Friday 3 January 2014

Cerpen : Cinta Cameron 1

Assalamualaikum....and hye...
Selamat Tahun Baru...
Cerpen bersiri pertama untuk tahun 2014...YEAY!
SELAMAT MEMBACA!
Cinta Cameron... full of suspens... ---> tak adalah suspens sangat pun...



Nama di beri Nur Arisa Aidina. Hanya seorang gadis biasa dan berasal dari keluarga yang sederhana sahaja. Nak kata dia cantik…tidaklah secantik Izara Aisyah. Cuma, wajahnya manis dipandang. Memiliki tubuh yang sederhana tinggi. Tidaklah terlalu gemuk. Sedang-sedang sahaja. Tapi ahli keluarga sering memanggilnya gelaran yang berkaitan dengan ‘gemuk’. Huh! Tapi, kini sejak habis diploma… dia trained terus diri dia untuk kurus. Dan, akhirnya baju saiz S sudah muat ditubuh.

Di universiti dulu, siapa saja yang nak pandang dia? Cuma pandang sebelah mata tu bolehlah. Kadang-kadang Arisa terfikir, wujudkah lelaki yang berminat akannya? Huh! Jauh kau berangan Arisa. Usia baru mencecah dua puluh satu tahun… dah berangan nak kahwin. Itulah jadinya kalau banyak sangat baca novel. Sampaikan malam nak peperiksaan akhir pun masih baca novel.

“ Arisa!” Kaki yang tadinya digoyangkan terhenti dan novel yang dipegang diletakkan ke tepi. Mata Arisa kini terpaku di pintu bilik yang tertutup.

Yes, mum…”

“ Bahasa apa hang pakai ni, Arisa oi. Mai turun tolong mak sat,” Arisa mengeluh. Mukanya dibenam ke bantal. Dengan malasnya dia keluar dari bilik.

“ Tolong apanya, mak?”

“ Ni hah. Tolong mak kukuq nyok sat. Sat lagi nak buat gulai ayam kat abah hang. Abah balik makan tengah hari,” laung Puan Zaharah dari dapur.

“ Holah…”

Arisa membuka pintu bilik malas. Dia melangkah ke dapur. Dipandang Puan Zaharah dengan hujung mata. Pengukuq kelapa dia keluarkan dari kabinet bawah dapur. Kelapa yang telah siap dibelah dia capai.

“ Bila nak pi Cameron Highlands?”

“ Lusa, mak. Kenapa?” Arisa duduk bersimpuh di atas pengukuq kelapa. Terus dikukur kelapa itu. Sudah biasalah katakan.

“ Sajalah tanya. Betoi ka boleh pi sorang-sorang ni?” tanya Puan Zaharah. Dia sebenarnya tidak percaya anak bongsunya mampu melancong seorang diri.

“ Ish, mak ni. Arisa okey ajelah. Awat? Mak tak percaya kat cheq ka?” Walaupun Puan Zaharah berbicara menggunakan bahasa ibundanya, loghat utara, namun Arisa masih kaku dalam loghat itu kerana sudah biasa dengan percakapan loghat orang Ipoh. Ikut Encik Zakari yang memang asal dari Ipoh. Tambahan pula, mereka memang menetap di bandar Ipoh.

“ Mak bukan tak percaya tapi kurang percaya. Anak mak sorang ni bukan boleh. Sat lagi dok buat sendu tengah-tengah Cameron Higlands tu sapa nak jawab,” Arisa tersengih.

“ Mak oi, Arisa okeylah. Dah biasa travel sorang-sorang kan. Lagipun, Arisa pergi lima hari aje,” Puan Zaharah mengerling anak perempuan bongsu dia. Ada saja alasan budak tu. Kalau A, maknanya jawapannya tetap akan A.

“ Yalah, mak percaya. Tapi, jangan dok buat lupa tak mau balik pulak. Haru biru mak dengan abah nanti,” kata Puan Zaharah sambil mengangkat ikan goreng dari kuali.

“ Insya Allah. Boleh survey tempat honeymoon sekali, mak,” Terjengil mata Puan Zaharah. Arisa menyembunyikan senyumannya.

“ Amboi, galaknya hang. Umuq baru setahun jagung, nak menikah dah. Sabaqlah sat,” Kan dah terkena.

“ Aloh, mak ni. Kawan-kawan Arisa ramai yang dah kahwin. Arisa pun teringin jugak, mak,” Hah, sudah! Haru sungguh budak Arisa ni.

“ Tak apalah. Abah balik sat lagi, mak habaq kat abah hang,” Puan Zaharah cuba mengugut Arisa.

Arisa bangkit dan meletakkan kembali pengukuq kelapa di tempatnya. Bekas kelapa yang sudah siap dikukur pula diletaknya di atas pagha(kaunter) jubin.

“ Arisa melawak ja, mak oi. Tak maulah kahwin awal-awal. Orang nak sambung belajaq dulu, lepas tu kerja,” Puan Zaharah menghampiri Arisa. Dipeluknya bahu Arisa.

That is my daughter,” Arisa membulatkan matanya. Ini mesti gheja abah dialah ni mengajar mak bahasa oghang putih. Tapi, inilah ibu kebanggaannya. Tempat dia mengadu masalah dan juga berkongsi cerita.

*****

Arisa menyedut udara segar tanah tinggi, Cameron Highlands. Dia melangut memandang bangunan di hadapannya kini, Hotel Rainbow. Dengan duit hasil dari kerja sambilan dan sedikit duit belanja daripada Encik Zakari, dia memang mampu menginap di hotel. Lagipun, Hotel Rainbow menawarkan harga berpatutan.

Tanpa berlengah, dia terus ke kaunter di lobi untuk check in. Beg sandangnya di letakkan di kaunter. Kemudiannya, kertas pendaftaran hotel yang dicetak dikeluarkan dari beg itu. Dia lebih suka booking bilik hotel untuk dia menginap dahulu sebelum travel.

Hye, I’m Arisa. Saya dah booking bilik di hotel ni,” Kertas dipegang Arisa bertukar tangan. Receptionist lelaki di kaunter tersenyum pada Arisa. Dia menekan sesuatu pada keyboard computer.

“ Terima kasih, Cik Arisa kerana telah memilih hotel kami. Bilik cik sudah disediakan. Ini kad dan juga pamphlet tawaran istimewa dari Hotel Rainbow sempena menyambut tahun baru,” Arisa terangguk-angguk.

“ Sama-sama…”

Arisa kembali menggalas beg sandangnya yang dibawanya. Sambil membelek Samsung Galaxy Note 2, dia melangkah ke lif untuk naik ke biliknya di tingkat tiga. Entah macam mana, dia terlanggar pengunjung yang sedang menuju ke reception desk.

Auchhh!”

Sorry, my mistake,” Arisa yang berasa dia bersalah, laju memohon maaf. Dia menunduk sedikit.

It’s okay. Lain kali berjalan tengok depan ye,” tegur lelaki yang dilanggar Arisa sopan.
Arisa yang menunduk, hanya tersengih. Tahu, itu salahnya.
Sorry again,” kata Arisa dan terus berlalu ke pintu lif yang sudah terbuka.
Hanya Arisa yang menaiki lif. Dipukul kepalanya perlahan.
“ Lain kali jalan tengok depan ye, Arisa. Nasib baik terlepas tadi,” Arisa memarahi dirinya sendiri.
*****
Arisa memasuki bilik penginapannya. Kakinya laju menanggalkan sneakers dan terus menghala ke katil.

“ Arghh, penatnya,” Arisa berbaring sambil mendepangkan tangan. Terasa lega kerana dapat merehatkan badan buat seketika.

G-shock ungu di tangan kiri dipandang. 1.30 tengah hari! Patutlah perut dia lapar. Dah tengah hari rupanya. Sebelum keluar, Arisa menunaikan solat Zohor dan dijamak dan diqasarkan sekali dengan solat Asar. Tak adalah kelam kabut dia terkejar ke sana sini nanti. Tambahan pula, dari Ipoh ke Cameron Highlands melebihi 81 kilometer jaraknya.

*****

Camera Nikon tersangkut kemas di tengkuk Arisa. Sempat dia singgah di kedai yang menyediakan tour pamphlet di sekitar Brinchang. Sekarang ini, Time Tunnel menjadi arah tujuannya. Dengan senyuman di bibir, dia melangkah yakin menuju ke arah teksi yang sudah menunggu. Dari bandar Brinchang ke Time Tunnel hanya 2 kilometer sahaja. Saja gedik nak ambil teksi.

Sebelum masuk ke tempat yang terkumpul memori lama itu, dia perlu membayar ticket dahulu.

Good evening, miss. Have a nice trip,” ucap seorang perempuan di entrance Time Tunnel.

Arisa melangkah masuk dengan hati yang teruja. Kini, dia sudah berada di area zaman dulu-dulu. Segala historical dan cultural heritage terlayang di mata Arisa.  Semua barang-barang sejarah di situ adalah private collection milik seorang tempatan Cameron itu sendiri.

Dia kemudiannya melalui passageway, tergamam Arisa di situ. Dirinya bagai hidup di zaman beberapa tahun selepas kemerdekaan dan juga colonial era. Salon rambut tradisional, Chinese coffee shop atau dipanggil kopitiam dan juga classic pubhouse kini di hadapan matanya.

Pernah dulu dia bertanya kepada abahnya.

‘Abah, macam mana orang zaman abah hidup di Malaysia ni? Best macam sekarang tak?’

‘Arisa teringinlah nak tengok kopitiam yang selalu atuk cakap tu. Macam ada aura unik.’

Langkahnya terhenti di satu sudut Time Tunnel, Peranakan dressing room. Di situ juga terdapat perabot antik. Bibirnya mengukir senyuman tanpa sedar. Alangkah bagus jika dia memiliki hasil sejarah lama ini. Tadi, dia terpikat dengan kereta vintage yang diguna waktu colonial era. Sekarang, perabot antik ini pula.

Setelah puas berada di Time Tunnel, Arisa membuat keputusan untuk terus ke Blueberry Earthhouse yang masih dalam kawasan Brinchang. Dia pernah membuat research tentang tempat itu.

Blueberry Earthhouse terkenal dengan mud house, café yang menyediakan Penang Peranakan cuisine dan pastries.  Tak sabar pula, Arisa ingin ke sana.

*****

Kerusi ditarik dan Arisa melabuhkan punggung di situ. Keadaan café yang lengang membuatkan dia tenang. Tidaklah dia kalut untuk mencari tempat duduk. Sempat dia membeli buah strawberry yang fresh. Boleh juga dinikmati sambil menghayati pemandangan Kea Farm dari atas melalui café di Blueberry Earthhouse.

Hye, miss,” sapa satu suara garau. Arisa mendongak. Siapa pula ni?

“ Err…yes?”

Can I have a sit here? All the places was full. If you don’t mind, can I sit here with you?” Arisa melihat meja lain yang berdekatan dengan mejanya. Penuh! Kusyuk sangat dia snap gambar sampai tidak sedar.

Sure. Have a sit, sir,” jemput Arisa.

Lelaki itu duduk di kerusi berhadapan dengan Arisa. Senyuman langsung tidak lekang dari bibir jejaka itu. Arisa pula yang terasa janggal.

Thank you. I’m Hadif,” Lelaki yang bernama Hadif itu menghulurkan tangan kanan. Mungkin ingin bersalam.

Namun, Arisa hanya tersenyum. Mana boleh salamlah, encik smile. Bukan muhrim, desis Arisa. Hadif menarik kembali tangannya. Malu juga dia. Tapi, dia buat cool saja.

Sorry. I’m used with it,” Gitu aje?

It’s okay, sir. Dah biasa. I’m Arisa,” Hadif tergelak kecil. Jantung Arisa berdegup kencang tatkala melihat Hadif ketawa kecil. Ah, handsome pula mamat ni.

Are you alone in Cameron?” Hadif bertanya. Cuma ingin mengelakkan perasaan janggal sahaja.

“ Yupp. Awak pun?”

Hadif sekadar mengangguk. Mereka terdiam kerana tiada idea untuk berborak lebih. Sungguh Arisa terasa kekok. Jika dia sendiri, tidak mengapa.

“ Arisa?” Siapa pulak dah kali ni? Lambat-lambat Arisa mengangkat muka.

“ Ceh, kau…” Ingatkan siapa. Rupanya si Afrina, kawan kolej dia dulu.

“ Hoi, biadap sungguh. Buat apa kat sini? Diam-diam ubi berisi eh,” Afrina mengerling jejaka yang sedang kusyuk mengetip dslrnya itu.

“ Tak adanya ubi berisi. Aku datang sini tak bawa isi. Kau tu yang buat apa kat sini? Honeymoon eh,” teka Arisa. Afrina tersenyum nakal.

Second honeymoon loh. Laki aku kat sana, tengah order makanan. Disebabkan mata aku yang power ni ternampak kau kat sini, aku tegurlah,” jelas Afrina.

“ Oh, gitu. Untunglah orang dah kahwin kan,” Afrina tersengih. Malu kita tau.

“ Memang untung pun. Best tau kahwin muda-muda ni,” Arisa mencebik. Apa yang best pun dia tak tahu. Hanya orang yang alaminya saja yang tahu. Macam si Afrina nilah.

No life. Tu, husband kau dah panggil. Tak  boleh berenggang sikit,” Dijelingnya suami Afrina yang pernah menjadi rakan sekelasnya dulu.

Afrina menampar lembut bahu Arisa.

“ Dahlah, malas aku layan kau. Baik layan laki aku lagi bagus,” Arisa buat muka. Macamlah dia kisah kalau Afrina tak layan dia.

Arisa menghantar pemergian kawannya dengan ekor mata. Seronok ke kahwin awal? Hmmm… Nak tahu kena cubalah, Cik Nur Arisa oi.

Isn’t sweet to get married early?”

Arisa kembali memandang jejaka yang semeja dengannya itu. Dia sendiri terkelu dengan soalan dari Hadif. Ingatkan lelaki itu tak dengar perbualan mereka. Rupanya, dia pasang juga telinganya.

Sweet? Don’t know. Saya manalah pernah kahwin awal. Tapi, kalau ikut kawan-kawan yang dah kahwin… macam happy aje life dia orang,” balas Arisa.

Happy if you deadly love your partner. If not? Just get ready to lose and be a loser,” Wah, mendalam sungguh kata-kata Hadif itu.

You get the point. But, there is still have marriage couple who are not love each other and have happy ending. Awak macam dah ada experience aje.”

Ehem, kinda weird about some situation in our life. Sometimes, that might be happen. But, sometimes it just like a wind that just go through without nothing. Zero feeling, zero loving and then divorce,” Terjatuh rahang Arisa. Mak ai, bukan main emosional lagi mamat ni. Ada heart feeling ke? Bisik hati Arisa. Sebenarnya, Arisa sendiri tak faham apa yang Hadif cuba sampaikan.

Hadif membuang pandang ke luar restoran.

It’s really hard to get what we want. So, berserah ajelah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. And, happy to chew the fat with you, Mr Hadif. Saya minta diri dulu,” Arisa mula mengemas barang-barangnya.

“ Cik Arisa, apa kata saya tumpangkan awak?” Arisa tersenyum nipis.

“ Ingatkan mat saleh mana tadi. Pandai juga awak bercakap Melayu ye, Mr Hadif,” perli Arisa selamba. Hadif mengukir senyuman nipis.

“ Dah biasa,” Terletus ketawa Arisa. Namun, masih sopan. “ Macam mana? Lagipun, kita satu hotel kan? Atau awak ada tempat lain nak pergi…”

“ Balik hotellah. Hari dah senja. Kejap lagi dah nak masuk waktu Maghrib. And, how do you know that we stayed in the same hotel?”

So, you don’t remember me? That guy you just bumped to. Lobby Hotel Rainbow?”


So, you’re that guy. Jalan tengok depan ye?” Hadif ketawa. “ I really really do… jalan tengok depan,” Arisa turut ketawa. Tak sangka pula Hadif yang dilanggarnya tadi.

bersambung....

p/s : Maaf jika ada kelemahan atau silap kat mana2... ada buat researh sikit...CIA pun tahu sikit ja pasal Cameron Highlands ni...:)

No comments:

Post a Comment