Wednesday 22 January 2014

novel : secret that nobody knows 19

Fariq and Arianna is back!
here the new chapter....
hope you guys sukalah.... lama juga idea tertunggak...
akhirnya CIA dapat jugak sambung...even tak sepenuhnya lagi....
SELAMAT MEMBACA!

Arianna menguap kecil. Segar rasanya setelah berehat buat seketika, penat berada di dalam kereta selama enam jam lebih. Dia meregangkan ototnya yang sudah mula lenguh. Melihatkan Fariq dan Zarra yang tidur lena di sebelahnya, Arianna tersenyum. Gaya tidur pun sama saja. Mata Fariq bergerak-gerak. Arianna menanti suaminya membuka mata.

“ Dah lama bangun?” tanya Fariq dengan suara serak. Dia menggosok kedua matanya perlahan.

“ Baru aje. Nak makan apa-apa?” Fariq menggeleng perlahan. Namun dia masih berbaring. Malas pula nak bangun dari tilam yang empuk itu.

“ Nak pergi mana?” tanya Fariq apabila Arianna mengengsot perlahan untuk turun dari katil.

“ Toilet. Nak ikut?”
                  
“ Ingatkan nak turun bawah…”

“ Nak turunlah…tapi nak cuci muka dulu. Kang mummy cakap Rianna tak senonoh pulak,” Fariq tergelak kecil.

Arianna berlalu ke bilik air sebelum menghilangkan diri ke tingkat bawah.


Puan Sri Harlina mengeluarkan ketupat dan rendang yang ditapau dari rumah keluarga Tan Sri Kasyfi di Melaka. Pasti Arianna menyukai juadah hari raya itu kerana itu adalah juadah kegemarannya.

“ Mummy,” Arianna memeluk mummynya dari belakang. Rindu rasanya.

“ Rayyan dengan Zarra dah bangun? Tak sempat nak jumpa semalam…”

“ Abang dah bangun. Zarra aje belum. Tadi terjaga kejap, minta susu. Lepas minum susu, tidur balik. Semalam penat sangat, dua-dua terus naik katil. Dengan tak mandinya,” Arianna berlalu ke kabinet untuk mengambil cawan-cawan.

“ Zarra pun tak mandi?” tanya Puan Sri Harlina dalam nada terkejut. Mana taknya, budak kecil seperti Zarra bahaya jika tidak dibersihkan dahulu jika pulang dari mana-mana. Takut ada yang mengikut. Haru dibuatnya nanti.

“ Ria lap dengan tukar baju dia aje. Tuan punya badan tak sedar langsung,” balas Arianna sambil tersenyum sedikit.

“ Orang kalau dah penat, tak sedar apa dah,” Puan Sri Harlina meletakkan teko air teh di atas meja makan.

“ Itulah. Daddy mana, mummy? Tak nampak pun…”

“ Ada kat luar tu. Nak ambil angin pagi katanya,” jawab Puan Sri Harlina. Tangannya sibuk menggoreng cucur udang yang dibuatnya tadi.

“ Aaaa…aaaa,” Arianna dan Puan Sri Harlina berpaling serentak ke arah suara yang bercicit itu.

“ Kenapa ni?” Puan Sri Harlina terus meluru mengambil Zarra dari dukungan Fariq. Rindu sungguh pada cucunya itu.

“ Keluar aje bilik air tadi, tengok Zarra dah duduk sambil pegang teddybear dia. Awal pulak dia jaga hari ni,” jelas Fariq.

“ Hmmm, ni mesti masih mood raya lagi kot. Zarra nak beraya dengan tok mummy pula ye,” Zarra ketawa kecil.

“ Daddy mana?”

“ Kat luar. Abang panggil daddy sekalilah. Breakfast dulu,” Tanpa berlengah, Fariq menapak langkah ke luar rumah. Arianna tersenyum melihat keletah Zarra bermain dengan tok mummynya.



Tengah hari itu, rumah Tan Sri Kasyfi meriah dengan kehadiran keluarga Mak Cik Dah. Murad dan Khalijah turut datang bertandang. Fariqlah paling gembira kerana dapat bertemu dengan anak angkatnya itu, Syafa Akira. Arianna turut memberi peluang Zarra bermain dengan Syafa.

“ Zarra dah bawa keluar habis mainan dia dah. Nak ajak Syafa mainlah tu,” kata Tan Sri Kasyfi.

“ Iyalah tu. Sama-sama perempuan kan. Benda yang sama jugak mereka bermain. Lagipun, Syafa ni asyik berkawan dengan orang tua aje. Nak berkawan dengan kawan sebaya tak ada,” balas Murad.

“ Tak silap saya, anak bongsu Mak Cik Dah dah bersalin kan?”

“ Dah. Baru bersalin dua hari lepas. Ni mak mertua dia jaga. Itu yang mengajak Murad dengan Khalijah beraya rumah Lina ni,” ujar Mak Cik Dah.

“ Dia dapat anak lelaki ke perempuan, Mak Cik Dah?” soal Fariq, sekadar ingin tahu.

“ Lelaki. Hero pertama dalam keluarga kami ni,” jawab Mak Cik Dah dengan wajah yang berseri.
Fariq terangguk-angguk. Di dalam hatinya berharap agar bakal anaknya nanti adalah lelaki. Dia sudah merasa mempunyai anak perempuan, jadi teringin pula nak mengetahui bagaimana susahnya menjaga anak lelaki.

Arianna mengembungkan pipinya. Mata dipejamkan seketika. Rasa loyanya dah  kembali.

“ Abang, Rianna naik bilik kejap eh,” Fariq hanya mengangguk. Setelah itu, berdesup Arianna naik ke biliknya. Rasa loya hendak mengeluarkan isi perut, tidak boleh ditahan lagi.

“ Kenapa dengan Ria tu, Rayyan?” tanya Puan Sri Harlina, risau.

“ Handphone dia bunyi kot,” kata Fariq selamba. Arianna hanya beritahu nak naik bilik saja. Tak cerita pula kenapa.

“ Ingatkan apalah. Lari macam tak cukup kaki,” Terbeliak mata Fariq yang sedang menemani Zarra dan Syafa bermain di ruang rehat bersebelahan dengan ruang tamu itu.

“ Lari? Dia lari ke tadi, mummy?” Lah, hang tak perasan ka bini berdesup naik bilik? Ingatkan Fariq perasan. Hampeh punya laki.

“ Ha’ah. Bukan main laju lagi. Kenapa?” Puan Sri Harlina pelik dengan reaksi menantunya itu.

“ Tak ada apalah. Manalah tahu kaki dia tak lega lagi. Sebelum ni, dia tak pernah lari depan Rayyan,” Fariq beralasan. Dalam hati tengah risaukan Arianna. Nak naik, takut semua di situ pelik pula. Itulah, nak berahsia lagi.

“ Iya ke? Dah sembuh pun. Doktor yang rawat dia bagitahu, kaki Ria dah pulih sepenuhnya,” kata Tan Sri Kasyfi.

“ Kamu pasti ke Ria naik sebab nak angkat telefon?” soal Mak Cik Dah dengan muka berkerut. Fariq hanya mengangguk.

“ Kenapa ni, mak?” tanya Khalijah.

“ Sajalah tanya,” Mak Cik Dah seakan tahu kenapa Arianna naik ke biliknya. Tapi, dia malas nak masuk campur. Mungkin pasangan suami isteri itu mahu rahsiakan dulu.


Dua bulan kemudian…

Arianna terbaring lemah di sofa. Penatnya seharian asyik muntah sahaja. Makan sikit saja, tapi muntahnya banyak. Sampaikan badan pun dah lemah. Minyak Cap Kapak dipegang Arianna. Dengan muntah, pening, loya… semuanya ada. Nasib baiklah dia tinggal di rumah keluarga. Ada juga orang yang menjaga jika Fariq bekerja.

“ Okey tak ni? Nak pergi klinik, jom mummy bawakan,” Arianna menggeleng lemah.

“ Tak apalah, mummy. Doctor cakap perkara biasa,” Puan Sri Harlina mengurut kepala anak perempuannya lembut. Teruk juga alahan Arianna.

Setelah mendapat kata sepakat, Fariq dan Arianna bersedia untuk memberitahu kedua keluarga mengenai kehamilan Arianna. Bukan main gembira lagi keluarga keduanya. Teruja sangat sampaikan penuh dengan barangan bayi mereka beli di rumah masing-masing.

Fariq sudah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri sebaik sahaja Arianna habis pantang nanti. Tidak berani nak tinggal isterinya seorang jika mereka berpindah sekarang. Tambahan pula, Zarra semakin buas. Dengan keadaan alahan Arianna yang teruk itu, tak mahulah Fariq ambil risiko.

“ Iyalah. Nanti dah masuk empat ke lima bulan… hilanglah alahan tu. Sekarang ni, Ria kena tahan sikitlah,” kata Puan Sri Harlina.

“ Okey, mummy. Pagi dengan petang aje alahan ni datang. Nasib baik ada minyak Cap Kapak ni hah. Banyak membantu ni,” Arianna mengangkat tangan kanannya yang memegang minyak Cap Kapak.
“ Rayyan balik makan tengah hari tak ni?”

“ Tak. Abang balik rumah mama. Ada hal apa entah nak bincang,” tipu Arianna. Padahal, Fariq dah janji nak makan tengah hari dengan Airis. Awal-awal lagi suaminya itu memaklumkan padanya.

“ Ria rehatlah. Mummy nak naik atas kejap. Nak tengok Zarra. Bukan boleh percaya sangat kat daddy kamu tu,” Arianna tersenyum.

Arianna mengambil telefon bimbit di atas meja kopi. 6 missed call. 3 message.

‘Sayang, angkat call abang. Sayang okey ke?’

‘Arianna, abang rindulah. Angkatlah call.’

Apa kena dengan suaminya ni? Macam orang angau pula.

‘ Risya Arianna, I’m really really miss you. Tak angkat jugak, abang balik!’

Arianna mendail kembali nombor suaminya. Bukan boleh kira sangat dengan Fariq. Dia akan mengotakan apa yang dia kata.

“ Hello. Assalamualaikum. Fariq here,” Sah! Fariq tak melihat dulu siapa pemanggilnya.

“ Waalaikumsalam, abang. I know you’re there,” balas Arianna, geli hati.

“ Sayang. Sorry, tak perasan. Ni mesti baru perasan missed call and SMS abang. Kan?”

“ Ha’ah. Sorry. Tak dengar tadi. Masa abang call, Rianna ada dalam bilik air kot,” Arianna membetulkan duduknya.

“ Teruk sangat ke? Tu sayang buat apa?”

“ Tak buat apa pun. Rehat kat sofa bawah. Nak naik atas, ada Zarra. Takut dia nampak Rianna nanti, nak dukung pulak,” Fariq tergelak.

Faham sangat kerenah Zarra. Pantang nampaknya dan Arianna, pasti merengek gila-gila suruh kita ambil dia. Dengan orang lain, tak ada pula begitu. Sejak Arianna mengandung ni, nak bermanja saja si kecil itu.

“ Abang call Rianna banyak kali tadi kenapa? Takkan sebab rindu aje?”

“ Sebab rindulah. Kita kan baru nak bertatih bercinta. Ingatkan Rianna aje, abang terus jadi angau. Nak buat kerja pun dah tak boleh,” Arianna ketawa. Macam kelakar saja nada suaminya itu. Memang betul-betul angaulah tu.

“ Iyalah abang tu. Nanti Rianna ubatkan sakit angau abang tu ya. Tapi, kenalah balik awal…”

“ Memang abang ingat nak balik awal pun. Kerja abang kat office pun dah nak siap,” ujar Fariq.

“ Jadi tak keluar lunch dengan Airis? Jangan pandai-pandai cancel pulak,” Arianna terlalu risaukan hubungan Fariq dan Airis. Perasaan bersalah pada Airis masih kukuh dalam dirinya. Terasa berdosa kerana merampas Fariq.

“ Jadilah. Ada sejam lagi. Sebelum tu, kenalah bergayut dengan buah hati abang dulu. Baru ada semangat sikit…”

“ Over aje abang ni. Nasib baik dah kahwin. Kalau tak, mau muntah hijau dengar abang berjiwang,” kata Arianna bersahaja.

“ Okeylah tu abang berjiwang dengan isteri abang. Janji abang tak berjiwang dengan perempuan lain. Maunya menangis Rianna,” Fariq sudah ketawa. Pasti dia sedang membayangkan Arianna bercekak sambil memandangnya dengan mata terjegil.

“ Rianna aje yang abang sayang. Tak ada orang lain dah,” Pandai Fariq mengambil hati Arianna.

Arianna menekup mulutnya. Nak muntah lagilah tu.

“ Abang, petang nantilah kita jumpa ya. Rianna nak pergi toilet!”


Arianna mematikan talian dan terus ke bilik air di bawah. Sudahlah perut kosong, muntah lagi. Apa sajalah yang tinggal.

5 comments: