Assalamualaikum…
Hye!
Your
pearl was here darlings! :D. so, this is for episode 8. fyi, Pearl akan
ditamatkan pada episode 10. inshaAllah. Tinggal lagi dua episode sebelum
berakhirnya Pearl. Huhu. Sedih pulak nak tamatkan Pearl ni. enovel pertama yg
bakal habis dulu. L. Harap semua
okeylah untuk episode kali ni. macam merepek sikitlah. Haha. Tapi, apapun nilah
Pearl. SELAMAT MEMBACA! :D.
********************
EPISODE
8
Bunyi
pancuran di dalam bilik air, meresahkan Adelin. Sejak pulang dari rumah SM
Mahadi dan Mak Lela di Manjung tadi, Fariz hanya diam sehinggakan Adelin
sendiri takut untuk menegur dan berbual. Sudah lebih setengah jam, Fariz di
dalam bilik air. Adelin yang menunggu di sofa berdekatan jendela pula yang
tidak senang duduk.
Semestinya
Fariz marahkannya kerana merahsiakan tentang kerjaya lamanya itu. Salah dia
juga kerana tidak berterus terang. Encik Thohier dan Puan Aida juga tidak
pernah mengungkit soal itu ketika bersama Fariz. Adelin tidak pula meminta baba
dan ibunya turut merahsiakan hal itu.
“Nak
buat apa ni? Bodoh jugak aku ni pun. Yang tak bagitahu senget tu dah kenapa?
Bukan aku buat salah pun, kan,” omel Adelin sendirian sambil mengetuk dada Samsung
Galaxy Note 3nya.
Adelin
menjerit kecil tatkala matanya menangkap Fariz sedang merenungnya pelik di
birai katil. Erk? Mulalah dia tidak boleh duduk diam.
“Errr…
awak nak turun bawah ke?”
Soalan
itu tidak berjawab. Sebaliknya, laju sahaja Fariz meninggalkan Adelin yang
termangu sendiri itu. Haih, keluar macam tu saja? Pintu bilik hotel yang
tertutup itu dipandang Adelin kosong. Fariz merajukkah? Pelik pula kerana
lelaki itu tidak memarahinya. Betullah kata orang; lebih baik dihamburkan sahaja
kemarahan itu daripada terus berdiam sahaja. Rasa macam segalanya tak kena.
*****
Terpampang
nama Hadi di dada Iphone Fariz. Sengaja dihubungi sahabat baiknya itu. Kakinya
melangkah ke meja makan di bawah pokok rendang. Agak jauh dari pengunjung lain.
Jauh di benaknya, dia teringin ke sini bersama Adelin. Tetapi, mengenangkan dia
masih sukar untuk menerima kebenaran yang diketahuinya pagi tadi… dilupakan
sahaja hajat itu. Dia perlukan masa untuk bersemuka dengan Adelin.
“Hello,
Di,” sapa Fariz terlebih dahulu.
“Hah,
muncul pun kau. Call aku kenapa? Adelin
tak nak layan kau ke?”
Dahi
Fariz berkerut. Apa pulalah yang Hadi merepek ni?
“Bukanlah.
Saja aku call kau. Macam mana kes tu?
Okey?” Hadi dihujung talian ketawa.
“Weh,
agak-agaklah kau ni. Tengah honeymoon
pun, boleh fikir pasal kerja. Kau balik sini nanti aku bagitahulah. Kalut bebenar,”
balas Hadi dengan ketawa yang masih bersisa.
“Entahlah,
Di. Mood honeymoon pun dah hilang
rasanya,” kata Fariz tidak bersemangat.
“Dah
kenapa kau ni? Korang bergaduh ke? Alah, benda biasalah gaduh-gaduh ni. Macamlah
kau dengan Adelin tu pernah berbaik. Kau tu suami, kenalah mengalah sikit,”
tebak Hadi.
Fariz
mendecit perlahan.
“Melalut
pulak kau ni. Pagi tadi aku pergi rumah mak angkat aku. Tak sangka pulak ada
hikmahnya aku pergi sana…”
“Cuba
cerita kat aku apa yang jadi. Aku tak faham ni. Hikmah apa pulak dah,” Fariz
mengeluh kecil.
“Adelin…
bekas cyber crime officer di LA. Kebetulan,
ayah aku tu kenal dengan baba Adelin. So,
automatiklah sekali si Adelin tu dia kenal. Aku tak faham kenapa Adelin tipu
aku, Di,” beritahu Fariz jujur.
“What? Seriously? Eh, macam tak percaya pulak aku. Adelin tu tak nampak
macam polis pun. Kenapa dia berhenti?”
“Itu
aku tak pasti. Aku sendiri pun belum tanya dia. Entahlah, Di. Aku tak boleh nak
berdepan dengan dia sekarang ni. Banyak benda yang aku nak tanya dia, tapi tak
boleh. Rasa macam batu terhempap kat badan aku ni. Benda ni terlalu mengejut,” Berat
kepalanya memikirkan tentang itu.
“Relaks,
Fariz. Buat sementara ni, jauhkan diri dari Adelin dulu. Selepas dah okey, baru
kau berdepan dengan dia. Tak pasal jadi macam dulu. Mungkin ada sebab kenapa
dia rahsiakan dari kau. Jangan pressure
sangat diri kau tu,” nasihat Hadi lembut.
Cukuplah
Fariz mengamuk pada Mutia dulu. Itupun sudah membuat Hadi meremang bulu roma sebaik
teringat tentang kejadian itu. Fariz pantang jika ada sesuatu yang mencabar
kemarahannya. Hadi tidak mahu sahabat baiknya itu kecundang lagi. Kejadian lima
tahun lepas pun masih segar diingatannya ini. Hampir sahaja Fariz gila dek
perasaan bersalahnya pada Mutia.
“Insha
Allah. Okeylah, aku nak tenangkan fikiran aku. Pasal kes syarikat papa aku,
balik nanti aku pergi cari kau…”
“Iyalah.
Assalamualaikum,” Talian diputuskan. Fariz menjawab salam Hadi di dalam hati.
Disandar
badan ke kerusi. Dipositifkan fikirannya sehabis mungkin. Matanya memandang ke
laut. Deruan ombak memberikan ketenangan sedikit. Nampak gayanya esok jugalah
mereka akan pulang. Segala rancangan Fariz semuanya terbatal. Dia sudah malas
meneruskan lagi walaupun jauh di sudut hatinya dia mengharapkan percutian akan
mengeratkan hubungan mereka. Sudahnya, hancur!
*****
BMW
5 series sedan hitam berhenti betul-betul di hadapan kediaman Adelin. Tindakan
drastik si Fariz, esok paginya terus sahaja mereka pulang ke KL. Adelin hanya
menurut tanpa berkata apa-apa. Dia bercakap pun, bukannya Fariz hendak
mendengar. Membazir air liurnya sahaja.
“Dah
sampai, turunlah,” kata Fariz dingin.
Adelin
masih membeku di tempat duduk penumpang. Sit
belt juga tidak ditanggalkan. Tiada ura-ura dia akan turun dari kereta
Fariz. Matanya tepat pada side mirror.
“Tak
nak,” Fariz ketap bibir. Degil pula perempuan sorang ni. Aku drag dia turun, baru ketahuan. Buat
perangai macam ni, ingat aku nak layan kau ke. Sorry naik lori, omel Fariz di dalam hati.
“Sementara
aku bercakap secara baik ni, lebih baik kau ikut aje. Kau nak aku drag kau keluar ke?”
“Whatever it is I’ll stay here,” Adelin
bersuara tegas, nekad tidak berganjak. Dipeluk tubuh tanda dia tidak akan
mengalah.
“Kau
jangan cabar aku, Adelin. Okey, kau nak sangat aku drag kau kan. Boleh,” Sit
beltnya dibuka. Fariz membuka pintu keretanya dan melangkah keluar untuk
membuka pintu Adelin.
Dibuka
pintu itu dan badan Fariz menjengul masuk ke dalam kereta sedikit untuk membuka
sit belt Adelin.
“That black car followed us. Dari highway tadi lagi,” maklum Adelin.
Kepala Fariz berpusing ke kanan. Hampir sahaja mukanya berlaga dengan muka
Adelin.
Diambil
kesempatan itu untuk menjeling ke belakang. Benar! Sebuah kereta Honda Civic
hitam sedang terparkir tidak jauh dari rumah Adelin. Mahu tidak mahu, Fariz
terpaksa membawa Adelin ke rumahnya. Baru sahaja hendak berperang, terganggu
pula. Fariz kembali ke tempatnya.
Kereta
dipandu agak laju. Sesekali matanya yang terlindung dengan kaca mata hitam itu
mencuri pandang kereta hitam itu melalui cermin pandang belakang. Siapa punya
kerjalah ni? Dia tidak terus pulang ke kondonya sebaliknya kereta dipandu masuk
ke kawasan IPD, tempat kerjanya. Hanya cara itu sahaja boleh mengaburkan mata
si pengekor.
Iphone
di dashboard diambil Fariz. Ditekan dada
telefon, mencari kenalan yang boleh membantunya ketika ini.
“Hello, Luq. Aku kat bawah. Turun
sekarang,” arah Fariz tegas. Dimatikan talian tanpa menunggu balasan dari pihak
sana.
Adelin
hanya diam di tempatnya. Dibuka mulut nanti, ada pula langau garang yang menjeling.
Huh! Beberapa minit kemudian, muncul Lukman di sisi kereta Fariz.
“Ada
apa, tuan?”
“Kau
hantar aku balik rumah, Luq. Use that car,”
Jari telunjuk Fariz menunjukkan kereta MPV hitam yang berlencana polis, elok
terparkir di bawah pokok.
“Okey,
tuan. Sekejap, saya pergi ambil kunci,” Lukman berlalu masuk ke balai kembali.
“Musuh
awak ke saya?”
“Apa?”
“That black car. Tapi, rasanya musuh
awaklah kan. Selalu sangat sakitkan hati orang, sahlah ada musuh,” tebak Adelin
selamba.
“Mulut
tu jangan melebih. Aku tinggal kau kat sini, nak?” marah Fariz. Adelin
menggeleng. Ish, tak mahulah dia tidur dalam lokap. Rela lagi dia ditinggalkan
di tepi jalan. Ditebalkan juga muka dia yang cantik ini mengikut Fariz balik
kondo.
*****
Adelin
membelek telefon bimbitnya. Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati. Seperti
ada sesuatu yang berlaku. Mata kirinya juga kerap berkelip-kelip. Semoga
tiadalah perkara yang buruk berlaku. Tidak mahu membebankan kepalanya, dia
membuka galeri gambar di mana menyimpan gambar-gambarnya dan juga anak
angkatnya, Chiya. Rindu pula pada kanak-kanak berusia empat tahun itu. Sudah
beberapa bulan, dia tidak menjenguk Chiya di rumah pengasuh kanak-kanak itu
walaupun dia ada pulang ke kampung dua bulan lepas.
Lukman
memandang ke belakang sejenak. Aura pergaduhan mula dirasai di tempat duduk
belakang. Takkanlah keluar bercuti bersama, semakin tidak baik pula hubungan
orang atasannya itu. Matanya ditala ke sebelahnya pula. Lukman berdecit di
dalam hati. Macam manalah boleh terlupa hendak kenalkan mamat mata biru ni pada
Fariz.
“Tuan,
lupa pulak saya nak kenalkan police
officer yang tengah siasat kes Eclipe’s Holding ni. Saya kenalkan, Carl.
Carl, yang kat belakang kau tu, ASP Fariz,” Carl menjenguk ke belakang.
Orang
pertama yang ditangkap matanya adalah Adelin. Adelin? What a shock situation is
this? Kemudian, barulah dia mengoles senyum kepada Fariz.
“I’m Carl. Patutlah Ann tak layan I.
Rupanya, ada jejaka Malaysia lagi kacak. Ann, what are you doing here? So,
he’s your love one, huh,” Adelin mengangkat wajahnya. Pap!
Fariz
pandang isterinya pelik. They know each
other? Damn! Mustahil Adelin tak
melayan, bukan main kacak lagi si Carl itu.
“I’m Fariz. Kau kenal Adelin ke?”
“Of course, we’re ex-teammate. I thought she
never choose police officer as her boyfriend, but ASP for good? Great, Ann…”
“Stop your nonsense, Carl,” balas Adelin
keras.
“Alright, dear. As you wish. So, who are
trying to follow you guys? Eclipe’s enemy or both of you enemy?”
“Maybe, my enemy,” Pantas Fariz bersuara.
Nada suaranya juga langsung tidak menunjukkan mesra. Carl menoleh semula ke
hadapan. Sempat hatinya memuji ketampanan Fariz. Memang sepadan keduanya.
Fariz
mengerling Adelin di sebelah kanannya. Isterinya tampak biasa. Namun, Adelin
kelihatan resah. Sebab Carlkah dia resah? Haish! Hendak menyoal, Adelin pasti
menyangka dia cemburu. Ohoi, sejak bila kau consider
pasal semua tu, Fariz oi. Sebelum ini, main terjah saja.
*****
Adelin
membawa langkah ke jendela, langsir yang menutup cermin kaca itu ditarik. Biar
cerah sedikit ruang tamu ini. Fariz pula terus meluru ke bilik sebaik tiba tadi.
Nampak gayanya, kembali dinginlah hubungan mereka berdua. Deringan telefon
menyedarkan Adelin yang mengelamun di tepi jendela.
Handphonenya
di atas meja dicapai. Sebelum menjawab, dia melihat dahulu gerangan si
pemanggil. Ibu Sayang! Kenapa pula ibunya menelefon?
“Assalamualaikum,
ibu…”
“Waalaikumsalam.
Adel ada di mana? Perak lagi?” soal Puan Aida, suaranya kedengaran cemas.
“Tak,
ibu. Adel baru aje sampai KL. Kenapa, ibu?”
Fariz
keluar dari biliknya dan menghala ke peti sejuk. Tin coke dikeluarkan,
diteguknya air bergas itu. Matanya memerhati Adelin di ruang tamu.
“Adel
bertenang ya. Chi… Chiya…”
“Kenapa
dengan Chiya, ibu? Dia demam ke?” celah Adelin, tidak sabar. Ibunya pula
seperti susah untuk memberitahunya.
“Bukan.
Chiya ada kat hospital sekarang. Ibu dan baba pergi rumah pengasuh Chiya, rumah
tu bersepah. Mina pun tiada. Kami… jumpa Chiya, Adel. Dia pengsan di tingkat
atas. Kami bawa pergi hospital. Doktor sahkan Chiya kena… rogol,” Mendengarkan
itu, Adelin terduduk di karpet.
Chiya,
what? Dirogol?
“Allahuakbar.
Bi… bila?”
“Pagi
tadi. Adel balik sini ya. Chiya wanna
meet you and Fariz badly. She misses both of you very much,” kata Puan
Aida, bernada sebak.
Adelin
diam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Air mata sahaja yang laju mengalir di
pipi. Chiya baru sahaja berusia empat tahun, masih kecil. Teganya si pelaku
itu. Puan Aida mematikan talian setelah hampir beberapa Adelin mendiamkan diri.
Pasti susah untuk anak perempuannya itu menerima hakikat ini.
Fariz
yang sedang berdiri di sisi kaunter dapur, Adelin pandang.
“Awak,
saya nak balik kampung. Sekarang,” Fariz pandang isterinya pelik.
Siapa
Chiya? Wait, Chiya! Raisya?
“What’s going on, Adelin? What happen to Chiya?” Fariz meluru ke
arah Adelin yang kelihatan menggeletar itu.
“Someone… raped her, Fariz. Saya nak
balik kampung. Please,” rayu Adelin
sambil mencengkam kedua belah lengan suaminya.
“Okay, let me take my bag first,” Fariz
pantas ke bilik. Pergaduhannya dengan Adelin perlu diletak tepi terlebih
dahulu. Apa yang penting, mereka harus menemui Chiya secepat mungkin.
Chiya
atau Nur Raisya binti Abdullah. Seorang kanak-kanak yang dipertanggungjawabkan
oleh penjaga Chiya sendiri untuk dijaga oleh Fariz dan Adelin setahun yang
lalu. Disebabkan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka
mengupah seorang pengasuh yang dipercayai untuk menjaga Chiya. Kadang-kadang, Encik
Thohier dan Puan Aida sendiri yang menjaga Chiya. Namun, beberapa minggu ini
keduanya sibuk sehinggakan tidak sempat untuk melawat Chiya.
Malang
tidak berbau. Pengasuh yang dipercayai juga sudah hilang. Kanak-kanak yang
masih kecil itu pula yang menjadi mangsa rogol. Persoalannya, siapa si keparat
itu? Di mana pengasuh Chiya, Mina?
*****
Tiba
sahaja di hospital, Fariz dan Adelin bergegas ke wad Chiya. Untung sahaja penerbangan
awal dari KL ke Bayan Lepas masih sempat mereka kejar. Encik Thohier pula
awal-awal sudah menghantar seorang pemandu ke lapangan terbang Bayan Lepas
untuk menjemput Fariz dan Adelin. Keadaan kesihatan Chiya yang semakin merudum,
memerlukan pasangan itu tiba dengan segera.
“Ibu,”
Adelin menerpa Puan Aida di hujung katil Chiya. Fariz pula bersalam dengan bapa
mertuanya yang berdiri di tepi tingkap bilik itu.
“Chiya,
mummy dan daddy Chiya datang,” maklum Puan Aida lembut di tepi telinga
kanak-kanak itu.
Chiya
membuka mata perlahan. “Mummy,” Adelin menyapu air matanya sebelum mendapatkan
Chiya. Dipeluk anak kecil yang berbaring itu.
“Hai,
mummy’s sweetheart. How are you?”
“Mummy,
Chiya sa… sakit,” rintih Chiya. Allahuakbar! Lemah lutut Adelin mendengar
rintihan itu. Sebelum ini, wajah comel Chiya ceria sahaja ketika Adelin membuat
video call. Kini, pucat dan mata pula
merah. Pasti Chiya menangis sakan.
“Iya.
Mummy kat sini. Daddy Chiya pun ada. Daddy,” Adelin panggil Fariz dengan mata
berkaca. Lagi lama dia memeluk Chiya, semakin lebat air matanya nanti. Dia
tidak mahu Chiya melihatnya begitu. Dia memberi ruang kepada Fariz.
Fariz
duduk di birai katil. Kepala Chiya diusap. Dia merenung wajah comel itu seketika.
Sungguh, dia terlupa akan Chiya. Dia menginginkan kehadiran anak untuk dibelai,
untuk ditumpahkan kasih sayang. Namun, dia alpa mereka sudah punya Chiya untuk
mereka pelihara. Terbit perasaan bersalah di dalam diri Fariz. Jarang-jarang
sekali dia mengambil berat tentang anak itu.
“Daddy
kat sini, Chiya. Chiya sayang daddy tak?” Chiya angguk lemah. “Kalau sayang
daddy, Chiya kena kuat. Sakit tu tak lama. Nanti Chiya dah sihat, daddy bawa
Chiya balik. Nak?” Angguk lagi.
“Chiya
nak ikut daddy. Tak nak duduk sini,” sayu Chiya bersuara.
“Okey.
Tapi, ada syaratnya. Chiya kena senyum, baru comel. Dah comel, daddy tak
bolehlan nak tinggalkan Chiya lagi,” Sedaya upaya Chiya mengukir senyum.
Fariz
usap kepala Chiya sehingga terlena anak kecil itu.
“Mina
pergi mana, baba?” tanya Adelin setelah pasti Chiya sudah tidur. Encik Thohier
geleng kepala.
“Semua
pakaian termasuk barang-barang dia masih ada. Orangnya baba sendiri tak tahu
pergi mana. Tapi, baba dah buat report. Polis sini tengah buat siasatan. Rumah
Mina pun ada polis yang jaga. Mana tahu Mina balik, senang sikit,” jelas Encik
Thohier.
“Motif
apa dia orang pecah masuk rumah, baba? Merompak?” Fariz pula yang menyoal
sambil tangan menepuk lengan Chiya.
“Tiada
motif rompakan. Semua barang-barang berharga masih di tempatnya. Cuma, Chiya
sahaja… hmmm,” Dibuang pandang ke luar tingkap. Encik Thohier terkilan kerana
tiba agak lewat.
Menurut
siasatannya sendiri, si keparat tak guna itu baru sahaja meninggalkan rumah
Mina ketika mereka tiba di situ. Malam itu elok sahaja dia dan isterinya
berbual dengan Chiya. Anak itu bukan main ceria. Sakan pula bercerita itu ini. Puan
Aida sendiri masih tidak boleh menerima kejadian yang menimpa Chiya.
“Fariz
nak pergi sana. Adelin, apa-apa berlaku nanti, call,” Adelin sekadar angguk.
Semua
di situ tidak pula menghalang Fariz bertindak ke rumah pengasuh Chiya. Mungkin
semuanya juga mahu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Puas juga Encik
Thohier dan Puan Aida memujuk Chiya untuk menceritakan detik itu, namun Chiya
seakan-akan keliru. Budak empat tahun, manalah tahu apa-apa.
*****
Telefon
bimbit diletakkan di atas kabinet. Mutia senyum sinis. Tidak tergambar
perasaannya ketika ini. Nasib baik dia tidak jadi berangkat ke LA, boleh juga
meraikan kemenangan ini. Soffi yang perasan akan raut wajah Mutia resah.
Perkara jahat apa lagi yang dilakukan Mutia? Setelah lima tahun, Mutia kembali
ke bumi Malaysia… masih wujudkah Pearl di dalam diri wanita itu?
Soffi
mengunci dirinya di dalam bilik. Dia mencapai telefon bimbitnya di atas katil,
didail nombor seseorang.
“Ren,
what happened?” Soffi terus menyapa
seseorang yang dipanggil Ren itu. Wajahnya keruh sebaik mendengar butir bicara Ren
di hujung talian.
“Allahuakbar.
Dia di mana sekarang?” soal Soffi kepada Ren. “Thanks, Ren. I’ll call you again, later. Just inform me the news every hour,
okay?”
Talian
dimatikan. Keluhan terbit di bibir Soffi.
“Tia,
apa kau dah buat ni? Aku sangka kau dah berubah. Kau memang kejam, Tia,” Soffi
berbicara sendiri. Dikepal penumbuk menandakan dia terlalu geram.
*****
~Imbas
kembali, setahun lalu~
Soffi
bergegas mendapatkan Ren yang sudah menunggu di dalam kereta. Sebelum itu, dia
memastikan dahulu tiada sesiapa yang mengekorinya. Setelah pasti tidak diekori,
dia memboloskan diri ke dalam kereta yang di sewa oleh Ren untuk kegunaan
mereka di Los Angeles.
“I
dah siapkan semuanya. Are sure Tia does
not saw you?”
“Ya.
Jom cepat. I tak nak orang-orang Tia perasan,” Ren menurunkan brek tangan. Cekap
dia memasukkan gear dan menekan pedal meninggalkan kawasan perumahan Mutia.
“Kenapa
you sanggup buat semua ni, Opie? You orang kanan Tia as in her bestfriend. You tak rasa ke you dah belot kawan baik you
sendiri?”
“Sebab
dia kawan baik I, I terpaksa buat macam ni. Chia
can’t stay with her anymore, Ren. I’ve take her to her father. It’s safer than
live with her mother who always beat her. I tak boleh biarkan Chia terus
didera, Ren,” Ren mengeluh.
Memang
satu kerja gila apa yang dirancang Soffi itu. Entah kenapa, dia hanya menurut
sahaja rancangan teman wanitanya untuk menculik anak perempuan Mutia. Puas juga
dia melarang, namun Soffi tetap berkeras. Sejak kecil lagi, Soffi menjaga Mutia
walaupun Soffi sendiri masih kecil ketika itu.
Arwah
nenek Mutia mengambil Soffi dari rumah anak-anak yatim untuk dijadikan teman
dan juga penjaga Mutia. Beberapa orang bodyguard
dilantik untuk melatih Soffi agar Soffi dapat terus melindungi cucu
kesayangannya. Kini, Soffi telah berubah dan dia mahu Mutia juga berubah.
“So, you memang betul-betul nak serahkan
Chia pada ayah dia? Sanggup ke ayah Chia terima anak dia ni?” Soffi pandang Chia
diribanya. Diusap pipi anak kecil itu penuh kasih. Lebam di lengan tembam Chia
dipandang seketika.
“I
lebih rela Chia dibela ayah dia. Terima atau tidak, kita cuba aje.
Sekurang-kurangnya, I tahu Chia selamat di samping ayah kandung dia. I kenal
sangat dengan Ian. Dia lelaki yang baik, Ren. Kalau bukan dia jaga, mesti dia
akan upah pengasuh,” ujar Soffi, yakin.
“I
rasa better you tak payah bagitahu
Ian pasal Chia. Maksud I, you just
mintak dia tolong jagakan aje. At least,
Ian takkan cari Tia lagi,” Soffi angguk.
Betul
juga kata Ren. Kini, dia cuma risaukan Mutia. Apa agaknya reaksi sahabatnya
saat mengetahui anaknya hilang. Sudah tentu Mutia akan mencarinya untuk
mengadu. Kehadiran Soffi di LA langsung tidak diberitakan kepada Mutia. Hasratnya
ke sini adalah untuk menculik Chia, semestinya Mutia mengesyakinya akan
kehilangan Chia.
*****
Chia
ditukarkan menjadikan Chiya. Dipanjangkan harakatnya. Soffi dan Ren
berpura-pura sebagai penjaga kanak-kanak berusia tiga tahun itu. Ketika mereka
terserempak dengan Fariz, lelaki itu sedang menjamu selera dengan seorang
perempuan di sebuah restoran.
Memandangkan
mereka takut peluang sebegini terlepas, dikuatkan hati untuk meneruskan
rancangan mereka. Soffi dan Ren menghampiri pasangan yang sibuk berbalas kata
itu di meja yang terletak di hujung restoran.
“Assalamualaikum,”
sapa Ren.
Fariz
dan Adelin mendongak. Terhenti pergaduhan mereka.
“Waalaikumsalam.
Ya?” jawab Fariz.
“Boleh
kami duduk?” Fariz hanya mengangguk. Isyarat diberi kepada Adelin agar bertukar
tempat. Lambat-lambat Adelin menurut, ditarik kerusi di sebelah Fariz dan
dilabuhkan punggung di situ.
“Terima
kasih,” ucap Soffi. Kain yang menutup muka Chiya dibuka sedikit. Lena sungguh
Chiya tidur. Penat berceloteh agaknya.
“Maafkan
kami sebab mengganggu date awak
berdua. Saya, Ren dan ini teman wanita saya, Soffi. Kami sebenarnya ada hajat,”
Fariz dan Adelin angkat kening serentak.
Hajat
apa pula?
“Hajat?”
Soffi yang berhadapan dengan Adelin menunduk.
“Sebelum
tu, maafkan kami sekali lagi. Bukan niat kami untuk mengganggu privasi awak
berdua, tapi kami terpaksa. Hanya awak, Inspektor Fariz yang dapat membantu
kami. Awak seorang polis, oleh itu kami yakin Chiya akan selamat bersama awak,”
ujar Soffi, seperti skrip yang sudah dirangka sejak dua hari lalu.
“Apa
maksud awak?”
Soffi
pandang Ren.
“Kanak-kanak
perempuan di atas riba teman wanita saya ni, Chiya. Dia anak kepada kawan kami. Tapi,
kami dapat tahu ibu Chiya ni selalu dera dia. Sebab tulah, kami nekad larikan
Chiya daripada ibu kandung dia. Kami harap sangat inspektor terima Chiya…”
Fariz
dan Adelin saling berpandangan. Aik, anak segerakah?
“I can’t understand what are you talking
about, Encik Ren. Why me? I don’t have any relationship with… what… Chiya? I
think both of you meet the wrong person,” balas Fariz, penuh kepelikan.
“But, you’re the best person to take care of
her. We know that you can do it. Because,
you’re policeman. Chiya will safe with you,” Ren masih belum
mengalah untuk meyakinkan Fariz.
Adelin
merenung Chiya di riba Soffi. Comel! Dipandang pula Fariz di sebelahnya.
Didekatkan bibir ke telinga lelaki itu.
“The baby was so cute. Jagalah. Tak payah
susah-susah saya bagi awak anak,” bisik Adelin selamba. Fariz menjeling Adelin
tajam. Buang tabiat agaknya si minah senget ni.
Setelah
menimbangkan baik buruknya, Fariz mengangguk setuju. Hampir sahaja Adelin
melompat dek gembira. Matanya tidak boleh lepas dari raut comel Chiya. Ren
memberikan sebuah fail yang mempunyai semua butiran Chiya. Sanggup mereka
mengambil risiko menyerahkan dokumen yang mempunyai nama ibu Chiya. Lega hati
mereka apabila Fariz tidak membuka fail itu. Atau, dia langsung tidak berminat.
*****
~Kini~
Almari
baju milik Mina diselongkar. Habis satu rumah Fariz mencari sesuatu yang boleh
dijadikan objek yang boleh membawanya kepada si keparat durjana itu. Laci terakhir
dibuka kasar, segala fail-fail bertaburan di lantai. Fariz menunduk mengambil
fail-fail itu. Kemudiannya, dia bergerak ke ruang tamu. Lebih selesa untuk membelek
fail-fail itu.
Satu
per satu fail dibeleknya. Tiada pula yang berkaitan dengan kes ini.
“Tuan,”
Seorang lelaki yang berpakaian seragam mengangkat tabik kepada Fariz. Fariz
pandang lelaki itu pelik.
“Kau
kenal aku ke?”
“Ya,
tuan. Tuan pernah menjadi ketua pelatih saya tahun lepas. Tuan, ini fail yang
kami jumpa,” Fail rona coklat itu bertukar tangan.
Fariz
membuka simpulan di tengah-tengah fail itu. “Kau boleh pergi?” Sebelum
melangkah, anggota polis itu mengangkat tabik sekali lagi.
Mata
Fariz jatuh pada sebaris nama yang tercatat pada dokumen di tangannya. Salinan
surat beranak Chiya! Tiba-tiba tangan Fariz menggeletar. Rahangnya bergerak-gerak
tanda kemarahannya memuncak. Nama ibu Chiya dibaca berulang kali. Diteliti
semula dokumen itu. Nama itu tetap juga sama, Mutia Imani binti Fauzi!
“Ya
Allah, apa semua ni? Dugaan apa yang Kau turunkan padaku? Allahuakbar. Chiya
anak kandung aku, Ya Allah. Dia anak aku,” Setitis air mata jatuh di atas
dokumen itu.
Deringan
telefon mengganggunya. Melihat sahaja nama Adelin terpapar di skrin, dia pantas
menjawab.
“Awak,
datang hospital sekarang. Chiya masuk ICU,” Hanya itu sahaja yang mampu Fariz
dengar.
Tanpa
tertangguh, dia mendapatkan pemandu yang dilantik Encik Thohier sepanjang
keberadaan dia dan Adelin di sini. Dia mahu bertemu Chiya, anak kandungnya.
Chiya tidak boleh mati! Tidak!
to be continued…
waaa kesian chiya... Please akak, jnganlah dia kna rogol.. kesiannya, smbng lagi
ReplyDeletehaha. laju balqiz baca. chiya dah dirogol pun. huhu. :(.
DeleteSiannyaaa....betul2 konflik .....aduh.....xsabar nk tau pengakhiran cerpen ni.....mkin sesak nafas
ReplyDeletesedihnya.
ReplyDelete