Assalamualaikum... Hye!
first of all, sorry if i make a mistake. episode 6 too hard for me. it keep getting harder. so, i could have make a mistake without noticing it. i'm sorry. harap semua suka untuk episode kali ni. hehe. CIA pun tak reti sangat pasal siber ke jenayah ni plus term dia. cuma, tahu sikit plus google information ja. suka tak suka, boleh tinggal comment. CIA terima seadanya. :D. SELAMAT MEMBACA!
*****************
Episode
6
Kunci
yang tersimpan di dalam laci meja solek diambil. Pintu bilik yang sudah lama
tidak dijengah dibuka perlahan. Mata Fariz meliar memandang di setiap pelusuk
bilik. Seribu satu cerita terkandung disetiap genap. Terasa lemah kakinya untuk
melangkah masuk. Tetapi, digagahkan juga. Bilik yang berselarak itu masih
kelihatan sama seperti lima tahun lepas. Kedudukan perabot dan juga segala
benda di bilik masih di tempat yang sama. Tiada perubahan.
Fariz
lelah sendiri. Memori lima tahun lepas umpama video yang ditayang kembali di
fikirannya. Setiap apa yang berlaku menerjah bak peluru. Sungguh sukar untuk
dibuang memori seperti virus yang berbahaya. Kini, segalanya bagaikan berulang
kembali. Perbuatan jahatnya, satu persatu meresahkan jiwa. Pada siapa Fariz
ingin mengadu kesakitan itu? Papa? Mama? Mustahil!
Tersedar
akan kealpaannya, Fariz kembali mengunci pintu bilik itu. Dia berlalu ke bilik
air untuk berwudhuk. Saban waktu dia berdoa agar dosa lampaunya diampunkan oleh
Allah. Dia tidak mahu sejarah itu menjadi nanah di kemudian hari. Doanya agar
Allah memberikan petunjuk, bagaimana harus dia menyelesaikan hal itu.
“Mutia,
aku tunggu kat tempat biasa,” kata Fariz lantas mematikan talian.
Mahu
atau tidak, dia perlu bersua dengan Mutia. Selagi mereka tidak berbincang, dia
tidak boleh bertenang. Tambahan pula, kes ugutan terbaru kepada Tan Sri Lutfi
bagaikan berhubung kait dengan Mutia. Dia tidak akan berdiam diri jika Mutia
sekali lagi mahu mencari pasal.
Mutia
merenung telefon bimbitnya. Mimpi apa Fariz menghubunginya. Siap mengajaknya
bertemu lagi. Atau, sudah tiba masanya mereka bertemu empat mata. Pasti lelaki
itu ingin mengetahui alasan dia kembali ke Malaysia. Sedangkan dulu, dia pernah
berjanji tidak menjejakkan kaki ke sini lagi. Namun, hormon endorfinnya turut
melonjak. Senang hatinya kerana dia memang merindui lelaki itu. Erk?
*****
Hampir
tiga puluh minit, Fariz dan Mutia hanya diam. Masing-masing terkelu. Sudahnya,
mereka hanya merenung tasik di hadapan mereka. Tasik yang kerap mereka kunjungi
dulu di mana tasik itu boleh dilihat dari jendela apartment Fariz. Disebabkan itulah, Fariz jarang membuka langsir di
apartmentnya. Dia tidak mahu
mengimbau cerita lama.
“Sampai
bila nak diam?”
“Aku
tak tahu nak mula dari mana. Aku tak sangka kau sanggup langgar janji yang kau
buat dulu,” kata Fariz senada.
“Di
sini dunia aku. Sejauh mana pun aku lari, aku rindukan tempat ni… negara
kelahiran aku. Aku membesar di sini. Memang aku ada berjanji tapi janji belum
tentu perlu ditepati,” balas Mutia, juga senada.
“Kenapa
kau balik Malaysia?”
“Kenapa?
Kau rasa?” Soalan berbalas soalan. “Aku rasa kau sendiri tahu, kenapa aku balik
sini,” sambung Mutia.
“Kau
nak balas dendam pada aku?”
Mutia
senyum sinis.
“Tak
silap aku, family kau masih tak tahu
kan yang Pearl tu aku. Mesti dia orang ingat kau memang berkasih dengan Pearl.
Paling menyedihkan, dia orang ingat Pearl dah mati sedangkan dia masih hidup,”
Fariz memandang Mutia tajam.
Nada
Mutia seperti sedang mengugutnya.
“Kau
nak apa sebenarnya, Mutia? Just straight
to the point when I ask you nicely…”
“Aku
nak apa? Sepatutnya aku yang tanya soalan tu sebab kau yang ajak aku keluar,” Tidak
semudah itu dia akan mengalah.
“Kalau
tujuan kau balik sini semata mata nak membalas dendam, lupakan. Aku takkan
pernah tunduk pada kau,” Mutia ketawa.
“Kau
dah lupa, Ian? Apa yang kau dah buat pada aku dulu masih segar dalam kepala aku
ni. Aku tak pernah lupa semua tu. Kau dah hancurkan hidup aku dan sekarang kau
hidup senang lenang. Sedangkan, aku? Hidup dalam bayang-bayang aku. Kau memang
tak pernah faham perasaan aku, Ian,” Fariz kaku.
Jadi,
kepulangan Mutia adalah kerananya? Semata-mata? Memang sangat mustahil apabila
difikir berkali-kali.
“Aku
tak sengaja, Mutia. Aku tak berniat langsung nak hancurkan hidup kau. Tapi, kau
yang memaksa aku. Apa perasaan kau kalau ada yang cuba mengganggu keluarga kau?
Kau marah, kan? Lagipun, kau sendiri yang cari pasal,” ujar Fariz perlahan.
“Kematian
papa aku disebabkan papa kau. Papa aku terbunuh sebab keluarga kau!” bentak
Mutia.
“Tak!
Uncle Fauzi meninggal dunia sebab nak selamatkan kau. Kau aje yang tak boleh
terima hakikat sebenar. Kau yang ajak aku pergi tempat tu malam tu. Kau tak
ingat?,” Mutia menggeleng kepalanya.
“Bukan...
aku tak salah,” Air mata merembes di pipi gebu Mutia. Tak! Bukan salah dia.
“Sudahlah,
Mutia. Aku tahu, aku yang bersalah. Sampai bila-bila pun aku tak mampu tebus
kesalahan aku pada kau. Tapi, aku harap kau jangan ganggu keluarga aku lagi. Kalau
dulu, aku lepaskan kau. Sekarang, aku tak pasti apa yang bakal aku lakukan,” Fariz
bangkit berdiri.
Mutia
mendongak.
“Aku
ada sebab aku sendiri kenapa aku berada di sini. Dan, salah satu sebabnya,
kau,” ujar Mutia, menghalang Fariz daripada berlalu.
“Kau
nak apa dari aku?”
“Five years ago, I’m not disappeared alone. I
mean, I’m leaving with… our child,” Fariz tersentak. Our child? Anak?
“Wh… what?”
Mutia
bangun. Air mata yang berbekas disapu kasar. Tudung yang ditiup angin,
dibetulkan.
“Ya.
Because of your fault, I’m pregnant. Itu
sebab utama aku balik Malaysia,” Fariz masih kaku.
Kenyataan
yang benar-benar menghempap dirinya. Sebuah kenyataan yang mampu meragut
jiwanya. Jadi, perbuatannya pada lima tahun lepas membuahkan hasil? Dek terlalu
bengang dengan ugutan dan perbuatan jahat Pearl as known as Mutia, dia hilang pertimbangan dan memperkosa wanita
itu tanpa belas. Walaupun Mutia merayu agar dia tidak diapa-apakan, Fariz tetap
juga melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Mana
anak tu?”
“Aku
tinggalkan dia kat sana. Tak mungkin aku benarkan dia jejakkan kaki di sini,
Ian…”
“But, I want to see that child,” Mutia
senyum sinis dan dilepaskan keluhan berat.
Niat
dia memberitahu Fariz tentang anak itu adalah untuk membiarkan Fariz terus
berasa bersalah terhadapnya. Pasti lelaki itu akan merayu untuk bertemu dengan
anak mereka. Dan, dia akan pastikan mereka tidak akan bersua. Melihat wajah
keruh Fariz membuatkan Mutia puas. Puas di atas perbuatan lampau Fariz
terhadapnya. Sampai dia mati pun, memori itu tidak pernah terpadam.
“Jangan
kau pernah berharap, Ian. Aku takkan benarkan,” kata Mutia keras.
Fariz
merenung Mutia tajam. Seperti singa kelaparan sahaja pandangannya. Mutia adalah
objek yang bakal diterkamnya pada bila-bila masa.
“Habis,
kenapa kau bagitahu aku pasal anak tu? Apa tujuan kau, Mutia? Aku berhak untuk
kenal dia,” bentak Fariz, geram.
Mutia
seolah-olah ingin mempermainkan dia.
“Sampai
bila-bila pun aku takkan benarkan kau berjumpa dengan anak aku. Dia anak aku
seorang. Aku bagitahu kau sebab aku nak kau rasa sakitnya hati, tak dapat apa
yang kau inginkan. Kau tak berhak untuk kenal dia,” balas Mutia kasar.
“Kau
masih tak berubah, Mutia. Kalau kau tak bagitahu aku pun tentang anak tu, aku
tetap tak dapat nak memaafkan diri aku. Aku tak pernah lupa sikit pun pasal
kau. Setiap detik, nafas aku ni penuh dengan perasaan bersalah pada kau. Belum
ada sesiapa yang mampu gantikan tempat kau di hati aku, Mutia Imani. Walaupun,
aku sudah berkahwin… kelak,” Kali ini, Mutia pula tersentap.
“Tipu.
Kau ingat aku buta, pekak? Adelin tu siapa? Sampai kau orang tinggal bersama. Perempuan
simpanan? Atau, pemuas nafsu kau?”
“Mutia!”
Sebuah tamparan hinggap di pipi Mutia.
Nafas
Fariz turun naik. Dia gagal menahan dirinya dari menampar pipi gebu wanita yang
pernah disayanginya. Entah mengapa, dia berasa Mutia sudah melebihi had. Hati
dia sakit tatkala nama Adelin diungkit. Adelin tidak berkaitan dalam masalah
mereka. Tambahan pula, Adelin bukanlah perempuan yang sewenang-wenangnya
menyerah kepada lelaki.
“Sebab
Adelin, kau tampar aku? Nampak sangat Adelin tu kekasih gelap kau kan?”
“Kenapa
mesti nak kaitkan Adelin dalam masalah kita? Dia tak tahu apa-apa. Dan, dia
bukan perempuan murahan seperti sangkaan kau. Jangan rosakkan imej kau sekarang
dengan sikap lama kau, Pearl. Mutia yang aku kenal bukan seperti Pearl. Mutia
adalah perempuan paling baik yang pernah aku jumpa,” kata Fariz dengan nada
sesal.
Mutia
tergamam dan terdiam. Jauh di sudut hatinya, dia menyesal kerana gagal menahan
amarahnya. Ya, memang benar. Pearl yang telah lama hilang bagaikan kembali
semula. Pearl yang berada di dalam diri Mutia setelah sekian lama watak itu
menghilang. Lima tahun, Mutia menyembunyikan Pearl di sebalik kelembutan Mutia
Imani sehinggakan dia terlupa bahawa dia adalah Pearl yang jahat, tamak dan
tidak punya perasaan itu.
*****
Anak
mata Adelin meliar mencari kelibat orang yang ingin bertemunya. Sebaik sahaja
selesai bermesyuarat bersama ahli lembaga pengarah Eclipes Holding sebentar
tadi, dia menerima pesanan sms daripada seseorang yang ingin menemuinya. Kini,
sudah hampir lima belas minit menunggu, orang itu masih belum kelihatan.
“Assalamualaikum,”
sapa satu suara di belakang Adelin. Gadis itu menoleh ke belakangnya. Dan,
nyata dia amat terkejut akan susuk tubuh yang sedang berdiri sambil tersenyum
kepadanya itu.
“Waalaikumsalam.
What a surprise? Carl, what are you doing here?”
Lelaki
yang bernama Carl itu menarik kerusi di hadapan Adelin. Senyuman masih mekar di
bibirnya.
“My case matter. Interpol,” Adelin
mengangguk faham. Temannya itu merupakan seorang polis yang bertugas di luar
negara. Pastinya Adelin terkejut dengan kehadiran lelaki itu kerana dia sangat
tahu tugas Carl sebagai ketua inspektor as
known as Chief Inspector memang agak sibuk.
“Long time no see, huh. So, why are we here?”
“Of course, because I miss you, Ann. Almost three
years, we’re not met. You nampak lain,” ujar Carl.
“Ish,
mana ada lain. I masih sama macam dulu. Cuma, umur aje semakin meningkat. Lama ke
you kat sini?”
“Emmm, around… two months I’ll stay here.
Apa kata, you guide I? I bukannya
tahu sangat kawasan sini. Banyak tempat I kena pergi untuk kes I kali ni,” Carl
mengangkat keningnya, tanda menyoal.
“Guide you? Navigation would be the best,
man. I’m so sorry, Carl. Lately, I memang sibuk. Kalau you tak ajak I keluar,
I still dekat office tahu. Settle all the… company’s
matter,” balas Adelin.
Bukannya
dia ingin mengelak, tetapi sememangnya dia memang sibuk. Sehinggakan, hendak
keluar makan juga terbatas. Makan tengah hari pun dia suruh Haryani tapaukan
saja. Puan Aida juga sudah bising kerana Adelin selalu balik lambat. Fariz juga
begitu. Sibuk dengan kes-kesnya.
“It’s okay. I’m just asking you. Job you yang pergi balik kerja ikut office hour pun sibuk jugak? Interesting,” Adelin tergelak dengan mimik
muka Carl yang nyata terkejut tetapi penuh kepuraan-puraan itu.
Sengaja
lelaki itu ingin mengenakannya.
“Well, I’m not only the staff, but the boss
too. Tapi, jaranglah you handle
kes international ni. It must be the ‘famous’ case, right?”
Carl
mengangguk.
“Yupp.
I terpaksa turun padang untuk kes kali ni. Dan, disebabkan itulah I balik
Malaysia. Alang-alang, boleh jugak I jumpa you dengan family I. So, you macam
mana? Still single?”
“Uhuh, single. But, not available anymore,”
jawab Adelin separuh jujur.
Hubungannya
dengan Carl memanglah agak rapat. Tetapi, untuk memberitahu lelaki itu tentang
hal perkahwinannya… agak bahaya. Tambahan pula, Carl pernah menyuarakan hasrat
untuk menyuntingnya suatu ketika dulu. Dia tidak mahu Carl berfikir yang
bukan-bukan.
“So sad. Ann, could I ask you something? I
need the answer badly. And, not just me want to know that,” Adelin
mengerutkan kening. Soalan apa pulalah ni?
“Sure. Tanyalah. I jawab apa yang
termampu,” Carl meneliti wajah di hadapannya.
Walaupun,
hampir tiga tahun mereka tidak bersua… wajah itu masih tetap sama seperti dulu.
Cuma, penampilan gadis itu sahaja yang berubah. Jika dulu, Adelin hanya akan
memakai pakaian yang boleh menyenangkan dia untuk bergerak ke sana sini. Tetapi,
kini? Adelin lebih selesa dengan baju kurung yang jarang-jarang dia sentuh
dulu. Pakaian sopan itu hanya diperagakan ketika pulang ke kampungnya sahaja.
“We need you, Ann. Our team still wants you
to be part of us. Cyber Crime Team losing you and the case become tougher. Please,
Ann,” Adelin mengeluh.
Soalan
itu sudah dijangkanya.
“Carl, I’m done. Cukuplah empat tahun I bekerja
keras dalam dunia siber. I’ve had enough
and getting sick of it. Please, I’m begging you. Don’t ever ask me again,”
Kini, giliran Carl pula mengeluh.
“Okay, I’ll stop. But, I need your assistant
to assist me to get the information. I really need you to help me, Ann,”
Carl mula berbicara serius. Inilah tujuan sebenar dia ingin bertemu dengan
Adelin selain memujuk gadis itu kembali kepada Cyber Crime Team.
“What is the matter?”
“I
dapat tahu you orang kuat Tan Sri Lutfi… which
is, the founder of Eclipe’s Holding,” Adelin menegakkan badannya.
“Just get to the point, Carl…”
“From our investigation, Eclipe’s Holding
having some invalid transaction which involved international scam. I need you
to inform all the progress that happened in that company. Our meeting must have
to be private since I don’t get any warrant to investigate the company clearly,”
jelas Carl dengan nada serius.
Adelin
terdiam seketika. Setahunya, Tan Sri Lutfi sudah tidak terlibat dengan kegiatan
haram lamanya. Dan, dia memang yakin majikannya itu sudah cuci tangan. Sepanjang
dia bekerja di bawah Tan Sri Lutfi, belum pernah lagi dia mendengar tentang
penipuan antarabangsa yang dikatakan oleh Carl itu berlaku di dalam Eclipe’s
Holding.
“The evidence?
I will help if you have the evidence that proving our company involve in the
international scam just like you’ve said,” Carl bersandar tenang di kerusi.
Jus
epal yang dipesan disedut perlahan. Adelin menunggu penjelasan lanjut daripada
bekas rakan setugasnya itu. Wajah kacukan Melayu-British itu dipandangnya
tepat.
“Give and take, dear. We always do it before,
right?” Adelin sengih sinis.
“Use the give and take game with your suspect,
not me. I’m not giving you anything without any evidence in front of me. You
know me better, Carl. Be professional,” Bekas anggota jabatan jenayah siber
itu bukanlah seorang yang begitu mudah mempercayai sumber yang tidak dia
ketahui kebenarannya.
“Okay, I’ll give you the evidence. Somehow, all
the evidence would be confidential. Do not leak it out without my permission. We’ll
meet again, the day after tomorrow,” Putus Carl.
Empat
tahun bertugas dengan Adelin membuatkan dia faham kredibiliti gadis itu yang
agak tegas dalam bekerja. Adelin sangat profesional dan fokus dengan
pekerjaannya. Carl sendiri tidak faham, mengapa gadis itu meninggalkan
pekerjaan yang disukainya iaitu polis di bahagian jenayah siber. Sejak kecil
lagi, Adelin berminat dengan alat-alat elektronik.
Encik
Thohier sendiri pelik kerana tiada sesiapa di kalangan ahli keluarga mereka
yang bekerjaya sebagai pakar komputer mahupun pekerjaan yang melibatkan alatan
elektronik. Tetapi, Encik Thohier lega kerana Adelin sanggup meninggalkan
pekerjaan itu dan kembali ke Malaysia setelah empat tahun dia berhijrah ke luar
negara. Mungkin anak perempuannya itu sudah tidak betah bekerja di negara
orang.
“I’ll go first. Glad to see you, ex-teammate.
See you soon,” Carl hanya senyum.
Adelin
bergerak meninggalkan restoran dengan pelbagai perasaan. Setiap patah perkataan
yang keluar dari mulut Carl tadi, mengganggu benaknya. Tidak mungkin Tan Sri
Lutfi terlibat kembali dalam kegiatan haram itu. Mustahil, Fariz tidak
mengetahui hal ini. Atau, adakah mereka bersekongkol? Pening… pening. Memikirkan
hal ini membuatkan dia teringat tentang sebuah fail yang dijumpainya secara
tidak sengaja ketika sedang melakukan pemeriksaan data syarikat, beberapa bulan
lepas.
Carl Ezaide
*****
(Flashback Episode 1)
Adelin menolak daun pintu bilik
pejabatnya. Beg tangannya diletakkan di bahagian kanan meja lantas punggungnya
dihenyakkan di kerusi empuk. Jari telunjuk menekan butang di monitor dan imej
tulip mula menunjukkan wajah. Pantas jari jemari Adelin menekan keyboard komputernya. Mimik mukanya mula
serius dan matanya tajam memandang monitor. Seperti ada sesuatu yang sedang
mengganggu fikirannya.
“Corruption data? Bila masa pulak aku save fail kewangan syarikat dekat desktop ni?” Adelin berbicara sendiri.
Tangannya
sibuk bermain dengan mouse dan keyboard. Pantas sahaja jari jemarinya
membuka satu per satu fail sebelum menyemak kembali hardcopy fail yang telah dia sediakan beberapa hari lepas. Fail yang
telah selamat berada di dalam recycle bin
dia restore kembali, satu demi satu. Semuanya
tidak berkaitan dengan ‘file corrupted’
yang ditemuinya. Dengan kemahiran yang ada, dia cuba memeriksa database yang terpadam.
“Got it! Nak curi data syarikat eh? Let me teach you, robber. Don’t ever play
with me. I’ll gonna catch you very soon,” Mulut Adelin berceloteh seiring
dengan jemarinya.
Laju
sahaja dia menghantar virus kepada komputer yang seenak cheese cakenya mencuri data yang berada di bawah kendaliannya. Pencuri
tu tersilap percaturanlah jika cuba mencuri segala maklumat di dalam
komputernya. Pasti orang itu ada melakukan sesuatu yang mengakibatkan dia
memerlukan data penting syarikat. Jenayah siber sungguh!
*****
Puan
Aida mengemas bagasinya. Setelah hampir dua bulan mereka di Kuala Lumpur, tibalah
masa untuk pulang ke kampung. Lama sangat mereka di sini sehinggakan Tok Jah
dan Wan Chop di kampung sudah bising kerana tiada siapa yang menjaga rumah
mereka. Takut pula ada yang pecah masuk. Tambahan pula, Encik Thohier punya
kerja yang menantinya.
“Fariz
tak balik lagi, Adel? Dah sebulan asyik balik lewat malam. Adel pulak duduk
seorang nanti bila baba dengan ibu dah balik. Cubalah Adel cakap dengan Fariz. Risaulah
hati ibu nak balik,” rungut Puan Aida.
“Adel
okeylah, bu. Dah biasa pun. Lagipun, dia bukannya tak balik. Cuma, lewat aje.
Ibu janganlah risau sangat. Adel pun selalu balik lambat jugak. So, fair and square,” Puan Aida meluku
kepala Adelin.
“Awak
tu perempuan tahu tak. Ada apa-apa jadi pada Adel nanti, siapa nak tanggung? Kalau
Adel tak nak cakap, biar ibu yang cakap dengan Fariz. Sibuk tu memanglah, selagi
kita ni bekerja… sibuk tu takkan hilang. At
least, janganlah biar Adel tinggal seorang selalu sangat,” bebel Puan Aida.
Adelin
sengih. Sebelum ini pun, mana pernah Fariz menemani dia di rumah. Tinggal pun
berasingan, sahlah tiada kerisauan di kedua belah pihak. Mereka hanya bertemu
jika ada kelapangan atau keluar untuk makan bersama. Itu sahaja. Cuma, sejak
kebelakangan ini sahaja… hubungan mereka semakin baik dan telah sampai ke tahap
dunia perkahwinan sebenar.
Jika
Encik Thohier dan Puan Aida tidak berkunjung ke rumah Adelin, pasti sehingga
kini hubungan suami isteri itu masih sama. Tiada perubahan. Ini pula, mereka
ingin pulang ke kampung. Adelin tak yakin, Fariz akan terus menetap di
rumahnya. Lelaki itu sudah semestinya mahu kembali ke kondonya.
“Nantilah
Adel cakap. Ibu janganlah risau sangat. Fariz tak nak duduk sini, Adel baliklah
kondo. Mak Jinah kan ada. Boleh teman Adel. Ibu tu, nanti baba sibuk dengan
ceramah dia… tinggal seorang jugak. Bebel kat Adel pandai kan,” tebak Adelin.
Giliran
dia pula ingin berbahas dengan ibunya. Tadi bukan main lagi Puan Aida
menasihati dia. Kini, keadaan sudah terbalik.
“Tahulah
awak tu bekas polis. Janganlah buat ibu macam criminal awak. Hah, cakap pasal
ni. Ibu ada terserempak dengan Carl, dia dah balik bertugas dekat sini ke?”
“Taklah.
Dia balik kejap aje sebab kes dia tu ada kaitan dengan pihak sini. Ibu jumpa
dia, tak tanya pulak,” Puan Aida mencebik.
“Terserempak
aje, bukannya bertegur,” Adelin membulatkan matanya.
Kurang
asam keping sungguh ibu dia yang cantik ni. Ada hati nak kenakan dia ya. Meh,
sini… anakmu yang baik hati nak kenakan balik. Adelin mencuit pinggang Puan
Aida sehingga kegelian wanita itu. Memang kelemahan Puan Aida jika ada yang
menyentuh pinggangnya secara sengaja. Jika dia tidak sedar, tidak mengapa.
Habis
berselerak kembali baju yang elol terlipat tadi dek digeletek Adelin. Bergema bilik
utama itu dengan gelak ketawa mereka anak beranak. Untung sahaja Encik Thohier
tiada di rumah kerana menguruskan hal di luar sebelum pulang ke kampung.
*****
Malam
itu, Adelin menunggu kepulangan Fariz. Tidak pernah lagi Fariz tidak pulang. Selewat
mana pun, dia tetap akan berada di rumah sebelum subuh menjelang. Mungkin takut
Encik Thohier dan Puan Aida bising agaknya. Di hadapan mertua, mestilah kena
berkelakuan baik.
Puas
juga Adelin berguling di atas katil. Sekejap dia meniarap, sekejap menelentang.
Macam-macam gaya ada. Penat berguling, dia berjalan mundar mandir di sekitar
bilik. Sesekali, dia mengendap di luar tingkap. Fariz masih belum pulang. Jam di
dinding sudah menginjak ke pukul dua pagi. Dek terlalu penat menunggu, Adelin
tertidur sambil duduk di birai katil dengan muka ditelangkup ke katil.
Tepat
jam tiga sepuluh minit pagi, Fariz membuka pintu bilik perlahan. Tidak mahu
mengganggu lena Adelin. Terpandangkan Adelin yang lena di sisi katil, timbul
perasaan bersalah di hatinya. Pasti gadis itu menunggunya pulang. Jika Adelin
menunggunya, semestinya ada hal yang ingin dibincangkan. Fariz mencangkung di
sisi Adelin, tangannya mengusap kepala Adelin lembut.
“Kenapa
aku tak sanggup lepaskan kau, Adelin? Kau pun tak pernah minta dilepaskan…”
Fariz
berbisik sendiri. Tanpa lengah, dia mencempung tubuh Adelin dan dibaringkan ke
katil. Nyenyak sungguh Adelin tidur sehingga tidak sedar suaminya sudah pulang.
Tadi, bukan main semangat lagi dia ingin menanti Fariz. Tempat tidur bertukar
pun, tidak sedar. Memang sah tidur mati.
*****
Matanya
digosok perlahan. Pandangannya menangkap jam di dinding. 6.15 pagi. Terasa baru
sahaja dia lena, sudah subuh rupanya. Adelin bingkas duduk. Susuk tubuh tegap
di sebelahnya dipandang. Ingatkan tak balik. Dia menggoyangkan tubuh Fariz
perlahan. Goyang kuat-kuat karang, tak pasal saja dia makan penumbuk lelaki
itu.
“Fariz,
bangun subuh,” Fariz mencelikkan matanya. Cahaya lampu menghalang pandangannya.
“Dah
subuh?”
“Ya.
Bangunlah. Flight baba dengan ibu
pukul sembilan, lambat pulak nanti,” kata Adelin sambil mengikat rambutnya.
Fariz
bingkas bangun. Membulat mata Adelin melihat Fariz menguap. Tak reti nak tutup
mulut langsung. Tak pasal saja langau masuk, sarapan mewah Fariz pagi ni.
“Pergilah
mandi dulu. Eh, tak. Solat dulu,” Laju sahaja Fariz berlalu ke bilik air.
Sudah
pastinya Adelin tercengang di tempatnya. Orang lain yang bangun dulu, orang
lain pula yang masuk bilik air dulu. Sengal. Sudahnya, dia mengemas tempat
tidur dan menyiapkan pakaian untuknya dan juga Fariz. Memikirkan tengah hari
nanti, dia ada temu janji dengan Carl, moodnya
kembali merudum. Malasnya dia terlibat dalam perkara yang merumitkan.
*****
Carl
memandang sekelilingnya, restoran itu masih lengang. Adelin yang ditunggunya
masih belum tiba. Janji tak ditepati langsung. Sesaat kemudian, Carl mengukir
senyum. Adelin sudah berada di hadapan matanya. Tampak simple sekali gadis itu, hanya blouse
rona dark orange paras peha dan jeans
biru tua.
“I’m
not late, but you’re early,” Carl tergelak.
“Whatever.
Orderlah dulu,” Waiter yang sedang berdiri di kaunter dipanggil. Adelin hanya
memesan carrot juice memandangkan dia sudah pun makan bersama Fariz sebelum
bertemu dengan Carl.
“Minum
aje?”
“Ya.
I’ve lunch with my love,” jawab
Adelin selamba. Carl senyum senget. Bukan main susah lagi, dia ingin memikat
Adelin dulu. Entah siapalah gerangan yang berjaya membuka hati gadis itu. Beruntung
sungguh.
“Wah, great. He must be the best because of
that, you choose him. Am I right?” Adelin senyum nipis.
“I’m not specific my love to be my boyfriend
or anyone. Whoever is him or her, of course I love them,” Pandai Adelin
pusing cerita.
“You
tak berubah langsung, Ann. Memang hobi you suka putar belit cerita. You salah
pilih kerjaya ni. Lawyer is better job
for you, dear,” ujar Carl sambil gelak kecil.
Adelin
turut tergelak.
“Biasa,
bro. So, where is the evidence?”
“Isn’t you’re too fast? Let’s have a chat
first,” Adelin angkat kening.
“Don’t waste our time, Carl. I have something
to do after this. Could you make it faster? If you want me to help you,” Carl
melepaskan nafas perlahan.
Bab
kerja, Adelin memang komited. Kerja tetap kerja. Tetap bertegas walaupun gadis
itu bukan lagi seorang polis. Rindu pula Carl hendak bekerjasama dengan Adelin
seperti dulu. Disebalik ketegasan, ada juga sifat lemah lembut dan juga gurau
sendanya. Bukanlah setiap masa tegas, cuma Adelin tidak mahu hasil kerjanya
cacat kerana lalai dengan urusan lain yang tidak penting.
to be continued...
nak lagi sis ♥
ReplyDeleteheee. okey. tak esok lusa. hehe. :D
DeleteBesttt...sambung plzzz....;)
ReplyDeletethank you, mona. tak hari ni, esoklah updatenya. hehe
DeleteOh kak i feel gembira sgt pls sambung kak ahhhh asal bru today nampak hahahahah
ReplyDelete:D. sebab semalam tak nampak. hehe
DeleteBest..as usual
ReplyDeletethank you, fiza. :D
Deletebest nak lagi.
ReplyDeleteSgt menarik..sbb sy suka dunia polis dan penyiasatan
ReplyDelete