Friday 3 January 2014

Cerpen : Cinta Cameron 3

Hadif termenung sendiri di balcony deck café Ladang Teh Boh Sungai Palas. Pandangannya terhala pada ladang teh yang menghijau. Sejuk mata memandang. Dua cawan hot tea dan dua piring English scone sudah kosong dek dijamah Hadif dan Arisa. Mereka sengaja bersarapan di sini. Ala-ala English breakfast gitu.

Arisa sudah menghilang ke tandas. Tinggallah Hadif keseorangan di situ. Ramai juga pengunjung yang berkunjung ke Ladang Teh Boh Sungai Palas pada waktu begini. Hadif menilik jam tangan Swiss di tangan kanan. 10.45 pagi!

“ Adif!” Seorang gadis memanggil Hadif. Tangan gadis itu erat memeluk lengan jejaka yang dirinduinya.


Hadif tercengang. Macam mana minah songeh ni boleh jumpa dia kat sini? Bosan betul!

“ You buat apa kat sini, Farah?” tanya Hadif keras. Sebenarnya dia rimas dengan pelukan erat Farah dilengannya. Menyampah pun ada.

“ I cari youlah sayang. Tahu tak, I can’t do anything without you, darling. Mama you bagitahu you datang Cameron. So, I pun datanglah cari you kat sini,” jelas Farah. Macam gedik pun ada.

“ Lain kali tak payah susah-susah cari I. I tak suka,” Hadif cuba merentap tangannya.

Saat itu matanya terpandang Arisa yang berada tidak jauh dari situ. Arisa buat isyarat. ‘Saya turun ladang bawah’. Hadif hanya mengangguk.

“ Adif, I datang sini sebab you. Takkan you sanggup halau I. You tak kesiankan I ke?” Farah buat muka sedih. Namun, tiada langsung ura-ura Hadif akan memujuknya.

“ I tak suruh you datang pun. I tahu, you bukan datang seorang kan. I don’t even believe, you’re here alone,” tukas Hadif sambil tersenyum sinis. Farah mengetap bibirnya.

“ I… I’m sorry about that night. I don’t know how JAIS came to my house. I pun terkejut,” Hadif senyum senget. Kalau bukan kau yang rancang, siapa lagi? Takkanlah aku sendiri yang panggil, omel Hadif.

Whatever. Please go back. I don’t want to see you anymore and have any relation with you. Get it?” Hadif sudah melangkah meninggalkan Farah yang terpinga-pinga.

Farah mendengus. Tak guna punya Hadif. Dia langsung tak makan pujuk rayu aku. Aku pun tak ingin kat kaulah, getus Farah. Hatinya sakit diperlakukan begitu. Telefon bimbit di tas tangan dikeluarkan.

“ Ma, Farah nak balik London,” maklum Farah dan terus matikan talian. Buat apa dia tinggal kat sini lagi. Orang dah tak nak. Takkanlah nak paksa. Dia bukan begitu.

*****

“ Seronok ke duduk sorang-sorang?” Arisa mendongak.

“ Bolehlah,” jawab Arisa pendek. Hadif melabuhkan punggung di sebelah Arisa. Tak adalah rapat sangat. Dia masih jaga jarak ketika bersama Arisa.

“ Apa pandangan awak pada perempuan yang dengan saya tadi?” Arisa mengerutkan dahinya. Dah kenapa pula tanya aku? Bakal isteri dia ke?

Emmm, dia tak sejuk ke pakai seksi macam tu?” Hadif tergelak.

Arisa bayangkan perempuan yang memakai dress paras peha yang bersama Hadif tadi. Terserlah sedikit peha dan betisnya putih melepak. Dia yang memakai blaus jenis kain kapas dan bersalut jaket hitam pun masih terasa kesejukan di sini. Apatah lagi yang memakai terdedah sana sini.

“ Kulit dia tebal kot,” Kini, Arisa pula ketawa mendengar jawapan selamba Hadif. Boleh pula begitu.

“ Pandailah awak. Awak tinggalkan dia ke?”

“ Taklah. Dia yang nak balik sendiri,” tipu Hadif. Arisa mengangguk.

“ Saya nak jalan-jalan kat sana. Nak ikut?” Arisa sudah bangkit. Hadif juga turut bangun dari duduknya.

Sure. Jalan-jalan saja ke? Atau ada sesi photography?”

“ Amboi, perli nampak. Dah lama hidup ke?” Ganas betul si Arisa ni.

Just kidding. Jomlah…”

Arisa mendepangkan kedua tangannya merasai kesejukan pagi dan juga pokok teh. Hadif menggelengkan kepalanya melihat telatah gadis ceria itu. Dia yang banyak masalah ini pun boleh tenang dengan gelagat selamba Arisa. Habis ditegurnya mak cik-mak cik yang dok sibuk petik daun teh.

Jauh juga mereka berjalan di sekitar ladang teh. Siap main sembunyi-sembunyi lagi. idea si kenet Arisalah tu. Habis sahaja tawaf di segenap ladang, mereka terus ke kedai Tea Ria yang menjual produk BOH, mugs dan macam-macam lagi. Arisa sempat membeli beberapa jenis teh untuk dibawa pulang ke Ipoh.

*****

Honda Civic Type R meluncur perlahan meninggalkan Ladang Teh Boh Sungai Palas. Hadif tenang memandu. Arisa membuang pandang ke luar tingkap. Mereka disaji dengan pemandangan ladang teh di sepanjang jalan kecil itu. Tadi masa mereka datang ke ladang itu, suasana masih dipenuhi kabus. Jadi, pemandangan yang indah itu tidak berapa jelas.

“ Kita nak pergi mana pulak ni?”

“ Terus ke Tanah Rata pulak. Saya nak bawa awak pergi Hutan Lipur Parit Fall, Taman Sedia,” beritahu Hadif.

“ Hutan lipur?” Terdengar sahaja hutan lipur disebut, dia terus membayangkan sesuatu yang berbahaya. Arisa dengan hutan memang tak kamcing langsung.

“ Yupp. Kenapa? Awak tak suka ke?”

“ Errr… kurang suka,” jawab Arisa jujur. Hadif tersenyum. Dia mencapai telefon bimbit di dashboard. Tangannya bermain di dada Iphone.

“ Nah, awak tengok ni,” Hadif menghulurkan telefon bimbitnya kepada Arisa di sebelah.

Mata Arisa terpukau dengan kecantikan flora dan fauna yang terpapar di screen Iphone milik Hadif.

Kat mana ni, awak?”

“ Hah, saya nak bawak awak pergi situlah,” Arisa buat muka tak percaya. Sangkanya Hutan Lipur Parit Fall tu macam hutan terbengkalai. Adoi, cik Arisa oi. Buat apalah pengunjung nak pergi hutan terbengkalai. Pastilah hutan lipur itu cantik.

Arisa mengeluarkan kamera Nikonnya. Dia membelek sekejap kamera itu. Kemudian dikeluarkan pula uncang batik dari beg sandangnya.

“ Awak nak buat apa tu?” tanya Hadif, pelik.

“ Nak tukar bateri and memory card. Rasanya yang lama dah penuh,” balas Arisa. Tangannya sibuk menukar kad memori. Hadif ternganga. Memang ratu gambar sungguh minah ni. Miss Nikonlah katakan. Mana boleh terpisah.

Sudah tiga hari tiga malam juga Hadif dan Arisa bercuti bersama. Persahabatan mereka umpama perkenalan singkat yang akan menemui perpisahan. Masing-masing tidak menyentuh hal peribadi sesama sendiri. Hanya perbualan biasa berkenaan percutian, pendapat dan juga minat masing-masing.

*****

Hadif memasuki kawasan yang tertulis ‘Hutan Lipur Parit Fall, Cameron Highlands’. Nasib baik tempat parking masih kosong banyak lagi. Mungkin ramai yang sudah berkunjung ke situ sebelum mereka.

Arisa keluar dari kereta dan membetulkan sedikit urat saraf yang sudah lenguh. Matanya melilau melihat di sekeliling. Memang hutan betul!

“ Awak pernah datang sini ke?”

Hadif menekan alarm keretanya dan menghampiri Arisa.

“ Pernah sekali. Dengan family,” jawab Hadif.

Hadif membawa Arisa ke Chimp Montane Park yang bersebelahan dengan carpark.

“ Tempat ni namanya Chimp Montane Park. These place is famous with a lush garden that showed the floral heritage kat Cameron Highlands. Jom,” Arisa menyembunyikan senyumannya. Boleh jadi pemandu pelancong si Hadif ni. Macam sesuai saja.

Arisa terpikat dengan flora dan fauna di situ. Dengan penuh berhati-hati mereka berjalan di taman hutan itu kerana keadaan jalan yang agak licin. Arisa sempat mengabadikan gambar-gambar sepanjang pengembaraan kecil di Montane Park. Mereka singgah di gazebo dan juga aviary iatu sarang besar yang bertutup dan dipenuhi dengan burung-burung.

Setelah itu, mereka keluar daripada Montane Park dan terus ke titi gantung untuk ke Parit Falls. Arisa sedikit gayat. Nasib baik Hadif mengawasi Arisa dari belakang. Kalau dia seorang, memang taklah dia nak datang ke tempat macam ni.

“ Arisa, awak pakai kasut apa?” Arisa berpaling ke belakang.

Sneakers. Kenapa?”

“ Nak sampai waterfalls, kena naik bukit sikit. Jalan dia agak muddy but still okay,” beritahu Hadif agar Arisa bersedia untuk menaiki bukit itu.

“ Ingatkan apa tadi. Sawah bendang pun pernah saya redah, inikan muddy street. Saya okeylah,” balas Arisa.

Eeeuuww, sawah bendang? I rather go through all the muddy field but not sawah,” Arisa tergelak kecil.

“ Bukan muddy field dengan sawah tu benda yang sama ke?”

Nonope. Muddy field tak ada padi. Cuma ada lumpur,” kata Hadif bagaikan kegelian.

“ Ni mesti kes takut pacat. Tak pun lintah. Kan... kan?” Hadif buat muka.

“ Dah. Jangan sebut. Dengar pun saya dah geli,” Hadif menggelengkan kepalanya.

Arisa tersenyum. Hadif orang bandar agaknya. Sebab itu dia geli dengan semua tu. Dia pun geli juga tapi…dah biasa. Eheh!

“ Awak, cantiknya. Tak sia-sia saya ikut,” Mata Arisa memandang waterfall di hadapannya. Dengan kecantikan yang sedia ada, kehijauan flora ditambah pula dengan deruan air terjun… memang memikat hati pengunjung-pengunjung yang datang.

*****

Alang-alang dah sampai ke Tanah Rata, mereka singgah di Taman AgroTeknologi Mardi. Setelah membeli tiket, Hadif terus mengajak Arisa ke café. Perutnya sudah lapar. Kalau ikut perut si Arisa tu, tahun bila dia dapat makan pun tak tahu. Arisa sendiri lupa bahawa mereka masih belum mengisi perut.

Sekarang pun jam sudah menginjak ke pukul 3.30 petang.

Bak kata Arisa kepada Hadif, ‘Late lunch. Good for your health.’ Entah teori manalah dia dengar. Teori Nur Arisa Aidina binti Zakari kot.

Mereka hanya melawati beberapa kawasan sahaja di situ kerana hari sudah semakin senja. Hanya Taman Inggeris, Kebun Strawberry, Taman Orkid dan juga Kebun Jabutica. Sebelum beransur pulang, mereka singgah di pokok yang menjalar yang dikenali lady shoes.

“ Mana lagi tempat yang awak nak pergi? Tak nak pergi Ringlet?” soal Hadif ketika dalam perjalanan pulang ke Brinchang.

“ Tak tahu lagi. Tapi, saya ingat esok nak singgah Cactus Valley. Nak beli cactus untuk mak dan kakak saya,” Arisa menyandarkan kepalanya yang terasa berat. Mungkin sudah penat berjalan agaknya.

“ Iya ke? Dekat ajelah dengan hotel,” Arisa hanya mengangguk.

Kalau dia travel seorang memang dia takkan pergi Tanah Rata atau Ringlet. Manalah dia berani nak pergi walaupun tidaklah jauh mana. Kira dia beruntunglah kerana Hadif membawanya ke Tanah Rata. Memang dia sengaja memilih hotel di Brinchang.

Banyak tempat yang boleh dilawatnya di sekitar Brinchang. Dan, semua tempat kesukaannya juga di situ. Dia memilih untuk ke Cactus Valley pada hari terakhir sebab senang dia nak kekalkan kesegaran pokok cactus yang bakal dibelinya.

Hadif menoleh ke kirinya. Orang sebelah dia ni senyap saja. Pelik juga dia. Bibirnya mengulas senyuman melihat Arisa sudah tertidur. Mungkin keletihan dek melawat banyak tempat hari ini.

“ Dah sampai ke?” Arisa menggosok matanya perlahan. Boleh pula dia tertidur. Segan dia dengan Hadif.

“ Baru aje sampai. Ingat nak tidur sampai pagi esok,” perli Hadif bersahaja.

“ Kenapa tak kejut? Penat sangatlah. Rasanya malam ni tidur kat atas lantai pun boleh lena,” seloroh Arisa sambil menolak pintu kereta.

“ Esok awak tunggu sayalah. Boleh juga beli cactus untuk mak saya,” Hadif menutup pintu keretanya. Arisa mengambil barang-barang yang dibelinya di tempat duduk belakang kereta.

“ Okey. Saya turun lambat sikit tau. Maybe dalam pukul sepuluh lebih macam tulah,” ujar Arisa. Bukannya apa, dia takut terbabas tidur.

Kalau penat sangat, sampai pukul dua petang dia tidur pun boleh.

“ Okey,” Mereka beriringan menuju ke lif.

Hadif melihat barang-barang yang dibeli Arisa. Macam manalah gadis itu hendak pulang nanti. Banyak juga Arisa beli barang. Kalau naik bas, macam serabut saja. Bagi Arisa, dia dah biasa.

*****

 Arisa keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai bathrobe sahaja. Rambut yang basah dibiarkan lepas. Terus dihumbankan badan ke katil. Betapa nikmatnya dapat merehatkan tubuh yang sudah letih itu. Seharian berada di luar membuatkan badan dia melekit teruk. Sudahlah datang bulan pada hari kedua di Cameron Highlands.

Nasib baik pemandangan di sini mampu menghilangkan ketidakselesaan itu. Arisa mencapai Nikon di dalam beg sandang. Laju dia menekan butang ‘ON’. Terpapar gambar yang diambil, di bawah lady shoes sambil dia melangut memandang ke atas. Nampak berseni.

Arisa tersenyum. Dia memuji Hadif yang snap gambar-gambarnya hari ni. Pandai lelaki itu mengambil gambarnya. 100% markah diberikan kepada Hadif. Dengan bathrobe ditubuhnya, rambut yang masih basah dan tangan masih pada Nikon... matanya terus terlelap. Letih sangat.

*****

Seminit… dua minit… tiga minit... empat puluh lima minit… sejam. Arisa bangun dari sofa. Dia melangkah ke reception. Langkahnya terhenti betul-betul di hadapan receptionist perempuan yang sedang tersenyum kepadanya.

Sorry, cik. Boleh saya tahu Encik Hadif yang menginap di tingkat empat dah keluar ke?”

“ Kejap ya, cik,” Tangan receptionist laju menekan keyboard. “ Maaf, cik. Encik Hadif dah check out awal pagi tadi,” Arisa tergamam. Hadif dah check out?

Emmm, cik. Boleh saya minta nombor telefon Encik Hadif?”

“ Maaf, cik. Maklumat setiap client adalah private,” kata receptionist sambil tersenyum.
“ Oh, okey. Thank you,” Receptionist itu hanya mengangguk.

Arisa berjalan lambat keluar dari hotel. Sebelum ke Cactus Valley, dia singgah di restoran dulu untuk menjamu selera. Moodnya macam hilang. Mungkin sebab selama tiga dia ditemani Hadif. Dan, hari ini dia hanya sendirian.

Urgh! Mengadalah kau Arisa. Selalunya boleh saja kau travel seorang diri, gumam Arisa. Travel seorang diri pun tak apalah.

Setelah selesai makan tengah hari, dia terus melangkah ke Cactus Valley yang berada tidak jauh dari hotel. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Arisa berhenti di hadapan Cactus Valley. Dia meminta tolong seorang perempuan Chinese yang kebetulan lalu di situ untuk menangkap gambarnya.

Terasa canggung pula melawat seorang diri. Arghh! Ni semua sebab si encik smile tu. Nak balik pun, bagitahulah! Bentak hati Arisa. Terus mood untuk bershopping cactus melayang. Haish, kuat juga penangan Hadif itu pada Arisa.


Setelah dua jam Arisa di Cactus Valley, dia bergerak kembali ke hotel. Sebelum itu, dia singgah dahulu di Balai Kratftangan Brinchang yang terletak betul-betul di hadapan Hotel Rainbow. Sempat dia membeli buah tangan untuk anak-anak saudara, dua orang abangnya dan juga kakak-kakak iparnya. 


bersambung...

2 comments:

  1. Replies
    1. hehe..tq...nak lagi boleh..
      tpi kena tggu sat...
      intrnet CIA da lembab...xleh nk post yg baru lg..huhu

      Delete