Thursday 9 January 2014

Cerpen : Miracle Love (Kesinambungan My Husband, Amnesia?!)

CIA tak surelah best ke tidak... ML ni...
baca ajalah eh...lack of idea at that time...
SELAMAT MEMBACA!

“ Dina!”

“ Ya, ma!”

“ Sini kejap!”

Alya pantas menuruni anak tangga. Namun masih berhati-hati. Takut terjatuh pula nanti. Dia menghampiri mamanya di ruang tamu. Dihenyakkan punggung ke sofa.

“ Kenapa, ma? Tak menyempat dah, hah…”

“ Tak ada. Baru aje tadi…kawan mama call. Dina tahu apa yang kawan mama tu cakap?” Alya menggeleng. Manalah dia tahu.

“ Dia tengah cari nanny untuk cucu dia,” beritahu Puan Sri Sarah.

“ Jadi, mama nak Dina buat apa?”

“ Mama nak Dina yang jadi nanny untuk cucu dia. Boleh?” Alya mengerutkan dahinya. Dah kenapa mama ni?

“ Kenapa pulak?”

“ Cucu kawan mama tu perempuan. Dan, dia anak yatim. Ibu dia meninggal dunia masa lahirkan dia. Sekarang ni dia perlukan seorang pengasuh. Baby tu samalah dengan umur arwah baby Dina,” Alya tersentak. Betulkah?

“ Mama, nak ke kawan mama tu terima Dina?”

“ Itu Dina jangan risau. Tapi, mama nak Dina minta izin dengan kawan mama tu…tak pun ayah baby tu, Dina nak susukan anak dia. Kalau dia orang izinkan, legalah mama. Dina tak boleh asyik buang aje susu badan Dina tu. Faham maksud mama?”

“ Faham. Tapi dengan satu syarat…”

“ Syarat? Okey. Apa dia?”

“ Dina tak nak dia orang tahu siapa Dina. Biarlah dia orang tahu Dina ni just kenalan mama ke apa ke. Janji tak tahu Dina anak mama dan papa. Boleh?”

“ Baiklah. Mama setuju,” Puan Sri Sarah memeluk anak perempuan tunggalnya erat.

Semoga Alya tidak bersedih lagi di atas kematian suami dan anaknya tiga bulan yang lepas. Ini sahaja yang boleh buatkan Alya ceria seperti sediakala. Menjaga seorang bayi lain bagaikan anak sendiri. Tidaklah siang malam Alya asyik terkenangkan arwah bayinya yang telah meninggal dunia.



Alya menarik nafas perlahan dan dihembuskan. Dia menekan loceng rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya. Lebih kurang sama dengan rumahnya sahaja. Gate terbuka perlahan. Alya mengukirkan senyuman tatkala melihat seorang wanita dalam lingkungan 50-an muncul.

“ Ya, cik…”

“ Maafkan saya. Ini rumah, Puan Sri Bahiyah?”

“ Ya. Ada apa yang boleh Mak Yam bantu?” Oh, Mak Yam rupanya. Maksudnya pembantu rumahlah kan mak cik ni. Asal Mak Yam saja memang kerja orang gaji ke, Cik Puan Alya?

“ Saya Alya. Saya dihantar oleh Puan Sri Sarah untuk menjadi pengasuh cucu Puan Sri Bahiyah. Boleh saya berjumpa dengan Puan Sri Bahiyah?” Mak Yam tersenyum manis akhirnya. Tahulah dia kini.

“ Oh, pengasuh Alisha ya. Jemput masuk. Puan Sri ada di kolam renang. Jom, Mak Yam tunjukkan,” Alya mengekori Mak Yam ke kolam renang yang dimaksudkan.

“ Puan Sri, pengasuh Alisha dah sampai,” maklum Mak Yam dan terus berlalu ke dapur.

Puan Sri Bahiyah memandang Alya dari atas ke bawah. Alya hanya tersenyum. Aduh, macam pesalah pula puan sri ni pandang aku, gerutu Alya.

“ Kamu, Alya?”

“ Ya, saya. Puan Sri Sarah yang minta saya jadi pengasuh cucu Puan Sri,” jawab Alya menjelaskan hal sebenar.

“ Oh, okey. Qief, naik kejap,” Puan Sri Bahiyah memanggil anak tunggalnya yang ralit sedang berenang. Taqief terus naik dari kolam renang sebaik mendengar panggilan mummynya. Dia mencapai tuala dan menutup badannya yang terdedah itu. Segan pula dengan gadis di hadapan Puan Sri Bahiyah.

“ Ada apa, mummy?” Taqief mencuit pipi anak perempuannya di dalam dukungan Puan Sri Bahiyah.

“ Alya, ini anak saya iaitu bapa kepada bayi ni…Taqief,” Alya menunduk sedikit. Tanda hormat.

“ Macam mana? Pengasuh Alisha, Alya,” Taqief memandang Alya sebentar.

“ Ikut mummylah. Qief tak kisah. Janji dia boleh buat kerja.”

“ Alya, jemput duduk,” Alya duduk di kerusi kayu berdekatan dengannya. Berhadapan dengan Puan Sri Bahiyah dan Taqief.

“ Baiklah. Sekarang saya nak tahu apa pandangan awak tentang cucu saya?”

Alya menatap bayi perempuan dipangkuan Puan Sri Bahiyah. Wajahnya dibiarkan tanpa riak seketika.

“ Comel…tapi badan dia macam susut. Mungkin sebab kurang susu ibu kot,” teka Alya. Taqief memandang Alya tajam.

“ Betul. Dia kurang susu ibu memandangkan ibunya sudah tiada,” Puan Sri Bahiyah sayu tiba-tiba.

“ Puan Sri, boleh saya usulkan sesuatu?” Puan Sri Bahiyah dan Taqief menunggu bicara selanjutnya dari Alya.

“ Saya dipilih Puan Sri Sarah untuk menjadi pengasuh cucu Puan Sri sebab…saya memerlukan seorang bayi untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu,” jelas Alya.

“ Maksud Alya?”

“ Saya telah kehilangan suami dan anak serentak tiga bulan yang lepas. Hmmm…tapi saya masih seorang ibu yang perlu menyusukan anaknya. Kalau Puan Sri dan Encik Taqief izinkan, saya akan susukan Alisha,” Puan Sri Bahiyah dan Taqief saling berpandangan.

“ Boleh saya tahu anak Alya meninggal dalam kandungan sewaktu kemalangan ke?”

“ Eh, tak. Suami dan anak saya meninggal berasingan. Suami saya kemalangan dan meninggal selepas tiga bulan dia koma. Kebetulan, pada masa yang sama saya sedang  melahirkan anak saya. Tapi disebabkan saya terlalu lemah waktu tu, anak saya lemas. Dan tak dapat diselamatkan,” jelas Alya tenang. Sedikit pun tiada riak sedih.

“ Tapi, awak nampak tenang,” kata Taqief.

“ Saya dah redha. Jadi, hati saya tenang. Ada hikmahnya suami dan anak saya pergi dulu,” balas Alya sambil tersenyum.

“ Baiklah, kami terima usul Alya. Alya boleh menyusukan Alisha dan sekaligus menjadi pengasuh Alisha,” ujar Puan Sri Bahiyah. Alya tersenyum senang. Tak sabar rasanya nak pegang bayi kecil itu.


Alya meninjau sekitar bilik. Nampak kemas. Bilik itu seperti sudah pernah diduduki. Dia membuka tingkap sedikit. Nyamannya. Jauh dari pencemaran udara. Kehijauan sahaja persekitarannya. Alya tersenyum manis. Dia akan menjadi pengasuh yang terbaik pada Alisha. Melakukan tanggungjawab yang tidak pernah dia capai.

“ Alya,” panggil Taqief di muka pintu.

Alya berpaling.

“ Ya, Encik Taqief…”

“ Saya harap awak tak ubah kedudukan asal bilik ni,” pesan Taqief tegas. Mata Alya melihat susun atur dalam bilik itu. Dan saat itu hidungnya terhidu haruman wanita. Hmmm…rasa tenang. Alya tersenyum.

“ Takut your wife punya aura hilang ya kat dalam bilik ni? Don’t worry. Tapi, saya tak boleh nak bantu jika haruman segar ni hilang. Sebab…saya ni penggemar fragrance,” balas Alya. Taqief berfikir seketika.

Sometimes…if we let it go, doesn’t mean we’ve forget. But, that is what we call …lumrah. Bukan senang nak melupakan tapi bila dipaksa untuk terus mengingati dia sendiri akan hilang,” Alya menghampiri Taqief. Dia menghulurkan sebuah buku kepada Taqief.

Thanks. And why do you give me this book?”

My heart feel relief when I read this book. It’s make me bersyukur…”

Then, I will read it. Your fragrant just the same with my late wife. So, don’t worry,” balas Taqief dan terus berlalu ke biliknya.

Alya menutup pintu bilik dan terus berbaring di atas katil. Dia berharap tugasnya di sini akan diberkati Allah. Biarlah dia berbakti kepada anak orang lain dan bukan anak sendiri. Mungkin anak itu akan membantunya suatu hari nanti. Insya Allah…


“ Mak Yam!” sergah Alya. Mak Yam mengurut dadanya. Terkejut!

“ Alya ni. Suka sangat buat Mak Yam terkejut. Sehari tak mengusik tak sah,” Alya tersengih.

Sorrylah. Saja nak kacau Mak Yam aje. Mak Yam nak masak apa ni?”

Hmmm…hari ni Mak Yam nak masak makanan kegemaran tuan putera kat rumah ni, Taqief. Ayam goreng masak merah,” Alya mengangguk. Tangannya laju sahaja membantu Mak Yam. Dia mengambil ayam di dalam besen kecil dan mencuci ayam itu di sinki.

“ Wanginya Mak Yam,” Taqief memegang bahu Mak Yam.

“ Amboi, mentang-mentang makanan kegemaran dia…laju aje kaki ke dapur ya,” Taqief tersenyum.

“ Tahu pun Mak Yam,” Taqief duduk di kerusi meja island sambil membelek majalah masakan.

“ Alya pandai bancuh susu?” tanya Mak Yam tiba-tiba. Alya menoleh ke belakang.

“ Susu? Bolehlah. Kenapa?”

“ Sajalah Mak Yam tanya,” Alya meletakkan ayam yang sudah siap dicuci di atas meja island. Dia sebenarnya terpandang raut wajah MakYam yang tiba-tiba berubah. Kenapa ya?

“ Nak buat apa ayam ni?” tanya Taqief.

“ Gorenglah. Nak buat ayam goreng masak merah untuk tuan putera kat rumah ni,” jawab Alya selamba. Dia mengambil pisau dan memotong sayur kailan pula.

“ Oh, betullah. Haih, Mak Yam. Apesal tiba-tiba diam?” Mak Yam mengesat air matanya dengan hujung lengan baju.

“ Tak ada apalah. Ni hah. Minyak terpercik sikit,” Mak Yam tersenyum memandang Taqief.

“ Mak Yam rindukan arwah Dania?” soal Taqief tenang. Mak Yam mengangguk laju.

Adeh. Ada kaitan dengan susu ya? Okey, Alya tak pandai buat susulah macam tu,” Mak Yam ketawa kecil. Dia menampar bahu Alya perlahan.

“ Pandailah kamu. Mak Yam tak pernah tengok Alya minum susu pun. Susukan baik untuk ibu menyusu macam Alya,” Alya tersenyum nipis.

“ Buatkan bolehlah, Mak Yam. Nak minum? No way. Susu Dutch Lady ke bolehlah. Susu tepung…tak boleh masuk tekaklah,” Taqief tergelak kecil.

Hmmm…arwah Dania tak boleh semua susu terus,” kata Taqief perlahan. Alya mengangkat keningnya.

“ Semua orang kan berbeza. Kalau semua sama, tak bestlah. Tak ada warna,” Alya memasukkan sayur yang telah dipotong ke dalam bekas.

“ Mak Yam setuju. Boleh Mak Yam tanya Alya sesuatu?” Alya mengangguk.

“ Sepanjang sebulan Alya kat sini, Mak Yam tak pernah dengar Alya cerita pasal arwah suami Alya,” Alya mengeluh perlahan. Taqief mengangkat mukanya. Dia juga tertanya-tanya tentang suami pengasuh anaknya itu.

“ Tak ada yang menarik pun Alya nak cerita pasal dia, Mak Yam. Alya langsung tak suka dia. Kami kahwin pun sebab permintaan arwah atuk Alya. Dia nak sangat bercucu menantukan arwah. Dia meninggal sebab kemalangan bersama dengan kekasih dia. Even kami kahwin tapi buat hal masing-masing,” cerita Alya. Riak wajahnya tenang sahaja. Langsung tidak memberi kesan. Nampak sangat membohongnya. Harap-harap Mak Yam dan Taqief percayalah ceritanya itu.

“ Dalam tak suka pun boleh pregnant,” Alya mengetuk kepala Taqief dengan balang keropok. Taqief mengusap kepalanya.

“ Itu pregnant sebab…kena paksa okay. Bukan rela. Sebab tu agaknya, Allah tarik baby dari Alya.”

“ Alya tak sayang arwah anak Alya?”

“ Sayang. Tapi Alya cuma tak suka bapak dia aje. Alah, tukar channellah. Boringlah cerita kisah lama. Let bygone be bygone,” Alya mencuit pipi Mak Yam.

“ Mak Yam faham tak? Let bygone be bygone?” Mak Yam menggeleng laju. Apa ke bendanya tu? Taqief dan Alya ketawa serentak.



“ Alya, jom,” Alya mengerutkan dahinya. Dia mengelap lebihan susu di bibir comel Alisha. Nasib baik Taqief muncul sewaktu dia sudah habis menyusu.

“ Pergi mana?”

“ Taman. Bawa Alisha keluar. Dah lama tak bawa dia keluar jalan-jalan,” Taqief mengambil Alisha di pangkuan Alya.

“ Kejap. Nak tukar baju,” Alya terus menghilang ke biliknya di tingkat atas.



Taqief menolak stroller perlahan. Alya asyik mengusik Alisha di dalam stroller. Terkekek bayi berusia empat bulan itu ketawa.

“ Alisha tak kena pergi klinik dah ke?”

Hmmm? Untuk bulan ni tak payah. Bulan depan baru kena. Kan, Alisha. Papa awak tak concernlah,” Alya mencuit pipi Alisha.

“ Bukan tak concern. Tapi…nak pastikan,” Alya mencebik.

“ Awak bahasakan diri awak apa dengan Alisha?”

“ Ibu. Kenapa? Tak boleh ke?”

“ Taklah. Awakkan ibu susuan Alisha. Cuma, kenapa tak mama aje?” Alya mengecilkan matanya memandang Taqief. Apa punya soalan ni?

“ Saya suka panggilan ibu. Lembut aje kan. Ibu ni macam tak ada sempadan. Lagipun, dia kan dah ada mama. Alisha kenalah tahu pasal mama dia juga. Nanti keliru…mana satulah mama dia,” Taqief tergelak kecil.

“ Kenapa awak tak jadi mama dia aje?”

“ Hah? Tak payah nak tunjuk nakal sangat ya,” Alya mencubit lengan Taqief.

“ Betullah apa saya cakap. Bosanlah. Bila awak menyusukan Alisha, saya tak boleh jumpa dia. Teringin nak tengok dia menyusu,” kata Taqief sambil ketawa. Alya buat tak tahu. Dia mengambil Alisha dan mendukung bayi itu meninggalkan Taqief.

“ Alya!”


Alya termenung di tepi kolam renang. Seketika kemudian keluhan kecil terluah dari bibirnya. Rindu pula pada mama dan papanya.

“ Nak swimming ke?” Ish, dia ni. Suka serbu tak pakai helmet.

“ Tak ada maknanyalah. Saja ambil angin petang. Sejuk aje,” Alya membetulkan duduknya.

“ Cakap pasal sejuk ni. Esok awak ikut saya balik rumah wan dan mak tok Alisha ya. Awak mesti suka,” Taqief bermain dengan air kolam.

“ Kenapa? Nanti apa pulak dia orang fikir,” Alya membelek telefon bimbitnya.

“ Nak fikir apa? Lagipun, dia orang dah tahu pasal awak apa. Takkanlah dia orang nak marahkan ibu yang sanggup nak jadi pengasuh cucu dia orang. Awak mesti suka punyalah kat sana nanti. I bet,” Alya mengembungkan pipinya.

Okay. Tapi…lama ke?”

Emmm…dalam dua tiga hari. Alang-alang sepupu Alisha pun ada sekali. Dah lama sangat dah family sana tak jumpa Alisha…”

“ Bolehlah…”


Keesokannya mereka bertiga bertolak ke kampung halaman arwah Dania. Taqief hanya diam sahaja sepanjang perjalanan. Tiba-tiba dia terasa sedih. Alya yang perasan akan perubahan papa Alisha itu tersenyum kecil.

“ Nak menangis ke? Janganlah manja sangat. Patutlah Alisha suka merengek. Papa dia ni manja rupanya,” Taqief menyembunyikan senyumannya.

“ Tak adalah. Just teringat aje. Walaupun dah tiga tahun lebih perkahwinan saya dan arwah Dania, saya cuma kenal dia tak sampai setahun. Disebabkan kemalangan, saya hilang ingatan. Jadi, saya langsung tak ingat siapa diri saya…siapa keluarga saya. Dan…isteri yang saya sayangkan sangat-sangat pun saya tak ingat,” luah Taqief. Alya tersentak.

“ Tapi…awak masih boleh terima dia kan. Itu maknanya perasaan awak pada arwah tak hilang. Hati awak teringatkan dia. Cuma, ingatan awak aje yang lupa. Yang penting, dia tinggalkan harta berharga untuk awak tanda dia sayangkan awak. Alisha Nur Farha,” Taqief memandang Alisha yang nyenyak tidur di pangkuan Alya itu sekilas.

“ Terima kasih. Awak dah sedapkan hati saya. I feel a bit relief…”

“ Sama-sama. Lambat lagi ke nak sampai. Hidung saya ni macam dah terbau air pantai aje,” Taqief tersenyum. Dia tak pernah beritahu Alya, rumah mertuanya itu terletak berhampiran dengan pantai.

“ Kejap lagi sampailah…”


“ Awak!”

Taqief terkejut dengan jeritan Alya. Alisha merengek kecil. Namun Alya cepat-cepat menepuk Alisha perlahan.

“ Nak duduk sini lama sikit,” Meletus ketawa Taqief. Ingatkan apa tadi.

“ Awak suka pantai?”

“ Suka sangat-sangat,” Hah, tudia. Memang suka sangatlah tu.

Okay…okay. Jom turun,” Taqief menarik brek tangan. Dia keluar dari kereta BMW 520i putih miliknya dan berlalu ke sebelah pintu Alya dan membuka pintu untuk Alya. Susah Alya nak turun dengan memangku Alisha.

“ Cantiknya. Ada rumah kat tepi pantai…mesti best kan. Sejuk aje,” Alya menghirup udara yang menghasilkan bau pantai. Nyamannya. Cuaca pula redup. Mungkin sekejap lagi hujanlah.

“ Assalamualaikum. Ummi, ayah,” Taqief terjenguk-jenguk ke atas rumah.

“ Waalaikumsalam. Sampai dah? Ummi dari rumah Mak Teh Kiah ni. Alisha mana?” Tak menyempat dah Hajah Hanim nak berjumpa dengan cucunya itu.

“ Ada kat sana. Alya, sini,” Alya menghampiri Taqief.

“ Ini ummi arwah Dania, mak tok Alisha. Ummi, ni Alya,” Alya bersalam dengan Hajah Hanim.

“ Baru nak dukung Alisha. Tidur lama dah?”

“ Masuk dalam kereta tadi sampailah sekarang…tidur aje kerja dia, mak cik,” jawab Alya sambil tersenyum. Taqief berlalu ke kereta untuk mengambil beg-beg pakaian.

“ Budak lagi, Alya. Tidur sajalah dia tahu. Jom, naik. Sejuk kat bawah ni,” Alya membontoti Hajah Hanim naik ke rumah papan separuh batu itu. Rekaan klasik ditambah dengan ala-ala rumah moden. Memang cantik.

Alya bersila di beranda. Hajah Hanim sudah berlalu ke dapur.

“ Awak, tolong hamparkan toto Alisha. Lenguhlah,” Taqief mengeluarkan toto kecil dari begnya. Dia menghamparkan toto itu di hadapan Alya. Dia turut meletakkan bantal Alisha.

Alya membaringkan Alisha perlahan. Takut terjaga pula bayi itu. Nanti terjaga…minta susulah pula.

“ Ayah mana, ummi?” tanya Taqief sebaik Hajah Hanim muncul di beranda sambil menatang dulang air.

“ Ayah ke mana lagi. Kat kedailah. Ada orang bandar nak ambil stok ikan masin,” jawab Hajah Hanim sambil menuangkan air milo ke dalam cawan.

Taqief menyandarkan badannya ke dinding kayu. Melepaskan lelah memandu selama lima jam.

“ Alya memang pengasuh jugak ke sebelum ni?” tanya Hajah Hanim.

“ Taklah. Alya penulis bebas. Ni pertama kali Alya jadi pengasuh,” jawab Alya gugup. Takkan dia nak cerita sebab dia jadi pengasuh? Biarlah Taqief saja yang menerangkan pada ibu mertuanya.

“ Oh, nak cari pengalamanlah ni?”

“ Bukanlah, ummi. Selain pengasuh, Alya ni ibu susuan Alisha. Anak dia dah meninggal jadi apa salahnya dia menyusukan Alisha,” celah Taqief. Alya mengulas senyuman nipis.

“ Patutlah ummi tengok semakin tembam Alisha ni. Menyusu badan rupanya. Banyak susu kamu, Alya?” Aduh, mak cik. Kenapa tanya depan Taqief. Seganlah.

“ Dulu awal-awal waktu pantang banyak juga. Tapi, sekarang ni biasa aje…”

“ Habis tu, susu yang banyak tu buat apa?”

“ Hah? Mak suruh Alya susukan anak jiran. Tapi…tak lama sebab baby tu dah pindah. Selepas tu, barulah Alya diminta kenalan untuk jadi pengasuh Alisha,” jelas Alya. Mak? Kenalan? Pandai kau menipu ya, Alya.

“ Aqief, kenapa tak kahwin aje dengan Alya? Kan senang,” Taqief dan Alya berbalas pandangan.

“ Hah? Alya yang tak nak, ummi. Aqief dah ajak. Tapi…”

Alya menjeling Taqief. Memang cari pasallah dia ni. Boleh dia cakap macam tu depan mak mertua sendiri.

“ Lah, Alya dah ada pilihan sendiri ke? Aqief bagitahu suami Alya dah meninggal,” Alya tersenyum.

Emmm…tak ready lagi, mak cik. Tak pernah terfikir nak kahwin dengan majikan sendiri,” Taqief tersentap. Jadi, selama ini Alya hanya menganggapnya majikan.


Alya kebingungan. Kenapa Taqief tiba-tiba dingin dengannya? Takkan sebab tak terima lamaran untuk jadi mama Alisha? Alya menggaru keningnya. Pintu bilik diketuk dari luar. Alya bingkas bangun dan mencapai selendang.

“ Alisha lapar,” kata Taqief senada. Alya mengambil Alisha.

“ Biar dia tidur dengan saya malam ni. Nanti dah tak payah ulang alik lagi,” Taqief hanya mengangguk dan terus berlalu.


“ Dah lama merokok?” Taqief mendongak. Dia kemudiannya berhenti menghisap rokok dan memadamkan asap rokok di atas pasir.

“ Tabiat lama…”

Alya melabuhkan punggungnya di sebelah Taqief.

“ Tabiat lama? Dah ditinggalkan. Kenapa nak buat balik? Merokok kan bahaya,” Taqief mendengus.
“ Boleh saya tanya something? Kenapa nak saya jadi wife awak? Awak tak rasa bersalah ke menduakan arwah Dania? Awak sayang dia kan?” Bertalu-talu soalan yang mengganggu minda sejak dia dilamar secara tak rasmi di taman tempoh hari.

“ Itu dah jadi sejarah hidup saya. I do love her. Butsince saya hilang ingatan, saya rasa sayang dan cinta saya seakan terkubur. Entahlah. Sesuatu perkara kadang-kadang tak ada penjelasan yang boleh dirungkaikan,” Taqief menunduk sedikit.

“ Saya akui itu. Maybe awak rasa hidup awak sekarang macam sesuatu yang baru. Boleh awak bagi tiga sebab saya perlu terima awak?”

“ Pertama, awak adalah ibu susuan Alisha dan saya nak awak terus jadi ibu dia. Kedua, keluarga saya dan arwah bersetuju untuk saya mengahwini awak. Dan ketiga…”

Taqief memandang Alya lama. Alya resah menunggu sebab yang ketiga. Apakah?

I love you. Tapi, kali ni…saya takkan paksa awak untuk jadi isteri saya macam apa yang saya lakukan pada arwah Dania dulu,” Alya diam.

I love you?” Alya tersenyum sinis. “ Begitu mudah? Isteri awak baru aje tinggalkan awak, Encik Taqief. Saya tak nafikan cinta boleh datang sekelip mata. Tapi…awak semudah tu lafazkan cinta awak pada saya. Dan, awak langsung tak kenal saya. Kenapa?”

“ Jadi, siapa awak?”

“ Siapa saya? Saya, Qasdina Alya Tan Sri Hairi Sanir. Anak perempuan tunggal pemilik legasi perkapalan terbesar di Malaysia. Mama saya, Puan Sri Sarah iaitu sahabat kepada Puan Sri Bahiyah, mummy awak. Saya seorang penulis bebas yang menulis rencana dan juga beberapa buah novel. Selain itu, saya seorang janda yang kematian suami dan juga anak. Dan, saya berumur dua puluh lima tahun…”

Taqief terpegun. Anak tunggal uncle Hairi?

“ Awak anak uncle Hairi? Kelab malam?”

Yupp. Seorang perempuan liar. Tapi itu dulu. Sekarang…I am who I am. Saya bukan berkahwin dengan arwah suami kerana wasiat tapi ditangkap khalwat. Apa lagi yang awak nak tahu?”

So, you’re the one who was married with my bestfriend…Heykall,” Alya mengangguk laju.

“ Dan, saya tahu malam tu dia kemalangan dengan awak, kan?” Taqief mengangguk lemah.

“ Kenapa awak menipu?” Alya mengeluh kecil.

“ Sejak arwah Heykall koma, saya sedar akan kesilapan saya. Dan…Allah bukakan mata saya dengan mengambil nyawa anak yang saya kandung. Alhamdulillah, papa dan mama banyak bantu saya mencari sinar baru. Dan kerana itulah saya tak dapat nak terima lamaran awak. Saya tak layak untuk menjadi isteri awak dan ibu untuk Alisha. Masih banyak yang perlu saya belajar,” Alya berasa lega setelah memberitahu perkara sebenar.

“ Allah Maha Adil. Dia temukan seorang perempuan yang sama untuk saya,” Alya mengerutkan dahinya.

“ Maksud awak?”

“ Arwah Dania terlalu baik untuk saya. Saya lelaki yang dah banyak rosakkan anak orang. Oleh itu, Dia tarik arwah dari saya dan temukan saya dengan awak,” balas Taqief.

“ Kita aje yang tak nampak sebelum ni peluang…yang Allah dah tunjukkan. Saya terkilan sebab tak pernah layan arwah Heykall sebaiknya. Dia selalu baik pada saya. Tak pernah tengking. Naikkan tangan lagilah payah. Cuma, saya aje yang tak reti nak hargai dia,” Alya mengesat air mata di pipinya.

“ Jadi…awak rasa adakah kita berjodoh?”

“ Berjodoh? Nak jugak awak kahwin dengan saya? Perempuan liar yang selalu ke kelab malam. Terkinja-kinja dengan ramai lelaki. Hilang maruah diri,” Taqief menggeleng.

“ Bagi saya, awak dah berubah. Pandangan mata awak semasa melayan Alisha…tulus. Awak menghormati orang yang lebih tua dari awak. Dan, awak ikhlas menasihati dan menegur saya. Kenapa saya perlu menolak jika jodoh saya adalah awak? Kelemahan awak akan ditutup kelebihan saya. Begitu jugaklah sebaliknya,” ujar Taqief ikhlas.

“ Terima kasih. Saya menghargai pandangan baik dan ikhlas awak pada saya. Awak hantarlah keluarga awak ke rumah saya. Tapi…saya bukan anak dara tau,” Taqief tergelak.

“ Saya pun. Anak seorang dah pun. Tapi, saya ada permintaan,” Alya memandang Taqief sambil mengangkat kening.

“ Kalau boleh…biarlah kali ni, ada majlis kenduri atau majlis sanding. Dulu…saya kahwin tak ada semua tu.”

“ Saya pun sama. Kahwin gitu aje. Terpaksa kan.”

Mereka sama-sama ketawa. Setiap manusia akan sentiasa diiringi petunjuk dan hidayah dari-Nya. Cuma kita saja diberi pilihan. Untuk menerima atau menolak.


“ Hai, tak tidur lagi anak papa?” Taqief mengusap pipi Alisha yang semakin tembam itu di pangkuan Alya. Berkat dari susu ibu yang disusukan Alya.

“ Tidur dah tadi. Tapi terjaga balik. Lambat abang balik,” Alya bersalam dan mencium tangan Taqief. Taqief mencium dahi Alya. Sejak berkahwin sebulan yang lalu, aktiviti itu menjadi rutin untuk mengeratkan lagi hubungan mereka.

“ Banyak kerja. Minggu depan kena outstations. Sayang ikut eh. Dengan Alisha sekali,” Taqief menanggalkan tali lehernya yang telah dilonggarkan sejak di pejabat tadi.

“ Insya Allah. Dah makan?” Taqief menggeleng.

“ Tak sempat nak makan tadi. Ralit sangat meeting dengan Datuk Borhan,” jawab Taqief sambil mengacau Alisha yang sedang menyusu itu.

“ Abang mandi dulu. Lepas Alisha tidur, Alya siapkan makanan untuk abang.”

“ Sayang tak nak mandi sekali?” tanya Taqief tanpa riak.

“ Abang tak payah nak gatal sangat. Pergilah. Abang asyik kacau Alisha ni, bilanya dia nak tidur…”

“ Iyalah. Jangan rindu abang tau,” Alya buat muka. Taqief menghilang ke dalam bilik air.

“ Nakallah papa awak ni Alisha. Nanti awak cari suami macam papa tau. Barulah best. Ibu sukalah suami yang nakal. Manja pulak tu,” Alya mengusap pipi Alisha lembut. Dia bahagia dengan hidupnya kini.

Taqief tersenyum lebar. Sengaja dia mencuri dengar Alya berbicara dengan Alisha. Alya memang isteri yang baik baginya. Setiap bicara lembut Alya mampu membuatkan hatinya tenang. Isterinya itu selalu menenangkannya dikala dia penat dengan kerjanya.


Alya menghidangkan lauk pauk yang sudah dipanaskan di meja island. Dua tiga hari ni, Taqief kerap balik lewat. Namun, kelewatan itu dimaklumkan dahulu.

“ Mengelamun apa? Rindu abang eh,” Alya menjeling suaminya. Suka sangat menyakat.

“ Rindu? Let me see,” Alya mencium pipi kanan Taqief.

“ Tak rindu dah…”

Taqief mencubit pipi Alya. Alya juga seorang yang manja rupanya. Sama-sama anak tunggal kan. Perangai pun hampir samalah.

“ Alya ke Mak Yam yang masak?” Taqief mencelup tangannya ke dalam mangkuk air basuhan tangan.

“ Ayam goreng masak merah ni, Alya yang masak. First time ni abang makan. Yang lain Mak Yamlah. Alya pandai masak western aje,” Alya mencedok nasi ke dalam pinggan Taqief. Dia turut meletakkan ayam goreng masak merah kegemaran suaminya ke dalam pinggan itu.

“ Abang cuba eh…”

Alya menanti komen dari suaminya. Manalah tahu percubaan kali pertamanya gagal. Namun, sehingga selesai Taqief makan langsung tiada bicara. Taqief membawa pinggan ke sinki dan dibasuh. Sementara Alya mengemaskan meja island.

“ Jom, lepak tepi kolam,” Taqief menarik tangan Alya untuk mengikutnya.


Mereka berdua duduk di tepi kolam sambil merendamkan kaki. Sejuk! Alya ralit memandang langit tanpa menyedari pandangan mata Taqief padanya. Taqief tenang melihat wajah wanita di sebelahnya. Sejuk hatinya.

“ Abang,” Alya menggawangkan tangannya. Dia perasan Taqief seakan mengelamun sambil merenungnya.

“ Sejuk hati abang…dengar sayang panggil abang. Dulu, tak pernah ada perempuan yang panggil abang. Terima kasih,” Taqief membawa tangan kanan Alya di dalam genggamannya ke bibir.

“ Abang kan dah jadi suami Alya. Jadi, abang layaklah dipanggil begitu. Best tak?”

Best sangat. Wife kita sayangkan kita kan…”

“ Iyalah. Esok abang sibuk tak?” Kaki Alya mengocak air kolam perlahan.

“ Esok? Emmm…rasanya ada meeting dengan Tan Sri Hairi Sanir aje. Sebelah petang. Kenapa?”

“ Rasmi ke tak rasmi?”

“ Rasmilah, sayang. Papa nak bincang pasal cawangan dekat Abu Dhabi…”

Okay. Esok pagi bolehlah teman Alya and Alisha pergi klinik kan?” Alya mengangkat keningnya berulang kali. Taqief berpura-pura berfikir.

Okay. Memang abang dah kosongkan jadual esok pagi pun. Nak temankan wife dan anak kesayangan abang kan,” Alya tersenyum manis. Dia memeluk lengan Taqief erat dan kepalanya disandar ke bahu suaminya.

“ Nak buat kerja gila tak?”

“ Hah?”

“ Ada pengintip tengah intip kita. So, abang nak cium bibir sayang,” Alya menjegilkan matanya. Dulu memang ya dia tidak kisah bercumbuan di hadapan public. Kini, dia segan sangat.

“ Merepeklah abang ni…”

Tanpa menghiraukan Alya yang membebel itu, Taqief terus mencium bibir isterinya. Alya yang pada mulanya terkejut…turut membalas kucupan mesra itu. Mahu terbeliak mata Tan Sri Khalid dan Puan Sri Bahiyah yang sedang bersembunyi di sebalik langsir pintu keluar ke kolam renang. Cepat-cepat mereka beredar dari terus melihat adegan panas itu.

“ Tahu pun lari,” Alya menoleh ke belakang. Dia tersenyum.

“ Abanglah punya pasal…”

“ Sayang layan jugak kan,” Alya mencubit lengan suaminya.

“ Macam mana ayam goreng masak merah yang Alya masak? Okay tak?”

“ Sedap. Betul ke first time Alya masak?”

“ Betullah. Kalau western punya makanan…Alya bolehlah. Tapi, makanan melayu ni kurang sikit…”

“ Belajarlah dengan Mak Yam. Mak Yam masak sedap tau,” kata Taqief.

“ Tengah belajarlah ni. Nanti dah terror…Alya sendiri yang masakkan untuk abang eh,” Taqief tersenyum bahagia.

“ Terima kasih,” Taqief mengucup pipi kanan Alya. Tiba-tiba kedengaran suara tangisan bayi dari tingkat atas.

Your crying baby. Papa dia punya pasallah ni. Dulu suka sangat menangis kot time mama dia mengandung,” Taqief dan Alya bangun serentak.

“ Eh, macam mana tahu?” Cubitan berbisa Alya singgah ke perut Taqief.

“ Mana lagi nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, abang. Like father like daughter,” Taqief mencuit hidung mancung Alya. Kini hidupnya yang kosong lebih terisi dengan kehadiran Alya disisi. Mampu membuatnya tersenyum gembira. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat. Amin…


“ Mama Alisha?”

Taqief mengangguk perlahan. Tangannya mencabut rumput-rumput kecil mula tumbuh di sekitar kubur arwah Dania. Alya yang sedang mendukung Alisha duduk di tikar yang dibentang Taqief. Si kecil Alisha langsung tidak merengek. Sebaliknya tangan bayi itu dibuka tutup, cuba menggamit untuk memegang tanah yang membukit itu.

Taqief sebak melihat anak tunggalnya bersama arwah Dania yang seperti tahu kubur itu adalah kubur arwah mamanya. Semakin hari, wajah si kecil itu semakin mirip dengan wajah arwah Dania. Ahli keluarga yang turut perasan akan itu.

“ Jomlah kita baca Yassin. Takut hujan turun pula nanti,” Taqief memberi buku Surah Yassin kepada Alya.

Mereka sama-sama mengalunkan Yassin dengan diketuai Taqief. Sepanjang mereka berdua membaca, Alisha hanya diam sahaja. Langsung tidak merengek. Matanya pula asyik merenung kubur arwah Dania.

Taqief menutup surah Yassin yang dibaca dengan doa pendek. Air mata yang ditahan menitis tanpa henti. Tangannya mengusap lembut tanah yang masih merah di hadapannya. Dia mendongak tatkala terdengar rengekan seorang bayi. Cepat-cepat dia menyapu air mata di pipinya.

‘ Ada masa nanti…saya datang lagi.’

Taqief mengambil bayi perempuan yang sedang menangis itu dari dukungan pengasuh aka isterinya. Diciumnya bayi itu penuh kasih. Sebelum berlalu, Taqief sempat menoleh ke kubur arwah Dania seketika. Jodoh antara mereka hanya setakat itu. Perempuan kesayangannya sudah tinggalkannya dan anak mereka.

Taqief mengeluh kecil. Dia redha dengan pemergian arwah isterinya. Sudah tertulis isterinya akan pergi ketika melahirkan zuriat mereka. Siapa dia untuk menyoal kematian arwah Dania?


 p/s: sorrylah kalau ada banyak kekurangan...hehe..

10 comments:

  1. Tak terpikir langsung idea cerita yang mcm ne :) best sngat .. ! and Taqief ne mcm biase je trima pompuan lain tuk susukan ank die .. such an easy going person ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, iefah. :). untuk anak dia. mesti tak kisah. hehe

      Delete
  2. oh akak! you make me crying lohhh!!
    huhuu..
    tersentuh semua bagai.. haha
    best!

    ReplyDelete
  3. Sedih arhhh... huuuuuhhhhhh.... xtau plak ade idea mcm ni.. stiap yg brlku ade hikmah..

    ReplyDelete