Aku mencelikkan mata perlahan. Dah
masuk seminggu aku dok terperap kat bilik. Makan pun dalam bilik. Nak tahu
kenapa? Semuanya gara-gara Kheryll Aizril. Dia dah hantar rombongan merisik
kot. Memang haru sungguh jejaka seorang ni. Dia ingat aku nak lari? Bukannya
hobi aku pun nak masuk larian pecut. Haishhh.
Dua hari lagi, aku akan bergelar
tunangan dia. Berdebar juga hati aku ni. Papa mamalah ni nak sangat
bermenantukan si Kheryll tu. Kononnya, Kheryll gentleman. Kheryll baik. Kheryll sopan. Kheryll manly. Erk! Jujur okey. Semua tu pujian
dari keluarga aku. Sekali lagi aku tegaskan, keluarga aku! Ya Allah, sampai
begitu sekali pujian melambung diberi kepada lelaki yang baru sahaja mendapat
nama di dalam keluarga aku.
Ubat pengasih apalah yang dia pakai?
Nauzubillah. Keluarga aku main setuju je masa keluarga Kheryll datang merisik.
Tanpa bertanya pada tuan punya badan. Sadis sungguh keadaan Nur Adya.
Berani-beraninya mereka membelakangkan persetujuan tuan punya badan yang nak
berkahwin. Aku lari masa akad nikah baru dia orang tahu.
“Kakad, buat apa lagi tu? Dah seminggu
mogok. Takkan tak nak keluar lagi?” Mama menjerit di luar pintu.
Pantas aku mengambil tuala dan berlalu
ke bilik air. Setelah seminggu terperap di dalam bilik, akhirnya nak juga aku
tunjuk muka. Bosan kot duduk dalam bilik tanpa melihat dunia luar. Ceh, over
sangat ayat aku. Boleh aje tengok dunia ikut tingkap. Lagipun, facebook,
twitter, instagram ada. Cukup untuk melihat apa yang berlaku di dunia. Dunia di
hujung jari. Tapi, aku? Ugh!
*****
Mamat yang segak di hadapan aku ni dah
kenapa? Dari tadi lagi asyik pandang-pandang aku. Aku tilik diri aku seketika.
Elok sahaja rasanya pakaian aku ni; dress chiffon ungu dan wide shawl ungu
muda. Tiada apa yang pelik pun. Atau, memang habit si Kheryll ni, suka pandang
anak dara orang. Uish, bahaya ni!
“So, ada apa awak nak jumpa saya?”
Kheryll mengacau cappuccino panas di
cawannya. Aduh, mamat ni. Kalau dah halal, aku sekeh dah kepala dia ni. Orang
tanya boleh buat pekak pula.
“Dalam masa dua hari lagi, awak akan
jadi tunang saya kan?” soal Kheryll tanpa memandang wajah cute aku ni. Tadi
bukan main lagi tenung aku macam nak ditelannya aku ni.
“Ya. Itu yang mama saya bagitahu. Tapi,
yang lain-lain saya tak tahu sebab mama dan papa diam aje masa saya tanya,”
Kheryll angguk perlahan.
“Jadi, awak tak tahu pasal majlis nikah
kita?” Aku angkat kening sebelah. Lain macam saja bunyi.
“Kenapa dengan majlis nikah? Supposedly,
majlis nikah dah decide masa family awak datang merisik hari tu kan? Atau,
decide masa majlis tunang?”
Kheryll senyum nipis. Pelangkung juga
mamat ni karang. Atau, aku dah terover shadow? Haih, aku kan bakal tunang dia. Tentu-tentunya
aku kena ambil berat pasal semua tu kan. Sekurang-kurangnya, tak adalah nampak
sangat yang aku ni terpaksa bertunang dengan dia. Aku Cuma nak menjaga hati semua
orang, termasuk hati aku yang dalam terpaksa tetapi rela ni.
Bukan senang nak cari seseorang yang straight
to the point macam Kheryll Aizril ni. Lagipun, dia yang mulakan dulu. Aku cuma mengikut
saja.
“Awal-awal lagi dah decide. Tak payah
tunggu masa majlis tunang,” Erk, aku dah peninglah dengan dia ni. Berbelit-belitlah
pula, macam ular.
“So?”
“Selepas tunang, terus nikah,” kata
Kheryll dengan muka selamba dia.
Aku? Ahah, tak payah bajet cantik lagi
dah. Memang ternganga mulut comel aku ni. Weh, apa dia kata tadi? Maksudnya,
nikah pun lagi dua hari? Ohmai, Kheryll Aizril Marjan! Apa semua ni? Awak dah
kemaruk nak kahwin sangat ke?
“Kheryll, don’t play with me. No joke,
okay?”
“Tak, ini betul-betul. Bukan gurauan
lagi dah. Kita nikah hari yang sama dengan bertunang,” Kheryll menekankan
perkataan nikah.
“O… key. Then, what I’m doing here?”
“Just want to see you. Your mama said,
awak dah keluar bilik. So, saya naklah jumpa awak sebelum kita tunang dan
nikah,” Aduh, mamat ni.
“Awak, lagi dua hari kan majlis tu? Mean
that, you still can see me after that,” Aku dah mula bangun dari kerusi empuk
di café yang pernah menjadi kegemaran aku satu ketika dulu, sebelum aku break off
dengan boyfriend lama. Dua tahun sudah.
“Awak nak pergi mana ni?” tanya Kheryll
dengan muka dilangutkan untuk memandang aku.
“Saya balik dulu. Tak eloklah kita jumpa
sebelum nikah, hilang seri,” Aku terus melangkah meninggalkan café. Muka Kheryll
tak usah cakaplah, terkejut macam ternampak anaconda sahaja. Uhuh!
Memanglah aku tak suka benda mengejut
macam ni, tetapi aku cuba terima keadaan ni seboleh mungkin. Patutlah mama
bukan main sibuk lagi mengemas rumah. Siap diangkut habis kaum kerabat dia. Baru
sahaja aku ingin menyoal mama; majlis tunang pun perlu semua kaum kerabat
sebelah papa dan mama turun sama ke?
*****
Kheryll
renung skrin komputer ribanya. Tiada entri terbaharu daripada blog ‘budakcengeng’.
Kesunyian sungguh dia seminggu ni, tidak ditemani dengan celoteh si Adya di
dunia maya ini. Jangankan blog, segala jenis laman social yang lain juga turut
diam. Seperti empunya badannya, Nur Adya Marzuki.
Disandarkan badan ke kerusi. Serba tak
kena dia melihat reaksi Adya pagi tadi. Masih terbayang-bayang wajah itu
seperti ditimpa buah kelapa. Tiada juga senyuman yang mengiringi wajah comel
itu. Muncul pelbagai persoalan di minda Kheryll. Keputusan drastik yang dibuatnya
itu memang mengejutkan semua orang, namun hatinya yang berkata begitu.
“Ehem,” Suara deheman kedengaran di
muka pintu bilik Kheryll.
“Masuklah, long. Tak ada harimau pun
nak baham kau,” Kirana tergelak. Dia menapak masuk ke bilik satu-satunya
adiknya itu, dilabuhkan punggung ke birai katil.
“Memanglah tak ada harimau, tapi kau tu
dah macam serigala dah along tengok. Kenapa?”
Kheryll mengeluh kecil.
“Entahlah, along. Ryll rasa macam Adya
tak suka aje Ryll nak nikah dengan dia,” Sekali lagi Kirana tergelak. Kali ini
kuat sedikit.
“Hmmm… gini pulak. Ryll, kau pinang
budak Adya tu macam ada orang lain aje yang nak rampas dia dari kau. Majlis
nanti bukan setakat tahu, siap nikah sekali. Kalau along di tempat Adya pun,
awal-awal lagi along dah cabut lari,” Kheryll kerut dahi.
“Agak-agaklah, long. Ryll memang dah
lama sukakan Adya tu, sejak Ryll baca dia punya blog lagi. Tapi, hari tu entah
macam Ryll terserempak dengan dia. Dalam blog dia tu pulak kemain ramai lagi
dok sibuk nak tackle dia, tapi nasib baik Adya tak layan. Alang-alang tu, Ryll
coplah dulu,” kata Kheryll, serius.
“Eloklah kau kahwin sekarang, Ryll. Umur
pun dah lanjut, patutnya berderet dah anak kau tu,” Kheryll mencebik.
Bukannya tua sangat pun, baru tiga
puluh tiga tahun. Standardlah tu lelaki kahwin di usia sebegini. Bak kata
orang; semakin tua, semakin laris. Macam goreng pisang tu. Uhuk! Merepeklah si
Kheryll ni.
“Pandailah kau, long. Along yang kahwin
awal pun, baru anak dua. Along tu lagi tua dari Ryll tahu,” Kirana bangun. Ditumbuk
bahu sasa Kheryll. Padan muka!
“Sekurang-kurangnya, along dah ada
anak. Rezeki tu kan dari Allah, bukannya along tak berusaha. Kalau boleh, satu
team bola sepak along nak bagi anak kat abang long kau tu,” Kheryll ketawa
kuat.
Gilalah along dia ni. Satu team bola sepak? Na… hai. Agak-agak kalau
dialah yang minta kat Adya macam tu, dia nak bagi tak, hah?
*****
Buku masakan yang tersusun elok di rak,
aku ambil. Mata pandang mama dan Makngah yang sibuk bersotset di ruang tamu,
tangan masing-masing pula menggubah hantaran. Haih, nak tengok hantaran pun
rasa berbinar mata ni. Kenapalah semuanya berlaku sepantas ini? Mahu sakit
jantung kalau hari-hari begini.
“Mama, berapa hantaran yang family kita
bagi?” Entah mengapa, teringin pula aku hendak tahu.
Mama dan Makngah pandang aku serentak.
“Sembilan. Pihak Kheryll hantar tujuh. Kakad
ada nak tambah apa-apa ke?” Mama ni pun, Kakad ni bukannya ready pun nak
kahwin.
“Tak ada. Mama buatlah apa yang patut
eh. Kakad serah diri aje,” Tiba-tiba pula, aku rasa sedih semacam.
Apa tidaknya, aku bakal berkahwin,
okey. Bukannya kahwin macam main pondok-pondok waktu kecil-kecil dulu tu. Tapi,
ini realiti. Si Kheryll Aizril tu pun aku tak kenal betul-betul. Main redah aje
masuk meminang anak dara orang. Selepas itu pula, si dia tu ‘lullaby Adya’… si
pengkritik terhormat dekat blog aku tu. Aduh, yang aku dok berperang pendapat
tu dah nak jadi suami aku. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku untuk menerima semua
ini dengan redha.
“Kakad punya bakal suami, segak jugak
ya. Makngah ada tengok gambar dia, papa tunjuk semalam,” Aku senyum nipis.
“Biasa ajelah, Makngah. Ada mata, ada
hidung… ada mulut. Sama aje Kakad tengok,” Mama membulatkan mata yang tak
berapa nak bulat tu.
“Amboi, masa ni bolehlah cakap macam
tu. Nanti… bila dah fall in love, mahu Kakad asyik nak berkepit dengan Kheryll.
Jangan lupa, Kakad jugak teringin nak jumpa si ‘lullaby Adya’ tu. Ini hah, siap
hantar rombongan lagi. Tak sampai dua hari lagi dah nak jadi suami Kakad,” Aku
cebik.
Mama ni… kalau sudah buka mulut, habis
aku ni dikenakan dia. Alangkah baiknya jika itu berlaku. Hadeh, betul ke aku
tak suka dia? Musykil ni. Kheryll Aizril, pertama kali pandang memanglah
handsome juga. Tetapi, entah kenapa aku nampak dia tadi macam biasa-biasa saja.
No heart feeling like the other day. Huh.
to be continued...
nak lagiiiii ;)
ReplyDelete:D
DeleteSalam akak, mlm ni xde new n3 ka? Hehehe... Saya ada nk share something with akak, can you add me at facebook Ruunna Qizbal? Hehehehe..
Deletehehe. dah post BCP. :D. sory lambat. okey, dah add. :D. hehe
Deletesambung2...
ReplyDeleteSis...smbung lg..plesss...
ReplyDeletetkde entry baru ke? *menangis*
ReplyDeletebila nk sambung sis??
ReplyDeleteLma de hold ni bla lg nk smbung?
ReplyDeleteSambung pliss 😂❤️
ReplyDeleteHuhuhu..tk nk smbung ke? Alaa sedihlah lau camni..smbunglah pleazz..Kak cia tk nk buat entry bru ke?? Rinduu lh nk bca crpen @ novel akak..smuanya best2..sya dn bca semua cerVEL akk dri 2013 until 2016..huhuhu..wat lah entry bru..jgn hmpakan kitaorng kak CIA..huhuhu
ReplyDelete-aKa Mya Aliyah-