Friday 24 January 2014

Novel; SP! : Aku Blogger, Dia Reader! 1


Assalamualaikum, Nur Adya sini. Whaa, semangat ni nak cerita kisah hidup Nur Adya Marzuki. Tapi, bukanlah seluruh kisah hidup aku... dari kecil sampai ke besar. NO! Cuma, cerita sensasi selepas berkahwin saja. Erk! Adya pun nak kongsi kisah kahwin dia juga. Ingat kau orang saja yang boleh kongsi kebahagian kau orang. Nur Adya pun boleh!

Apalah yang aku nak kongsi tu erk? Aku pun tak pasti sebenarnya. Tapi, aku NAK juga kau orang tahu pasal kisah aku. Bahagia ke aku dengan encik suami? Seronok ke hidup berumah tangga ni? Macam mana aku bahagikan antara dunia blogger aku dengan tanggungjawab aku. Haaa, ini yang cheq nak bagitau.



Mencabar juga sebenarnya, terpaksa pisahkan dunia blogger kesayangan dengan encik suami kesayangan. Tapi, Alhamdulillah. Aku masih boleh adil terhadap keduanya. Bersyukur sangat sebab aku dapat hubby yang sangat-sangat memahami. Kadang-kadang, dia yang sibuk tanya; How was your blog? Can’t wait to read it. Dang!



Inilah encik suami yang suka sangat menyibuk kat blog aku. Ada saja yang dia nak comment. Sampaikan lenguh tangan cik isteri ni nak reply. Readers lain tak ada pun macam dia. Ehek! Sengaja nak bikin panaslah tu. Tak pun, saja nak publisiti lebih. Masa aku berblogging kan, aku kurang layan dia. Itulah sebabnya dia nak layan dia kat blog aku tu. Sweet tak mr hubby aku. Saja nak perasan kejap.

First of all, aku nak kongsi macam mana aku kenal dengan encik suami! Hehe… Nampak tak keterujaan aku ni. Kisah kami simple saja. Tak ada penambah rasa kot. Rasanyalah. Sebabnya, encik suami ni jenis yang straight to the point. Dia suka, terus cakap. Sampaikan aku tercengang. Malu kot. Bukannya aku kenal dia sangat sebelum-sebelum ni.

Perkenalan Adya dan Encik Suami…



Aku kenal dengan encik suami melalui photography. We both love camera, a lot. Satu hari yang manis, aku punya Nikon buat hal. Macam nak hempuk saja baby aku ni. Kenapalah mesti buat hal time ni? Aku nak shoot bestfriend aku kahwin okey. Belek punya belek, datang seorang mamat ni.

“ Apa guna pakai camera mahal, tapi tak reti dia punya function,” Erk? Dia cakap dengan aku ke? Punyalah geram dekat baby Nikon, aku langsung tak panggung kepala. Lantaklah siapa pun yang nak tegur.

Hello, miss. I’m speak to you,” Aduh, mamat ni. Bikin gua berbahang pulak.

Ehem, for your information, encik penyibuk… I don’t want any comment from you. Nak tolong, buatlah cara nak tolong,” Kan, dah terkeluar ayat sentap aku. Mata aku masih pada baby Nikon. Dalam kepala, penuh dengan sumpah seranah bagai. Hergh!

Let me help you,” Si dia tarik kerusi sebelah. Dia duduk slumber saja kat situ. Lagi slumber, dia tarik baby Nikon dari tangan aku. Whaaa, first time baby Nikon aku tu dipegang orang lain. Dan, orang itu lelaki!

Entah macam mana, aku terpandang tangan dia yang sibuk dok belek baby Nikon. Zapp! Cantiknya tangan dia. Chop! Tapi, serius aku suka. Even, pada orang lain mungkin biasa saja kot. He make me in love… with his finger. Macam jari orang sasa. Punyalah poyo, aku sanggup tak nak angkat kepala tengok orangnya pula. Malu naaa. Dahlah, aku berkasar dengan dia tadi. Alihnya, dia nak tolong aku betulkan baby Nikon.


What’s the problem?”

Just a simple problem. Kalut jugak awak ni. Nah, your camera. No need to say thank you,” Aku ambil baby Nikon yang si dia hulur. Masa tulah, mata aku terpaku.

Mak ai, abang berkaca mata.  Cutenya! Eh tak, handsomenya! Mana satu ni? Keduanya sekali. Tapi, muka dia macam anak Cina. Is he… Chinese? Tak kot. Dia punya bahasa Melayu, okey saja. Tak ada slang Cina pun. Nak tanya nama dia tak? No, Adya. Tunggu dia yang mula dulu. Kononnya. Buatnya dia buat tak tahu saja. Please, dear… talking to me.


Thank you…”

I just said it, no thank you. But, belanja minum… saya terima,” Aku dah buat muka. Asal nak balas budi saja, belanja minum… makan. Tak ada benda lain ke. Tak boleh ke dia minum sendiri saja.

“ Tapi, saya tak suka belanja orang. Yes, I am,” Yang aku dok belanja mama papa tu apa? Abang Is dengan Dik Ya? Saja nak test si dia bercermin mata.

“ Okey, thenwhat about I yang belanja you?” Terangkat kening aku. Dah kenapa dengan mamat ni? Nak tackle aku ke? Ceh, perasan juga aku ni pun. Tapi, kalau betul… apa salahnya. Eheh.

“ Awak nak belanja saya? Seriously? Saya punya taste… tinggi tau. Tak mainlah dekat kedai mamak ke restoran biasa,” Sekadar nak menguji saja.

“ Tak kisah. You just choose any hotel in KL. I’ll make reservation,” Mak ai, kaya ke mamat ni?

“ Awak jangan main-main. Habis duit awak nanti, jangan salahkan saya pulak,” Dia senyum.

It’s okay. Memang saya kerja sebab nak belanja awak pun,” kata si dia selamba. Dia ni mengundang betul. Sudahlah, dia punya gaya… ala-ala cool gitu. Experession muka dia, tenang gilos. Asyik senyum saja. Macam nak jual ‘minyak’ pun ada.

Just kidding. Belanja saya kat sini sudahlah. Free lagi, hah. Tak payah susahkan awak nak kerja kuat,” Aku pun bolehlah, pulang paku buah keras. Maaflah kalau verb aku salah.

“ Ini bukan belanja. Tapi, makan free,” Dia gelak. Okey, sangat cute di situ. Hampir saja aku melting. Tapi, kenalah cover. Tak pasal saja kena bahan nanti.

“ Sungguh sopan, awak reject saya,” Aku terpempan. Apa maksud dia?

“ Woi, Ryll. Kau buat apa kat sini?” Tak sempat aku nak bersoal, ada boy tegur dia pula.

“ Aku tolong cik ni baiki camera dia,” jawab si dia jujur. Memang betul pun kan.

“ Owh, dah alang-alang ni. Aku sure korang belum kenal lagi kan? Tahu sangat dengan perangai korang ni,” Ceh, aku cepuk juga si sengal Jidy ni. Ya, aku kenal sangat dengan boy yang tegur si dia tadi. Jidy atau Jihad Rosdi. Teman sekapal aku, photographer sambilan.

“ Kau kenal ke dengan…” Aku cuma tunjuk saja mamat kat sebelah aku ni. Jidy angguk.

“ Yupp. Ryll, aku kenalkan rakan kongsi studio aku… Adya. Kau panggil dia, Ad aje. Ad, ni sepupu aku… Kheryll. Ikut suka kaulah nak panggil apa,” Oh, Kheryll namanya. Pada mulanya aku ingat eja nama dia, Kerrel. Tapi, after that… Jidy ejakan nama si Kheryll tu kat phone dia. Kheryll Aizril Marjan.

Oh, I see. Nice to meet you, Mr Kheryll,” Kheryll senyum lagi. Sah! Dia nak jual ‘minyak’.

“ Jidy, I thinkI like Adya,” Bulat terus mata aku. Jidy gelak saja? Kheryll punya muka, macam tengah serius.

“ Cakaplah kat dia. Cakap kat aku buat apa?” Jidy tepuk bahu Kheryll. Jidy terus melangkah pergi, tinggalkan aku berduaan dengan mamat ni. Mulalah aku nak gabra.

I know, you heard me. So, macam mana?”

“ Macam… macam mana apa?” Sekali, aku gagap. Malunya! Nak balik sekarang! Pinat, aku nak balik! Pinat iaitu… pengantin perempuan hari ini.



“ Terima atau tak? Maaflah, saya lebih suka berterus terang. Tak boleh nak pendam lama-lama,” Alahai, jujurnya Kheryll Aizril ni.

Errr, you knowerr. We’re just met. Saya tak kenal awak, dan awak jugak tak kenal saya. Saya tak gila lagi,” Kheryll gelak, dengar jawapan aku.

Sooo funny. But, I like it. Dear, kalau boleh saya nak terus jumpa family awak. Boleh tak?” Selambanya dia. Aku pura-pura belek baby Nikon.

“ Maaf, I need to go to… ladies,” Aku terus bangun. Namun, Kheryll tarik tangan aku. Eh, no. Dia tarik baby Nikon yang aku pegang.

“ Tak perlu rushing. This is my card. Give me a call, anytime,” Kheryll letak kad nama dia kat atas meja. Betul-betul kat depan aku. Then, dia pergi tinggalkan aku sendiri.

Aku tergamam. Terduduk terus. Tak jadi nak pergi loo. Naaa, apa maksud dia sebenarnya? Pertama kali, aku jumpa lelaki yang ‘straight to the point’ macam dia. First time jumpa pula tu. Takkan dah terjatuh hati. Tapi, aku memang dah mula melting dengan dia pun. Nak kata jatuh hati, rasanya belum lagi. Hmmmph! Bolayan…


RyllAd bersambung...

3 comments:

  1. Replies
    1. thank you, baby mio... you're always the first.. :)

      Delete
  2. Bapak laghhhhh.... best gila citer ni. saya tak yakin yang saya mampu buat citer macam ni. Baru baca dah best.

    ReplyDelete