Friday 3 January 2014

Cerpen : Cinta Cameron 2

Arisa melabuhkan punggung di sofa lobi. Dia hanya bergaya santai. Dress abstrak paras peha bercardigan dan seluar jeans biru tua. Dia turut mengenakan Pashmina hitam. Cermin mata di batang hidungnya dibetulkan. Terpaksa pakai kerana dia ada masalah silau pada waktu malam.

Sorry. Lama tunggu?”

“ Baru aje turun,” Arisa tergamam melihat gaya santai Hadif. Hanya T-shirt round neck hitam dan shorts. Tersangkut beg sandang yang disilang di bahu Hadif.



“ Jomlah,” Arisa mengangguk.

Mereka beriringan keluar dari hotel. Mereka hanya berjalan kaki saja menuju ke pasar malam Brinchang. Hadif yang beria-ria mengajak Arisa tadi. Arisa pula hanya bersetuju kerana dia juga ingin ke tempat yang sama malam itu.

“ Awak asal mana?”

“ Ipoh. Awak?” Bosan sungguh topik perbualan budak berdua ni.

“ Dekatlah. Saya dari KL…”

Alone?”

“ Dah biasa jugak ke tanya soalan ni?”

“ Hah? Oh, iyalah kot…”

Of coure I’m alone. Kalau tak, tak adalah saya ajak awak,” Arisa tersenyum. Manalah tahu dah ada isteri ke apa ke. Tengok dari gaya Hadif, lelaki itu macam dah masuk usia patut kahwin. Lebih kurang dua puluh lima ke atas.

“ Manalah saya tahu kan. I don’t know you either. Entah-entah sengaja tinggal wife kat hotel macam dalam drama Vanilla Coklat tu ke,” kata Arisa tanpa memandang Hadif di sebelah kanannya.

“ Melalut apa awak ni. Kalau ada isteri, lebih baik keluar dengan isteri aje. Nak keluar dengan awak buat apa,” Hadif mengerling Arisa yang hanya separas bahunya itu.

Just guessing…”

Hadif memegang lengan Arisa ketika mereka hendak melintas ke seberang jalan. Ramai juga pengunjung di pasar malam Brinchang. Mungkin sebab cuti sekolah dan nak masuk tahun baru kot.

Arisa memandang lengan yang masih dipegang Hadif. Tak nak lepas ke mamat ni? Dah sampai dah pun, omel Arisa.

“ Awak…”

“ Kenapa?” tanya Hadif tanpa menyedari dia masih memegang lengan Arisa. Jangan cakap dah biasa lagi sudahlah. Haru jadinya.

Your hand. Tak nak lepas ke?”

“ Oh, sorry. Tak sedar dah sampai,” Hadif melepaskan tangannya dari lengan gadis itu. Macam manalah dia boleh leka. Bukan dia tak tahu, Arisa tidak suka lelaki bukan muhrim menyentuhnya. Tapi, nasib baik berlapik dengan lengan cardigan Arisa.

Arisa hanya tergeleng.

“ Awak nak beli apa?”

“ Entah. Ada yang tertarik, belilah. Awak?”

“ Emmm, saya nak beli rose, buah strawberry kering dan jagung bakar,” Terangkat kening Hadif. Siap ada list lagi.

“ Memang awak dah list benda yang nak dibeli ke? Skema jugak awak ni ya…”

Mereka kini sedang melalui deretan gerai-gerai yang dibuka sepanjang jalan besar.

“ Bukan skema. Tapi, memang saya teringin semua tu. Lagipun, bukan selalu dapat datang sini,” balas Arisa sambil bola matanya digerakkan ke deretan gerai-gerai.

Laju kaki Arisa melangkah ke gerai yang menjual pelbagai jenis ros. Hadif hanya mengikut.

“ Ya, dik. Pilih yang mana suka. Harga boleh runding,” pemilik gerai mula mempromosikan gerai rosnya.

“ Semua ni bunga segar ke, kak?”

“ Ya, fresh dari ladang. Boleh tahan sampai tiga ke empat hari juga,” Arisa mengangguk.

“ Yang biru and peach tu cantik,” Eh, encik smile pun minat bunga juga ke?

“ Biru? Ha’ah. Wangi. Peach pun cantik jugak. Tapi, pink ni lagi menariklah,” Arisa membelek balutan ros di hadapannya.

“ Kebanyakan customer yang datang sini suka pilih red rose. Sesuai untuk pasangan yang sedang berhoneymoon. Macam awak berdua,” Arisa dan Hadif terbatuk kecil.

“ Iya ke? Rose lain tak sesuai ke?” Hadif cuba berlagak biasa. Arisa pula leka mencium haruman rose. Wanginya. Macam nak beli semua saja.

Pemilik kedai tersenyum. Macam comel saja pasangan di hadapannya kini.

“ Mana-mana rose pun sesuai. Ros merah kan tanda cinta. Itu sebab mereka pilih ros merah,” terang pemilik kedai wanita itu.

“ Oh, gitu. Awak ambil ajelah semua jenis rose tu, Arisa. Setiap warna, sekuntum,” Arisa yang sedang mencangkung, melangut.

Good idea. Kak, saya nak sekuntum setiap warna,” Betul ke dia sebut? Lantaklah. Janji kakak kedai tu faham.

“ Kejap ya, dik,” Pemilik kedai pantas membalut bunga yang diinginkan pelanggannya. Semua sekali ada lapan kuntum yang mewakili setiap warna rose yang ada.

Arisa berdiri. Bibirnya tersenyum ceria. Bolehlah tidur dengan taburan bunga rose malam ni. Ah, seronoknya. Itulah tujuannya membeli bunga rose.

“ Terima kasih, dik. Jual,” Arisa menyambut jambangan bunga ros dan menyua bayaran bunga ros kepada pemilik kedai.

“ Meleret aje senyum awak tu. Hati-hati. Takut orang kata awak gila pulak,” Terus mati senyuman Arisa. Tapi, kemudian dia melirik kembali senyumannya.

“ Biarlah. Saya happy apa. Ini namanya senaman muka,” balas Arisa. Hadif tergelak kecil. Ada sahaja jawapan yang diberikan.

Selepas itu, Arisa pula membantu Hadif memilih cenderamata untuk ahli keluarganya seperti pakaian, bantal hiasan dan Hadif turut membeli cenderemata untuk Arisa. Walaupun gadis itu menolak, dia tetap membeli sehelai t-shirt sebagai kenangan.

Thanks,” Hadif hanya tersenyum.

Kini, giliran Arisa pula membeli barangannya. Beberapa kotak strawberry kering dan juga jagung bakar dibelinya. Setelah pasti tiada lagi barang yang ingin dibeli di situ, mereka bergerak kembali ke hotel. Semakin lama, semakin sejuk cuaca di Brinchang.

“ Terima kasih sebab sudi teman saya. Tak adalah bosan sangat jalan seorang,” ucap Arisa ikhlas.

“ Sama-sama. Terima kasih jugak kat awak. Esok awak nak pergi mana aje?” Arisa mengangkat keningnya. Dia sendiri tidak tahu ingin ke mana. Malam nanti barulah dia nak plan. Tapi, dikepalanya sudah terbayang satu tempat.

“ Tak tahu lagi. Kenapa?”

“ Taklah. Kalau nak pergi tempat yang sama, bolehlah pergi sekali,” Arisa terangguk faham.

“ Macam ni. Saya kira satu, dua, tiga…kalau sama kita pergi sekali. Okay?” Hadif mengangguk laju. “ Satu…dua…tiga…”

“ Ee Feng Ghu Bee Farm!” Acece, macam berjodoh pula dua orang hotelmates ini.

Mereka sama-sama ketawa. Tak sangka sama pula.

“ Pergi sekalilah. Macam biasa. Jumpa kat lobi,” kata Hadif. Dia memang berharap dapat melancong bersama Arisa lagi. Selesa pula berkawan dengan gadis itu. Arisa mengangguk setuju.

*****

Seperti yang dijanjikan, mereka bergerak sekali ke Ee Feng Ghu Bee Farm yang terletak berhampiran Kea Farm. Bukan main gembira lagi Arisa. Di Bee Farm itu terdapat shopping gallery, market yang menjual sayuran, muzium mini dan juga cafeteria. Semuanya terletak di dalam satu bangunan.

Mereka perlu menuruni anak tangga untuk ke ladang lebah. Sebelum sampai ke ladang lebah, mereka melalui mini gallery yang mempunyai peralatan untuk menjaga lebah. Berjalan ke depan lagi, zon market sayuran pula. Dan, selepas itu barulah sampai ke ladang lebah.

“ Wah, cantiknya!” Hadif tersenyum melihat keterujaan Arisa. Mungkin ini sifat semula jadi seorang gadis kot. Pantang nampak benda cantik.

“ Cantik…cantik jugak, jangan sampai jatuh pula nanti. Saya tak nak tolong,” Arisa mencebik.

“ Tak ingin pun. Awak tolong ambil gambar saya bee yang giant tu,” Arisa menunjukkan jari telunjuknya di statue queen bee yang berwarna warni itu. Hadif menyambut kamera Nikon yang dihulur Arisa.

Saat tangannya ingin mengetip kamera, matanya terpaku. Jantungnya berdegup laju. Namun, cepat-cepat menyembunyikannya. Arisa sudah bersedia dengan aksinya.

Setelah habis ditawaf Ee Feng Ghu Bee Farm, Arisa mengajak Hadif ke Rose Center pula. Teringin juga ingin melihat penanaman ros seperti yang dilihat di dalam drama. Nasib baiklah Hadif tak kisah untuk mengikut gadis itu. Boleh juga mengisi masa terluangnya. Dia sendiri tidak tahu ingin ke mana.

Hadif ke Cameron Highlands hanya untuk menghilangkan tekanannya. Pada asalnya dia cuma merancang untuk stay di hotel sahaja. Entah bagaimana, dia tertarik untuk menghabiskan masa bersama Arisa. Gadis yang baru dikenalinya itu.

“ Arisa, awak suka rose?”

Arisa menoleh ke belakang. Langkahnya terhenti.

“ Cuba tengok rose di keliling awak, apa yang awak rasa?” Hadif meliarkan pandangan ke seluruh tanaman pelbagai jenis warna dan ros.

“ Tenang. Feel nature, pure and that fragrance of roses just sooo nice,” Arisa tersenyum.

“ Kelakarlah awak ni. Nampak sangat awak stress. Orang yang stress aje rasa macam tu,” Hadif mengangkat keningnya.

Then, what do you feel?”

Those roses look innocent. Saya selalu impikan rumah saya dikelilingi bunga ros. Kalau boleh, setiap kali saya bangun pagi… saya akan hidu wangian rose,” Besarnya impian Arisa. Memang bunga ros boleh ditanam di kawasan tidak sejuk. Tetapi, haruman yang dihasilkan jika berada di tempat dingin… sangat tenang.

“ Tinggi melangit impian awak tu, Arisa. Kahwin aje dengan owner taman rose ni. Kan senang,” Hadif bergerak ke depan. Meninggalkan Arisa yang sedang mencebik.

“ Boleh jugak. Tapi tak naklah. Awak, jom ambil gambar dekat landskap cosy tu,” Arisa pantas mengejar Hadif yang sudah ke depan.

“ Awak ajelah yang ambil gambar. Saya tak nak,” balas Hadif.

“ Alah, sekali aje. Saya suruh adik tu tangkap gambar kita eh,” Belum sempat Hadif menghalang, Arisa sudah meminta tolong adik yang sedang berdiri di tepi landskap cosy itu.

“ Awak, sinilah,” gamit Arisa gembira. Hadif melangkah malas menghampiri Arisa.

“ Okey, satu… dua… tiga… cheese!” Clik!

“ Terima kasih, dik,” ucap Arisa sambil mengambil kembali kameranya. Adik itu hanya tersenyum.

Arisa mengekori Hadif yang sedang mengikut foothpath yang terhala ke arah bukit yang boleh nampak sekitar Kea Farm dari sudut Rose Center pula. Semalam, mereka menikmati pemandangan atas, Kea Farm dari Blueberry Earthhouse.

Hadif memejamkan matanya sambil menikmati angin yang menampar wajahnya lembut. Tanpa dia sedari, Arisa sedang snap beberapa gambarnya yang sedang beraksi begitu. Senyuman terlakar di bibir gadis itu. Dia turut menghayati angin yang menyapa wajahnya itu. Tapi tidaklah sampai memejamkan mata seperti Hadif.

*****

“ Awak tak lapar ke?”

“ Saya kenyang tengok semua ni,” Arisa menghulurkan jari telunjuknya melintang. Arisa terloncat sedikit kerana ada rama-rama yang hinggap di jarinya. Rama-rama yang berwarna warni itu menarik perhatian Arisa.

Hadif yang sedang memegang Iphone terus mengambil gambar Arisa yang ralit bermain dengan rama-rama di tangannya.

“ Nampaknya dia suka dengan cik,” tegur seorang lelaki. Dari pakaiannya, mungkin dia merupakan pekerja di Butterfly Garden.

“ Iya ke? Rama-rama ni comel sangat,” Pekerja lelaki itu tersenyum. Selalu juga dia berjumpa dengan gadis yang menyukai rama-rama yang berwarna warni.

“ Saya pun ada yang minatlah,” kata Hadif. Arisa menoleh ke kirinya. White butterfly sedang elok hinggap di bahu kiri Hadif.

“ Apa kata awak berdua namakan rama-rama yang hinggap tu. Selalunya pengunjung yang datang akan namakan rama-rama yang berminat dengan mereka,” Hadif dan Arisa berpandangan sebentar.

“ Saya punya colourful butterfly ni, Mr Smile,” Bersempena dengan nama samaran Hadif yang diberinya.

“ Dan white butterfly saya, Miss Nikon,” Sebab Arisa suka memotretkan dirinya di kamera Nikon miliknya.

Namun, keduanya langsung tidak tahu akan gelaran itu adalah untuk diri masing-masing.

“ Encik, boleh tak tolong ambil gambar kami?”


Memang kenalah gelaran miss Nikon pada Arisa. Sesuai sangat! 

bersambung...

No comments:

Post a Comment