Tuesday 7 January 2014

Cerpen : Cinta Cameron 6

Tok! Tok!

Arisa mengangkat mukanya. Pensil di tangan diletakkan. Bibirnya tersenyum memandang wajah jejaka tampan yang sedang berdiri di pintu.

“ Banyak juga masa bos ya. Rajin sangat buat lawatan ke bilik staf,” Hadif tergelak. Dia melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Arisa. Ditariknya kerusi di hadapan Arisa dan dilabuhkan punggungnya di situ.

“ Staf pun kena pantau juga. Manalah tahu ada yang curi tulang ke,” balas Hadif bersahaja. Sengaja dia singgah di bilik Arisa.

“ Dah alang-alang bos dah datang sini, tak payahlah saya pergi cari bos dah,” Arisa menarik sehelai kertas di dalam laci mejanya.

“ Kenapa?”

“ Maaflah. Saya terpaksa minta cuti hujung bulan ni. Saya tahu saya baru saja mula kerja. Tapi, cuti ni penting untuk saya,” Hadif menarik helaian kertas yang dihulur Arisa.

Matanya terbuntang. Dia bagaikan tidak percaya. Dibacanya berulang kali alasan Arisa meminta cuti. Matanya bertaut dengan Arisa yang sedang menunggu kelulusan darinya.

“ Awak nak kahwin, Arisa?” soal Hadif dalam nada mendatar.

Yes. Insya Allah, lusa saya akan edarkan kad,” Arisa berkata selamba. Walaupun hatinya berat untuk menyatakan tentang perkahwinannya, dia tetap perlu jelaskan.

“ Tak sangka miss Nikon dah nak kahwin…”

Arisa tersentak. Miss Nikon? Rama-rama itukah?

“ Awak maksudkan rama-rama awak ke?” tanya Arisa naïf. Terletus ketawa Hadif.

“ Ya, my butterfly. She’s get married soon,” Kelakar pula dia tengok wajah polos Arisa. Namun, gadis itu bakal menjadi isteri orang. Dia tidak patut menyimpan perasaan pada gadis itu lagi.

“ Agak-agak dengan siapalah miss Nikon awak tu berkahwin. Entah-entah dengan mr smile saya tak?” Arisa cuba bergurau. Hakikat gurauan itu, hanya Arisa yang tahu.

“ Kalau dengan mr smile awak, beruntunglah dia. Mr smile awak tu dahlah colourful. Sesuai sangat dengan miss Nikon saya yang tak ada warna tu,” Mereka sama-sama ketawa.

*****

Jam tangan di tangan kiri ditilik. Tengku Arfhan sudah menunggu setengah jam di restoran yang sepatutnya dia bertemu janji. Sesekali dia mengeluh kecil.

“ Inilah perempuan. Ajak kita berjumpa. Tapi, selalu lambat. Pantang betul aku perempuan macam ni,” omel Tengku Arfhan sendiri. Nasiblah tempat terlindung, tak adalah orang perasan dia bercakap sendiri.

“ Maaf, lambat,” ucap seorang gadis lalu menarik kerusi di hadapan Tengku Arfhan dan dia duduk di situ.

“ Lain kali kalau nak bertemu janji, sila tepa…” Tengku Arfhan terpaku. Bibirnya terkatup rapat. Matanya ditenyeh perlahan.

“ Kenapa dengan awak ni? Ada ternampak hantu ke?” Gadis itu melambaikan tangan di muka Tengku Arfhan.

“ Kenapa awak kat sini, Arisa?” Arisa mengangkat tangan kanannya dan ditunjukkan cincin emas putih di jari manisnya. Tengku Arfhan menelan air liur kasar.

“ Saya, tunang awak…”

“ Jadi, awak ni Aidina or Aidin?” Arisa mengangguk perlahan. Rupanya keluarga lelaki itu kenalnya dengan nama Aidina. Patutlah Tengku Arfhan tidak perasan apabila Hadif memperkenalkannya sebagai Arisa.

Yes, I am. Selamat bertemu, Tengku Arfhan,” Arisa mengukir senyum tawar kepada Tengku Arfhan.

Lagi seminggu lebih sahaja lagi perkahwinan mereka akan berlangsung. Jadi, Arisa ingin memastikan jika Tengku Arfhan rela hati untuk menjadi suaminya. Dari gaya hidup Tengku Arfhan, lelaki itu kelihatan agak sosial. Namun, Arisa tidaklah mahu terus bersangka buruk. Dia sendiri tidak mengenali lelaki itu dengan mendalam.

So, kenapa awak nak jumpa saya? Dah tak sabar nak tunggu minggu depan,” sindir Tengku Arfhan.

Just curious about something. Ingat tak apa yang awak cakap hari tu? Masa pertemuan pertama kita. Awak ada kata, awak tak suka dengan pertunangan kita. Saya cuma nak tahu, awak betul-betul serius ke nak teruskan?”

Tengku Arfhan bersandar ke belakang. Disilangnya kedua tangan ke dada. Matanya merenung Arisa.

“ Kenapa? Awak tak sanggup nak teruskan ke? Sebab Hadif?” Arisa berlagak tenang. Dia tak boleh gelabah.

“ Bukan. Saya sendiri yang nak tahu. Dengan lafaz akad nanti, awak akan jadi suami saya. Dan, perkahwinan bukan benda main-main. Saya tak nak nanti, kita sama-sama menyesal,” tutur Arisa.

Tengku Arfhan senyum sinis.

“ Kenapa nak menyesal pulak?” Arisa bingung dengan lelaki di hadapannya kini. Kata tak suka, tapi tetap nak teruskan.

“ Awak yakin nak teruskan?” Tengku Arfhan mengangguk. Arisa terpana. Dia mengeluh kecil.

“ Saya rasa awak yang tak yakin nak teruskan, Aidina. Dan, saya tahu awak sayangkan Hadif. Kan?”

Arisa terdiam. Masih wujudkah perasaan itu?

“ Perasaan sayang tak semestinya… bersatu. Saya terima pinangan keluarga awak selepas saya bertemu Hadif. Beberapa hari selepas bercuti di Cameron Highlands. Di situlah perkenalan kami bermula. Dan, di situ jugalah… perkenalan kami berakhir. Kebetulan, sekarang saya bekerja di syarikat Hadif. Barulah, perkenalan yang singkat dulu… disambung,” ujar Arisa panjang.

Biarlah dia berterus terang. Tidak mahu timbul pula masalah di kemudian hari.

“ Awak tak menyesal kalau awak teruskan juga perkahwinan ni? Perkenalan awak dengan Hadif baru bermula. Dan, awak dah rosakkan,” Tengku Arfhan cuba mencari kepastian.

Hadif ada cerita mengenai Arisa yang ditemui di Cameron Highlands, tiga tahun lepas. Hadif terpaksa tinggalkan Arisa tanpa pesanan kerana tiba-tiba mendapat panggilan dari hospital, mamanya terkena serangan jantung. Tengku Arfhan sangat jelas akan perasaan sepupunya itu terhadap Arisa.

Tidak pula dia sangka gadis yang telah mencuri hati Hadif itu adalah tunangnya. Memikirkan hakikat itu, Tengku Arfhan buntu. Bagaimana dia ingin memberitahu Hadif tentang itu?

“ Soal jodoh bukan terletak di tangan saya. Lagipun, kami tak pernah bercakap soal hati. Biarlah rasa hati saya menjadi rahsia. Dan, pada sesiapapun yang buat saya berdebar akan saya lupakan setelah awak lafaz akad dan menjadi suami saya. All the heart feeling will disappear and I will give my best in our wedding,” Tengku Arfhan tergamam.

“ Awak sanggup lupakan sesiapapun yang ada di hati awak sekarang?”

Right after you’ll be my husband, all the feeling will gone. Insya Allah, cinta saya ketika itu adalah cinta isteri kepada suami,” jawab Arisa tenang. Itulah azamnya apabila sudah menjadi isteri suatu hari nanti.

Are you sure?” Arisa mengangguk pasti.

Tengku Arfhan melepaskan keluhan perlahan. Bagaimanakah penerimaan Hadif nanti? Patutkah dia batalkan perkahwinan ini? Dia tak sanggup nak rosakkan tali persaudaraan dan persahabatan yang terbina sejak dulu lagi.

*****

Tengku Arfhan mengajak Hadif ke gym. Walaubagaimana susah sekalipun, dia perlu berterus terang kepada Hadif. Tidak mahu Hadif tahu mengenai perkahwinan itu melalui orang lain. Boleh hilang kepercayaan Hadif kepadanya nanti. Tengku Arfhan tidak mahu hal itu berlaku.

“ Fan, dah kenapa kau ajak aku datang sini? Macam penting aje,” Hadif memandang Tengku Arfhan yang sedang berlari di atas treadmill itu.
“ Ada benda yang aku nak jelaskan pada kau. Tapi lepas kita habis bersenam,” kata Tengku Arfhan dengan nafas tercungap-cungap.

Dua jam kemudian…

“ Dif, aku nak kau relax aje. Benda yang aku nak bagitahu ni, penting untuk kau tahu,” Hadif pelik. Hal apalah yang penting itu?

“ Bagitahu ajelah. Macam tak biasa pulak,” Hadif meneguk air botol perlahan. Tengku Arfhan melepaskan keluhan berat.

“ Kau tahu Arisa nak kahwin?” Hadif mengangkat keningnya.

“ Baru aje tahu. Untunglah siapa yang jadi suami dia,” balas Hadif. Tuala kecil dia gunakan untuk lap peluh di sekitar lehernya.

“ Kau okey ke? I mean, kau kan sayang dia. Mustahil tak ada rasa kecewa,” Tengku Arhan cuba mengorek apa yang Hadif rasa.

“ Siapalah aku, Fan? Itu hak dia nak berkahwin dengan sesiapapun. We’re just friend. I don’t expect anything from her after all. Tapi, kalau aku dapat dia… kira bonuslah,” kata Hadif. Dia bereaksi biasa.

Sejak dia tahu gadis itu akan berkahwin, semua perasaan yang disimpannya… dibuang. Mungkin, mereka lebih sesuai menjadi kawan sahaja. Atau, abang dan adik.

“ Adif, aku tunang Arisa,” beritahu Tengku Arfhan perlahan. Namun, Hadif masih dapat mendengarnya.

“ Kau bakal suami Arisa? Seriously?” Hadif seakan tidak percaya.
Yes, Hadif. Aku sendiri baru tahu. Semalam, Arisa ajak aku jumpa. Maafkan aku, Dif,” balas Tengku Arfhan. Dia sebenarnya dihinggap perasaan bersalah.

“ Tak ada benda yang aku nak maafkan, Fan. Kau layak untuk dia. Mungkin dah tertulis, Arisa bukan jodoh aku. Aku tumpang gembira untuk korang,” Hadif memeluk bahu Tengku Arfhan. Dia tidak mahu sepupunya terasa bersalah. Dia dah redha dalam hubungannya dengan Arisa cuma setakat ini sahaja.

“ Jahat tak aku kalau… aku nak kau jadi pengapit aku?” Tengku Arfhan mencuba nasib. Hadif menjegilkan matanya.


“ Gila tak jahat. Sampai hati kau kan. Tapi, kau sanggup ke crush bini kau nanti jadi pengapit kau?” Seloroh Hadif. Tengku Arfhan berpura-pura kisah. Kemudian, mereka sama-sama ketawa.

bersambung...

p/s : alang-alang line internet tengah laju, CIA post lagi satu part...:)

No comments:

Post a Comment