Wednesday 22 January 2014

Cerpen : Dia... Mr All Right! 6



Tengku Wahida berjalan dari bahagian ke bahagian yang lain. Benda yang dicarinya belum juga dijumpai. Cadangnya dia ingin memasak makanan kampung malam ini. Kebetulan, kedua-dua anaknya ada di rumah.

“ Wahida?” tegur satu suara.

“ Lah, Syakirah rupanya. Shopping apa aje kat sini?”

“ Barang dapurlah, Wahida. Anak-anak semua balik. Nak masak sedap-sedap pun waktu nilah,” balas Hajah Syakirah.

“ Samalah kita. Jarang dah sekarang ni nak berjumpa sekali kat rumah. Selalunya seorang ada, yang seorang lagi pula tak ada,” kata Tengku Wahida.

“ Wahida datang dengan siapa ni?”

“ Dengan Faris. Dia ada kat bahagian pakaian sana,” beritahu Wahida. Kerap juga dia datang membeli belah barang dapur di Tesco ini.

“ Tak teman Wahida beli barang?”

“ Budak bertuah tu. Bukan suka masuk area barangan dapur. Tak ada life katanya,” Hajah Syakirah tertawa. Samalah perangai macam anak lelakinya yang sulung itu.

“ Biasalah. Dah namanya lelaki masculine. Mana nak masuk department dapur ni…”

“ Syakirah pulak datang dengan siapa? Dengan haji ke?”

“ Taklah. Dengan Lea. Dia pun ada kat area pakaian sana. Nak cari hadiah untuk anak saudara baru katanya,” jawab Hajah Syakirah.

“ Amboi, bertambah cuculah ni, Hajah Syakirah,” Tengku Wahida cemburukan wanita itu. Sepatutnya dia juga sedang bermain dengan cucu sekarang ini. Namun, memikirkan Izale belum ada ura-ura untuk berkahwin, hasratnya kembali tertanam.

“ Alhamdulillah, Wahida. Rezeki. Baru masuk tiga orang cucu…”



Irine keliru yang mana satu harus dipilih. Kedua-duanya tampak menarik. Matanya sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Kalaulah boleh nampak, pasti sekarang ni ada bintang yang sedang berputar di atas kepalanya.

“ Ehem,” Irine berpaling ke kanannya.

Boss. Ingatkan siapa tadi,” keluh Irine. Tumpuannya masih pada dua hamper barangan bayi di hadapannya itu.

“ Kenapa?” Irine kembali memandang Izale. Dipandangnya jejaka itu dari atas ke bawah. Izale merenung Irine dengan kerutan di dahi. Dah kenapa si Irine ni pandang dia macam tu?

“ Tak pernah tengok boss pakai simple macam ni,” kata Irine selamba. Izale memandang dirinya. Hanya baju T tanpa kolar berona putih dan seluar pendek coklat muda. Tersarung selipar sahaja di kakinya.

“ Aku pun tak pernah tengok kau pakai simple macam ni,” Irine memandang Izale seketika dan matanya kepada hamper yang membuatkan dia pening itu.

Irine memang simple sangat. Baju T lengan panjang paras paha dan jeans berona biru tua. Rambut pula dilepaskan. Sekali tengok macam anak cina. Paling yang membuatkan Izale tertarik, cermin mata besar yang tersangkut di hidung Irine. Cute sangat.

Boss buat apa kat sini? Shopping barang dapur ke?”

Nolah. Teman my mum beli barang dapur. Aku tak suka pergi department tu. So, I’m here. Yang aku tengok kau terkeluh kesah tengok hamper tu apesal?”

Confius nak beli yang mana satu. Dua-dua cantik,” Irine meluaskan matanya. Mungkin si mata tengah main-mainkan dia.

“ Ambil aje dua-dua…”

“ Masalahnya, I’m just bring this much. Cukup-cukup untuk satu hamper aje,” Irine menunjukkan empat not lima puluh.

“ Takkan kau bawa duit tu aje?”

“ Ya. No purse, no handphone and of course no handbag,” Izale menggaru kepalanya. Gila selamba minah ni.

“ Apa kata…satu tu aku hadiahkan?”

“ Hmmm?”

“ Kau bayar satu hamper, aku bayar lagi satu ni. Anggap yang aku bayar tu aku hadiahkan kat entah sesiapa yang kau nak kasi,” Irine tersenyum lebar. Akhirnya, dia dapat kedua-duanya.

Thanks, boss,” Gembira sungguh hati Irine kerana dapat membeli hamper-hamper itu. Padahal, sebelum kakaknya bersalin dia dah beli dua hamper. Tamaknya kau, Irine. Ini dah sampai tahap wajib kahwin.

Hye, Izale, Irine,” Izale dan Irine serentak memandang pemilik suara itu. Linda!

Oh, hye,” Irine melambai sedikit.

“ Cepatnya korang shopping barang baby. Ke dah berisi?” Terkelip-kelip mata Irine.

“ Untuk my niecelah. Baru aje nampak dunia, dua hari lepas,” beritahu Irine tidak mahu ada yang tersalah faham.

“ Oh, ye ke? Sorrylah. Manalah tahu kan. Orang muda sekarang ni bukannya boleh percaya sangat,” Linda tersenyum sinis.

“ Jomlah, Irine. Mama dah siap shopping kot. Saya bawak ni pergi kaunter,” Irine membiarkan Izale beredar dulu.

“ Maaflah, Cik Puan Linda. Memang selalu dia mood swing petang-petang gini,” Linda hanya tersenyum. Bukannya dia tak tahu, lelaki yang muda empat tahun darinya itu cuba mengelak.

I tak kisahlah, Irine. Dia memang tak suka bertembung dengan I pun,” kata Linda.

Okaylah, Cik Puan Linda. I pergi dululah. Nanti dia tunggu lama pulak,” Irine terus beredar setelah meminta diri.

Linda mengintai Izale dan Irine yang sedang beratur menunggu turn untuk membayar. Kelihatan ada dua orang wanita dalam lingkungan 50-an turut menyertai mereka. Gelak ketawa mereka membuatkan Linda cemburu. Hubungannya dengan keluarga bekas mertuanya sangat hambar. Suami mudalah katakan. Mertua mana yang suka dapat menantu yang lebih tua dari anaknya.



“ Kau sengaja parking kereta kat sebelah kereta aku kan?”

“ Elok sikit eh. Tak pernah pula saya tahu awak pakai kereta ni. Yang saya tahu BMW tu aje. Awak ada tiga empat kereta ke lagi, saya tak tahu,” tukas Irine membela diri.

“ Apalah korang berdua ni dok bergaduh?”

“ Entah Ris ni. Dengan anak dara orang pun nak cari gaduh,” Irine menayangkan ibu jarinya.

“ Irine ni pun sama naik, Wahida. Kat rumah asyik dok bergaduh dengan abang dia,” Giliran Izale pula menyorak. Dia mengangkat bahunya.

“ Betul tu, auntie. Suka sangat cari gaduh ni,” Irine buat muka geram. Ini dah melampau, encik boss.

“ Hai, cari pasal nampak. Mogok tak masuk office seminggu baru tahu. Bankrupt terus company,” Ceh, mentang-mentang dia eksekutif kewangan. Pandai nak mengugut bos.

“ Amboi, kalau berani…buatlah,” balas Izale dalam nada lembut. Ammi si Irine ada kat situ. Jadi, kenalah sopan sedikit.

“ Astagfirullah, dua orang ni. Kami bagi kahwin baru tahu…”

No way!” Serentak keduanya menutup bonet belakang. Tengku Wahida dan Hajah Syakirah mengurut dada masing-masing. Terkejut dengan tindakan keduanya. Tahu pun takut.



Pagi keesokannya, Izale masuk office dengan riak muka tegang. Kamalia yang sering mengucapkan ucapan selamat setiap kali bosnya masuk office juga kecut perut. Semua staf saling berpandangan. Hanya Irine sahaja dengan lagak selambanya.

“ Irine, kau kena tolong aku. Kau kan rapat dengan Tengku. Tolong suruh Tengku sign surat ni. Penting!”

Irine memandang lelaki di hadapannya. Setiap kali Izale berangin satu badan, pasti dia yang menjadi mangsa untuk sampaikan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan bos mereka itu.  Tapi, untuk hari ini dia sama sekali tidak akan membantu.

Sorry, Akmal. Aku bukan tak nak tolong kau, tapi aku pun tak berani nak jumpa boss. Tak pasal, sekali dengan aku kena sembur,” balas Irine perlahan.

“ Alah, selalunya kau okay aje. Tak ada pun dia nak sembur kau. Automatik lepas jumpa kau, Tengku mesti ceria punyalah,” pujuk Akmal lagi.

Akmal memang tahu Irine dan majikan mereka itu sangat rapat. Masakan tidak rapat. Dia ada ternampak Irine dan Izale di bahagian barangan bayi semalam. Bukan main mesra lagi dia tengok. Siap angkut dua hamper pula tu.

“ Kau pergi ajelah. Confirm dia okay punyalah. Kalau dia tak sign surat ni, sah-sahlah company dia yang rugi,” Irine masih berkeras.

“ Aduh, kau ni. Aku tak nak cari pasal. Tolonglah. Urgent ni. Kena faks sebelum pukul sepuluh,” Irine menilik jam di tangan. Masih ada lima belas minit sebelum pukul sepuluh.

Hesy, mehlah sini. Lunch nanti aku nak semangkuk besar penuh Baskin Robbin kat atas meja aku,” Irine bangun dari duduknya.

“ Untuk kau, sepuluh mangkuk pun aku sanggup,” kata Akmal kelegaan. Tidak perlulah dia menghadap singa garang kat dalam bilik tu.



Irine berhenti di meja Kamalia.

Hacks lagi ke?”

“ Hmmm. Akak pun tak berani masuk, Irine,” Kamalia berkata sambil menunjukkan gula-gula berangin itu kepada Irine.

“ Aduh. Bismillah…”

Irine mengetuk pintu kayu itu perlahan. Eh, baru perasan. Dah ada ‘Tengku Faris Izale Bin Tengku Albar’. Sempat lagi Irine menilik tag nama itu. Belum sempat Irine ingin mengetuk untuk kali kedua, pintu itu terbuka dari dalam. Nasib baik tak terketuk kepala si Izale tu. Kalau tak…naya aje.

“ Nak apa?” soal Izale tegas. Wajahnya juga sangat tegang.

Irine mengangkat kertas di tangannya. Kamalia langsung tak berkutik di mejanya. Dia tunggu juga Irine kena sembur ke apa ke. Tak ada pula tanda-tanda tu.

“ Masuk!” Izale menarik tangan Irine masuk ke dalam biliknya dan menghempas daun pintu kuat. Terpinga-pinga Kamalia dengan tindakan pantas bosnya itu.

“ Sakit jiwa ke awak ni?” Irine memandang riak wajah tegang Izale itu. Takkan berangin sebab semalam kot. Setahunya Izale tak macam tu. Simple minded!

“ Memang sakit jiwa pun ni,” jawab Izale. Langkahnya dibawa ke hulu ke hilir. Irine menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“ Sebelum awak semakin teruk, apa kata sign dulu surat ni. Akmal kena hantar before pukul sepuluh. Please,” Izale mendengus. Namun, dia masih menandatangangi surat itu. “ Awak tunggu kejap. Saya pergi hantar surat ni kat Akmal dulu. Nanti saya datang balik,” Izale mengangguk.


So, what’s the matter?”

“ Bekas tunang aku balik,” Irine mengerutkan dahinya.

Then?”

She want us to make a ‘reunion’. Do you understand what I feel right now? It was just ridiculous idea,” Irine tersenyum senget. “ Yang kau dok tersengih tu kenapa? Tak membantu langsung,” tukas Izale.

No. I thought you have nobody before. Bekas tunang awak nak korang back to normal baliklah ni. Then, kenapa yang awak nak marah sangat ni?”

She left me without a words. I just know that we’re break up from her family. Itupun aku sendiri tak tahu sebab apa,” Izale menyandarkan badannya ke sofa.

The issue is…awak sayang bekas tunang awak tu lagi atau tak?”

I don’t know. Itu yang aku keliru sekarang ni. Aku tak pasti,” Irine memandang meja kopidi tengah-tengah susunan sofa.

“ Awak dah tanya pendapat Encik Farel? Dia kan kawan baik awak. Manalah tahu dia tahu macam mana nak handle,” Izale menggeleng perlahan.

“ Dia tak ada kat Malaysia. Honeymoon dengan Anis kat Paris,” Masa nilah dia orang nak berhoneymoon pun.

Wrong timing betullah. Why not…boss face to face with her. Maybe it will help you,” cadang Irine.

Face to face?”

Just give it a try. You’ll never know if you doesn’t face the problem. Kalau still ada feeling lagi, boss boleh try berbaik. Kalau tak, just say bye bye to your ex,” Izale tergelak. Kelakar tengok Irine memberi cadangan penuh serius.

Okay, I’ll give a try. Thanks, sudi tolong aku…”

“ Tak dengarlah, boss. Once again,” Bukan senang nak dengar si mamat annoying ni mengucapkan terima kasih.

“ Terima kasih, Cik Irine Azalea Binti Radhi,” Irine tersenyum puas.

“ Ohoh, dah boleh lafaz akad nikah tu, boss. Opsss,” Irine cepat-cepat menutup mulutnya sambil menjegilkan matanya. Kemudian dia menayangkan sengih kepada jejaka di hadapannya itu. Izale ketawa sakan.


Handphone Kamalia hampir terlepas dari tangannya gara-gara terdengar Izale ketawa kuat. Kemudian, dia mengukir senyuman lebar. Dah okaylah tu kalau dah boleh gelak besar begitu. Kredit kepada Irine Azalea yang telah berjaya memulihkan riak wajah Tengku Faris Izale.

1 comment: