Wednesday 22 January 2014

Cerpen : Dia... Mr All Right! 5

CIA terlebih rajin pulak nak update DMAR...
SELAMAT MEMBACA!



“ Terima kasih, Encik Farel. Tanpa awak, mesti kelam kabut jadinya,” ucap Irine.

Small matterlah, Cik Irine. Lagipun, dah tanggungjawab saya handle kes-kes yang berkaitan dengan TFI Holdings,” balas Farel sambil tersenyum. Mereka beriringan keluar dari mahkamah.

Saat itu Irine terpandang kelibat Izale dan Anis. Dia tersenyum nipis.

“ Abang,” Farel terkejut dengan kehadiran isteri dan sahabat baiknya di mahkamah.

“ Buat apa kat sini?” tanya Farel serius.             

“ Nak jemput abanglah. Tadi kan abang datang sini dengan Irine. So, Anis ingat nak ambil abang balik kerja. Kerja abang dah habiskan?” Farel melonggarkan tali lehernya. Dia turut bersalaman dengan Izale.

“ Anis datang dengan kereta Izale ke?”

“ Taklah. Dengan kereta Anislah. Izale tumpang Anis tadi. Apa kata kita pergi makan kat mana-mana dulu?”

Anis menunggu keputusan dari suaminya. Dah lama mereka tak makan bersama.

“ Jomlah, Rel. Aku pun dah lama tak lepak dengan kau. Asyik busy aje memanjang,” pujuk Izale pula apabila melihat muka masam Anis.

“ Cik Irine pun joinlah kami sekali,” Farel mengajak Irine pula.

“ Hah? Eh, tak apalah. Saya tak nak mengganggu,” tolak Irine.

“ Cakap ajelah tak sudi. Bagi alasan pulak,” Irine menghentak fail di tangannya ke bahu Izale. Izale mengaduh kesakitan sambil menggosok bahunya.

“ Suka sangat cari pasal. Padan muka…”

“ Lepas ni aku seorang aje yang nak cari pasal dengan kau,” Irine mengerutkan dahinya.

“ Maksud?”

“ Diana, she’s hand to me her resignation letter,” beritahu Izale.

Seriously? Awak punya pasallah ni kan?” Izale mengangkat keningnya.

“ Nak tahu lebih, kena ikut kita orang makan,” kata Izale.

Irine mendengus.

“ Baik tanya kak Yan lagi bagus…”

“ Kak Yan knows nothing. Tak ada orang yang tahu lagi Diana nak resign…”

“ Alah, jomlah Irine. Bukan selalu kami dapat makan sekali,” Anis pula yang memujuk.

“ Okaylah. Tapi…”

“ Aku drive kereta kau,” Izale menadah tangannya meminta kunci kereta.

“ Eheh, macam tahu-tahu aje kan?” Irine menghulurkan kunci kereta Gen-2 silver miliknya. Mereka bergerak ke restoran kegemaran tiga sekawan itu diketuai kereta Irine.


Boss…”

“ Hmmm…”

“ Saya perasanlah kan. Encik Farel tu macam tak suka aje wife dia jemput,” Terkeluar juga pertanyaan yang berlegar di kepalanya itu.

Husband and wife problemlah tu. Farel tu kadang-kadang busy dia terlampau. Lagipun, dia tak suka sangat something yang sweet-sweet macam yang Anis buat hari ni,” beritahu Izale.

“ Patutlah. Tapi tadi dia okay aje,” Izale memandang Irine di sebelahnya.

Okay?” Irine mengangguk.

“ Dia berbual dengan saya biasa aje. Tak adalah canggung macam dia nampak Anis tadi…”

“ Dia minat kat kau kot. Manalah tahu jatuh cinta pandang pertama,” Jauh kau menyimpang, Izale.

“ Gila ke apa? Suami orang? Not my tastelah. Agak-agaklah nak bercakap pun,” tukas Irine. Lagipun, dia tengok Anis macam ambil berat sangat pasal suaminya.

“ Awak tahu tak? Masa Encik Farel ternampak Anis tadi, muka dia lain sangat. Macam tak suka Anis datang ambil dia,” Izale tergelak. Serius sungguh Irine bercerita.

“ Mengarutlah. Dia orang tu dah kahwin almost…two years. Cuma tak ada rezeki lagi nak ada anak. Dia orang yang beria nak kahwin. Bukannya kena paksa ke apa ke,” Erk?

“ Kalau awaklah kan. Awak suka tak kalau wife awak ambil kat office?” Irine sekadar bertanya. Manalah tahu Izale spesis dengan Farel tu. Bestfriendlah katakan.

“ Aku? Manalah aku tahu. Bini pun tak ada…”

I said…KALAU,” Irine mengerling Izale yang tenang memandu itu.

“ Kalau eh? Mestilah seronok. Ada orang appreciate kita,” balas Izale sambil mengetuk jari telunjuk di stereng.

“ Kan? Siapalah yang nak jadi tukang ambil awak balik kerja tu? Malang sungguh,” Irine menggelengkan kepalanya.

“ Irine, kau kenakan aku eh. Nasib baik dah sampai. Kalau tak…”

“ Nak buat apa?”

“ Malaslah layan kau,” Izale mengejek cara Irine bercakap apabila malas melayan kerenahnya. Dia memarkirkan kereta betul-betul di hadapan restoran ikan bakar.

“ Nasib baik dah sampai. Kalau tak…”

“ Irine!”

Irine ketawa jahat sambil membuka pintu kereta. Dia meninjau restoran ikan bakar di hadapannya. Terliur pula apabila terhidu ikan yang sedang dibakar itu.

“ Wah, wanginya. Tak sabar nak makan,” Irine berkata kepada Izale.

“ Solat maghrib dulu. Dah masuk waktu pun,” tegur Izale, melihat keterujaan gadis itu.

“ Nak solat dulu ke?” tanya Farel sambil menutup pintu keretanya.

“ Solat dululah. Barulah seronok sikit nak makan nanti,” jawab Izale. Irine terperasan Anis sedang menyapu air mata di pipinya. Namun, dia buat-buat tak nampak. Takut dilabel busy body pula.

Boss, buka bonet belakang kejap. Nak ambil telekung,” pinta Irine. Izale berlalu ke bonet belakang.

“ Jangan tanya apa-apa. Buat tak tahu aje,” bisik Izale. Irine hanya mengangguk. Rupanya Izale turut perasan akan keadaan itu. Dia pantas mencapai beg telekung yang memang tersedia di dalam keretanya itu.

Mereka berempat beriringan ke surau berdekatan. Ketika itu, Farel cuba bercakap sesuatu kepada Anis. Entah apalah yang dibisikkan itu. Irine cuma perasan Anis hanya mengangguk perlahan. Selepas itu mereka berpisah kerana surau lelaki dan perempuan tidak sama arah.



“ Menyesal saya ikut datang sini tadi,” kata Irine perlahan.

“ Kenapa?”

“ Tak ada apalah,” Izale berpaling ke belakang. Farel kelihatannya sedang memujuk Anis. Dia pun rasa canggung. Pasti Irine turut berasakan itu.

“ Nak makan ikan apa?”

“ Saya teringin nak makan…emmm… ikan siakap ni?”

“ Eh, dia tahulah nama ikan ni,” Irine menyenggol pinggang lelaki di sebelahnya itu.

“ Kau ambil ikan apa, Ris?” tanya Farel.

Dia membiarkan Anis sendirian di meja makan. Wanita itu tampak sedih. Namun, mukanya sudah tidak seperti awal-awal turun kereta tadi.

“ Minah senget ni mengidam nak makan ikan siakap…”

“ Nak tambah…sotong goreng tepung dengan udang bakar,” Irine menambah pesanan.

“ Lagi?”

“ Emmm, kerang bakarlah,” Membulat mata Izale.

“ Kau nak makan ke mentekedarah?” Irine hanya mengangkat keningnya.

“ Kongsilah. Tak naklah makan sorang,” kata Irine.

“ Kau, Ris? Aku ingat nak order makanan bergoreng ajelah. Anis tak berselera sangat nak makan,” Matanya melirik memandang si isteri yang ditinggalkan keseorangan itu.

“ Dah cukup kot yang Irine order. Macam dah banyak aje,” Farel hanya mengangguk.

Dia sebenarnya cemburukan kemesraan Izale dan Irine. Tambahan pula, kali pertama dia berjumpa Irine pagi tadi dan seharian mereka bersama, Irine sangat mesra alam. Dia memang selesa berada bersama gadis ceria itu.

Boss, saya dah order air untuk boss. Untuk Encik Farel and Anis, saya tak order sebab tak tahu minuman apa…”

“ Tak apa. Nanti saya order sendiri,” Dia sedikit kecewa.

“ Air apa kau order untuk aku?”

“ Carrot juice. Nak cancel?” Irine berura-ura ingin membatalkan pesanan air tadi.

“ Nak cancel buat apa? Dah order pun kan?”

“ Acah aje,” Izale memandang Irine geram. Nasib baik bukan isteri dia. Kalau tak, habis si Irine ni dia kerjakan. Waktu pejabat, reti pula behave minah ni.

Mereka berdua beriringan ke meja makan, menyertai Anis yang keseorangan itu.

“ Farel tak habis order lagi, Anis?” Anis menggeleng. Rasa malas pula untuk membuka mulut. Takut Izale dan Irine perasan nada  suaranya yang agak serak itu.

“ Awak, tolong ambil gambar saya,” pinta Irine sambil mengeluarkan kamera berjenama Sony dari handbagnya.

“ Nak buat apa?”

“ Sajalah. Nak tunjuk kat ammi,” Darurat sangat jawapan kau, nyah. Nak masuk bloglah tu. Izale hanya menurutkan sahaja kehendak Irine. Baru semalam dia buka blog gadis itu. Post paling terbaru. Majlis perkahwinan Elia. Tak sangka ada juga terselit gambar Izale sekeluarga.

Sepanjang makan malam, hanya suara Izale dan Irine sahaja berceloteh sakan. Bergaduh, usah katalah. Farel dan Anis pula sesekali ketawa apabila melihat kerenah budak berdua tak cukup umur itu cari pasal antara satu sama lain. Keduanya juga memang suka mengusik.

Anis yang bersedih tadi pun terubat melihat keletah Izale dan Irine. Walaupun hubungan mereka sekadar bos dan staf, namun masing-masing kelihatan mesra. Hampir dua jam lebih mereka di restoran itu. Jam pun dah hampir menuju ke angka sepuluh.

“ Kau nak balik macam mana, Ris? Nak kita orang hantar ke kau nak balik dengan Cik Irine?”

Boss hantar sayalah. Lepas tu boss bawak kereta saya balik. Esok datang jemput saya kat rumah…”

“ Kau nak kenakan aku ke apa?”

“ Tak ada maknanyalah. Nak atau tak nak? Atau boss tak sudi nak drive kereta murah tu?”

Okaylah. I’ll send you back and tomorrow morning I’ll pick you. Dan, jangan lupa yang aku ni boss kau. So, aku punya suka nak masuk office awal ke lambat,” Izale menggertak Irine dalam nada bersahaja.

“ Alah, Cik Irine. Kira boss awak kasi masuk kerja lambatlah tu,” Irine tersenyum.

“ Agaknyalah…”

“ Dah…dah. Jom balik. Kesian Anis, dah mengantuk tu. Rel, aku nak cakap dengan kau sikit,” Izale menarik Farel agak jauh sedikit.

“ Irine,” panggil Anis lemah.

“ Ya?”

Thanks sebab hiburkan hati I tadi,” ucap Anis ikhlas.

“ Tak ada apalah, Anis. I tak buat apa-apa pun. Ammi I pernah cakap kat I dulu, sebelum muncul kemanisan pasti kena harungi kepahitan. You kena kuat. Tak boleh selalu mengalah. Kadang-kadang you kena buat something yang suami you boleh appreciate you as his wife,” hujah Irine. Gaya macam wanita yang sudah berkahwin sahaja si Irine ni.

Thanks again. Beruntung siapa jadi suami you. I doakan you cepat-cepat dapat jodoh,” balas Anis sambil mengukir senyuman walaupun senyuman itu tidaklah manis.

“ Amin. Moga makbullah doa you. Gatal sangat nak ada suami ni,” gurau Irine.

“ Ada-ada ajelah you. Susah sangat, you ajak aje boss you tu kahwin…”

“ Mustahillah. Kami ni pantang jumpa. Ada aje benda nak bergaduh. Kalau pasal kerja, okay lagi. Tapi, bab personal ni I tak berani jaminlah,” Anis ketawa kecil.

“ Rasanya Farel tu tengah kena brainwash dengan Farislah tu…”

Boss selalu brainwash Encik Farel ke?”

“ Kami bertiga ni sebaya. Sebelum I dan Farel berkahwin, kami memang rapat sangat. Mula-mula dulu, I jatuh hati kat Izale. Entah macam mana, Farel yang terlebih dulu hulurkan lamaran. Jadi, I rasa better I pilih orang yang sayangkan I. Tapi, Farel ni terlalu addicted dengan kerja. So, masa dia dengan I terhad,” Irine mengangguk faham.


First ten years…memang banyak dugaan pun. Tapi, after that…Insya Allah kalau jodoh panjang, mesti bahagia,” Hanya itu yang Irine mampu nyatakan. Itu pun diambil contoh dari perkahwinan abang dan kakaknya. Anis mengangguk setuju.

No comments:

Post a Comment