Wednesday 22 January 2014

Cerpen : Dia... Mr All Right! 4




Tepat pukul dua belas tengah hari, Irine sudah terpacak di lobi bangunan. Menunggu Izale. Sesekali matanya melihat jam di tangan. Telinganya juga sudah panas mendengar gadis di kaunter asyik bergosip pasal dia dan Izale. Nasib baiklah dirinya diajar untuk bersabar.

Sebaik terlihat kereta Izale tiba, Irine terus melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu. Dia membetulkan air cond agar menghadapnya. Terasa panas hatinya kini. Irine memakai sit belt pantas.

“ Kenapa dengan kau ni?”

“ Tak ada apa-apalah, boss,” jawab Irine malas. Tanpa berlengah, Izale meneruskan pemanduan menuju ke restoran mewah yang telah ditetapkan oleh Linda.

“ Nanti kat depan Linda, jangan pulak kau panggil aku boss. Ingat yang kau tu ‘future wife’ aku kat depan dia,” Izale mengingatkan Irine agar gadis itu tidak terlupa.

“ Iya,” Irine mengeluarkan bedak compact dan lipsticknya. Nak jumpa ‘musuh’ kan, kenalah touch up sikit.

“ Kau tak kisah ke aku suruh kau berlakon jadi ‘future wife’ aku?” Izale ingin juga mengetahui tanggapan Irine.

Okay aje. Janji tak melampau sangatlah,” Izale tergelak. Melampau?

“ Kau terpikat dengan aku eh? Kalau tak, takkan senang-senang kau setuju nak jadi ‘future wife’ aku. Kan, kan?”

Hesy, tak maknanyalah. Saya membantu orang yang terdesak aje. Macam kes boss nilah,” balas Irine tanpa melihat Izale.

“ Iyalah sangat. Kenapa kau tak marah bila Diana dah buat cerita bukan-bukan pasal kita? Kau suka ke dia tuduh macam tu?”

“ Gila tak marah. Baru aje saya nak buka mulut, boss dah hentam dia cukup-cukup. So, tak payahlah saya menghabiskan air liur saya lagi dah. Save energy saya hari ni,” Izale memandang Irine sekilas.

“ Orang macam tu tak boleh biarkan. Sekali dia dah buat, ke depan mesti dia berani buat lagi.”

Agree. Lagipun, saya tak adalah nak emo macam boss. Pagi-pagi dah naik angin macam singa. Habis satu office tak berani masuk jumpa boss. Sekali dengan Kamalia takut,” cerita Irine sambil memandang ke luar tingkap kereta.

“ Siapa suruh si Diana tu cari pasal?”

Small matter ajelah. Kita nak jumpa Cik Puan Linda kat mana ni?”

“ Nak sampai dah ni…”



Irine membetulkan sedikit belt yang terbelit di pinggangnya. Dress labuh bercorak abstrak dibetulkan juga agar nampak kemas. Rambut yang diikat kemas dilepaskan bagi menutup leher jinjangnya itu. Izale menghulurkan tangannya kepada Irine dan disambut gadis itu.

Linda sudah panas hati melihat kemesraan antara jejaka pujaannya dan Irine. Lakonan mereka menjadi juga. Nampak sangat natural.

Hye, dah lama tunggu?” Izale dan Irine duduk di kerusi berhadapan dengan Linda serentak.

I pun baru aje sampai. Memang you ni queen control ya, cik Irine?” Irine tercengang. Queen control?

“ Kenapa ya?”

“ Iyalah. You asyik ikut Izale aje. Tahulah Izale ni you dah cop. Tapi takkan sampai dia jumpa client pun you nak ikut jugak,” kata Linda menyampah.

“ Memanglah dia my future wife, Linda. Tapi, Irine ni jugak staf I. Sepatutnya I dah tak payah susah-susah nak turun padang. Memandangkan you yang nakkan I handle rumah you, terpaksalah,” Linda terkedu. Dia tidak menyangka Izale akan berkata begitu.

“ Jadi, you memang tak ikhlaslah nak tolong I?”

“ Bukan macam tulah, Cik Puan Linda. Sekarang ni Izale tengah sibuk dengan projek perumahan company kat Seri Kembangan. Jadi, selalunya kes renovation ni pekerja department lain yang uruskan,” Irine cuba membetulkan keadaan. Takut pula Linda tiba-tiba naik angin. Hilang pula pelanggan nanti. Tak ke rugi.

“ Oh, kalau macam tu biar ajelah staf you yang lain handle, Izale. I pun tak naklah menyusahkan you,” Macam berjauh hati sahaja nada Linda.

“ Ikut suka youlah, Linda. Yang pasti, sekarang ni I dah datang. So, we just straight to the point. Lepas lunch, I ada meeting lagi,” Izale mengeluarkan notebooknya dari beg bimbit. Malas dia ingin berlama di sini. Banyak lagi urusan lain dia perlu berikan tumpuan.

“ Cik Puan Linda ada nak tambah apa-apa ke?” soal Irine. Tangannya sudah bersedia dengan sebatang pen untuk mencatat.

“ Ya. I nak decoration rumah I ala-ala English look. Bilik utama kat tingkat atas, I nak glass wall,” Linda terus serius apabila melihat wajah Izale kelihatan tegang.

I just finished your English look house decoration. Have a look and give me your opinion,” Izale menunjukkan lakaran rumah Linda yang baru sahaja diubah suai mnggunakan software yang diciptakan khas untuk melakar reka bentuk rumah.

Nice. I suka dengan decoration ni. Kalau boleh, ruang untuk anak-anak I jauh dari pintu pagar dan pool, macam yang you all cadangkan hari tu,” ujar Linda.

“ Emmm, kalau macam tu…kita buat ruang bermain tu kat penjuru kiri rumah. Kebetulan, kat situ dah ada sliding door. So, senanglah nanti,” Irine memberi cadangan. Izale hanya mengangguk setuju.

Okay jugak tu. Kalau I nak tambah pokok krismas di setiap penjuru, okay tak? I mean…sesuai tak?”

“ Sesuai aje. Lagipun, tak adalah kosong sangat kawasan rumah you,” Izale menambah sedikit bahan di atas pelan media itu. Di tutup notebook itu setelah selesai draf apa yang patut.

Anything else yang you nak tambah? Irine?”

No,” Irine menggeleng.

“ Setakat ni, itu aje yang I nak tambah. Kalau ada lagi perubahan, I will call you. Sebelum tu, korang orderlah makanan dulu. Dah waktu lunch kan…”

Izale dan Irine terus membuat pesanan. Dan, setelah selesai perbincangan, mereka meminta diri untuk beredar.


Kamalia memandang gadis di hadapannya tidak berkelip. Entah urusan apalah, Diana nak jumpa majikannya ini. Diana menarik nafas dan dilepaskan perlahan. Setelah itu, diketuknya pintu kayu itu perlahan.
Izale menyahut dan memintanya masuk.

“ Ada apa awak nak jumpa saya, Diana?” soal Izale serius. Matanya lebih tertumpu kepada pelan di atas mejanya. Terkejut juga apabila Kamalia memberitahu, Diana ingin berjumpa dengannya.

“ Saya nak berikan surat perletakan jawatan,” Diana meletakkan surat itu di atas meja majikannya.

“ Atas alasan?”

Personal matter, Tengku. Saya harap tengku luluskan,” Izale menyandarkan badannya ke kerusi.

“ Atau, sebab saya marah awak hari tu?” duga Izale.

“ Bukan. Saya betul-betul ada masalah peribadi,” Diana menidakkan telahan majikannya. Padahal memang sebab itu dia ingin meletakkan jawatan.

Belum sempat Izale membalas, ada ketukan di pintu biliknya.

“ Faris,” Terjengul muka Anis di muka pintu.

“ Masuklah Anis. You duduk dulu. I ada hal nak settle,” Anis berlalu ke sofa di penjuru bilik tanpa bunyi. Langkahnya juga seperti perompak. Izale menahan tawanya.

“ Macam mana, Tengku?”

“ Saya terima alasan awak. Tapi, awak tak boleh berhenti serta merta. Dalam kontrak ada tertulis pekerja perlu berikan notis selama sebulan. Jadi, sebulan kemudian barulah sah perletakan jawatan awak,” ujar Izale tegas.

“ Baiklah. Terima kasih, Tengku. Saya keluar dulu,” Izale mengangguk. Diana terus keluar dan kembali ke mejanya.

“ Apa hal kau datang ni? Farel tahu tak kau datang sini?”

“ Dia nak kisah apa? Sekarang ni dah jarang sangat dia luangkan masa untuk Anis. Tak habis-habis dengan kerja dia,” rungut Anis.

“ Biasalah tu, Anis. Dia kan, peguam. Memanglah busy. Untuk masa depan korang jugak,” balas Izale. Dia tidak mahu Anis terus menyalahkan Farel yang juga merupakan sahabat baiknya.

“ Malaslah cakap pasal ni. Anis datang sini pun sebab nak ajak you lunch sekali. Dah lama tak jumpa kau,” Izale tergelak kecil.

“ Boleh aje. Tapi kena tunggu aku siapkan kerjalah. Ada sikit lagi ni…”

“ Anis tak kisah. Lagipun, Anis cuti hari ni. Ris, kenapa staf kau nak resign tadi?”

Personal matter katanya. Tapi aku rasa sebab aku, dia nak resign,” kata Izale sambil matanya meneliti pelan di hadapan mata.

“ Sebab kau? Kau dah buat apa kat dia?”

“ Aku marah gila-gila kat dia hari tu. Tak sayang mulut betul. Dok buat gosip pasal aku pulak. Kalau gosip tu betul tak apa jugak. Ni, habis ditokok tambahnya. Memang angin aku hari tu. Dahlah pagi tu, Yati buat hal tak kejut aku. Masuk aje office, dengar gosip pasal aku pulak,” luah Izale puas. Lega hatinya kini.

“ Nampak sangat teruk kau marah dia. Sampai nak resign budak tu. Ris, Irine tu staf kau kan? Aku tak nampak pun masa masuk tadi,” Izale memandang Anis seketika.

“ Ha’ah. Maybe keluar jumpa client kot. Kenapa?”

“ Sajalah aku tanya. Irine tu cantik. Kau tak terpikat ke?”

“ Kau dah kenapa? Kena sampuk ke sebelum datang sini? Dia tu staf aku ajelah,” balas Izale.

“ Iyalah tu. Hari tu bukan main lagi kau tengok dia layan nephew dia tu. Kau jangan main hide and seeklah dengan aku, Ris. Kita kenal dah lama, okay,” Izale menggelengkan kepalanya.

“ Menyimpang jauh dah kau ni, Anis. Kerja aku dah siap. Jomlah,” ajak Izale sambil mengemaskan mejanya. Tidak suka meninggalkan meja berselerak.



Izale dan Anis beriringan keluar dari bangunan itu dan menuju ke tempat parkir kereta. Mereka terserempak dengan Irine secara kebetulan. Gadis itu terbongkok mencari sesuatu di dalam keretanya.

Hye, Irine. Ingat I lagi?” Irine tersentak kerana ditegur mengejut begitu. Dia berpaling. Kemudian, dia mengulas senyuman.

“ Ingat. Nak keluar lunch sekali ke?”

“ Ha’ah, dah lama sangat tak lunch dengan boss you ni. Alang-alang dah jumpa you ni, why not kita lunch sekali?” cadang Anis sambil memegang lengan Izale.

“ Lain kali ajelah. I ada kerja nak buat. Nak singgah office ambil barang aje ni,” tolak Irine sopan.

“ Lah, ye ke?”

Busy apa aje?” Irine menutup pintu keretanya. Tangannya penuh dengan fail.

We have another annoying client. Dia nak failkan saman sebab bayaran yang dia buat, kita tak dapat. So, dia tak puas hati,” jelas Irine.

“ Serius ke? Kenapa aku tak tahu pun?”

“ Hal kecil ajelah. Saya boleh handle. Lagipun, our company’s lawyer kan ada,” Irine memandang Anis.

Company’s lawyer? Farel?” Irine mengangguk.

“ Patutlah dia busy, Anis. Busy dengan kes company aku. Sorrylah ya,” Anis menjeling Izale.

“ Disebabkan itu, kau kena belanja aku makan kat hotel hari ni,” pinta Anis tanpa segan silu.

“ Untuk kau apa pun boleh, Anis…”

“ Saya minta diri dululah. Takut terlambat pulak,” Izale dan Anis hanya memandang Irine yang kelam kabut itu beredar.

No comments:

Post a Comment