Tuesday 28 January 2014

Cerpen : Dia... Mr All Right! 7

Untuk peminat DMAR! 
Part kedua last... :) keep your eyes on here!
pepagi dah rajin menghapdet... hehehe...
sekadar mencari rezeki di pagi hari...
SELAMAT MEMBACA!




Irine menilik jam tangannya. Hampir dua jam dia tercongok di tempat menunggu di KLIA. Dalam masa dua jam itu, dia dah tawaf semua kedai di situ. Namun, dia hanya mencuci mata sahaja. Tak ada mood nak shopping ketika ini. Orang yang ditunggu tak muncul-muncul lagi.

Beberapa minit kemudian, Samsung Galaxy Note 3 milik Irine berbunyi.

Hello, Assalamualaikum,” Irine menjawab panggilannya.

“ Waalaikumsalam. Dia tak sampai lagi ke?” soal si pemanggil.

“ Belum. Betul ke dia cakap pukul sebelas? Ni dah nak dekat pukul satu lebih dah, tak sampai lagi,” rungut Irine.

“ Kejap lagi sampailah tu. Bukannya Lea tak tahu, lambat sejam dua tu biasalah,” si pemanggil cuba menenangkan Irine.

Tiba-tiba Irine terasa pinggangnya dipeluk. Terus membeku tubuh dia tika ini. Tindakan refleks setiap kali ada yang cuba memeluknya. Siapalah yang suka sangat peluk dia tak minta izin ni?

“ Lea…Lea. Lea kat situ lagi ke?”

“ Ada, ma. Dah jadi patung cendana dah, menantu mama ni,” jawab si pemeluk Irine.

“ Dah lama sampai?”

“ Dah sejam lebih. Saja nak test patung cendana ni. Sanggup ke dia tunggu suami dia,” si pemanggil ketawa kecil.

“ Iyalah. Nanti terus balik sini. Your parent in law pun dah ada kat sini. Jangan melencong tempat lain. Semua orang dah tunggu ni,” pesan si pemanggil.

Okay, ma. See you soon,” Panggilan terus dimatikan.

Izale menyuakan jambangan roses yang disembunyikan di belakangnya kepada Irine. Irine buat muka. Biar encik suami tahu dia tengah merajuk.

“ Sampai bila nak jadi patung cendana ni? Abang lambat sebab nak cari hadiah nilah,” pujuk Izale.

Tanpa mengendahkan pujuk rayu Izale, Irine berlalu meninggalkan suaminya itu yang terpinga-pinga di situ. Namun, hanya beberapa langkah dia melangkah ke depan Irine kemudiannya berpaling ke belakang sambil tersenyum.

Suami dah balik penat-penat kena tunjuk muka manis walaupun hati tengah merajuk. Izale mengeluh lega melihat senyuman manis isterinya.

“ Tak merajuk dah?”

“ Mana ada orang merajuk. Saja aje nak usik abang,” Izale mengenyitkan matanya. Irine mencebik. Malas layan.

“ Iyalah tu. Mana kereta?”

“ Irine datang dengan Pak Mansor tadi. Tu hah. Kesian Pak Mansor kena tunggu lama. Abanglah punya pasal,” Irine menampar perut Izale dengan belakang tapak tangannya. Mereka menghampiri Pak Mansor yang sedang menunggu di tepi Toyota Camry milik Tengku Albar.

“ Pak Mansor, sorry lambat,” mohon Izale.

“ Tak ada apalah, Faris. Bukan lambat sampai sehari,” balas Pak Mansor, pemandu Tengku Albar. Izale memang tidak mengambil pemandu. Dia lebih suka memandu sendiri.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Tengku Albar, pasangan suami isteri yang baru berkahwin tiga bulan lepas itu hanya berdiam diri. Mungkin kerana keletihan, Izale terlena. Sampaikan Irine yang mengacau tidurnya pun ditepis lembut. Tak nak diganggu.



“ Assalamualaikum,” Izale memberi salam kuat. Biar seisi rumah dengar.

“ Waalaikumsalam,” sahut sekumpulan suara di ruang tamu. Bergabung dua keluarga memang riuhlah. Cuba kalau hanya keluarga Izale sahaja. Hampeh! Ada suara umpama macam tiada. Maklumlah, hanya keluarga kecil.

“ Amboi, riuhnya. Sampai ke luar dengar,” Izale bersalaman dengan semua ahli keluarga. Yang muhrim sahaja.

“ Orang yang menjemputnya mana? Takkan tertinggal dekat airport kot…”

“ Ada ni,” Irine berjalan masuk menyertai mereka yang lain.

“ Buat apa kat luar tu, Lea?” tanya Hajah Syakirah.

“ Hah? Tengah cari…ni,” Irine mengangkat sejambak bunga yang dihadiahkan Izale tadi.

“ Patutlah. Untunglah dia…ada orang sayang,” usik Faruqi, abang sulung Irine.

“ Tahu tak apa,” balas Irine dengan senyuman.

“ Kat kita orang tak ada ke, Ris?” soal Nida, kakak kedua Irine sekadar ingin bergurau.

“ Ada. Semua ada. Tapi, kat dalam kereta lagi,” jawab Izale. Dia memangku Danish yang tembam itu. Kini, bayi yang sudah berusia dua tahun itu rapat dengan Izale. Setiap minggu mesti kena bersua muka.

“ Dah makan ke, Ris?” soal Tengku Wahida.

“ Belum…”

“ Lah, kesiannya. Lea, bawa Ris pergi makan. Tak elok biar perut kosong lama-lama. Lepas makan, boleh berehat. Malam ni ada barbeque pula,” ujar Hajah Syakirah.

“ Saja nak manja dengan mama dan ammilah tu. Abang dah makan masa on the way nak sampai rumah tadi,” Irine mengenakan suaminya. Hampir sebulan suaminya itu berada di oversea kerana menguruskan projek di sana, mati kutu dia kerana tidak boleh mencari pasal.

“ Kalau dah makan, pergi naik rehat. Esok-esok pun boleh main lagi dengan Danish, Isya, Bella ni,” ‘halau’ Tengku Wahida.

“ Iyalah. Hot papa naik dululah. Nanti kita main lagi ya, anak-anak,” Hampir terhambur ketawa semuanya. Hot papalah sangat.



Izale menghempaskan badan ke tilam. Lega rasanya dapat berbaring dengan selesa. Kalau kat London, jangankan baring…nak duduk pun susah. Bohong sangat kau, Izale. Maksudnya, sibuk sangatlah tu kat kota London.

“ Abang, dah tidur ke?”

“ Belum…”

“ Buat apa?”

“ Tengok syiling…”

“ Tengok saja ke? Kenapa tak kutip sekali?”

“ Syuhhh…”

Irine mengambil tuala bersih dari almari. Dan dia turut mengambil pakaian bersih untuk Izale. Isteri mithalilah konon.

“ Pergilah mandi dulu sebelum tidur,” Irine duduk di birai katil.

“ Tadi, mama dengan ammi halau abang suruh rehat. Bila dah rehat ni, sayang pulak suruh mandi. Mana satu ni?”

“ Rehat tu termasuk dengan mandilah, abang. Biar segar sikit. Nak tidur pun selesa,” Izale bingkas duduk.

“ Anis macam mana?” Tiba-tiba teringat akan sahabatnya itu.

Okay sikit dari sebulan yang lepas. Cuma suami dia yang tak okay. Kerja tunggang langgang. Balik rumah pun sekejap aje. Lepas tu keluar balik. Dua hari lepas, mak kak Anis ambil bawak balik kampung,” jelas Irine.

“ Farel?”

“ Macam tulah. Biar aje kak Anis balik kampung…”

Izale termenung seketika. Bukan main gembira lagi tiga bulan lepas, ketika majlis perkahwinannya dan Irine berlangsung, Farel dan Anis mengkhabarkan mereka akan menimang cahaya mata. Alih-alih, bulan lepas mereka terlibat dalam kemalangan ketika balik dari kampung. Cahaya mata yang ditunggu hampir tiga tahun, lesap begitu sahaja.

Anis dikhabarkan keguguran. Dan disebabkan hentakan yang kuat, Anis tidak dibenarkan mengandung buat sementara waktu. Sehingga keadaannya betul-betul sembuh. Macam orang gila tatkala berita itu di beritahu kepada Anis.

“ Harap-harap, kita tak jadi macam tu,” kata Izale tiba-tiba.

“ Orang suruh mandikan?”

“ Orang mana?”

“ Orang ni, Irine Azalea. Pergilah mandi,” Irine buat muka comelnya. Kerana terlalu geram, pipi Irine jadi mangsa cubitan Izale.

“ Iya. Abang pergi mandilah ni,” Izale menyambut huluran tuala oleh isteri tersayang lalu terus masuk ke dalam bilik air.

p/s : sekadar coretan menghiaskan blog yang suram. hehehe. last part menceritakan segalanya. alam perkahwinan itu indah. macam malas ja nak hapdet last part. boleh gitu? just morning kidding. peace.

No comments:

Post a Comment