Assalamualaikum... hye!
Salam maghrib. solat dulu ya sebelum membaca. hehe. cerpen kali ni hanya sebuah cerita biasa. jujur CIA cakap, i have no feeling toward this cerpen. seriously. maybe, CIA tulis di luar sedar. hahaha. entahlah. sepatutnya, cerpen dihantar untuk contest. tapi, macam tak jadi ja. so, CIA letak jalah dekat sini. harapnya taklah bosan ya. :D. SELAMAT MEMBACA!
******************
“KUCING?”
Maira
pantas bangkit. Handphone di tangan
dicampak ke katil. Hatinya berdebar tiba-tiba.
“Mak!”
Maira sekadar memanggil perlahan. Emaknya hanya tidur di bilik sebelah sahaja. Over pula nak jerit kuat-kuat. Sudahlah
ada ‘workers’ abah di luar rumah
sedang membaiki kereta. Teruna-teruna pula tu. Tak ke malu.
Kaki
dibawa keluar dari bilik. Mata Maira meliar mencari kucing coklat yang masuk ke
biliknya tadi. Gara-gara abah tidak sempat hendak beli pintu bilik lagi, tirai
sahaja yang menjadi pintunya. Diselak tirai yang memisahkan ruang tamu utama
dan ruang tamu kedua. Kucing coklat itu sedang berdiri di pintu. Mata kucing
itu betul-betul melawan pandangan Maira.
Maira
terkedu. Kucing itu terus beredar tanpa berpaling lagi. Maira pantas ke bilik
mak.
“Mak…”
“Apa
dia?” Mak memang selalu tidur dalam jaga. Panggillah pukul dua tiga pagi pun,
pasti mak akan menyahut.
“Mak,
tadi ada kucing masuk bilik. Orang perasan pun, dia nak keluar bilik dah.
Kucing siapa tu?”
“Warna
apa?” soal mak yang sedang berbaring.
“Coklat.
Kucing siapa tu, mak? Menakutkanlah,” Maira terus berasa goose bumps. Buatnya kucing itu menerkamnya ketika dia tidur, tidak
ke haru.
“Cari
tempat nak beranaklah kot. Keluar tak lagi?”
“Dah.
Tapi, kat pintu tadi… dia dok tengok orang. Bila dia masuk bilik pun tak tahu,”
Maira masih mahu mengadu. Gila tak takut. Dia tidur seorang kot dalam bilik.
Sudahlah dia tak berapa suka kucing. Tambah pula, dah pukul sebelas lebih. Nak
dekat tengah malam dah.
Maira
menapak keluar dari bilik mak. Sekali lagi dia menjengul ke pintu. Kucing
coklat itu sudah tiada. Macam misteri pula. Kini, mata Maira meliar. Takut jika
kucing itu masuk kembali ke dalam bilik. Memang tidur tak lenalah mek ni nanti.
Tiba-tiba, dia teringat akan kejadian yang sama seperti malam ini.
~Imbas
kembali, beberapa bulan yang lepas~
“UIT,
jauh menung,” Afifi menegur Maira yang asyik termenung di buaian taman.
Mengalahkan pungguh merindukan bulan. Pergh, bermadah kau. Eheh.
“Mana
ada jauh. Aku ada kat depan kau kan. Apa hal?”
Maira
menghayun buaian perlahan. Afifi pula duduk di buaian sebelah. Pagi-pagi macam
ni, jarang ada budak-budak di taman. Semua pergi sekolah. Nak pandai semuanya
kan. Bakal peneraju negara. Tsk!
“Aku
balik jogging tadi. Tak sengaja
nampak kau kat sini. Itu yang datang kacau. Kau fikir apa?”
Maira
diam. Perlukah dia menjawab soalan Afifi? Afifi adalah jirannya. Rumah dia
hanya beberapa langkah sahaja dari rumah Maira. Rumah mereka hanya rumah
kampung sahaja dan jarak dari rumah ke rumah yang lain bukannya jauh pun. Taman
permainan ni pun hasil kutipan dana dari penduduk kampung, untuk anak-anak dia
orang juga. Tak adalah budak-budak merayap di tempat berbahaya.
“Tak
ada fikir apa. Otak aku kosong sekarang ni,” Afifi mencebik. Macamlah dia tak
tahu mimik muka Maira. Dari kecil kot dia kenal Maira. Keluar rumah, dah nampak
batang hidung Maira. Dia bersin pun, gadis itu boleh mendengar.
“Cercite kat aku, Maira. Tadi, aku dengar
mak kau ada cakap pasal kucing…”
Pantas
sahaja kepala Maira ditala ke buaian sebelah. Apa lagi, terus berdekah Afifi
ketawa.
“Dengan
kucing Mak Wan tu pun kau takut. Apa daaa,” ejek Afifi. Maira menjeling Afifi
tajam. Sekali aku lesing baru dia tau langit tu tinggi ke rendah, omel Maira.
Inilah sebab dia malas layan Afifi. Ada sahaja yang buat dia sakit hati.
“Mulut
kau kan. Orang lain makan nasi sedap, aku suap kau pasir nak? Bukannya takut, but shocked. Tetiba dia muncul, mahu aku
tak terkejut,” Afifi berhenti ketawa. Dipandang wajah muram Maira.
“Relakslah,
Maira. Kampung kita ni banyak kucing apa. Dia tengah cari kucing jantan, nak
mengawanlah tu,” Kepala ayam betul. Maira mendengus.
“Diamlah
kau. Pergilah balik. Dah bau semacam aje,”
halau Maira. Asal nak alone sikit,
dah ada yang mengacau.
Afifi
tarik muka.
“Iyalah,
aku balik. Petang ni aku nak balik Shah Alam dah. Tak dapatlah nak teman kau
lagi,” Maira angkat kening. Macamlah dia hairan kalau Afifi tak ada. Dia dah
biasa seorang diri pun. Forever alone
gitu.
“Selama
ni ada pulak kau teman aku ya. Dahlah, malas aku nak layan kau. Kau tak balik,
aku yang balik,” Maira turun dari buaian. Dia melangkah ke rumahnya.
Afifi
hanya memandang langkah Maira. Kemudian, dia sengih. Sejak dia jarang balik
kampung, Maira semakin dingin dengannya. Dulu, kalau boleh tak mahu berenggang
langsung. Ada sahaja mulut dia nak bercerita. Di kampung itu, hanya mereka
berdua sahaja sebaya. Yang lain, ada yang dah kahwin… budak-budak lagilah
ramai.
MAIRA
meregangkan otot yang kelenguhan. Dah lama tak menatap laptop berjam-jam, memang ginilah jadinya. Abah punya pasal,
terpaksalah dia tolong. Nak harapkan abah buat penyata akaun, mahunya sepuluh
tahun tak siap. Sebagai graduan perakaunan, pastinya dialah yang menjadi
sandaran abah bagi membuka akaun perniagaan abah. Boleh juga tahu untung
ruginya.
“Dah
siap ke?” tanya abah.
“Dah.
Abah nak Maira fotostat sekarang ke?”
“Emmm,
ikutlah. Bila-bila pun tak apa. Abah baru beli stock untuk bulan depan, guna untung bulan ni. Nanti jangan lupa
catat,” Maira mengangguk. Abah berlalu ke bilik air.
Pernah
dia memujuk abah untuk bekerja di mana-mana cawangan bank. Tapi, abah tak
benarkan. Abah nak Maira tolong perniagaannya. Sudahnya, di rumahlah tempat
Maira bekerja. Memanglah enjoy, tapi
susah jugalah. Nasib baik ilmu yang dia belajar dulu cukup untuk membantu
abahnya. Selalunya, hujung bulanlah Maira akan berteleku di hadapan laptop.
“Maira,
Fifi ada bagitahu apa-apa tak masa dia balik hari tu?”
Kerutan
dahi mula kelihatan.
“Tak
ada pulak, mak. Kenapa?”
Maira
menutup laptopnya. Diambil remote control TV di atas meja. Laju
punat ‘ON’ ditekan. Drama kegemaran
Maira mula ditayang. Forensic Heroes 3!
“Chik
Gee cakap kat mak petang tadi, Fifi nak kahwin,” Maira melarikan bebola
matanya.
Aksi
Tuan Ko mengorat Madam berlalu bagaikan angin. Afifi nak kahwin?
“Serious ke mak?”
“Betullah.
Insha Allah, hujung bulan ni… Chik Gee dengan Ayah Nan nak pergi merisik. Katanya
Chik Gee, perempuan tu orang Pulau Pinang,” Maira terangguk. Mak yang elok
bersantai di kerusi malas dipandang kosong.
Mood
nak tengok Forensic Heroes hilang
terus. Dia menapak ke bilik. Samsung Galaxy Note 2 yang elok berbaring di
katil, dicapai. Malas nak bercakap berhadapan dengan Afifi, dia sekadar menaip whatsapp. Sekarang kan zaman sudah maju.
Maira : Mak
cakap kau nak kahwin. Betul ke?
Tak
sampai seminit. Bip!
Afifi : Ha’ah.
Kau ikutlah pergi merisik nanti. Kalau nak ikut, kau text aku. Boleh aku book
ticket untuk kau sekali. Ibu cakap mak dengan abah kau pun nak ikut.
Maira
mengeluh.
Maira : Kau pun
pergi sekali ke?
Afifi : Tak tahu
lagi. Kalau ikutkan aku malas nak pergi. Tapi, ibu nak aku ikut jugak.
Maira : Malaslah
aku nak pergi. Tapi, nanti aku duduk sorang pulak kat rumah. Tak nak aku.
Kucing tu datang lagi, mana aku nak lari. -.-
Afifi : Kucing
aje pun. Bukannya biawak. Nukkk… :p
Afifi
seperti mengharap dia pergi. Tapi, sanggup ke dia? Maira terkilan sebenarnya
kerana sahabat baik dia tak maklumkan pada dia dulu. Mungkin sikap dingin Maira
sejak dua menjak ni tak menentu membuatkan Afifi takut kot. Afifi kan memang
tak suka tengok Maira dingin.
Whatsapp
Afifi dibiarkan tak berbalas. Akal Maira sedang merangka sejuta satu alasan.
Mana mungkin dia ikut serta rombongan itu. Mahunya bernanah hatinya melihat
bakal isteri Afifi. Tipulah jika sepanjang mereka berkawan… Maira langsung
tidak menyimpan perasaan pada Afifi. Mananya tak jatuh hati. Wajah Afifi yang
kerap kali muncul di hadapannya sebelum lelaki itu menetap di Shah Alam kerana bekerja.
Shah
Alam dengan Melaka. Jauh juga tu. Memang jaranglah Afifi pulang ke kampung. Ini
yang nak dirisik Afifi nun di Pulau Pinang. Lagilah jauh. Maira bukannya tak
mahu meluahkan perasaannya pada Afifi. Dia cuma takut, persahabatan mereka akan
tergugat. Afifi pernah cakap padanya.
‘Kita
kawan ajelah eh, Maira. Aku tak nak
simpan apa-apa perasaan pun kat kau. Nanti, kau jemu pulak asyik tengok muka
aku aje. Aku pun nak juga tengok muka
baru. Ini tak, hari-hari… muka kau aje
yang aku nampak. Tak berkembang betul.’
Ketika
itu, Maira cuba berlagak biasa. Padahal, hatinya bukan main sentap lagi. Terkadang,
dia terfikir… patutkah dia sayangkan Afifi lebih dari sahabat? Kini, dia pasti.
Maira sepatutnya menganggap Afifi sebagai kawan sahaja. Lelaki itu sendiri
sudah pilih jalan hidupnya. Kenapa tak dia move
on? I can do it! Jerit hati
Maira.
~Kini~
“SAYA
sayangkan awak jugak. Awak janganlah risau sangat. Lagi seminggu aje,” tutur Afifi. Bibirnya tidak lekang
dengan senyuman.
Maira
berjalan perlahan. Kawasan rumah Afifi sudah penuh dengan khemah dan meja-kerusi.
Sengaja Ayah Nan pasang khemah awal. Tidak mahu kelam kabut. Punya excited anak sulung nak kahwin, dia
terus beli khemah, kerusi dan meja. Tidak mahu sewa. Pertama kali adakan
kenduri kahwinlah katakan. Siapa yang tak teruja?
“Okeylah,
awak. Nanti kita berbual lagi. Bye, love
you,” Sempat lagi Afifi mengucup dada telefonnya. Tanda memberikan ciuman.
“Ehem,”
Maira berdehem. Dilabuhkan punggung ke buaian. Dihayun perlahan buaian itu.
Mata ditala ke arah budak-budak yang rancak bermain bola sepak.
“Apa?
Jealous?”
“Eeuuww, tak kuasa aku. Berdebar tak? Lagi
seminggu nak jadi suami orang,” Afifi tergelak.
“Gila
tak berdebar. Siang malam aku practice
nak akad tahu. Ingat lelaki tak ketaq
ke?” Keluar sedikit slang Pulau Pinang. Maira senyum.
“Aku
tahulah. Selalu aku baca novel, pengantin lelaki mesti cuak. Semua nak dengar
lafaz akad…”
Tangan
Maira mencengkam bahu Afifi tiba-tiba.
“Fi,
tulah kucing coklat yang aku cakap. Kau tengoklah,” Afifi memandang ke arah
yang ditunjukkan Maira.
“Woi!”
jerkah Afifi. Terangkat bahu Maira.
Budak-budak
yang sedang bermain bola sepak terhenti.
“Fi,
kau tengoklah. Menakutkanlah,” Maira masih belum berpuas hati selagi Afifi tidak
melihat kucing coklat itu.
“Maira!”
Maira
tersentak. Dia terasa bahunya digoncang. Cengkaman tangan di bahu Afifi
dijatuhkan perlahan.
“Kenapa
kau jerit kat aku?” soal Maira polos. Afifi melepaskan keluhan berat.
“Can you stop your childish
imagination? That chocolate cat was just your illusions. Just an hallucination.
Get it?” Maira terpinga-pinga. Apa maksud Afifi?
“Fi,
aku nampak. Betul,” Maira menegaskan sekali lagi.
“Maira,
jom ikut aku,” Afifi menarik lengan Maira. Naik bengang pula Afifi menariknya
selamba. Yang dia pegang itu anak dara orang, bukannya bini dia. Haish!
AFIFI
berhenti di satu kawasan berumput. Ada aliran sungai di sekitar situ. Maira
memandang Afifi pelik.
“Maira,
bangunlah dari mimpi kau. Cuba kau tengok ni,” Afifi menunjukkan permukaan
tanah yang agak meninggi. Ada satu papan terpacak disitu. Rumput mula menutup
tanah merah itu.
Mata
Maira tertancap pada papan yang terpacak. Pushi!
“Fi,
apa ni?”
“Kau
cuma nampak bayang-bayang Pushi aje,
Maira. Ingat lagi tak, kucing kesayangan kau. Dia mati sebab kena langgar mati
dengan lori,” Maira terduduk. Dipegang papan itu erat. Air mata mula menujah ke
pipi.
“Betul
ke aku cuma nampak bayang-bayang dia aje,
Fi? He’s look at me like he knew me. I
can’t forget that eyes. It was so shining,” rintih Maira. Afifi hanya mampu
menggelengkan kepala. Tidak menyangka Maira akan jadi begini. Mungkin, gadis
itu terlalu rindukan Pushi… kucing pertama dan terakhir yang dibela Maira.
MAIRA
menatap gambar Pushi yang telah diframekan.
Dia yakin kucing coklat itu bukan ilusinya. Kenapa Afifi tidak mahu
mempercayainya? Maira sudah menerima hakikat Pushi sudah tiada. Sejak Pushi
ditemui mati abah di tepi jalan lagi. Tidak mungkin dia berhalusinasi. Malah, kucing
coklat itu langsung tidak menyerupai Pushi yang badannya lebih kepada warna orange.
Tanpa
Maira sedar, mak dan abah sedang berdiri di pintu bilik. Mata masing-masing
bergenang air mata. Mungkin mengenang nasib anak gadis mereka yang satu ini.
“Sampai
bila kita nak biar Maira terus macam tu, bang? Saya tak sanggup lagi,” ujar mak
pada abah ketika di ruang tamu.
“Abang
pun tak tahu. Budak-budak mula mengejek Maira. Cuma, Maira sahaja masih dengan
dunianya. Nan ada minta abang hantar Maira berjumpa dengan psychologist. Abang tak sanggup pulak,” abah mengeluh kecil.
“Kita
tengoklah dulu, bang. Mungkin, Maira sembuh sendiri nanti,” cadang mak. Abah
hanya mengangguk.
“ASSALAMUALAIKUM,
pak cik,” Abah yang sedang menunduk memeriksa enjin kereta pelanggan,
mendongak.
“Waalaikumsalam.
Nak repair kereta ke?” Lelaki itu
tersenyum.
“Bukan,
pak cik. Saya, Ikmal. Saya datang nak cari Umaira. Boleh saya jumpa dia?”
Abah
merenung lelaki yang ingin bertemu dengan anak gadisnya dari atas ke bawah. Seperti
Ikmal buat salah sahaja. Tubuh tegap Ikmal dipandang tanpa jemu. Dibenak abah, memuji
ketampanan Ikmal. Berkulit cerah, hidung mancung terletak… dan yang penting, bulu
mata Ikmal agak lebat. Persis Maira.
“Ada
apa Encik Ikmal nak jumpa anak pak cik?”
Ikmal
mengeluarkan kad namanya. Diberikan kepada abah kad itu. Membulat mata abah
saat itu.
“Psychologist?” Ikmal mengangguk perlahan.
“Tapi…”
“Ada
apa, Syam?” celah Ayah Nan yang tiba-tiba muncul di bengkel abah.
“Nan,
kau ke yang tolong panggil Encik Ikmal ni?” Ayah Nan kerutkan dahi. Tidak
pernah pula dia perasan lelaki segak ini di mana-mana.
“Taklah.
Encik Ikmal datang ni, siapa yang hantar?”
Ikmal
senyum lebar.
“Saya
datang atas kerelaan saya sendiri. Pak Cik Nan tak kenal lagi saya lagi? Anak Helmi
Osman, bekas doktor kat klinik pekan sana,” Ayah Nan tergelak. Kini, dia sudah
ingat.
“Ya
Allah, Hariff ke ni? Semakin segak Hariff sekarang ni. Pak cik pun sudah tak
perasan,” Memang betullah Ikmal Hariff, anak Helmi yang pernah bekerja
dengannya dulu di kliniknya. Hampir-hampir dia terlupa.
“Kau
kenal ke, Nan?” tanya abah.
“Apanya
tak kenal. Dia ni anak Doktor Helmi kat klinik aku dulu tu. Kau ingat tak,
Hariff yang suka kacau Maira dulu sampai menangis budak Maira dibuatnya. Inilah
dia,” Abah melopong. Ikmal tersengih.
“Subhanallah.
Baru aku ingat. Besar dah Hariff rupanya. Tadi, dia sebut nama dia Ikmal.
Manalah nak perasan,” Ikmal menggaru dahinya. Sedar akan kesilapannya.
Ikmal
langsung tidak menyangka dua lelaki tua ini masih ingat padanya. Hampir tiga
belas tahun juga dia tinggalkan Melaka kerana mengikut babanya yang terpaksa
bertugas di Kuala Lumpur. Sehinggalah sekarang, baru dia tergerak hati untuk kembali
ke sini. Niatnya ingin bertemu dengan Umaira Hisyam. Budak hingusan yang sering
diusiknya dulu.
“Hariff
lama ke kat sini?” soal Ayah Nan.
“Tak
confirm lagi, pak cik. Kalau ikutkan,
saya singgah tiga hari aje. Kebetulan
ada seminar kat UTeM, itu yang sampai juga kat sini,” balas Ikmal ramah.
“Kira
Hariff ingat lagilah kat Maira walaupun dah lama pindah KL,” Ikmal sengih
dengan usikan Ayah Nan.
“Maira
ada kat taman depan tu. Petang-petang macam ni, dia selalu lepak kat buaian
sana,” Ikmal menoleh ke taman. Matanya dapat menangkap susuk tubuh Maira.
“Terima
kasih, pak cik. Nanti kita berbual lagi ya. Saya nak tegur Umaira sekejap,”
Abah dan Ayah Nan mengangguk serentak.
“HAI,
Umaira…”
Maira
melemparkan senyuman. Tapi, senyumannya mati melihat bukan Afifi yang
menegurnya. Rindu pula dia dengan Afifi hari ini.
“Boleh
saya duduk?”
“Ikut
suka. Tapi, nanti Fifi datang… awak kena bangun,” Ikmal terkesima. Namun, dia
tetap melabuhkan punggung ke buaian bersebelahan dengan Maira.
“Umaira
sihat? Dah lama abang tak kacau Umaira. Semakin cantik anak dara pak cik Hisyam
ni,” Maira hanya senyum nipis.
Kenangan
dibuli Ikmal masih melekat di mindanya. Dia tidak akan melupakan setiap usikan
kasar Ikmal kepadanya dulu. Disebabkan lelaki itu juga, dia hampir putus
sahabat dengan Afifi. Malas pula dia melayan mamat di sebelah dia ini. Orang
yang ingin temui, tidak pula kunjung tiba.
“Nampak
saya sakit ke?”
“Tak,
you still look cute like before.
Cuma, kurang satu aje. Sejak bila Umaira
berhenti ambil gula? Banyak pula makan asam, monyok aje muka Umaira,” kata Ikmal, cuba bersenda.
Maira
senyum senget. Dia berpaling ke belakang. Kenapa Afifi lambat pula petang ni?
Selalunya, waktu macam ni dah tercongok kat sini. Sebal hatinya berdua dengan
Ikmal. Malas dia ingin melayan lelaki itu. Umaira mula mengangkat punggung.
“Umaira
tunggu Afifi?”
Maira
diam. Ikmal menahan rasa. Matanya terpandang pada jari runcing Maira yang
sedang bermain dengan seutas rantai. Dia mula memerhatikan tindak tanduk Maira.
Jantungnya berdegup laju. Dipandang mula raut gelisah Maira. Wajah putih bersih
itu nampak suram. Sudah muncul eyebag
di mata gadis itu. Dah macam mata panda. Tiada riak ceria yang dipamerkan.
ABAH
menentang pandangan telus Ikmal. Mak hanya diam. Permintaan Ikmal agak berat
untuk mereka. Ikmal kelihatan berharap. Tapi, apa pula penerimaan Maira nanti?
Bolehkah dia menerima Ikmal dalam hidupnya? Abah dan mak sangat jelas dengan
kebencian Maira pada Ikmal.
“Keadaan
Umaira semakin teruk, pak cik, mak cik. Dia tak tidur ikut masa. Saya takut, satu
hari Umaira akan mencederakan diri dia sendiri. Masa tu, dah terlambat untuk
kita ubatkan dia,” Abah pandang mak, mak juga turut pandang abah.
“Kami
tak boleh terus nak putuskan, Hariff. Kena juga tanya pendapat Maira. Dia yang
nak berkahwin. Bukan kami…”
Kalau
ikutkan hati, abah dan mak hendak terima sahaja pinangan Ikmal. Cuma, mereka
takut Maira tidak akan bersetuju. Gadis itu masih mendambakan kehadiran Afifi. Sudah
setahun Afifi meninggal dunia akibat kemalangan. Disebabkan tidak dapat
menerima kenyataan, Maira mengalami tekanan.
Dia
sering berilusi Afifi masih berada dekat dengannya. Abah dan mak tahu,
kehadiran kucing coklat yang sering Maira ceritakan… membawa petanda. Mungkin,
itu merupakan petunjuk untuk Maira agar gadis itu mengerti bahawa Afifi,
sahabat kesayangannya sudah tiada di dunia ini. Maira masih hidup dengan
kenangan arwah Afifi sebelum dia meninggal dunia. Dunia di mana Maira dan arwah
Afifi selalu bergurau senda… usik mengusik.
“Pak
cik dengan mak cik cubalah pujuk Umaira dulu. Kalau tak berjaya jugak, saya
akan guna cara saya,” putus Ikmal. Dia betul-betul ikhlas ingin memperisterikan
Maira. Dia sanggup tidak berkahwin walaupun usianya sudah mencecah dua puluh
lapan tahun. Semata-mata ingin menunggu Maira.
“Insha
Allah, kami cuba,” Ikmal mengukir senyuman. Dia berharap sangat hajatnya akan
tercapai. Dalam masa yang sama, bolehlah dia membantu pulihkan Maira.
~Setahun kemudian~
Umaira Hisyam,
Disaat kau baca surat
lapuk aku ni, mesti aku dah selamat jadi suami orang. Aku dah tak boleh nak
layan kau macam selalu. Nanti isteri aku cemburu. Maafkan aku, Maira. Aku tak
berniat langsung nak tinggalkan kau. Dah takdir kita, kau bukan milik aku dan
aku bukan milik kau. Tapi, kau kena janji dengan aku. Sepanjang aku tak ada
dengan kau, kau jangan nangis eh. Buruklah muka kau nanti. Takut pulak orang
nak masuk meminang. Hehe… gurau jerk.
Umaira Hisyam,
Aku tahu kau
pernah suka abang Hariff. Aku tahu kau mesti nak sangkal kan. But, please.
Don’t do it, this time. Just for me, kau terimalah abang Hariff. Aku dah
bagitahu dia yang kau suka dia. Maafkan aku sekali lagi, Maira. Aku cuma nak
kau bahagia. Aku yakin abang Hariff boleh buat kau bahagia. Tengoklah dulu,
bukan main lagi kau benci abang Hariff. Akhirnya, jatuh cinta jugak. Bertahun
kau tunggu dia kan.
Maira,
Janji dengan
aku. Kau mesti jadi sahabat aku dunia akhirat. Kau ajelah teman sejati aku,
Maira. Tak ada siapa yang mampu jadi kawan sesempurna kau. Itu sebabnya aku nak
kau terus jadi sahabat aku. Hubungan cinta pasti buat kita merana. Sastera tak
ayat aku. Biarlah! Aku yang tulis… tapi kau yang baca. Hihi… Okeylah, Maira.
Got to go. Selamat Pengantin Baru untuk aku!
Sahabat
setiamu,
Fifi
yang comel
Maira
melipat kembali surat yang semakin lunyai itu. Acap kali dia membaca surat
terakhir arwah Afifi itu. Berat hatinya untuk melepaskan sahabat baiknya itu
pergi. Namun, dia harus menerima qada’ dan qadar Allah. Sudah ketentuan-Nya, Ahmad
Afifi Hakim pergi menghadap-Nya dahulu, siapalah dia ingin menghalang. Belum
pun sempat arwah Afifi menjadi seorang suami, dia telah menemui ajalnya.
Maira
sangat berterima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana sanggup menahan malu dek
dicemuh mempunyai anak ‘tak betul’. Maira juga bersyukur kerana dia sudah
tersedar dari mimpinya sendiri. Bayangan arwah Afifi sering menghantuinya.
Akhirnya, kisah kucing coklat yang masuk ke dalam biliknya terjawab. Itu petunjuk
untuk Maira agar dia sedar bahawa dia sedang hidup dalam bayangan.
Teringat
pula pada mimpinya dulu, Afifi membawanya ke kubur Pushi. Mungkin itu juga
adalah salah satu petunjuk untuknya.
“Sayang,”
Maira menyapu air mata di pipi. Dia cuba mengukir senyuman. Surat peninggalan
arwah Afifi dimasukkan ke dalam laci.
“Dah
lama abang sampai? Maaf, Maira tak sedar,” Maira bersalam dan mencium tangan
suaminya.
“It’s okay. Sayang sihat hari ni?” Ikmal
mengusap kepala Maira.
“Sihat,
alhamdulillah. Abang?” Ikmal membaringkan badannya ke tilam. Matanya memandang
syiling yang bercahaya.
Idea
Mairalah itu, menampal bulan dan bintang di syiling. Setiap kali lampu ditutup,
pasti bulan dan bintang itu bercahaya. Ikmal mengisyaratkan agar Maira
berbaring di sebelahnya. Maira senyum. Dia menjatuhkan kepala ke lengan sasa
Ikmal yang sedang mendepa. Matanya turut ditala ke syiling. Sengaja dia membiarkan
bilik gelap. Hanya diterangi cahaya lampu tidur yang malap itu sahaja.
“Abang
akan sihat kalau Umaira abang sihat,” Maira tergelak. “Sejak sayang preggie ni, sayang makin comellah. Anak perempuan
kot sayang kan. Muka mama dia, berseri semacam aje,” Ikmal mencuit lembut hidung mancung Maira.
“Kan
Maira dah pesan, jangan minum air gula banyak sangat. Terlebih manis dah hah,”
Ikmal ketawa. Dia mengiring ke kanan. Tangan kirinya dibawa ke perut Maira yang
sudah membukit, dah masuk tujuh bulan pun.
“Abang
sayang Umaira,” ucap Ikmal romantis. Tidak pernah dia terlupa untuk meluahkan
rasa kasih dan sayangnya pada Maira.
“Maira
pun sayang abang…”
Ikmal
menghela nafas perlahan. Dia sebenarnya tidak yakin dengan ucapan sayang Maira.
Ucapan itu macam tiada perasaan. Sedangkan dia? Menggunung tingginya sayang dan
cinta untuk isterinya. Terkadang, hanya kerana hal ini… mereka bergaduh. Ikmal
masih belum yakin Maira sudah lupakan perasaannya pada arwah Afifi.
“Macam
tak ikhlas aje,” cebik Ikmal.
“Umaira
sayangkan abang sangat-sangat. Abang ada tempat di hati Maira sampai bila-bila.
Insha Allah, hati Maira hanya untuk abang,” Ikmal tersenyum puas. “Terima kasih
sebab sudi jadi suami, doktor dan imam untuk Maira. Esok abang teman Maira beli
barang-barang baby eh,” Ikmal
mengangguk. Dihadiahkan ciuman di dahi Maira.
Dengan
usaha Ikmal, sedikit demi sedikit Maira mula sedar dari bayangannya. Setiap
hujung minggu, pasti dia akan ke pusara Afifi. Setiap kali itu juga, air
matanya bagaikan hujan yang turun. Betapa dia sayangkan insan yang bergelar
sahabat baiknya. Dulunya, mereka berkongsi masalah, gembira dan sedih bersama. Kini,
insan itu telah pergi jauh darinya.
Hampir-hampir
sahaja Maira menjadi gila. Syukur Alhamdulillah, Allah telah menghadiahkan
seorang lelaki yang mampu menjaga dan mendidiknya. Dan pastinya semua itu lebih
barakah kerana lelaki itu adalah suaminya. Kekasih halalnya. Tiada had yang
diperlukan untuk mengubati penyakit Maira. Ikmal Hariff juga seorang imam yang
mampu membimbing Maira ke arah kebaikan . Insha Allah.
Firman Allah bermaksud :
“Wahai
orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu
berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (al-Quran yang mewajibkan taat
kepadanya).” – (Al-Anfal: 20)
TAMAT
ok... Uat lagi cerpen akak ♥
ReplyDeleteSaya nak share di page DK.... Tq
ReplyDeletepage DK? sila.. sila.
DeleteBest la cerpen ni sampai nak nangis pun ada bila Maira baca surat Afifi tu. sedih sangat. cuma tak faham macam mana Ikmal boleh jatuh cinta dengan Maira dan macam mana Maira boleh hatuh cinta dengan ikmal padahal dia kan benci Ikhmal.
ReplyDeletesedihnya cerpen ni
ReplyDeletesedihnya cerpen ni
ReplyDeleteSalam. Sekali lagi tahniah kepada penulis. Syabas. Teruskan usaha anda. Tahniah. Salam :)
ReplyDelete