Wednesday 22 January 2014

Cerpen : Baby's Breath with Roses Love 7

BBWRL is back too!
Bersusah payah CIA sambung balik BBWRL...
Tapi, ciput ja yang boleh CIA post... huhuhu
SELAMAT MEMBACA!

Langkawi! Here we come! Jerit suara hati Airisy.

“ Airisy naik dululah. Ni…door card,” Adam menyerahkan active door card kepada Airisy.

“ Abang nak pergi mana?” soal Airisy.

“ Jumpa kawan kejap. Pergilah naik dulu,” jawab Adam sambil menolak Airisy perlahan.

Setelah tiba di bilik mereka, Airisy meninjau di sekitar bilik itu. Pandai Adam memilih lokasi bilik mereka. Bilik mereka menghadap laut biru yang luas. Nyaman rasanya menghirup udara segar. Airisy duduk sebentar di kerusi santai yang terdapat di balkoni bilik. Dia sebenarnya keliru dengan sikap Adam sejak mereka berkahwin. Adam berubah menjadi seorang yang agak tegas dan kurang bercakap. Dia hanya akan bercakap perkara yang penting sahaja.

“ Kenapa duduk kat luar ni?” tegur Adam. Airisy berpaling.

“ Saja. Sejuk aje kat sini. Dah lama Airisy tak bercuti kat tempat macam ni,” kata Airisy.

“ Abang nak mandi dulu. Jangan duduk lama sangat kat luar ni. Nanti demam pulak,” balas Adam senada.

“ Abang,” panggil Airisy. Dia bangun dan menghampiri sang suami. Adam tidak jadi melangkah.

“ Abang kahwin dengan Airisy semata-mata sebab…Zara ke?”

“ Dah kenapa tanya macam tu?” Airisy menampar perut Adam dengan belakang tangannya perlahan.

“ Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Biar Airisy mandi dululah. Panas,” Adam memandang Airisy yang sedang mengambil tuala pelik. Dia mengusap perutnya.

“ Abang bukan kahwin dengan Airisy sebab Zara. Tapi…sebab Airisy. Ingat tu. Lepas ni, abang tak nak dengar dah soalan tu,” Airisy terkaku tapi kemudiannya dia mengukirkan senyuman. Baru hatinya senang setelah mendengar penjelasan Adam. Kiranya dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini.

“ Okay,” balas Airisy sepatah dan terus menghilang ke dalam bilik air.

Adam menghempaskan badannya ke tilam. Dia turut berasa lega setelah menjelaskan alasan dia mengahwini Airisy. Pada mulanya, dia memang hanya ingin berkahwin dengan Airisy disebabkan Izara. Namun, sekarang dia sangat pasti…alasannya mengahwini Airisy kerana dia sudah jatuh hati kepada isterinya itu.



Malam itu, Adam membawa Airisy makan malam di kawasan resort sahaja memandangkan masing-masing sudah kepenatan. Adam lebih suka memilih tempat yang agak jauh dari pengunjung lain.

“ Nak makan apa?” soal Adam sambil membelek buku menu. Airisy turut berbuat demikian.

“ Emmm…Spaghetti Bolognese?”  Adam memanggil pelayan dan membuat pesanan.

“ Abang pernah datang sini ke sebelum ni?” soal Airisy ingin tahu. Dia dapat perhatikan Adam seperti sudah biasa dengan resort ini.

“ Hmmm? Pernah. Every three month…abang ada meeting kat sini. Kenapa?”

“ Patutlah. Airisy perasan…abang macam dah biasa dengan tempat ni. Esok kita nak pergi mana?”

“ Airisy nak pergi mana? Cakap je,” balas Adam. Airisy mengembungkan pipinya. Dia pernah melancong ke Langkawi sewaktu dia di sekolah rendah. Dah lama sangat. Jadi, dia sudah lupa tempat-tempat yang menarik di Langkawi.

“ Airisy rasa macam nak…pergi…Dataran Lang, Pekan Kuah…nak naik cable car,” Adam mengetuk meja dengan jarinya.

“ Okay…macam ni. Pagi esok kita pergi Dataran Lang. Then, baru pergi Pekan Kuah. Lusa, baru kita naik cable car. Call?”

“ Call,” Airisy membetulkan tudungnya yang dah serabut dek angin yang sepoi-sepoi bahasa.

“ Adam Arsyil?” sapa seorang perempuan ala model. Cantik. Airisy mendongak sedikit. Siapa pulak ni?

“ Yes?”

“ You tak ingat I ke? Tirana…”

“ Oh, okay. Ingat…ingat. You buat apa kat sini?” soal Adam mesra. Masakan dia tidak ingat akan Tirana, model syarikatnya dulu.

“ Bercutilah. Tak sangka dapat jumpa you kat sini. Dah lama jugakkan kita tak jumpa. Rasanya sejak I…habis kontrak dengan company you,” balas Tirana. Airisy buat tak tahu. Dia membelek gambar-gambar perkahwinan di dalam telefon bimbitnya.

“ Ha’ah. Oh, I kenalkan…wife I, Airisy,” Tirana memandang Airisy dengan pandangan yang terkejut.

“ Kahwin tak jemput. Hai, I’m Tirana,” Tirana menghulurkan tangannya dan disambut Airisy.

“ Airisy…”

“ Okaylah. I dah lambat ni, nak jumpa kawan. Lain kali kita berborak lagi,” Tirana meminta diri.

“ Okay. See you again,” balas Adam. Tirana berlalu meninggalkan pasangan suami isteri itu dengan hati yang membengkak.

“ Dia pernah kerja kat company abang ke?” tanya Airisy.

“ Bekas model company,” jawab Adam. Airisy perasan akan perubahan suaminya setelah berjumpa Tirana.

“ Bekas scandal jugak?” duga Airisy. Adam mengangguk tanpa sedar. Airisy bangun secara tiba-tiba.

“ Kenapa ni?” soal Adam yang terkejut dengan tindakan Airisy.

“ Clear up your mind first. Abang makanlah sendiri. Airisy nak ambil angin kat luar tu,”  kata Airisy sebelum berlalu ke kawasan pantai. Nadanya juga dikawal agar dia tidak menderhaka terhadap suaminya.



Airisy berjalan perlahan sambil menikmati kesejukan malam. Dia berasa tenang mendengar deruan ombak. Terasa segala perasaan cemburunya hilang. Airisy tahu dia tidak sepatutnya cemburu begitu. Tetapi…apabila memikirkan Adam yang jarang bersosial dengan wanita membuatkan dia susah hati dan tiba-tiba muncul Tirana pula. Itu kerana dia tahu…Adam dan Tirana pernah rapat dulu. Airisy duduk di bawah pokok yang merendang. Dia memeluk lututnya.

“ Tak takut ke duduk sini sorang-sorang?” Airisy menggigit bibir bawahnya.

“ Tak,” jawab Airisy sepatah. Adam melabuhkan punggungnya di sebelah kiri Airisy.

“ Abang minta maaf. It just…dah lama abang tak jumpa dia. So, it make me feel…shocked,” Airisy bermain dengan tangannya.

“ Jadi…betullah dia ex-special girlfriend abang?”

“ Hmmm…”

“ Tip top jugak taste abang, eh,” Adam menoleh ke kanannya.

“ Stop it, Airisy. Dia dah jadi sejarah abang. Kebetulan aje abang dapat jumpa dia kat sini,” marah Adam. Dia tidak suka apabila sejarah lamanya diungkit. Airisy menunduk sedikit.

“ Okay. I’ll stop,” kata Airisy perlahan. Adam mengeluh kecil. Terasa bersalah pula kerana memarahi Airisy.

“ Sorry again. Abang cuma tak suka Airisy ungkit kisah lama abang…”

“ Airisy tak ungkit dah lepas ni,” balas Airisy. Adam tahu isterinya masih terasa dengan sikapnya.

“ Sini,” Adam menarik Airisy ke dalam pelukannya. Buat pertama kalinya mereka bersentuhan selepas majlis perkahwinan mereka. Airisy berasa sangat selesa berada di dalam pelukan suami tercintanya.

“ Dengar tak jantung abang berdegup laju ni. Ini sebab…buah hati abang ada dekat dengan hati abang. Airisy kena percayakan abang,” ujar Adam tulus.

“ Airisy percayakan abang. Cemburu tu kan tandanya sayang. Sweet sangat jantung abang ni berdegup,” Airisy menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Adam. Adam ketawa kecil.

“ Apa kiss kat pipi aje. Kat tempat lain pun nak jugak,” cebik Adam lembut.

“ Jangan nak gatal sangat eh…depan public ni. Kira okaylah tu Airisy bagi kiss. My first kiss tau,” balas Airisy sambil tangannya erat memeluk pinggang suaminya.



Setelah seminggu menghabiskan cuti di Langkawi, Adam kembali bekerja. Airisy pula mengambil peluang itu untuk lebih mengenali ibu mertuanya. Dia membantu Hajah Zaharah menguruskan hal-hal di rumah. Kebetulan hari itu Hajah Zaharah bercuti. Hanya Haji Zainal sahaja yang dipanggil untuk memberi ceramah motivasi di masjid tidak jauh dari perumahan mereka.

“ Risy pandai tanam pokok bunga?” tanya Hajah Zaharah.

“ Tak pandailah, ummi. Tapi…Risy suka bunga. Dulu, nenek pernah ajar Risy tanam pokok bunga apa entah. Ummi tahu? Risy tunggu punya tunggu…pokok tu mati macam tu aje. Lepas tu, Risy dah tak tanam pokok apa-apa lagi dah,” Hajah Zaharah tertawa kecil.

“ Jom…ummi tunjuk cara-cara nak semai benih pokok bunga. Cara ni senang sikit,” Airisy mengikut Hajah Zaharah ke kebun mini yang terdapat pelbagai jenis pokok bunga.

“ Banyak jugak pokok bunga ummi. Ummi tanam sendiri ke?” Airisy tertarik dengan kepelbagaian pokok-pokok bunga itu.

“ Ada yang ummi tanam sendiri…dan ada juga yang ummi beli yang dah siap semai. Ummi jarang ada masa nak semai semua pokok-pokok bunga ni. Ummi semai ikut yang termampulah,” jelas Hajah Zaharah.

“ Kita nak buat apa sekarang, ummi?”

“ Okay. Sekarang kita isi tanah kat dalam plastik beg hitam yang berlubang ni. Lepas tu letakkan benih pokok yang kita nak. Ummi dah asingkan benih-benih kat dalam bekas ni. Risy pilih aje yang mana Risy suka,” terang Hajah Zaharah bersungguh-sungguh. Tambahan pula, Airisy kelihatan sangat berminat untuk belajar menanam.

Sedang mereka sibuk menyemai benih anak-anak pokok bunga kegemaran mereka, kereta Adam memasuki kawasan rumah. Adam keluar dari keretanya dan terus menghalakan langkahnya mendekati Hajah Zaharah dan Airisy.

“ Lambat balik, Adam?” soal Hajah Zaharah.

“ Banyak kerja, ummi. Buat apa ni?”

“ Ummi ajar Airisy semai benih pokok bunga,” jawab Hajah Zaharah. Adam mencangkung di sebelah isterinya.

“ Pokok apa aje yang sayang abang ni tanam?”

“ Cuba…teka,” Airisy mengerling suaminya. Hajah Zaharah berlalu ke bangsal kecil yang menempatkan peralatan berkebun.

“ Teka? Emmm…kalau abang teka betul, sayang nak bagi apa?” Adam memandang Airisy dengan mata yang redup dan keningnya diangkat sedikit.

“ Ish…teka dulu. Nanti baru Airisy bagi hadiah,” Adam buat gaya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“ Janji eh nak bagi hadiah. Sayang tanam benih…abang,” Airisy menampar lengan suaminya kuat. Hajah Zaharah yang terdengar perbualan pasangan pengantin baru itu hanya menggelengkan kepala.

“ Nak tanam benih abang kat dalam tanah ni buat apa? Tak ada hasilnya pun. Cepatlah teka…pokok apa?” Adam membuat muka gatalnya.

“ Betul jugak cakap sayang tu. Hmmm…abang tahu, Airisy tanam pokok bunga primrose. Betul tak?”

“ Emmm…pandainya suami Airisy ni. Yours,” Airisy menghadiahkan ciuman di pipi kiri Adam.

“ Pipi je?”

“ Tak payah nak gatal sangat,” Airisy bangun dan membawa plastik beg hitam yang berlubang itu ke tempat semaian. Adam mengekori isterinya.

“ Adam, dah solat asar?” tanya Hajah Zaharah sambil menyusun pasu-pasu bunya yang masih belum diisi.

“ Dah, ummi. Kat office tadi,” jawab Adam.

“ Dah siap, Risy?” Airisy hanya mengangguk. “ Jomlah masuk. Hari pun dah nak gelap ni,” sambung Hajah Zaharah.



“ Sayangku Airisy.”

“ Iya, suamiku sayang. Ada apa?”

“ Eh…sayang abang ke?” Airisy mengecilkan matanya memandang Adam yang sedang bersandar di kepala katil dengan telefon bimbit ditangannya.

“ Taklah. Siapa yang sayang abang?” Adam meredupkan matanya membalas pandangan Airisy yang sedang menyapu losyen di tangannya.

“ Yelah. Kita sedar…siapalah kita ni nak orang tu sayang kita kan,” Adam berpura-pura merajuk. Ingin si isteri memujuk kononnya.

Airisy memanjat katil dan menyandarkan badannya di bahu kiri Adam. “ Airisy sayang plus love you. Always…love you. Get it?” Dia memeluk lengan sasa Adam kejap. Tenang rasanya apabila berada dekat dengan suami tersayang.

“ Abang pun sama.  Will…always love you.”

“ Airisy tahu. Thanks,” Mereka tersenyum lebar.



“ Seronok honeymoon, pengantin baru?” Adam duduk di sofa berangkai dua yang terletak di ruang santai bersebelahan dengan kolam renang. Hanya dipisahkan dengan cermin lutsinar sahaja. Malam-malam bersantai di situ, seronok juga.

“ Eleh, macamlah dia tu tak pergi honeymoon, kan abang?” Naufal mengangguk setuju. Adam mencebik.

“ Kita tak adalah honeymoon macam korang dua orang ni. Bukan main lama kat Paris,” balas Adam.

“ Honeymoon sambil belajar, abang Adam. Tak sangka kat sana pun ada pusat untuk belajar agama. Khas untuk muallaf dan penganut beragama Islam yang tinggal kat sana,” ujar Naufal.

“ Hmmm, that’s good. Boleh dapat banyak ilmu tu. Lain negara, lain cara pendedahannya, kan?” Naufal dan Izara terangguk-angguk.

“ Kak Risy, esok kita pergi spa nak?” Airisy meletakkan dulang minuman di atas meja kopi. Dia mengerutkan dahinya.

“ Spa?” Kening Airisy diangkat sebelah sambil melabuhkan punggung di sebelah Adam. Sengaja ingin mengusik adik iparnya itu. Izara hanya tersengih.

“ Nak ikut…”

“ Sibuk aje abang ni. Biarlah kak Risy ni ambil angin luar sikit. Ini tak, dua puluh empat jam asyik nak berkepit…”

“ Abang, tengoklah orang tu. Mengata kita bukan main. Dia yang asyik dok berkepit dengan Naufal…tak sedar,” Izara membulatkan matanya.

“ Ha’ah. Lagipun, Zara and Naufal kan sama tempat. Abang and kak Risy jumpa time abang ada kat rumah ajelah,” Izara mencebik. Naufal hanya tersenyum. Dia masih lagi kekok dalam keluarga Izara sebenarnya.

“ Iyalah…”

“ Eh, dah mengalah? Bagus Naufal trained wife dia ni,” Airisy tergelak kecil.

“ Susah jugaklah, abang Adam. Degil,” Izara menampar paha suaminya.

“ Baru tahu ke? Hah, sebelum terlupa. Abang dengan kak Risy nak balik kampung kak Risy hujung minggu ni. So, kalau boleh Zara dengan Naufal bermalam kat sini eh. Tolong walid and ummi. Kak Ana pun balik hujung minggu. Walid ada cakap nak buat jamuan sikit,” Adam memandang adik dan adik iparnya silih berganti.

“ Hmmm, boleh bang?”

“ Boleh. Rasanya abang free…”

“ Thanks,” ucap Adam sambil tersenyum. Airisy menghulurkan mug berisi air horlick kepada Adam.

“ Seronoklah abang…dah ada kampung balik dah. Mesti best kan?”

“ Of course…”

“ Atuk and nenek kak Risy yang ajak balik kampung. Nak buat kenduri doa selamat untuk cicit baru dia orang,” ujar Airisy.

“ Wah, bestnya. Kak Risy selalu ke balik kampung?”

“ Ada masa, baliklah…”

“ Whoa, bukan awak memang banyak masa ke sayang? Memlah katakan,” Airisy mengerling suaminya.

“ Hello, memanglah Risy mem. Tapi, mem pun kena melawat kawasan jugak okay. Kejap tolong papa…kejap abang Haris, kak Azie, mama lagi. And, yang paling terbaru daddy punya…business. Setakat…tengok-tengok ajelah. Memkan,” Mereka ketawa serentak. Lucu dengan nada Airisy.

“ Iya…iya. You’re the best mem,” Adam menjatuhkan kepalanya di bahu isterinya. Izara dan Naufal saling berpandangan sambil buat muka.


5 comments:

  1. Sume ada brpa bab?? Cepat sambung lg ye... bestttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Qairunniesa... :)
      CIA pun taktau ada berapa bab ..hehehe... dah siap tulis, post ja..
      Insya Allah, nanti sambung lagi... :D

      Delete
  2. Replies
    1. tq dik sudi baca...
      sory sangat2 sebab tak sempat lagi nak post entry..
      sibuk sangat... Insya Allah nanti ada.. :)

      Delete