidai juga diambil, sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahu
jika ada tukang kebun Tan Sri Riduan masih belum pulang.
Langkah di bawa ke tingkat bawah. Suram pula
banglo ini walaupun malam masih muda. Malam ini, masing-masing makan malam
sendiri sahaja memandangkan semua penghuni banglo ini sibuk dengan hal sendiri.
Mug di rak dia capai, lalu terus mengambil balang milo. Sebelum sempat dia
membuka penutup balang milo, dia terdengar suara orang menangis.
Erk? Malam ni malam apa ya? Malam rabu, tetapi
kenapa ada bunyi sotsetsotset tu. Aduh, ni yang lemah ni. Kaki Nur Dini masih
kaku di sisi cabinet dapur. Namun, setelah pasti dari mana datangnya bunyi, dia
melangkah ke kolam renang yang pintunya bersebelahan dengan pintu dapur.
Mata dibuka luas-luas agar jelas akan apa yang
bakal dilihatnya nanti. Gulp! Seorang wanita yang rambutnya mengerbang sedang
membakar sesuatu. Sambil itu, wanita itu juga menangis teresak. Nur Dini
memberanikan diri mendekati wanita itu.
“Mummy?”
Puan Sri Syifa menoleh ke belakang.
to be continued...
Hmmm menarik.....mcm best je...ni. xsabr nk tggu next chapter...:)
ReplyDeletetq, mona. :D. inshaAllah akan diupdate.
DeleteTgah syok baca tiba2 tbc aduh rasa nak hantuk kepala pakai phone. Nasib baik dalam kereta. Huwaaa cepat2lah sambung ye hee
ReplyDeletehhehe. inshaAllah nanti kita sambung ya. hahaha. fuh, nasib bek dlm keta kan.
DeleteBEST.
ReplyDeleteterima kasih, baby mio. :D
DeleteCepat le smbg... nk bace lagii!!
ReplyDelete