Wednesday 8 January 2014

Cerpen : Cinta Cameron 7

“ Aku terima nikah Nur Arisa Aidina Binti Zakari dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai…”

Arisa menadah tangan apabila imam membacakan doa. Hanya sekali lafaz sahaja, dia sah menjadi isteri kepada Tengku Arfhan bin Tengku Afzal. Majlis pernikahan yang sederhana itu diadakan di rumah Arisa di Ipoh. Ramai juga kaum kerabat Tengku Arfhan yang hadir. Termasuklah Hadif!

Setelah mengaminkan doa, Tengku Arfhan meminta izin untuk melakukan solat sunat. Arisa yang tidak boleh bersolat, hanya bersalaman dengan kedua ahli keluarga. Matanya dan Hadif bertaut. Lelaki itu menggerakkan bibirnya, ‘Tahniah, miss nikon’. Arisa tersentap. Jadi, dialah miss Nikon yang dimaksudkan Hadif.

Upacara pembatalan air sembahyang tidak diadakan. Hanya akad yang wajib itu saja sudah cukup. Majlis pernikahan dan kenduri diadakan pada hari yang sama. Jamuan kenduri akan bermula tengah hari. Majlis pernikahan pula di sebelah pagi.

“ Ucu Cha, pak su panggil,” Arisa memandang anak saudaranya, Adib yang berusia enam tahun itu.

“ Pak su panggil? Kat mana?” Adib menunjuk ke arah pintu. Tengku Arfhan sudah siap menunggu di situ.

“ Terima kasih, Adib,” Arisa mengusap kepala Adib perlahan.

Dibawa langkah ke muka pintu. Keluarganya dan keluarga Tengku Arfhan sedang beramah mesra di ruang tamu.

“ Hadif nak jumpa,” beritahu Tengku Arfhan apabila Arisa sudah berada di sebelahnya. Hadif yang sedang duduk dibuaian dipandang Arisa.

“ Kenapa?”

“ Dapat call dari Butterfly Garden, miss Nikon and mr smile… dah mati,” Arisa tersentak. Kenapa begitu? Tengku Arfhan pula hanya jadi penunggu pintu. Dia langsung tidak memahami perbualan Hadif dan Arisa.

“ Dia orang sempat kahwin tak, hah?”

“ Apa awak merepek ni, Arisa?” Arisa tersedar akan keterlanjuran katanya.

Nothing. Just wondering. Those butterflies died together. So sweet,” Hadif ketawa. Ke situ pula perginya.

“ Korang sembang ni pasal rama-rama aje ke?” sampuk Tengku Arfhan.

“ Ha’ah, bro. Kau ingat apa?”

“ Entah. Tapi, tak expect langsung yang apa... miss Nikon-mr smile tu rama-rama,” Arisa hanya tersenyum.

“ Assalamualaikum…”

“ Waalaikumsalam,” jawab mereka bertiga serentak. Arisa memandang si pemberi salam. “ Shiena!” Laju dia melangkah dan dipeluknya gadis yang bernama Shiena itu.

“ Iya. Tahniah!” Shiena memeluk sepupunya itu erat. Tak sangka Arisa akan menamatkan zaman bujangnya lebih awal. Standardlah tu kahwin di usia dua puluh empat tahun. Tengku Arfhan pula dah masuk tiga puluh tahun.

“ Ingat tak datang dah. Baru nak merajuk,” cebik Arisa sambil melepaskan pelukannya.

“ Hesy, mana boleh tak datang. Tadi ada kerja sikit, itu yang datang lambat,” balas Shiena.

“ Jom, aku kenalkan dengan suami aku,” Shiena mengekori langkah Arisa. Arisa berhenti betul-betul pintu, tempat suaminya bersandar.



“ Awak-awak berdua, kenalkan sepupu saya… Shiena,” Shiena mengulas senyuman. Hadif terpaut dengan senyuman Shiena. Hah, sudah! Tengku Arfhan hanya tersenyum kembali. “ Yang baju biru, sedondon dengan kau ni… Syed Hadif. Dan, yang berdiri kat depan aku ni… Tengku Arfhan, suami akulah…”

Nice to meet two of you,” kata Shiena lembut.

Tengku Arfhan menunjukkan isyarat pada Arisa agar melihat Hadif. Arisa tersenyum sungging. Ada hati tengah berbungalah tu. Dipandang pula Shiena yang tersipu-sipu malu itu. Ya Allah, budak berdua ni. Dah sampai mana entah. Dua-dua mengelamun.

“ Awak, jomlah naik tukar baju. Manalah tahu, ada orang lain pulak yang nak tumpang pakai nanti,” Tengku Arfhan tersenyum.

“ Dif, sudah-sudahlah tu usha anak dara orang. Kalau nak, minta terus. Tak payah tunggu lagi dah. Kang terlepas,” usik Tengku Arfhan. Hadif tersentak. Tidak sedar matanya ralit dipakukan pada Shiena.

*****

Selesai juga akhirnya majlis di kedua belah mempelai. Kini, Tengku Arfhan dan Arisa sudah selamat tiba di Paris. Sengaja Tengku Arfhan membawa isterinya berbulan madu di situ. Kononnya, ingin merasa awal perkahwinan di kota cinta. Tambahan pula, mereka berdua baru sahaja ingin belajar bercinta.

Arisa menolak langsir yang tertutup. Matanya terpaku pada Eiffel Tower yang boleh nampak dari bilik hotel yang ditempah oleh Tengku Arfhan. Gah menara itu berdiri di situ. Entah sudah berapa ramai yang terpikat dengan menara itu.

Tiba-tiba, ada tangan yang melingkar di pinggang Arisa. Jantungnya berdetak laju. Skinship mesra pertama mereka sejak berkahwin. Gambar pengantin yang diambil ketika majlis jamuan hanya sentuhan biasa sahaja.

Tengku Arfhan turut berdebar. Haruman dari rambut panjang Arisa menggoncang nafsunya.

“ Kenapa kaku macam patung ni? Cuba relax sikit,” Arisa menghela nafasnya. Tengku Arfhan tergelak. Kelakar pula melihat si isteri yang tiba-tiba jadi pemalu itu. “ Abang tak makan orang lagilah, sayang. Apa kata Aidin jadi yang pertama abang ‘makan’?”

“ Tak adanya istilah makan. Sebut pasal makan ni, perut saya dah lapar. Boleh kita pergi makan?”

“ Alah, baru nak bermanja. Potong betullah,” rungut Tengku Arfhan. Dia menurunkan tangannya dari pinggang Arisa.

Arisa berpaling. Dia tersenyum manis kepada suaminya.

“ Nak bermanja tu boleh. Tapi, kenalah isi perut dulu,” Ditariknya hidung mancung Tengku Arfhan.


“ Oh, macam tu ya. Okey, kita pergi makan dulu. Pakai tudung balik,” Tengku Arfhan mengusap hidungnya yang ditarik Arisa. Dia mula terasa bahagia. 

bersambung...

No comments:

Post a Comment